kemahiran menulis

228
KEMAHIRAN MENULIS 7.1 Peringkat Perkembangan Menulis Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat. 7.1.1 Jenis Kemahiran Menulis Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis. Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf yang salah. Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya

Upload: claire-syaria

Post on 01-Jan-2016

1.153 views

Category:

Documents

13 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN MENULIS

KEMAHIRAN MENULIS

7.1   Peringkat Perkembangan Menulis

Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.  Seseorang akan

membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang

lain.  Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang

ditulisnya. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang

ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah

wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan

juga kemahuan mereka.  Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa

melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.

7.1.1   Jenis Kemahiran Menulis

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.  Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan

keduanya kemahiran menulis mentalis.

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik,

dan mudah dibaca.   Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek

visual dalam  menulis perkataan-perkataan.  Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan

pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu

sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3).  Kanak-kanak berkeperluan khas  bermasalah

pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat

lemah.  Mereka didapati sukar menulis  huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis

huruf yang salah. 

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan,

memberi maklumat, bercerita,  dan sebagainya.  Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan

perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai

dengan mantap.  Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan  oleh guru kepada

murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.  Dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Page 2: KEMAHIRAN MENULIS

Bahasa Inggeris,  penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan

sesuatu aspek seperti  menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat,

bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

7.1.2   Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh  kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut

kesediaan  dan keupayaan mereka.  Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru

perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis.  Kanak-kanak perlu

bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga

pergerakan jari.  Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman

menggunakan  jari seperti  menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel,

memegang, dan sebagainya.  Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan

berbagai alat dan permainan.   Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan

visual melalui latihan

 dan permainan tertentu.  Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas

seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.

Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat

(Kamarudin Hj. Husin, 1988):

i.              peringkat pra menulis

ii.            peringkat mendirikan  asas (peringkat mekanis)

iii.           peringkat untuk pelahiran (mentalis)

Page 3: KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai

kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat

pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.  Pada peringkat

ini  otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat

memegang pensel dengan betul dan kemas.  Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan

dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk  yang dilihat.

Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan

tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran

terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.  Menurut Hughes, Mercer, Lenz,

dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut

sebelum mereka diajar menulis.

i.              Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

ii.            Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii.           Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv.           Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan

bawah ke atas.

v.            Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

Page 4: KEMAHIRAN MENULIS

vi.           Melukis garis condong.

vii.          Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

viii.        Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan  bentuk huruf-

huruf tersebut.

KEMAHIRAN BERBAHASA - KEMAHIRAN MENULIS.

Definisi Menulis

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat

tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini

begitu umum dan bersifat mekanikal.

Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-

kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu,

menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang

memakai huruf, membuat surat atau mengarang.

Page 5: KEMAHIRAN MENULIS

Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan peribadi bukan

kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari.

Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”

Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan

pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula

merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk

melahirkan fikiran dan perasaan.

Konsep Menulis.

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat

secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan

gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih

menyeluruh.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu

membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis

perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan

bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran

seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan

teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya

malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya

membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis

ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga

membaca.

Fungsi-fungsi Kemahiran Menulis.

Page 6: KEMAHIRAN MENULIS

Ann Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya

Techniques In Teaching Writing, iaitu :

1. Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.

2. Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa.

3. Memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh anggota mekanis

(mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Tujuan Menulis.

Walau bagaimanapun, fungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya, apabila fungsi itu

dilihat melalui tujuan yang berikut :

1.    Tujuan Serta-merta

a) Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik,

cekap dan pantas.

b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-

ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

c) Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan

yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya.

d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk

tulisan.

e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalam kalangan kanak-kanak.

f) Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata,

perkembangan bahasa dan tulisan.

g) Menyediakan kanak-kanak unuk menghadapi peperiksaan.

2.    Tujuan Lanjut

h) Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan.

Page 7: KEMAHIRAN MENULIS

i) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman, dan perasaan.

j) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat

masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan sendiri dan orang ramai umumnya.

Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari kerana

beberapa tujuan iaitu :

i. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar.

ii. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar.

iii. Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa jemu

dan bosan pelajar.

iv. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah.

Namun, terdapat beberapa tujuan menulis secara yang diterangkan secara umum iaitu :

a.    Memberi Respons.

Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa

sebagai perantara. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing

seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan

tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons

kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya.

Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam situasi dan konteks yang

spesifik contohnya penulis menggambarkan keindahan alam atau perwatakan manusia.

Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan

tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentu grafik. Bentuk

grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami

maksudnya .

b.    Komunikasi.

Page 8: KEMAHIRAN MENULIS

Proses komunikasi sememangnya memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan

pembaca. Dalam hal ini, penulis akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk

dikongsikan bersama pembaca dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang

disampaikan. Mesej tersebut dapat menimbulkan pelbagai reaksi.

Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea konstruktif dalam kalangan

penulis. Keadaan ini akan menimbulkan suasana perlunya saling memahami antara kedua belah

pihak iaitu penulis dan pembaca, selepas masing-masing mentafsirkan tulisan yang ditulis dan

dibaca dengan rasional.

c.    Ekspresi Kendiri.

Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis

menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat

memberikannya kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca.

Dari segi pernyataan personaliti, penulisan yang dihasilkan oleh pelajar sering dapat ditafsirkan

oleh guru bagi menggambarkan personalti pelajarnya.

d.    Sifat Sejagat.

Dalam penulisan, sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan tersebut manakala

kesejagatan pula daripada segi bahan yang ditulis. Sifat umum dalam penulisan juga

digambarkan dari segi kepentingan menggunakan bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca

memahami mesej yang disampaikan.

Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang dapat ditulis dalam gaya

yang berlainan. Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita biasanya mempunyai

sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak mahupun peleraian konflik.

e.    Mengikut Peraturan.

Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk mengawal penulis

supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi makna kepada pembaca.

Page 9: KEMAHIRAN MENULIS

Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh

mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan. Keberkesanan

peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan kreatif. Peraturan dan

prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggungjawabkan.

f.     Proses Pembelajaran.

Dalam konteks pendidikan, kemahiran menulis juga amat penting bagi pelajar untuk dikuasai

menerusi pembelajaran secara formal. Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai

kaedah yang begitu berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan tanpa sebarang

halangan komunikasi.

Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila

penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih

sistematik.

Jenis-jenis Kemahiran Menulis.

Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran

menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran

(mental).

Kemahiran Menulis Secara Mekanis

Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang

perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting

untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran

selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.

Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk

menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian

dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu

dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar

menulis.

Page 10: KEMAHIRAN MENULIS

Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan,

seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan. Contengan

merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak mempelajari fungsi

lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan

bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian, daripada latihan contengan

tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka.

Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis

adalah seperti :

a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan

sebagainya.

b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.

c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis

unsur-unsur huruf dan perkataan.

d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.

e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.

f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.

g) Melatih menulis cantik dan kemas.

Kemahiran Menulis Secara Mentalis (Pelahiran).

Kemahiran menulis untuk pelahiran selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka

mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti-aktiviti yang

patut dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran adalah seperti berikut :

a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.

b) Latihan pernyataan perasaan.

c) Latihan pernyataan kehendak.

Page 11: KEMAHIRAN MENULIS

d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli lahir dari pemikiran sendiri.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis.

Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-

peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu :

1.    Peringkat Pramenulis (Persediaan)

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis

sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh ini, latihan

otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diber pendedahan kepada murid-

murid sejak dari awal lagi.

Berdasarkan kajian Wilma dan Davidebbitt (1978), konsep peringkat pramenulis adalah

berdasarkan aspek berikut :

i. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk.

ii. Perbincangan.

iii. Membuat pembacaan dan rujukan.

iv. Membuat rangka dasar.

v. Mencari pendekatan yang sesuai.

Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang

kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik, bertitik-tolak daripada

aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :

a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.

b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.

c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.

Page 12: KEMAHIRAN MENULIS

d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.

Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis :

a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan

menulis dari kiri ke kanan.

---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ----------

b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

c.Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas pasir dan rumput tanpa menggunakan

alat tulis. (bulatan besar – bulatan kecil).

d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari,

menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.

e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.

f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas

g. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

2.    Peringkat Asas Menulis (Mekanis).

Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta

boleh duduk dengan cara yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk lambang-

lambang tulisan.

Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid. Mereka

diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya

menulis ayat pendek. Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca

perkataan tersebut.

Page 13: KEMAHIRAN MENULIS

Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas kosong

yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah mereka dilatih

membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf

pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus bermula daripada garisan yang

lebar hingga kepada lembaran satu garis.

Berikut adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu :

i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

___________________________________________

___________________________________________

___________________________________________

___________________________________________

iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

___________________________________________

___________________________________________

iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan keseragaman

cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.

___________________________________________

___________________________________________

___________________________________________

Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan di atas, guru haruslah

memberi perhatian terhadap beberapa perkara iaitu :

Page 14: KEMAHIRAN MENULIS

i. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf dengan menggunakan

gambar.

ii. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging

kanak-kanak.

iii. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.

iv. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian barulah menggunakan buku yang

bergaris.

v. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, seterusnya mereka boleh

dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas

menulis adalah seperti :

a. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.

b. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.

c. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.

d. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

e. Menyalin ayat-ayat mudah dan sebagainya.

3.    Peringkat Menulis untuk Pelahiran.

Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-murid, mereka seharusnya digalakkan

melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah bermula

daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, megisi tempat kosong,

melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan

tanpa panduan.

Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti berikut :

i. Mengisi silang kata.

Page 15: KEMAHIRAN MENULIS

ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.

iii. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.

iv. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.

v. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.

vi. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.

vii. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.

viii. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.

ix. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.

x. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya. (rujuk sukatan pelajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah di bahagian lampiran).

Kesalahan Biasa Dalam Penulisan.

Pada peringkat awal murid-murid mempelajari kemahiran menulis, biasanya tidak sempurna dan

sering berlaku kesilapan. Namun begitu, kesilapan-kesilapan tersebut boleh diperbaiki dari

semasa ke semasa dengan memperbanyakkan latihan menulis serta memberi galakan.

Kesalahan-kesalahan biasa dalam penulisan yang sering kali terjadi adalah dari segi bentuk huruf

yang buruk, tidak sama besar atau kecil. Selain itu, jarak huruf atau perkataan yang tidak

seimbang, begitu juga dengan kedudukan yang tegak dan condong. Di samping itu, rupa tulisan

juga kadang kala kotor disebabkan oleh kerap membetulkan kesilapan menggunakan getah

pemadam.

Namun begitu, seperti yang telah dinyatakan di atas, masalah ini mampu diatasi dengan beberapa

cara yang memerlukan bimbingan daripada guru iaitu :

i. Beri latihan secukupnya pada peringkat permulaan dan peringkat mendirikan asas.

ii. Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh kanak-

kanak dengan mudah.

Page 16: KEMAHIRAN MENULIS

iii. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya

hendaklah dibuat dengan baik dan betul.

iv. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna.

v. Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh

mengotorkan tulisan.

vi. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.

vii. Dari segi kedudukan menulis dan cara menulis :

a) Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul.

b) Kedudukan bangku, meja, kerusi dan sebagainya biarlah memberi keselesaan.

c) Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja dan tangan kiri menyokong

badan.

d) Jarak mata dengan buku adalah lebih kurang antara 8 hingga 10 inci.

e) Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat.

f) Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu.

g) Jangan duduk membongkok ketika menulis.

Jenis-jenis Penulisan.

1.    Terkawal dan Separa Terkawal.

Penulisan peringkat terkawal merupakan penulisan peringkat asas atau pertama yang harus

dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Penulisan terkawal ialah segala isi dan

bahasanya sedia terkawal oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).

Susunan penulisan ini dkawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas. Tujuan

penulisan terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid-

murid. Kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan

fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.

Page 17: KEMAHIRAN MENULIS

Pada peringkat ini latihan penulisan yang diberi, dikawal sepenuhnya agar murid-murid tidak

melakukan kesilapan. Pengawalan dilakukan terhadap murid-murid yang seratus-peratus baru

sahaja mula belajar mengarang atau didapati lemah dalam mengarang. Selalunya, mereka

menyalin apa sahaja yang ditulis oleh guru di papan hitam. Latihan-latihan haruslah terdiri

daripada perenggan yang pendek-pendek yang bertujuan sebagai lathan mekanikal semata-mata.

Walau bagaimanapun, guru masih boleh memasukkan variasi dan perhidangan dalam latihan

yang diberi pada peringkat tersebut iaitu peringkat menyalin dan menghasilkan semula. Meraka

misalnya, boleh diberi latihan menyalin ayat-ayat daripada rajah tukar ganti yang mudah.

Walaupun latihan tersebut adalah menyalin, mereka diarahkan memilih satu item yang mereka

suka daripada rajah tukar ganti tersebut. Pada peringkat ini, item yang mereka pilih itu adalah

yang berhubung dengan leksikal, sedangkan struktur ayat adalah tepat dan sama.

Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan untuk :

i. Cara ini dapat mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.

ii. Menjadi asas kepada penulisan bebas. Murid-murid dipimpin dan dilatih sedikit demi sedikit

kea rah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa.

iii. Supaya murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan isi

pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa.

Pelbagai bentuk latihan yang boleh dilaksanakan kepada murid-murid berhubung dengan

penulisan terkawal iaitu :

i. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu yang berkaitan dengan sesuatu

tajuk.

ii. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.

iii. Menulis surat. Isi surat tersebut ditetapkan oleh guru supaya menyenangkan murid-murid

menulisnya.

iv. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah disediakan.

Page 18: KEMAHIRAN MENULIS

v. Menulis isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk, kejadian,

peristiwa atau sebagainya.

vi. Menulis ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.

vii. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan yang diberi.

Seterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid masih diberikan kawalan

walaupun tidak sepenuhnya. Mereka diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran

untuk memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru. Contohnya, guru akan

membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan kemudian murid-

murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-

perkataaan lain yang disediakan. Latihan tersebut mungkin menimbulkan sedikit kesukaran dan

murid-murid boleh melakukan kesalahan.

2.    Berpandu.

Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau panduan ketika

hendak membuat karangan. Pada peringkat ini, kemungkinan murid-murid akan melakukan

kesalahan-kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah menerima

latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat

karangan terkawal dan separa terkawal.

Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan. Kemudian murid-murid

diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau

arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini guru masih memberi bimbingan kepada murid-

murid.

3.    Separa Berpandu.

Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya.

Walau pun diberi garis panduan tertentu, namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk

membuat karangan. Oleh yang demikian, kemungkinan peratusan kecil sahaja yang akan

berlaku. Melalui cara ini mereka dapat meluahkan isi fikiran biarpun terdapat sedikit kawalan,

namun sekurang-kurangnya kawalan tersebut dapat memberi cetusan idea.

Page 19: KEMAHIRAN MENULIS

4.    Bebas.

Penulisan bebas adalah penulisan yang hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula

boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, mereka diberi tajuk-

tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan

bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.

Oleh sebab murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal

yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang

dilakukan. Perkara penting yang diingatkan di sini adalah mengajar penulisan yang berbentuk

bebas seharusnya dilewatkan oleh guru supaya murid-murid terlebih dahulu dapat menguasai

perkara-perkara asas seperti penguasaan perbendaharaan kata (pemilihan perkataan) dan sruktur

ayat bahasa tersebut.

Pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sekolah menengah, jenis penulisan sebegini

diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu

penulisan berbentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan argumentatif.

Penulisan bentuk naratif meliputi jenis-jenis cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan. Penulisan

jenis deskriptif pula merangkumi gambar suasana, peristiwa, benda dan perwatakan. Penulisan

jenis imaginatif berkait rapat dengan pengalaman sementara yang berbentuk argumentatif pula

terlibat dengan perbincangan, kritik dan perbahasan. Penulisan berbentuk kreatif meliputi puisi,

cerpen, drama dan sebagainya yang merupakan ekspresi dan perasaan serta pengalaman

seseorang melalui tulisan atau perkataan.

Kecekapan Berbahasa bagi Kemahiran Menulis

Dalam kemahiran menulis, pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat

dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan.

penekanan harus diberi pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul.

Pelajar juga digalakkan menghasilkan karya yang kreatif berdasarkan pemikiran yang kritis dan

analitis. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti berikut:

a. Pelajar dapat melahirkan secara bertulis fikirannya, perasaan dan pengalaman dengan jelas,

tersusun, logik, dan menggunakan tatabahasa yang betul.

Page 20: KEMAHIRAN MENULIS

b. Mengembangkan daya cipta untuk menulis sesuatu yang kreatif atau kritis seperti cerpen,

cerita imaginasi, pandangan, perbincangan, perbahasan, dan syarahan.

c. Menterjemahkan bahan prosa bahasa tertentu ke dalam bahasa Malaysia Baku dengan

memelihara makna asalnya.

d. Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahan prosa.

e. Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau rakan sebaya

untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Prinsip-prinsip Kemahiran Menulis.

Kemahiran menulis seharusnya diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar pengajaran

untuk menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. Prinsip-prinsip kemahiran menulis yang boleh

dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis adalah seperi berikut :

i. Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis yang

berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin dengan tepat sesuatu yang telah

dibaca oleh guru.

ii. Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar membuat ayat-ayat

yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan tertentu.

iii. Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri daripada

urutan ayat yang teratur dan logik.

iv. Penulisan karangan pada peringkat awal (menengah rendah) mestilah bersifat terpimpin atau

terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi perbendaharaan kata dan/atau

kandungan.

v. Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar termasuk

kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.

vi. Untuk membolehkan pelajar mengenal hasil penulisan yang bermutu tinggi, guru patutlah

mendedahkan mereka kepada karya penulisan yang baik daripada pelbagai sumber termasuk

bahan yang ditulis oleh rakan sebaya.

Page 21: KEMAHIRAN MENULIS

Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis

Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran

menulis. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan

kemahiran menulis dalam kalangan pelajar :

b. Latihan imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat atau

perenggan yang dipilih.

c. Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang paling sesuai dan

tepat.

d. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul

tatabahasanya.

e. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang tersusun dan

logik.

f. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri.

g. Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat.

h. Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk pelbagai tujuan.

i. Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya.

j. Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk perbendaharaan kata, ejaan,

tanda bacaan, imbuhan) dalam sebuah karangan.

k. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.

l. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan sebagainya)

berdasarkan tugas yang diberi.

m. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.

n. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik termasuk teknik

membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.

Page 22: KEMAHIRAN MENULIS

o. Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa.

p. Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa menjejaskan

makna asalnya.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENULIS BAHASA MELAYU

PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN

Terdapat beberapa pendekatan pengajaran penulisan (Raimes (1983)).

Antaranya ialah:

1.      Pendekatan Terkawal

2.      Pendekatan Bebas

3.      Pendekatan Pola- Perengganan

4.      Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi

5.      Pendekatan Komunikatif

6.      Pendekatan Proses

PENDEKATAN TERKAWAL

-     Ia digunakan pada tahun 50-an dan 60-an iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual yang

mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan malah mengutamakan ketepatan murid-murid

menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis.

-     Pengajaran penulisan dipandu atau dikawal lebih banyak pada peringkat awal supaya murid-

murid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkat seterusnya.

-      Murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilih kosa kata atau struktur ayat

sendiri.

-      Contohnya dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu.

-      Antara bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru ialah:

Page 23: KEMAHIRAN MENULIS

1.      Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan atau frasa.

2.      Guru menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan.Murid-murid

mengarang berpandukan bahan ini.

PENDEKATAN BEBAS

-      Guru mengutamakan kuantiti berbanding kualiti penulisan.

-    Murid-murid diberi kebebasan untuk menulis tentang          sesuatu   tajuk dan guru hanya

melakukan sedikit pembetulan.

-   Murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian pada isi dan kelancaran

penulisan tanpa memikirkan bentuk.

-    Apabila murid-murid dapat mencatat idea maka ketepatan bahasa dan penyusunan idea dapat

dikuasai bersama.

-   Memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian.

-     Penulisan juga boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di luar bilik darjah contohnya

makalah daripada akhbar.

-    Guru perlu menyimpul secara ringkas perkar-perkara yang perlu dimasukkan oleh murid-

murid dalam karangan mereka.

PENDEKATAN POLA-PERENGGANAN

-    Memberi keutamaan kepada pembentukan perengganan yang baik dalam karangan.

-    Prinsip asas ialah anggapan setiap masyarakat dalam sesuatu kebudayaan mempunyai cara

berkomunikasi yang berbeza dengan masyarakat lain.

-    Maka murid-murid perlu dilatih untuk menyampaikan pendapat dalam perenggan yang

kemas.

-     Antara latihannya ialah:

Page 24: KEMAHIRAN MENULIS

1.      Latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik.

2.      Latihan meyusun ayat-ayat yang diberi oleh guru supaya membentuk satu perenggan yang

kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling berhubung dan melengkapi

bagi membentuk satu kesatuan.

PENDEKATAN TATABAHASA-SINTAKSIS-ORGANISASI

-   Guru menganggap bahawa murid-murid perlu menguasai beberapa kemahiran kecil secara

sekaligus terlebih dahulu sebelum mereka dapat menulis sesuatu bentuk penulisan.

-  Guru merancang aktiviti penulisan yang memerlukan murid-murid memberi perhatian terhadap

tatabahasa dan sintaksis yang perlu digunakan dalam penulisan tersebut.

-     Murid-murid perlu menguasai struktur ayat yang sesuai dengan gaya penulisan tersebut

contohnya ayat perintah, unsur bahasa seperti kata hubung dan kata tunjuk jika diberi karangan

jenis panduan atau petuaan.

-    Murid-murid juga dilatih untuk menyusun idea-idea mereka supaya menjadi satu kesatuan.

-    Pendekatan ini menunjukan perhubungan antara tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan

dengan bentuk-bentuk bahasa yang paling berkesan bagi menyampaikan tersebut.

-                

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

-    Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang membaca

penulisan tersebut.

-    Murid-murid digalakkan untuk menulis dalam situasi yang sama seperti yang terdapat dalam

kehidupan seharian.

-    Sebagai contoh, Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Raja Alang pagi ini antara

sebuah lori dengan sebuah kereta. Dalam kemalngan itu, empat orang penumpang kereta

meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandunya cedera parah. Ketua pengarah

Page 25: KEMAHIRAN MENULIS

sebuah syarikat akhbar tempat anda bekerja mengarahkan anda pergi menyaksikan kejadian

tersebut dan meminta anda menulis satu laporan untuk disiarkan esoknya.

