kerja kursus ppismp bahasa melayu kontekstual sem 3/jun - nov 2010

63
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN PENGHARGAA N KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Upload: abdul-raqib-bin-md-hanipah

Post on 23-Jun-2015

2.123 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENGHARGA

AN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 2: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi – tinggi

penghargaan kepada beberapa pihak yang telah membantu bagi menjayakan tugasan

kerja kursus pendek yang wajib dilaksanakan oleh guru – guru pelatih bagi program pra

– ijazah sarjana muda perguruan.

Ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Puan

Walaini Binti Abu Bakar, pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual unit PPISMP –

PS/BI/BM semester 3 yang telah memberikan bimbingan untuk melaksanakan tugasan

ini. Tanpa penerangan yang diberikan beliau, tak mungkin saya dapat melaksanakan

tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, ucapan penghargaan dan terima kasih juga

ingin saya tujukan kepada para pensyarah yang mengajar subjek Bahasa Melayu unit

PPISMP – PS/BI/BM semester 3 kerana selain Puan Walaini yang memberikan

penerangan, kami juga merujuk kepada mereka untuk mendapatkan penjelasan yang

lebih lanjut lagi.

Keduanya, saya ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada ibu

bapa dan keluarga yang telah memberikan sokongan dorongan kepada saya bagi

menjayakan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga diucapkan setinggi – tinggi

penghargaan dan ribuan terima kasih kepada guru – guru pelatih semester 3

terutamanya guru – guru pelatih dari unit PPISMP – PS/BI/BM semester 3 yang banyak

membimbing saya bagi menyiapkan tugasan yang diberi ini.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 3: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SOALAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 4: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 5: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 6: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

ISI

KANDUNGAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 7: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 1

2 SOALAN 3

3 ISI KANDUNGAN 6

4 PENDAHULUAN 8

5 DEFINISI UCAPAN 10

6 TEKS UCAPAN PENGACARAAN MAJLIS 12

7 TEKS UCAPAN “TRANSFORMASI PENDIDIKAN” 20

8 LAMPIRAN 29

9 REFLEKSI 44

10 BIBLIOGRAFI 48

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 8: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENDAHULUAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 9: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENDAHULUAN

Guru – guru pelatih bagi Program Pra – Ijazah Sarjana Muda Perguruan

semester 3 seluruh kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia diwajibkan untuk

melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu Kontekstual kerana

tugasan ini akan menyumbangkan sebanyak 50% markah untuk peperiksaan akhir

semester nanti.

Tugasan bagi kerja kursus pendek Bahasa Melayu Kontekstual (BMK) pada kali

ini perlu dilaksanakan secara berpasangan. Tugasan tersebut ialah penyediaan teks

ucapan pengacara majlis dan teks ucapan yang bertajuk “pembentukan modal insan

berkualiti ke arah mencapai wawasan 2020”, di mana salah seorang daripada

pasangan tersebut akan memilih salah satu ucapan tersebut. Motif sebenarnya adalah

untuk mengesan kelancaran, kecekapan berbahasa, nada dan intonasi serta gaya

penyampaian yang digunakan di dalam teks pengacaraan majlis dan teks ucapan

tersebut.

Selain daripada itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk menguji penggunaan

bahasa yang digunakan oleh semua guru pelatih sama ada adanya kesalahan

penggunaan tatabahasa ataupun kesalahan penggunaan ayat. Pengujian ini adalah

amat penting supaya kesilapan yang dilakukan itu dapat diperbetulkan secepat

mungkin. Selain itu, ini adalah supaya guru – guru pelatih tidak akan mengulangi

kesilapan yang sama setelah tamat pengajian dan mula mengajar di sekolah.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 10: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

DEFINISI

UCAPAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 11: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

DEFINISI UCAPAN

Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam Bahasa Melayu antaranya

perbahasan, perundingan, ceramah, ucapan dan taklimat. Menurut Maimunah Haji

Omar, 1993, ucapan merupakan sebahagian daripada perucapan umumnya dalam

aspek perutusan.

Ucapan dapat diertikan sebagai apa – apa yang diucapkan atau cara menyebut

atau cara melafazkan sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan merupakan

penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Lazimnya,

ucapan akan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti

pertandingan, perhimpunan dan majlis rasmi.

Walaubagaimanapun, ucapan agak berbeza dari pidato dan syarahan terutama

dari segi penglibatan dan majlis. Teks ucapan ini biasanya mempunyai tajuk tertentu

yang diberikan terlebih dahulu. Unsur kiasan, peribahasa dan jenaka boleh diselitkan

untuk menjadikan teks ucapan lebih menarik. Teks ucapan juga harus disertai dengan

penerangan, penjelasan, pujian atau sanjungan terhadap sesuatu perkara yang

dikatakan. Bahasa yang digunakan dalam teks ucapan haruslah mudah, padat, tegas

dan berkesan. Antara panduan penggunaan panggilan hormat dalam teks ucapan ialah;

PIHAK TERLIBAT KATA PANGGILAN HORMAT

Pengerusi/ pengacara majlis Yang Dihormati/Yang Mulia

Tuan pengarah/ ketua jabatan Yang berusaha

Golongan kehormat Yang berbahagia

Guru – guru/ ibu bapa Yang dihormati

Rakan – rakan Yang dikasihi

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 12: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TEKS

UCAPAN

PENGACARAAN

MAJLISKERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 13: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TEKS UCAPAN PENGACARAAN MAJLIS

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada para hadirin sekalian.

Majlis kita akan bermula sebaik sahaja ketibaan Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri

Adnan Bin Yaakob, Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur, Yang Hormat, Dato’

Haji Mazlan Bin Mohammad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku

Ampuan Afzan serta tetamu kehormat di Dewan Darul Makmur.

Sehubungan dengan itu, para hadirin diingatkan agar mematuhi adab – adab majlis

seperti berikut;

1. Sama – sama berdiri apabila pengumuman ketibaan Yang Amat Berhormat,

Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob, Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur,

Yang Hormat, Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad, Pengarah Institut Pendidikan

Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan serta tetamu kehormat dibuat oleh

pengacara majlis.

