kepelbagaian budaya 1
DESCRIPTION
eduTRANSCRIPT
Kepelbagaian Budaya
KEPELBAGAIAN BUDAYA
PENGENALAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan . Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).
Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan
positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah budaya.
Nak tau lebih lanjut tentang budaya....jgn segan2... mai la klik sini
DEFINISI KEPELBAGAIAN BUDAYA
Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budayapula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi danmenyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan“daya”
Perkataan “budhi” yang dipinjamdaripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.
Perkataan “daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Shamsul Amri baharuddin,2007:13).
Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan
budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta ini adalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.
Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling
Budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan (E.B. Taylor)
L.A. White memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol.
(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5) pula menyatakan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial.
CIRI-CIRI BUDAYA
1) Boleh dipelajari
2)Boleh dikongsi
3) Bersifat sejagat
4) Boleh diwarisi
5) Sentiasa berubah
6) Simbolik
7) Pandangan semesta
Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapa negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negara di mata dunia.
Masih tak faham....cuba baca lagi kat sini
ASPEK PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
1) Kepercayaan
v Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.
v Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).
v Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.
2) Agama
v Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
v Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.
v Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu.
v Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
1. Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
2. Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan
anggapan suci dan bersih terhadap agama.
3. Pernyataan seperti jampi, mantera dan kalimat suci.
4. Benda-benda material yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja,
azimat dan tangkal
3) Animisme
v Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai
merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia
primitif purba kala.
v Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan
tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar
semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat
dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali
dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.
4) Semangat Padi
v Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari
zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang
mengawalnya.
v Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi
secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
v Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga
perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin
pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.
5) Mantera
v Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-
kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
v Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru
merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan
bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan
penuturnya.
v Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan
pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.
6) Bahasa
v Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama
dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole
1998).
v Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.
v Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa
7) Adat Resam
v Andersen and Taylor 2004;
“Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.”
v Marsh and Keating 1996;
“Norms are the unwritten rules that influence people’s behaviour.”
v Resam membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.
8) Nilai / Kepercayaan
v Nilai dan kepercayaan saling berkaitan
v Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.
v Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam
sesebuah masyarakat. (tanggapan) seperti betul atau salah, cantik atau hodoh, baik atau
buruk
v Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.
Ø Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
Ø Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
Ø Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.
9) Jantina
v The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior
that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).
v Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana
guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian
dengan jantina.
v Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan
perempuan yang begitu stereotaip.
ASPEK KEBUDAYAAN DALAM MATA PELAJARAN DI SEKOLAH
Tak berapa nampak i-think ni.....dekat sini ada dijelaskan dlm bentuk jadual...m/s 6 tau.. jom la tengok kat sini ...
EMPAT PERANAN GURU YANG UTAMA
PERANAN GURU DALAM KELAS KEPELBAGAIAN BUDAYA
LANGKAH-LANGKAH MENYATUPADUKAN RAKYAT MELALUI MATA PELAJARAN
IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIAL BUDAYA
Implikasi berlaku dari segi;
· Guru
· Murid
· Sekolah
· Kurikulum Tersembunyi
1) Guru
Ø Pengajaran
Ø Pembimbingan murid bermasalah
Ø Pentadbiran/pengurusan
Ø Fasilitator Perancangan
Ø Pengelolaan
Ø Inavator
Ø Penilaian
Ø Pembentuk nilai
Ø Model
Ø Duta
Implikasinya:
· Bangsa - mengajar tidak membezakan bangsa.
· Kelas sosial - tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial.
· Nilai - membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik.
· Kepercayaan - tidak menyentuh sensitif agama.
· Bahasa - jurang bahasa dialek
· Jantina - layanan berbeza & peka kepada keperluan gender.
· Ketepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid.
· Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.
· Bertindak profesional dalam kerjaya.
· Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan.
· Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.
2) Murid
Ø Menghormati dan taat pada guru.
Ø Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah.
Ø Berdisiplin, bermoral & beragama.
Ø Menyokong cita-cita sekolah.
Ø Rajin & berusaha dalam kelas.
Ø Berpakaian kemas & bersih.
Ø Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak.
Ø Perantaraan agen sosial sekolah.
Ø Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.
Implikasinya:
· Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain
· Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan.
· Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.
· Bahasa- bahasa standard/dialek.
· Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina.
· Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman).
· Sikap/tingkah laku murid.
· Nilai yang dipegang/diamalkan.
· Latar belakang keluarga/SES
3) Sekolah
· Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah
laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.
Budaya Formal Sekolah
· Aspek ilmu
· Aspek fizikal
· Aspek sosial
· Aspek pentadbiran
Implikasinya;
· Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India.
· Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar.
· Kepercayaaan- sekolah agama.
· Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.
· Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan
· Sekolah agen perubahan.
· Sekolah tempat penyuburan budaya.
· Perpaduan
· Dasar-dasar kerajaan.
· Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.
4) Kurikulum Tersirat
Ø James (1986) – apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum nyata.
Ø Chafel (1997) – norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung.
Ciri-ciri Kurikulum Tersirat
· Merangkumi pengalaman belajar.
· Bersifat relatif & sukar diukur.
· Merangkumi nilai.
· Kewujudannya berbeza-beza.
· Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian,
· Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat.
Implikasinya;
· Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat.
· Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.
· Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan.
· Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.