kepentingan semantik dalam masyarakat

3
KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM MASYARAKAT Masyarakat melibatkan rumpun bangsa bagi sesuatu bahasa, masyarakat Melayu dengan bahasa ibundanya Bahasa Melayu menjadi asas kepada pembentukan masyarakat. Masyaraakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia yang berdaulat. Dalam Perlembagaan Malaysia Akta 152 telah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi rumpun masyarakat di Malaysia, bagaimanapun rakyat berhak menggunakan bahasa ibunda mengikut kumpulan etnik tertentu. Masyarakat telah menerima bahawa bahasa semakin berkembang berdasarkan hubungan semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan sekolah daripada aspek antropologinya telah membentuk perkataan baharu sekolah harapan , sekolah bestari dan sekolah lestari , yang bukan lagi sebagai tempat belajar secara formal semata-mata. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa peruturan itu dituturkan. Aminuddin (1985) Hubungan semantik dengan psikologi dapat memberi kesan kepada masyarakat. Psikologi ialah ilmu yangmengkaji tentang hakikat dan gerak geri jiwa. Hal ini bermakna bahawa tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan perkataan atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan makan berbeza dengan perkataan makanlah .Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan terseut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza olehseseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan

Upload: sipopoh

Post on 20-Oct-2015

177 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Semantik Dalam Masyarakat

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM MASYARAKAT

Masyarakat melibatkan rumpun bangsa bagi sesuatu bahasa, masyarakat

Melayu dengan bahasa ibundanya Bahasa Melayu menjadi asas kepada

pembentukan masyarakat. Masyaraakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik

telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia

yang berdaulat. Dalam Perlembagaan Malaysia Akta 152 telah memartabatkan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi rumpun masyarakat di

Malaysia, bagaimanapun rakyat berhak menggunakan bahasa ibunda mengikut

kumpulan etnik tertentu.

Masyarakat telah menerima bahawa bahasa semakin berkembang

berdasarkan hubungan semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi

ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon

yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang

mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi

dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang

semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat

semakin berkembang. Contohnya perkataan “sekolah” daripada aspek

antropologinya telah membentuk perkataan baharu “sekolah harapan”, “sekolah

bestari” dan “sekolah lestari”, yang bukan lagi sebagai tempat belajar secara

formal semata-mata. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk

bahasa semasa peruturan itu dituturkan. Aminuddin (1985)

Hubungan semantik dengan psikologi dapat memberi kesan kepada

masyarakat. Psikologi ialah ilmu yangmengkaji tentang hakikat dan gerak geri

jiwa. Hal ini bermakna bahawa tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna

yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan perkataan atau ujaran dalam

bahasa. Contohnya perkataan “makan” berbeza dengan perkataan

“makanlah” .Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan terseut

menghasilkan pemahaman makna yang berbeza olehseseorang dalam situasi

Page 2: Kepentingan Semantik Dalam Masyarakat

yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan

permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang

menyatakan makna wujud berdasarkan rangsangan dan gerak balas.

Masyarakat sememangnya berpegang dengan falsafah, kita dapat

membuat perkaitan antara hubungan semantik dengan falsafah.Falsafah ialah

pengetahuan bagi menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa

kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa.

Sebaliknya falsafah memerlukan pengetahuan tentang hukum dan kaedah

berfikir yang logik. Oleh yang demikian logik dalam disiplin ilmu falsafah

memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna

dalamilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi

tidak bererti. Contohnya falsafah “Biar saya mentertawakan diri saya sebelum

oranglain mentertawakan diri saya” Falsafah ini membawa makna “kesedaran

kendiri atau muhasabah diri”, perlu difahami pendengar mahupun penutur

falsafah tersebut supaya ianya bermakna apabila diujarkan.

Masyarakat akan lebih mudah memahami makna melalui perkaitan

semantik dengan linguistik. Masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai=nilai

tradisi meliputi peribahasa yang mempunyai medan makna yang sungguh luas.

Melalui makna yang tersurat, makna yang terselindung dan makna yang tersirat

masyarakat dapat mengungkaikan makna tersebut dalam proses komunikasi.

Masyarakat membuat penghayatan mengenai makna tersebut bagi

memartabatkan lagi Bahasa Melayu.

Berdasarkan cerpen Tina masyarakat bertindak dalam membantu pihak

yang memerlukan pertolongan dengan membuat andaian kesulitan dan

penderitaan tersebut perlu dikongsi bersama bagi meringankan penderitaan

tersebut. Masyarakat dapat menilai golongan yang ditimpa musibah dengan

murah hati menghulurkan bantuan bagi kos rawatan pembedahan. Berdasarkan

Page 3: Kepentingan Semantik Dalam Masyarakat

teori makna emotif, masyarakat turut merasai penderitaan dan ketabahan hati

pesakit jantung berlubang seperti Sutina.

“Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti.

Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat

Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina akan

sembuh. Perca yalah cakap abang ni.....”

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)