biologi praktikal ppismp sem 2

9
SEMESTER 2 Sains Praktikal 2 Eksperimen 4 Topik: Pembedahan sistem pernafasan mamalia. Tujuan: 1. Melatih pelajar untuk membedah haiwan m amali a kecil. 2. Melatih pelajar bagaimana menggunakan peralatan pembedahan. 3. Meningkat kan kemahiran pelajar dalam m emapar , melukis dam melabel organ- organ pernafasan. 4. Membolehkan pelajar mengenal pasti struktur organ-organ utama yang terlibat dalam pernafasan ( paru-paru, trakea, tulang rusuk dan otot interkostal ) 5. Meningkat kan kefahaman pelajar proses pertukaran gas pada haiwan mamalia. Teori: Organ-organ utama yang terlibat dalam pernafasan adalah paru-paru, trakea, diafragma, tulang rusuk dan otot interkostal. Pengecutan dan pengembangan otot interkostal dan otot pada diafragma akan menggerakkan diafragma dan tulang rusuk, jadi jumlah isipadu rongga dada berubah. Hal ini akan menyebabkan pengaliran udara keluar dan masuk ke dalam paru-paru.

Upload: ayisy-hariz

Post on 07-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 1/9

SEMESTER 2 Sains Praktikal 2

Eksperimen 4

Topik: Pembedahan sistem pernafasan mamalia.

Tujuan:

1. Melatih pelajar untuk membedah haiwan mamalia kecil.

2. Melatih pelajar bagaimana menggunakan peralatan pembedahan.

3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam memapar, melukis dam melabel organ-

organ pernafasan.

4. Membolehkan pelajar mengenal pasti struktur organ-organ utama yang terlibat

dalam pernafasan ( paru-paru, trakea, tulang rusuk dan otot interkostal )

5. Meningkatkan kefahaman pelajar proses pertukaran gas pada haiwan mamalia.

Teori:

Organ-organ utama yang terlibat dalam pernafasan adalah paru-paru, trakea, diafragma,

tulang rusuk dan otot interkostal. Pengecutan dan pengembangan otot interkostal dan

otot pada diafragma akan menggerakkan diafragma dan tulang rusuk, jadi jumlah

isipadu rongga dada berubah. Hal ini akan menyebabkan pengaliran udara keluar dan

masuk ke dalam paru-paru.

Page 2: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 2/9

 

Radas-radas dan bahan-bahan:

1. Tikus.

2. Alat-alat pembedahan.

3. Papan pembedahan.

4. Kanta lengan x10.

5. Pembaris plastik lutsinar.

6. Benang.

Prosedur:

1. Pinkan tikus tersebut di atas papan pembedahan dengan permukaan perut

mengadap atas.

2. Buat satu hirisan tengah abdomen di kulit dan potong ke depan sehingga ke

bahagian rahang bawah dan ke belakang sehingga ke bahagian dubur.

3. Pegang kulit tersebut dengan sepasang angkup. Potong tisu penyambung di

antara kulit dengan dinding badan seluas mungkin di sepanjang badan haiwan

tersebut dan pin semula kulit itu.

4. Potong bahagian ventral dan dinding sisi rongga dada untuk memperlihatkan

rongga dada kaviti.

5. Buang kelenjar timus.

6. Potong otot dan tisu pada leher untuk melihat trakea dan larinks.

7. Potong bahagian atas laring. Potong habis tisu penyambung yang terlekat pada

trakea.

8. Buang jantung, paru-paru, trakea, esofagus dan laring bersama-sama.

Page 3: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 3/9

9. Berhati-hati ketika membuang esofagus dari jantung. Pin laring, trakea dan paru-

paru di atas papan.

10. Buat satu lakaran melabel berdasarkan struktur yang telah diambil keluar.

Keputusan

Page 4: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 4/9

 

Hati

GinjalJantung

Usus besar dan

kecil

Trakea dan

oesofagus Pankreas

Paru-paru

Tulang rangka

Hati

Usus besar dan

kecil

HatiPerut

Paru-paru Jantung

Page 5: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 5/9

 

Page 6: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 6/9

Soalan :

1.(a) Berapa pasangkah tulang rusuk tikus?

Tikus mempunyai 13 pasang tulang rusuk. Ianya terdiri daripada 7 pasang

tulang rusuk µbenar¶ dan µ6¶ pasang tulang rusuk µpalsu¶.

(b) Bagaimanakah tulang rusuk berfungsi ketika pertukaran gas pada tikus?

Pada dasarnya, tulang rusuk berfungsi melindungi peparu yang terletak di rongga

toraks semasa pertukaran gas. Seperti manusia juga, ketika menarik nafas tulang

rusuk akan mula bergerak ke atas dan kehadapan. Manakala ketika menghembus

nafas pula tulang rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam disebabkan oleh

pengaruh otot interkosta di bawahnya.

