kerja latihan sajak ' dialog buat anak

2
8/8/2019 Kerja Latihan Sajak ' Dialog Buat Anak' http://slidepdf.com/reader/full/kerja-latihan-sajak-dialog-buat-anak 1/2 Sajak Dialog Buat Anak yah anak tak payah lagilah kaubaca buku cerita burung bangau dengan ikan seluang tapi bacalah buku bagaimana hendak ke bulan kerana dunia ini bakal ditinggalkan. hari ini atau esok adalah utusan sebuah tamadun dalam sandiwara yang pernah ditontonkan rama mati dalam satu panggilan dan sita tak mau berkata apa-apa ketika penonton dibisukan dalam udara dingin yang nyaman. kini tanah laman dan padang permainan telah kebanjiran para peneroka entah dari mana datangnya tau-tau kita di hutan mati pada tanah yang tak berpenghuni ada hanyut di air mata dalam rumah yang tak bertepi. lihatlah anak betapa ghairahnya mereka mencari tapak peninggalan yang berada menyisa segala tidak kira apa warna dan engkau bakal melihat dengan memejamkan mata kerana selama jaga kita mimpi pada kebenaran tak kunjung tiba sedang sebuah jalan lurus entah bagaimana boleh dipesongkan! Demikianlah anak hidup hari ini adalah permulaan hari esok dan ia bakal menyisihkan jika kau lupa dan dilupakan justeru kaulah bakal menentukan hari depan yang gampang bukan pada janji atau harapan dari seluang yang hilang dari ingatan. Bengkurong Brunei, Mei 1995. Abdullah Idris

Upload: afizz-nunu

Post on 10-Apr-2018

302 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Latihan Sajak ' Dialog Buat Anak

8/8/2019 Kerja Latihan Sajak ' Dialog Buat Anak'

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-latihan-sajak-dialog-buat-anak 1/2

Sajak Dialog Buat Anak

yah anak tak payah lagilah kaubaca buku cerita

burung bangau dengan ikan seluang

tapi bacalah buku bagaimana hendak ke bulankerana dunia ini bakal ditinggalkan.

hari ini atau esok 

adalah utusan sebuah tamadun

dalam sandiwara yang pernah ditontonkan

rama mati dalam satu panggilan

dan sita tak mau berkata apa-apa

ketika penonton dibisukan dalam udara dingin

yang nyaman.

kini tanah laman dan padang permainan telahkebanjiran

para peneroka entah dari mana datangnyatau-tau kita di hutan mati pada tanah yang tak 

berpenghuni

ada hanyut di air mata dalam rumah yang tak 

bertepi.

lihatlah anak 

betapa ghairahnya mereka mencari tapak 

peninggalan

yang berada menyisa segala tidak kira apa warna

dan engkau bakal melihat dengan memejamkan

mata

kerana selama jaga kita mimpi

pada kebenaran tak kunjung tiba

sedang sebuah jalan lurus entah bagaimana boleh

dipesongkan!

Demikianlah anak 

hidup hari ini adalah permulaan hari esok dan ia bakal menyisihkan jika kau lupa dan

dilupakan

justeru kaulah bakal menentukan hari depan yanggampang

bukan pada janji atau harapan dari seluang

yang hilang dari ingatan.

Bengkurong Brunei, Mei 1995. Abdullah Idris

Page 2: Kerja Latihan Sajak ' Dialog Buat Anak

8/8/2019 Kerja Latihan Sajak ' Dialog Buat Anak'

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-latihan-sajak-dialog-buat-anak 2/2

Kerja Latihan

1) Apakah Bentuk sajak ini?

2) Huraikan gaya bahasa yang terkandung didalam sajak ini?

3) Prosakan sajak ini?4) Apakah Tema dan Persoalan sajak Ini?

Arahan: Anda boleh menghantarkan jawaban kepada emel Seni-pusaka-

[email protected].