2. Sama – sama menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

3. Mematikan telefon bimbit atau menukarkan modnya kepada mod senyap.

4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berlangsung.

Mengumumkan ketibaan,

Yang Amat Berhormat,

Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob,

Menteri Besar Negeri Pahang,

Darul Makmur,

Yang Hormat,

Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 14: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Pengarah Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang,

Yang Berbahagia,

Prof. Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan,

Naib Canselor,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Tanjung Malim, Perak,

Encik Roselan Bin Ahmad,

Timbalan Pengarah,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang,

Para pensyarah kanan dan ketua – ketua jabatan ke dewan.

Nyanyian lagu;

1. Guru Malaysia.

2. Institut Pendidikan Guru.

3. IPTAA Berjaya.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Yang Amat Berhormat,

Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob,

Menteri Besar Negeri Pahang,

Darul Makmur,

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 15: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Yang Hormat,

Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,

Pengarah Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang,

Yang Berbahagia,

Prof. Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan,

Naib Canselor,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Tanjung Malim, Perak,

Encik Roselan Bin Ahmad,

Timbalan Pengarah,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang,

Para pensyarah kanan,

Ketua – ketua jabatan,

Yang dihormati,

Para pensyarah, guru – guru sekitar negeri Pahang dan guru – guru pelatih sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Kuala Segan,

Pemanis kata selamat datang,

Assalamualaikum kami ucapkan.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 16: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Selamat datang ke “Majlis Transformasi Pendidikan”.

Sebelum majlis dimulakan,

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan,

Al – fadhil Ustaz Jamaluddin Bin Adam,

Pensyarah Jabatan Agama Islam dan Moral,

Untuk membacakan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bacaan doa.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Al – fadhil Ustaz Jamaluddin Bin Adam di atas bacaan

doa itu sebentar tadi.

Sebelum majlis diteruskan,

Pihak majlis ingin memperkenalkan penceramah jemputan kita pada pagi ini,

Prof. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan,

Dilahirkan pada 31 Ogos 1960 di Kampung Tersuson, Batu Gajah, Perak.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK Gajah Mati, Batu Gajah, Perak pada 1967.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak pada

1973.

Seterusnya, beliau memperoleh diploma perguruan dalam bidang Pendidikan Islam dan

Moral di Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1979.

Beliau mula berkhidmat di SK Padang Hang, Alor Setar, Kedah selama 5 tahun.

Kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 17: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Kaunseling di Universiti Malaya pada 1986. Antara sekolah terakhir beliau adalah SMK

Clifford, Kuala Lipis, Pahang pada tahun 2005.

Sudah berkahwin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Antara jasa – jasa beliau ialah;

1. Menjadi hakim pertandingan 3K di setiap sekolah seluruh Malaysia pada tahun

2006.

2. Terlibat di dalam penerbitan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5.

3. Pernah menjadi pengetua di SMK Clifford pada tahun 2005.

Antara bidang kepakaran beliau ialah bahagian Pendidikan Agama Islam dan Moral

serta bahagian kaunseling.

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang

Berbahagia Prof. Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan untuk menyampaikan

ucapan beliau. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Ucapan penceramah jemputan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Dr. Haji

Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan di atas ceramah beliau sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,

Di sini terdapat beberapa perkara menarik yang dapat diulas mengenai ucapan yang

telah disampaikan oleh Prof. Dr. Haji Muhammad Arif sebentar tadi iaitu pertamanya,

dunia pada hari ini lebih menonjolkan kanak – kanak genius dalam pelbagai bidang.

Contohnya, Adi Putra, kanak – kanak yang baru berumur enam tahun yang hanya

mengambil masa selama lebih kurang lima minit sahaja untuk menyelesaikan soalan

matematik di peringkat tinggi. Amat menakjubkan.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 18: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Keduanya, kami amat tertarik dengan kenyataan sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang

mampu melahirkan para pemimpin negara yang berkaliber. Kita dapat melihat di mana

Kolej Melayu Kuala Kangsar dapat melahirkan tokoh – tokoh pemimpin yang berwibawa

seperti Tun Abdul Razak dan Dato’ Onn Jaafar. Oleh itu, demi untuk melahirkan lebih

ramai lagi tokoh – tokoh pemimpin yang hebat, pihak kerajaan telah berusaha

memperbanyakkan sekolah berprestasi tinggi. Usaha – usaha murni kerajaan ini

perlulah diberi sokongan yang padu oleh rakyat jelata.

Dan yang terakhir, Allah s.w.t menuntut agar hamba – Nya agar berusaha bersungguh

– sungguh untuk mencapai kejayaan di dalam kehidupan mereka. Dalam satu petikan

ayat Al – Quran, Allah s.w.t menuntut hamba – Nya agar sentiasa memperbaiki diri,

masyarakat dan negara ke arah mencapai negara yang maju. Ini sesuai dengan sejarah

kehidupan Za’ba yang sentiasa berusaha menghasilkan karya – karya ilmiah yang

dapat dijadikan bahan rujukan oleh generasi yang seterusnya dalam penguasaan

bidang Bahasa Melayu.

Hadirin yang dihormati,

Sekarang, majlis menjemput dan mempersilakan Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi mengiringi

Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Seri

Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Pahang dan Haji Muhammad Arif Bin Mohd.

Mazlan, Timbalan Pengarah Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Lipis.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad di

atas penyampaian hadiah tersebut.

Seterusnya, pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Prof.

Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan bagi mengiringi Dato’ Seri Adnan Bin

Yaakob untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 19: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob di atas

penyampaian hadiah tersebut.

Hadirin sekalian,

Tampaknya, majlis kita pada pagi ini sudah tiba ke penghujungnya.

Para hadirin diminta untuk sama – sama berdiri untuk menyanyikan lagu “Nyalakan

tekad” dan lagu “Negaraku” dengan penuh bersemangat.

Nyanyian lagu;

1. Nyalakan tekad.

2. Negaraku.

Dari Afzan ke pekan sehari,

Singgah sebentar di kantin Azmi;

Selesai sudah majlis kini,

Di lain masa bersua lagi.

