nota semantik bekki

22
SEMANTIK 1.0 PENGENALAN Bidang semantik merupakan bidang yang mengkaji makna perkataan. Oleh sebab itu timbul masalah makna perkataan yang tidak sama dengan makna yang tercatat dalam makna literal atau yang lazim disebut sebagai makna yang tersurat. Perkara sedemikian telah dilontarkan oleh ahli – ahli falsafah yang mengatakan perkataan – perkataan sendiri tidak mendukung sebarang makna, tetapi perkataan itu hanya akan membawa makna ketika digunakan dalam satu – satu situasi penggunaan. Oleh sebab itu dalam pengkajian makna atau Semantik ini akan menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan. Semua perkara ini akan dirungkaikan satu persatu seperti di bawah Menurut Nik Asri Dalam Tugasan Kerja Projek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan memetik kata-kata Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti sebab- sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu. Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa.Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan.Selain itu, ada metafora, metonimi, 1

Upload: joe-khc

Post on 28-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bahasa melayu guru

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Semantik Bekki

SEMANTIK

1.0 PENGENALAN

Bidang semantik merupakan bidang yang mengkaji makna perkataan. Oleh

sebab itu timbul masalah makna perkataan yang tidak sama dengan makna yang

tercatat dalam makna literal atau yang lazim disebut sebagai makna yang tersurat.

Perkara sedemikian telah dilontarkan oleh ahli – ahli falsafah yang mengatakan

perkataan – perkataan sendiri tidak mendukung sebarang makna, tetapi perkataan itu

hanya akan membawa makna ketika digunakan dalam satu – satu situasi penggunaan.

Oleh sebab itu dalam pengkajian makna atau Semantik ini akan menimbulkan pelbagai

isu dan permasalahan. Semua perkara ini akan dirungkaikan satu persatu seperti di

bawah

Menurut Nik Asri Dalam Tugasan Kerja Projek Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan memetik kata-kata Ullmann dalam bukunya

Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan

enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti

sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar,

keperluan untuk kata baharu. Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada

menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa.Menurutnya,

makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan.Selain itu, ada metafora, metonimi,

sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan

perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa,

kata dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan

keperibadian manusia.Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang

sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau

gagasan yang mampu diungkapkannya.

1

Page 2: Nota Semantik Bekki

2.0 TEORI MAKNA

Terdapat enam teori utama yang dikaitkan dengan makna iaitu,

2.1 Teori referensi

Teori referensi telah dikemukakan oleh Ogden dan Richard (1923). Teori ini

memperkatakan segi tiga semiotik seperti yang telah diterangkan dalam

bahagian definisi makna di atas. Hal ini menurut Darwis dalam bukunya Binaan Makna

memetik kata-kata Ogden dan Richards (1923) dalam buku yang bertajuk “The Meaning

of Meaning”

2.2 Teori behavioris

Menurut teori ini, makna perkataan atau ayat mesti dilihat berdasarkan rangsangan dan

gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran. Bloomfield mendefinisikan

makna sebagai lingkungan keadaan apabila seorang penutur membuat ujaran dan

tindakan balas yang ditimbulkan oleh si pendengar.

2.3 Teori imej makna

Teori ini menegaskan bahawa makna sesuatu perkataan adalah dari imej yang

terbayang dalam akal si penutur atau pendengar. Imej itu tidak boleh bersifat visual

kerana ia tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang

sedia wujud.

2

Page 3: Nota Semantik Bekki

3.1 KONSEP DAN MAKNA

Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga

komponen yang merangkum komponen-komponen kata (sama ada dalam bentuk bunyi

atau tulisan), konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran), dan

rujukan (benda konkrit yang dirujuk).

Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara kata

dengan benda yang dirujuk (rujukan), iaitu pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand

de Sausure dan pendapat Ogden dan Richards.

Menurut Nik Asri Dalam Tugasan Kerja Projek Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan memetik kata Ferdinand de Sassure iaitu, setiap

kata (tanda linguistik) mengandungi dua unsur, iaitu yang diertikan (signified) dan

yang mengertikan (signifier).

Yang diertikan bermaksud konsep atau makna yang didukung oleh kata

manakala yang mengertikan ialah kata yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa

yang berkenaan.

