kerja kursus bahasa melayu kontekstual ppismp semester 2 (jan - mei 2010)
TRANSCRIPT
3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi – tinggi
penghargaan kepada beberapa pihak yang telah membantu bagi menjayakan
tugasan kerja kursus pendek yang wajib dilaksanakan oleh guru – guru pelatih bagi
program pra – ijazah sarjana muda perguruan.
5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Encik
Jalaludin Bin Ibrahim, pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual unit PPISMP –
PS/BI/BM semester 2 yang telah memberikan bimbingan untuk melaksanakan
tugasan ini. Tanpa penerangan yang diberikan beliau, tak mungkin saya dapat
melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, ucapan penghargaan dan
terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada para pensyarah yang mengajar subjek
Bahasa Melayu unit PPISMP – PS/BI/BM semester 2 kerana selain Encik Jaluddin
6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
yang memberikan penerangan, kami juga merujuk kepada mereka untuk
mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut lagi.
Keduanya, saya ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
ibu bapa dan keluarga yang telah memberikan sokongan dorongan kepada saya
bagi menjayakan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga diucapkan setinggi – tinggi
7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada guru – guru pelatih semester 2
terutamanya guru – guru pelatih dari unit PPISMP – PS/BI/BM semester 2 yang
banyak membimbing saya bagi menyiapkan tugasan yang diberi ini.
ISI KANDUNGAN
8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BI
L
KANDUNGAN MUKA SURAT
1 SOALAN TUGASAN
2 PENGHARGAAN
3 ISI KANDUNGAN
4 PENDAHULUAN
5 DEFINISI UCAPAN
9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
6 TENTATIF PROGRAM
7 OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM BERCERITA
8 UCAPAN PERLAKSANAAN PROGRAM BERCERITA DI
SEKOLAH RENDAH DI KAWASAN PEDALAMAN
9 REFLEKSI
10 RUJUKAN
10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENDAHULUAN
Guru – guru pelatih bagi Program Pra – Ijazah Sarjana Muda Perguruan
semester 2 seluruh kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia diwajibkan untuk
melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu Kontekstual kerana
12
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
tugasan ini akan menyumbangkan sebanyak 50% markah untuk peperiksaan akhir
semester nanti.
Kami diberikan tugasan untuk menyediakan teks ucapan yang bertajuk
“panduan perlaksanaan program bercerita di sekolah”. Namun, motif sebenarnya
adalah untuk mengesan kesantunan bahasa yang digunakan di dalam teks ucapan
13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
tersebut. Tugasan ini wajib dilaksanakan secara individu oleh semua guru pelatih
PPISMP semester 2.
Selain daripada itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk menguji penggunaan
bahasa yang digunakan oleh semua guru pelatih sama ada adanya kesalahan
penggunaan tatabahasa ataupun kesalahan penggunaan ayat. Pengujian ini adalah
14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
amat penting supaya kesilapan yang dilakukan itu dapat diperbetulkan secepat
mungkin. Selain itu, ini adalah supaya guru – guru pelatih tidak akan mengulangi
kesilapan yang sama setelah tamat pengajian dan mula mengajar di sekolah.
15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
DEFINISI UCAPAN
Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam Bahasa Melayu antaranya
perbahasan, perundingan, ceramah, ucapan dan taklimat. Menurut Maimunah Haji
Omar, 1993, ucapan merupakan sebahagian daripada perucapan umumnya dalam
aspek perutusan.
16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Ucapan dapat diertikan sebagai apa – apa yang diucapkan atau cara
menyebut atau cara melafazkan sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan
merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato
sehala. Lazimnya, ucapan akan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara
tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan majlis rasmi.
17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Walaubagaimanapun, ucapan agak berbeza dari pidato dan syarahan
terutama dari segi penglibatan dan majlis. Teks ucapan ini biasanya mempunyai
tajuk tertentu yang diberikan terlebih dahulu. Unsur kiasan, peribahasa dan jenaka
boleh diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih menarik. Teks ucapan juga
harus disertai dengan penerangan, penjelasan, pujian atau sanjungan terhadap
sesuatu perkara yang dikatakan. Bahasa yang digunakan dalam teks ucapan
18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
haruslah mudah, padat, tegas dan berkesan. Antara panduan penggunaan
panggilan hormat dalam teks ucapan ialah;
PIHAK TERLIBAT KATA PANGGILAN HORMAT
Pengerusi/ pengacara majlis Yang Dihormati/Yang Mulia
Tuan pengarah/ ketua jabatan Yang berusaha
Golongan kehormat Yang berbahagia
Guru – guru/ ibu bapa Yang dihormati
19
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Rakan – rakan Yang dikasihi
20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TENTATIF PROGRAM
HARI
TARIKH
MASA AKTIVITI
Isnin
22 Mac 2010
10.00 am Penerangan daripada fasilitator program (Saudara
Muhammad Aliff Haikal dan Saudara Mohd. Sarudin)
21
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
10.30 am 1. Pertunjukkan slaid kemahiran bercerita
2. Sejarah penceritaan dalam masyarakat
Melayu.