Dengan berakhirnya nyanyian dan serangkai pantun itu sebentar tadi, maka tamatlah

sudah majlis kita pada pagi ini. Saya mewakili pihak majlis menyusun sepuluh jari

memohon kemaafan andainya terdapat kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Majlis mempersilakan Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob, Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,

Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan, Encik Roselan Bin Ahmad, para pensyarah

kanan dan ketua – ketua jabatan meninggalkan dewan.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 20: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TEKS UCAPAN

“TRANSFORMASI

PENDIDIKAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 21: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengerusi majlis.

Yang Amat Berhormat,

Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob,

Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur.

Yang Berusaha,

Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,

Pengarah Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis,

Pahang Darul Makmur.

Yang Berbahagia,

Encik Roselan bin Ahmad,

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis,

Pahang Darul Makmur.

Para pensyarah kanan, ketua – ketua jabatan, para pensyarah, guru – guru dan guru –

guru pelatih yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Wassolatu’ala asyrafil ‘anbia’iwalmursalin,

Wa’ala alihi wasohbihi aj’main.

Rabbishrahli sodri wayarsirli amri,

Wahlul ‘uqdatan minlisani yafqauhu qauli,

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 22: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Bersyukur kita kehadrat Illahi, dengan limpah rahmat dan kurnia – Nya, dapatlah kita

bersama – sama berkumpul di pagi yang harmoni ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada

pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana sudi menjemput

saya untuk menyampaikan ucapan di Majlis Transformasi Pendidikan.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Ucapan yang ingin saya sampaikan pada pagi yang serba ceria ini ialah “Transformasi

Pendidikan” melalui pembentukan modal insan berkualiti ke arah mencapai wawasan

2020.

Hadirin sekalian,

Yang Amat Berhormat perdana menteri telah mengumumkan fokus Bidang

Keberhasilan Negara (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk

kepimpinan negara. NKRA tersebut juga turut merangkumi bidang pendidikan negara

yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Di bawah

NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub – NKRA iaitu;

1. Menjadikan pendidikan prasekolah sebagai pendidikan perdana pada tahun

2012.

2. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi oleh kanak – kanak sebelum

memasuki tahun 4.

3. Pembangunan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) atau ‘high school performance’.

4. Perjanjian dengan pengetua atau guru besar berdasarkan ‘performance based

assessment’.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 23: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Para hadirin sekalian,

Salah satu matlamat dalam wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan sebuah

masyarakat yang mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri, berbangga dengan

apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai dan gagah menghadapi pelbagai

masalah. Matlamat ini dapat dicapai sekiranya kerajaan mampu memberikan fokus

yang sepenuhnya terhadap bidang keberhasilan negara melalui peranan dalam bidang

pendidikan. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai

pendidikan perdana pada tahun 2012 seperti yang telah dinyatakan oleh kerajaan

dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Rakyat perlu

memberikan kerjasama terhadap pihak kerajaan untuk mempertingkatkan penyertaan

kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas untuk mendapat pendidikan prasekolah

dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem

pendidikan kebangsaan pada tahun 2012. Saya melihat bahawa peningkatan

penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah amat penting

kerana untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dengan keyakinan dan

keupayaan sendiri, satu perubahan perlu dilakukan dari peringkat bawah.

Hadirin sekalian,

Dunia hari ini telah menonjolkan ramai golongan genius yang terdiri daripada

kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Contohnya, di Malaysia, Adi Putra yang baru

berusia enam tahun mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik di peringkat

tinggi. Berdasarkan beberapa ujian yang telah dibuat terhadap Adi Putra, beliau hanya

mengambil masa lebih kurang satu minit sahaja untuk menjawab soalan asas

matematik. Manakala bagi soalan matematik di peringkat sekolah menengah serta asas

universiti, beliau hanya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk

menyelesaikannya dengan hanya menggunakan jari dan daya ingatannya yang kuat.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 24: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Kelebihan tersebut sudah tentu adalah kurniaan Allah s.w.t. dan usaha daripada kedua

ibu bapanya untuk menggilap kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada beliau.

Oleh yang demikian, saya yakin trasnsformasi dalam bidang pendidikan memainkan

peranan yang amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang yakin akan

keupayaan diri sendiri. Dengan meningkatkan penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas

ke pendidikan prasekolah akan memberi peluang kepada golongan guru untuk

menggilap dan mengenal pasti bakat-bakat yang terdapat dalam diri para pelajar.

Pendedahan awal yang diberikan oleh guru-guru di prasekolah akan memberikan

keyakinan kepada murid-murid untuk menguasai ilmu yang lebih banyak lagi. Kualiti

guru dan pembantu di peringkat prasekolah juga dapat ditingkatkan selaras dengan

matlamat wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai

keupayaan tersendiri.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Dalam melahirkan modal insan yang maju dan berdaya saing, kerajaan juga

perlulah membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) atau “high school

performance” dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah. Sekolah Berprestasi

Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai watak, identiti tersendiri dan

unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sebelum dinaiktarafkan menjadi

SBT, sekolah tersebut perlulah memenuhi beberapa kriteria mantap termasuk

pencapaian akademik sesebuah sekolah tersebut, sokongan alumni, pengiktirafan dan

mewujudkan rangkaian serta jaringan pada peringkat antarabangsa. Dengan

memberikan penekanan terhadap modal insan iaitu untuk melahirkan individu berilmu,

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dapat dijadikan medium atau platform untuk

melakukan transformasi dalam sistem pendidikan kearah menghasilkan perubahan-

perubahan yang berkesan dalam sistem pendidikan.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 25: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Contohnya satu ketika dahulu penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar yang

merupakan antara sekolah melayu yang berkualiti tinggi dan menetapkan kriteria yang

tinggi dalam pemilihan pelajar-pelajarnya. Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah

untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat DiRaja.

