kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

19
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak tertentu yang membantu kami menjayakan tugasan kemahiran berfikir yang wajib dilaksanakan oleh para guru pelatih semester 2. Ucapan setinggi – tinggi penghargaan kepada bekas pensyarah Kemahiran Berfikir unit Pengajian Sosial semester 2 iaitu Encik Mazelan bin Mohd. Arif di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Sebelum meninggalkan unit kami, Encik Mazelan telah pun memberikan sedikit – sebanyak penerangan tentang perlaksanaan tugasan yang diberikan. Seterusnya, ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Shafie bin Majid, pensyarah pembimbing Kemahiran Berfikir unit Pengajian Sosial semester 2 yang telah KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Upload: abdul-raqib-bin-md-hanipah

Post on 21-Jun-2015

1.103 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak tertentu yang membantu kami menjayakan tugasan kemahiran berfikir yang wajib dilaksanakan oleh para guru pelatih semester 2.

Ucapan setinggi – tinggi penghargaan kepada bekas pensyarah Kemahiran Berfikir unit Pengajian Sosial semester 2 iaitu Encik Mazelan bin Mohd. Arif di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Sebelum meninggalkan unit kami, Encik Mazelan telah pun memberikan sedikit – sebanyak penerangan tentang perlaksanaan tugasan yang diberikan.

Seterusnya, ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Shafie bin Majid, pensyarah pembimbing Kemahiran Berfikir unit Pengajian Sosial semester 2 yang telah

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 2: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SOALAN TUGASAN KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/2010

1. PBSM sekolah anda bercadang melancarkan kempen kebersihan sekolah.

Ada pihak tertentu meragui hasrat persatuan tersebut. Gunakan AGO (Aims,

Goals, Objectives) untuk menerangkan kemungkinan tujuan, matlamat dan

objektif persatuan berkenaan.(20%).

2. Anda ditugaskan menyelamatkan 3 orang pelajar yang sesat di dalam hutan

belantara. Tugas menyelamat perlu dilakukan dalam masa 2 jam sahaja.

Anda juga hanya dibenarkan membawa hanya 2 peralatan sahaja daripada 6

iaitu lampu suluh, mancis, sebatang buluh, segulung benang, sebilah pisau

dan sehelai kain sarung. Gunakan FIP (First Importance Priorities) untuk

memilih 2 daripada 6 peralatan tersebut dengan memberi alasan yang logik.

(20%).

3. Encik Mazelan bin Mohd. Arif telah meninggalkan pesan supaya anda

berjumpa dengannya segera di Pasar Raya Sogo. Tanpa membuang masa

anda terus ke tempat tersebut. Malangnya apabila anda sampai ke tempat

tersebut Encik Mazelan tidak kelihatan. Gunakan APC (Alternatives,

Possibilities, Choices) untuk menentukan apa yang berlaku? (20%).

4. Pihak Kementerian Pendidikan mengarahkan semua guru Bahasa Melayu di

sekolah dikehendaki mengajar dalam Bahasa Inggeris. Gunakan OPV (Other

People’s View) untuk mendapatkan pandangan pihak berikut: (20%).

a. Pengetua.

b. Guru.

c. Pelajar.

d. Ibu bapa.

e. Tokoh pejuang bahasa Melayu.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 3: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SOALAN 1

Pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sekolah kami bercadang ingin

melancarkan kempen kebersihan di peringkat sekolah pada awal bulan Mei 2010.

Namun, ada sesetengah pihak yang meragui usaha – usaha yang kami jalankan ini.

Dengan menggunakan teknik AGO (Aims, Goals, Objectives), kami akan

menerangkan kemungkinan tujuan, matlamat dan objektif persatuan ini.

Teknik pertama yang akan kami laksanakan adalah Aims yang bermaksud

tujuan. Tujuan pihak PBSM sekolah kami melancarkan kempen kebersihan ini

adalah untuk mendidik warga sekolah supaya sentiasa prihatin terhadap kebersihan

di kawasan sekolah. Sepertimana yang kita ketahui, sekolah yang bersih dapat

memberikan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif. Ianya juga bertujuan

untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap kebersihan alam

sekitar. Sesuai dengan peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika

warga sekolah dididik pada usia yang muda, mereka akan terbiasa dengan budaya

mementingkan kebersihan sekaligus mewujudkan suasana yang bersih seperti

negara – negara maju yang lain seperti Singapura dan Amerika Syarikat.

