semantik peristiwa bahasa melayu

22
Semantik _ peristiwa bahasa . 1.0 Pengenalan Penguasaan bahasa pertama berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) :“Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara ‘memperoleh’ bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.” Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan) dan sikap positif adalah perlu.Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa kedua kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian. Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu. 2.0 Takrif Definasi Konsep Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa

Upload: ahmad-jamil

Post on 25-Jun-2015

894 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

Semantik _ peristiwa bahasa .

1.0 Pengenalan

Penguasaan bahasa pertama berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap

ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut

Kamarudin Hj. Husin (1998) :“Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara

‘memperoleh’ bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan

kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan

sendirinya menggunakan bahasa itu.”

Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti dipelajari secara formal

dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan)

dan sikap positif adalah perlu.Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa

pertama kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa

kedua kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian.

Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan

kaedah-kaedah tertentu.

2.0 Takrif Definasi Konsep

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua “adalah bahasa yang kedua

dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa

kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.”

2.1 Penguasan Pembelajaran Bahasa Kedua.

Pengajaran bahasa kedua diperoleh dan dikuasai melalui pembelajaran. Pembelajaran

yang bersifat formal, menekankan banyak latihan dan pengulangan hingga membentuk

satu tabiat. Rivers W. M (1964) menyatakan, pembelajaran bahasa asing pada dasarnya

adalah merupakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat.

Seterusnya, cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiat yang

lain seperti belajar menaip, berenang, memandu, dan lain-lain. Proses pembelajaran

Page 2: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

menetapkan jika sekali berjaya dilakukan dengan baik maka ia akan dapat diulangkan

untuk seterusnya secara automatik. Proses penguasaan bahasa kedua pada peringkat awal

kanak-kanak berkemungkinan sama dengan proses penguasaan bahasa pertama. Namun,

proses penguasaan bahasa kedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan mengalami

cara yang berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hal ini

ditegaskan oleh Brown (1980) :“Adult, more cognitively secure,appear to operate from

the solid foundation of the first language and thus manifest more interference.”

3.0 Bahasa Kedua Yang Dipelajari.

Pembelajaran bahasa asing pada asasnya adalah merupakan satu proses yang mekanikal

membentuk tabiat. Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran

bahasa asing berbanding analisa.Daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan

bahawa tabiat terbentuk melalui peneguhan.

Tabiat berbahasa kedua boleh dibentuk dengan cara mempelajari atau latih tubi. Ia

memainkan peranan penting bagi menggalakkan tabiat berfungsi.      Menurut

pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai pola-

pola fonologi, sintaksis dan leksikal bahasa berkenaan. Teori ini menekankan

kepentingan pemahaman murid terhadap struktur bahasa. Kesenangan murid mempelajari

bahasa kedua akan menyebabkan penguasaan kognitif mereka terhadap struktur bahasa

itu mudah berkembang.

3.1 Prinsip-Prinsip Pengajaran Bahasa Kedua.

Pembelajaran bahasa kedua ialah satu proses mekanis. Proses ini akan membentuk

perlakuan dan tabiat baru menguasai kemahiran bahasa, iaitu melalui latihan-latihan dan

peneguhan.Bentuk bahasa pertuturan dipelajari terlebih dahulu. Pengajaran bahasa kedua

mesti didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

bermula daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan

kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut perkataan sebelum bentuk-bentuk

tulisan.

Page 3: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

Pembelajaran secara membuat analogi. Pelajar cepat menerima dan memahami makna

perkataan dengan cara melihat persamaan dan perkaitannya dengan objek yang

dianalogikan. Analogi digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri atau sifat. Cara ini

akan mempermudahkan guru mengajar tanpa perlu menghabiskan masa panjang untuk

menjelaskan konsep-konsepnya. Makna dipelajari dalam konteks. Makna haruslah

dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu dalam konteks agama, adat

dan adab, dan sosio budaya teks atau rujukan teks.

Dalam hal ini, Kamarudin (1988) menyatakan :“Berbeza dengan pemelajaran bahasa

pertama, penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi

dikuasai melalui pemelajaran. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih formal,

memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi sesuatu tabiat.”