3. Pertunjukkan video – video dan gambar –
gambar pertandingan bercerita.
12.30 pm Rehat dan solat zohor
02.00 pm Penerangan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh
22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
ketua fasilitator ( Saudara Muhammad Arif)
23
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
02.30 pm Aktiviti berkumpulan (slot 1):
1. Kumpulan 1 (fasilitator: Saudara Mohd.
Redhzwan Arif dan Saudari Nor Anis Syakirin).
2. Kumpulan 2 (fasilitator: Saudara Kumarajeevan
dan Saudari Nur Hidayah).
3. Kumpulan 3 (fasilitator: Saudara Ahmad Faiz
dan Saudari Noor Faraheen).
4. Kumpulan 4 (fasilitator: Saudara Mohd.
24
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
05.30 pm Tamat aktiviti berkumpulan (slot 1).
Minum petang dan bersurai.
Selasa
23 Mac 2010
08.00 am Penerangan perlaksanaan aktiviti yang akan
dilaksanakan oleh ketua fasilitator.
08.30 am Aktiviti berkumpulan (slot 2). Mengikut kumpulan yang
telah dibahagikan seperti aktiviti berkumpulan (slot 1).
25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
09.30 am Rehat.
10.00 am Sambungan aktiviti berkumpulan (slot 2).
12.30 pm Tamat aktiviti berkumpulan (slot 2).
Makan tengah hari dan bersurai.
Rabu
24 Mac 2010
08.00 am Penerangan perlaksanaan aktiviti oleh ketua
fasilitator.
08.30 am Undian untuk menentukan angka giliran para peserta
26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
HARI
TARIKH
MASA AKTIVITI
dibuat.
08.45 am Pertandingan bercerita dimulakan oleh peserta yang
pertama dan seterusnya.
10.00 am Rehat .
10.30 am Sambungan pertandingan bercerita.
27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
HARI
TARIKH
MASA AKTIVITI
01.00 pm Pertandingan cerita tamat.
Makan tengah hari dan bersurai.
Khamis
25 Mac 2010
08.00 am Majlis penutup
Ketibaan Yang berbahagia Dato’ Haji Ahmad Azmey
Bin Haji Abu Talib, Menteri Pelajaran Negeri Pahang
28
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
HARI
TARIKH
MASA AKTIVITI
masuk ke dalam dewan dan diiringi oleh Dato’ Mazlan
Bin Mohammad, Pengarah IPGM Kampus Tengku
Ampuan Afzan dan Encik Abu Bakar Bin Omar, guru
besar SK Sri Sentosa.
08.30 am Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.
29
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
HARI
TARIKH
MASA AKTIVITI
08.45 am Bacaan doa yang akan diketuai oleh saudara Asrul
Izwan.
08.50 am Ucapan alu – aluan Encik Abu Bakar Bin Omar, guru
besar SK Sri Sentosa.
09.15 am Ucapan perasmian majlis penutup program bercerita
30
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
HARI
TARIKH
MASA AKTIVITI
oleh yang berhormat Dato’ Haji Ahmad Azmey Bin
Haji Abu Talib, Menteri Pelajaran Negeri Pahang.
09.50 am
10.30 am
Upacara penyampaian hadiah kepada para
pemenang pertandingan bercerita.
Nyanyian lagu Negeri Pahang
31
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
HARI
TARIKH
MASA AKTIVITI
10.40 am Majlis tamat dan bersurai.
OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM BERCERITA
32
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
1. Mendedahkan kepada para pelajar di kawasan pedalaman tentang konsep
bercerita.
2. Melatih para pelajar di kawasan pedalaman supaya mempunyai jati diri
dan tidak terlalu merendah diri.
3. Meningkatkan karisma para pelajar di kawasan pedalaman.
4. Meningkatkan minat membaca dikalangan para pelajar di kawasan
pedalaman.
33
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
5. Memupuk sikap kerjasama dan tanggungjawab semasa bekerja secara
berkumpulan kepada para pelajar di kawasan pedalaman.
6. Mengasah bakat yang terpendam dikalangan para pelajar di kawasan
pedalaman.
7. Latihan asas kepada para pelajar di kawasan pedalaman untuk
meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
34
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
8. Latihan kepada para guru pelatih untuk menguruskan sesebuah program
di sekolah.
35
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
UCAPAN PERLAKSANAAN PROGRAM BERCERITA DI SEKOLAH
RENDAH DI KAWASAN PEDALAMAN
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassolatu ‘ala asyrafil
‘anbia’ iwalmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Rabbishrahli sodri wayasirli amri,
wahlul ‘uqdatan minlisani yafqauhu qauli. Anma ba’.