Teknik kedua yang akan kami laksanakan untuk melupuskan keraguan

sesetengah pihak yang meragui usaha kami ialah Goals. Goals bermaksud

matlamat. Antara matlamat pihak PBSM sekolah melaksanakan kempen kebersihan

ini adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih. Walaupun tukang

kebun berfungsi untuk menyelenggara kebersihan kawasan sekolah, namun usaha

yang kami laksanakan ini adalah untuk memupuk sikap kerajinan dikalangan warga

sekolah. Ini adalah supaya mereka tidak membuang sampah merata – rata dan tahu

menghargai kebersihan kawasan sekolah. Jika para pelajar sudah terbiasa untuk

menjaga kebersihan kawasan sekolah, tidak mustahil mereka juga akan terbiasa

untuk menjaga kebersihan kawasan lain kelak.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 4: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Seterusnya, teknik ketiga yang akan kami laksanakan adalah Objectives.

Antara objektif utama pihak PBSM sekolah melaksanakan kempen kebersihan ini

semestinya adalah untuk mewujudkan kawasan sekolah yang bersih serta kondusif.

Udara yang bersih dan segar dapat ditemui di kawasan yang sentiasa bersih iaitu

kawasan sekolah yang bersih. Sepertimana yang kita ketahui, udara yang segar

akan membantu meningkatkan kemahiran berfikir dikalangan para pelajar.

Objektif seterusnya kempen ini dilaksanakan adalah untuk memupuk sikap

atau rasa tanggungjawab kepada kebersihan alam sekitar terhadap warga sekolah.

Ini adalah supaya warga sekolah menghargai dan mencintai alam sekitar. Jika kita

sebagai warga pendidik tidak menanam perasaan cinta terhadap alam sekitar

dikalangan para pelajar, siapa lagi? Sebagai warga pendidik, kami

bertanggungjawab untuk mendidik anak – anak bangsa yang bakal menerajui dunia

ini supaya mementingkan kebersihan. Adalah diharapkan apa yang akan kami

terapkan ini akan dipraktikkan oleh para pelajar kelak.

Berdasarkan ketiga – tiga teknik berfikir yang kami nyatakan iaitu AGO (Aims,

Goals, Objectives), kami yakin dapat melupuskan keraguan yang timbul dikalangan

sesetengah pihak yang meragui usaha murni kami ini.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 5: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SOALAN 2

Kami diberi tugasan untuk menyelamatkan 3 orang pelajar yang telah sesat di

dalam hutan belantara. Kami diberi tempoh selama 2 jam sahaja untuk

menyelamatkan mereka. Kami dibekalkan dengan beberapa jenis peralatan iaitu

lampu suluh, mancis, sebatang buluh, segulung benang, sebilah pisau dan sehelai

kain sarung. Akan tetapi, kami hanya dibenarkan untuk memilih 2 daripada peralatan

tersebut untuk digunakan semasa tugas menyelamat dijalankan.

Kami telah menggunakan teknik FIP (First Importance Priorities) yang

bermaksud keutamaan mengikut kepentingan. Kami telah menyusunkan peralatan –

peralatan tersebut mengikut keutamaan seperti di bawah;

1. Sebilah pisau.

2. Lampu suluh.

3. Sebatang buluh.

4. Mancis.

5. Sehelai kain sarung.

6. Segulung benang.

Penggunaan pisau adalah merupakan keutamaan yang paling utama dipilih

oleh kami untuk menerokai sebuah hutan belantara. Ini kerana, kami tidak tahu

sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sepertimana yang kita ketahui,

terdapat hidupan liar yang mendiami kawasan hutan belantara. Dengan adanya

sebilah pisau, kami boleh menggunakannya sebagai senjata untuk melindungi

diri sekiranya kami diserang oleh haiwan liar.

Penggunaan lampu suluh merupakan keutamaan kedua yang dipilih oleh

kami untuk menerokai sebuah hutan belantara. Sepertimana yang kita ketahui,

walau apapun situasi di dalam hutan belantara sama ada pada waktu siang atau

malam, keadaannya alah sama iaitu gelap. Ini adalah kerana hutan belantara

ditumbuhi pokok – pokok malar hijau yang besar dan menghalang cahaya

menembusi kawasan tersebut. Dengan adanya lampu suluh, langkah kami akan

menjadi lebih mudah kerana dapat menerangi kawasan yang gelap.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 6: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Seterusnya, penggunaan sebatang buluh merupakan keutamaan ketiga yang

kami pilih. Sebatang buluh mempunyai fungsi yang sama seperti fungsi sebilah

pisau iaitu sebagai senjata. Dengan adanya buluh, kami akan dapat melindungi

diri daripada ancaman binatang buas.

