nota kemahiran berfikir jan 2013 (1)

37
KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR 1. Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive). 2. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat : Proses Penaakulan Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku. Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut. Membentuk konsep Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori. Memahami fenomena yang diperhatikan Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku. 3. Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati. 4. Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas. 5. Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain. 6. Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir. 7. Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR 1

Upload: tksoul-thiruchelva

Post on 24-Oct-2015

81 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive).

2. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :

Proses Penaakulan Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku. Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.

Membentuk konsep Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep

dan teori.

Memahami fenomena yang diperhatikan Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.

3. Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati.

4. Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas.

5. Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.

6. Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.

7. Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Aspek yang penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain(baru).

2. Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan menangani masalah kerana melaluinya kita dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan.

3. Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih produktif.

4. Penting kita dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.

1

KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH

1. Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas.

2. Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.

3. Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :- Mengapa Kenapa Bagaimana

4. Soalan “aras rendah” :- Siapa nama awak? Bila Siapa

5. Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli falsafah Greek).

6. Pada 1956, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran (Taksonomi Bloom).

Taksonomi Bloom

o Pengetahuan Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep. Cth : siapa nama awak? Bakar

o Pemahaman Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan

sendiri. Cth : jelaskan makna fotosintesis

o Aplikasi Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru. Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan...

o Analisis Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti

perkaitan antaranya. Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb.

o Sintesis Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna. Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data.

o Penilaian Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.

7. Krathwohl et.al (1964) menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir.

o Maklum balas ttg perasaan : Geram

2

Mata merah Menangis

o Maklum balas ttg emosi : Sedih Kecewa

o Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.

2. Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.

3. Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.

4. Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya dengan maklumat baru.Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM) memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952)

5. Edward de Bono (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn pemikiran lateral yang bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi selesaikan masalah.

6. Berdasarkan beberapa definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir dapat disimpulkan sebagai :

PEMIKIRAN : Proses mental yang memerlukan pengetahuan.Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu.Digunakan untuk menyelesai masalah.Menentukan tingkah laku yg dihasilkan. Merupakan sikap yg ditunjukkan.

3

KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

1. Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.

2. Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik.i. Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai

ii. Keputusan yang dihasilkan lebih bijak.iii. Perkara dapat dikaji lebih mendalam.iv. Kritikan yang dibuat lebih membina.

3. Memperkembangkan daya intelek.

4. Mengelakkan kesilapan berfikir.i. Terburu-buru : tidak meluangkan masa untuyk meneliti factor yang terlibat

ii. Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi

iii. Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan pemikiran dengan jelas

iv. Bercelaru : tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik

PEMIKIRAN REFLEKTIF

1. John Dewey (1911) manakrifkan pemikiran reflektif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan

atai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan

kesimpulan yang boleh diandaikan darinya.

2. Lambright (1995) mengaitkan pemikitan reflektif dgn pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi

penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan.

Justeru untuk berfikir secara reflektif para pelajar perlu diberi latihan yang

menggalakkan pemikiran secara kritis.

Pemikiran ini akan dapat memperluaskan kefahaman seseorang tentang sesuatu idea,

isu atau sistem nilai.

3. West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif :

a. Mengenalpasti kesimpulan

b. Mengenalpasti sebab dan bukti

c. Mengenalpasti bahasa yang kabur

d. Mengenalpasti konflik dan nilai

4

e. Menilai penaakulan berdasarkan statistik

f. Menilai persampelan dan pengalaman

g. Menilai penaakulan secara logik

h. Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir

i. Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah.

KESIMPULAN :

Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasi prinsip,

menganalisa, membuat sintaksis dan kebolehan menilai.

HALANGAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Kegagalan untuk mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan (fahami tugasan).

2. Tidak dapat berfikir diluar pola pemikiran yg biasa (dikonkong oleh ruang yg biasa).

3. Peluang individu mempraktikkan Kemahiran Berfikir.

5

Kemahiran Berfikir Secara KritisDan Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

1. Membanding dan membeza2. Membuat kategori3. Meneliti setiap bahagian4. Menerangkan sebab5. Menyusun mengikut turutan6. Mengusul periksa andaian7. Membuat inferens8. Membuat ramalan9. Mengesahkan sumber maklumat10. Membuat generalisasi11. Membuat kesimpulan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

1. Menjana dan menghasilkan idea baru

2. Mencipta metafora (perumpamaan)3. Mencipta analogi (penyamaan)4. Mencipta definasi

Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

GALAKKAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Bahan pengajaran yang sesuai, mencabar dan berupaya mencungkil Kem. Berfikir.

2. Kesedaran tentang kepentingan Kemahiran Berfikir dan bagi mewujudkan suasana yang

merangsangkan pelajar berfikir.

3. Penyelesian masalah perlu melibatkan pelbagai pihak.

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MENYATAKAN PENDAPAT

1. Kemahiran Berfikir dapat digunakan untuk menyakinkan seseorang dalam mengemukakan dakwaan dan memberikan hujah. Cth: ejen insurans.