36
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Terima kasih diucapkan kepada saudari pengerusi majlis. Yang dimuliakan,
Dato’ Haji Ahmad Azmey Bin Haji Abu Talib, Pengarah Menteri Pelajaran Negeri
Pahang Darul Makmur, yang berbahagia, Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad,
Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, yang berusaha, Encik Abu Bakar
Bin Omar, guru besar Sekolah Kebangsaan Sri Sentosa, yang dihormati,para guru
dan sahabat - sahabat, dan yang dikasihi, para pelajar Sekolah Kebangsaan Sri
37
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Sentosa serta para hadirin sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakathu,
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Syukur kita kehadrat illahi kerana limpah, izin dan kurnia – Nya masihlah lagi
kita dapat menghirup udara segar di pagi hari yang penuh dengan keberkatan ini.
Dapatlah juga kita berkumpul di dalam sebuah majlis ilmu ini.
38
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar dan hadirin yang saya kasihi,
Pertamanya, ingin saya mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sri Sentosa kerana
memberikan saya peluang untuk berucap di majlis yang ceria ini.
Para pelajar dan hadirin sekalian,
39
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Sebelum saya menyampaikan ucapan saya pada pagi ini, bersama –
samalah kita menghayati serangkap pantun yang berbunyi;
Terbang bebas sang rama – rama,
Warna – warni menghias dunia,
Menuntut ilmu suruhan agama,
Tanpa ilmu jahillah manusia.
40
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar dan hadirin sekalian,
Menuntut ilmu itu suruhan agama. Tanpa ilmu jahillah manusia. Begitulah
juga dengan kita. Tanpa ilmu, tak mungkin kita dapat terbang bebas seperti sang
rama – rama. Tanpa ilmu juga, hidup kita tidak akan diberkati oleh – Nya.
41
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar dan hadirin yang dikasihi sekalian,
Pada pagi yang nyaman ini, saya dengan berbesar hati ingin menyampaikan
sebuah ucapan yang bertajuk “Perlaksanaan program bercerita di sekolah
pedalaman”. Seperti mana yang kita ketahui, melalui penceritaan, seseorang dapat
42
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
menyampaikan sesebuah mesej tertentu kepada para pendengar. Contoh yang
boleh dikaitkan dengan masyarakat kita adalah penceritaan tentang cerita jenaka
Pak Pandir. Selain untuk berhibur dengan lawak jenaka yang ada pada watak Pak
Pandir, penglipur lara juga ingin menyampaikan mesej kepada para penonton
supaya tidak mencontohi perbuatan Pak Pandir yang dungu itu. Kerana ini hanya
akan menambah masalah di dalam kehidupan.
43
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar dan hadirin sekalian,
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah yang pertamanya untuk
mendedahkan kepada para pelajar di kawasan pedalaman tentang konsep bercerita.
Jika selama ini, kita hanya menonton cerita – cerita yang menarik di kaca televisyen
tanpa memahami konsep penceritaan tersebut. Maka, dengan adanya program
44
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
seperti ini, para pelajar di kawasan pedalaman dapat mengetahui secara mendalam,
terang lagi bersuluh, apakah yang dimaksudkan dengan cerita.
Keduanya, objektif program ini dilaksanakan di sekolah pedalaman adalah
untuk melatih para pelajar di kawasan pedalaman supaya mempunyai jati diri dan
tidak terlalu merendah diri. Jika kita lihat selama ini, para pelajar di bandar adalah
45
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
lebih menyerlah dan lebih berkeyakinan berbanding para pelajar di kawasan
pedalaman. Para pelajar di bandar sebenarnya telah dididik oleh persekitaran yang
mereka alami. Jika dilihat, para pelajar di bandar ini tidak ada batu penghalang yang
menghalang mereka untuk tampil di khalayak ramai berbanding dengan pelajar di
kawasan pedalaman. Para pelajar di kawasan pedalaman dilihat mempunyai batu
penghalang yang menghalang mereka untuk tampil ke hadapan. Antaranya adalah
seperti kurang keyakinan diri, segan dan terlalu merendah diri. Mereka hanya
46
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
memikirkan tentang kelemahan diri sendiri tanpa menyadari bakat yang terpendam
di dalam diri mereka. Dengan adanya program ini, pihak kami akan cuba sedaya –
upaya untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri para pelajar di kawasan
pedalaman supaya standing dengan para pelajar di bandar.
Para pelajar yang dikasihi sekalian,
47
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Adakah kamu peminat setia kartun upin dan ipin? Pernahkah terlintas di hati
kamu untuk menjadi seperti mereka berdua? Terkenal bukan sahaja di dalam
negara, tetapi juga terkenal di seluruh negara. Jika “ya” itu adalah jawapan anda,
kamu perlu menyedari potensi yang ada pada diri kamu. Kamu perlu belajar untuk
berhadapan dengan orang ramai kerana pengalaman adalah guru yang terbaik.
48
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Sebagai guru, kami hanya mampu mendidik dan memberi sokongan kepada kamu.
Tetapi, kamulah penentu segala impian yang akan dicapai.
