contoh perlaksanaan kajian tindakan

32
Perlaksanaan Kajian Tindakan DR HAJI KAMARUDIN HAJI ABU HASSAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Upload: kirana-balqis

Post on 28-Jun-2015

4.937 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Perlaksanaan Kajian Tindakan

DR HAJI KAMARUDIN HAJI ABU HASSANINSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Page 2: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Tajuk

Meningkatkan kemahiran mengenal huruf di kalangan murid

prasekolah melalui Pendekatan Belajar Sambil Bermain

Page 3: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

FOKUS KAJIAN

Ramai guru yang mengeluh kerana sebahagian besar anak murid mereka masih lagi lemah dalam 3M. Bila diajar hari ini, mereka akan lupa pada keesokannya. Faktor ini berlaku mungkin kerana mereka tidak memahami apa yang dipelajari oleh guru dan tidak boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan sempurna. Apabila keadaan ini berlaku, ia secara tidak langsung akan menyukarkan perlaksanaan proses P& P untuk berjalan dengan lancar.

Page 4: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan• Pada tahun ini, kelas prasekolah baru diwujudkan di

sekolah ini. Ini bermakna ia merupakan perintis kepada murid-murid prasekolah yang lain. Jika sebelum ini, tiada kelas prasekolah diwujudkan, bermakna mereka tiada pendedahan awal tentang P & P. Dengan adanya kelas prasekolah ini, ia akan menjadi permulaan kepada proses P & P. Pada peringkat ini, pelbagai kaedah dan teknik dapat dijalankan dan diterapkan kepada mereka. Keadaan ini disebabkan pada peringkat usia ini, mereka mudah menerima apa sahaja yang dipelajari daripada guru.

Page 5: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Sambungan..• Pada hari pertama sesi P & P dijalankan,

penyelidik mendapati hampir semua murid prasekolah ini buta huruf. Hanya segelintir kecil sahaja yang boleh mengecam huruf. Menyedari hal demikan, saya telah berbincang dengan guru-guru yang lain untuk mewujudkan satu sistem untuk merangsang mereka belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Akhirnya kami memutuskan untuk menggunakan Pendekatan Belajar Sambil Bermain.

Page 6: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Rasional Kajian

Perlu satu gaya pembelajaran yang menyeronokkan mereka supaya dapat merangsang pembelajaran mereka iaitu menerapkan konsep Belajar Sambil Bermain.

 Perlu satu pembelajaran melalui pengalaman yang

menggunakan bahan maujud ditekankan

Perlu mengambil kira perbezaan individu sebelum aktiviti P&P dirancang

Page 7: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

OBJEKTIF KAJIAN   Objektif umum kajian tindakan ini adalah “ Meningkatkan Kemahiran

Mengenal Huruf di Kalangan Murid Prasekolah dengan menggunakan “Pendekatan Belajar Sambil Bermain ”.

 Objektif khusus kajian tindakan ini adalah seperti berikut: Meningkatkan strategi dan kaedah pengajaran guru yang lebih efektif.

Membantu guru membuat penambahbaikan strategi dan kaedah pengajarannya sekiranya ada kelemahan

Membantu guru membuat perancangan yang terperinci sebelum proses P&P dijalankan

balasan

Page 8: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

KUMPULAN SASARAN   Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini

terdiri daripada 25 orang murid prasekolah. Kelas ini baru sahaja diwujudkan mulai tahun ini. Semuanya terdiri daripada suku kaum asli Temiar. Melibatkan 11 lelaki dan 14 perempuan. Hanya sebahagian kecil sahaja yang beragama Islam. Pekerjaan ibu bapa murid-murid ini adalah bekerja sendiri.

Page 9: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

TINJAUAN MASALAH  Tinjauan kajian adalah sangat penting kerana

ia dapat membantu saya dan rakan –rakan penyelidik yang lain untuk mengenalpasti segala kelemahan dan juga masalah yang timbul sebelum tindakan yang seterusnya dijalankan. Malah tinjauan kajian ini adalah penting untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.

Page 10: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Kaedah yang digunakanSesi temubual• Kaedah temubual digunapakai untuk

mengumpulkan maklumat secara langsung. Jenis temubual yang digunakan adalah temubual tak berstruktur di mana proses ini dijalankan dalam suasana yang tidak formal. Tujuan temubual dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran awal dari responden dan ibu bapa sebagai tinjauan awal dan panduan asas untuk memulakan kajian tindakan.

Page 11: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

Pemerhatian• Kaedah ini diguna pakai semasa menjalankan

tindakan mengatasi permasalahan yang berlaku. Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan murid-murid prasekolah terhadap aspek mengenal huruf. Ini sedikit sebanyak membantu dalam kajian.