2. Ciri – ciri dakwaan :

a. Terdiri daripada ayat-ayat pernyataan. Cth: kemahiran berfikir itu mudah.b. Mempunyai nilai kebenaran samada ayat itu benar atau tidak benar. cth:ayat arahanc. Kenyataan tersebut dalam bahasa yang difahami.

3. Pernyataan hujah :a. Bertujuan untuk menyakinkan dakwaanb. Isu bagi sesuatu hujah dikenali sebagai penutup hujah (kesimpulan).c. Kenyataan yang menyokong sesuatu hujah dan menghala ke arah kesimpulan dikenali

sebagai “PREMIS”

Contoh 1 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan.

1. Lassie adalah seekor anjing. --- 2. Dia seorang pemuda yang tinggi ---3. Ringan tangan berat perut --- 4. sampai hati awak tuduh saya begitu --- 5. ana, anta, anti, antu --- 6. 2+ 2 = 5

Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan.

7. Lassie adalah seekor anjing. --- dakwaan (mpyai nilai kebenaran)8. Dia seorang pemuda yang tinggi --- dakwaan (mpyai nilai kebenaran)9. Ringan tangan berat perut --- bukan dakwaan (peribahasa)10. sampai hati awak tuduh saya begitu --- bukan dakwaan (luahan perasaan)11. ana, anta, anti, antu --- bukan dakwaan (bhs tak difahami)12. 2 + 2 = 5 --- dakwaan (nilai kebenaran – tidak benar)

6

Contoh 2 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan.

1. Kambing memang binatang bodoh. Sekiranya seekor terjun masuk gaung, yang lain pun akan ikut sama. Sekiranya ia terbalik ke belakang, ia akan susah hendak bangun semula.

a. Adakah ia hujah : YaKesimpulan : Kambing binatang bodoh

b. Premis : i. Seekor kambing terjun yang lain akan ikut sama

ii. Sekiranya ia terbalik ke belakang, susah untuk ianya hendak bangun semula

TEORI DAN PERANAN OTAK

STRUKTUR OTAK

1. Ciri-ciri otak manusia :

a) Berat otak lebih kurang 3 paun (1.2 kg)b) Terdiri drpd 78% air, 10% lemak dan 8% protein.c) Mengandungi 100 billion sel saraf (neuron)d) Memerlukan 20% jumlah oksigen yg diperlukan oleh badan.e) Manusia hanya menggunakan sekitar 10% drpd kemampuan otaknya.

2. Struktur Keratan rentas otak.

3. Otak terdiri drpd 4 bahagian dipanggil ‘lobes’.

a) Occipital lobe (bhg.tengah) : penglihatan

b) Frontal lobe (bhg.depan): pemikiran, penaakulan, ingatan, tingkah laku

c) Temporal lobe : pendengaran, emosi, tingkah laku, ingatan7

d) Pariental lobe : intelek, penaakulan, ingatan

8

FRONTAL LOBEPARIENTAL LOBE

OCCIPITAL LOBE

TEMPORAL LOBE

4. Kajian Split – Brain

a. Roger Sperry (1965) berjaya membuat pembedahan Split-brainb. Beliau berjaya mengasingkan 2 bahagian otak; iaitu Hemisfera Otak Kiri

(HOKI) dan Hemisfera Otak Kanan (HOKA).

Kiri Kanan-Matematik logic -Mengenal secara keseluruhan-Bahasa , menulis , membaca -Pengambaran cara imaginasi-Linear siri -Kreativiti-Analisis (analitik) -sintesis

Contoh : Umur Ahmad 10 tahun lebih tua drpd umur Ali. 3 tahun lagi umur Ahmad menjadi 2 kali ganda umur Ali. Berapakah umur Ahmad dan Ali?

Penyelesaian :

umur Ali = x , umur Ahmad = x + 10 3 tahun lagi :

= 2x + 3 , = x + 10 + 3

2 ( x + 3) = x + 10 +3 2x + 6 = x + 10 + 3

2x – x = 13 – 6 x = 7

Jawapan : Ali = 7 tahun , Ahmad = 17 tahun

5. Robert Ornstein (1978) menjalankan kajian membandingkan pergerakan gelombang otak kiri dan gelombang otak kanan.

a) Gelombang Beta

9

Peringkat minda sedar. Gelombang otak sangat aktif untuk menyelesaikan masalah, berfikir, mengemukakan pendapat dan menganalisis.

Julat 17 – 39 hertz , sgt aktif Tidak digalakkan buat keputusan – terburu-buru dan kurang tepat

b) Gelombang Alfa Peringkat beristirehat/bertafakur. Cth : Mandi, Solat, Makan. Julat 8 – 17 hertz , tenang Keputusan paling tepat dan dapat menyelesaikan banyak masalah

c) Gelombang Theta Peringkat sangat penuh istirehat spt yoga. Tidur – tidur ayam / separa sedar

d) Gelombang Delta Peringkat semasa tidur @ tidak sedar.