Keutamaan keempat yang dipilih oleh kami adalah mancis. Fungsi mancis

adalah sama seperti fungsi lampu suluh, iaitu untuk menerangi kawasan hutan

belantara yang gelap. Akan tetapi ianya mempunyai sedikit perbezaan dengan

lampu suluh. Dengan menggunakan mancis, kami boleh membuat unggun api

dan obor – obor. Berdasarkan pengetahuan yang kami ada, binatang liar amat

takut apabila melihat api. Sekiranya kami boleh membuat unggun api dan obor –

obor, sudah tentu kami tidak akan diserang oleh binatang liar. Selain itu,

cahayanya adalah amat terang berbanding dengan cahaya lampu suluh.

Keutamaan yang kelima yang telah kami pilih ialah sehelai kain sarung.

Walaupun kain sarung kelihatan kurang fungsinya, namun ianya tetap menjadi

keutamaan. Kain sarung dapat digunakan untuk mengangkat pelajar yang

pengsan. Dengan menggunakan kain sarung, kami akan membaringkan pelajar

tersebut di atasnya dan setiap orang akan memegang setiap penjuru kain

dengan kuat. Selain itu, kain sarung boleh dikoyakkan menjadi serpihan perca

untuk membaluti luka pelajar sekiranya ada diantara mereka yang tercedera.

Keutamaan kami yang terakhir adalah segulung benang. Seperti penggunaan

kain sarung, walaupun penggunaan benang kelihatan kurang fungsinya, namun

ianya tetap mempunyai fungsi yang tersendiri. Benang boleh digunakan untuk

menanda arah. Sepertimana yang kita ketahui, hutan belantara yang besar boleh

membuatkan kita sesat. Namun, dengan mengikat benang disetiap pokok,

kemungkinan untuk kami sesat di dalam hutan belantara adalah rendah.

Berdasarkan penilaian yang dibuat, kami membuat keputusan untuk memilih

pisau dan mancis untuk dibawa bersama semasa menyelamatkan 3 orang

pelajar yang sesat di dalam hutan belantara. Antara sebab – sebab kami memilih

pisau dan mancis adalah yang pertama, dengan menggunakan pisau, kami boleh

menggantikan fungsi buluh, kain sarung dan benang. Yang kedua, dengan

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 7: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

menggunakan mancis, kami dapat menggantikan fungsi lampu suluh yang dapat

menerangi kawasan yang gelap.

Pisau dapat menggantikan buluh sebagai senjata untuk melindungi diri

daripada serangan binatang buas. Dengan sifat pisau yang tajam, kami boleh

memanfaatkannya dengan pelbagai kegunaan. Kami boleh memotong dahan –

dahan pokok menggunakan pisau dan menggantikan fungsi buluh.

Seterusnya, pisau dapat menggantikan fungsi kain sarung untuk mengangkut

pelajar yang pengsan dengan memotong 2 batang dahan pokok yang sama

panjang. Sebagai penyelamat, sudah tentu kami akan memakai jaket. Jaket kami

itu kemudiannya akan disarungkan pada setiap dahan pokok yang telah

dipotong. Kemudian, pelajar yang pengsan itu, akan dibaringkan diatas jaket dan

diusung keluar.

Selain menggantikan fungsi kain sarung untuk mengangkut pelajar yang

pengsan, pisau juga dapat menggantikan kain sarung untuk membaluti luka yang

dialami oleh pelajar. Caranya adalah dengan mengerat sedikit pada hujung

helaian baju kemeja T dan kemudiannya, kami akan membalut luka tersebut.

Pisau juga dapat menggantikan fungsi benang sebagai penanda arah. Antara

teknik yang akan kami lakukan adalah dengan membuat torehan pada setiap

pokok disetiap kawasan yang telah kami lalui supaya tidak tersesat. Dengan

menggunakan pisau, kami boleh membuat torehan yang besar sebagai penanda

berbanding benang yang halus sifatnya. Jika difikir secara logik, benang yang

halus amat sukar untuk berfungsi sebagai penanda lebih – lebih lagi di kawasan

hutan belantara yang gelap. Mana mungkin kita akan dapat mengesan penanda

yang dibuat sekiranya kita menggunakan benang sebagai penanda arah.

Seterusnya, penggunaan mancis dapat menggantikan fungsi lampu suluh

dengan membuat unggun api dan obor – obor. Dengan menggunakan mancis,

kami boleh membuat unggun api yang menyebabkan binatang liar amat sukar

untuk mendekati kami sekaligus tidak akan dapat menyerang kami. Berdasarkan

pengetahuan kami, binatang buas amat takut kepada api. Unggun api, selain

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 8: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

dapat menghalau binatang liar, ianya juga berfungsi untuk menerangi kawasan

hutan belantara yang gelap. Tambahan pula, cahayanya sangat terang jika

dibandingkan dengan cahaya lampu suluh.