PENDEKATAN PROSES

-  Penekanan terhadap proses penulisan iaitu bagaimana memulakan karangan bagi menghasilkan

penulisan yang sempurna.

-    Murid-murid diberi waktu untuk menulis dan guru membaca lalu memberi maklum balas

terhadap bahan penulisan tersebut.

-    Pembacaan untuk sesuatu bahan penulisan murid-murid pada peringkat catatan awal juga

boleh dilakukan oleh rakan mereka selain guru.

-     Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji

sesuatu tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan, sumbang saran dan

perbahasan.

-    Selepas itu, murid-murid mencatatkan isi-isi yang dibincangkan, membuat catatan awal

pertama karangan,guru atau rakan memberi maklum balas terhadap idea kemudian murid-murid

menulis semula dengan memberi pertimbangan terhadap idea-idea baru yang diberi oleh rakan.

-     Dalam pendekatan ini, guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea yang

dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan.

KEMAHIRAN BERBAHASA

Kemahiran Berbahasa

1.  Definisi

Page 26: KEMAHIRAN MENULIS

            Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud

kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa

maksud  mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka

definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian

seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.

Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk

menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya

baik.

            Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua

peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang

bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung

kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa,

seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar,

pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem

bahasa.

            Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang

didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar

mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih

dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu

proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

            kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks

yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi

bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan

unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.

            Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan murah

serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling

memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka

seseorang itu tidak akan dapat bertutur.

Page 27: KEMAHIRAN MENULIS

            Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui

lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu

menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat

atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis

dan mental.

            Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan

dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun,

dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan

berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut,

pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.

            Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam

bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan

yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan

penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.

2.  Konsep

            Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk kepada

kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan

seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea,

pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.

            Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti

pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan

menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik

sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat

Page 28: KEMAHIRAN MENULIS

memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga

seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan

berkesan dalam interaksi itu.

            Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan

sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis dengan menggunakan

pelbagai teknik bacaan.

            Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai

jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan

kemas.

            N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan

bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai

kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga menggambarkan bagaimana

kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu Chomsky. Dalam rajah perilaku ini,

menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui pertuturan dan pendengaran.

            Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan kecekapan

bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar. Pendengar akan menerima

dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni

menyampaikan data-data atau ayat-ayat kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh

digambarkan sebagai satu konsep kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan

mendengar.

            Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan

merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku

setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya.

Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek

fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh

mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai

Page 29: KEMAHIRAN MENULIS

dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi

yang lain.

            Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-

pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa

yang sesuai.

            kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut

dengan  jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-

ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.

            Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh kanak-

kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk

bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli

keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru

daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan

mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu

perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model

alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan

mendengar yang baik.

            Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi

penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna

yang tersirat, mengenal pasti ‘mood’ penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada

menggunakan logik atau propaganda.

            Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat

mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan

itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang

dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-

baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka.

Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan

pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang

Page 30: KEMAHIRAN MENULIS

berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas

secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

            konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca.

membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah

mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya

perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara

senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan

diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.

            Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat

bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini

mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan

juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan

mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara

mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan

bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.

            Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat

kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanak-

kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini

meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti

koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.

seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat.

            Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku kata,

perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan

yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan

pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan

bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna

daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.

            Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara

satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang

Page 31: KEMAHIRAN MENULIS

sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan

mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran

menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan

kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran

menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.

            Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk

membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan

tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk

keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada

tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

            Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertamanya

pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta kordinasi

tangan dan mata.

            Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf, menulis

huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan mengarang yang

dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan

kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan

tanda baca, kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait

dengan tatabahasa dan kemahiran menulis  karangan.

            Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru bahasa. Ajaran,

asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang kukuh dalam

perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu menunjukkan kepada murid

sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju, umpamanya bersama-sama menunjukkan

minat dalam bidang penulisan. Selain itu, guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan

dan menghargai setiap hasil penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang

negatif terhadap kelalaian dan kesilapan murid.

            Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat. Jika

murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh guru dan

Page 32: KEMAHIRAN MENULIS

pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat. Seterusnya itu, latihan

kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya kerana paksa.

3.  Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

            Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran.             Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah

seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan

Komunikatif.

            Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian

membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan

mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau

peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga

digunakan untuk mendapatkan kesimpulan.

            Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif.

Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama

ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain

manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan

sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah

pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi

mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah

terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif ,

kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.

Page 33: KEMAHIRAN MENULIS

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah

yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti

teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih

tubi.

Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan

iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan

bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau

bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam

bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai

mengenainya. Dengan  berbuat  demikian guru  boleh

menentukan  fokus  utama  pengajarannya  sama  ada menguasai  menguasai

kemahiran  mendengar  atau  bertutur.    Paling penting  semasa  mengajar  aktiviti

mendengar,  guru  sebenarnya  juga mengajar  kemahiran  bertutur.  Sehubungan

dengannya,  tidak  terdapat perbezaan  yang  jelas  antara  strategi  pe ngajaran

mendengar  dan bertutur  itu,  bahkan  aktiviti  yang  dilaksanakan  itu  kerap  kali meliputi

kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini

ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi

ialah proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain

menegaskan bahawa pernyataan

lisan  itu merangkumi  semua  unsur  kefahaman  mendengar  dan  penggunaan unsur-

unsur  bunyi  bahasa  yang  betul  dalam  pola,  nada  dan intonasi  tertentu.

Pendekatan situasi  yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris

beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai

beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur

dalam sesuatu bahasa yang betul.

Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan

lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-

unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga

Page 34: KEMAHIRAN MENULIS

merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur

tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.

Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah  berlandaskan prinsip

pengajaran yang memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu

diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar

kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka

untuk bertutur.

            Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk

mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada

peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini

kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.

            Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza apabila murid-murid mempelajari

bahasa kedua. Guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa

sararan automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar menggunakan

alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan bahasa yang baru mereka pelajari.

            Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan

mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-

murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Penggunaan pita

rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.

            Dalam pendekatan situasi, kita boleh menjalankan aktiviti pengajaran kemahiran bertutur

seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh

guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan

tersebut.  Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya

lagi.

Page 35: KEMAHIRAN MENULIS

Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang

diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang

mempunyai  perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.

Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari,  dan malu dengan balu.

Dialog atau perbualan juga merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan

lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid

meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian juga dapat membantu murid-murid menguasai

kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut

rentak, nada yang betul.

Aktiviti seterusnya ialah latihan pandang dan sebut. Dalam aktiviti ini, gambar-gambar boleh

digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi

bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Sebagai

contoh carta bergambar,  bahagian filem dan slaid juga boleh digunakan sebagai alat peruturan.

Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik

permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka

untuk  memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru

dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat

kerjasama antara ahli kumpulan.

Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta

mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem

pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini

diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang

interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks

Page 36: KEMAHIRAN MENULIS

pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat

pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

            Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa

adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.

Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain.

Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.

Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya

mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang

diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian

atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan

interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.

Pendekatan  komunikatif  cuba  m engatasi  masalah pengajaran  bertutur  yang

terdapat  dalam  pendekatan  situasi. Melalui  pendekatan  ini, penguasaan

kemahiran  bertutur  bukan  sahaja  meliputi  penguasaan  kemahiran kecil  untuk

menanggap,  mengingati,  menyebut  sistem  bunyi  dan  struktur dalam  sesuatu

bahasa,  tetapi  kemahiran  ini  juga  merangkumi  kebolehan  untuk menggunakan

unsur-unsur  tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa.  Ini bermakna,

pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran

bertutur  merangkumi  kecekapan  menggunakan unsur-unsur  bahasa  yang

terkandung  dalam  kemahiran  bertutur tersebut  serta  kecekapan  berkomunikasi dalam sesuatu

interaksi atau komunikasi bahasa.

Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi  kecekapan bahasa tetapi juga

kecekapan berkomunikasi, pendekatan  komunikatif mencadangkan bahawa  pengajaran bertutur

mestilah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur melibatkan  murid menguasai kecekapan

berbahasa dan  menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya

Dengan  demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.

Page 37: KEMAHIRAN MENULIS

Prinsip kedua pendekatan komunikatif ialah, guru perlu mendorong murid  berinteraksi dengan

rakan-rakan  mereka.  Justeru, komunikasi  sebagai  objektif  kemahiran  bertutur perlu menjadi

objektif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran

guru dalam bilik darjah.

 Prinsip ketiga ialah pembelajaran  kemahiran  bertutur melibatkan  proses  kognitif , sehubungan

dengannya guru perlu mendedahkan  murid  kepada pelbagai  situasi formal dan tidak formal

dalam  pengajaran dan pembelajaran  kemahiran  mendengar  dan bertutur.  Dengan

demikian,  murid  dapat  menggunakan  berbagai-bagai  strategi

komunikasi  yang  sesuai  dengan  situasi  bertutur tersebut. 

Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir  dan menggunakan berbagai-bagai bentuk

bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan  mesej  mereka  dengan

lebih berkesan.

Prinsip keempat ialah, guru  perlu membentuk hubungan yang positif antara  kalangan murid

dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran  yang boleh mendorong  murid

untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan.

Prinsip seterusnya menggambarkan sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih

berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang  perkara yang

dibincangkan. Dengan  demikian guru perlu mendedahkan murid  kepada pengalaman dan

pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar,  bahan bacaan dan bahan

rakaman menjadi semakin perlu.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan  situasi dan komunikatif dalam

pengajaran  kemahiran  bertutur. Kedua-dua  pendekatan  ini menggambarkan

dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-

murid  menggunakan  unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu

sebelum  menyuruh  murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan  kemahiran bertutur. Tanpa

latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran  berbahasa iaitu

bertutur dengan menggunakan bahasa yang  tepat dan berkesan. 

Page 38: KEMAHIRAN MENULIS

            Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur dapat diajar melalui dua pendekatan yang

sesuai iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi dan

pendekatan komunikatif yang mengutamakan kecekapan komunikasi iaitu ketepatan penggunaan

bahasa dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan

berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunukatif.

Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara

mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam

perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu

dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari

sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.

Pengajaran mendengar dan bertutur melalui kaedah terus ini memperlihatkan beberapa ciri yang

ketara, antaranya ialah murid digalakan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan

konteks penggunaan bahasa tersebut. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa

yang sukar tersebut, guru akan menghuraikan makan dengan menggunakan bahasa sasaran,

lukisan, lakoan, gerak laku dan lain-lain.

Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai.

Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang

dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi

mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-

langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media

elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih

murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi

memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan

nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.

Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan

Page 39: KEMAHIRAN MENULIS

baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam  pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika

murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran  berbahasa yang diajarkan itu di luar

bilik darjah.

Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang

digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan

perbualan yang telah ditetapkan. Bahan -bahan seperti  ini  mungkin  tidak sesuai digunakan

dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Kaedah  fonetik  atau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan

penggunaan  bahasa  dalam  konteksnya daripada  keperluan  menghafaz  rumus-rumus  bahasa

ataupun menghuraikan  ayat-ayat  secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,

perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-

unsur  bahasa  dalam  aktiviti  bertutur  itu  dikuasai  sebaik-baiknya oleh  murid sebelum mereka

dibenarkan  membaca bahan dalam konteks  bahasa yang dipelajari  itu. Bahan-bahan yang

digunakan dalam  pengajaran dipilih dan disusun  mengikut  prinsip-prinsip yang

terdapat  dalam  ilmu  linguistik. Justeru,

ketika  memilih  perkataan, kaedah  ini  mendahulukan  perkataan  yang  hampir-hampir sama

bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti ‘coffee’ dan kopi dan ‘bicycle’

dan basikal.

Manakala pemilihan ayat-ayat  pula dilakukan  berdasarkan bentuk  yang  sama juga seperti ‘ I

go to school’ saya pergi ke sekolah. Dengan  demikian  murid  boleh memahami  dan bertutur

dalam bahasa sasaran dengan  menggunakan sebutan  yang  baik. Guru bolehlah merancang

pengajarannya seperti menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran, murid dilatih

tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut, memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur

tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedah  ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan

memudahkan  murid  menjalankan latihan  bahasa, khasnya  latihan bertutur secara

intensif.  Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan

penulisan. Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid  mestilah diajar untuk

Page 40: KEMAHIRAN MENULIS

menggunakan  bahasa bukan  dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa ialah apa yang

dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan  prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. 

Kaedah ini juga beranggapan bahawa  pengajaran kemahiran bertutur

merupakan  proses  untuk  membentuk  kelaziman  pertuturan  murid. Dengan demikian, kaedah

ini mengutamakan penggunaan bahasa justeru  bahan sama ada yang digunakan atau

diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh  penutur  natif bahasa

berkenaan.  Pun demikian, unsur-unsur bahasa  asing  yang berbeza  dengan  bahasa  natif  akan

dilatihtubikan secara

intensif supaya  murid  dapat  membiasakan  dirinya  dengan  kemahiran bahasa berkenaan

dengan lebih mudah.   Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan

murid  memahami  kebudayaan  asing  melalui amalan  bahasa,  iaitu  melalui

kemahiran  bertutur.  Untuk memastikan  kaedah  ini  berjaya  dilaksanakan,  guru boleh

mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti murid mendengar dialog dalam bahasa asing.

Murid meniru dan menghafal dialog yang diberi atau diperdengarkan. Setelah menguasai

sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur

ayat, guru memberi rumus-rumus atau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah  ini  berjaya  menghasilkan  murid  yang  mahir  dalam kemahiran  bertutur.  Kaedah  ini  

juga  dianggap  sesuai  dengan kanak-kanak  kerana  mereka  suka meniru dan

menghafaz.  Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan

bahasa  dalam  konteks  yang  sebenar  kerana  situasi  penggunaan bahasa

tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. 

Kaedah  pengajaran  kemahiran  berbahasa  memerlukan  guru merancang

prosedur  atau  cara  untuk  menyampaikan  isi  kandungan  pelajaran dalam  bilik

darjah. Apabila  seseorang  guru  memilih  dan  menentukan  langkah-langkah

pengajaran, cara  penyampaian  isi  kandungan  pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai,

bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik  pengajaran yang paling  sesuai.

Page 41: KEMAHIRAN MENULIS

Meskipun setiap pendekatan dan kaedah

mempunyai  teknik  pengajaran  yang tertentu,  seseorang  guru  boleh menggabungkan beberapa

teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya

paling berkesan.

            Sebenarnya,  terdapat banyak  teknik  pengajaran kemahiran bertutur  yang boleh

digunakan  oleh  guru  untuk  mengajar  murid bertutur  dengan  fasih,  lancar  dan

tepat.  Antaranya ialah teknik latih tubi, bercerita, soal jawab, perbualan, dialog, perbincangan,

perbahasan, main peranan dan simulasi, sumbangsaran, drama, melapor cerita, permainan

bahasa, penyelesaian masalah dan tunjuk cara.

            Teknik pengajaran kemahiran berbahasa boleh dipraktik di dalam bilik darjah melalui

aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam teknik, pelbagai aktiviti yang boleh digunakan semasa

proses mengajar kemahiran berbahasa dalam bilik darjah. Antara teknik yang boleh dijalankan

ialah teknik latih tubi. Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi

bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog/perbualan yang akan ditiru

dan dihafaz oleh murid.

            Latih  tubi  penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi  fonem

dalam  perkataan  yang  mungkin  menimbulkan  masalah sebutan, dan pasangan minimal yang

boleh menghasilkan makna yang berbeza seperti ‘daki’ dan ‘laki’. Latih tubi pemintal lidah

bertujuan untuk  melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi  itu dengan betul dan tepat.

Biasanya latih tubi  jenis ini mengandungi bunyi-bunyi  yang menjadi  masalah kepada  murid.

Misalnya, kelemahan  menyebut fonem /p/  seperti ayat ‘pandang pandan tepi pagar depan

padang’.

Teknik nyanyian menggunakan seni kata lagu sebagai  bahan untuk ditiru dan dihafaz  oleh

murid-murid.  Aktiviti  nyanyian  dapat membantu murid  menguasai  kemahiran bertutur

kerana  menyanyi memerlukan  penyebutan  bunyi-bunyi  dengan  betul,  mengikut rentak dan

nada yang tertentu.

Teknik pandang dan sebut menggunakan gambar-gambar sebagai bahan  rangsangan untuk

menghasilkan  pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan  latih  tubi

Page 42: KEMAHIRAN MENULIS

bertutur  dengan menggunakan  gambar-gambar  yang  dimasukkan dalam  teks latihan.

Di  samping  itu, kad  imbasan bergambar, carta  bergambar, bahagian

filem dan slaid sering juga digunakan.

            Teknik interaksi sosial menfokuskan kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam

konteks sosiol/situasi tertentu. Ia dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,

perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya aktiviti ini di susun dari peringkat mudah

kepada peringkat yang lebih mencabar.

            Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya

kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah

malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan

lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu

serta pembelajaran yang berkesan.

Pendekatan Pengajaran Penulisan Oleh Raimes: Satu Penilaian

Oleh Surani binti Hj. Abdullah

(Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan)

Pengenalan

Dalam melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pelbagai

pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan. Dalam tugasan yang diberikan ini, penekanan

diberikan kepada pendekatan,kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh seseorang guru

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran

penulisan. Namun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun

pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, kecuali setiap

pendekatan , kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang akan diajar.

Terdapat pendekatan yang boleh dijadikan garis panduan dalam proses pengajaran kemahiran

menulis karangan iaitu pendekatan yang dikemukakan oleh Raimes. Raimes telah mengutarakan

Page 43: KEMAHIRAN MENULIS

empat pendekatan yang boleh digunakan iaitu pendekatan terkawal, pendekatan bebas,

pendekatan pola – perenggan dan pendekatan komunikatif. Kupasan setiap pandangan dikaitkan

dengan dua pendekatan yang dikemukakan oleh Raimes.

Berdasarkan tajuk tugasan pertama, saya telah menyatakan definisi pendekatan, kaedah dan

teknik berdasarkan sumber-sumber yang saya rujuki. Saya juga menyatakan pendekatan yang

dikemukan oleh Raimes iaitu empat pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar

kemahiran menulis. Ianya berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh tutor. Seterusnya,

saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan

pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang berlangsung di dalam bilik darjah.

Definisi Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Menurut Kamus Dewan (2007), pendekatan dapat didefinisikan sebagaisatu kaedah atau cara,

langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas. Kamarudin Hj.

Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait

tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Edward M.

Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait

dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. 

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau

memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata

pelajaran atau sesuatu kemahiran. Menurut Parera (1986), mengatakan bahawa pendekatan

merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak

dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas

kepada sesuatu huraian). Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori

atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-

teori atau generalisasi yang tertentu.

Page 44: KEMAHIRAN MENULIS

Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.

Iaitu cara bagaimana suatu matapelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu

set teori yang sistematik.

Kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu . Ada dua perkataan yang hampir-

hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu

teknik dan pendekatan. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan

mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati

sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). 

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah

satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.

Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan

untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada

murid bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh-

contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi

Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),

nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi,

Socrates, simulasi, inkuiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang

mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai

kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama

pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.

Page 45: KEMAHIRAN MENULIS

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya

bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang

dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran

maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa

oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata

pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan

masa, tempat dan murid. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang

sesuai dengan keadaan masa, tempat dan murid.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan

yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan

kepada jiwa dan menyentuh perasaan murid. Dengan cara ini murid akan memberi tumpuan yang

padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk

mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang

menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. 

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun

serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga

mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti

pengajaran.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam

sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-

mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga). Edward M. Anthony (1963),

mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru

Page 46: KEMAHIRAN MENULIS

untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa

tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk

pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan

kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru

mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa,

maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-

Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.Kamarudin Hj.

Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik pengajaran ialah

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia

digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai

teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan

tidak berhasil.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan

pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar

dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Kesimpulannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan

proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula

adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas. Hubungkait di

antara tiga aspek ini memastikan kejayaan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran yang dirancang.

Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes

Page 47: KEMAHIRAN MENULIS

Pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik dapat digunakan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa.

Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik

darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar.

Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan

aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan

pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Pelajar perlu berperanan sepenuhnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara dalam membantu

pelajar mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar. 

Menurut Raimes, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran penulisan

wacana. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas,

pendekatan pola – perenggan dan pendekatan komunikatif. ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan,

1990:214).

a) Pendekatan terkawal. 

Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan

kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar

masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka

sendiri. Melalui pendekatan ini, murid-murid dielakkan daripada menlakukan kesalahan.

Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan

sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan

yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar

perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang

menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan

semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.

b) Pendekatan bebas

Page 48: KEMAHIRAN MENULIS

Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang

sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi

pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.

Contohnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah

pencemaran alam sekitar, guru boleh keratan-keratan akhbar dan majalah untuk ditunjukkan

kepada pelajar.Aktiviti perbincangan dan sumbang saran boleh dijalankan dimana murid dapat

memberikan pendapat melalui aktiviti tersebut. Dengan cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif

dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

c) Pendekatan Komunikatif

Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan

komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar,

iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses

berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.

Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang

struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah

dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan

berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti

aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.

Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata

atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu,

pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan

berkomunikasi termasuk dalam penulisan.

Berdasarkan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh

Page 49: KEMAHIRAN MENULIS

orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis

sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan

kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk

penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

d) Pendekatan pola-perenggan.

Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih

pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan

teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara

meringkaskan penulisan dengan baik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk murid yang sudah

dapat menguasai kemahiran bahasa.

Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang

baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar

mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan

pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes

Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat

memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana

sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi

memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada

satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah

kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang

hendak diajar.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah membuat pembacaan dan penelitian

tentang pendekatan-pendekatan yang telah diberikan oleh Raimes. Pendekatan-pendekatan

Page 50: KEMAHIRAN MENULIS

tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan komunikatif dan pendekatan

pola-perenggan. Pendekatan-pendekatan ini sesuai untuk digunakan dalam pengajaran penulisan.