6. Paul MacLean (1950) Mengemukakan konsep 3 susunan otak (The Triune Brain Theory).

i. Otal neokorteks : - untuk mengawal dan melaksanakan aktiviti intelek. - kebolehan melihat sebab dan akibat, proses deduksi, dan rumusan. - kebolehan melihat hubungan antara maklumat- kebolehan membuat visual

ii.Sistem Limbix : perlakuan emosi, motivasi, mood, dorongan seks, pernafasan dan tekanan darah. iii.Reptilian Kompleks : mengawal perlakuan secara rutin, irama, automatic.(medulla ablogata)

7. Ned Herrmann (1975) mengemukakan teori pemikiran keseluruhan otak @ Herrmann Brain Dominance Instrument (HBDI).

**** Mengikut teori ini, penggunaan otak boleh diukur dan kecenderungan seseorang untuk berfikir @ belajar boleh mempengaruhi cara dia melihat sesuatu, cara ia memproses maklumat dan cara membuat keputusan.

10

Fungsi otak boleh dibahagikan kepada 4 quadrant :

Quadrant Bahagian Otak FungsiA Hemisfera Kiri Atas Logic, analitik, fakta, kuantitatifB Hemisfera Kiri bawah Pengelolaan, urutan, perancanganC Hemisfera Kanan Bawah Peramah, kinestetik, perasaan, emosiD Hemisfera Kanan Atas Holistic, intuitif, kesepaduan, sintasis

OTAK DAN KECERDASAN

IQ atau kecerdasan intelek boleh didefinisikan sebagai satu ukuran untuk mengukur perbezaan

relative yang mampu menentukan tahap intelek berlandaslan ujian yang telah diselaraskan. Ujian

intelek yang pertama telah dicipta oleh Alfred Binet dan Theopile Simon pada tahun 1905.

1. Thurstone (1938)

Teori Kebolehan Mental Utama

a) kefasihan perkataan : kelancaran mengutarakan pendapat dengan kata-kata

b) kefahaman verbal : Kemampuan memahami bahan verbal dan perkaitan konsep

c) kemampuan mengira : Kebolehan menggunakan fikiran melalui angka

d) membentuk visual ruang : Kemampuan mengimaginasi bentuk akhir sesuatu rancangan

e) Kemampuan ingatan : Kemampuan mengingat peristiwa yang dialami atau dipelajari

f) Kepantasan persepsi : Kemampuan mengenali persamaan dan perbezaan antara objek

g) Penaakulan : Kemampuan membuat rumusan dan mempertimbangkan secara logik

2. Sternberg (1988)

Teori Kecerdasan Triakik Manusia

Subteori kontektual, Subteori eksperential, Subteori komponential.

1. Aspek kontekstual (kecerdasan praktikal, bagaimana kecerdasan digunakan untuk

menghadapi perubahan persekitaran dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru

dengan mudah)

11

2. Aspek eksperimen (kreativiti, dapat menghasilkan idea baru dan menghubungkan

kenyataan yang tidak berkaitan)

3. Aspek komponential (analisis maklumat untuk menyelesaikan masalah terdiri daripada

perencanaan, pelaksanaan strategi dan perolehan pengetahuan)

3. Howard Gardner (1983)

Teori Pelbagai Kecerdasan

linguistic, muzikal, logic-matematik, ruang, kinestatik, interpersonal, intrapersonal,

naturalistic, dan emosi.

Sumber kecerdasan adalah faktor baka dan persekitaran. Setiap individu mempunyai

kecerdasan tersebut pada tahap kemahiran yang berbeza. Tahap kecerdasan boleh

ditingkatkan melalui latihan dan peneguhan.

KOMPONEN TEORI PELBAGAI KECERDASAN

Komponen Maksud Aktiviti boleh dijalankan

Kecerdasan Linguistik

Kebolehan mengguna bahasa, makna perkataan, dan hubungan antara perkataan

menulis, membaca, menulis sajak, perbahasan

Kecerdasan ruang

Kebolehan membuat gambaran dalam minda atau bentuk nyata

merumus dalam bentuk carta, peta minda, melukis, membuat hiasan, lukisan bangunan

KECERDASAN VISUAL RUANG

KECERDASAN INTERPERSONAL

KECERDASAN INTRAPERSONAL

12

KECERDASAN MUZIK

TEORIKECERDASA

NPELBAGAI

KECERDASAN KINESTETIK

KECERDASAN LOGIK MATEMATIK

KECERDASAN NATURALISTIK KECERDASAN VERBAL

LINGUISTIKKECERDASAN EMOSI

Kecerdasan muzikal

Memahami, menghasilkan, dan peka terhadap struktur muzik

Bayangkan bunyi burung, bunyi hutan, hasilkan lagu

Kecerdasan kinestetik

Kemahiran mengguna dan mengkordinasi bentuk badan

Menari, bermain bola, aktiviti psikomotor

Kecerdasan logikal -

matematik

Kebolehan menaakul dalam matematik dan sains

Menyelesaikan masalah matematik, membuat kesimpulan hasil eksp.