Ferdinard de Sassure juga berpendapat bahawa terdapat hubungan yang

wujud antara kata (dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Menurut

beliau, apabila seseorang itu menyebut sesuatu kata, secara psikologi dia akan

menggambarkan benda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Sebagai

contohnya, apabila seseorang menyebut kata kucing, maka secara automatik dalam

fikirannya akan terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu.

3

Page 4: Nota Semantik Bekki

Menurut Darwis dalam bukunya Binaan Makna memetik kata-kata Ogden dan

Richards (1923) dalam buku yang bertajuk “The Meaning of Meaning” pula merujuk

hubungan antara kata, konsep, dan benda yang dirujuk (rujukan) melalui segi tiga

semantik seperti yang berikut :

Rajah 1 Hubungan antara kata, konsep, dan benda yang dirujuk

Dalam Rajah 1, kata atau leksem kucing melambangkan konsep atau makna

“sejenis haiwan yang dapat menangkap tikus”. Konsep atau makna kucing yang bersifat

umumini mempunyai rujukan haiwan kucing yang sebenarnya secara khusus di dunia

yang nyata.

Hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung. Begitu juga

hubungan antara konsep dengan benda yang dirujuk. Sebaliknya,hubungan antara

kata dengan benda yang dirujuk bersifat tidak langsung.

Selain itu, hubungan antara kata dengan maknanya serta benda yang dirujuk

bersifat arbitrari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta

benda yang menjadi rujukan. Sebagai contohnya, kata yang dilambangkan oleh bunyi

[haus] membawa makna berbeza bagi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa

Inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata [haus] bermakna “dahaga” atau “kurang

tebalnya” sedangkan [haus] bagi penutur bahasa Inggeris bermaksud “rumah”.

4

Page 5: Nota Semantik Bekki

3.4 MAKNA DALAM KONTEKS

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting. Ini

menurut Ruminah Sabran dan Rahim Syam (1984) dalam Kajian Bahasa, memetik kata

(Leech, Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa

bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat

kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai

dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau

tulisan kita. Misalnya, dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak

disampaikan ialah ‘Kamal, tolong halau kambing – kambing itu’ yang mungkin mahu

masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran tu

dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan

ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi

perkataan dalam satu – satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan

golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’

sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata adjektif, konteks amat perlu.

Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk

membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana

tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin,

dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah

rasa dahaga.

Dalam hal ini, Ruminah Hj. Sabran (1991) berkata dalam bukunya iaitu

Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Untuk Pelatih Maktab Perguruan, dari

Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang juga seorang ahli

falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak

dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks

5

Page 6: Nota Semantik Bekki

penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya

dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

3.6 PERUBAHAN MAKNA

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan

makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang

menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak

dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor

yang merangsangkan perubahan.

Menurut Nik Asri Dalam Tugasan Kerja Projek Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan memetik kata-kata Ullmann dalam bukunya

Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan

enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti

sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar,

keperluan untuk kata baharu.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) dalam bukunya Bahasa Melayu I (Siri pendidikan

guru) memetik kata Bloomfield dalam buku Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan

sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh

disempitkan dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi,

hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-

perubahan dalam sesuatu bahasa.

6

Page 7: Nota Semantik Bekki

Hiponim pula adalah perkataan-perkataan yang mempunyai hubungan inklusif

atau pengelompokan di dalam satu jenis atau himpunan golongan perkataan. Dalam

hiponim ini, salah satu dari pasangan kata itu tidaklah bertentangan atau berlawanan

sepenuhnya, tetapi yang satu meliputi yang lain.

Contohnya : Kenderaan (penggolong)

1. Kereta

2. Lori

3. Bas Anggotanya

4. Basikal

5. Kapal terbang

6. Kereta api

Manakala, Polisem adalah satu kata atau frasa yang mempunyai dua atau lebih

makna yang berbeza-beza menurut Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz

(1997) dalam buku Pengajian Melayu 2, Ketrampilan Bahasa yang memetik kata

(Hartman & Stork, 1973:179). Dari segi bunyi dan bentuk ejaannya sama tetapi berbeza

maknanya di dalam konteks yang berlainan. Dalam Bahasa Melayu terdapat banyak

perkataan yang mempunyai pelbagai makna ini:

Contohnya :

(a) Badan : bererti tubuh

Lembaga/yayasan

(b) Pasang : Penjodoh bilangan (Raminah, 1985:284)

Naik (sungai)