Para pelajar dan hadirin yang saya hormati,
49
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Seterusnya, objektif ketiga program ini dilaksanakan di sekolah pedalaman
adalah untuk meningkatkan karisma para pelajarnya. Melalui program ini, para
pelajar akan dilatih untuk bercerita seterusnya menigkatkan karisma. Sepertimana
yang kita ketahui, para pelajar di kawasan pedalaman agak kurang berketrampilan
berbanding para pelajar di bandar. Mereka ini hanya akan menunjukkan bakat
mereka dikalangan mereka sahaja. Namun, mereka tidak akan mendedahkan bakat
mereka ke dunia luar. Kenapa? Ini adalah kerana mereka bimbang akan ada yang
50
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
lebih hebat berbanding mereka. Pemikiran seperti ini haruslah dihapuskan oleh para
pelajar kerana ini akan membunuh semangat yang ada di dalam diri. Karisma boleh
ditingkatkan melalui penceritaan. Contohnya, jika seseorang pelajar menyertai
pertandingan bercerita, secara tidak langsung dia akan mempelajari sesuatu yang
baru untuk berhadapan dengan orang ramai.
51
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar yang dikasihi sekalian,
Jika kamu semua mempunyai impian untuk menjadi seperti watak kartun upin
dan ipin, kamu perlulah belajar daripada kartun tersebut tentang bagaimana untuk
bertutur dengan kaedah yang betul. Jika kamu menyimpan hasrat untuk menjadi
seperti watak tersebut, kamu perlulah berusaha untuk merealisasikan impian
52
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
tersebut. Janganlah kamu menjadi seperti Mat Jenin yang hanya bermimpi di siang
hari. Kamu juga perlu melatih diri untuk bercakap walaupun kamu perlu bercakap
dengan cermin. Biarlah orang memandang aneh kepada kita, kerana bukan mereka
yang berada di tempat anda. Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang
yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum
mati.
53
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Selain daripada itu, objektif yang keempat program ini dilaksanakan adalah
untuk meningkatkan minat membaca dikalangan para pelajar di kawasan
pedalaman. Sepertimana yang kita ketahui, bahan bacaan yang diperolehi di
kawasan pedalaman adalah sedikit dan terhad. Bahan bacaan yang ada kadang –
kala tidak dapat menarik minat para pelajar untuk membacanya kerana seperti yang
kita ketahui, kanak – kanak akan memilih bahan bacaan yang penuh dengan warna
– warni yang boleh merangsang minda mereka. Dengan perlaksanaan program ini,
54
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
diharapkan agar para pelajar di kawasan pedalaman lebih minat membaca untuk
menandingi para pelajar di bandar. Tidaklah nanti para pelajar di kawasan
pedalaman berasa seperti rusa masuk kampung apabila bergaul dengan para
pelajar di bandar. Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.
Para pelajar dan hadirin sekalian,
55
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Objektif seterusnya, iaitu yang kelima, perlaksanaan program ini adalah
bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama dan tanggungjawab semasa bekerja
secara berkumpulan kepada para pelajar di kawasan pedalaman. Melalui
perlaksanaan program ini, para pelajar akan dididik untuk bekerja dalam satu
pasukan dan bertanggungjawab untuk menaikkan nama pasukan masing – masing.
Sekiranya para pelajar dididik untuk bekerja secara pasukan diperingkat awal,
56
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
mereka tidak akan merasa kekok apabila perlu menjalankan tugas secara
berkumpulan kelak. Selain itu, bekerja secara kumpulan ini akan meringankan
beban para pelajar untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Setiap
tugasan yang diberi akan diagihkan kepada ahli – ahli kumpulan supaya tugasan itu
dapat disiapkan secepat mungkin. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat. Melalui kumpulan juga, para pelajar dapat
57
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
berkongsi buah fikiran dan dapat menghasilkan sebuah tugasan yang sangat
bermutu. Apa yang penting? Kerjasama!
Objektif seterusnya program ini dilaksanakan adalah untuk mengasah bakat
yang terpendam dikalangan para pelajar di kawasan pedalaman. Para hadirin
sekalian. Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan. Sebagai
58
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
manusia, kita perlu berfikiran positif iaitu sentiasa mencari kelebihan diri dan
memperbaiki kelemahan diri. Dengan perlaksanaan program ini, kita akan dapat
mengenalpasti kelebihan atau bakat yang ada di dalam diri pelajar. Selain itu, kita
dapat memperbaiki kelemahan para pelajar dari segi pertuturan. Kadang – kala,
para pelajar tidak meyedari bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka. Ini
berkemungkinan mereka tidak diberi peluang untuk mengetengahkan bakat mereka.