Kecerdasan interpersonal

Kebolehan berinteraksi, memahami perasaan, fikiran dan perlakuan orang lain

Aktiviti berkumpulan, perbincangan, berkenalan

Kecerdasan intrapersonal

Memahami dan menilai diri sendiri secara mendalam

Reflek diri, kenalpasti matlamat diri dan minat sendiri

Kecerdasan emosi

Keupayaan mengenal dan memahami emosi sendiri dan orang lain

Dapat memotivasi diri dan mengurus emosi (displin diri)

Kecerdasan naturalistik Mengenalpasti flora dan fauna

Peka terhadap alam sekitar

Minat terhadap hidupan sekeliling

KAITAN PEMAKANAN DENGAN OTAK

1. Fungsi makanan adalah untuk membentuk dendron dan dendrit yang subur dan boleh mencerdaskan otak.

2. Maklumat dalam system saraf dan otak dihantar dalam bentuk impuls saraf dan bahan kimia.

3. Bahan kimia dalam otak ini dikenali sbg ‘neurotransmitter’ yang terdiri drpd : dopamine, norepinephrine dan serotonin.

4. Ketiga-tiga bahan kimia ini diperolehi drpd bahan makanan.

5. Dopamine dan norepinephrine dikenal pasti sbg bahan kimia kewaspadaan (the alertness chemical) yang terbina drpd asid amino tiroksin dlm makanan berprotein.

Kesan :

a) Berfikir dengan cepat terhadap sesuatu rangsangan.b) Kebolehan kemahiran pemerhatian meningkatc) Minda menjadi lebih aktif

13

d) Hubungan antara sinaps lebih cekap membolehkan keupayaan berfikir lebih cepat dan kreatif.

6. Serotonin adalah bahan kimia ketenangan dalam makanan berkarbohidrat. Kesan : dapat mengurangkan kesan stress dan menjadi lebih tenang.

7. Richard Wurtman (1988) memberikan 2 prinsip utama untuk pengambilan makanan dapat meningkatkan daya berfikir.

a) Pengambilan bahan protein akan menambahkan asid tiroksin dlm otak dan semakin banyak penghasilan Dopamine & norepinephrine.

Potensi otak akan meningkat dam minda menjadi lebih mencabar dan kreatif.

b) Pengambilan karbohidrat tanpa diseimbangkan dengan protein akan membentuk lebih bahan serotonin. Anda akan berasa lebih istirehat dan kurang stress.

8. Diet yang seimbang sepatutnya mengandungi 60% kalori daripada karbohidrat, 15% drpd protein dan 25% drpd lemak.

Air 2 liter sehari Pastikan keseimbangan alkali dan asid dlm otak ( 50 % - 50% / 60% - 40%) Digalakkan ambil asid lemak spt Omega 3 dan Omega 6.

9. Tempoh biologi dan kesan pemakanan

a) Pengambilan diet protein dan karbohidrat pada tahap tenaga tinggi akan membolehkan tenaga otak meningkat ke aras terbaik.

b) Pengambilan diet protein yang banyak dan mengurangkan karbohidrat pada tempo biologi menurun akan membolehkan seseorang aktif semula.

ALAT BERFIKIR

1. Penggunaan alat berfikir membantu meningkatkan kemahiran berfikir.2. Alat berfikir dpt membantu menyampaikan idea dgn lebih tersusun , jelas dan mudah difahami.3. Otak akan lebih mudah mengingat jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang

sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep.4. Alat berfikir adl spt peta minda, pengurusan grafik, soalan dan penyoalan, dan Cort 1.5. Peta Minda.

a) diperkenalkan oleh Tony Buzan (1984).

b) definisi : lakaran grafik dgn tajuk / isi utama diletakkan di bahagian tengah dan tajuk dan idea yg lain dikembangkan dr sekelilingnya .

(ini adalah cara mencatat nota yg ringkas dan berkesan)14

Tenaga

12 tgh6 pagi 12 tgh mlm6 ptg

c) Tujuan penggunaan peta minda :

i) mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci (dpt lihat tajuk itu dgn lebih luas) ii) membantu mengingat dgn mudah

iii) mencatat nota dgn ringkas dan mudahiv) menseimbangkan penggunaan otak kanan (menggambarkan) dan otak kiri (analisis)v) mengembangkan kreativiti , organisasi dan persembahan idea.

(jadi lebih kreatif, data lebih teratur, idea jadi lebih jelas)

d) Ciri – ciri peta minda

i) kreatif dan tidak formal (boleh lukis , lorek , gambar yg boleh membantu)

ii ) tajuk diletakkan dibhg. tengah (idea-idea lain dikembangkan di luar idea utama)

iii) penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod utk menunjukkan perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk utama

i) membuat gambaran yg menarik agar otak lebih tertarik

e) kegunaan peta minda

i) mencatat nota ii) mencatat isi penting dr teks atau bahan yg dibaca

iii) perancangan dlm membuat laporaniv) membuat sinopsisv) membuat persembahan hasil perbincangan dan sumbang saran

f) Kelemahan peta minda

i) hanya difahami oleh segelintir golongan shj. Cth peta minda terlalu ringkas, guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu.

ii) kata kunci tak sesuai mengakibatkan sukar utk diingati

iii) tiada huraian yg jelas – tulis hanya dlm bentuk singkatan

iv) terlalu panjang dan kompleks ( berserabut atau berselerak)

g) Kebaikan peta minda

i) mudah diingati kpd pembuat peta minda

ii) dpt dibaca dgn mudah

iii) mudah memahami sesuatu konsep

15

iv) membantu membentuk gambaran mental dpd perkara yg didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan.