Kepelbagaian pendekatan ini adalah untuk merangsang minat dan kebolehan murid. Ini kerana

tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik

darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu

pelajaran. Faktor pelajar juga mendorong seseorang guru untuk memilih dan menggunakan

pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat

diperhatikan kerana terdapat pelbagai tahap dan kemampuan serta pencapaian murid dalam

sesuatu kemahiran berbahasa. Ini kerana murid yang berbezatahap penguasaannya memerlukan

pendekatan yang berbeza.

Kemahiran menulis boleh diajar secara berperingkat-peringkat. Pada pendapat saya, pendekatan

terkawal dan pendekatan bebas amat sesuai digunakan oleh seseorang guru dalam mengajar

tentang aspek penulisan. Berdasarkan pendekatan Raimes, saya bersetuju dengan pendekatan

terkawal untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pendekatan

ini boleh membantu golongan pelajar yang agak lemah dan masih belum menguasai kemahiran

menulis karangan. Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi

membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur

karangan. Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan mengawal pelajar daripada

melakukan kesalahan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada

melakukan kesalahan. Contohnya, murid-murid menulis karangan dengan berpandukan

sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru iaitu mengisi tempat kosong dengan

menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu. Murid akan

melengkapkan tempat-tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang telah disediakan.

Melalui pendekatan terkawal, karangan disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang

terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan

kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa

diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

Karangan jenis ini membantu murid memahami seterusnya menggalakkan murid supaya

Page 51: KEMAHIRAN MENULIS

bermotivasi untuk menulis sesebuah karangan. Contoh aktiviti-aktiviti bagi pendekatan terkawal

ialah menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah

karangan yang lengkap, menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup

untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap berstruktur.

Pendekatan terkawal ini banyak membantu golongan pelajar yang agak lemah untuk menguasai

kemahiran-kemahiran menulis. Ini kerana urutan proses menulis karangan iaitu daripada mudah

kepada susah.Proses ini akan menggalakkan dan merangsang mereka untuk belajar. Seterusnya

mereka akan terus bermotivasi untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah

bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kebolehan murid-murid akan merangsang minat dan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh

yang demikian, seseorang guru berperanan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar

supaya akan merasa gembira,berminat dan tidak mudah berasa jemu dalam menyiapkan sesuatu

tugasan yang telah diamanahkan oleh guru mereka.

Melalui pendekatan ini juga, seseorang guru dapat menambahkan keyakinan diri murid-

muridnya, dimana mereka akan diberi peluang dan kebebasan untuk memilih perbendaharan kata

atau menggunakan struktur ayat mereka sendiri. Hal ini wujud selepas murid sudah dapat

menguasai kemahiran menulis.Contohnya, guru mengambil satu petikan yang menggambarkan

suatu kejadian atau peristiwa kemudian murid disuruh menggambarkan semula keseluruhan

pengalaman berdasarkan kejadian itu. Fenomena inia akan mencetuskan percambahan idea dan

merangsang minat murid untuk menulis.

Saya juga bersetuju dengan pendekatan bebas yang dikemukan oleh Raimes untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Ini kerana melalui pendekatan bebas ini, murid

diberi kebebasan untuk menyuarakan idea dan pendapat berasaskan pengetahuan sedia ada

mereka. Melalui pendekatan ini, murid dapat bergiat aktif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Page 52: KEMAHIRAN MENULIS

Pendekatan ini juga sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang menguasai kemahiran

bahasa dengan baik dimana mereka diberi kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat

tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan dengan menggunakan perkataan sendiri. Ianya

kurang sesuai digunakan untuk mengajar murid yang agak lemah dalam kemahiran berbahasa.

Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan

pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Melalui pendekatan ini

daya imaginasi dan pemikiran murid dapat ditingkatkan.Mereka boleh menggunakan kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis. Kemampuan pelajar mencari dan menyelesaikan masalah akan

dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi para pelajar. Situasi ini akan menggalakkan murid-

murid supaya rajin membaca dan berusaha untuk mencari maklumat melalui sumber-sumber

yang ada, contohnya mendapatkan maklumat daripada internet. Murid bebas untuk mendapatkan

pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.

Berdasarkan pendekatan bebas, murid-murid memainkan peranan yang penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator

untuk membimbing murid dalam mendapatkan maklumat. Murid bertindak aktif untuk

mendapatkan seberapa banyak maklumat berdasarkan topik yang akan diajar oleh guru mereka

pada hari tersebut. Contohnya, guru akan memberikan satu tajuk tentang Pencemaran Alam

Sekitar. Murid akan membentuk kumpulan dan mengadakan sumbangsaran untuk mendapatkan

maklumat-naklumat yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Setiap ahli kumpulan bebas untuk

menyatakan idea dan pendapat masing-masing. Melalui teknik perbincangan ini, percambahan

idea dapat dijana dengan sebaik mungkin di mana setiap ahli kumpulan berperanan mendapatkan

sumber-sumber dengan menggunakan majalah-majalah, surat khabar atau pun dengan

menggunakan komputer untuk melayari internet. Hasil perbincangan di dalam kumpulan

kemudiannya di bentangkan kepada kelas. Proses ini dapat meningkatkan motivasi dan

keyakinan diri seseorang murid untuk bercakap di khalayak ramai.

Kesimpulan

Dalam merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kemahiran menulis, terdapat faktor-faktor

Page 53: KEMAHIRAN MENULIS

yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhinya. Antaranya ialah faktor minat,

jantina dan kaedah serta pendekatan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Faktor-faktor ini merupakan penyumbang

terpenting dalam mempengaruhi keputusan dan pencapaian murid. Semakin tinggi minat

seseorang murid untuk belajar semakin tinggi kecemerlangan yang akan dicapai olehnya.

Perasaan kurang yakin dan berasa rendah diri kerana kurang menguasai kemahiran menulis, akan

menjadikan mereka kurang berminat untuk menulis. Fenomena ini seharusnya dihindari untuk

mencapai kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Kepelbagaian pendekatan yang

digunakan oleh guru akan mempengaruhi hasil pencapaian objektif pengajaran. Pemilihan

kaedah dan teknik yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran

serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pemilihan kaedah dan teknik yang bersesuaian ini

menyumbang kepada tahap penguasaan dan minat seseorang murid untuk belajar dengan lebih

berkesan.

PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENULISAN KARANGAN

Zamzuri Mohamed

Open University Malaysia (Kelantan)

1. Pengenalan 

Tugasan ini memberi tumpuan kepada pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu dilaksanakan

oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjawab tugasan ini, para pelajar

diminta memberi pandangan berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun

pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap

pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar.

Para pelajar juga dikehendaki mengaitkan pandangan mereka dengan dua pendekatan pengajaran

Page 54: KEMAHIRAN MENULIS

penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Selain itu, para pelajar juga dikehendaki merangka

satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta. 

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan

soalan yang dikemukakan dengan mengikut panduan yang telah diberikan oleh tutor. Perkara

yang akan saya bincangkan dalam tugasan ini ialah tentang definisi pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran secara umum. Kemudian, saya akan menjelaskan tentang pendekatan

pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Seterusnya, saya akan mengemukakan

pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan yang

dikemukakan oleh Raimes dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 

Untuk menjawab soalan kedua dalam tugasan ini, saya akan memilih gambar dan carta yang

sesuai untuk membina model pengajaran  sebagaimana kehendak soalan. Saya juga akan

membuat rujukan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dan berbincang dengan rakan-

rakan serta tutor untuk menghasilkan tugasan yang baik. Saya berharap agar tugasan yang akan

saya jalankan akan menepati kehendak soalan.

2. Definisi Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Kebanyakan orang sukar untuk membezakan antara konsep pendekatan, kaedah serta teknik

pengajaran. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah

sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang

serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu

rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan

di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru  supaya ilmu pedagogi

yang dipelajari itu dapat diamalkan di dalam bilik darjah.

Page 55: KEMAHIRAN MENULIS

Berdasarkan beberapa sumber rujukan, saya akan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang

pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan antara satu sama lain. Walau pun

difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi

kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah

pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua

konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan

mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara

umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan

(membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri

tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. 

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah

memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan

ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta

memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti

sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.

Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang

kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam

atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu

memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran

khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa

Page 56: KEMAHIRAN MENULIS

semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya

untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan

minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah

memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal

supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik

menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat

berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu

harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya

adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk

membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak

begitu berkesan. Jadi, walaupun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai

segala teknik memanah dengan seratus peratus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh

harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-

teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan

teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik

menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai

urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran

itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main

Page 57: KEMAHIRAN MENULIS

peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau

Socratik dan lain-lain lagi.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1982), kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh

untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada

pendekatan yang digunakan.

Parera (1986), mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan

secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan

dan semuanya berdasarkan pendekatan.

Selain itu, kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan tentang apa yang akan

dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly,

2006).

Edward M. Anthony (1963), mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan membuat

sesuatu. Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan guru yang sistematik

dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Selain itu,

beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu

prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. 

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam

sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-

mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga).  Edward M. Anthony (1963),

mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru

untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa

Page 58: KEMAHIRAN MENULIS

tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk

pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivitipengajaran dan

pembelajaran.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik

pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah

dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat

menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat

kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk

pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan

alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial

expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik

syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,

penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar

pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah

soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang

ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan

sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas

daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan

sebagainya.

Page 59: KEMAHIRAN MENULIS

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang

sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah

pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan

bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, apabila kita menyebut teknik pengajaran, kita mesti bertanya teknik

pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang

tertentu.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu

sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in

any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang

dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti

pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan

ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan

seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa

makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.

Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi

pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam

belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan

konvensional (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah

bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi

Page 60: KEMAHIRAN MENULIS

pendekatan konvensional, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,

perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau

memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata

pelajaran atau sesuatu kemahiran. Parera (1986), mengatakan bahawa pendekatan merupakan

satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan

merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu

huraian). 

Kamarudin Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang

saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran

bahasa. Selain itu, pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi

memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, Kamus Dewan

(1988). Edward M. Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang

saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan

atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu, ada kalanya pendekatan menyerupai

klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang

kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh

digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan

pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,

pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan

sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh

Page 61: KEMAHIRAN MENULIS

digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi

setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,

pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan

pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan

guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan

murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti

kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari

dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan

masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran

mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan

pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran

seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.

Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta

Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya, dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan

komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan

pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang

berbentuk mentalis atau behavioris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif

maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.

Page 62: KEMAHIRAN MENULIS

Bagi teori behavioris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan

komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia

seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk

menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu

pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. 

Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat

bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar.

Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.

3. Pendekatan Pengajaran Penulisan

3.1 Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes

Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, danteknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran

aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. Tidak ada satu pendekatan, kaedah

dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, melainkan masing-masing perlu

disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan

guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang

dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar.

Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara. 

Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan

Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif ( dalam

Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214) 

Page 63: KEMAHIRAN MENULIS

        i.            Pendekatan Terkawal

Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu danmengawal pelajar daripada melakukan

kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar

masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka

sendiri. 

Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan

sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan

yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar

perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang

menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan

semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. 

      ii.            Pendekatan Bebas

Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang

sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi

pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan

wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja, guru

boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka

memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih

berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan. 

    iii.            Pendekatan Komunikatif

Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan

komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar,

iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses

berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. 

Page 64: KEMAHIRAN MENULIS

Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang

struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah

dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan

berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti

aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. 

Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata

atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu,

pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan

berkomunikasi termasuk dalam penulisan. 

Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk

dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan

pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus

menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh

pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah. 

     iv.            Pendekatan Pola-Perenggan

Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih

pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan

teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara

meringkaskan penulisan dengan baik. 

Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang

baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar

Page 65: KEMAHIRAN MENULIS

mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan

pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. 

3.2 Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes

Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat

memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana

sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi

memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada

satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah

kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang

hendak diajar. 

Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan

Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan Pola-Perenggan.

Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian saya iaitu Pendekatan Terkawal dan

Pendekatan Bebas. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan bahawa tidak

ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah

kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pelajaran.

Selain itu, faktor pelajar juga mendorong guru untuk menggunakan pendekatan yang berlainan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, murid yang berbeza memerlukan

pendekatan yang berbeza. 

Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes, para pelajar melakukan

aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru. Pada pendapat saya, pendekatan ini sesuai

untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu

kemahiran dengan baik. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan

ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah. Sebagai contoh,

Page 66: KEMAHIRAN MENULIS

murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diberi untuk

melengkapkan sebuah karangan.

Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik, kelonggaran akan

diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Ini

bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti

mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Sebagai

contoh, jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan perkataan

yang sesuai untuk melengkapkan karangan, pada peringkat ini murid-murid akan melengkapkan

ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini latihan

yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal. 

Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah

kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan ini memang

sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk

terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-

murid akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh itu, guru perlu memainkan

peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada secara kelas, kumpulan atau

individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk menyiapkan

sesuatu tugasan. 

Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan

sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan

bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru.

Misalnya, jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk

dilengkapkan oleh murid-murid, mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut

sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Jadi, mereka

Page 67: KEMAHIRAN MENULIS

akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan

banyak kesalahan.  

Berdasarkan pengalaman, para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir secara

mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea yang

berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. Mereka juga agak

malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau pandangan yang

tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Oleh itu, guru perlu

memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar  mengemukakan pendapat dengan

memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. Dengan ini, mereka

akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea yang

dikemukakan tidak akan terpesong.  

Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang

diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Ini kerana

mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Dengan adanya

bimbingan dan latihan yang berterusan, murid-murid pasti akan dapat menguasai sesuatu

kemahiran itu sedikit demi sedikit. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai untuk diaplikasikan

kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif, berfikiran terbuka dan mampu

mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Jadi, pendekatan

ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan pemikiran mereka dan membuatkan

mereka berasa terkongkong. Pendekatan yang lebih sesuai perlu digunakan untuk murid-murid

yang aktif. 

Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas.

Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang aktif dan telah menguasai

kemahiran bahasa dengan baik. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi kebebasan untuk

mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan. Pendekatan ini

Page 68: KEMAHIRAN MENULIS

dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar mereka berfikir dengan lebih

kreatif dan kritis. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk

mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ini akan

mendorong murid-murid supaya rajin membaca dan mencari maklumat untuk menambahkan

pengetahuan mereka. 

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas adalah

berbeza. Antara aktiviti yang sesuai untuk Pendekatan Bebas ialah perbincangan dan sumbang

saran. Melalui aktiviti tersebut murid-murid bebas memberi pendapat dan pandangan mereka

berdasarkan pengetahuan sedia ada. Mereka juga dapat bergerak aktif semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Sebagai contoh, guru mengemukakan soalan atau isu yang perlu

dibincangkan. Kemudian, murid-murid membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkara

tersebut. Selepas itu, wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Aktiviti

sebegini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bergerak aktif dan menghilangkan

rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. 

Kesimpulannya, tidak ada pendekatan, kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di

dalam bilik darjah. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza. Jadi, guru perlu lebih kreatif untuk

menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik

yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat

menerima ilmu tersebut dengan baik. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan pendekatan,

kaedah dan teknik yang berbeza untuk mengajar murid-murid yang pandai dan murid-murid

yang lemah. Sekiranya guru menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran untuk

mengajar murid-murid yang lemah, sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut

tidak berkesan. Begitu juga jika guru menggunakan Pendekatan Terkawal untuk mengajar murid-

murid yang pandai, sudah pasti murid-murid akan berasa bosan dan mengongkong kemahiran

berfikir murid-murid. Oleh itu, guru perlu bijak memilih dan menentukan pendekatan, kaedah

dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid agar pengajarannya menarik dan berkesan. 

Page 69: KEMAHIRAN MENULIS

4. Model Pengajaran Penulisan

4.1 Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan Carta

Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan gambar

yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu

mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan.

Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan

menggunakan slaid. 

Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan,

ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid

tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan

yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat

untuk mengingati gambar-gambarslaid yang telah ditonton. 

Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam

menyampaikan pengajaran, iaitu: 

Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat

pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;

Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara

yang dapat diperkatakan mengenainya; 

         Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan

gambar yang dilihat;

Page 70: KEMAHIRAN MENULIS

         Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan

pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil

menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.

         Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan

membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan

         Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

         Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau

menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau

produk. Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada

persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-

frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang

dipaparkan dalam carta. 

Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan penanda

‘anak panah’ atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang memperlihatkan proses

membuat produk makanan.

 4.2 Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar Dan Carta 

Page 71: KEMAHIRAN MENULIS

Pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta hampir sama. Oleh itu, saya menggunakan

satu model pengajaran sahaja untuk pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta. Berikut

ialah model pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta yang saya cadangkan.

Tajuk: Penternak Ayam

Bahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri (Lampiran) 

Langkah-langkah Pengajaran 

Langkah 1

Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid supaya meneliti

aktiviti, peristiwa atau perkara-perkara penting yang dapat diperkatakan atau diceritakan

berdasarkan gambar yang diberi. Guru boleh menetapkan jumlah aktiviti atau peristiwa yang

dikehendaki bagi setiap gambar. Contohnya, guru ingin murid –murid menyenaraikan dua

aktiviti atau peristiwa penting bagi setiap gambar. Selain itu, guru juga boleh memberi

kebebasan kepada murid-murid untuk mencari sebanyak mungkin aktiviti atau peristiwa daripada

setiap gambar tersebut. 

Langkah 2

Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting, aktiviti atau peristiwa berdasarkan

gambar yang diberi. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini

dijalankan secara individu, guru hendaklah memainkan peranan supaya aktiviti pengajaran dan

pembelajaran menjadi aktif. Sebagai contoh, guru perlu bersoal jawab dengan murid jika tidak

ada pelajar yang ingin memberi pendapat secara suka rela. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, guru

hendaklah membimbing mereka agar mereka dapat menyatakan idea dengan lebih yakin. 

Page 72: KEMAHIRAN MENULIS

Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti ini secara kumpulan, guru hendaklah mengarahkan

para pelajar supaya berada dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ini dajalankan.

Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Guru hendaklah

mengarahkan murid-murid supaya berbincang dalam keadaan yang terkawal. Murid-murid perlu

diingatkan supaya mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Setiap pelajar diwajibkan

mengemukakan pendapat berdasarkan perkara yang dibincangkan. Guru juga boleh menerapkan

nilai murni kepada murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya, nilai

bekerjasama dan bertolak ansur.  

Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan

memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang menghadapi

masalah. Seelok-eloknya, setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan untuk

sesi pembentangan hasil kerja. Untuk peringatan, guru juga perlu menyatakan masa yang

diperuntukkan untuk sesi perbincangan supaya murid-murid tidak terleka. 

Langkah 3

Setelah selesai sesi perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan

untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Semasa sesi

pembentangan, seorang lagi ahli kumpulan dikehendaki mencatat idea atau isi penting yang

dibentangkan oleh pembentang kumpulannya pada papan tulis. Murid-murid atau ahlikumpulan

yang lain diminta mendengar pembentangan itu dengan teliti dan mencatat idea atau isi penting

yang dibentangkan oleh kumpulan lain. 

Apabila setiap kumpulan selesai membentangkan hasil perbincangan mereka, kumpulan lain

diberi peluang untuk memberi komen tentang idea atau isi penting yang dikemukakan oleh

kumpulan tersebut. Kumpulan lain juga perlu peka terhadap idea atau isi penting yang yang telah

Page 73: KEMAHIRAN MENULIS

dikemukakan oleh kumpulan terdahulu agar tidak berlaku pertindihan idea. Idea atau isi penting

yang sama tidak perlu dibentangkan oleh kumpulan berikutnya. Selepas itu, murid-murid diminta

membaca idea-idea yang tercatat pada papan tulis hasil perbincangan semua kumpulan. Guru

juga boleh memilih murid-murid secara rawak untuk membina ayat secara lisan dengan

menggunakan idea yang telah diperoleh. Kemudian, guru mengadakan perbincangan dengan para

pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting

semasa menulis karangan. Di samping itu, guru juga boleh berbincang tentang sistem bahasa

yang dirasakan perlu ada dalam karangan tersebut. Contohnya, penggunaan penanda wacana,

penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain.  

Langkah 4

Selepas itu, murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan idea atau isi-isi

penting yang telah dibincangkan atau dibentangkan oleh setiap kumpulan. Aktiviti ini boleh

dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dilakukan secara kumpulan, seorang

ahli kumpulan perlu menulis karangan manakala ahli yang lain membantu membina ayat-ayat

yang gramatis. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator. Semasa aktiviti ini dijalankan,

guru perlu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan umum yang sering dilakukan

oleh kebanyakan pelajar semasa menulis.

Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan

yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah

dan aspek tatabahasa yang lain. 

Langkah 5

Seterusnya, beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan karangan masing-masing.

Semasa wakil kumpulan membaca karangan, murid-murid lain diminta mendengar dengan teliti

dan memberi komen terhadap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut, contohnya

Page 74: KEMAHIRAN MENULIS

kesalahan dari segi struktur ayat, penggunaan imbuhan dan sebagainya. Guru juga hendaklah

membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap kumpulan pada masa itu juga. Setiap

kumpulan diminta membuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dilakukan sebelum

menghantar karangan mereka kepada guru. 

Langkah 6

Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan setiap kesalahan yang

dilakukan oleh murid-murid. Selepas itu, karangan tersebut akan dipulangkan kepada murid-

murid dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis semula karangan tersebut dalam buku

masing-masing. Setiap kumpulan juga diminta menyediakan satu salinan karangan yang telah

dibaiki untuk ditampal di dalam kelas atau dijilid untuk dijadikan sebuah buku sebagai rujukan

murid-murid. 

5. Penutup

Tugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran khususnya

dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya lebih memahami

tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan,

kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan. 

Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan

mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik

yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh

guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar

seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik.

Page 75: KEMAHIRAN MENULIS

Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar. 

KEMAHIRAN BERBAHASA

Kemahiran Berbahasa

1.  Definisi

            Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud

kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa

maksud  mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka

definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian

seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.

Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk

menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya

baik.

            Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua

peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang

bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung

kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa,

seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar,

pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem

bahasa.

            Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang

didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar

mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih

Page 76: KEMAHIRAN MENULIS

dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu

proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

            kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks

yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi

bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan

unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.

            Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan murah

serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling

memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka

seseorang itu tidak akan dapat bertutur.

            Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui

lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu

menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat

atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis

dan mental.

            Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan

dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun,

dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan

berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut,

pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.

            Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam

bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan

yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan

penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.

2.  Konsep

Page 77: KEMAHIRAN MENULIS

            Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk kepada

kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan

seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea,

pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.

            Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti

pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan

menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik

sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat

memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga

seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan

berkesan dalam interaksi itu.

            Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan

sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis dengan menggunakan

pelbagai teknik bacaan.

            Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai

jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan

kemas.

            N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan

bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai

kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga menggambarkan bagaimana

kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu Chomsky. Dalam rajah perilaku ini,

menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui pertuturan dan pendengaran.

            Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan kecekapan

bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar. Pendengar akan menerima

Page 78: KEMAHIRAN MENULIS

dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni

menyampaikan data-data atau ayat-ayat kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh

digambarkan sebagai satu konsep kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan

mendengar.

            Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan

merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku

setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya.

Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek

fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh

mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai

dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi

yang lain.

            Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-

pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa

yang sesuai.

            kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut

dengan  jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-

ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.

            Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh kanak-

kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk

bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli

keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru

daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan

mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu

perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model

alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan

mendengar yang baik.

            Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi

penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna

Page 79: KEMAHIRAN MENULIS

yang tersirat, mengenal pasti ‘mood’ penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada

menggunakan logik atau propaganda.

            Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat

mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan

itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang

dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-

baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka.

Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan

pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang

berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas

secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

            konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca.

membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah

mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya

perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara

senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan

diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.

            Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat

bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini

mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan

juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan

mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara

mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan

bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.

            Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat

kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanak-

kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini

meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti

Page 80: KEMAHIRAN MENULIS

koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.

seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat.

            Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku kata,

perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan

yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan

pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan

bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna

daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.

            Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara

satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang

sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan

mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran

menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan

kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran

menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.

            Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk

membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan

tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk

keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada

tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

            Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertamanya

pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta kordinasi

tangan dan mata.

            Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf, menulis

huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan mengarang yang

dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan

kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan

tanda baca, kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait

dengan tatabahasa dan kemahiran menulis  karangan.

Page 81: KEMAHIRAN MENULIS

            Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru bahasa. Ajaran,

asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang kukuh dalam

perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu menunjukkan kepada murid

sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju, umpamanya bersama-sama menunjukkan

minat dalam bidang penulisan. Selain itu, guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan

dan menghargai setiap hasil penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang

negatif terhadap kelalaian dan kesilapan murid.

            Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat. Jika

murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh guru dan

pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat. Seterusnya itu, latihan

kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya kerana paksa.

3.  Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

            Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran.             Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah

seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan

Komunikatif.

            Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian

membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan

mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau

peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga

digunakan untuk mendapatkan kesimpulan.

            Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif.

Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama

ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain

Page 82: KEMAHIRAN MENULIS

manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan

sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah

pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi

mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah

terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif ,

kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah

yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti

teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih

tubi.

Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan

iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan

bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau

bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam

bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai

mengenainya. Dengan  berbuat  demikian guru  boleh

menentukan  fokus  utama  pengajarannya  sama  ada menguasai  menguasai

kemahiran  mendengar  atau  bertutur.    Paling penting  semasa  mengajar  aktiviti

mendengar,  guru  sebenarnya  juga mengajar  kemahiran  bertutur.  Sehubungan

dengannya,  tidak  terdapat perbezaan  yang  jelas  antara  strategi  pe ngajaran

mendengar  dan bertutur  itu,  bahkan  aktiviti  yang  dilaksanakan  itu  kerap  kali meliputi

kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini

ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi

Page 83: KEMAHIRAN MENULIS

ialah proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain

menegaskan bahawa pernyataan

lisan  itu merangkumi  semua  unsur  kefahaman  mendengar  dan  penggunaan unsur-

unsur  bunyi  bahasa  yang  betul  dalam  pola,  nada  dan intonasi  tertentu.

Pendekatan situasi  yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris

beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai

beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur

dalam sesuatu bahasa yang betul.

Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan

lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-

unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga

merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur

tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.

Pendekatan situasi  yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris

beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai

beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur

dalam sesuatu bahasa yang betul.

Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah  berlandaskan prinsip

pengajaran yang memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu

diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar

kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka

untuk bertutur.

            Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk

mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada

peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini

kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.

            Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza apabila murid-murid mempelajari

bahasa kedua. Guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa

Page 84: KEMAHIRAN MENULIS

sararan automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar menggunakan

alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan bahasa yang baru mereka pelajari.

            Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan

mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-

murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Penggunaan pita

rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.

            Dalam pendekatan situasi, kita boleh menjalankan aktiviti pengajaran kemahiran bertutur

seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh

guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan

tersebut.  Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya

lagi.

Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang

diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang

mempunyai  perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.

Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari,  dan malu dengan balu.

Dialog atau perbualan juga merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan

lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid

meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian juga dapat membantu murid-murid menguasai

kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut

rentak, nada yang betul.

Aktiviti seterusnya ialah latihan pandang dan sebut. Dalam aktiviti ini, gambar-gambar boleh

digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi

bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Sebagai

contoh carta bergambar,  bahagian filem dan slaid juga boleh digunakan sebagai alat peruturan.

Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik

permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka

untuk  memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna

Page 85: KEMAHIRAN MENULIS

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru

dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat

kerjasama antara ahli kumpulan.

Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta

mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem

pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini

diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang

interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks

pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat

pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

            Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa

adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.

Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain.

Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.

Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya

mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang

diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian

atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan

interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.

Pendekatan  komunikatif  cuba  m engatasi  masalah pengajaran  bertutur  yang

terdapat  dalam  pendekatan  situasi. Melalui  pendekatan  ini, penguasaan

kemahiran  bertutur  bukan  sahaja  meliputi  penguasaan  kemahiran kecil  untuk

menanggap,  mengingati,  menyebut  sistem  bunyi  dan  struktur dalam  sesuatu

bahasa,  tetapi  kemahiran  ini  juga  merangkumi  kebolehan  untuk menggunakan

Page 86: KEMAHIRAN MENULIS

unsur-unsur  tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa.  Ini bermakna,

pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran

bertutur  merangkumi  kecekapan  menggunakan unsur-unsur  bahasa  yang

terkandung  dalam  kemahiran  bertutur tersebut  serta  kecekapan  berkomunikasi dalam sesuatu

interaksi atau komunikasi bahasa.

Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi  kecekapan bahasa tetapi juga

kecekapan berkomunikasi, pendekatan  komunikatif mencadangkan bahawa  pengajaran bertutur

mestilah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur melibatkan  murid menguasai kecekapan

berbahasa dan  menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya

Dengan  demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.

Prinsip kedua pendekatan komunikatif ialah, guru perlu mendorong murid  berinteraksi dengan

rakan-rakan  mereka.  Justeru, komunikasi  sebagai  objektif  kemahiran  bertutur perlu menjadi

objektif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran

guru dalam bilik darjah.

 Prinsip ketiga ialah pembelajaran  kemahiran  bertutur melibatkan  proses  kognitif , sehubungan

dengannya guru perlu mendedahkan  murid  kepada pelbagai  situasi formal dan tidak formal

dalam  pengajaran dan pembelajaran  kemahiran  mendengar  dan bertutur.  Dengan

demikian,  murid  dapat  menggunakan  berbagai-bagai  strategi

komunikasi  yang  sesuai  dengan  situasi  bertutur tersebut. 

Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir  dan menggunakan berbagai-bagai bentuk

bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan  mesej  mereka  dengan

lebih berkesan.

Prinsip keempat ialah, guru  perlu membentuk hubungan yang positif antara  kalangan murid

dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran  yang boleh mendorong  murid

untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan.

Prinsip seterusnya menggambarkan sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih

berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang  perkara yang

dibincangkan. Dengan  demikian guru perlu mendedahkan murid  kepada pengalaman dan

Page 87: KEMAHIRAN MENULIS

pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar,  bahan bacaan dan bahan

rakaman menjadi semakin perlu.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan  situasi dan komunikatif dalam

pengajaran  kemahiran  bertutur. Kedua-dua  pendekatan  ini menggambarkan

dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-

murid  menggunakan  unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu

sebelum  menyuruh  murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan  kemahiran bertutur. Tanpa

latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran  berbahasa iaitu

bertutur dengan menggunakan bahasa yang  tepat dan berkesan. 

            Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur dapat diajar melalui dua pendekatan yang

sesuai iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi dan

pendekatan komunikatif yang mengutamakan kecekapan komunikasi iaitu ketepatan penggunaan

bahasa dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan

berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunukatif.

Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara

mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam

perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu

dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari

sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.

Pengajaran mendengar dan bertutur melalui kaedah terus ini memperlihatkan beberapa ciri yang

ketara, antaranya ialah murid digalakan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan

konteks penggunaan bahasa tersebut. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa

yang sukar tersebut, guru akan menghuraikan makan dengan menggunakan bahasa sasaran,

lukisan, lakoan, gerak laku dan lain-lain.

Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai.

Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang

dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi

mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Page 88: KEMAHIRAN MENULIS

Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-

langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media

elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih

murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi

memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan

nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.

Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan

baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam  pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika

murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran  berbahasa yang diajarkan itu di luar

bilik darjah.

Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang

digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan

perbualan yang telah ditetapkan. Bahan -bahan seperti  ini  mungkin  tidak sesuai digunakan

dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Kaedah  fonetik  atau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan

penggunaan  bahasa  dalam  konteksnya daripada  keperluan  menghafaz  rumus-rumus  bahasa

ataupun menghuraikan  ayat-ayat  secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,

perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-

unsur  bahasa  dalam  aktiviti  bertutur  itu  dikuasai  sebaik-baiknya oleh  murid sebelum mereka

dibenarkan  membaca bahan dalam konteks  bahasa yang dipelajari  itu. Bahan-bahan yang

digunakan dalam  pengajaran dipilih dan disusun  mengikut  prinsip-prinsip yang

terdapat  dalam  ilmu  linguistik. Justeru,

ketika  memilih  perkataan, kaedah  ini  mendahulukan  perkataan  yang  hampir-hampir sama

bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti ‘coffee’ dan kopi dan ‘bicycle’

dan basikal.

Manakala pemilihan ayat-ayat  pula dilakukan  berdasarkan bentuk  yang  sama juga seperti ‘ I

go to school’ saya pergi ke sekolah. Dengan  demikian  murid  boleh memahami  dan bertutur

dalam bahasa sasaran dengan  menggunakan sebutan  yang  baik. Guru bolehlah merancang

pengajarannya seperti menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran, murid dilatih

Page 89: KEMAHIRAN MENULIS

tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut, memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur

tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedah  ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan

memudahkan  murid  menjalankan latihan  bahasa, khasnya  latihan bertutur secara

intensif.  Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan

penulisan. Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid  mestilah diajar untuk

menggunakan  bahasa bukan  dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa ialah apa yang

dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan  prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. 

Kaedah ini juga beranggapan bahawa  pengajaran kemahiran bertutur

merupakan  proses  untuk  membentuk  kelaziman  pertuturan  murid. Dengan demikian, kaedah

ini mengutamakan penggunaan bahasa justeru  bahan sama ada yang digunakan atau

diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh  penutur  natif bahasa

berkenaan.  Pun demikian, unsur-unsur bahasa  asing  yang berbeza  dengan  bahasa  natif  akan

dilatihtubikan secara

intensif supaya  murid  dapat  membiasakan  dirinya  dengan  kemahiran bahasa berkenaan

dengan lebih mudah.   Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan

murid  memahami  kebudayaan  asing  melalui amalan  bahasa,  iaitu  melalui

kemahiran  bertutur.  Untuk memastikan  kaedah  ini  berjaya  dilaksanakan,  guru boleh

mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti murid mendengar dialog dalam bahasa asing.

Murid meniru dan menghafal dialog yang diberi atau diperdengarkan. Setelah menguasai

sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur

ayat, guru memberi rumus-rumus atau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah  ini  berjaya  menghasilkan  murid  yang  mahir  dalam kemahiran  bertutur.  Kaedah  ini  

juga  dianggap  sesuai  dengan kanak-kanak  kerana  mereka  suka meniru dan

menghafaz.  Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan

bahasa  dalam  konteks  yang  sebenar  kerana  situasi  penggunaan bahasa

tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. 

Page 90: KEMAHIRAN MENULIS

Kaedah  pengajaran  kemahiran  berbahasa  memerlukan  guru merancang

prosedur  atau  cara  untuk  menyampaikan  isi  kandungan  pelajaran dalam  bilik

darjah. Apabila  seseorang  guru  memilih  dan  menentukan  langkah-langkah

pengajaran, cara  penyampaian  isi  kandungan  pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai,

bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik  pengajaran yang paling  sesuai.

Meskipun setiap pendekatan dan kaedah

mempunyai  teknik  pengajaran  yang tertentu,  seseorang  guru  boleh menggabungkan beberapa

teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya

paling berkesan.

            Sebenarnya,  terdapat banyak  teknik  pengajaran kemahiran bertutur  yang boleh

digunakan  oleh  guru  untuk  mengajar  murid bertutur  dengan  fasih,  lancar  dan

tepat.  Antaranya ialah teknik latih tubi, bercerita, soal jawab, perbualan, dialog, perbincangan,

perbahasan, main peranan dan simulasi, sumbangsaran, drama, melapor cerita, permainan

bahasa, penyelesaian masalah dan tunjuk cara.

            Teknik pengajaran kemahiran berbahasa boleh dipraktik di dalam bilik darjah melalui

aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam teknik, pelbagai aktiviti yang boleh digunakan semasa

proses mengajar kemahiran berbahasa dalam bilik darjah. Antara teknik yang boleh dijalankan

ialah teknik latih tubi. Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi

bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog/perbualan yang akan ditiru

dan dihafaz oleh murid.

            Latih  tubi  penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi  fonem

dalam  perkataan  yang  mungkin  menimbulkan  masalah sebutan, dan pasangan minimal yang

boleh menghasilkan makna yang berbeza seperti ‘daki’ dan ‘laki’. Latih tubi pemintal lidah

bertujuan untuk  melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi  itu dengan betul dan tepat.

Biasanya latih tubi  jenis ini mengandungi bunyi-bunyi  yang menjadi  masalah kepada  murid.

Misalnya, kelemahan  menyebut fonem /p/  seperti ayat ‘pandang pandan tepi pagar depan

padang’.

Page 91: KEMAHIRAN MENULIS

Teknik nyanyian menggunakan seni kata lagu sebagai  bahan untuk ditiru dan dihafaz  oleh

murid-murid.  Aktiviti  nyanyian  dapat membantu murid  menguasai  kemahiran bertutur

kerana  menyanyi memerlukan  penyebutan  bunyi-bunyi  dengan  betul,  mengikut rentak dan

nada yang tertentu.

Teknik pandang dan sebut menggunakan gambar-gambar sebagai bahan  rangsangan untuk

menghasilkan  pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan  latih  tubi

bertutur  dengan menggunakan  gambar-gambar  yang  dimasukkan dalam  teks latihan.

Di  samping  itu, kad  imbasan bergambar, carta  bergambar, bahagian

filem dan slaid sering juga digunakan.

            Teknik interaksi sosial menfokuskan kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam

konteks sosiol/situasi tertentu. Ia dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,

perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya aktiviti ini di susun dari peringkat mudah

kepada peringkat yang lebih mencabar.

            Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya

kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah

malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan

lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu

serta pembelajaran yang berkesan.

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/kemahiran-menulis.html http://

dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_2982.html

KEMAHIRAN MENULIS

Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk

menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don

Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf

atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita

bercakap.

Page 92: KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap

penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,

cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

(a) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Menulis)

Definisi

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi

melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang

bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan

alat komunikasi.

Peranan Tulisan

· Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea,

fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

· Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat

sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

· Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan

meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

· Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak

sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah

sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

Page 93: KEMAHIRAN MENULIS

· Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain

bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan

sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis

Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri

ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang

sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh

meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat

contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot,

tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-

perkara berikut:

· Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting,

mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

· Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya

boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

· Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

· Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh

memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat

kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi

Page 94: KEMAHIRAN MENULIS

kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada

permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah

latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa

kepada lembaran bergaris kecil /sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat

ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis

untuk menggunakan daya kreatif untuk :

· Membina ayat.

· Mengarang cerita.

· Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.

· Menulis surat kiriman.

· Lain-lain yang berkaitan.

Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak

· Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

· Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Page 95: KEMAHIRAN MENULIS

· Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan

perkataan

· Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

· Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

· Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

· Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

· Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

· Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

· Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

· Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

· Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

· Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

· Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

· Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Cara-cara mengatasi masalah tulisan

· Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan

mendirikan asas.

· Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan

tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.

· Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara- cara guru

menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Page 96: KEMAHIRAN MENULIS

· Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.

· Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak

digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

3.1 PRATULISAN

3.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

3.1 PRATULISAN

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis

dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-

murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan

kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi

tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka

menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan

yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang

berbentuk bebas. 

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan

pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang

dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya

boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di

meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan

besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan

pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas

jari dan sebagainya. 

Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata

dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara

aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau

gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk

mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak

gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.

Page 97: KEMAHIRAN MENULIS

3.2 PERINGKAT TULISAN MEKANIS

Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta

boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak

mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf

pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris,

kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada

lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis

itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis

lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis

huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam. 

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa

perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan

menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk

membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada

kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan

dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah

menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat

dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut

urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata

supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang

atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah

dan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

3.3 PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN

Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka

secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu

berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat kosong, melengkapkan ayat-ayat

Page 98: KEMAHIRAN MENULIS

dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di

antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata,

mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang

sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti

memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan.

Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat

berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana

daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan.

Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran

menulis.

3.4 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN

a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.

i. --------- …………. ………….. …………... …………

Page 99: KEMAHIRAN MENULIS

c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa

menggunakan alat tulis. 

BULATAN BESAR – BULATAN KECIL

d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari,

menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya.

e) Latihan membentuk garisan lurus.

Page 100: KEMAHIRAN MENULIS

f) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas. 

g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

3.5 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN TULISAN MEKANIS

i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

Page 101: KEMAHIRAN MENULIS

iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.

iv. latihan membentuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara

menulis bagi

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS.

Kemahiran menulis merupakan keupayaan menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea

melalui berbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman

peribadi.

Peringkat mekanis /mendirikan asas

pada peringkat ini pelajar di ajar untuk menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan

kecil dalam abjad.Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf ,suku kata ,perkataan, dan

ayat.

-latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf  mengikut  teknik menulis.

-latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf

tertentu.

-latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.

-latihan menekap huruf atau acuan perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

-latihan menulis huruf dalam suku kata.                    

-latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

Page 102: KEMAHIRAN MENULIS

-latihan menamakan gambar-gambar

-latihan menyalin frasa atau ayat.

-latihan menyalin ayat daripada buku.

Soalan 1 : Menjelaskan kemahiran menulis dan masalah tulisan.

1.0 Latar Belakang Kemahiran Menulis

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan

semula, ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia

merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang

individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran

tulisannya. Oleh itu, menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan

segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.

Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.

Membaca tidak mungkin ada kalau ada tidak ada tulisan dan begitulah juga sebaliknya.

Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya. Dan seseorang itu pula

berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.

Di sekolah-sekolah,aktiviti menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah

ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Walaupun pada dasarnya

membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi adakalanya kanak-kanak telahpun pandai

menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis

mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidal elok kanak-kanak disuruh menulis

sebelum dia tahu membaca.

Page 103: KEMAHIRAN MENULIS

Terdapat dua tujuan tulisan iaitu, tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta-merta

bertujuan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis

dengan baik, cekap dan pantas. Tujuan lanjut pula bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan,

pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan jiwa dalam

pemikiran, pengalaman dan perasaan seterusnya menyediakan mereka dengan pengetahuan ini

supaya dapat memenuhi kehendakdan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri

sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.

Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk

pelahiran. Kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-

murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan

untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran

penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan),

peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat

pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum

mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-

otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-

awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis,  mampu memahami dan mengetahui

cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih

membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran

mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitu tulisan

huruf cap dan tulisan sambung. Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan iaitu  lebih

Page 104: KEMAHIRAN MENULIS

mudah dibaca, mudah dipelajari, dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan,mudah

dituliskan dan memudah kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan sambung

pula adalah lebih cepat dituliskan, di samping sifat keindividualan dalam menulis mudah dilihat.

Jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan adalah keseragaman, persambungan, irama

dan pergerakan yang tetap. Dalam keseragaman, pergerakan tulisan biarlah sama. Galakkan

murid membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Bagi persambungan,

perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisah-pisahkan di antara satu sama lain.

Melalui irama, perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan

berasingan. Oleh itu,ia akan menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis dengan banyak.

Jenis kemahiran yang terakhir ialah pergerakan yang tetap. Pergerakan tulisan haruslah tetap,

tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang. Apabila seseorang penulis menjadi

matang dia akan menggunakan lengan untuk pergerakkan menulis. Semua kemahiran-kemahiran

tersebut amat penting dalam Pendidikan Disleksia.

Pendidikan Disleksia mempunyai beberapa komponen yang harus diambil kira dalam mengajar

murid-murid yang mempunyai masalah disleksia iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis,

kemahiran mengira, kemahiran lisan dan juga kemahiran ejaan (Monica McGuire,

2003). Kemahiran Menulis merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk

dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah

ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin

murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru

untuk mengajar.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang

telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin

Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang

tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Page 105: KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat

serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan ayat

yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Kemahiran menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala

isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan

murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima

pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi (Monica McGuire, 2003).

1.1  Konsep Menulis.

Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting

dalam kehidupan manusia pada hari ini. Mereka yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks

disebut sebagai penulis atau pengarang. Namun demikian, terdapat  istilah yang lebih khusus

digunakan mengikut jenis penulisan atau teks yang dihasilkan seperti novelis, jurnalis, penyair,

penterjemah dan sebagainya.

Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata

dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan

catatan yang memakai huruf. Menulis merujuk kepada aktiviti  menzahirkan  apa-apa  yang ada

dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks  yang dapat dibaca dan seterusnya difahami

oleh orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna dan maklumat yang

digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistik membezakan antara bahasa tulisan dengan bahasa

lisan memandangkan terdapat ciri  yang tidak sama antara kedua-duanya.

Page 106: KEMAHIRAN MENULIS

Konsep  menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid  menulis perkataan dan ayat serta

mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti

mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis merupakan gambaran

medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan satu set sistem tanda atau simbol

yang dikenali sebagai sistem tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti

melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti pita audio.

1.2  Definisi kemahiran menulis

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik  bagi

melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses

memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang

bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat

serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan

ayat  yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan

kemas. Kemahiran menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan

segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat

menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif

Page 107: KEMAHIRAN MENULIS

yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat

dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan  yang jelas dan kemas. Menulis adalah

proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara dengan

menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan

memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Menurut Yahya Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara

bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience dan gaya

penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Menurut Don Byrne, menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,

proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan pemikiran

ke dalam bahasa yang dapat di fahami.

Menurut Koh Boh Boon, menulis merupakan satu aspek yang penting. Sebahagian besar

kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan

merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik..

Menurut Ishak Haron, beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental

penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah

kemahiran penulisan secara mekanis.

1.3  Peranan Tulisan

Page 108: KEMAHIRAN MENULIS

Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu

dapat  melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik,  pantas dan cekap. Seterusnya, untuk

membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai

alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk membolehkan kanak-kanak

berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan

serta  matlamat hidup. Keempat, untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan

minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana

membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup

masa  kini.  Kelima,  untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair,

sajak lain-lain bentuk  puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,

perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.

Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk

pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai

pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca

manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat

kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

1.4  Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis

Peringkat   pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan),

peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran.

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis

sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.  Dalam tempoh masa ini,

latihan otot-otot, tangan dan jari serta  koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid

dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis,  mampu memahami dan

mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh

Page 109: KEMAHIRAN MENULIS

dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan

fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri

ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok

masyarakat.  Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-

benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh

meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat

contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot,

tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-

perkara berikut:

· Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting,

mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

· Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya

boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

· Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

Page 110: KEMAHIRAN MENULIS

· Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh

memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat

kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi

kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada

permukaan kertas kosong tanpa garisan.

Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula

dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif

Page 111: KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat

ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis

untuk menggunakan daya kreatif untuk :

· Membina ayat.

· Mengarang cerita.

· Mengarang pantun, sajak, teka-teki

· Menulis surat kiriman.

· Lain-lain yang berkaitan.

1.5  Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

         Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

         Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Page 112: KEMAHIRAN MENULIS

         Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan

perkataan

          Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul

          Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

         Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

         Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

         Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

         Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

         Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

         Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

         Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

Page 113: KEMAHIRAN MENULIS

         Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

         Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

         Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

1.6  Tujuan Kemahiran Menulis

Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan

pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul,

memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk

karangan dengan jelas dan berkesan.

Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai

bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka juga  berupaya

mengembangkan daya  cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis pelbagai karangan

dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi  kemahiran menulis yang perlu dicapai

ialah :

         Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan

baik, cekap dan pantas.

         Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat

dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca.

Page 114: KEMAHIRAN MENULIS

         Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-

tulisannya yang telah dicatat dan membaca buku-buku tambahan untuk menambah ilmu

pengetahuan.

         Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan  perasaan dengan sempurna

dalam bentuk tulisan.

         Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang .

         Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.

         Menyediakankanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

         Melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan dan lain-lain)

untuk merangsang pembelajaran.

Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri komunkasi,

iaitu :

         Ekspresif

Page 115: KEMAHIRAN MENULIS

Penulis menulis  untuk  tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan  sebagainya. Tujuan menulis

seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia hanya berfokus kepada

perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah

seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.

         Pemujukan

Menulis untuk  tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk memberikan kesan perasaan

dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh ditulis dengan pelbagai gaya bagi

memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi pembaca.

         Informatif

Menulis untuk tujuan informatif  merujuk kepada penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk

memberikan maklumat kepada pembaca.

         Kesusasteraan

Menulis untuk  tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu gayabahasa penulisan. Ia

menunjukkan cara elemen-elemen bahasa digunakan, termasuklah struktur dan pola pada

peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk

tujuan kesusasteraan.  Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan.

Sebagai contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca,

menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif.

Page 116: KEMAHIRAN MENULIS

 Tujuan menulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk

menguji kefahaman murid mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran

dan keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea

murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid. Kemahiran

ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia juga dapat

memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.

1.7 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia adalah

jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga

kategori, iaitu:  

1.    Aspek fizikal, 

2.    Aspek pembelajaran,

3.    Aspek pengamatan.

Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan anggota,

kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang  untuk  belajar,

keadaan  tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta

guru. 

Page 117: KEMAHIRAN MENULIS

Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis

dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika

peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat

tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada

peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan guru

kurangelok untuk dicontohi murid.

Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapatdibahagikan kepada tiga

iaitu:

(1) Pengamatan dan masalah pendengaran

(2) Pengamatan dan masalah penglihatan

(3) Kesukaran memahami konsep

(4) Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah utama yang berpunca daripada  pengamatan pendengaran adalah kelemahan dalam

mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti ’b’ dan’d’. Masalah ini bukan disebabkan  oleh kecacatan

yang dialami oleh pelajar. Selain itu,  masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh

menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. Antara

kerosakan alat pendengaran adalah:

Page 118: KEMAHIRAN MENULIS

a. Pekak konduktif – tidak mendengar bunyi yang bernada rendah

b. Pekak perseptif – tidak mendengar bunyi bernada tinggi

c. Pekak konduktif dan perseptif – masalah bercampur aduk

d.Pekak rekrutmen – mendengar bunyi yang kuat sahaja

e. Secretory otitis Media – masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat

getaran

         Pengamatan dan masalah penglihatan

 Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran

mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalahpembalikan huruf,

keliru dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n – u,p – q, 6 –

9 ). Manakala masalah penglihatan pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang

kurang jelas terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah penglihatan

adalah seperti:

a.Hypermetrophia atau rabun jauh

b.Myopi atau rabun dekat

Page 119: KEMAHIRAN MENULIS

c.Astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas

d.Strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan

e.Juling

         Kesukaran memahami kosep.

Masalah yang  dihadapi  adalah seperti keliru dengan huruf besar dan huruf kecil sehingga

mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk

abjad atau nombor bercetak dengan tulisan  tangan.

         Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tanganadalah seperti tidak dapat menulis atau

menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang

dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran

menentukankedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh

tangan akan meregang, manakala jika bukuterlalu dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan

membengkok ke belakang ketika menulis.

KEMAHIRAN BERBAHASA

Page 120: KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran Berbahasa

1.  Definisi

            Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud

kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa

maksud  mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka

definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian

seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.

Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk

menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya

baik.

            Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua

peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang

bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung

kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa,

seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar,

pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem

bahasa.

            Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang

didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar

mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih

dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu

proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

            kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks

yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi

bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan

unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.

Page 121: KEMAHIRAN MENULIS

            Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan murah

serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling

memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka

seseorang itu tidak akan dapat bertutur.

            Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui

lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu

menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat

atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis

dan mental.

            Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan

dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun,

dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan

berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut,

pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.

            Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam

bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan

yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan

penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.

2.  Konsep

            Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk kepada

kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan

seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea,

pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.

Page 122: KEMAHIRAN MENULIS

            Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti

pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan

menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik

sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat

memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga

seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan

berkesan dalam interaksi itu.

            Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan

sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis dengan menggunakan

pelbagai teknik bacaan.

            Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai

jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan

kemas.

            N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan

bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai

kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga menggambarkan bagaimana

kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu Chomsky. Dalam rajah perilaku ini,

menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui pertuturan dan pendengaran.

            Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan kecekapan

bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar. Pendengar akan menerima

dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni

menyampaikan data-data atau ayat-ayat kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh

digambarkan sebagai satu konsep kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan

mendengar.

            Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan

merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku

setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya.

Page 123: KEMAHIRAN MENULIS

Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek

fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh

mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai

dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi

yang lain.

            Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-

pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa

yang sesuai.

            kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut

dengan  jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-

ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.

            Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh kanak-

kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk

bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli

keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru

daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan

mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu

perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model

alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan

mendengar yang baik.

            Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi

penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna

yang tersirat, mengenal pasti ‘mood’ penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada

menggunakan logik atau propaganda.

            Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat

mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan

itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang

dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-

baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka.

Page 124: KEMAHIRAN MENULIS

Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan

pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang

berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas

secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

            konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca.

membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah

mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya

perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara

senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan

diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.

            Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat

bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini

mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan

juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan

mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara

mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan

bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.

            Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat

kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanak-

kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini

meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti

koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.

seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat.

            Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku kata,

perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan

yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan

pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan

bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna

daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.

Page 125: KEMAHIRAN MENULIS

            Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara

satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang

sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan

mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran

menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan

kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran

menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.

            Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk

membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan

tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk

keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada

tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

            Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertamanya

pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta kordinasi

tangan dan mata.

            Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf, menulis

huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan mengarang yang

dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan

kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan

tanda baca, kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait

dengan tatabahasa dan kemahiran menulis  karangan.

            Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru bahasa. Ajaran,

asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang kukuh dalam

perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu menunjukkan kepada murid

sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju, umpamanya bersama-sama menunjukkan

minat dalam bidang penulisan. Selain itu, guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan

dan menghargai setiap hasil penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang

negatif terhadap kelalaian dan kesilapan murid.

Page 126: KEMAHIRAN MENULIS

            Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat. Jika

murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh guru dan

pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat. Seterusnya itu, latihan

kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya kerana paksa.

3.  Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

            Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran.             Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah

seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan

Komunikatif.

            Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian

membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan

mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau

peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga

digunakan untuk mendapatkan kesimpulan.

            Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif.

Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama

ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain

manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan

sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah

pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi

mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah

Page 127: KEMAHIRAN MENULIS

terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif ,

kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah

yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti

teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih

tubi.

Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan

iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan

bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau

bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam

bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai

mengenainya. Dengan  berbuat  demikian guru  boleh

menentukan  fokus  utama  pengajarannya  sama  ada menguasai  menguasai

kemahiran  mendengar  atau  bertutur.    Paling penting  semasa  mengajar  aktiviti

mendengar,  guru  sebenarnya  juga mengajar  kemahiran  bertutur.  Sehubungan

dengannya,  tidak  terdapat perbezaan  yang  jelas  antara  strategi  pe ngajaran

mendengar  dan bertutur  itu,  bahkan  aktiviti  yang  dilaksanakan  itu  kerap  kali meliputi

kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini

ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi

ialah proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain

menegaskan bahawa pernyataan

lisan  itu merangkumi  semua  unsur  kefahaman  mendengar  dan  penggunaan unsur-

unsur  bunyi  bahasa  yang  betul  dalam  pola,  nada  dan intonasi  tertentu.

Pendekatan situasi  yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris

beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai

beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur

dalam sesuatu bahasa yang betul.

Page 128: KEMAHIRAN MENULIS

Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan

lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-

unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga

merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur

tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.

Pendekatan situasi  yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris

beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai

beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur

dalam sesuatu bahasa yang betul.

Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah  berlandaskan prinsip

pengajaran yang memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu

diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar

kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka

untuk bertutur.

            Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk

mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada

peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini

kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.

            Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza apabila murid-murid mempelajari

bahasa kedua. Guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa

sararan automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar menggunakan

alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan bahasa yang baru mereka pelajari.

            Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan

mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-

murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Penggunaan pita

rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.

            Dalam pendekatan situasi, kita boleh menjalankan aktiviti pengajaran kemahiran bertutur

seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh

Page 129: KEMAHIRAN MENULIS

guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan

tersebut.  Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya

lagi.

Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang

diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang

mempunyai  perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.

Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari,  dan malu dengan balu.

Dialog atau perbualan juga merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan

lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid

meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian juga dapat membantu murid-murid menguasai

kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut

rentak, nada yang betul.

Aktiviti seterusnya ialah latihan pandang dan sebut. Dalam aktiviti ini, gambar-gambar boleh

digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi

bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Sebagai

contoh carta bergambar,  bahagian filem dan slaid juga boleh digunakan sebagai alat peruturan.

Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik

permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka

untuk  memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru

dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat

kerjasama antara ahli kumpulan.

Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta

mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

Page 130: KEMAHIRAN MENULIS

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem

pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini

diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang

interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks

pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat

pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

            Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa

adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.

Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain.

Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid.

Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya

mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang

diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian

atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan

interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.

Pendekatan  komunikatif  cuba  m engatasi  masalah pengajaran  bertutur  yang

terdapat  dalam  pendekatan  situasi. Melalui  pendekatan  ini, penguasaan

kemahiran  bertutur  bukan  sahaja  meliputi  penguasaan  kemahiran kecil  untuk

menanggap,  mengingati,  menyebut  sistem  bunyi  dan  struktur dalam  sesuatu

bahasa,  tetapi  kemahiran  ini  juga  merangkumi  kebolehan  untuk menggunakan

unsur-unsur  tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa.  Ini bermakna,

pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran

bertutur  merangkumi  kecekapan  menggunakan unsur-unsur  bahasa  yang

terkandung  dalam  kemahiran  bertutur tersebut  serta  kecekapan  berkomunikasi dalam sesuatu

interaksi atau komunikasi bahasa.

Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi  kecekapan bahasa tetapi juga

kecekapan berkomunikasi, pendekatan  komunikatif mencadangkan bahawa  pengajaran bertutur

Page 131: KEMAHIRAN MENULIS

mestilah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur melibatkan  murid menguasai kecekapan

berbahasa dan  menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya

Dengan  demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.

Prinsip kedua pendekatan komunikatif ialah, guru perlu mendorong murid  berinteraksi dengan

rakan-rakan  mereka.  Justeru, komunikasi  sebagai  objektif  kemahiran  bertutur perlu menjadi

objektif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran

guru dalam bilik darjah.

 Prinsip ketiga ialah pembelajaran  kemahiran  bertutur melibatkan  proses  kognitif , sehubungan

dengannya guru perlu mendedahkan  murid  kepada pelbagai  situasi formal dan tidak formal

dalam  pengajaran dan pembelajaran  kemahiran  mendengar  dan bertutur.  Dengan

demikian,  murid  dapat  menggunakan  berbagai-bagai  strategi

komunikasi  yang  sesuai  dengan  situasi  bertutur tersebut. 

Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir  dan menggunakan berbagai-bagai bentuk

bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan  mesej  mereka  dengan

lebih berkesan.

Prinsip keempat ialah, guru  perlu membentuk hubungan yang positif antara  kalangan murid

dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran  yang boleh mendorong  murid

untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan.

Prinsip seterusnya menggambarkan sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih

berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang  perkara yang

dibincangkan. Dengan  demikian guru perlu mendedahkan murid  kepada pengalaman dan

pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar,  bahan bacaan dan bahan

rakaman menjadi semakin perlu.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan  situasi dan komunikatif dalam

pengajaran  kemahiran  bertutur. Kedua-dua  pendekatan  ini menggambarkan

dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-

murid  menggunakan  unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu

Page 132: KEMAHIRAN MENULIS

sebelum  menyuruh  murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan  kemahiran bertutur. Tanpa

latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran  berbahasa iaitu

bertutur dengan menggunakan bahasa yang  tepat dan berkesan. 

            Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur dapat diajar melalui dua pendekatan yang

sesuai iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi dan

pendekatan komunikatif yang mengutamakan kecekapan komunikasi iaitu ketepatan penggunaan

bahasa dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan

berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunukatif.

Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara

mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam

perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu

dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari

sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.

Pengajaran mendengar dan bertutur melalui kaedah terus ini memperlihatkan beberapa ciri yang

ketara, antaranya ialah murid digalakan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan

konteks penggunaan bahasa tersebut. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa

yang sukar tersebut, guru akan menghuraikan makan dengan menggunakan bahasa sasaran,

lukisan, lakoan, gerak laku dan lain-lain.

Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai.

Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang

dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi

mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-

langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media

elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih

murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi

memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan

nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.

Page 133: KEMAHIRAN MENULIS

Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan

baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam  pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika

murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran  berbahasa yang diajarkan itu di luar

bilik darjah.

Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang

digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan

perbualan yang telah ditetapkan. Bahan -bahan seperti  ini  mungkin  tidak sesuai digunakan

dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Kaedah  fonetik  atau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan

penggunaan  bahasa  dalam  konteksnya daripada  keperluan  menghafaz  rumus-rumus  bahasa

ataupun menghuraikan  ayat-ayat  secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,

perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-

unsur  bahasa  dalam  aktiviti  bertutur  itu  dikuasai  sebaik-baiknya oleh  murid sebelum mereka

dibenarkan  membaca bahan dalam konteks  bahasa yang dipelajari  itu. Bahan-bahan yang

digunakan dalam  pengajaran dipilih dan disusun  mengikut  prinsip-prinsip yang

terdapat  dalam  ilmu  linguistik. Justeru,

ketika  memilih  perkataan, kaedah  ini  mendahulukan  perkataan  yang  hampir-hampir sama

bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti ‘coffee’ dan kopi dan ‘bicycle’

dan basikal.

Manakala pemilihan ayat-ayat  pula dilakukan  berdasarkan bentuk  yang  sama juga seperti ‘ I

go to school’ saya pergi ke sekolah. Dengan  demikian  murid  boleh memahami  dan bertutur

dalam bahasa sasaran dengan  menggunakan sebutan  yang  baik. Guru bolehlah merancang

pengajarannya seperti menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran, murid dilatih

tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut, memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur

tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedah  ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan

memudahkan  murid  menjalankan latihan  bahasa, khasnya  latihan bertutur secara

intensif.  Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan

penulisan. Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid  mestilah diajar untuk

Page 134: KEMAHIRAN MENULIS

menggunakan  bahasa bukan  dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa ialah apa yang

dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan  prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. 

Kaedah ini juga beranggapan bahawa  pengajaran kemahiran bertutur

merupakan  proses  untuk  membentuk  kelaziman  pertuturan  murid. Dengan demikian, kaedah

ini mengutamakan penggunaan bahasa justeru  bahan sama ada yang digunakan atau

diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh  penutur  natif bahasa

berkenaan.  Pun demikian, unsur-unsur bahasa  asing  yang berbeza  dengan  bahasa  natif  akan

dilatihtubikan secara

intensif supaya  murid  dapat  membiasakan  dirinya  dengan  kemahiran bahasa berkenaan

dengan lebih mudah.   Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan

murid  memahami  kebudayaan  asing  melalui amalan  bahasa,  iaitu  melalui

kemahiran  bertutur.  Untuk memastikan  kaedah  ini  berjaya  dilaksanakan,  guru boleh

mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti murid mendengar dialog dalam bahasa asing.

Murid meniru dan menghafal dialog yang diberi atau diperdengarkan. Setelah menguasai

sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur

ayat, guru memberi rumus-rumus atau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah  ini  berjaya  menghasilkan  murid  yang  mahir  dalam kemahiran  bertutur.  Kaedah  ini  

juga  dianggap  sesuai  dengan kanak-kanak  kerana  mereka  suka meniru dan

menghafaz.  Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan

bahasa  dalam  konteks  yang  sebenar  kerana  situasi  penggunaan bahasa

tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. 

Kaedah  pengajaran  kemahiran  berbahasa  memerlukan  guru merancang

prosedur  atau  cara  untuk  menyampaikan  isi  kandungan  pelajaran dalam  bilik

darjah. Apabila  seseorang  guru  memilih  dan  menentukan  langkah-langkah

pengajaran, cara  penyampaian  isi  kandungan  pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai,

bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik  pengajaran yang paling  sesuai.

Page 135: KEMAHIRAN MENULIS

Meskipun setiap pendekatan dan kaedah

mempunyai  teknik  pengajaran  yang tertentu,  seseorang  guru  boleh menggabungkan beberapa

teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya

paling berkesan.

            Sebenarnya,  terdapat banyak  teknik  pengajaran kemahiran bertutur  yang boleh

digunakan  oleh  guru  untuk  mengajar  murid bertutur  dengan  fasih,  lancar  dan

tepat.  Antaranya ialah teknik latih tubi, bercerita, soal jawab, perbualan, dialog, perbincangan,

perbahasan, main peranan dan simulasi, sumbangsaran, drama, melapor cerita, permainan

bahasa, penyelesaian masalah dan tunjuk cara.

            Teknik pengajaran kemahiran berbahasa boleh dipraktik di dalam bilik darjah melalui

aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam teknik, pelbagai aktiviti yang boleh digunakan semasa

proses mengajar kemahiran berbahasa dalam bilik darjah. Antara teknik yang boleh dijalankan

ialah teknik latih tubi. Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi

bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog/perbualan yang akan ditiru

dan dihafaz oleh murid.

            Latih  tubi  penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi  fonem

dalam  perkataan  yang  mungkin  menimbulkan  masalah sebutan, dan pasangan minimal yang

boleh menghasilkan makna yang berbeza seperti ‘daki’ dan ‘laki’. Latih tubi pemintal lidah

bertujuan untuk  melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi  itu dengan betul dan tepat.

Biasanya latih tubi  jenis ini mengandungi bunyi-bunyi  yang menjadi  masalah kepada  murid.

Misalnya, kelemahan  menyebut fonem /p/  seperti ayat ‘pandang pandan tepi pagar depan

padang’.

Teknik nyanyian menggunakan seni kata lagu sebagai  bahan untuk ditiru dan dihafaz  oleh

murid-murid.  Aktiviti  nyanyian  dapat membantu murid  menguasai  kemahiran bertutur

kerana  menyanyi memerlukan  penyebutan  bunyi-bunyi  dengan  betul,  mengikut rentak dan

nada yang tertentu.

Teknik pandang dan sebut menggunakan gambar-gambar sebagai bahan  rangsangan untuk

menghasilkan  pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan  latih  tubi

Page 136: KEMAHIRAN MENULIS

bertutur  dengan menggunakan  gambar-gambar  yang  dimasukkan dalam  teks latihan.