4.0 Huraian tentang kaedah kajian yang digunakan

(contoh pemerhatian/ kajian kes/ tinjauan)

Kaedah kajian ini berbentuk deskriptif dari jenis kajian kes. Penyelidik mengkaji

beberapa aspek pembolehubah persekitaran bahasa murid. Penekanan kajian kes adalah

kepada dua aspek. Pertama, pemahaman sebab murid-murid dipengaruhi bahasa

ibundanya. Kedua, cara pengaruh bahasa ibunda wujud dalam penulisan dan pertuturan

bahasa Melayu murid. Bagi aspek pertama penyelidik menggunakan Kaedah Tinjauan

(soal selidik). Aspek kedua (penulisan) penyelidik menggunakan Kaedah Analisis

Kandungan. Aspek kedua (pertuturan) dikaji berdasarkan pemerhatian. Beberapa set

perbualan murid-murid dan pengajaran guru bahasa Melayu telah dianalisis. Pengkaji

juga ada membuat penelitian turut serta di dalam kelas bahasa Melayu di sebuah sekolah

SJK’T.

Sebagai kesimpulan, dikemukakan Model Kajian Kes yang merangkumi fenomena yang

dikaji, teori pembelajaran, objektif, subjek kajian, pengumpulan data, dan analisis data

(lihat rajah 1).

5.0 Dapatan Kajian Masaalah yang dikesan dalam pembelajaran bahasa kedua

yang dikaji

Page 4: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

Dapatan tentang pengaruh bahasa ibunda dibincangkan mengikut tiga tajuk kecil.:

5.1.1. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam penulisan

Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak menerima pengaruh

bahasa ibunda murid-murid India. Pengaruh tersebut terdapat 145 patah perkataan

bersamaan 74.36%. Pengaruh tersebut merangkumi proses penggantian, penambahan dan

penghilangan fonem-fonem bahasa Melayu. Proses penggantian fonem vokal bahasa

Melayu paling kerap berlaku dalam karangan bahasa Melayu murid-murid India.

Contohnya:

Rajah 1 : Proses penggantian fonem vokal bahasa Melayu paling kerap berlaku dalam

karangan bahasa Melayu murid-murid India.

a. Penggantian /e/ kepada /a/  cerita menjadi carita  kepada menjadi kapadab. Penggantian /a/ kepada /o/  sangat menjadi songat  nama menjadi namoc. Penggantian /e/ kepada /i/  terima menjadi tirima  rehat menjadi rihatd. Penggantian /u/ kepada /o/

puku menjadi pukoluntuk menjadi untok

e. Penggantian /i/ kepada /e/habis menjadi habes pilihan menjadi pilehan

5.1.2 Terdapat tujuh proses penggantian fonem konsonan, iaitu:

a. Penggantian konsonan /b/ kepada /p/  bandar menjadi pandarb.

Penggantian konsonan /p/ kepada /b/  pecah menjadi bicahc.

Penggantian konsonan /f/ kepada konsonan asli /p/  faedah menjadi paedahd. Penggantian /g/ kepada /k/  bagus menjadi bakus

Page 5: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

e.Penggantian /k/ kepada /h/

  awak menjadi awahf. Penggantian /w/ kepada /v/  kawan menjadi kavang. Penggantian konsonan /n/ kepada konsonan /m/  tanpa menjadi tampa

5.1.3 Proses penambahan fonem juga berlaku.

a. Penambahan vokal depan rendah /a/  harga menjadi haragab. Penambahan konsonan /h/  meja menjadi mejah  jumpa menjadi jumpahc. Penambahan konsonan /w/  semua menjadi semuwa

5.1.4 Proses penghilangan juga berlaku

a. Penghilangan vokal tengah agak tinggi /e/  terima menjadi trimab. Penghilangan vokal /a/  soalan menjadi solanc. Penghilangan konsonan /h/  sekolah menjadi skolad. Penghilangan konsonan /k/  tak mahu menjadi taa_maue. Penghilangan konsonan /g/  menggunakan menjadi mengunakanf. Penghilangan konsonan /r/  besar menjadi besa

5.1.5 Proses Pemindahan Bahasa Ibunda

Dua perkataan bahasa Tamil digunakan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

Perkataan-perkataan itu adalah:

 /kuli/ kuli -- buruh

        /kaasi/ kasi -- meminta

        /maata/ mata -- polis

Page 6: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fenomena percampuran

kod bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan ayat.

Ayat penyata paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil.

Contoh:

1.    Saya ada buat itu kerja.

     (Saya telah membuat kerja itu)

2.    Itu vakkul suda peno.

     (Bakul itu sudah penuh)

3.    Dia kooli kerja ada buat

Dia membuat kerja buruh (kuli)

Secara keseluruhan murid-murid bersikap positif terhadap penggunaan bahasa Melayu.