59
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Maka, perlaksanaan program ini diharapkan akan dapat mengasah bakat yang ada
pada diri para pelajar.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
60
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Adakah kamu meminati rancangan Raja Lawak? Rancangan Raja Lawak
tersebut adalah salah satu daripada bentuk bercerita. Cuma, yang membezakannya
adalah konsep Raja Lawak tersebut lebih berunsurkan komedi. Sekiranya bakat
para pelajar dapat dikesan dari awal lagi, tidak mustahil para pelajar akan berjaya
dalam bidang pertuturan. Contohnya, dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Lihat
sahajalah di dunia luar. Sudah berapa ramaikah kanak – kanak yang telah menjadi
jutawan hanya kerana petah berkata – kata? Sebagai contoh, filem Harry Potter.
61
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelakonnya diasah mereka semenjak kecil lagi. Dengan potensi yang ada pada
diri mereka, mereka kini boleh bergelar jutawan muda kerana kepetahan mereka
dalam berkata – kata. Ingatlah, kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia
tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.
Para pelajar dan hadirin sekalian,
62
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Objektif ketujuh program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberikan
latihan asas kepada para pelajar di kawasan pedalaman untuk meningkatkan
kemahiran berkomunikasi mereka. Mengikut pengalaman saya sebagai salah
seorang bekas pelajar di sekolah pedalaman, para pelajar di sekolah pedalaman
hanya mahir berkomunikasi sesama mereka sahaja. Dimana, kebanyakan daripada
mereka agak sukar untuk berkomunikasi apabila mereka melanjutkan pelajaran ke
luar dari kawasan mereka. Mereka amat sukar untuk memulakan perbualan dengan
63
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
rakan – rakan yang bukan berasal dari tempat mereka. Kadang – kala, mereka juga
hanya akan menjawab sepatah sahaja apabila ditanya. Bahkan, mereka juga tidak
tahu untuk mengupas topik – topik yang boleh diperbualkan. Dengan kelemahan
sistem komunikasi para pelajar di kawasan pedalaman ini, berkemungkinan mereka
sukar untuk mendapatkan rakan dan sukar untuk bekerja. Ini adalah kerana
komunikasi merupakan aspek penting dalam kehidupan kita. Berkomunikasi
merupakan salah satu daripada keperluan sosial yang terdapat dalam hierarki
64
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
keperluan Maslow yang sangat diperlukan oleh manusia untuk mencapai kehidupan
yang sempurna. Maka, dengan adanya program ini, para pelajar akan diajar dan
dilatih tentang kaedah – kaedah berkomunikasi yang paling berkesan.
Para pelajar dan hadirin yang saya hormati,
65
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Seterusnya, objektif terakhir iaitu objektif yang kelapan adalah untuk
memberikan Latihan kepada para guru pelatih untuk menguruskan sesebuah
program di sekolah. Selain dapat memberikan kebaikan kepada para pelajar di
sekolah, program ini juga memberikan kebaikan kepada ahli – ahli Persatuan
Bahasa Melayu institut kami. Selain daripada berkhidmat kepada pihak sekolah
dalam menguruskan sesuatu program, ahli – ahli kami akan dapat menimba
pengalaman untuk menghadapi para pelajar nanti. Dengan adanya program seperti
66
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
ini, para guru pelatih tidak akan gugup untuk mengajar para pelajar apabila
memulakan khidmat mereka kelak. Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air.
Semua pihak akan mendapat manfaat daripada program ini tidak terhad kepada
paar pelajar sahaja.
Para pelajar dan hadirin yang saya hormati sekalian,
67
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Buat pengetahuan anda semua, program bercerita yang dijalankan
selama empat hari ini akan melibatkan ahli – ahli kelab Persatuan Bahasa Melayu
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Ahli – ahli kelab akan bertanggungjawab
membantu para guru untuk melancarkan program bercerita yang berlangsung
bermula pada hari ini.
68
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Tahukah para pelajar, apakah tentatif program yang akan dilaksanakan untuk
program bercerita ini? Program akan bermula pada hari ini iaitu hari isnin bersamaan
22 Mac 2010. Aktiviti pertama akan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir
pada jam 12.30 tengah hari iaitu pertunjukan slaid kemahiran bercerita. Aktiviti ini
akan diuruskan sepenuhnya oleh dua orang ahli kami iaitu saudara Mohd. Aliff
69
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Haikal Bin Zaidi dan saudara Mohd. Saruddin Bin Mat Zin. Ia akan dimulakan
dengan penerangan sejarah penceritaan dalam masyarakat Melayu terdahulu.
Para pelajar dan hadirin sekalian,
70
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Jika diimbas kembali, pada zaman dahulu, bercerita merupakan medium
untuk berhibur oleh masyarakat terdahulu. Setelah penat bekerja, mereka akan pergi
ke tempat di mana sidang penceritaan dilakukan oleh penglipur lara. Selain untuk
berhibur, penceritaan pada zaman dahulu kala mempunyai banyak unsur - unsur
nasihat dan salah satu daripada cara untuk penglipur lara meluahkan rasa hati
mereka. Mereka akan memilih salah satu watak untuk dikaitkan dengan sesebuah
cerita.
71
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Seterusnya, pertunjukan klip video dan gambar – gambar program bercerita
yang diadakan sama ada diperingkat rendah ataupun diperingkat antarabangsa.