Page 12: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

Borang Senarai Semak • Borang senarai semak juga digunakan sebagai

kaedah untuk mengukur tahap kemahiran mengenal huruf di kalangan murid-murid prasekolah ini. Melalui penggunaan borang senarai semak ini, memudahkan penyelidik untuk mendapatkan bilangan dan peratusan tahap kemahiran mengenal huruf murid-murid tersebut.

Page 13: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambunganContoh borang senarai semak yang digunakan

di dalam kajian ini

Bil. Nama murid a b c d e

1

2

3

4

5

Page 14: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

Ujian Pra dan Pasca

• Ujian pra ini dijalankan dengan tujuan untuk mengesan kelemahan murid dalam mengenal huruf. Dengan adanya ujian pra ini, ia secara tidak langsung akan dapat membantu penyelidik untuk menilai tahap penguasaan mengenal huruf di kalangan murid-murid prasekolah tersebut.

cerita lawak

Page 15: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Analisis Tinjauan Masalah

5

20

Yang mengenal huruf

buta huruf

Carta : Hasil Ujian Pra Yang Telah dijalankan

Page 16: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

15

10

Yang mengenalhuruf

buta huruf

Carta : Hasil Ujian Pasca Yang Telah dijalankan

Page 17: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Apa itu Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna

Page 18: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak. Melalui bermain, mereka akan berasa gembira dan senang hati untuk membuat penerokaan dalam proses P & P.

Page 19: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Sambungan

Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan proses P& P yang mengembirakan tapi ianya dapat meningkatkan keupayaan kognitif,perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif

Page 20: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Ciri-ciri Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Mempunyai aktiviti yang

mengembirakan.Aktiviti yang melibatkan

penerokaan dan interaksi dengan

persekitaran.Permainan yang bebas dan terancang.Percubaan idea sendiri

Page 21: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Pelaksanaan Pendekatan belajar Melalui Bermain

Sebelum melaksanakan pendekatan ini, guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:Hasil pembelajaran yang ingin dicapaiBahan perlu sesuai dengan muridBahan konkrit, benar dan maujudPermainan yang menarik dan

mengembirakan.

Page 22: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Faedah Pendekatan belajar Melalui Bermain

Mengukuhkan penguasaan konsep

pembelajaran dari umum kepada khusus.Meningkatkan keupayaan kognitifDapat bersosialisasi dengan rakan-rakanMeningkatkan penguasaan kemahiran emosiMengukuhkan perkembangan fizikalMenguasai kemahiran daya rekacipta

talipinggang

Page 23: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Tindakan Yang Dijalankan (Contoh Aktiviti Belajar Melalui

Bermain yang dijalankan ) 1. Mengecam huruf yang terdapat pada nama

sendiri.

Rajah: Murid sedang mencari abjad pada nama

Page 24: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

2. Abjad disembunyikan diluar kelas.

Rajah: Murid sedang mencari huruf di luar kelas dan menampalnya

Page 25: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

3. Meminta murid-murid menekap huruf-huruf tertentu.

Rajah: Murid-murid sedang menekap huruf

Page 26: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

4.Menulis huruf atas pasir

Rajah: Murid sedang membentuk huruf atas permukaan pasir

Page 27: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

sambungan

5.Membentuk huruf dengan menggunakan doh

Rajah : Murid-murid sedang membentuk huruf menggunakan doh

Page 28: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Refleksi KajianApabila penilaian dibuat selepas semua aktiviti dijalankan, saya dapati banyak perubahan yang ketara jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Jika sebelum ini hanya segelintir kecil sahaja yang boleh mengenal huruf tetapi apabila aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan, didapati terdapat peningkatan terhadap murid-murid itu sendiri.

Hasil ujian pasca yang dibuat menunjukkan satu perkembangan yang positif telah ditunjukkan oleh mereka

Page 29: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Dapatan Kajian

15

10

Yang mengenalhuruf

buta huruf

Carta : Hasil Ujian Pasca Yang Telah dijalankan

Page 30: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Kesimpulan• Secara kesimpulannya, dengan adanya kajian

tindakan ini, ia secara tidak langsung dapat menyedarkan guru-guru bahawa aktiviti P&P perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses P&P samada secara kelas, kumpulan ataupun secara individu. Saya yakin dan percaya pendekatan belajar sambil bermain akan dapat meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid-murid prasekolah suku kaum Temiar ini.

Page 31: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

Bahan RujukanAmir Awang. ( 1986 ). Teori-teori pembelajaran.Shah Alam: Fajar Bakti.

2004, Jurnal Kajian Tindkan Guru-guru Sekolah Pendalaman, Maktab Perguruan Perlis. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme . Maktab Perguruan Perlis.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ).Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad ( 2004 ). Panduan Kurikulum Prasekolah.Kuala Lumpur.PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

telefon

Page 32: Contoh Perlaksanaan Kajian Tindakan

SEKIAN

TERIMA KASIH