CARA MEMBINA PETA MINDA

1. Tuliskan tajuk ditengah –tengah kertas2. Lukis beberapa garisan atau apa jua bentuk utk melingkungi tajuk3. Letakkan imej berwarna utk menggambarkan tajuk.4. Buat garisan, ranting atau cabang berdasarkan tajuk utama5. Buat garisan halus dari garisan yg besar6. Gunakan satu perkataan atau kata kunci 7. Gunakan symbol tertentu atau gbr utk menunjukkan makna yg lebih jelas. Cth lukis gbr orang tidur. 8. Warnakan garisan dan symbol dgn warna terang cth : gbr buluh utk menerangkan kegunaan buluh.

5. Penggunaan Grafik (PG)

a) Definisi : Pola penyusunan yg mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea. Ia merupakan satu bentuk ilustrasi utk melihat sesuatu idea dgn pemikiran yg lebih sistematis, jelas dan berkesan.

b) Prinsip: Proses pembelajaran dan ingatan menjadi lebih mudah jika otak menerima rangsangan dlm bentuk pola atau grafik.

c) Tujuan PG :

i) berbentuk grafik yg perlu diisi dgn maklumat berkaitan tajukii) membantu mengurus dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik dan berkesan.

d) Cara PG dpt bantu susun idea :1. dpt membantu kita melihat perbezaan sesuatu perkara dgn tepat2. dpt membentuk klasifikasi dgn lebih tersusun3. dpt menerangkan proses/ aliran dgn lebih sistematik4. mengelakkan maklumat yg penting dr tercicir5. menjadikan kita lebih berfokus6. menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dgn tepat7. mengelakkan berfikir scr kabur, sempit, terburu-buru dan bercelaru.

e) Contoh Pengurusan Grafik 1. membanding dan membeza. 2. membuat kategori 3. meneliti bahagian kecildan keseluruhan 4. menerangkan sebab dan akibat 5. mengusul periksa andaian

6. Soalan dan Penyoalan

a) Definisi : alat rangsangan utk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat, menilai kebolehan dan pencapaian seseorang.

b) Prinsip: Proses berfikir akan meningkat apabila soalan tahap tinggi digunakan.c) Tujuan soalan dan penyoalan :

16

i) memperkembangkan proses berfikir ii) mengumpul dan menganalisis maklumat iii) menggalakkan pemikiran metakognitif iv) menggalakkan pencetusan idea dan penggunaan idea v) mengenal pasti objektif pengajaran tercapai vi) menilai kemajuan pembelajaran

d) Jenis – jenis soalan : i) soalan bertumpu dan mencapah

Soalan bertumpu – jawapan terhad dan didapati scr langsung dlm teks Soalan mencapah – jawapan terbuka dan tak terhad kpd teks

Ciri-ciri soalan bertumpu dan mencapah

Ciri – ciri SOALAN BERTUMPU Ciri – ciri SOALAN MENCAPAH

1. Mempunyai satu jawapancth soalan : Osni belajar di sekolah mana?

1. Pelbagai jawapancth soalan : Apakah pandangan kamu thdp Osni?

2. Terhad kpd teks cth soalan : Siapakah ayah Osni dalam cerita itu ?

2. Terbuka luascth soalan : Pada pandangan kamu mengapakah ayah Osni melarang Osni berkawan dgn Amran dan Atan ?

3. Tersuratcth soalan : Siapakah yg mencuri buah rambutan itu ?

3. Tersiratcth soalan : cuba cari beberapa bukti utk menunjukkan bahawa Osni budak yg jujur ?

4. Berbentuk mengingat kembali Cth soalan : Nyatakan nama kawan-kawan Osni yang menyanyanginya.

4. Berbentuk Taakulan cth soalan : Mengapakah Osini disayangi oleh rakan-rakannya?

5. Lebih Objektifcth soalan : Adakah Osni cerdik ?nyatakan (A) bg jawapan betul dan (B) bg jawapan salah

5. Lebih subjektifcth soalan :i) Jika kamu menjadi Osni apakah yg akan kamu lakukan ?ii) Pada pandangan kamu mengapakah ayah Osni sangat saying pada Osni?iii) Cuba anda ramalkan , apakah yg akan berlaku jika Osni tidak lari bersembunyi?

ii. Soalan Aras Taksonomi Bloom

17

a) pengetahuanb) pengalaman c) aplikasid) analisise) sintesisf) penialaian

iii. Soalan dengan Teknik Penyoalan Socrates (soalan Socrates)

soalan sgt penting utk menjana sesorang berfikir dgn lebih kritis melalui penyoalan, pemikiran pelajar akan tercambah dan akan dilebarkan membahagikan soalan kps beberapa jenis

a) soalan utk mendapatkan penjelasan cth : Apakah yang anda maksudkan dgn pengganas?

b) soalan utk menyiasat andaian cth : Apakah andaian anda tentang kes bunuh sekarang?

c) soalan utk menyiasat sebab dan bukti cth : Bagaimana kita dapat memastikan dakwaan ini benar?

d) soalan utk mendapatkan pandangan cth : Mengapakah kamu membuat pilihan tersebut?

e) soalan utk menyiasat implikasi dan kesan cth : Apakah kesan daripada tindakan mengharamkan konsert?

f) soalan mengenai soalan (metakognitif) cth : Mengapa soalan ini penting ?