Rakyat biasa kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas

kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke

sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak di kalangan rakyat biasa

berpeluang menuntut di sini. Kini, anak - anak Melayu yang terpilih berpeluang

melanjutkan pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini dan hasilnya ialah ramai

tokoh – tokoh pemimpin dilahirkan di kolej tersebut. Antaranya ialah Allahyaraham Tun

Abdul dan Datok On Jaafar. Oleh itu, Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) dilihat sebagai

usaha untuk mewujudkan sekolah yang berprestasi tinggi yang bakal melahirkan tokoh

– tokoh pemerintah yang berkaliber pada masa hadapan sepertimana tokoh-tokoh yang

dilahirkan di Kuala Kangsar. Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan

ialah dengan mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan, di mana SBT akan

diberikan kelonggaran dalam pemilihan bidang kurikulum dan kaedah pengajaran

termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru

tidak memuaskan dan pengagihan dana. Oleh yang demikian, golongan guru yang

memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan akan sentiasa berdaya saing

untuk menetukan sama ada mereka akan dikekalkan sekolah biasa atau dihantar ke

sekolah yang berprestasi tinggi. Masyarakat terutamanya guru memainkan peranan

yang amat penting dalam bidang pendidikan yang akan sentiasa meningkatkan kualiti

pengajaran mereka di dalam kelas atau ikhtisas mereka melalui latihan-latihan dan

penyelidikan yang dilakukan. Hal ini dapat memberikan impak yang positif ke arah

melahirkan para pelajar yang inovatif dalam usaha untuk membantu sekolah mereka

mencapai taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sekaligus dapat menerapkan nilai

– nilai modal insan yang tinggi terhadap para pelajar.

Para hadirin sekalian,

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 26: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Matlamat wawasan 2020 yang kedua ialah untuk mewujudkan sebuah

masyarakat yang maju. Saya melihat bahawa pembentukan modal insan yang

progresif adalah amat penting dalam mencapai matlamat tersebut. Saya yakin bahawa

usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA) Pendidikan iaitu meningkatkan prestasi guru besar dan pengetua

melalui pengurusan prestasi merupakan medium utama dalam melahirkan modal insan

yang progresif ke arah mencapai matlamat wawasan 2020. Hal ini dapat dilaksanakan

melalui pemberian ganjaran kewangan dan bukan kewangan. Misalnya, melalui

program kenaikan pangkat dan kursus. Guru – guru sekolah yang berpangkat sebagai

guru besar atau pengetua layak menerima ganjaran seperti ganjaran kewangan. Kira-

kira 10% guru yang mempunyai prestasi yang paling corot akan dikenalpasti

berdasarkan kepada skor komposit yang terendah. Mereka akan diberi latihan dan

bimbingan dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan tahap prestasi

mereka. Jika usaha – usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti pemindahan dan

persaraan pilihan akan diambil. Oleh itu, sikap progresif dalam diri guru besar dan

pengetua sekolah dapat dilahirkan. Hal ini sekaligus dapat mewujudkan persaingan

yang sihat antara guru besar di sekolah rendah dan pengetua di sekolah menengah

dalam meningkatkan prestasi kerja mereka.

Para hadirin sekalian,

Sesuatu yang baik tidak akan diperolehi daripada usaha yang keras. Bagi

mereka yang beragama Islam, Allah s.w.t menuntut agar hamba – Nya berusaha untuk

mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Malah, sejak kecil lagi kita telah diasuh oleh

ibu bapa supaya menjadi seorang manusia yang berguna pada agama, bangsa dan

negara. Dalam satu petikan ayat Al-Quran, Allah s.w.t menuntut agar hamba - Nya

supaya sentiasa memperbaiki diri, masyarakat dan negara ke arah mewujudkan sebuah

negara yang maju dan ke arah melahirkan sebuah negara yang berdaya saing. Di Arab,

rakyatnya amat terkenal dengan penulisan sastera, syair – syair yang indah dan lagu –

lagu yang merdu. Mereka begitu terkenal dengan sastera – sastera mereka kerana

penguasaan terhadap bahasa Arab itu sendiri. Kita seharusnya mencontohi mereka.

Oleh itu, untuk menerapkan nilai – nilai modal insan dalam diri para pelajar, saya

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 27: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

melihat bahawa usaha yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan iaitu dengan memastikan semua

kanak-kanak berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga

tahun pendidikan merupakan satu usaha yang amat baik. Usaha – usaha ini amat

penting untuk memastikan kanak – kanak dapat menguasai kemahiran membaca dan

mengira diperingkat yang asas untuk melahirkan insan yang benar – benar menguasai

kemahiran membaca seperti Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Jika para hadirin

menyingkap semula kisah Za’ba ini, beliau telah memberikan sumbangan yang besar

terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu

yang gigih. Beliau banyak mengarang buku – buku untuk sekolah – sekolah Melayu.

Antara bahan bacaan yang menjadi bahan rujukan utama mengenai bahasa Melayu

ialah 'Pelita Bahasa Melayu'. Saya yakin sekiranya kerajaan mampu memastikan

semua kanak – kanak dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas

mendapat pendidikan selama tiga tahun, ia adalah satu usaha yang baik. Dalam

program ini, saringan akan pelajar dilaksanakan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada

Mac, Jun dan September. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada pelajar

tersebut perlu mengikuti program LINUS atau program Pendidikan Khas jika

mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran. Oleh itu, Modul literasi dan numerasi

yang baru telah dibentuk. Konsepnya mudah difahami dan akan diajar lebih awal lagi.

Tumpuan akan diberikan terhadap pengaplikasian konsep literasi dan numerasi. Hal ini

amat penting dalam membentuk nilai insaniah dalam diri para pelajar dalam melahirkan

individu yang berilmu pengetahuan sekaligus mencapai matlamat wawasan 2020.

Para hadirin sekalian,

Negara kita memerlukan satu transformasi dalam bidang pendidikan yang

mampu melahirkan para pelajar yang cemerlang pada masa hadapan. Pelajar

cemerlang yang hendak dilahirkan perlulah seimbang dari aspek rohani dan jasmani.

