kemahiran menulis

Upload: ainyenryzam

Post on 06-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

  • PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MENANGANI PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU

  • Definisi menulisMenulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan grafikKemahiran menulis merupakan kemahiran sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran (Raminah Hj. Sabran 1994)

  • Peringkat Kemahiran Menulis

    Pratulisan MekanisMentalis

  • Peringkat Kemahiran Menulis

    KEMAHIRAN PRATULISKemahiran yang paling asas untuk kemahiran mekanis.Murid-murid dilatih menggunakan dan mengawal otot-otot jari dan tangan bagi memudahkan mereka memegang alat tulis dan membentuk huruf

  • Aktiviti Kemahiran PratulisLatihan menggerakkan jari murid-murid supaya mereka bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensillatihan memegang pensil atau alat tulis yang lain dengan betullatihan penggunaan otot tapak tangan contohnya membuat bentuk dari plastisin, tanah liat atau tepung gandum yang telah di bancuh dengan air.latihan pergerakan mata kiri ke kanan serta mengkordinasi pergerakan mata dengan pergerakan tangan. Contoh latihan: membentuk garisan-garisan menyambung titik dan mencari arah.

  • Aktiviti Kemahiran PratulisLatihan membuat dan membuat garisan melintang dan menegaklatihan menampal gambarlatihan membuat rajah, garisan dan gambar di atas pasir atau di atas kertaslatihan penggunaan alat menulis dan mata serta mertalatihan melukis dan mewarna rupa alam (gunung, sungai)latihan melakar bentuk rupa manusia atau binatang dan mewarnakan bentuk yang dilakarkan itu

  • Kemahiran Tulisan MekanisBertujuan untuk murid menguasai:

    Kemahiran membentuk huruf kecil dan huruf besarkemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

  • Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan-latihan/aktiviti:Membuat corak/menulis bentuk yang mirip kepada hurufMenulis huruf daripada gambar yang mirip huruf (r-sabit o-bola c- bulan)MenekapMembentuk huruf dalam bentuk garis putus-putusMenyalin huruf

  • Peringkat Kemahiran Menulis MekanisGuru mengajar murid cara kedudukan badan, kertas dan pensil dengan cara yang betul supaya murid-murid selesa

    Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menuis:1. Memperkenalkan lambang-lambang huruf dan membentuk huruf2. Melatih menulis nama sendiri berdasarkan contoh3. Menulis nama sendiri tanpa merujuk kepada contoh

  • Peringkat Kemahiran Menulis MekanisGuru mengajar teknik dan prinsip dan asas menulis huruf1. Menyalin model hurufAaBbCcDdEe

    2. Membina kembali huruf di atas satu garis sama ada garisan lurus atau bulat.Contoh:b a j u

  • Peringkat Kemahiran Menulis Mekanis3. Semua huruf yang berbentuk lurus bermula dari atas

    4. Semua huruf yang berbentuk bulat ditulis mengikut pusingan lawan jam

    5. Semasa menulis mulakan dari kiri ke kanan

    6. Menulis atas garisan

  • Peringkat Mentalis1. Menyalin dan meniru2. Menghasilkan semula3. Menggabung4. Penulisan berpandu5. Penulisan bebas

  • Aktiviti peringkat mentalis1. Menyalin dan meniru

    Bahan yang disalin haruslah telah dibincangkan terlebih dahulu. Bahan juga harus menarik seperti seni kata lagu, resepi makanan, sajak atau kata pepatah. Semasa meniru murid-murid dapat melihat gaya bahasa dan perkataan-perkataan baru.

  • Aktiviti peringkat mentalis2. Menghasilkan semulaMurid-murid menghasilkan semula tulisan tanpa contoh. Guru boleh memperdengrkan bahan mudah untuk ditulis oleh murid.

    3. MenggabungLatihan mestilah daripada bahan yang telah dipelajari. Murid-murid membuat sedikit ubah suai seperti menggantikan perkataan, menggabungkan ayat dan latihan tranformasi ayat atau menulis semula cerita yang telah diperdengarkan dengan ayat sendiri.

  • Aktiviti peringkat mentalis4. Penulisan berpanduMurid-murid diberi latihan memilih perkataan/leksikel dan bentuk ayat dengan bahan dan isi yang dikawal. Contohnya menyudahkan cerita, menyusun perenggan menulis ayat-ayat mudah atau memperluas ayat.

    5. Penulisan bebasMurid-murid mencipta ayat-ayat sendiri bagi melahirkan pendapat. Pada masa ini hasil kerja murid-murid lebih panjang dan lebih kompleks seperti mempunyai kemahiran contohnya susunan mengikut kronologi, mengikut fakta dan sebab dan akibat.