(c) Luka : cedera

tersinggung

7

Page 8: Nota Semantik Bekki

Denotasi ialah makna umum, makna kamus atau makna leksikal. Makna umum

ini mudah dikenal pasti kerana ia bersifat umum dan objektif dan jika terdapat

kesukaran maknanya dapat dilihat dalam kamus umum. Denotasi biasanya digunakan

untuk karya ilmiah kerana pembaca mudah memahami maksudnya agar ilmu yang

disampaikan menjadi pengetahuan bagi pembacanya. (Darwis Harahap, Binaan Makna

1994:37)

6.2 KEKABURAN DAN KETAKSAAN MAKNA

Kekaburan makna bermaksud sesuatu perkataan yang melahirkan makna tidak

jelas. Perkara sedemikian memberikan masalah dalam pengkajian makna atau bidang

Semantik.

Isu yang pernah timbul mengenai permasalahan makna ialah kekaburan makna

perkataan wanita dan perempuan. Isu yang hangat ini telah mendatangkan masalah

kepada pihak penganjur Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 24-26 Mac

1995 kerana terpaksa memilih kata perempuan atau wanita. Akhirnya pihak penganjur

sebulat suara memutuskan penggunaan kata perempuan dan bukannya wanita dalam

persidangan itu.

Setelah ditelaah makna wanita dan perempuan yang menimbulkan kekaburan

makna ini  maka timbullah hujah daripada Nik Safiah Karim,1995 yang mengatakan

perkataan wanita timbul dalam bahasa Melayu kerana perkataan perempuan yang

suatu ketika dahulu mendukung makna halus berubah untuk mendukung makna yang

negatif. Oleh yang demikian wujudlah perkataan wanita yang membawa makna halus.

Petikan ini dirujuk dari Nik Asri (2011) dalam Tugasan Kerja Projek Sejarah

Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan.

8

Page 9: Nota Semantik Bekki

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis).

Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan , (2007) . Linguistik Am. PTS Professional : Selangor Darul Ehsan Ali

Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri

Bahari. (2008). HBML2103 Pembelajaran Morfologi dan Sintaksis Bahasa

Melayu. Selangor : Open University Malaysia.

Asmah Haji Omar (1986). Nahu Melayu Mutakhir Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka

Nik Asri (2011). Tugasan Kerja Projek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan.

Darwis Harahap (1994), Binaan Makna Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee, & Zainuddin Ahmad (2006). Teks Pra U STPM : Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2,

Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus

Dewan, edisi keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood (2008).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Za’ba (1962) dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Petaling. Jaya:

Perkhidmatan Buku Antarabangsa - International Book Service.

Palmer, F.R (1989). Semantik Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(Terjemahan Abdullah Hassan)

Ruminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1984). Kajian Bahasa Petaling Jaya

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

9

Page 10: Nota Semantik Bekki

Ruminah Hj. Sabran (1991). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Untuk

Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Bahasa Melayu I (Siri pendidikan guru). Selangor Darul

Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Taringan, Henry G. (1985). Pengajaran Semantik Bandung, Indonesia:

Penerbit Angkasa. Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka

SUMBER INTERNET

Semantik wikipedia, di akses pada 15 Ogos 2013 di

http://de.wikipedia.org/wiki/Semantik

Harun, Semantik dan peristilahan dalam Bahasa Melayu, di akses pada 17 Ogos 2013

http://pismpbm.blogspot.com/2009/11/nota-semantik-dan-peristilahan-

bahasa.html

Pusat panduan semantik dan peristilahan, diakses pada 18 Ogos 2013

http://pusatpanduan.com/pdf/semantik-dan-peristilahan-bahasa-

melayu.html

10

Page 11: Nota Semantik Bekki

SOALAN KUIZ EDMODO

Oleh : Muhammad Zakwan Bin Mat Zaki

" Dalam komunikasi sosial masyarakat, aspek semantik tidak

dapat dipisahkan dengan unsur pragmatik.

Berdasarkan kedua-dua aspek tersebut, jelaskan bagaimanakah

anda sebagai seorang guru boleh menerapkannya kepada murid

di sekolah dan mengaitkannya dengan kepentingan aspek

tersebut dalam komunikasi masyarakat pengguna bahasa

Melayu" ?