Di  samping  itu, kad  imbasan bergambar, carta  bergambar, bahagian

filem dan slaid sering juga digunakan.

            Teknik interaksi sosial menfokuskan kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam

konteks sosiol/situasi tertentu. Ia dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,

perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya aktiviti ini di susun dari peringkat mudah

kepada peringkat yang lebih mencabar.

            Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya

kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah

malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan

lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu

serta pembelajaran yang berkesan.

Peringkat pengajian menulis:

Peringkat pengajian menulis terbahagi kepada 3 :

a) Peringkat pramenulis (persediaan)

b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

c) Peringkat untuk pelahiran

Peringkat Pramenulis

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid – murid disediakan dengan aktiviti – aktiviti

menulis sebelum mereka dapat menulis huruf – huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh

masa ini latihan otot – otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid

Page 137: KEMAHIRAN MENULIS

– murid dari awal – awal lagi. Keadaan ini membolehkan mereka menguasai kemahiran

membentuk lambang – lambang yang kemas, dan jelas. Pelajaran tulisan yang dirancangkan

haruslah sistematik, bertitik – tolak daripada aktiviti – aktiiviti pramenulis yang berbentuk bebas.

Latihan – latihan pratulisan ini mementingkan perkara – perkara berikut .

• Melakukan latihan – latihan pergerakan tangan

• Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna

• Melakukan latihan – latihan pergerakan mata

• Melakukan latihan – latihan kordinasi tangan dan mata

Contoh latihan

1) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

2) Latihan mengikut garisan – garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan

3) Latihan – latihan membentuk garisan lurus

4) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa menggunakan alat

tulis (lukis bulatan dari kecil ke besar)

5) Latihan melukis gambar – gambar yang mengandungi garisan – garisan lurus dan bulat,

6) Latihan membentuk corak – corak campuran bulatan dan garisan lurus dan ia dilakukan

dengan bebas 

Page 138: KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat mendirikan asas (peringkat tulisan mekanis)

Setelah murid – murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta

boleh duduk dengan cara yang betul. Mereka boleh dilatih membentuk lambang – lambang

tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak

mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah murid tersebut dilatih

membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf pada

kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar

hingga kepada lembaran satu garis.

Contoh latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis

1) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dlaam keadaan yang terkawal

2) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua

3) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris Saturday latihan membentuk lambing tulisan

dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan

yang seragam dan mudah dibaca.

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut, guru haruslah memberikan perhatian kepada

beberapa perkara.

a) Kanak – kanak harusdiperkenalkan pada lambang – lambang huruf dengan menggunakan

gambar

b) Sebelum dilatih menulis, latihan bebas perlu diberikan untuk membentulkan urat – urat daging

kanak – kanak

c) Kanak – kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama – nama huruf

Page 139: KEMAHIRAN MENULIS

d) Menggunakan kertas, mula – mula tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku

yang bergaris

e) Setelah kanak – kanak dapat menggunakan alat – alat dengan baik, barulah dilatih

menggunakan buku dan alat – alat lain yang sesuai

Contoh latihan

1) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

2) Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan

3) Memadankan dan menyalin dua suku kaata supaya menjadi perkataan yang bermakna

4) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan

5) Menyalin perkataan yang mudah

6) Menyalin ayat – ayat yang mudah

Peringkat Menulis untuk kelahiran

Setelah menguasai tulisan mekanis, murid- murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka

secara bertulis. Cara – cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu

berpandukan gambar – gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat – ayat

dan perenggan sehingga murid – murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Contoh latihan

1) Mengisi silang kata

Page 140: KEMAHIRAN MENULIS

2) Mengisi tempat kosong dalam ayat

3) Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

4) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberikan

5) Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

6) Membentuk ayat – ayat bagi menyudahkan ayat

7) Menulis ayat – ayat berdasarkan gambar – gambar yang disediakan

8) Menulis jawapan – jawpaan kefahaman

9) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan

10) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan (rujuk sukatan pelajaran BM sekolah

rendah)

NOTA BMM 3104 KEMAHIRAN BM (KEMAHIRAN MENULIS)

KEMAHIRAN MENULIS

Konsep Menulis

1)       Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat,

pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau

dengan diri sendiri.

Page 141: KEMAHIRAN MENULIS

2)       Kamarudin Hj. Hj. Husin (1988;178)

Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan

semua dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan

bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.

3)       Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu kemahiran

asas dalam penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang

terang, jelas dan lengkap.

4)       Juriah Long dan rakan-rakan (1990)

Menulis adalah satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan

berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik

5)       Raminah Hj. Sabran (1985 : 183)

Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-

bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami

maksudnya.

6)       Don Bryne (1979:1)

Page 142: KEMAHIRAN MENULIS

Kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau

gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa kita

bercakap 

     7) Rumusan

TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

a)        Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan

baik

b)       Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat

dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca

c)        Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca bahan-

bahan bacaan

d)       Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam

bentuk tulisan

e)        Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang

f)         Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan

bahasa dan tulisan

g)        Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Page 143: KEMAHIRAN MENULIS

Secara amnya terdapat dua tujuan kemahiran menulis

Tujuan serta merta

a)        Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan

baik, cekap dan pantas

b)       Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun

ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca

c)        Kanak-kanak dapat mengulangkaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan

yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya

d)       Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam

bentuk penulisan

e)        Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.

f)         Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan

bahasa dan tulisan

g)        Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Tujuan Lanjut

a)            Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan

Page 144: KEMAHIRAN MENULIS

b)            Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya

penulis melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang

sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan

c)             Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan

hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai

umumnya.

Jenis-jenis kemahiran menulis

a)      Kemahiran menulis secara mekanis

-          Peringkat awal

Page 145: KEMAHIRAN MENULIS

-          Hasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca

-          Menekap, buat corak, bentuk huruf

-          Bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas sebelum tulis huruf

-          Latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah :

1.      Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan, bulatan, segi-segi, bentuk

awan larat dan sebagainya.

2.      Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya

3.      Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan

perkataan

4.      Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.

5.      Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak

6.      Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca

7.      Melatih menulis cantik

     Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)

               Diajar setelah kanak-kanak menguasai kemahiran   mekanis.

a)      Latihan pernyataan fikiran atau pendapat

b)     Latihan pernyataan perasaan

c)      Latihan pernyataan kehendak

Page 146: KEMAHIRAN MENULIS

d)     Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli

Kemahiran Dalam Penulisan

Terdapat 6 peringkat dalam kemahiran menulis

a)      Kemahiran mekanis

-          kemahiran membentuk huruf

-          dilatih guna tanda baca

-          selepas latihan huruf cerai, murid diasah dengan kemahiran huruf sambung

b)     Kemahiran mengeja

-          disepadukan dengan kemahiran membaca

-          Proses pembinaan konsep

c)      Kemahiran menulis perkataan dan  Kemahiran tatabahasa

-          menggunakan tatabahasa dengan tepat dan berkesan dalam menulis

-          menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks

-          membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam penulisan  

d)     Kemahiran mengumpul, memilih da menyusun isi

-          dapat menyusun fakta dengan berkesan

-          dapat memilih dan mentusun pengalaman sendiri

-          membuat rangka untuk tujuan penulisan

Page 147: KEMAHIRAN MENULIS

e)      Kemahiran menggunakan gaya bahasa

-          aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan kegunaan bahan yang ditulis

-          kesesuaian bahasa yang digunakan dalam penulisan

f)       Kemahiran membuat pertimbangan

-          kebolehan murid menentukan penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk jenis-jenis

penulisan yang berlainan

Panduan merancang Kemahiran Menulis

Semasa merancang kemahiran menulis guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa

perkara :

a)          Murid menghasilkan penulisan yang lebih  baik dalam persekitaran yang tidak formal

b)          Murid sekolah rendah lebih selesa menulis pengalaman sendiri, hal-hal keluarga dan

kawan-kawan

c)           Proses menulis dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pramenulis, menulis dan menyemak

d)          Menulis dilakukan untuk beberapa tujuan

e)           Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila menulis

Page 148: KEMAHIRAN MENULIS

f)           Kualiti penulisan murid akan meningkat melalui latihan yang kerap dan banyak

Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis                        

a)      Peringkat Pramenulis

b)     Peringkat Mendirikan Asas

c)      Peringkat untuk Pelahiran

Peringkat Pramenulis

-Tempoh masa murid disediakan dengan aktiviti menulis

-Latihan pergerakan tangan

-Menguasai gerak tangan yang bebas

-Latihan pergerakan mata

-Latihan kordinasi tangan dan mata

Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis

a)      Latihan mengikut garisan rajah dari kiri ke kanan

Page 149: KEMAHIRAN MENULIS

b)     Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya

c)      Latihan membentuk bulatan tanpa menggunakan alat tulis

d)     Latihan gerak jari

e)      Latihan membentuk garisan lurus

f)       Latihan membentuk corak campuran

g)      Latihan melukis gambar yang ada garisan lurus dan bulatan

Panduan Mengajar Peringkat Pramenulis

Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menulis

-          mengenal huruf dan bentuk-bentuk huruf

-          peringkat model (peniruan)

-          peringkat menghafal dan latih tubi (nama sendiri)

Guru mengajar cara kedudukan badan, kertas dan pensil

-          duduk dengan selesa, siku di atas meja

-           letakkan kertas di atas meja

-          Pensil dipegang dengan mengambil kira keadaan jari

Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf   

-          menyalin model huruf

Page 150: KEMAHIRAN MENULIS

-          menulis huruf di atas garis lurus

-          huruf berbentuk lurus ditulis dari atas

-          huruf bebentuk bulatan ditulis pusingan lawan jam

-          semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan

-          ruang huruf berbenuk bulat didekatkan

-          ruang huruf yang lurus hendaklah dijauhkan

-          ruang antara perkataan dijarakkan satu jari

-          menulis di atas garisan

Guru menolong pelajar mengenal pasti kesalahan mereka semasa menulis

-          Kesalahan dari segi bentuk huruf

-          Kesalahan dari segi ruang, perlu jarak atau rapat

-          Kesalahan dari segi saiz

-          Kesalahan dari segi susunan

Guru perlu sedia pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis pelajar

     Peringkat Mendirikan Asas

Page 151: KEMAHIRAN MENULIS

Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensil, duduk dengan

betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

-          Peringkat awal murid diajar membentuk huruf di atas kertas kosong.

-          Jika guru berpuas hati, ajar menggunakan halaman bergaris

-          Langkah berikut perlu diambil kira

a)        latihan membentuk bulatan dan garis lurus di atas garisan

b)        latihan menulis huruf di atas kertas garis tiga

c)         latihan menulis huruf di atas kertas garis dua

d)        latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul dan seragam serta mudah

dibaca

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut perkara berikut perlu diambil kira.

a)      Murid harus diperkenalkan dengan lambang huruf menggunakan gambar

b)     Sebelum latihan menulis , beri latihan bebas unuk membetulkan urat-urat daging

c)      Kanak-kanak menulis sambil mengeja atau menyebut nama huruf

d)     Menggunakan kertas dahulu, kemudian barulah guna buku yang bergaris

e)      Setelah murid boleh menggunakan alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku

dan alat-alat lain yang sesuai

Page 152: KEMAHIRAN MENULIS

Aktivti-aktiviti yang dicadangkan

a)      Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

b)     Menulis huruf mengikut urutan

c)      Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna

d)     Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan

e)      Menyalin perkataan yang mudah

f)       Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

Peringkat Latihan Menulis (Imlak)

a)      Ejaan

-          Guru perlu pilih perkataan yang sesuai

-          Berlandaskan perbendaharaan kata mereka

-          Perkataan yang pernah didengar

-          Peringkatkan. Bermula yang mudah kepada yang lebih susah

-          Jumlah perkataan jangan terlalu banyak

-          Boleh gunakan aktiviti mengeja selepas aktiviti bacaan

-          Harus dilakukan secara lisan , kemudian dilakukan secara bertulis

-          Sebaik-baiknya guru dedahkan dahulu perkataan tersebut

Page 153: KEMAHIRAN MENULIS

-          Guru sebut dua kali barulah murid menulis

-          Perkataan yang ditulis haruslah diperiksa oleh guru atau secara berpasangan

b)     Rencana

-          Satu cara untuk memperkukuh kemahiran membaca dan menulis

-          Tujuan supaya murid mahir mendengar mengeja dan menulis

-          Bahan-bahan rencana hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak

dipelajari

-          Beri juga perhatian terhadap tanda baca

Aktiviti rencana

1.      Guru edar bahan daripada buku teks,majalah, petikan dan sebagainya. Murid diminta

membaca, mengecam dan menulis semula

2.      meminta murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman

3.      menukar karangan pendek atau petikan bercetak dari tulisan jawi ke dalam tulisan rumi

              Cara Menjalankan

-          Murid diberi petikan dan diminta membaca

-          Guru pilih bahagian-bahagian tertentu untuk direncanakan

-          Guru sebut ayat-ayat sama ada secara lisan atau rakaman dan murid diminta menulis

Page 154: KEMAHIRAN MENULIS

-          Unsur yang dilihat dalam rencana ialah ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk

huruf dan tanda baca

-          Periksa kerja murid. Beri markah. Setiap kesalahan perlu dibincangkan

-          Sebaik-baiknya dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan

  Peringkat Untuk Pelahiran                             

Setelah menguasai peringkat pramenulis dan mendirikan asas murid-murid hendaklah digalakkan

melahirkan fikiran secara bertulis.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah ;

a)      Mengisi silang kata

b)     Mengisi tempat kosong dalam ayat

c)      Melengkapkan ayat

d)     Menulis ayat berdasarkan perkataan

e)      Memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kata

f)       Membentuk ayat bagi menyudahkan cerita

g)      Menulis ayat berdasarkan gambar

h)     Menulis jawapan pemahaman

i)        Menulis rencana bagi bahan yang diperlihatkan

j)       Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan

k)     Menulis cerita

Page 155: KEMAHIRAN MENULIS

l)        Mencipta puisi

Langkah-langkah dalam mengajar tulisan

a)      Motivasi- beri kesedaran kepada murid tentang tujuan penulisan

b)     Persediaan- Pastikan murid sudah bersedia untuk menulis, peralatan dan sebagainya

c)      Persembahan

d)     Tunjukkan peringkat atau langkah menulis kepada murid. Sila dapatkan perhatian murid

e)      Pelaksanaan-Guru perlu beri bimbingan semasa mereka menulis

f)       Penilaian- Pilih kerja terbaik dan beri peneguhan. Tunjukkan kepada rakan-rakan yang

lain 

JENIS-JENIS PENULISAN

Terbahagi kepada 5 jenis iaitu

a)      Terkawal

Page 156: KEMAHIRAN MENULIS

b)     Separa terkawal

c)      Berpandu

d)     Separa berpandu

e)      Bebas

Terkawal

-          Karangan peringkat asas.

-          Isi dan bahasa dikawal oleh guru

-          Susunan dikawal ketat

-          Hampir menyerupai peringkat menyalin

-          Tujuan untuk kurangkan kesilapan

-          Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting

          - Peringkat meniru dan menyalin

-          Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan ransangan

-          Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin dengan

betul.

-          Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat

-          Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur

-          Contoh latihan peringkat ini

Page 157: KEMAHIRAN MENULIS

i-                    menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosa

ii-                  meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran kecil

iii-                menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentang format

Separa Terkawal

Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya

Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.

Terdapat 2 peringkat iaitu :

a)      Peringkat mengingat kembali

-          menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang ditulis, didengar dan

dilihat.

-          Contoh latihan

i) Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis semula.

ii) guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semula

iii)Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang dilihat

b)     Peringkat menggabung

-          Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan tetapi juga pemikiran

-          Contoh latihan

i) Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca cerita. Kad ditanggal dan

dicampuradukkan. Murid susun semula kad kemudian menulis mengikut urutan.

ii) Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan jawapan

Page 158: KEMAHIRAN MENULIS

iii) Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu menyusun semula menjadi sebuah

cerita lengkap

iv) Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang lengkap.

Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis. Contohnya

ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid perlu menulis ayat

berdasarkan gambar tersebut.

Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta, iklan, rajah,

jadual dan sebagainya.

Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid-murid akan

membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat dalam bahan tersebut.

Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.

Separa Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid menulis. Namun

tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid hanya

menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk atau gambaran untuk mendapatkan idea-idea

untuk menulis.

Page 159: KEMAHIRAN MENULIS

Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema atau tajuk yang diberi pada bahan ransangan

tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil daripada bahan ransangan. Contoh  bahan

ransangan ialah gambar kemalangan : Murid-murid boleh membina ayat-ayat atau menulis

karangan berkaitan ‘Kesan-kesan kemalangan’ atau ‘Punca-punca kemalangan’

Bebas

Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula

boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini murid-murid diberi tajuk-

tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak

ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis.

Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal

yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang

dilakukan.

Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan puisi, karangan

fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu merangkumi gambaran

suasana, peristiwa, benda dan perwatakan

Pada peringkat awal mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk

mendapatkan idea-idea untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan

1.0 PENGENALAN

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua

Page 160: KEMAHIRAN MENULIS

kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan

lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua

komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling

melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.

Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam

memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang

dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis

kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang

disebutkan dengan kemahiran bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam

menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan pengetahuan

terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali

pengajaran menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada

pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita

akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang

mempunyai masalah pembelajaran.

2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA

Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahiran-kemahiran

yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga kemahiran iaitu

kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis seperti yang dapat lihat dalam

rajah 1 berikutnya.

KEMAHIRAN BERBAHASA

Kemahiran Lisan ; mendengar dan bertutur

Page 161: KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran Menulis

Kemahiran Membaca

Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran berbahasa

2.1 Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan

memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,

perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah

kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).

Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana

merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Justeru, kita akan melihat apakah

yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar ini dan beberapa lagi aspek tentang kemahiran

berbahasa.

2.1.1 Definisi kemahiran mendengar

Page 162: KEMAHIRAN MENULIS

Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi

bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti

pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang

memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987)

menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di

otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang

psikologi.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati,

mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada situlah timbulnya celik akal.

Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya

dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses

pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan  yang menggunakan  organ bersama- sama dengan

saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya  proses

pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

2.1.2     Peringkat kemahiran mendengar

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran

pertengahan dan kemahiran peringkat maju.

Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah mengecam bunyi,

mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar dan menyebut

perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta

atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah,

memadankan perkataan dan ayat dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.

Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran mengecam dan

mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat khusus, mengenal urutan,

Page 163: KEMAHIRAN MENULIS

mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi ( perhubungan orang yang berinteraksi )dan

mengenal sikap dan perasaan oang yang bercakap dan sebagainya.

Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-fungsi

tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau

perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu.

2.1.3 Aktiviti kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar

bersesuaian dengan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang pertama

iaitu setelah akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid dapat mendengar

pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks  perbualan

harian dan formal.

Aktiviti pula ialah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat

menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga

terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap

pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar

mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan

yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang,

lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan

yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat

mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh

dilakukan kepada para pelajar.

Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat

yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan

kesannya. Contoh- contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah

dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas

belulang.

Page 164: KEMAHIRAN MENULIS

Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang

mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set

perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar

berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan

huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai.

Soalan 1 :

A = buku, B = kuku, C = duku

Rajah 2 : Gambar buku, kuku dan duku

Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh

dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa

yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh

dijalankan dengan , antaranya ialah :

I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.

II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama.

III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan

2.2 Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa.

Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai

kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran

mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara satu dengan yang

lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran

Page 165: KEMAHIRAN MENULIS

mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas,

dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang

dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang

kemahiran ini, kita terus melihat aspek-aspek kemahiran bertutur ini.

2.2.1 Definisi kemahiran bertutur

Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah

kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan

pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang

betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang

nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini

akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini

amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini

juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Nor aina dani (2007), pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang

dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu

dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar

bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur  dipengaruhi

aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan

memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang

lain.

2.2.2 Objektif Bertutur

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran bertutur diajarkan

kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran

dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti

perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.

Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan

Page 166: KEMAHIRAN MENULIS

betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran

dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid:

      Menyebut dengan jelas

      Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi

      Menunjukkan arah

      Bertemu ramah

      Memberikan penerangan dan memberi alasan

      Membina soalan untuk mencari maklumat

      Bertukar-tukar pendapat dan maklumat

      Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat

      Bertutur secara bertatasusila

      Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi

2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertuturan

Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasan yang mana

kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-

kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih lewat

kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepat bercakap. Ini membuktikan bahawa

kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur

dengan baik.

Page 167: KEMAHIRAN MENULIS

Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat

sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-

kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Selain itu

ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia.

Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti

kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.

Di samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan bahasa kanak-

kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan pertengahan didapati

boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik dariapda kanak-kanak keluarga

bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan

bahasa ahli-ahli keluarganya. Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian

yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-

kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang berkaitan

dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih

baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua

sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu

menggangu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama

dengan sistem bahasa sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan

baik dalam bahasa tersebut.

2.2.4 Aspek-aspek pertuturan

Terdapat beberapa aspek penting yang harus kita beri perhatian dalam kemahiran bertutur.

Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan juga

laras bahasa.

Page 168: KEMAHIRAN MENULIS

Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata,

perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan

tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul

mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata

atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan

pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan

'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada

pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris

dan Arab. Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-

elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang

diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang

berbeza jika ia digunakan.

Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la

kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama

dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang

dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya

mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang

menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau

suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa,

So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak

bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.

Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk

membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. La terdiri

daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya

aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau

bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud murid-

murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka

tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung

Page 169: KEMAHIRAN MENULIS

Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur

dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayatayat

yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati

yang terpelajar. Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa

dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-

murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan

berkomunikasi secara berkesan.

2.2.5 Peringkat kemahiran bertutur

v  Melafazkan pengucapan bertatasusila.

v  Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.

v  Menyoal untuk mendapatkan maklumat .

v  Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.

v  Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.

v  Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

v  Memberi arahan.

v  Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.

v  Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

Peringkat Pertengahan

Page 170: KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat Awal 

v  Membuat deskripsi tentang objek atau gambar

v  Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.

v  Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.

v  Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.

v  Membaca iklan dan peraturan-peraturan.

Page 171: KEMAHIRAN MENULIS

v  Memberi ucapan pendek dan mudah.

v  Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.

v  Memberi komen secara mudah.

v  Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat Maju

v  Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan

sebagainya.

v  Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.