Selain itu, dengan menggunakan mancis juga, kami boleh membuat obor –

obor. Jika membuat unggun api, ianya hanya dapat menerangi sesebuah

kawasan sahaja. Akan tetapi, sekiranya menggunakan obor – obor, kami dapat

bergerak ke satu tempat ke suatu tempat yang lain dengan mudah dan selamat.

Ini kerana, cahayanya akan sentiasa menemani perjalanan kami.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 9: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SOALAN 3

Encik Mazelan bin Mohd. Arif telah meninggalkan pesan supaya kami

berjumpanya di Pasar Raya Sogo. Tanpa membuang masa, kami segera menuju ke

destinasi yang diarahkan itu. Akan tetapi, apabila kami tiba di destinasi tersebut,

kelibat Encik Mazelan masih lagi tidak kelihatan. Puas sudah kami berjalan

mengelilingi keseluruhan kawasan Pasar Raya Sogo tersebut, namun wajah Encik

Mazelan masih lagi tidak kelihatan. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami

menggunakan kaedah APC (Alternatives, Possibilities and Choices) bagi

menentukan apa senenarnya berlaku.

Langkah pertama yang kami ambil adalah Alternatives, yang bermaksud jalan

pilihan yang diambil. Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk

menunggu di pintu masuk utama Pasar Raya Sogo selama satu jam untuk

menunggu ketibaan Encik Mazelan. Setelah menunggu selama satu jam menunggu,

kelibat Encik Mazelan masih lagi kelihatan. Lalu, kami menelefonnya. Tetapi malang,

telefon bimbitnya dimatikan. Kami mengambil keputusan untuk menunggu lagi Encik

Mazelan selama 30 minit di kafe yang berhampiran dengan pintu masuk utama

Pasar Raya Sogo.

Langkah seterusnya yang kami ambil adalah Possibilities yang bermaksud

kemungkinan yang berlaku. Kami membuat kemungkinan bahawa Encik Mazelan

terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang membuatkannya lambat tiba di

destinasi yang ingin ditujui. Akan tetapi, mengapa ia mematikan telefon bimbitnya?

Kami membuat satu kemungkinan bahawa mungkin secara kebetulan, bateri telefon

bimbitnya lemah dan tidak mengizinkan sebarang panggilan dibuat atau diterima.

Seterusnya, berkemungkinan bahawa kenderaan yang dinaiki oleh Encik Mazelan

mengalami kerosakan semasa perjalanan menuju ke destinasi. Maka, kami

mengambil keputusan untuk menunggu beliau.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 10: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Setelah hampir 2 jam menunggu, kelibat Encik Mazelan masih juga tidak

kelihatan di kawasan Pasar Raya Sogo. Maka, kami mengambil langkah yang

terakhir iaitu Choices yang bermaksud pilihan. Kami membuat keputusan bahawa

Encik Mazelan tidak akan datang untuk bertemu dengan kami di Pasar Raya Sogo

kerana kekangan yang berkemungkinan menimpa diri beliau sepanjang perjalanan

untuk menuju ke Pasar Raya Sogo. Maka, kami membuat pilihan untuk pulang

kerana kami tidak mahu membuang masa menunggu beliau.

Pada pendapat kami, Encik Mazelan tentu akan memahami keadaan yang

kami hadapi. Ini kerana, bukannya sengaja kami tidak mahu berjumpa dengannya.

Beliau juga akan memahami bahawa kami mempunyai pekerjaan yang lain yang

harus diselesaikan daripada membuang waktu menunggu beliau yang

berkemungkinan menghadapi kekangan.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 11: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SOALAN 4

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan kepada

semua guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah – sekolah untuk

mengajar subjek Bahasa Inggeris. Sebagai bakal guru, kami telah menggunakan

kaedah OPV (Other People’s View) yang bermaksud mengikut pandangan orang

lain. Kami telah mendapatkan pendapat atau pandangan daripada pihak – pihak

tersebut;

1. Pengetua.

Seorang pengetua amat bersetuju dengan pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia supaya guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu mengajar dalam

subjek Bahasa Inggeris. Pengetua tersebut berpendapat, ianya dapat

menambahkan pengalaman dan kemahiran terhadap guru – guru tersebut.