11

Page 12: Nota Semantik Bekki

Aspek semantik berkait rapat dengan unsur pragmatik dan perkara ini boleh

diterapkan di bilik darjah ketika menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

Komunikasi diantara masyarakat pengguna bahasa melayu ini akan menjadi lebih

efektif jika memahami peraturan aspek semantik dan pragmatik ini iaitu dengan

meningkatkan kosa kata dalam diri penutur. Saya sebagai seorang guru berfikir bahawa

kedua-dua perkara ini penting untuk menjadikan kefahaman murid dalam kosa kata

yang mereka pelajari meningkat lebih tinggi. Berlainan dengan murid yang kurang mahir

dalam penggunaan kosa kata, mereka sedikit sebanyak akan tertinggal jika

berkomunikasi dengan guru dan mereka juga berasa malu untuk berkomunikasi. Demi

mengatasi masalah ini, mereka ini perlu diberi lebih perhatian daripada guru untuk

meningkatkan kosa kata dan sekaligus memantapkan komunikasi mereka semasa

berinteraksi dengan guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Mulanya, saya sebagai seorang bakal guru akan cuba mencari jalan untuk

menjadikan budaya membaca sebagai hobi di kalangan murid murid. perkara sebegini

bertujuan untuk menjadikan murid supaya dapat berkomunikasi dengan menggunakan

bahasa baku dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai seorang guru, ia amatlah

sesuai jika saya dapat merancang aktiviti membaca semasa mengajar dan

membimbing murid dengan bacaan dengan menggunakan sebutan, nada, dan intonasi

yang baik. Saya juga akan cuba mencari perkataan yang baru dan menerangkan

maksudnya kepada murid supaya pembendaharaan kata mereka menjadi lebih banyak

dan sekaligus dapat meningkatkan komunikasi yang lebih baik.

Selanjutnya, usaha usaha yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan kosa

kata mereka,keduanya saya perlu lebih kerap melakukan komunikasi dua hala antara

murid dengan guru. Dengan cara ini, ia bertindak sebagai penilaian kepada saya untuk

mengesan murid yang lemah penggunaan kosa katanya dan murid yang mahir

menggunakan kosa katanya.

12

Page 13: Nota Semantik Bekki

Di samping itu, saya juga boleh mengaplikasikan ilmu saya sebagai penutur

bahasa melayu baku dengan mengajar mereka melalui penggunaan bahasa baku

supaya mereka terbiasa dan terikut ikut dengan sebutan yang saya gunakan. Nilai-nilai

yang baik perlu dicurahkan seperti sentiasa melayan perbualan dan memuji perbuala

mereka supaya mereka lebih bersemangat untuk terus berdialog menggunakan bahasa

baku apabila berada di sekolah. pada hemat saya, jika diberi hadiah kepada mereka

yang dapat menjawab soalan yang saya utarakan dalam bahasa baku adalah tidak

keterlaluan.

Pada penutupannya, saya sebagai guru akan berusaha dan cuba mendapatkan

bantuan daripada pihak pentadbiran sekolah supaya dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti

yang dapat menarik minat pelajar dalam meningkatkan pembendaharaan dan kosa kata

mereka. Antara aktivit yang boleh saya fikirkan setakat ini ialah dengan mengadakan

pertandingan mengarang cerpen dan karangan. Semua hasil yang terbaik ditulis oleh

mereka akan dipilih dan dijilidkan atau digabungkan menjadi satu jilid atau buku skrap.

Hal seperti ini dapat saya rasakan dapat merangsang murid untuk berfikir lebih baik dan

meyusun perkataan yang lebih baik sebelum dikeluarkan daripada mulut untuk

berkomunikasi dengan menggunakan bahasa baku yang betul. 

Berbalik kepada kepentingan yang saya ceritakan, saya ingin menambah

bahawa penutur yang menggunakan kosa kata yang baik akan lebih diterima oleh

masyarakat negara ini. perkataan perkataan yang keluar dari bibir seseorang penutur

ini akan mendapat respons yang lebih positif daripada pendengar berbanding penutur

yang mengetepikan unsur semantik dan pragmatik dalam komunikasi harian mereka.

Jika mereka seorang guru, mereka yang mementingkan kedua dua unsur ini

akan lebih mudah menyesuaikan diri mereka dengan murid murid. Mereka akan lebih

mudah untuk merangka pengajaran harian mereka dan mengajar murid tanpa ada

masalah komunikasi antara mereka.