ALAT BERFIKIR CORT

a) diperkenalkan oleh Edward de Bono (1997)

Beliau telah memperkenalkan cort pada 1970-an dan tlh memperkenalkan 6 cort (6 jenis

projek)

Menghasilkan tidak kurang 30 buah buku berkaitan kemahiran berfikir

Menggunakan konsep literal thinking (meluaskan pandangan) dan vertical thinking

(melihat secara mendalam)

b) Cort bermaksud Cognitive Research Trust.

18

c) Cort 1 bertujuan utk meluaskan persepsi (pandangan) seseorang ttg sesuatu

idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Cort 2 mengorganisasi proses berfikir

Cort 3 pemikiran kritis (kritik)

Cort 4 pemikiran kreatif (hasilkan sesuatu yg baru)

Cort 5 maklumat yg diterima dan kesan efektif (perasaan)

Cort 6 tindakan

d) 5 ciri Pemikiran Lateral

I. melibatkan proses evolusi, intuisi (apa yg difikirkan) dan

II. idea yg dihasilkan mesti idea baru & asli (jangan tiru)

III. tidak semestinya ada hubungan yang mesti wujud.

IV. idea – sumbangsaran / brainstorming).

V. terdapat perubahan anjakan paradigma

VI. Penyelesaian masalah yg tidak konvensional (tidak mengikut cara biasa )

Cort 1 ada 7 teknik

Bil Teknik Cort Langkah Perlaksanaan Contoh Perlaksanaan

1 PMI (Plus Minus Interesting) disebut PMI (Baik Buruk Menarik)

Luas fikiran ttg cadangan, idea dgn :-

senaraikan semua yg baik, buruk,menarik

membuat keputusan berdasarkan penilaian di atas

Jangkamasa sekolah dilanjut kpd pukul 5 petang

2 CAF (Consider All Factors) ambil kira semua faktor sblm buat keputusan

senaraikan semua faktor

membuat pertimbangan setiap factor (serentak – baik/buruk)

menentukan keputusan

Semua pelajar Universiti memakai uniform

19

3 C & S (Consequence and Sequel) Kesan dan akibat

meneliti kesan jangka panjang dan pendek yg akan berlaku utk tindakan yg diambil.

kesan ikut jangka masa a) j/masa terdekat = 5

tahunb) j/masa panjang > 5

thn

Komputer menggantikan guru

4 AGO (Anis, goals,objective)Tujuan,matlamat, objektif

mesti jelas elak terpesong bersifat khusus(spesifik) bersifat realistic dan boleh

diukur (guna kata kerja)

**AGO yg baik – tdp pkr tindakan yg komprehensif (jelas)

***digunakan bersama CAF dan C&S

sentiasa fokus dan menumpukan perhatian kpd tujuan asal dgn bertanya apa AGO rancangan kita?

(senaraikan seberapa byk yg boleh rancang dan menilai semua idea dr pelbagai sudut dan perspektif ).

Rancangan Hari Kantin.Apakah AGOnya?

5 FIP (First,Important,Priorities) Utama, Penting, Prioriti

mengenalpasti dan menentukan yg terpenting yg perlukan tindakan

(keutamaan).

Merancang perbelanjaan bulanan

6 APC (Alternative, Possibilities,Choices)Alternatif,Kemungkinan,Pilihan

Memikirkan beberapa kemungkinan serentak dlm menyelesaikan masalah.

Kemerosotan pencapaian pelajar – cari penyelesaiannya

20

7 OPV (Other People’s View)Pandangan orang lain – setiap org ada pandangan berbeza

Mengambilkira pandangan org lain sms membuat keputusan.Bagaimana keputusan ini akan mempengaruhi org lain.

Umur bersara dinaikkan kpd 65 tahun

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

1. Perkataan ‘kritis’ berasal daripada bahasa Yunani, ‘kritikos’ yang bermakna ‘mampu menilai’.

2. Definisi kemahiran berfikir secara kritis : Pemikiran kritis ialah kecekapan dan keupayaan

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti

kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan

menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3. Pemikiran kritis juga merupakan:

proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul maklumat untuk menilai dan bertindak

pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru

pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan penilaian

proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti dan penaakulan

suatu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya (metakognitif)

4. Kelebihan penggunaan pemikiran kritis:

untuk mengumpul seberapa banyak maklumat

menilai betul atau salah sesuatu idea

meningkatkan pemahaman dan keupayaan menggunakan maklumat dengan lebih berkesan

membuat keputusan atau pilihan yang lebih tepat

membuat pertimbangan yang lebih rasional

5. Ciri-ciri individu berfikiran kritis:

a) Reaktif : gerakbalas terhadap idea yang sedia ada

21

b) Penilaian : menentukan sesuatu idea patut dipercayai

c) Analisis : mencari huraian yang lebih tepat, terperinci, dan difahami

d) Logik : menaakul secara logik dan bersepadu dengan andaian

e) Kesimpulan : dibuat setelah yakin tentang kebenaran andaian

f) berfikiran terbuka dan luas

6. Pemikiran kritis berguna untuk menilai dan memperbaiki idea yang sudah sedia ada. Melalui

pengurusan lisan individu berfikiran kritis mampu mencari:

Di mana silapnya?

Di mana salahnya ?

Di mana kelemahnya?

Di mana kebaikkannya ?

Di mana kekuatannya ?

Di mana yang tidak selaras ?

Di mana yang bertentangan ?

Adakah alasannya betul ?

Adakah analisisnya tepat ?

Adakah kesimpulannya memadai ?

7. Untuk mencapai kemahiran kritis ini seseorang perlu menguasai kemahiran mikro yang berkaitan

iaitu;

Membanding dan membeza

Membuat kategori

Menyusun mengikut urutan kritis peringkat

Meneliti setiap bahagian kecil dan keseluruhan rendah

Menerangkan sebab

Membuat ramalan

Mengusul periksa andaian

Membuat inferens

Mengesahkan sumber maklumat kritis peringkat

Membuat generalisasi tinggi

Mencari sebab dan membuat kesimpulan

Kemahiran Dalam Pemikiran Kritis:

1. Membanding dan membeza

22

Definisi: meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan antara dua objek, peristiwa, idea,

organisma dan institusi berdasarkan aspek-aspek tertentu.

Tujuan :

a) mempelajari dua atau lebih perkara serentak

b) memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas

c) membantu membuat keputusan dengan lebih bijak

d) mengklasifikasi data

e) membuat generalisasi dan membina konsep

2. Membuat kategori:

Definisi : mengelompokkan maklumat ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri

sepunya.

Tujuan:

a) mengesan ciri sepunya

b) menyusun mengikut ciri

c) memudahkan mencari maklumat

d) menerangkan sesuatu mengikut kategori

e) membuat analisis atau merangka untuk penulisan

3. Menyusun mengikut urutan:

Definisi: keupayaan mengatur perkara mengikut susunan atau urutan tertentu

Tujuan:

a) memilih susunan yang sesuai mengikut keutamaan dan tujuan

b) memudahkan cara penyimpanan ddan pemerolehan maklumat

4. Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

Definisi: keupayaan melihat dan memahami perhubungan, perkaitan, kepentingan dan

pertalian antara bahagian kecil dengan keseluruhan.

Tujuan:

a) menentukan fungsi bahagian kecil

b) mengaitkan setiap fungsi bahagian kecil dengan keseluruhan

5. Menerangkan sebab

Definisi: menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab kejadian berdasarkan

alasan dan bukti yang munasabah

23

Tujuan:

i. mencari pelbagai punca mengapa sesuatu perkara berlaku

ii. memberi sebab sebenar untuk mengesahkan kemungkinan

1. Membuat ramalan

1. Definisi: membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku pada masa akan

datang berdasarkan bukti dan maklumat

2. Tujuan:

a) membuat persediaan tertentu untuk mengalami peristiwa baru

b) membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan bukti

c ) mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin

2. Mengusul periksa andaian

Definisi: menyiasat dan memeriksa sama ada sesuatu andaian yang telah dibuat benar atau

tidak berdasarkan bukti

Tujuan:

i. memeriksa sesuatu andaian benar atau tidak

ii. membuat keputusan berdasarkan hasil andaian yang telah diperiksa

3. Membuat inferens

Definisi: membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, atau pola tertentu

Tujuan:

i. membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, alasan dan bukti yang kukuh

ii. merumuskan berdasarkan pola maklumat yang tertentu

4. Mengesahkan sumber maklumat

Definisi: menentukan sama ada punca sumber maklumat boleh diterima atau dipercayai

Tujuan:

i. menentukan ketepatan maklumat

ii. meningkatkan kemahiran dalam mengumpulkan maklumat

5. Membuat generalisasi

Definisi: membuat kesimpulan umum berdasarkan maklumat yang menyeluruh dan konsisten

Tujuan:

i. menggunakan sampel yang bersesuaian dengan objektif

24

ii. memilih sampel yang dapat mewakili perkara yang ingin dikaji

6. Mencari sebab dan membuat kesimpulan

Definisi: menganalisis dan menilai sebab bagi mencari kesimpulan yang lebih tepat

Tujuan:

i. membuat keputusan berdasarkan analisis maklumat

ii. mengemukakan hujah dan cadangan yang lebih baik

iii. berfikiran lebih terbuka dan tidak bertindak terburu-buru

.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Definisi KBSK

Pemikiran kreatif adalah kecekapan atau keupayaan minda utk menerokai pelbagai kemungkinan,

menghasilkan sesuatu yg baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea

atau gagasan.