Oleh yang demikian jangkaan mereka terhadap bahasa tersebut turut menjadi positif.

Unsur ekstralinguistik iaitu pendedahan bahasa murid bertindak secara bawah sedar ke

atas Pembelajaran Terpendam.

Berdasarkan data-data yang diperolehi, ketiga-tiga soalan kajian itu dapat jawapannya.

Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdiri daripada leksikal, makna kata, imbuhan

dan binaan ayat memang ada mempengaruhi markah karangan bahasa Melayu murid-

murid India walaupun dalam peratus yang berbeza-beza.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa unsur-unsur linguistik bahasa ibunda memang

terdapat di dalam pertuturan percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-murid

India. Juga didapati ada pembolehubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di

kalangan murid India. Ia terdiri daripada penggunaan bahasa harian, sikap dan

pendedahan bahasa murid-murid India itu. Kekerapan pembolehubah-pembolehubah itu

berbeza-beza.

Page 7: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

6.0 Cadangan langkah berdasarkan pengetahuan psikolinguistik.

Berdasarkan keputusan kajian maka beberapa cadangan untuk membaiki kelemahan

mempelajari bahasa Melayu di kalangan murid India dikemukakan, antaranya ,

6.1 Kesalahan sebutan dan ejaan

Kesalahan sebutan dan ejaan berlaku di kalangan murid India akibat daripada pengaruh

bahasa ibunda dengan cara penambahan, penghilangan dan penggantian fonem-fonem

pada perkataan-perkataan bahasa Melayu. Guru dapat mengatasi masalah tersebut dengan

menerangkan terlebih dahulu kepada murid-murid struktur bunyi dan struktur kata

sebenar bahasa Melayu sehingga murid-murid itu faham. Penerangan dapat dilakukan

dengan membandingkan struktur bunyi dan struktur kata bahasa Melayu dengan bahasa

Tamil. Guru juga boleh mengajar latihan menyebut perkataan-perkataan bahasa Melayu

dengan cara latih tubi. Apa yang jelas ialah mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa

kedua memerlukan guru bahasa yang mengetahui deskripsi bahasa Melayu juga deskripsi

bahasa ibunda murid-murid. Dengan pengetahuan tersebut guru lebih arif tentang

keperihalan keadaan dua bahasa itu.

6.2                 Mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu

Bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa ibunda

maka pembetulan kesilapan-kesilapan leksikal, morfologi, sintaksis dan semantik

hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dalam keadaan tersebut, teguran

spontan perlu diberi oleh guru sekiranya didapati murid menyimpang daripada fitur serta

rumus bahasa Melayu baku. Guru dapat memberi pengayaan bahasa kepada kumpulan

pandai dan kumpulan lembab diberi pengukuhan bahasa.

7.0 Kesimpulan

Page 8: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah disatukan dengan

penggunaan bahasa Melayu . Polarisasi kaum dapat dikawal dengan penyatuan bahasa

utama. Sesungguhnya gejala yang tidak sihat ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan

masa depan Negara. Bermula dengan pelajar sekolah, perlu digalakkan berinteraksi

dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan perlu

disemai di dalam jiwa pelajar semasa di bangku sekolah lagi supaya apabila mereka

bercampur dengan masyarakat, mereka dapat mengaplikasikan bahasa dengan sebaik-

baiknya.. Oleh itu dengan adanya bahasa sebagai alat komunikasi yang iktiraf sebagai

bahasa perpaduan, mereka dapat berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan

cara yang lebih sesuai mengikut kehendak masing-masing.

8.0 Peristiwa Bahasa.

8.1 Semantik.

Menurut Palmer (1992) , istilah semantik adalah merujuk kepada kajian makna. Dalam

bahasa Yunani adalah ’semantikos’ bermaksud penting atau bermakna. Kini istilah

semantik merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Menurut Ahmad

Mahmood Musanif (2009) Semantik merupakan kajian tentang makna. Sering kali wujud

kepelbagaian tanggapan kesan daripada penggunaan bahasa yang berbeza. Perbezaan

tafsiran ini menyebabkan wujudnya pelbagai reaksi sama ada bersifat positif mahupun

negatif.

Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian

juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan,

perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan

bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.Berasaskan pernyataan tersebut, kenal pasti

peristiwa bahasa yang mewujudkan salah tafsiran dalam pelbagai bentuk antaranya

intonasi, kata mahupun ayat. Berdasarkan peristiwa bahasa yang anda pilih, bincangkan

faktor yang mempengaruhi wujudnya salah tafsiran dalam sesuatu peristiwa bahasa.

Page 9: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

8.2 Perkataan dan Makna

Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang

mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical

Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang

mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata ‘dua’, ada

bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’.

Manakala, kata ‘beras’, misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah

dikupas kulit dan sedia untuk dimasak’.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang

banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna

bagi perkataan – perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang

berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap

berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua

perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian

juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana

memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata

dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada

beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan),

hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

8.3 Konteks dan Makna

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech,

Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung

akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual.

Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan,

walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita.

Misalnya, dalam laungan, Kamal! Ayam!, makna yang hendak disampaikan ialah ‘Kamal,

Page 10: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

tolong halau ayam itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat,

bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna.

Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu ujaran

atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna,

seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai

kata adjektif, konteks amat perlu.

Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk

membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana

tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin,

dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah

rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang

juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa

’makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam

konteks penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan

hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya’.

Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan

atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata ‘cantik’, amat kabur

maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu

orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk

memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol

dalam permainan bola sepak. Dalam kedua – dua situasi tadi, kata ‘cantik’ memang

tidaklah sama. Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan

makna yang berbeza – beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

Page 11: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

8.4 Perubahan Makna

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam

bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas

kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati

oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan

perubahan.

Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962),

misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa.

Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi,

pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis

perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan

diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi,

dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.

Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud,

makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan

hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan

untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak

menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat:

Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang

meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.

Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’, mengendalikan’, dalam

ayat seperti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini’. Ada kalanya makna

negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa.

Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. “Gejala penukaran kod amat

berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu.” Dalam contoh ini, kata gejala bukan

dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan –

Page 12: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab – sebab perubahan

dalam bahasa itu sendiri.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah

mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan

untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk

mencakup makna tambahan seperti ‘ kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan

‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu’. Demikian juga kata datuk, kini

bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai

gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa – jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata – kata

yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep – konsep saintifik merupakan

antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada

makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa juga berubah kerana sebab – sebab sosial. Peredaran masa menyebabkan

munculnya bidang – bidang baharu dalam satu – satu budaya masyarakat bahasa. Faktor

– factor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya,

ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar

menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan – perubahan

ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan

dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur

negatif.

Selain itu, unsur larangan juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak

sopan kalau dikatakan ‘saya hendak kencing’ di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang

air atau ‘ saya hendak ke tandas’. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak

begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang

sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan

untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini,

Page 13: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan

bahasa secara halus dan sopan.

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada ‘daging

lembu’ sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau

daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah ‘isi pada manusia atau binatang

antara kulit dan tulang’ (Kamus Dewan, 1994).

Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani,

taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang

dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep – konsep baharu yang timbul akibat

perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak

perkaaan diperlukan.

8.5 Kesalahan Semantik dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat

harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam

binaan atau ujaran ayat, maka ayat – ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat

yang taksa, atau tidak benar.

Justeru itu binaan atau ujaran ayat – ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh

pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat – ayat ini tidak betul dari segi semantik,

walaupun memenuhi aturan nahu. Perhatikan contoh – contoh yang berikut:

1) Mereka – mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.

2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.

3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik.

4) Pekerja – pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti.

5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.

6) Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor.

Page 14: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

7) Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat – ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang

terkandung dalam ayat – ayat tersebut. Umpamanya, mereka – mereka dalam ayat 1

adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlehihan, yang sebenarnya tidak

diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama

ada ibu kepada bapa Ali atau kedua – dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat,

6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7, perlu

diperbetul menjadi ‘Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya’ atau ‘Ayah

menghadiahi saya sebuah jam tangan’.

Kesimpulan.

Demikinalah suatu huraian peristiwa bahasa dalam semantik bahasa Melayu dari aspek

makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam

perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa

yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia

kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan

makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya. Sesungguhnya, semantik

merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik dan memberangsangkan jika

didekati dan dikaji.

Page 15: Semantik Peristiwa Bahasa Melayu

Bibliografi :

Abd. Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa

Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Yusuf. (2008). HBML 3403 Linguistik dan Sosiolinguistik. Open Universiti

Malaysia : Kuala Lumpur.