Pertunjukkan klip video dan gambar – gambar tersebut adalah supaya para pelajar
dapat menggambarkan perjalanan sesebuah program bercerita selain dapat merasai
suasana itu berlangsung. Dengan adanya pertunjukkan slaid tersebut, diharapkan
dapat meningkatkan minat para pelajar untuk bersama – sama menjayakan program
ini.
72
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar dan hadirin sekalian,
Seterusnya, aktiviti kedua akan dimulakan pada jam 2.00 petang selepas
rehat dan solat zohor. Aktiviti ini akan berakhir pada jam 5.30 petang. Sebelum itu,
penerangan tentang perjalanan program akan disampaikan oleh ketua fasilitator iaitu
73
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
saudara Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan.Untuk aktiviti ini, para pelajar akan
dipecahkan sebanyak enam kumpulan. Setiap kelas tahap dua akan dipecahkan
sebanyak dua kumpulan. Slot pertama aktiviti ini adalah penerangan tentang untuk
membuat sebuah cerita yang menarik. Setiap kumpulan digalakkan untuk membuat
sebuah cerita sendiri dengan bahan rujukan yang telah disediakan. Setiap kumpulan
akan dibantu oleh dua orang fasilitator. Untuk kumpulan pertama, fasilitator mereka
adalah saudara Mohd. Redhzwan Ariff Bin Khairil Anwar dan saudari Nor Anis
74
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Syakirin Binti Mohd. Affendi. Untuk kumpulan kedua pula, fasilitator mereka ialah
saudara Kumarajeevan A/L Darmalingam dan saudari NurHidayah Binti Mohd. Zohir
@ Suhaimi. Seterusnya, untuk kumpulan ketiga, fasilitator mereka ialah saudara
Ahmad Faiz Bin Mohd. Yusoff dan saudari NoorFaraheen Binti Hamdan. Bagi
kumpulan keempat pula, fasilitator mereka adalah saudara Mohd. Dzulwaqar Bin
Dzulkarnain dan saudari Nor Adibah Binti Abdul Latif. Kumpulan kelima pula,
fasilitator mereka ialah saudara Muhammad Najmi Bin Jali dan saudari Nur Elyana
75
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Binti Yusoff. Dan akhir sekali, untuk kumpulan keenam, fasilitator mereka ialah
saudara Wan Mohammad Khairil Amri Bin Wan Abdul Majid dan saudari Jamilah
Binti Mokther. Para fasilitator akan membimbing anak buah mereka dalam mereka
sebuah cerita yang menarik yang akan dapat menarik minat para pendengar.
Para pelajar dan hadirin yang saya hormati,
76
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Seterusnya, program akan berlangsung untuk hari kedua, pada hari selasa
bersamaan 24 Mac 2010. Program akan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir
pada jam 12.30 tengah hari. Seperti biasa, taklimat akan diberikan terlebih dahulu
oleh ketua fasilitator. Para pelajar dikehendaki bergerak secara berkumpulan seperti
hari pertama untuk menjalani slot yang kedua iaitu latihan bercerita. Para fasilitator
akan menunjukkan demonstrasi untuk melakukan proses penceritaan berdasarkan
77
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
skrip yang ditulis sendiri oleh ahli kumpulan. Kemudiannya, setiap ahli kumpulan
perlu menjalani seisi uji bakat bagi pemilihan para peserta yang akan bertanding di
dalam pertandingan bercerita. Latihan seperti menghafal skrip dan penjiwaan watak
akan dilakukan di dalam kumpulan. Selain itu, intonasi atau nada suara watak di
dalam skrip cerita akan diterangkan oleh para fasilitator kepada anak – anak buah
mereka.
78
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar dan hadirin sekalian,
Seterusnya, program ini akan diteruskan untuk hari yang ketiga yang
berlangsung pada hari rabu bersamaan 25 Mac 2010. Hari ketiga merupakan
kemuncak pada perlaksanaan program ini dimana pertandingan bercerita akan
dilaksanakan. Pada hari tersebut, para peserta yang dipilih oleh ahli – ahli kumpulan
akan menyampaikan sebuah cerita yang telah direka bersama – sama ahli kumpulan
mereka. Adalah diingatkan bahawa para peserta perlu mengenakan pakaian yang
79
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
bersesuaian dengan tema cerita yang ingin disampaikan. Kebiasaannya, para
peserta lelaki akan mengenakan sepasang baju melayu, manakala para peserta
perempuan akan mengenakan sepasang baju kurung. Para peserta juga diingatkan
supaya menunjukkan gaya – gaya yang tersendiri selain daripada gaya bahasa
untuk memikat hati para penonton dan juri.
Perlaksanaan program akan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan taklimat
yang disampaikan oleh ketua fasilitator. Seterusnya, pada jam 8.30 pagi, undian
80
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
akan dibuat oleh para peserta bagi menentukan siapa yang akan menyampaikan
cerita dahulu. Peserta pertama diberi tempoh selama 15 minit untuk bersiap – sedia.