Bidang NKRA dilihat dapat memberi impak yang sangat positif dalam sistem pendidikan

negara kita. Penerapan modal insan yang bertunjangkan wawasan 2020 mampu

mewujudkan satu transformasi dalam bidang pendidikan. Kita ingin melihat ramai lagi

manusia sebijak Adi Putra, Kita ingin melihat ramai lagi tokoh-tokoh yang sanggup

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 28: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air sehebat Datok On Jaafar dan

kita ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa pendidikan merupakan medium

utama untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam mencapai matlamat

wawasan 2020.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini, saya ingin menyusun sepuluh jari

memohon kemaafan dari pihak anda semua sekiranya ada salah dan silap, terkasar

bahasa atau menyentuh hati para hadirin sekalian sepanjang ucapan saya tadi.

Sesungguhnya, saya hanya insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan.

Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu juga

datangnya dari Allah s.w.t yang disandarkan pada kelemahan saya. Sebelum

mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya membaca serangkap pantun buat tatapan

umum;

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka berakhirlah sudah ucapan saya pada

pagi ini. Saya sudahi dengan ucapan assalamualaikum warahmatullahi wabarakthu.

Sekian, terima kasih.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 29: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

LAMPIRAN

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 30: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

LAMPIRAN

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaYAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

http:// http://akademikbahasa.blogspot.com/2009/10/bidang-keberhasilan-utama-nasional-nkra.html

penulis: Mohd Hassany Hashim.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 31: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Bidang Keberhasilan Utama Nasional

Written by Administrator

Tuesday, 23 February 2010 09:32

Rujukan: Portal Rasmi MAMPU

 

Bidang Keberhasilan Utama Nasional

Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional adalah:

Mengurangkan Jenayah

Membanteras Rasuah

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar

Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah

Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar

Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Mempertingkat kebertanggungjawaban melalui KPI

Bidang yang tidak diliputi oleh NKRA masih lagi penting dan akan terus mendapat perhatian daripada

Kerajaan di peringkat menteri. Bidang-bidang ini – MKRA – termasuk keberhasilan yang disasarkan untuk

dilihat dan dirasai oleh rakyat (misalnya, tindak balas yang cepat kepada aduan daripada orang awam dan

pengurangan kemalangan jalan raya). Sama seperti NKRA, MKRA dan KPI Menteri (MKPI) telah bermula

dan akan terus diperhalusi dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 32: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

32

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Perdana Menteri telah memberi komitmen untuk menilai sendiri kemajuan semua menteri setiap enam bulan

untuk memastikan bahawa prestasi mereka adalah mantap, Penilaian yang pertama berlangsung antara

November 2009 dan Disember 2010.

Memastikan pencapaian diutamakan

Bagi mencapai tahap prestasi ini, kami memerlukan kaedah kerja baru, daripada pucuk pimpinan dan semua

bahagian perkhidmatan awam. Perdana Menteri merintis kaedah baru ini dengan memastikan setiap menteri

menetapkan KPI, dan melaporkan prestasi mereka pada waktu yang ditetapkan; contohnya ada diterangkan

dengan lebih lanjut dalam Bab 12. Amalan ini sedang diperkembangkan ke setiap jabatan dan agensi kerajaan.

Kami juga sedang mempertingkatkan tahap ketelusan mengenai objektif, sasaran dan rancangan – bermula

dengan dokumen ini. Kerajaan akan bertanggungjawab bagi melaksanakan inisiatif dan mencapai sasaran

yang diumumkan. Kami akan menerbitkan laporan kemajuan tahunan, bermula pada suku pertama 2011,

supaya pencapaian kami dapat dinilai oleh rakyat.

Sebagai tambahan, kami telah menjalankan beberapa siri pembaharuan untuk mempertingkatkan kebolehan

penyampaian

Mentransformasikan Malaysia

Dalam sejarah Malaysia, kita selalu mengambil jalan yang jarang dilalui dan secara pragmatik memetakan

laluan sendiri. Kini kita melakukannya lagi. Tidak ada kerajaan lain di dunia ini yang telah mengambil

langkah seperti program transformasi yang sebegini berani. Namun kita faham bahawa dalam menyampaikan

keberhasilan ini tidaklah begitu mudah. Akan terdapat rintangan di pertengahan jalan, termasuk sasaran yang

tidak tercapai, inisiatif yang tidak berjaya, halangan pihak yang berkepentingan, tentangan terhadap sebarang

perubahan dan cabaran baru yang kami tidak jangkakan. Dalam program transformasi yang berskala sebegini,

adalah menjadi suatu perkara biasa di mana keadaan akan menjadi lebih buruk – atau merasakan keadaan

menjadi lebih buruk – sebelum ia menjadi lebih baik. Walaupun mencabar, kami mesti melaksanakan

transformasi ini.

Apabila GTP menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tidak dapat dielakkan, kerajaan dan semua

rakyat Malaysia mesti mengingatkan diri mereka sendiri, apa sebenarnya yang dipertaruhkan di sini dan tetap

semangat. Apa yang dipertaruhkan di sini adalah pencapaian Wawasan 2020, membuat sesuatu yang

berlainan untuk kehidupan generasi Malaysia masa kini dan generasi Malaysia akan datang dan

mempertingkatkan reputasi dan kedudukan negara kita di mata dunia.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 33: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

33

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

 

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar

Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang dalam sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu termasuk pencapaian kadar literasi dewasa sebanyak 92%, kadar penyertaan peringkat rendah yang universal, serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat menengah antara yang tertinggi berbanding dengan negaranegara membangun yang lain. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini. Keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. Yang membimbangkan, jurang perbezaan keberhasilan di antara pelajar di Malaysia juga terus meluas, misalnya, 20% daripada pelajar-pelajar Malaysia gagal mencapai tahap minimum TIMSS dalam Matematik dan Sains pada 2007, berbanding hanya 5-7% pada 2003.