Page 172: KEMAHIRAN MENULIS

v  Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.

v  Bertanya untuk mendapatkan maklumat.

v  Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.

v  Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.

v  Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).

v  Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain.

v  Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.

v  Mendeklamasi puisi.

Page 173: KEMAHIRAN MENULIS

Rajah 3 : Peringkat-peringkat kemahiran mendengar

2.2.6     Pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur

Dalam pemilihan bahan untuk mengajar kemahiran bertutur, seseorang guru boleh memilih alat

atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria seperti yang berikut iaitu bahan

yang sedia ada, kesesuaian dengan objektif pengajaran dan keberkesanannya.

Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu yang pertama

ialah guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-

baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya ; guru menaikkan dan

menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi

dalam pertuturan ; guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan ; dan, guru

menggunakan papan tulis untuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid

apabila berrtutur.

Kedua ialah objek sebenar iaitu objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan

bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid ; mengaitkan konsep dengan bunyi,

contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti

radio dan pita rakaman ; mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku.

Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar.

Contoh ini boleh dutunjukkan atau didengari melalui alat audio dan visual seperti television,

vedio, filem dan transperansi ; dan, bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai

warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara

kreatif sebagai bahan bertutur.

Akhir sekali ialah penggunaan gambar yang mana guru digalakkan mempunyai fail untuk

menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Sama

ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan ransangan untuk murid-

Page 174: KEMAHIRAN MENULIS

murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah

sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.

2.2.7 Aktiviti-aktiviti bertutur

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temu bual dan lain-

lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan

atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan

sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipratikkan.

Aktiviti-aktiviti di atas bolelah dijadikan ransangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti

lanjutan di dalam kelas.

Salah satu contoh aktiviti yang dipilih bagi kemahiran bertutur ini ialah aktiviti berbual. Guru

menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak

semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru

menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa perbincangan

dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceeritakan hal dirinya atau keluarganya

atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan

menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid

bercerita, guru menyusun strategi. Antara strategi yang boleh guru laksanakan ialah pertama,

guru boleh menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu

dan yang kedua, pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk

dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan tajuk itu

disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang

dirancangkan itu Contohnya aktiviti perbualan tersebut ialah seperti berikut :

Tajuk : Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

Page 175: KEMAHIRAN MENULIS

Langkah pelaksanaan adalah seperti berikut :

i)             Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan

dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian tertentu

seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi.

ii)            Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem,

bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan sebagainya.

iii)           Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas misalnya ;

v  Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem, telegram, bungkusan

dan lain-lain.

v  Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.

v  Tetapkan murid-murid yang akan memegang paranan sebagai pembeli, penghantar surat,

penghantar bungkusan dan sebagainya.

v  Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki contohnya:

·         Minta beli setem

·         Bertanyakan harga setem

·         Minta borang telegram.

·         Hendak menyimpan wang

iv)           Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan harga-

harganya( misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, RM 1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai

dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia ada pada murid-murid.

v)            Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang digunakan.

vi)           Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan

dalam aktiviti yang akan dijalankan.

Page 176: KEMAHIRAN MENULIS

vii)         Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam aktiviti

itu.

viii)        Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.

ix)           Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semual

apa yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi.

x)            Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian tentang

apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.

xi)           Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai ransangan pelajaran lisan untuk

aktiviti selanjutnya.

2.3     Kemahiran membaca

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan

daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,

seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi

pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Selain itu, penguasaan kemahiran membaca juga akan

dapat membantu dalam menguasai kemahiran menulis. Kita terus sahaja melihat kepada apa

yang disebutkan sebagai kemahiran membaca ini.

2.3.1 Definisi kemahiran membaca

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”,

membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara.Membaca juga bermaksud menyuarakan

tulisan,mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

Menurut Kamarudn Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”,

konsep kemahiran membaca pula mengikut fahaman dahulu,membaca ialah semata-mata

memindahkan tulisan kepada suara.Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika

mereka boleh menyuarakan tulisan dengan walaupun tidak faham lagi isi yang dibacanya

Page 177: KEMAHIRAN MENULIS

Namun begitu,mengikut pendapat Pumfrey (1977) di dalam buku  Pengajian Melayu 1:Ilmu

Bahsa dan Kecekapan Berbahasa membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik;iaitu

membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang

dibaca,tetapi ia adalah lebih daripada itu. Pumfrey menyatakan membaca ialah satu proses

pemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan membaca seseorang itu mesti dapat membina

kebolehan menilai,mengulas dan mngkritik apa sahaja yang dibaca dengan tepat,memahami

kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling,membina sikap dan cita-cita serta fikiran

yang terbuka dan positif.Psikolinguistik kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan

bahawa membaca adalah satu aktiviti mengenal kata-kata dengan cara menyembunyikan(dalam

hati) dan kemudian menarik maksud kata-kata itu.

2.3.2     Tujuan Membaca

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, 

tujuan membaca mempunyai dua bahagian iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan

serta-merta membolehkan murid-murid membaca dan memaham perkara yang dibaca.Boleh

membaca bermaksud boleh membaca dengan cepat,tidak teragak-teragak,boleh membaca dengan

serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang.Boleh memaham pula bereti

boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.Ini bermaksud murid-murid

memberi buah fikiran mereka sendiri,menggunakan perkataan-perkataan sendiri untuk

menyatakan apa yang dibacanya.

Manakala, tujuan lanjut pula sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar

dari sekolah.Ini bermaksud tanpa pembelajaran daripada guru murid-murid masih boleh

menyambung pelajaran dengan banyak membaca. Boleh dikatakan tujuan lanjut ini bermaksud

seseorang murid itu akan meneruskan amalan membaca untuk mendapat ilmu pengetahuan.

2.3.3 Peringkat-peringkat kemahiran membaca

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, 

kemahiran membaca terdapat lima peringkat iaitu:

Page 178: KEMAHIRAN MENULIS

a)    Peringkat menyediakan murid.

b)    Peringkat mendirikan asas.

c)    Peringkat melatih membaca dan memaham.

d)    Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan.

e)    Peringkat membina dan meperkukuhkan sikap gemar membaca.

2.3.4     Jenis-jenis Kemahiran Membaca

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, 

terdapat dua jenis bacaan di dalam kemahiran membaca iaitu bacaan bersuara( bacaan mekanis)

dan bacaan senyap (bacaan akaliah). Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang

menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,dengan intonasi dan irama mengikut

gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.Selain itu,ia juga disebut

sebagai membaca oral,membaca ulat dan membaca nyaring. Tujuan bacaan mekanis ini

diperkenalkan untuk membolehkan murid-murid membaca dengan lancar,cekap dan pantas

dengan diiringi sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Cara melaksanakannya guru haruslah

memberi satu petikan dalam satu masa tertentu untuk bacaan,sesuai dengan kebolehan dan umur

murid-murid.

Bacaan akaliah/senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan

kepada maknanya tanpa mengelurkan suara.Ia juga disebut sebagai membaca di dalam

hati.Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory)

dan pengaktirafan mata dan ingatan. Tujuan bacaan senyap untuk melatih murid-murid supaya

boleh membaca sendiri dan memahami apa yang dibacanya.Ini juga untuk melatih mereka

supaya dapat membaca secara senyap dan pantas. Cara melaksanakannya pula bahan-bahan yang

disediakan haruslah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang

kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.

Page 179: KEMAHIRAN MENULIS

2.3.5 Aktiviti Kemahiran Membaca

Aktiviti 1: Buat Seekor Ulat Buku

Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh

disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.

Aktiviti 2: Rakan Membaca

Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya

boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.

Aktiviti 3: Mendirikan Satu Program Membaca

Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana

bahan dapat diperolehi.

Aktiviti 4: Menghayati Puisi

Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang

dirasai dan sebab mereka berasa begitu.

Aktiviti 5: Khemah Membaca

Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja

projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.

2.4 Kemahiran menulis

Page 180: KEMAHIRAN MENULIS

Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui

tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi yang paling tinggi dan kompleks.

Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan

dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan

membentuk konsep-konsep. Tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk

menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.

Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu

menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis

untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan

idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan

difahami oleh orang lain. Di sini, kita akan melihat beberapa aspek tentang kemahiran menulis

iaitu dari segi definisi, jenis, peringkat dan contoh aktiviti dalam kemahiran menulis.

2.4.1 Definisi

Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan

dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses

memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi

yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall (1968) pula menerangkan bahawa tulisan

adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi dan merupakan alat untuk

melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat.

Menulis berkait rapat dengan membaca.

Marohaini Yusoff (2004) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan

dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat

atau idea kepada pembaca. Beliau menambah yang mana menulis juga ialah penggunaan huruf-

huruf atau gabungan huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa

bercakap. Dalam hal ini, kita dapat memahami bahawa tulisan merupakan satu bentuk pelahiran

perasaan yang kita hasilkan atau keluarkan. Dalam maksud lain, apabila kita menyatakan sesuatu

melalui pertuturan ataupun perasaan serta pemikiran kita, pertuturan, perasaan dan pemikiran

tersebut dizahirkan atau diungkapkan dalam bentuk lambang-lambang tulisan.

Page 181: KEMAHIRAN MENULIS

Kesimpulannya, tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan ke dalam

bentuk grafik untuk melahirkan perasaan.

2.4.2 Jenis-jenis penulisan

JENIS-JENIS

PENULISAN

Penulisan Mentalis

Penulisan Mekanis

Rajah 4  : Jenis-jenis penulisan

Chomsky (1957) menjelaskan bahawa kemahiran menulis secara kasarnya terbahagi kepada dua

iaitu secara mekanis dan secara mental iaitu pelahiran seperti yang dapat kita lihat dalam rajah di

atas. Harus dikuasai supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah

dibaca. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran ini ialah

latihan pergerakan tangan,otot dan jari atau membuat garisan,bulatan,segi-segi dan sebagainya,

tunjukkan cara pergerakan tangan,menulis di pasir dan di papan tulis, bermain dengan benda-

benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis huruf dan perkataan,

mengawasi tulisan murid tentang bentuk,jarak,saiz,kekemasan dan kebersihan, melatih menulis

cepat,jelas dan senang dibaca dan melatih menulis dengan cantik.

Page 182: KEMAHIRAN MENULIS

Menurut Chomsky (1957) lagi, jenis kemahiran ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak

mendapat kemahiran mekanis yang mana banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental

yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis ini ialah latihan pernyataan fikiran

atau pendapat, latihan pernyataan perasaan, latihan pernyataan kehendak dan latihan

mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

2.4.3 Peringkat-peringkat kemahiran menulis

Menurut Chomsky (1957), peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada

tiga iaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Pra tulisan merupakan satu

peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi

menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh

kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan

benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda

tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke

peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan

latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan

perkara-perkara berikut iaitu, melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui

aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai

gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis

dengan sempurna dan selesa, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari

atas ke bawah dan, melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Chomsky (1957) menambah, peringkat tulisan mekanis berlaku setelah kanak-kanak melalui

proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk

yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan

kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis

murid-murid diminta. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.

Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula

dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.

Page 183: KEMAHIRAN MENULIS

Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iaitu peringkat yang merupakan peringkat tertinggi

dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran

yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk membina ayat,

mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.

2.4.4     Jenis-jenis kemahiran menulis

Jenis kemahiran menulis yang pertama ialah kemahiran menulis secara terkawal. Dalam jenis

kemahiran menulis ini, karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang

terdapat dalam kemahiran menulis secara terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk

mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan

idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh aktiviti bagi jenis penulisan ini

ialah seperti berikut iaitu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan

yang disediakan dan menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi

sebuah karangan lengkap.

Jenis kemahiran menulis yang kedua ialah kemahiran menulis secara separa terkawal yang mana

karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya

pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.

Contoh aktiviti bagi jenis kemahiran menulis ini ialah menggantikan beberapa perkataan yang

telah dipadamkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah disediakan.

Jenis kemahiran menulis berikut ialah kemahiran menulis secara berpandu iaitu satu penulisan

karangan berdasarkan panduan guru. Contohnya ialah menulis semula cerita/petikan yang

dibaca, menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk dan

menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan

atau sebaliknya. Seterusnya ialah kemahiran menulis secara separa berpandu iaitu penulisan yang

mana merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.

Contoh aktiviti ialah seperti menulis semula cerita yang diperdengarkan, menyudahkan cerita,

menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal, menulis karangan daripada

Page 184: KEMAHIRAN MENULIS

perenggan atau isi-isi yang disediakan dan menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang

diberikan.

Akhir sekali ialah jenis kemahiran menulis bebas yang mana jenis karangan ini memberi

kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan

menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut iaitu naratif : cerita,

berita, laporan, rencana, ulasan ; argumentative : bahas, perbincangan, kritikan ; deskriptif:

gambaran, peristiwa, benda, perwatakan ; kreatif: puisi, cerpen, drama ; dan, imaginatif :

pengalaman

3.0 PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau juga dikenali sebagai FPK dan Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah merupakan antara dua dokumen yang menjadi sumber rujukan dalam

pendidikan negara kita. Dalam kata lain, kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada sebarang

pelaksanaan program pendidikan dalam negara kita selain menentukan bentuk dan sistem

pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Kedua-dua dokumen yang

merupakan menjadi sumber rujukan ini adalah dokumen yang sangat penting bagi sistem

pendidikan negara kita. Dengan yang demikian, kita akan melihat kedua-dua dokumen ini dari

segi konsep dan pernyataan yang terkandung di dalamnya. Setelah itu, kita akan melihat

perkaitan pernyataan yang terkandung di dalam kedua-dua dokumen ini.

3.1 Falsafah pendidikan kebangsaan

Page 185: KEMAHIRAN MENULIS

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah

suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,

dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan

untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara.

            Daripada apa yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, kita dapat

memahami bahawa pendidikan dianggap sebagai wahana dalam mempertingkat dan

memperkembangkan potensi dalam kalangan murid-murid. Dalam memperkembangkan potensi

tersebut, individu yang ingin dibentuk mestilah seimbang dari semua segi seperti jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial. Tunjang utama yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ini ialah kepercayaan kepada tuhan. Kepercayaan kepada tuhan ini penting bagi

memastikan seseorang individu dipandu dengan nilai-nilai dan etika yang baik dan murni.

Dengan yang demikian, individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan tinggi akan dapat dibentuk dan memberikan sumbangan

terhadap pembangunan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

3.2 Objektif sukatan pelajaran

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

sekolah rendah murid dapat :

Page 186: KEMAHIRAN MENULIS

i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam

konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;

iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan

membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik

membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara

kritis;

v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran

berterusan;

vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai

murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan

menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang

betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu;

dan

x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan

cinta akan negara.

Page 187: KEMAHIRAN MENULIS

3.3 Perkaitan Falsafah Pendidikan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang

bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan

bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa

Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal

bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata

pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, huraian sukatan pembelajaran

telah digubal bertujuan untuk memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan

pembelajaran yang berkesan.

            Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran

asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari tahun 1 hingga tahun 6.

Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur,

kemahiran membaca dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis

bahasa Melayu.

4.0 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi

keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.  Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkara

yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafah pendidikan

kebangsaan. Salah satu jenis kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran bernilai tambah yang

mana merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran

Page 188: KEMAHIRAN MENULIS

berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar.

Kemahiran ini yang merangkumi pelbagai subkemahiran di bawahnya dapat membantu

meningkatkan keupayaan atau potensi pelajar daripada segala aspek. Sungguhpun semua

kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, namun, guru masih tidak

dapat menggunakan kemahiran ini sepenuhnya. Di sini, kita akan melihat apakah yang

dimaksudkan dengan kemahiran bernilai tambah itu dan subkemahiran yang terdapat di bawah

kemahiran bernilai tambah.

4.1 Definisi dan konsep

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang

diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan

dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai ini tambah beliau melibatkan aktiviti-

aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan oleh beliau ini, dapat kita

fahami bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan sebarang kemahiran yang boleh

diajarkan kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu

seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-

murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan

dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian murid.

            Tuan Jah Tuan Yusof (2011) bersependapat dengan Kamarudin Hj. Husin

(1995) berkaitan takrifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau memberikan definisi yang sama

seperti takrifan sebelumnya iaitu yang mana kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang

diajarkan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam keadaan dunia sebenar. Hanya, beliau

menambah di sini bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalah sama dengan kemahiran generik

atau mengalami sedikit pengubahsuaian menjadi kemahiran yang dinamakan sebagai kemahiran

bernilai tambah. Manakala, dari segi pelaksanaan pula, pendekatan dan teknik serta kaedah

tertentu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di sini, dapat kita

fahami juga yang mana kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang menjadi nilai

tambah atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan pemahaman dan keupayaan diri

Page 189: KEMAHIRAN MENULIS

mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadaptasi daripada kemahiran generik

dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian.

            Dalam Kamus Dewan (1966), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau kepandaian

tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai kualiti, kadar atau taraf yang dimiliki oleh

sesuatu sama ada benda, manusia atau apa saja bentuk entiti dan tambah

ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak.

Berdasarkan kepada definisi tentang ketiga-tiga istilah ini, dapat kita rangkumkan maknanya

sebagai kecekapan atau kepandaian yang mempunyai kualiti atau kadar yang boleh ditokok pada

kemahiran sedia ada agar menjadi semakin bertambah. Dalam erti kata lain, kemahiran-

kemahiran yang diajar dan diterapkan mempunyai nilai yang tinggi dan berfaedah serta dapat

membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu yang dimiliki oleh setiap dalam

kalangan murid.

Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan bagi menggambarkan

kemahiran bernilai tambah yang mana mempunyai pengertian yang arbitrari. Gagne

mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif sepertimana yang dinyatakan oleh para

sarjana kognitif yang merujuknya sebagai ilmu bebas domain. Stasz (1990)mentakrifkan

kemahiran generik sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti

belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi.

Pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang

disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat

penting namun masih kurang diberikan penekanan. Bagi definisi yang diberikan di sini pula, kita

memahami bahawa kemahiran generik ini telah dikhususkan pemahamannya sebagai sebuah

keupayaan kognitif iaitu melibatkan kemahiran belajar, penyelesaian masalah dan komunikasi.

            Berdasarkan kepada konsep-konsep dan definisi yang telah diberikan berkaitan

kemahiran bernilai tambah ini, dapat kita simpulkan takrifan tersebut mengikut pemahaman kita

iaitu kemahiran bernilai tambah merupakan sebarang kemahiran yang dapat diajarkan kepada

murid-murid sebagai nilai tambah dalam memahirkan dan meningkatkan keupayaan dan potensi

diri mereka.

Page 190: KEMAHIRAN MENULIS

4.2 Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah

Bagi menerapkan kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar, terdapat beberapa

komponen dalam kemahiran bernilai tambah menurutKementerian Pendidikan Malaysia

(2003). Komponen-komponen inilah apa yang disebut sebagai kemahiran bernilai tambah yang

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi

teknik dan kaedah pengajaran tertentu. Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang

dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti

dalam rajah berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam

bahasa Melayu.

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Kemahiran Kajian Masa Depan

Kemahiran Belajar

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Berfikir

Page 191: KEMAHIRAN MENULIS

Rajah 5 : Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah

4.2.1 Kecerdasan Pelbagai

Dalam konteks kecerdasan pelbagai, Howard Gardner (1983) (dalam Haliza Hamzah et. al

(2009) mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau

menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan budaya. Kecerdasan pelbagai bukan

sahaja diperluas keluarga kecergasan, malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang

releven dalam pendidikan hari ini. Dalam hal ini, dapat kita fahami konsep kecerdasan pelbagai

itu sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar,

kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau

menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis

kecergasan yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagai ialah seperti dalam jadual di

bawah berikut.

Jenis Kecerdasan Huraian

Verbal Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan

dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat,

menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu

Page 192: KEMAHIRAN MENULIS

sendiri.

Logik matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak

berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas,

prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Visual-ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna

dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea

visual dan ruang secara grafik.

Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,

perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran

fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan

keseimbangan.

Muzik Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan

mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan

tempoh dalam melodi dengan mudah.

Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat

orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak

secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti

menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,

kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran

bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain.

Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan,

beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.  

Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-

tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-

batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga

merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi

Page 193: KEMAHIRAN MENULIS

pekaian dan makanan.  

Jadual 1 : Jenis-jenis kecerdasan pelbagai

Berdasarkan kepada jadual di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan

pelbagai. Kecerdasan pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran kerana dapat

menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan keperluan murid. Di samping itu, kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar

yang seimbang, model kecerdasan pelbagai membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk

hidup di abad akan datang. Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar

dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap

murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu guru

memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan

menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang lebih

selesa jika cara ini digunakan.  

Selain itu, kemahiran ini dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari

bahawa potensinya tidak terbatas. Daripada kecerdasan pelbagai, murid dapat meningkatkan

harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pmbelajaran yang menyeronokkan.

Apabila guru menggunakan kemahiran ini, kecergasan pelbagai dapat meningkatkan

profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan

pembelajaran. Jika kemahiran ini digunakan dalam pengajaran di sekolah, suasana kolaboratif

dapat diwujudkan di sekolah. Kecerdasan pelbagai dapat mewujudkan sekolah yang menerima

dan menghargai perbezaan dalam kelangan murid dan juga guru. Guru dapat merancang secara

kolaboratif dengan menggunakan kerangka kecergasan pelbagai untuk menyediakan kurikulum

yang diperkayakan dan penuh dengan rangsangan.

Page 194: KEMAHIRAN MENULIS

4.2.2 Kemahiran berfikir

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah apa sahaja

proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya

digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferens atau andaian adalah proses

kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yang standard. Daripada definisi ini, dapat

difahami bahawa kemahiran berfikir merupakan sebarang bentuk atau proses mental atau

pemikiran yang berlaku dalam minda kita. Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau

bentuk pemikiran yang dihasilkan dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah

berlakunya proses penjanaan atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.

Kamarudin Hj. Husin (1995) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan,

pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan

ditafsir dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap

rangsangan tersebut. Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat

memperluaskan pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata

pelajaran. Penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting

selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Edward de Bono (1976) menyatakan berfikir ini melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu

yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan

masalah. Beliau menambah bahawa berfikir ini merupakan pembentukan idea, pembetukan

semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.  kurikulum kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritif, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang

penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran

berfikir secara kritis banyak digunakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan

merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan

atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan

kepada bukti dan sebab musabab.