Tepat jam 8.45 pagi, pertandingan bercerita akan dimulakan dengan peserta
pertama dan seterusnya. Pertandingan akan diberhentikan seketika untuk rehat
pada jam 10.00 pagi. Selesai itu, pada jam 10.30 pagi, pertandingan bercerita akan
diteruskan oleh peserta yang lain. Pertandingan bercerita ini dijangka akan tamat
pada jam 1.00 tengah hari.
81
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar dan hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya, pada hari khamis bersamaan 26 Mac 2010, majlis penutup akan
dilaksanakan. Majlis ini akan dirasmikan oleh Dato’ Haji Ahmad Azmey Bin Haji Abu
Talib, Menteri Pelajaran Negeri Pahang. Majlis penutup akan dimulakan sebaik
82
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
sahaja ketibaan Dato’ Haji Ahmad Azmey Bin Haji Abu Talib di Dewan Sri Sentosa
pada pukul 8.00 hingga 8.30 pagi. Sebaik sahaja ketibaan yang berbahagia, para
hadirin diminta berdiri dan bersama – sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu
sekolah yang akan dipimpin oleh saudari NurFazila Binti Zam Zam. Seterusnya, bagi
memberkati majlis ini, bacaan doa akan diketuai oleh saudara Asrul Izwan Bin Abdul
Razak pada pukul 8.45 pagi. Seterusnya, selesai bacaan doa, majlis akan
menjemput Encik Abu Bakar Bin Omar, guru besar SK Sri Sentosa untuk
83
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
memberikan ucapan kata – kata aluan. Selepas itu, majlis akan menjemput Dato’
Haji Ahmad Azmey Bin Haji Abu Talib untuk memberikan ucapannya sekaligus
merasmikan majlis penutup program membaca. Pada hari tersebut, para pemenang
yang terdiri daripada pemenang tempat pertama hingga tempat keempat akan diberi
hadiah. Selain itu, sijil penyertaan juga akan diberikan kepada para peserta yang
menang mahupun yang kalah. Setelah selesai penyampaian hadiah kepada para
84
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
pemenang, hadirin sekali lagi diminta berdiri untuk bersama – sama menyanyikan
lagu negeri Pahang. Seterusnya, majlis tamat dan bersurai.
Para pelajar dan hadirin sekalian,
85
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Seterusnya, saya berharap agar selepas program ini dilaksanakan, para
pelajar di kawasan pedalaman mempunyai keyakinan diri yang teguh untuk
berhadapan di khalayak ramai. Keyakinan diri yang teguh adalah amat penting
kepada para pelajar untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Setiap jiwa yang dilahirkan
telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu
tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
86
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Saya juga berharap agar program ini tidak mati di sini sahaja. Saya berharap,
agar pihak sekolah akan meneruskan program yang akan dilaksanakan ini untuk
tahun yang berikutnya dan secara terus – menerus. Sebagai guru, jika kita tidak
melakukan program seperti ini untuk para pelajar, siapa lagi yang boleh
melaksanakannya? Hanya kita sahaja, para guru yang mampu melaksanakan
program seperti ini.
87
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
Seterusnya, saya amat berharap melalui perlaksanaan program ini, minat
membaca dikalangan para pelajar di kawasan pedalaman akan semakin meningkat.
Sepertimana yang sudah kita maklum, para pelajar di kawasan pedalaman kurang
berminat untuk membaca adalah kerana sumber atau bahan bacaan yang diperoleh
88
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
adalah terhad. Para pelajar hanya mampu mendapatkan bahan bacaan di
perpustakaan sekolah sahaja. Sedangkan, para pelajar di bandar mempunyai
alternatif yang sangat banyak untuk memperolehi bahan bacaan. Para pelajar
sekalian, ingatlah membaca itu jambatan ilmu. Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu,
hidup kita akan gelap.
89
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Selain itu, saya berharap selepas program ini dilaksanakan, kemahiran
berkomunikasi oleh para pelajar di kawasan pedalaman akan meningkat.
Komunikasi adalah amat penting untuk berhadapan dengan orang ramai.
Komunikasi seperti mana yang kita ketahui adalah aset terpenting di dalam
sesebuah kehidupan keranan komunikasi merupakan salah satu keperluan sosial
yang akan mempengaruhi kehidupan seseorang individu. Ini telah tertulis di dalam
hierarki keperluan Maslow.
90
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Seterusnya, setelah berlangsungnya program ini nanti, saya berharap agar
guru – guru pelatih dapat menimba sedikit sebanyak pengalaman sebagai
persediaan untuk menjadi seorang guru. Saya berharap agar para guru pelatih dapat
menyesuaikan diri mereka dengan situasi ini supaya mereka tidak akan berasa
janggal untuk menguruskan program seperti ini apabila mereka telah mula bertugas
sebagai seorang guru kelak.