2.(a) Terangkan permukaan dan ciri± ciri diafragma.

Permukaannya kebiruan berkilau putih pada hujung tulang..Diafragma adalah kubah

berbentuk lembaran otot yang membentuk dinding rongga dibawah dada. Diafragma

mudah lentur atau sifatnya yang kenyal. Selain itu diafragma adalah halus hingga

menyebabkannya ia mudah bergerak ke bawah dan ke atas semasa pertukaran gas.

(b) Apakah kepentingan ciri ± ciri diafragma di dalam hubungan dengan fungsinya

ketika pertukaran gas?

Ketika kita menarik nafas, diafragma akan bergerak ke bawah dan mendatar manakala

ketika hembus nafas diafragma bertukar menjadi bentuk kubah dan bergerak ke atas

melalui sifat kelenturannya.

Page 7: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 7/9

3.Terangkan permukaan peparu kanan dan kiri.

Salah satu peparu adalah lebih besar berbanding peparu yang satu lagi. Paru-paru

bahagian kanan lebih besar sedikit berbanding peparu kiri kerana jantung

menggunakan beberapa ruang di peparu kiri kita. Jadi, di dalam membuat ruang untuk

  jantung, peparu kiri adalah kecil kecil sedikit berbanding paru-paru kanan. Selain itu,

peparu bahagian kanan permukaannya adalah lebih luas mendatarnya daripada peparu

kiri. Permukaan peparu adalah berspan dan dipenuhi liang epitelium dengan itu ia

mempunyai luas permukaan per isipadu yang lebih luas berbanding luas permukaan

paru-paru. Sekat dada jantung tidak terletak tepat ditengah-tengah rongga dada, tetapi

sedikit ke kiri, sehingga menyebabkan paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan. Isi

rongga dada dapat diperbesar hasil pengaruh otot-otot pengangkatan iga-iga,

pengecutan sekat rongga badan yang melengkung ke atas. Permukaan peparu kanan

adalah lebih licin dan cantik berbanding permukaan peparu kiri apabila diperhatikan di

dalam eksperimen.

4. Satu bahagian paru-paru dipotong. Semak permukaan potongan dengan kanta

pembesar. Terangkan apakah yang anda nampak pada tekstur paru-paru?

Jika diperhatikan dengan teliti permukaan paru-paru dilapisi oleh satu selaput iaitu

selaput paru-paru visceral (selaput paru-paru terdapat celah yang sempit yang berisikan

sedikit cecair). Tekstur peparu yang dilihat adalah kenyal seperti span.

5. Ukur panjang trakea di dalam unit mm, dari laring ke titik dimana cabang keluar ke

dalam dua bronkus.

Trakea, atau lubang tekak, adalah kotak tulang yang menghubungkan hidung dan mulut

ke paru-paru, dan merupakan bahagian penting dalam sistem pernafasan vertebrata

(bertulang belakang). Ketika bernafas pada sesuatu individu, udara mengalir ke paru-paru untuk respirasi melalui tekak. Trakea bermula pada bahagian bawah dari laring

dan terus ke paru-paru. Trakea rangka tulang yang terdiri dari tulang rawan dan sendi,

dan terletak di bahagian depan leher.

Page 8: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 8/9

Kesimpulan :

Ketika pembedahan terhadap seekor tikus dijalankan, organ-organ haiwan terbabit

telah dikeluarkan dan dilakarkan mengikut prosedur yang telah pun dirancang.

Eksperimen ini telah bertujuan mengkaji sistem pernafasan mamalia melalui seekor 

tikus. Sistem pernafasan ini telah dikaji pada tikus bermula dari rongga hidung ke trakeake bronkus sehingga ke bronkiol. Akhir sekali, kajian telah dijalankan pada organ

bronkiol sehingga ke alveolus. Kesemua organ ini boleh didapati dalam paru-paru.

Setelah selesai kajian dijalankan, didapati sistem mamalia memerlukan paru-paru untuk

bernafas dan paru-paru juga merupakan organ yang penting bagi tujuan pernafasan.

Page 9: Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

8/6/2019 Biologi Praktikal PPISMP Sem 2

http://slidepdf.com/reader/full/biologi-praktikal-ppismp-sem-2 9/9

 

KAMPUS KOTA BHARU

NAMA : AYISY HARIZ BIN SUKIMAN

NO K/P : 921027-01-6069

NO. MATRIK : IPGKB : S11S - 1006 - 0445

SEMESTER : SEM.2

SUBJEK : SAINS PRAKTIKAL 2, EKSPERIMEN 4, PEMBEDAHAN SISTEM

PERNAFASAN MAMALIA

NAMA : TN. HJ. ASRAN BIN MOHD. AMIN

PENSYARAH

TARIKH HANTAR : 6 MAC 2011