13

Page 14: Nota Semantik Bekki

SOALAN KUIZ EDMODO

Oleh : Mohammad Zakie Bin Awang Senik

Salam sejahtera. Izinkan saya membincangkan bidang semantik dan pragmatik dalam

menghuraikan makna serta mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Terlebih dahulu, saya akan fokuskan kupasan catatan saya

dengan memberikan beberapa pandangan tokoh. Menurut Ellis ( 196:93), beliau telah

mentakrifkan pragmatik sebagai penggunaan bahasa semasa membuat sesuatu.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1054) pula mendefinisikan pragmatik sebagai

mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan atau mengutamakan kesan-

kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan sebagainya. Ciri-ciri pragmatik ini

adalah bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang

sebenarnya terdapat atau timbul. Dr Mansoer Pateda (1995: 128) pula ada menyatakan

bahawa pragmatik adalah cara penggunaan bahasa yang disesuaikan dengan faktor-

faktor penentu. Secara peribadi saya mendapati bahawa semantik ialah suatu

sumbangan yang menyempurnakan antara bidang linguistik yang mengkaji bidang

makna dalam bahasa.Jadi, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia perlu

mempunyai perkaitan antara simantik dan pragmatik bagi menjayakan proses PdP

guru. Hal ini jelas kerana berperanan sebagai elemen yang menjelaskan dalam

memperkatakan makna atau erti kata secara sebenarnya. Dalampengajaran Bahasa

Melayu ia merupakan suatu kajian yang menjuruskan kepada makna sesuatu kata

secara sinonim, hubungan dalam penggunaan dalam ayat, kesesuaian perkataan

dalam makna sebutan, bacaan dan tulisan dalam pertuturan suatu komuniti penduduk.

Justeru,untuk meningkatkan kosa kata murid,seorang guru perlu melakukan komunikasi

dua hala antara murid.Dengan adanya komunikasi dua hala ini,saya akan dapat

mengesan murid yang lemah penggunaan kosa katanya dan murid yang baik

penggunaan kosa katanya.Di samping itu, penguasaan dalam semantic dan pragmatik

dapat diaplikasi di sekolah terutama bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat

dalam bahasa manusia. Penyataan ini telah dijelaskan oleh Lyons, 1977: 137. 14

Page 15: Nota Semantik Bekki

Sementara Leech (1993: 9) pula menjelaskan bahawa semantik dan pragmatik berbeza

tetapi saling melengkapi dan saling berkait. Bagi pihak murid pula, saya perlu

menerapkan minat membaca dalam kalangan murid untuk mengasah minat mereka

supaya dapat berkomunikasi menggunakan bahasa baku di dalam kelas.

Saya perlu merancang aktiviti membaca semasa mengajar dan membimbing

murid dengan bacaan yang baik. Selain itu,saya akan menerangkan maksud

perbendaharaan kata yang baru supaya murid faham akan maksudnya dan dapat

meningkatkan kosa kata dengan baik. Penggabungjalinan yang merapkan semua

unsure kemahiran membaca, ,bertutur dan menulis perlu dilaksanakan dengan

berkesan.

Saya berpendapat bahawa dalam komunikasi dan pengajaran seharian,

pengertian makna secara semantik belum cukup untuk memahami maksud penutur

yang sebenarnya. Apatah lagi dalam menjayakan Proses PdP. Maka diperlukan

pengertian lebih lanjut mengenai makna secara pragmatik. Semantik secara jelasnya

merupakan suatu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji makna lingual, baik makna

leksikal ataupun makna gramatikal.Pragmatik pula merupakan cabang ilmu bahasa

yang mempelajari struktur bahasa secara eksternal, yakni bagaimana penggunaan

bahasa digunakan dalam komunikasi. Apabila dua perkara ini digabung dan diolah

bersama oleh guru, kejayaan di sekolah dapat dicapai oleh guru.

Kesimpulannya, saya perlu aktiviti-aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat

murid untuk meningkatkan perbendaharaan dan kosa kata serta penguasaan

komunikasi yang terbaik.Contohnya,saya mengadakan permainan bahasa yang baik

dan pelbagai setiap PdP seperti teka silang kata dan kuiz .Kedua-dua pertandingan ini

akan dapat merangsang murid untuk berkomunikasi dengan lebih baik menggunakan

bahasa baku yang betul. Projek berkaitan juga amat sesuai sepeti membuat buku skrap

dan pertandingan penulisan karangan. Hal ini kerana, apabila murid menulis sesuatu

karangan,secara tidak langsung murid akan membaca tentang apa yang mereka tulis.

Sekian.

15