91
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para pelajar serta hadirin yang saya hormati,
92
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini, saya ingin menyusun sepuluh
jari memohon kemaafan dari pihak anda semua sekiranya ada salah dan silap,
terkasar bahasa atau menyentuh hati para hadirin sekalian sepanjang ucapan saya
tadi. Sesungguhnya, saya hanya insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu juga
datangnya dari Allah s.w.t yang disandarkan pada kelemahan saya. Sebelum saya
93
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya membaca serangkap pantun buat tatapan
umum;
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
94
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Boleh kita berjumpa lagi.
Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka berakhirlah sudah ucapan saya
pada pagi ini. Saya sudahi ucapan saya dengan ucapan assalamualaikum
warahmatullahi wabarakthu. Sekian, terima kasih.
95
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
REFLEKSI
96
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin – Nya, tugasan ini
akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya. Ucapan setinggi – tinggi penghargaan
dan terima kasih diucapkan kepada Encik Jalaludin Bin Ibrahim, pensyarah
pembimbing Bahasa Melayu Kontekstual bagi unit PPISMP – PS/BI/BM semester 2
yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing bagi subjek Bahasa Melayu lain
97
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
yang mengajar unit kami iaitu Encik Zakaria, Puan Rogayah dan Puan Walaini yang
sedia memberikan tunjuk ajar dan bimbingan mereka kepada saya dan rakan –
rakan untuk menyiapkan tugasan ini.
Pada hari jumaat sebelum cuti sambutan perayaan Tahun Baru Cina, ketua
unit kami, saudara Muhammad Arif telah memberitahu bahawa kami perlu memuat
98
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
turun soalan tugasan kerja kursus pendek bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual
di laman sesawang www. Jpmipgmtaa.webs.com/kerjakursus. Di rumah, saya telah
pergi ke kafe siber yang berhampiran untuk menggunakan perkhidmatan internet. Ini
adalah untuk memuat turun soalan tugasan tersebut. Setelah selesai memuat turun,
saya membaca isi kandungan yang terdapat di atas helaian soalan tugasan dengan
teliti. Tugasannya adalah untuk membuat ucapan majlis perasmian program
99
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
bercerita. Ianya kelihatan sungguh mudah untuk disiapkan. Akan tetapi, saya kurang
mengerti apa yang dimaksudkan dengan bahasa gramatis.
Di rumah, saya meninggalkan dahulu tugasan yang perlu saya siapkan
kerana saya lebih menghabiskan waktu untuk bersama – sama keluarga. Disamping
itu, amat sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini tanpa bimbingan atau
100
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
penerangan dari pensyarah. Maka, setibanya di institut, barulah saya memulakan
tugasan dengan mencari maklumat – maklumat yang berkaitan. Pada mulanya, saya
ingin memfokuskan ucapan program bercerita ini dengan kelebihan dan kebaikan
membaca. Akan tetapi, setelah perbincangan bersama Encik Jalaludin dilaksanakan,
maka timbullah buah fikiran yang baru dan segar di dalam minda saya ini.
101
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Saya tidak membuang masa. Setelah tamat kuliah, saya pergi ke
perpustakaan untuk membuat tugasan ini. Di perpustakaan, adalah lebih mudah
untuk saya mencari bahan – bahan yang berkaitan. Selang beberapa hari selepas
Encik Jalaludin memberikan penerangannya, Puan Walaini bertanya kepada kami
tentang tugasan Bahasa Melayu Kontekstual. Beliau telah menunjukkan contoh yang
lebih terperinci tentang apa yang perlu kami laksanakan. Ini adalah beliau tidak
mahu kami mengikuti jejak langkah beberapa orang guru pelatih yang telah
102
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
melakukan beberapa kesilapan yang boleh menyebabkan markah mereka hilang.
Selepas mendengar penjelasan tersebut, saya telah menjalankan proses – proses
pengubahsuaian terhadap tugasan yang saya laksanakan.
Setelah beberapa hari meyiapkan tuagasan ini, akhirnya tugasan ini dapat
disiapkan dengan sempurna.
103
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
104
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
105
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
RUJUKAN
1. Nik Safiah Karim. 2002. Bahasa Melayu STPM (kertas 1 & 2). Selangor
Darul Ehsan: Fajar Bakti.
106
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
2. Nik Safiah Karim dan rakan – rakan. 1995. Tatabahasa Dewan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Raminah Hj. Sabran. 1988. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti.
4. Asmah Hj. Omar. 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan
Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
107
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
5. Mohd. Shamsuddin. 2007. Mari berbahasa: kesantunan berbahasa. (atas
talian) http://addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-
berbahasa.html (06 Jun 2007)
6. Nuriman. 2007. Bila hatiku berbicara: kesantunan berbahasa dikalangan
remaja. (atas talian)
http://nuriman.wordpress.com/2007/12/20/kesantunan-bahasa-di-
kalangan-remaja/ (20 Disember 2007)
108
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN