gci ppismp

Upload: yuvabarte-arun

Post on 01-Mar-2016

133 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

GCI kemiskinan

TRANSCRIPT

Kekayaan negara Negara dunia dengan Negara Barat tidak seimbang.Kemiskinan serta budaya dan kepadatan penduduk sering menjadi punca penghalang kemajuan negara negara tersebut dalam bidang ekonomi.Tambahan pula pemilihan dasar dan perancangan sesebuah negara tidak berorientasikan pembangunan rakyat dan negara.Kadangkala ideologi sesebuah negara turut membantut pembangunan sesebuah Negara. Gambar 1Gambar1 menunjukan Negara-negara yang dikategorikan sebagai dunia pertama, dunia kedua dan dunia ketiga.

Kebanyakan dunia ketiga adalah di bawah paras kemiskinan iaitu negara negara Asia Timur seperti Bangladesh ,Nepal Burma dan kebanyakan negara di benua Afrika seperti Ethopia, Afrika Barat,Nigeria Ghana dan banyak lagi.Sekiranya kita membuat analisis dari segi kepadatan penduduk berbanding keluasan tanah amatlah tinggi.Kadar kelahiran bayi begitu juga dengan kadar kematian.Tahap kecemerlangan index kesihatan di negara negara tersebut amatlah rendah.Pendidikan kesihatan tidak begitu terurus atau diselenggara dengan sebaik baiknya.Sistem perumahan dan saliran air juga memerlukan perhatian.Perancangan keluarga perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan negara.Gambar 2 Gambar 2 menunjukan bagaimana pendidikan diberi kepada penduduk daripada Negara yang berada di kategori dunia ketiga.Kadar pendidikan di negara- negara tersebut juga amat rendah.Peruntukan belanjawan negara untuk pendidikan dan kesihatan amatlah rendah berbanding dengan peruntukan untuk ketenteraan .Negara Negara tersebut perlulah mengubah dasar negara supaya generasi Y dapat mengorak langkah dan merancang pembangunan negara supaya lebih meluas dan berkekalan.Kerajaan kerajaan di negara negara tersebut juga tidak stabil dan sering bergolak.Rampasan kuasa sering berlaku ,perang saudara ,dan juga perubahan pucuk kepimpinan yang menyebabkan ketidakstabilan politik berhubung kait dengan bidang ekonomi.

Tambahan pula negara negara demikian merupakan kawasan kawasan geografi yang mana peluang melanda bencana alam amatlah tinggi. Sebagai contoh,kedudukan negara Bangladesh di tengah tengah jalan laluan ribut dan beberapa taufan menyebabkan kerugian amat tinggi bukan sahaja harta benda malah kehilangan nyawa manusia yang begitu dahsyat.Sekiranga sesebuah negara sering dilanda malapetaka dan perang saudara maka negara tersebut akan menerima bantuan wang serta mendapatkanan dari negara negara maju serta Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu .Sekiranya ini berpanjangan maka formula perkiraan pendapatan negara dan usaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan sebagai negara dunia ketiga yang tidak maju akan berkekalan..Akibat tahap kesihatan yang rendah maka peluang diserang penyakit berjangkit juga amat tinggi.Sebagai contoh di Nigeria serangan penyakit Ebola menyebabkan sumber pendapatan terganggu kerana sekatan keselamatan dari negara negara lain dari segi pelancongan dan juga perdagangan.Penyebaran penyakit - penyakit seperti ini turut mengancam negara negara lain.Negara negara lain terpaksa membuat persiapan persiapan awal untuk mencegah supaya rakyatnya selamat dan bebas daripada penyakit tersebut.Justeru, kos untuk perancangan tersebut terpaksa diagihkan yang mana akan mengurangkan belanjawan belanjawan lain.Malaysia juga tidak terlepas daripada kemungkinan ini.Terdapat lebih kurang 40 ribu pelajar dari negara negara lain.Di antaranya 80% daripada mereka adalah dari negara negara Afrika.Kerajaan kita juga perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menghadapi strategi pencegahan supaya rakyat kita bebas dan selamat dari penyakit tersebut.

Perang saudara mahupun perebutan kuasa sesebuah negara akan menyebabkan Pertubuhan bangsa Bangsa Bersatu bercampur tangan untuk menjamin keamanan dan keselamatan sesebuah negara.Penghantaran pasukan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan menelan belanja yang banyak. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu adalah sebuah badan antarabangsa yang mana semua anggota anggotanya adalah dari Negara negara Asia Eropah dan Afrika. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu tedak mempuyai pasukan tentera pengaman yang tetap. Anggota- anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu terpaksa menyediakan sebilangan anggota tenteranya ke misi tersebut untuk bertugas sebagai tentera di bawah panji panji Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu .Kadangkala dalam proses tersebut berlaku kehilangan nyawa dari anggota anggota tentera Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.Kita juga pernah menghantar pasukan pengaman ke Kongo Afganistan dan juga Iraq.Ada pula anggota kita terkorban.Gambar 3 Gambar 3 menunjukan baawa kebanyak dunia ketiga adalah Negara yang mengamalkan pertanian secara kecil-kecilan.Dasar pertanian sesebuah negara menentukan halatuju dalam strategi perancangan ekonomi serta sumber makanan untuk sesebuah negara.Kebanyakan negara negara dunia ketiga adalah negara negara pertanian.negara Negara tersebut tidaklah mengamalkan pertanian secara meluas seperti di negara negara Eropah. Warisan tanah dari turun temurun serta amalan teknik pertanian yang tidak maju atau tradisional menyebabkan penghasilan pertanian yang terhad atau kurang.Pewarisan tanah pusaka yang tidak begitu luas dan pemikiran yang kuno menyebabkan kelewatan penggunaan teknik teknik moden.Banyak usaha untuk meningkatkan kadar hasil pertanian tidak dilakukan.Tetapi negara negara Barat dan juga negara negara membangun telah pun berusaha meningkatkan hasil pertanian secara pukal disebabkan oleh tanah pertanian luas pengamalan ,teknik teknik pertanian moden dan adanya penyelidikan.Akibat kemiskinan Negara ketiga menyebabkan penyaluran bantuan kewangan dan juga bantuan bantuan kemanusiaan yang lain turut dihantar ke negara negara tersebut. Ini menyebabkan sedikit sebanyak masalah beban kepada negara negara pembekal.Paras kemiskinan yang amat serius ini juga berlakunya perdagangan manusia dan juga migrasi penduduk dari sesebuah negara ke sesebuah negara yang lain.Migrasi ini berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sah ataupun secara haram.Penduduk penduduk dari dunia ketiga lebih minat untuk berhijrah ke negara negara yang lebih maju. Untuk mendapatkan pekerjaan yang mana pasti akan menjamin masa depan yang cerah bukan sahaja untuk dirinya malah anak anak .Kadangkala migrasi ini juga menyebabkan peralihan atau pun kehilangan para pendidik mahupun cendikiawan cendiakiawan yang berhijrah ke negara lain.Satu lagi penghijrahan ataupun lebih dikenali sebagai pelarian yang mana berhijrah secara beramai ramai kadangkala mencecak berjuta juta penduduk ke sempadan negara jiran.Contohnya sempadan Afganistan , Pakistan, Iran dan Iraq.Penghuni penghuni di sini akan tinggal dalam khemah untuk jangka waktu yang agak panjang dalam serba kekurangan yang mana sara kehidupan mereka ditanggung oleh negara jiran dan juga Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu .Keadaan di perkhemahan amatlah teruk sekali di mana tiada bekalan air yang mencukupi, makanan yang dicatur serta pendidikan formal yang tidak tersusun.Gambar 4 Gambar 4 menunjukan pelarian yang meninggalkan Negara mereka dan berada dalam keadaan yang teruk.Negara kita juga mempunyai kem kem pelarian dari Vietnam dan Myanmar yang mana bilangannya melebihi 100 ribu orang di mana kerajaan terpaksa membelanjakan beribu ribu ringgit sehari.Di Australia pula negara itu terpaksa menyediakan tempat penginapan dan makanan untuk pelarian pelarian dari Sri Lanka akibat peperangan dalaman yang mencari swaka politik di negara ketiga.Negara Australia dijadikan sebagai pusat transisi sementara yang mana Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan berusaha untuk mendapatkan negara ketiga sebagai negara bermaustatin yang tetap untuk pelarian -pelarian tersebut.Australia kini terpaksa menanggung risilko yang pelbagai akibat pengaliran pelarian tersebut.Di Itali pula negara yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk terpaksa menerima dan menyalamat pelarian- pelarian dari negara negara Afrika Barat.Negara Itali sering berusaha untuk menyelamatkan pelarian dari Negara Afrika ini yang mana berduyun duyun berhijrah ke Itali melaui bot bot kecil.Dalam perjalanan ada ramai pelarian yang terkorban sebelum tiba ke destinasi. Gambar 5 menunjukan kanak-kanak di dunia ketiga diperdagangkan untuk mencari keuntungan.Akibat kemiskinan juga ramai penduduk dari negara negara tersebut diperdagangkan oleh ejen ejen haram yang ingin mencari keuntungan dengan memperdagangkan manusia manusia yang tidak mengetahui langsung akibat melakukan perbuatan tersebut.Mereka sering dibawa masuk ke negara tersebut melalui kontena kontena dan bot bot haram.Setelah mengkaji dan menganalisis secara langsung dan tidak langsung negara kita berjaya keluar dari golongan negara negara kemiskinan kepada negara negara sedang membangun.Kita tidak lagi digelar negara dunia ketiga.Perancangan yang teliti dan jangkapanjang telah digubal dalam usaha untuk membuat dasar dasar negara dalam bidang pertanian dan juga pendidikan.Kita mempunyai data pertanian yang amat jelas untuk jangkawaktu yang panjang supaya negara tidak lagi mengalami krisis krisis pemakanan yang serius.walaupun negara kita pada asalnya digelar sebagai negara pertanian kini telah mula beransur maju ke kategori negara perindustrian.Melalui dasar pertanian negara dijangka negara akan mengurangkan kadar import hasil pertanian dari negara negara lain.Banyak kawasan pertanian baharu telah dibuka disamping mengekalkan yang lama selari dengan bidang perindustrian. Negara masih mempunyai 70 % tanah yang berhutan dan tanah serta iklim yang bersesuaian boleh dijadikan kekuatan untuk menjayakan dasar dasar pertanian yang dirancang.Mempelbagaikan hasil- hasil pertanian di samping meningkatkan mutu pertanian yang sedia ada adalah sebahagian daripada perancangan strategik tersebut.Pelancaran buku hijau,bumi hijau pasar pertanian FAMA, RISDA, MARDI adalah sebahagian daripada perancangan tersebut.Dalam bidang pendidikan pula kerajaan tidak leka dan alpa untuk meningkatkan mutu pendidikan serta bersesuaian dengan kehendak pembangunan negara dan juga peredaran masa.Menyediakan bakal- bakal rakyat mana berpendidikan serta mampu bersaing dan sanggup memikul cabaran cabaran masa depan.Tema ini jelas nampak dalam Falsfah pendidikan Negara.Perubahan dasar pendidikan dari KLSR ke KBSR dan kini KSSR adalah sebahagian daripada perancangan pendidikan ke arah kecemerlangan negara. Kerajaan telah sedar dan arif bahawa hanya dasar pendidikan yang relevan dan berkualiti sahaja dapat menjamin kesejahteraan dan pembengunan negara supaya terus maju dan sejahtera.Setelah mengkaji kehendak dan perubahan isu isu semasa baik dalam negara mahupun luar negara maka hasillah sebuah dasar pendidikan yang menjamin masa depan negara.Pendidikan yang tinggi akan menjamin pendapatan yang tinggi melalui pekerjaan pekerjaan yang tetap.Menyediakan peluang peluang pekerjaan yang bersesuain dengan kelulusan akademik adalah matlamat utama dasar kerajaan.

Banyak insitusi institusi pendidikan IPTA dan IPTS telah wujud di negara kita untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.Negara dijangka akan terkeluar dari negara negara buta huruf Sekiranya dasar pendidikan yang baru akan dilaksanakan dengan sepenuhnya nanti.Penerokaan bidang bidang baru yang memberi peluang dan ruang supaya pelajar pelajar negara kita terlibat dalam proses pendedahan adalah langkah bijak kerajaan . Meningkatkan taraf taraf maktab ke institusi institusi pengajian tinggi adalah kesan daripada apa yang berlaku di negara negara lain.Pembukaan bidang vokasional pula membukaa peluang peluang pekerjaan dalam bidang perindustrian seiring dengan pembangunan negara adalah usaha kerajaan supaya rakyat negara sendiri menerajui dan monopoli bidang tersebut yang mana tidak berlaku di negara lain.Kebanyakan bidang bidang perindustrian dikongkong oleh bukan rakyatnya sendiri.

Dasar pandang Timur yang mana kita menjadikan negara Jepun sebagai model pembangunan adalah usaha usaha kerajaan yang setakat ini berjaya .Negara Jepun merupakan sebuah negara Asia yang telah membangun setelah kalah teruk dalam Perang Dunia Kedua.Jepun tidak mempunyai kawasan pertanian yang luas seperti negara kita.Walaubagaimanapun negara itu berjaya menjadi negara maju yang paling hebat dan ekonomi yang pesat hasil usaha rakyatnya berpendidikan serta gigih berusaha.Jadi menjadikan negara Jepun sebagai suri teladan(Role Model) adalah usaha kerajaan yang bijak dalam bidang pendidikan.Setelah hampir 20 tahun pelajar pelajar kita ke Jepun maka golongan inilah yang berjaya menjadikan negara kita sebagai sebuah negara perindustrian Hasil Dasar Pandang telah berjaya menjadikan rakyat kita untuk menghasilkan knderaan kenderaan Negara kita sendiri. Syarikat syarukat seperti HAICOM, PROTON PERODUA adalah ikon ikon yang mengorak kearah perintis perindustrian. Jadi usaha kerajaan dalam bidang pendidikan adalah di landasan yang betul dan bersama sama membantu dalam usaha pembangunan negara kita kearah negara maju,Slogan Malaysia Boleh adalah pemangkin kepada pelajar baik di sekolah mahupun di pusat pusat pengajian tinggi untuk menyahut cabaran cabaran yang bakal dialami ketika berusaha membangunkan negara.Pelajar pelajar negara kita bukan calang calang orangnya. Kehebatan dan keunggulan mereka terserlah ketika menyertai pertandingan antarabangsa setaraf dengan negara negara maju di Eropah.Pelajar pelajar kita mampu bersaing dan berjaya menerajui beberapa kejuaraan yang dipertandingkan. Jadi pendididkan negara adalah merupakan satu senjata ataupun sarana yang amat diperlukan dalam pembangunan negara.Peruntukan perbelanjaan Negara adalah amat tinggi dan diberi keutamaan berbanding dengan bidang bidang lain. Kita tidak lagi membelanjakan berjuta juta ringgit untuk ketenteraan seperti negara negara lain.Bidang pendidikan masih dan akan terus menjadi keutamaan dalam perancangan dasar negara.Bidang pendidikan adalah satu satunya bidang di negara kita yang memiliki para pendidik yang tinggi dan kerajaan tidak mahu dan tidak pernah membayangkan bidang pendidikan sebagai bidang swasta Kerajaan masih mempunyai hak kawalan dan di bawah pemantauan kerajaan sendiri.Kerajaan telah mewajibkan persekolahan adalah satu kewajipan dan diberi percuma sehingga tingkatan lima. Para ibu bapa yang gagal mendaftar ataupun menghantar anak ke sekolah adalah satu kesalahan besar dan boleh dihukum.Jadi kesimpulannya setelah mengkaji impak serta sebab sebab kemiskinan, kemunduran kerajaan telah membentuk dasar dasar untuk membawa negara kita ke era baru. Sudah jelas Kementerian Pendidikan mealui sekolah harian,Pra sekolah ,sekolah rendah, sekolah menengah IPTA,mempunyai halatuju yang jelas dan pasti ini akan berjaya.Perubahan perubahan dalam dasar pendidikan perlu diterima oleh rakyat negara kita kerana pendidkan mampu mengubah kehidupan seseorang.Kini di negara kita belia belia tidak lagi menganggur kerana kadar pengangguran di negara kita adalah paling rendah.Dengan demikian,perubahan perubahan di negara negara lain mampu memberi impak kepada negara kita.

Bibliographybandar, k. w. (2011, mac 23). garis panduan perlaksanaanbantuan projek membasmi kemiskinan. Retrieved sept 01, 2014, from mpk.gov.my: http://www.mpk.gov.my/phg_mpk-theme/pdf/garis-panduan-ppkb/1.pdfkementerian pembanguanan wanita, keluarga dan masyarakat. (2014, feb 13). Retrieved sept 01, 2014, from kpwkm.gov: http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisipembangunan di masyarakat malaysia. (2011, june 29). Retrieved sept 01, 2014, from pembanguanan162.blogspot: http://pembangunan162.blogspot.com/2011/06/teori-dan-konsep-pembangunan.htmlsalleh, z. (2011, sept 19). kemiskinan dunia. Retrieved sept 01, 2014, from zulkifli-salleh.blogspot: http://zulkifli-salleh.blogspot.com/2011/09/kemiskinan-di-dunia-pertama-amerika.htmlzulaikah, y. (2011, june 06). guru zulaikah. Retrieved sept 01, 2014, from kupukupukecik.blogspot: http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/06/bukti-yuyu-zulaikha-tidak-dikenali.html

Syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah penyediaan satu esei bergambar yang mempunyai lebih kurang 2000 patah perkataan mengenai satu isu global semasa, kesanya terhadap semua negera, termasuk kepada Negara Malaysia daan kesan isu tersebut terhadap pendidikan di Negara Malaysia esi ini telah dihasilkan secara individu. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya telah disediakan lebih awal dalam amali pada setiap minggu.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.

Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan dan dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahan-bahan untuk aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang dimaksudkan di sini ialah ciri-ciri yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran mereka. Dalam kata lain, perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang sangat dekat dan diketahui oleh murid. Mengutamakan pemilihan dan penggunaan bahan bercirikan tempatan ini sudah pasti bertepatan dan bersesuaian kepada murid-murid kerana mereka akan lebih mudah mengikuti dan memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Penjelasan yang dapat diberikan di sini, murid akan lebih mudah menjawab dan memberi respons kepada guru apabila diajukan soalan dalam aktiviti pembelajaran. Contoh ciri-ciri tempatan yang boleh digunakan ialah apa-apa sahaja yang sering dilihat oleh murid di persekitaran mereka seperti buah-buahan tempatan dan sebagainya.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalamkerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Sayaterpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengangramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk dimasukkan didalam kerja projek kami Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.