Seperti yang kita maklum, seorang guru perlulah mempunyai ilmu

pengetahuan yang luas untuk mengajar. Ilmu pengetahuan yang ada pada

seseorang guru tidak terhad kepada ilmu yang berkaitan dengan subjek yang

diajar. Maka dengan ini, guru – guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu

dapat memperluaskan bidang ilmu pengetahuan mereka dari segi bidang

bahasa sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

2. Guru.

Ada sesetengah guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dapat menerima

arahan pihak KPM dengan baik dan begitu juga sebaliknya. Ada sesetengah

guru yang berfikir, adalah amat sukar bagi mereka untuk mengajar subjek

Bahasa Inggeris kerana subjek tersebut bukanlah opsyen mereka. Tambahan

pula, dengan pengetahuan yang asas terhadap subjek Bahasa Inggeris,

adalah amat sukar bagi mereka untuk mengajar dan mengaplikasikannya

terhadap para pelajar. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan yang

dipersoalkan oleh pelajar untuk subjek tersebut, ianya akan menjatuhkan imej

dan reputasi mereka sebagai seorang guru. Jadi, adalah lebih baik bagi

mereka untuk tidak mengajar subjek tersebut. Mereka bimbang sekiranya

mereka memberikan informasi yang salah kepada para pelajar.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 12: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Selain itu, ada sesetengah guru subjek Bahasa Melayu yang rela mengajar

subjek Bahasa Inggeris walaupun kemahiran terhadap subjek tersebut adalah

sedikit. Ini kerana mereka mempunyai kesungguhan dan keyakinan untuk

mengajar subjek tersebut. Sebagai seorang guru, sememangnya kita perlu

sentiasa belajar. Maka, golongan guru yang rela untuk mengajar subjek

Bahasa Inggeris ini akan sentiasa menghadiri kursus Bahasa Inggeris untuk

memantapkan lagi skil pengajaran subjek tersebut. Bagi mereka, mereka

tidak perlu gentar jika tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh

pelajar kerana guru juga sememangnya sentiasa belajar dari semasa ke

semasa.

3. Pelajar.

Bagi pelajar pula, mereka tidak kisah jika guru Bahasa Melayu mereka

terpaksa mengajar subjek Bahasa Inggeris. Ini kerana, bagi mereka yang

tidak mampu untuk menguasai bahasa Inggeris secara total, mereka boleh

meminta guru mereka agar menterjemahkan sesuatu perkataan bahasa

Inggeris yang kurang difahami kepada bahasa Melayu. Para pelajar

berpendapat bahawa seseorang guru itu sememangnya mampu menguasai

pelbagai bidang mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan Bahasa

Inggeris walaupun bidang – bidang tersebut bukanlah opsyen bagi seseorang

guru tersebut. Maka, para pelajar tidak menghadapi masalah untuk menerima

guru Bahasa Melayu untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris.

4. Ibu bapa.

Terdapat dua golongan ibu bapa iaitu golongan yang berpendidikan rendah

dan golongan yang berpendidikan tinggi. Bagi ibu bapa yang mempunyai taraf

pendidikan yang rendah, mereka tidak kisah sekiranya guru yang mengajar

subjek Bahasa Melayu terpaksa mengajar subjek Bahasa Inggeris asalkan

mereka mengajarkan subjek tersebut dengan betul. Bagi ibu bapa yang

mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, mereka amat meragui akan

kebolehan guru Bahasa Melayu untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris

kerana mereka kurang yakin dengan penguasaan bahasa Inggeris guru

tersebut. Mereka bimbang sekiranya guru tersebut tidak dapat mengajar anak

– anak mereka dengan bagus di dalam subjek Bahasa Inggeris kerana subjek

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010

Page 13: kerja kursus kemahiran berfikir ppismp semester 2/jan - mei 2010

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

tersebut bukanlah bidang guru tersebut. Ianya boleh menjejaskan reputasi

akademik anak – anak mereka.

5. Tokoh pejuang bahasa Melayu.

Golongan tokoh pejuang Bahasa Melayu sudah tentunya akan menentang

arahan pihak kementerian itu. Sebagai tokoh pejuang bahasa Melayu,

golongan ini berpendapat bahawa, biarlah guru yang mengambil opsyen

bahasa Inggeris sahaja yang mengajar subjek Bahasa Inggeris. Mengapa

perlu guru Bahasa Melayu untuk mengajar subjek tersebut? Adakah kerana

guru untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris tidak cukup? Ini adalah

bercanggah dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam

usaha “Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu, Mempertingkatkan

Penguasaan Bahasa Inggeris”.

KERJA KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2/JAN – MEI 2010