Memperbaiki keberhasilan pendidikan adalah penting untuk membina satu tenaga kerja yang berdaya saing, dan kami, di peringkat awalan akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang berikut:

1. Meningkatkan kadar pendaftaran Prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti system.

2. Memastikan semua kanak-kanak4 berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikan

3. Membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah dalam sistem

4. Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua mmelalui pengurusan prestasi

Kemajuan awal yang tercapai tentang mempertingkatkan pencapaian pelajar Bagi memastikan program-program dalam NKRA dapat dilaksanakan mulai tahun 2010, beberapa perancangan awal telah pun dilaksanakan. Pencapaian termasuklah siapnya instrumen saringan dan modul pengajaran dan pembelajaran Tahun 1 program LINUS, pengumuman kumpulan pertama 20 SBT dan siapnya penyenaraian kedudukan bagi 9,900 sekolah kerajaan dalam sistem ini, yang mana digunakan sebagai asas untuk mencipta ganjaran dan program pemulihan di bawah bidang tawaran baru guru besar. Akhirnya inisiatif untuk sekolah amanah sedang dalam perancangan di mana sekolah amanah pertama dijangka dibuka pada Januari 2011.

Meningkatkan kadar pendaftaran Prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistemBagi mencapai sasaran kadar penyertaan 72% dan 87% masing-masing pada hujung 2010 dan 2012 (dari kadar sekarang 67%), kami telah mengenal pasti tujuh teras bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti, iaitu:

Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah dalam Kementerian Pelajaran (MOE) untuk mentadbir semua penyedia prasekolah

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta.

Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita.

Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah, lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun.

Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun, dianggarkan kira-

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 34: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

34

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

kira 10,000 kelas tambahan. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah bagi mencapai kelas

tambahan yang diperlukan di samping mematuhi standard kebangsaan. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat

berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut.

Memastikan semua kanak-kanak4 berupaya menguasai kemahiranasas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikanSatu Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang baru telah direka untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (dalam Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah. Program ini mengandungi enam strategi yang memberi fokus kepada semua usaha utama literasi dan numerasi.

Saringan pelajar dilakukan tiga kali setahun pada bulan Mac, Jun dan September setiap tahun, bagi mengenalpasti pelajar sama ada perlu mengikuti program LINUS atau program Pendidikan Khas jika mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran

Modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk di mana konsep mudah difahami akan diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari

Latihan hampir 17,000 guru-guru untuk mengajar modul baru LINUS dengan berkesan, selesai antara November 2009 dan Februari 2010

Komitmen dibina dikalangan pihak yang berkepentingan melalui program kesedaran dan aktiviti yang dianjurkan untuk jabatan pendidikan di peringkat negeri dan daerah, guru besar, Persatuan Ibubapa dan Guru dan orang awam.

Pemantauan dan penyeliaan intensif ke atas kira-kira 10% sekolah yang tercorot oleh pegawai-pegawai pendidikan di peringkat negeri dan daerah, dan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di bawah MOE

Fasilitator-fasilitator pakar dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru-guru literasi dan numerasi di sekolah-sekolah.

Membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah dalam sistemSekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sebelum dianugerah taraf SBT , sekolah tersebut perlu memenuhi beberapa criteria mantap termasuk pencapaian akademiknya, sokongan alumni, pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan jaringan pada peringkat antarabangsa. Kami menyasarkan untuk membangunkan 20 SBT menjelang tahun 2010 dan 100 SBT menjelang 2012.

SBT akan dianugerahi manfaat berikut bertujuan untuk membolehkan mereka mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi:

Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan dan pengagihan dana

Insentif kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan, termasuk cuti sabatikal untuk guru besar

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 35: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Kelonggaran bagi pelajar cemerlang memacu kejayaan dalam system Pendidikan

Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua melalui pengurusan prestasiMulai tahun akademik 2010, pendekatan pengurusan prestasi baru bagi guru besar dan pengetua akan mempunyai ciri-ciri berikut:

Boleh diaplikasikan kepada semua guru besar dan pengetua semua sekolah kerajaan di Malaysia. Prestasi sekolah akan berasaskan kepada skor komposit yang mengandungi 70% Gred Purata Sekolah dan

30% skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Pencapaian kesemua 9,900 sekolah akan disenarai mengikut kedudukan dan diumumkan pada setiap tahun

mulai tahun 2010. Untuk melayakkan diri bagi anugerah, sekolah harus mencapai sasaran skor komposit yang telah ditetapkan

atau sasaran penambahbaikan dalam kedudukan prestasi, memperoleh laporan audit tanpa teguran dan mencapai sasaran literasi dan numerasi (untuk sekolah rendah). Selain itu, guru besar dan pengetua mestilah memperolehi skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) lebih dari 90 dan bebas dari tindakan disiplin.

Guru besar dan Pengetua yang mengatasi sasaran akan diberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan (misalnya, program pertindikan, kenaikan pangkat yang dipercepatkan dan sijil pengiktirafan)

Guru-guru di sekolah yang mempunyai guru besar atau pengetua yang layak menerima ganjaran juga berkelayakan untuk menerima ganjaran kewangan.

Kira-kira 10% yang berprestasi tercorot akan dikenal pasti berdasarkan kepada skor komposit yang terendah. Mereka akan diberi latihan dan bimbingan dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan tahap prestasi mereka. Jika usaha-usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti pemindahan dan persaraan pilihan akan diambil.

 http://www.ippm.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=180:bidang-keberhasilan-utama-nasional&catid=56:webmaster

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 36: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

36

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

POINTERS 6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

Soalan Dan Jawapan

1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?

• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks

Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang

usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan

akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan

rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam

dalam jangka masa sederhana.

2. Siapakah Menteri-menteri  yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi

menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri

Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri

Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri

Pengangkutan).

3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian

KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya

dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas,

segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk

mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang

ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian

pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 37: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

37

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali

daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian

masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di

peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari

penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi

melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan

pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh

faedahnya.

4. Latar belakang merevolusikan pengurusan

Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan

• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa

kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa

sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian

berpaksikan kepentingan rakyat.

• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama

ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI

merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang

ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah

diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat

berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju

seperti Britain, Australia dan Kanada.

• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak

kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini

juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari

aspek kuantitatif dan kualitatif.

• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama

nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi

keutamaan di peringkat kebangsaan.

5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang

serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar,

akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui

oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 38: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

• PM turut  meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-

KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur

akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan

ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

 

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan

damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia

pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa

kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.

• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan

pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu,

kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i) Jenayah jalanan

Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan

kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah

curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan

jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks

jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat

kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat

sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan

menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

ii) Keselamatan awam

Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di

mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan

secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan

bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang

berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu,

langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan

Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama

dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan

proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah

khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala

rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 39: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

39

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun

2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

•  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa

hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan

haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala

dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup

di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan

yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang

kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada

pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti

berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang

penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada

peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian

daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai

kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut

ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. 

Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi

KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan

menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu,

kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru

besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah

bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti

untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran

pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta

bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun

sebelum penamat 2012.

4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 40: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

40

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat

RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh

negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan

Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang

giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada

penghujung tahun 2010.

• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta

merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu

setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat.

Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan

bagi bulan yang berkenaan.

•  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah,

kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih

dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang

berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti.

Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan

wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah

hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia

melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari

merasai mahsul kemakmuran.

• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman.

Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah

dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan

awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat

tahun 2012.

• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil

(gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta

penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

•  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar

akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan

berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang

diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.

• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-

masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-

dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan

kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera

akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung

tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada

60,000 buah rumah.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 41: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

41

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih

rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk

meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012.

Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000

buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang

Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan

miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi

keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana

• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan

rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar

bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.

• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah

Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan

ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan

peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun,

buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train”

akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.  

 

Kesimpulan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib

Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu

tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB

Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-

mata.

Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang

boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi

kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping

mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4808:pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra&catid=16:isu-nasional

Lima dasar utama dalam KBT

GENTING HIGHLANDS 20 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan lima dasar utama di dalam konsep Kepimpinan Berprestasi Tinggi (KBT) yang perlu diamalkan oleh pegawai kanan Kementerian Pelajaran dalam usaha menambah baik dan menjamin sistem pendidikan negara berada pada tahap tinggi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, lima dasar tersebut adalah akauntabiliti dan kredibiliti, menjadi 'role model', melaksanakan perubahan secara proaktif, membentuk pemimpin pelapis serta menghayati dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 42: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

42

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Menurut beliau, dasar yang terkandung di dalam KBT itu menjadi prasyarat penting bagi melahirkan sekolah-sekolah yang mempunyai ciri-ciri cemerlang dan ia melengkapi tumpuan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang ketiga iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti.

''Konsep yang perlu dihayati itu bertujuan untuk melonjakkan pendidikan negara sehingga menghasilkan modal insan holistik yang memiliki pengetahuan dan kemahiran, kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di persada antarabangsa.

''Maka itu, pegawai kanan kementerian selaku pemimpin yang menerajui halatuju merealisasikan wawasan ini haruslah berperanan sebagai pemimpin yang berprestasi tinggi.

''Ini adalah kerana, hanya kumpulan pemimpin berkualiti seperti itu sahaja yang mampu mencipta kecemerlangan institusi pimpinannya,'' katanya.

Teks ucapan beliau sempena majlis perasmian Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-17 2010 di Institut Aminuddin Baki (IAB), dekat sini hari ini, dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Turut hadir, Pengarah IAB, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan Malaysia (ITNM), Mohd. Khair Ngadiron.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menyedari tentang pentingnya akauntabiliti dan kredibiliti di kalangan pemimpin, kerajaan telah menyedia dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Lantaran itu, ujar beliau, pemimpin berprestasi tinggi harus meletakkan usaha membudayakan integriti sebagai tunjang dalam kepimpinan mereka.

''Mereka bukan sahaja perlu mengelakkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tetapi, mereka yang memiliki integriti sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kepakaran serta dipandu oleh sikap yang betul.

''Elemen-elemen budaya kualiti ini akan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan tadbir urus organisasi. Sifat akauntabiliti perlu berjalan seiring dengan kredibiliti.

''Ibarat magnet yang menarik serbuk besi di sekelilingnya, kredibiliti adalah satu unsur kepimpinan yang dapat membuatkan orang yang dipimpin memberikan rasa hormat dalam setiap tindakan dan keputusan pemimpinnya,'' katanya.

Selain itu, jelasnya, kepimpinan yang efektif dan berprestasi tinggi juga adalah pemimpin yang boleh dijadikan contoh dan lambang kepada mereka yang dipimpin serta sentiasa merangsang perkongsian visi orang-orang yang dipimpinnya.

Muhyiddin memberitahu, secara realiti, pemimpin yang ingin membuat perubahan akan berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana manusia biasanya cenderung berada dalam zon selesa.

''Oleh yang demikian, jika seseorang pemimpin ingin mengurus perubahan secara berkesan, mereka hendaklah bersedia untuk menghadapai cabaran. Keengganan dan ketakutan pemimpin menongkah arus perubahan akan mengakibatkan sistem pendidikan bersifat statik.

''Kecemerlangan tidak mungkin dapat dicipta dan hasrat negara untuk menjana modal insan yang mampu bersaing di persada global hanya tinggal impian semata,'' tegasnya.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 43: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

43

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Tambah beliau, pemimpin berprestasi tinggi perlu menghayati dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan membudayakannya dalam menjalankan tugas harian.

''Mereka juga perlu melihat kekuatan organisasi masing-masing bagi mengenalpasti apakah bidang yang boleh ditonjolkan sebagai penanda aras memperkasa organisasi,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 44: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

44

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

REFLEKSI

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 45: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

45

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin – Nya, tugasan ini

akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya. Ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan

terima kasih diucapkan kepada Puan Walaini Binti Abu Bakar, pensyarah pembimbing

Bahasa Melayu Kontekstual bagi unit PPISMP – PS/BI/BM semester 3 yang telah

banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Tidak lupa juga

kepada pensyarah pembimbing bagi subjek Bahasa Melayu lain yang mengajar unit

saya iaitu Encik Jalaluddin dan Encik Zaidi yang sedia memberikan tunjuk ajar dan

bimbingan mereka kepada saya dan rakan – rakan untuk menyiapkan tugasan ini.