Definisi Ahli Fikir

a) Edward deBono : Bringing into being something that was not there before. (menghasilkan sesuatu yg tidak wujud sebelumnya)

b) Prof. Engku Aziz : If everybody is thinking a like then no body is thinking at all.

Ciri – ciri idea yang KREATIF - baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.

Ciri – ciri ORANG yang kreatif :

1) Berfikiran terbuka - tak terkonkong dgn idea org lain dan melampaui had batasan pemikiran biasa.

2) Sanggup menerima kritikan dan risiko

3) Keinginan yg tinggi

4) Tidak mudah putus asa

5) Berani membuat keputusan cth Dr.Mahathir :

Buat kereta proton saga, buat jambatan pulau pinang, KLCC dan KLIA

6) Suka menjelajah dan meneroka idea baru

7) Mempunyai perasaan ingin tahu yg kuat

8) Suka berkhayal

cth Albert Enstern menyatakan makmal terbesar adl pemikiran (otak)

25

9) mempunyai ego yg kuat (mesti ada alasan yg kuat)

FASA-FASA terlibat dlm KBS KREATIF – 4 FASA

a) Fasa Penyediaan

Merupakan fasa mengumpul maklumat, buat kajian dan mendapatkan data

(minta pendapat orang lain)

b) Fasa Pemeraman (peram-busuk)

Berfikir scr separuh tidak sedar

Berfikir sambil buat aktiviti lain

Proses berfikir tanpa disedari (masa buat aktiviti lain)

c) Pencetusan

Idea datang / mendapat idea scr tiba-tiba

Idea tercetus scr tiba-tiba (ilmu ini rezeki)

d) Fasa Pengesahan

Sahkan idea – nilai idea bpandukan criteria utk mgesahkan kebolehgunaan idea tsb

KEMAHIRAN MIKRO

1. Menghasilkan idea baru – mencipta sesuatu yg baru dan kreatif atau sentiasa mencari

alternatif baru yang tak difikirkan oleh orang lain.

Teknik mengembangkan idea-idea kreatif

Cara memupuk pemikiran kreatif

Mencari idea alternatif – cara mdapatkan idea baru

a) Keluar dr idea biasa

b) Mencari idea yg baru

c) Akt. sumbang saran

d) Meperolehi idea malalui ilham, mimpi atau berkhayal

Mengembangkan idea asas mjadi idea yg lebih produktif

Alex Osborn (1963) – mempelopori teknik mengembangkan idea :-

a) Ubah – warna , rupa , bentuk

b) Kecilkan – apakah kesan dikecilkan

c) Besar – apakah kesan dibesarkan

d) Ganti – apa yg boleh ditukar

26

e) Atur semula – susunan asal diubah atau dipusingkan

f) Terbalikkan

g) Gabungan cth handphone

Cth :- pelbgai penggunaan meja menggunakan teknik Osborn

2. Mencipta Analogi (ingin membentuk pemahaman ttg sesuatu konsep)

Scr mengkaitkan konsep tsb dgn konsep lain yg mpunyai cirri yg sama

Cth pelajar garang – menakutkan : Azizah macam harimau

3. Mencipta metafora – banyak figuratif / bahasa gabungan yg dicipta utk menyatakan makna sesuatu

perkara dlm menggunakan kata yang lain.

Menggunakan makna dgn perkataan yg lain

4. mencipta definisi – beri maksud ttg sesuatu makna atau konsep dgn menggunakan perkataan sendiri

yg difahami.

Cth memahami pelbagai definasi dpd pelbagai tokoh

BEZA KRITIS DAN KREATIF

KRITIS KREATIF

1. menilai idea yg sedia ada 1. menghasilkan sesuatu yg baru

2. melibatkan logik dan rasional 2. mengembangkan daya kreativiti utk mendapatkan

idea

3. membuat analisis dan menilai utk memahami 3. melihat scr menyeluruh

Rujukan

1. Beyer, B.K. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston : Allyn and Bacon.

27

2. Campbell, L. Cambell, B. & Dickinson, D. (1996). Teaching and learning through multiple intelligences. Boston: Allyn and Bacon.

3. Elias, Maurice, J. et. al. (1997). Promoting social and emotional learning: Guidelines for educators. Virginia: ASCD.

4. Epstein, R.L. (1999). Critical thinking. Belmont: Wadsworth Publishing Co.

5. Goleman, D. (1996). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books.

6. Abdul Fatah Hasan (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Pub.

7. Abdul Fatah Hasan (1998). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Pub. & Dist. Sdn Bhd

8. John Arul Phillips (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Pub.

9. Poh Swee Hiang (1996). KBKK: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala Lumpur : Budiman

10. Som Hj. Nor dan Dahlan (2000). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Longman

11. Stice, James, E. (Ed.) (1987). Developing critical thinking and problem solving activities. London: Jossey-Bass

12. Tajularipin dan Maria Chong (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains. Shah Alam : Karisma Publications

28