Pada hari jumaat 13 Ogos 2010, ketua unit saya, saudara Muhammad Aliff

Haikal Bin Zaidi telah memberitahu bahawa kami perlu memuat turun soalan tugasan

kerja kursus pendek bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual di laman sesawang www.

Jpmipgmtaa.webs.com/kerjakursus. Berdasarkan maklumat di dalam soalan tugasan,

tugasan tersebut wajib dilaksanakan secara berpasangan dan salah seorang

daripadanya perlu memilih satu daripada tajuk tugasan tersebut. Saya telah memilih

Saudara Muhammad Arif sebagai rakan setugas saya. Saya telah memilih salah satu

soalan tugasan tersebut iaitu membuat teks pengacaraan majlis.

Seterusnya, saya dan rakan setugas telah ke perpustakaan untuk mencari bahan

yang berkaitan dengan tugasan yang kami terima. Selain daripada itu, saya juga telah

mengakses internet untuk mencari contoh – contoh teks ucapan pengacaraan majlis. Di

internet, saya telah menemukan pelbagai contoh teks ucapan pengacaraan majlis.

Berdasarkan contoh – contoh tersebut, saya mula menulis teks ucapan pengacaraan

majlis tersebut.

Akan tetapi, setelah menyiapkan tugasan BMK sebanyak 30%, saya telah

meninggalkan tugasan tersebut kerana terlibat dengan pertandingan reka cipta

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 46: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

46

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

sempena Majlis Sambutan Kemerdekaan Kali Ke – 53. Dalam masa yang suntuk ini,

saya lebih menumpukan projek reka cipta tersebut berbanding dengan tugasan BMK

walhal rakan – rakan yang lain kelihatan sibuk menyiapkan tugasan tersebut kerana

perlu dihantar pada 30 Ogos 2010.

Setelah mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkan projek reka cipta,

saya kembali menyambung menyiapkan tugasan BMK yang diberi. Satu sesi

pertemuan bersama pensyarah pembimbing , iaitu Puan Walaini Binti Abu Bakar telah

saya laksanakan bersama rakan setugas untuk menyemak draf tugasan supaya

tugasan yang kami laksanakan menepati ciri kerja kursus yang dikehendaki.

Kami telah berjumpa dengan Puan Walaini di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)

pada 26 Ogos 2010 untuk menyerahkan draf yang kami sediakan. Agak sukar untuk

menemui beliau pada masa itu kerana terdapat rakan – rakan dari unit yang lain juga

sedang mengadakan sesi pertemuan dengan beliau. Malah, kami terpaksa beratur

panjang menunggu giliran. Setelah 15 minit menunggu, maka tibalah giliran kami

menunjukkan draf tugasan kami kepada beliau.

Mulanya, Puan Walaini menyemak teks ucapan pengacaraan majlis yang telah

saya siapkan. Syukur, tidak banyak kesilapan yang saya lakukan. Antara kesilapan

yang saya lakukan ialah seperti menyediakan ruang untuk pengarah berucap. Walhal,

sepatutnya pengarah tidak perlu berucap. Seterusnya, saya tidak menceritakan

maklumat mengenai penceramah secara terperinci seperti gelaran, pangkat dan jasa

penceramah. Beliau juga mencadangkan agar saya menambah ulasan terhadap

ucapan penceramah tersebut. Mengenai pantun yang saya selitkan dalam teks

pengacaraan majlis, Puan Walaini menyarankan agar saya mengaitkan pantun tersebut

dengan persekitaran kampus supaya pantun tersebut kelihatan agak segar. Saranan

beliau yang seterusnya adalah supaya memotong skrip teater agar saya tidak perlu

untuk mengulas teater tersebut.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 47: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

47

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Seterusnya, Puan Walaini menyemak pula draf rakan setugas saya yang

membuat teks ucapan “pembentukan modal insan yang berkualiti ke arah wawasan

2020”. Beliau berpuas hati dengan hasil kerja rakan setugas saya serta beliau

memberikan sedikit pendapat untuk menambahbaik teks ucapan tersebut.

Tarikh penghantaran tugasan ini adalah pada 30 Ogos 2010. Demi

meyempurnakan tugasan ini, saya dan rakan setugas merancang untuk tidak pulang

bercuti pada hari Nuzul Al – Quran pada 27 Ogos 2010 sehingga 29 Ogos 2010. Kami

mengambil kesempatan yang ada untuk menyiapkan tugasan BMK dan tugasan –

tugasan yang lain. Alhamdulillah, setelah berkolaborasi selama beberapa hari, maka

akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna pada 29 Ogos 2010.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 48: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

48

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

BIBLIOGRAFI

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010

Page 49: Kerja Kursus PPISMP Bahasa Melayu Kontekstual Sem 3/Jun - Nov 2010

49

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

BIBLIOGRAFI

1. Zahid Bin Bakar (24 Julai 2008). Pantun majlis. http://belajarlah-

zahid.blogspot.com/2008/07/pantun-majlis.html.

2. Polaris (17 Mac 2009). Skrip pengacara. http://skrippengacara.blogspot.com/.

3. Fendikya (21 Oktober 2009). Aneka contoh teks pengacaraan majlis.

http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/74435-aneka-contoh-teks-

pengacara-majlis.html.

4. Raihaniah zakariah (4 Ogos 2010). Pantuan rujukan atau nota catatan bawah

(reference) dan bibliografi. http://raihaniah.blogspot.com/2010/08/panduan-nota-

rujukan-atau-catatan-bawah.html.

5. Nik Safiah Karim. 2002. Bahasa Melayu STPM (kertas 1 & 2). Selangor Darul

Ehsan: Fajar Bakti.

6. Nik Safiah Karim dan rakan – rakan. 1995. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Asmah Hj. Omar. 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran

dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010