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran

berfikir ialah sebarang proses kognitif atau mental yang berlaku dalam minda dan pemikiran

Page 195: KEMAHIRAN MENULIS

kita. Tuan Jah Tuan Yusof (2011) menjelaskan bahawa kepentingan-kepentingan kemahiran

berfikir adalah seperti berikut.

·         Mengelakkan kesipalan berfikir, iaitu berfikir secara terburu-buru dan berfikir secara

sempit

·         Mengelakkan kesilapan membuat keputusan

·         Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif

·         Memperkembangkan daya intelek

·         Meningkatkan daya fikir dan kreativiti

·         Berfikir di luar kotak pemikiran

·         Merealisasikan Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju

4.2.3 Kajian masa depan

Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran berasaskan kajian masa depan diperkenalkan

bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan.

Kajian masa depan akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah

dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan

hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh

menerima serta boleh menangani perubahan. Pengajaran masa depan membolehkan murid

menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan.

Page 196: KEMAHIRAN MENULIS

Mengikut Umar Alkhatab (dalam Mok Soon Sang (2004)),mengatakan “Berilah pendidikan

kepada anak-anak kamu yang dilahirkan untuk zaman lain daripada zaman kamu”. Dalam dunia

sekarang, terdapat banyak perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri,

ekonomi dan sebagainya berdasarkan asas untuk membuat keputusan dan merancang. Era

globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia semakin dekat. Kajian

yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain.

Kemahiran berpandangan jauh ini memberi perlindungan daripada kesan-kesan tersebut. Selain

itu, berpandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah pencegahan

sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani

perubahan dan kesan daripada krisis tersebut. Pengajaran masa depan membolehkan murid

menghadapi kekangan-kekangan pada masa depan. Mereka diperkenalkan dengan prinsip

perancangan strategik. Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan

mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan andaian tersebut boleh

digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini. Selain

itu, remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka.

Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah

serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam

menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid

mengkaji tanggungjawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan

datang. Proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh memandu

tindakan atau pilihan masa sekarang supaya meninggalkan kesan positif pada generasi akan

datang. Murid akan memilih nilai-nilai yang akan memberi keyakinan kepada mereka untuk

memilih masa depan yang diingini. Teknik penjelasan nilai dan masa depan membolehkan murid

berfikir tentang nilai-nilai murni yang diamalkan pada masa sekarang. Ini boleh memberi kesan

positif terhadap masyarakat akan datang.

Secara totalnya, dapatlah kita simpulkan tentang kajian masa depan itu sebagai kemahiran

berfikir tentang sesuatu yang akan atau mungkin berlaku pada masa depan yang akan membantu

Page 197: KEMAHIRAN MENULIS

kita memandu tindakan kita pada masa sekarang untuk menghasilkan kesan yang baik pada masa

depan.

4.2.4 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi dikatakan sebagai

alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi

yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan

teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam

pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Kemajuan

teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu

murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat

pembelajaran dan pengajaran. Hal ini bermaksud bahawa murid perlu terlibat dalam penggunaan

dan bukan sekadar mengikuti pembelajaran tersebut menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi sahaja. Dengan yang demikian, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk bertujuan

komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan

tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet. Kemahiran ini akan dapat melatih

murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti-

aktiviti pembelajaran.

Berdasarkan pendapat Mok Soon Sang (2004), kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan

perkembangan konsep “world class education”. Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah untuk

menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan

teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini perlu memastikan sekolah mempunyai

kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik Internet, dan bilik studio (video conferencing).

Dalam mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan cara

penilaian “ on-going” dan “on-line”. Hal ini kan dapat membantu murid saling mempelajari dan

Page 198: KEMAHIRAN MENULIS

membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan

bekerjasama.

Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan

murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh

mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Selain itu, murid juga dapat

meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam kelas, guru dikehendaki

membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak seberapa penting.

Untuk murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja

kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisen.

Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (dalam Mok Soon Sang (2004)) menyatakan teknologi

maklumat dan komunikasi sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi

seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan , pembelajaran yang menjurus kepada

penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti yang berkaitan dengan kajian masa depan dan

aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. Dalam hal ini, terdapat beberapa kelebihan

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran penerokaan iaitu

memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-

masing. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat mendorong murid terlibat secara

lebih aktif dalam pembelajaran serta dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani

masalah sebenar di dalam kelas. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi

peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivisme, kecerdasan

pelbagai dan lain-lain.

Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat menurut Tuan

Jah Tuan Yusof (2011) dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap

murid adalah seperti berikut :

·         Mengakses maklumat yang sukar diperoleh terutama berkaitan isu semasa dan global.

·         Mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk

diperoleh.

Page 199: KEMAHIRAN MENULIS

·         Meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan imaginasi murid melalui tugas projek dan

aktiviti kumpulan.

·         Memberi peluang kepada murid belajar dengan berkesan dengan bimbingan yang

minimum daripada guru.

·         Meningkatkan kemahiran TMK melalui penggunaan secara professional.

4.2.5 Kemahiran Belajar

Kamarudin Hj. Husin (1995) menjelaskan bahawa belajar adalah satu proses tindakan yang

dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkahlaku yang baru secara

keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan

persekitarannya. Dalam hal ini, belajar dilihat sebagai perubahan dari segi pengetahuan dan

tingkahlaku secara tekal. Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap

teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan

bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran

ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan

pembelajaran seumur hidup.

Kamus Dewan (1966) pula mengatakan bahawa perkataan ‘belajar’ bermaksud memperoleh ilmu

pengetahuan dan kemahiran. Belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang

untuk mencapai sesuatu tingkah laku baru secara keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam

diri yang dimaksudkan ialah perubahan yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain

itu, belajar juga bermaksud satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat

yang diperolehi yang membawa kepada perubahan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabila berubahnya pengetahuan

dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini biasanya disedari oleh diri sendiri atau

kadang kala juga disedari oleh orang yang berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku

secara sengaja ataupun tidak sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan

mengubah hidup seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah

Page 200: KEMAHIRAN MENULIS

individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu yang

memberatkan pemikiran. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

·         Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif.

·         Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan.

·         Kemahiran membaca untuk pemahaman dan membaca pantas.

·         Kemahiran mencatat dan menulis pantas.

·         Kemahiran menghasilkan laporan.

·         Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai jadual,

carta alir dan hierarki.

·         Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,

rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.

·         Persediaan menghadapi peperiksaan.

·         Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei.

·         Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang.

·         Strategi belajar dalam kumpulan.

Dengan pengajian dalam bidang kemahiran belajar ini, setiap individu dapat memperolehi

pelbagai manfaat yang berguna untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dan strategi belajar.

Pada masa yang sama, penguasaan dalam kemahiran ini dapat membantu dalam meningkatkan

tahap kognitif dan pengetahuan seseorang murid dan manusia umumnya. Antara manfaat yang

dapat diperolehi ialah :

·         Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.

Page 201: KEMAHIRAN MENULIS

·         Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan

meningkatkan ilmu pengetahuan.

·         Dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai kaedah

pembelajaran.

·         Dapat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk menyelesaikan

masalah-masalah yang wujud.

·         Dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru.

·         Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran pemikiran yang

rasional.

·         Hal-hal yang dipelajari akan berkembang mengikut :

➢ Tahap-tahap aliran pemikiran kognitif.

➢ Konkrit kepada abstrak.

➢ Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru.

➢ Memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif   dalam cara

belajar.

·         Individu itu akan terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep

dan hukum.

·         Dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui kaedah

menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-cara lain yang sesuai.

4.3 Amali pengajaran kemahiran bernilai tambah

Page 202: KEMAHIRAN MENULIS

Rancangan Pengajaran Amali Tugasan BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah

Tarikh/ Hari                          : 22 Februari 2011

Hari                                        : Selasa

Tahun                                                : 4

Mata pelajaran                     : Bahasa Melayu

Tajuk                                     : Mengajar Kata Nama

Hasil Pembelajaran            : Fokus utama :

1.    Memberikan respons yang sesuai terhadap soalan yang 

dikemukakan.

2.    Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera

dengan sebutan dan  intonasi yang betul.

Objektif                                  : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i)             Membaca dengan lancar dan sebutan dengan intonasi yang betul.

ii)            Mengenal pasti jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.

iii)           Memberikan contoh kata nama berdasarkan jenis-jenis kata nama yang terdapat dalam

bahasa Melayu.

iv)           Menulis contoh-contoh kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan betul.

Kemahiran Bahasa            : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

KBT                                       : Kemahiran berfikir

Page 203: KEMAHIRAN MENULIS

                                                  Kemahiran belajar

                                                  Kecerdasan pelbagai

Prosedur Pelaksanaan Kemahiran Bernilai Tambah

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menayangkan video nyanyian lagu ‘Bangau Oh

Bangau’.

2. Guru bersoal jawab dengan murid

·         Adakah murid berasa seronok menyanyi lagu

tersebut?

·         Apakah yang dapat dilihat di dalam video nyanyian

tersebut?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk

pembelajaran hari ini.

Kemahiran Belajar :

1. Menyoal

Kemahiran Berfikir :

2. Menghubung kait

Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai :

1. Muzik.

2. Kinestetik.

Langkah 1 (10-15 minit)

1. Guru menjelaskan kepada pelajar tentang definisi dan

maksud kata nama.

2. Guru menerangkan jenis-jenis kata nama yang terdapat

dalam bahasa Melayu.

3. Guru memberikan contoh-contoh daripada jenis-jenis

kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.

4. Guru bertanya kepada murid untuk memberikan

contoh-contoh lain jenis-jenis kata nama yang terdapat

dalam bahasa Melayu.

Kemahiran Belajar :

1. Menyoal.

2. Mendengar aktif.

Kemahiran Berfikir :

1. Pemikiran Kreatif.

2. Pemikiran konstruktif.

Langkah 2 (5-10 minit) Kemahiran Belajar :

Page 204: KEMAHIRAN MENULIS

1. Guru memulakan aktiviti menggunakan alat bantu

mengajar yang telah disediakan. Langkah aktiviti adalah

seperti berikut :

·         Menyediakan jadual pada papan tulis dengan

menyediakan dua ruang kepada kata nama am dan khas.

Cth :

Kata Nama Am Kata Nama Khas

·         Guru menunjukkan beberapa keping gambar contoh

bagi setiap jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa

Melayu.

·         Guru bertanya kepada murid apakah yang dapat

dilihat di dalam gambar dan mengelaskan kepada jenis

kata nama yang tepat.

·         Guru meminta murid menulis kata nama tersebut

pada jadual yang telah disediakan pada papan tulis.

·         Guru memberi ulasan tentang hasil kerja yang

diberikan oleh murid.

1. Menyoal.

2. Mendengar aktif.

Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai :

.1. Visual Ruang

Penutup (5 minit)

1. Guru meminta murid membuat rumusan tentang tajuk

pelajaran dengan bantuan guru.

2. Guru memberikan rumusan pengajaran dan

pembelajaran yang telah berlangsung pada hari ini.

3. Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran

pada hari ini, guru sekali lagi membawa pelajar menyanyi

Murid dibimbing merumuskan

kemahiran yang di ajar hari ini.

Murid digalakkan mengumpul

maklumat tambahan yang

terdapat dalam beberapa contoh

lain.

Page 205: KEMAHIRAN MENULIS

berpandukan video lagu ‘Bangau Oh Bangau’ pada awal

pengajaran.

5.0 PENGAJARAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan, setiap individu dalam

masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan

dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar

kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran

khususnya masalah kemahiran berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Secara ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran berbahasa adalah sangat penting

biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan,

kemahiran-kemahiran asas berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat

kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan

untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas berbahasa ini masih belum berkembang sepenuhnya

dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah amat perlu disediakan untuk

membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini. Justeru, kita akan melihat apakah yang

dimaksudkan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran itu dan bagaimanakah pula bentuk

atau cara pengajaran yang boleh digunakan bagi mengajar pelajar jenis ini.

Page 206: KEMAHIRAN MENULIS

5.1 Takrif murid bermasalah pembelajaran

Maklumat Pendidikan Khas (2006), murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan murid-

murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami

kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan

mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan seperti kebolehan kognitif,

tingkahlaku sosial, penguasaan bahasa lisan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan

dan kemahiran matematik. Daripada definisi yang diberikan, dapat kita fahami bahawa murid-

murid bermasalah pembelajaran ini merupakan murid-murid yang mempunyai kekurangan dari

pelbagai aspek keupayaan murid yang boleh menyebabkan sesuatu proses pembelajaran menjadi

kurang lancar dan mengalami gangguan. Kesannya, perkembangan bagi seseorang murid

menjadi lambat dan kurang.

Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid-murid yang dari segi intelek, fizikal, sosial

dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah

sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa Hornsby B. (1995). Beliau menambah bahawa murid-

murid ini berbeza dari murid-murid sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental keupayaan-

keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi

dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan

amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas ,

supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Berdasarkan kepada kedua-dua definisi, dapat kita rangkumkan pemahaman kita berkaitan murid

bermasalah pembelajaran sebagai murid-murid yang mengalami gangguan, masalah atau

kekurangan dalam pembelajaran menerusi beberapa aspek tertentu.

Page 207: KEMAHIRAN MENULIS

5.2 Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran

Terdapat banyak ciri murid-murid bermasalah pembelajaran. Antara ciri yang mungkin dapat

menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar murid-

murid yang bermasalah pembelajaran adalah seperti dalam rajah di bawah berikut.

CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ciri intelek

Ciri sosial dan peribadi

Ciri fizikal

Page 208: KEMAHIRAN MENULIS

Rajah 6 : Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran

Berdasarkan kepada rajah di atas, terdapat tiga ciri murid bermasalah pembelajaran iaitu ciri

fizikal, ciri intelek dan ciri sosial.

Ciri murid bermasalah pembelajaran yang pertama ialah ciri fizikal iaitu yang mana bentuk

badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan

oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak

biasa.

Ciri kedua ialah ciri intelek iaitu terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan

fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai

contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan

perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima

pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa.

Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa

berumur enam tahun pada peringkat umur lapan tahun atau lebih.

Ciri terakhir ialah ciri sosial dan peribadi yang mana kanak-kanak mempunyai bidang perhatian

yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman

kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi

sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku

kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental

yang sama dengan mereka.

5.3 Pengajaran murid bermasalah pembelajaran

Page 209: KEMAHIRAN MENULIS

Dalam pengajaran bahasa Melayu, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah

pembelajaran ialah dalam mempelajari ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang telah kita

bincangkan pada soalan satu sebelum ini iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur,

membaca dan menulis. Bagi lebih memahami tentang bagaimana masalah pembelajaran

berkaitan ketiga-tiga kemahiran ini berlaku, kita akan memilih dan melihat salah satu kemahiran

tersebut.

Di sini, saya telah memilih masalah pembelajaran murid-murid dari aspek kemahiran menulis

yang mana masalah tulisan merupakan salah satu jenis masalah pembelajaran yang berlaku

dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam kemahiran menulis. Bagi masalah

tulisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran ini, masalah yang mereka hadapi

ialah  kesukaran untuk membina suku kata atau perkataan iaitu tidak tahu mengeja sesuatu suku

kata atau perkataan tersebut. Bagi murid-murid yang mengalami masalah tulisan jenis ini,

mereka mempunyai kekuatan dan kebolehan dalam mendengar bunyi huruf selain cekap memilih

perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Dalam erti kata lain, mereka dapat mengenal bunyi

huruf tersebut dan menggambarkannya melalui contoh perkataan.Contoh dapat kita lihat seperti

dalam jadual di bawah.

Bunyi huruf Perkataan

[m] mata

[b] bola

[t] tangga

[i] ikan

[s] sudu

Jadual 2 : Bunyi huruf dan perkataan yang menggambarkan huruf tersebut

Page 210: KEMAHIRAN MENULIS

Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis

atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar dia tafsirkan kepada huruf-huruf awal.

Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di

atas mungkin dirasakan begitu rumit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara

yang digunakan oleh murid ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal

mengeja dengan cara biasa yang digunakan oleh murid-murid lain. Contoh cara ini digunakan

ialah, seseorang murid bermasalah pembelajaran ingin mengeja perkataan “matahari”.

Kemudian, bunyi bagi setiap huruf dalam perkataan “matahari” itu diwakili atau digambarkan

melalui objek atau perkataan lain setiap satunya seperti dalam jadual di bawah.

Huruf awal Perkataan

[m] mata

[a] api

[t] tangga

[a] api

[h] hujan

[a] api

[r] rambutan

[i] ikan

Jadual 3 : Bunyi huruf dan perkataan yang mewakili huruf awal

Rajah 7 : Gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf awal perkataan

Page 211: KEMAHIRAN MENULIS

Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang

perlu dieja; mata, api, tangga, api, hujan, api, rambutan, ikan. Dicantumkan huruf-huruf awal

bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah perkataannya, “m a t a h a r I”. Dengan

menggunakan kaedah ini, murid akan dapat mengeja selepas latihan yang berterusan dilakukan

dalam tempoh beberapa lama. Setelah mahir, dengan sendirinya, murid-murid ini tidak perlu

melukis lagi bagi menggambarkan bunyi huruf awal setiap perkataan yang ingin dieja, tetapi

seharusnya telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi

fokus kepada kemajuan jangka pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan

membolehkan murid jenis ini membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya mereka boleh

mengeja dan menulis seperti mana murid-murid lain yang tidak mengalami masalah

pembelajaran, dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri.

6.0 RUMUSAN

Izharnya, setelah mengupas dan membincangkan beberapa tajuk dalam kemahiran berbahasa ini,

kita telah dapat memahami dan menimba beberapa pengetahuan yang baru dan cukup bermakna.

Kita dapat melihat bagaimana kepentingan setiap kemahiran berbahasa tersebut dalam

memperkembangkan potensi dan keupayaan setiap individu terutamanya dalam kanak-kanak

yang merupakan sebagai pelajar. Kita juga dapat melihat dalam hal ini bagaimana penekanan

sangat diberikan seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan

dan pengetahuan dalam kemahiran-kemahiran berbahasa ini sangat penting bagi mencapai

pernyataan yang termaktub dalam kedua-dua dokumen tersebut iaitu Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tidak cukup

dengan hanya pengetahuan tersebut, kita juga telah melihat bagaimana pelaksanaan amali dalam

menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran berbahasa tersebut telah membantu

Page 212: KEMAHIRAN MENULIS

meningkatkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan dalam hal tersebut. Sesungguhnya,

pengetahuan dan penguasaan dalam aspek kemahiran berbahasa ini amat berguna dan

mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran dalam diri

kita sebagai bakal pendidik kelak.

Page 213: KEMAHIRAN MENULIS

REFLEKSI

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang

untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Kemahiran

berbahasa yang terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Sepanjang menjalankan

kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

            Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di

kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pada masa

yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang

sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk

melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk

memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah

diberikan.  Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut

arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang

diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk

yang sudah kami pelajari.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi mengatasi masalah-

masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah mencari bahan rujukan buku

yang terdapat di perpustakaan IPKS untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk

tugasan yang telah diberikan. Bagi mempelbagaikan  sumber dan bahan rujukan yang digunakan,

saya juga telah meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya.

Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati

kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan

dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan

yang sedikit sukar untuk difahami.

            Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya mempelajari dan

mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Walaupun tajuk tugasan

sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan

tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada

Page 214: KEMAHIRAN MENULIS

yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah

dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan

sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah

saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan  tajuk soalan yang dibincangkan.

            Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan

tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan penulisan

tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah,

saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa

langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat

mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang

saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah

ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan

berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata

untuk menyiapkan tugasan ini.

            Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan

saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran untuk lebih

proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah agar saya dapat menguruskan masa yang

saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan

tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang

berfaedah.

            Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya

dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

Langkah Aktiviti/ tindakan Tempoh Penglibatan/

Tanggungjawab

Tarikh

1 a)    Menerima kerja  tugasan serta

sedikit penerangan tentang

Minggu

1

Pelatih dan

Pensyarah.

25.01.11

Page 215: KEMAHIRAN MENULIS

tugasan.

b)    Cuba memahami kehendak

tugasan dengan berbincang

bersama rakan-rakan.

2 a)    Berkolaborasi dengan

pensyarah bagi matapelajaran ini

untuk memahami kehendak soalan.

b)    Berbincang dengan pensyarah

tentang perkara-perkara yang

diperlukan bagi melaksanakan

soalan 1 (b).

c)    Menetapkan tarikh bagi

pelaksanaan soalan 1 (b). Selepas

perbincangan, tarikh yang telah

ditetapkan ialah pada hari khamis

(22.01.2011).

Pelatih dan

pensyarah.

25.01.11

3 a)    Berbincang dengan rakan-

rakan bagi pelaksanaan soalan 1

(b).

b)    Pembahagian kumpulan

dijalankan bagi pelaksanaan soalan

kedua iaitu 4 orang dalam satu

kumpulan.

c)    Ahli-ahli dalam kumpulan

selepas pembahagian kumpulan :

·         Hastei Doimi

Minggu

2

Ketua Kelas dan

rakan-rakan

pelatih.

07.02.11

Page 216: KEMAHIRAN MENULIS

·         Md. Hadi Bin Baba

·         Nazri Bin Muara

·         Rahul Bin Matius

4 a)    Mula berbincang dengan

rakan-rakan dalam kumpulan

masing-masing tentang

pelaksanaan amali iaitu soalan 1

(b).

b)    Membahagi-bahagikan

tugasan dalam kalangan ahli

kumpulan masing-masing.

Minggu

2

Pelatih 08.02.11

5 a)    Mula mencari  maklumat  

berkaitan dengan tugasan bersama

ahli dalam kumpulan masing-

masing bagi soalan 1 (a).

b)    Selepas pembahagian, setiap

ahli mencari tugasan seperti

berikut :

·         Hastei (kemahiran

mendengar)

·         Md. Hadi (kemahiran

membaca)

·         Nazri (kemahiran menulis)

·         Rahul (kemahiran bertutur)

Minggu

2

Pelatih 09.02.11

6 a)    Mencari bahan dan maklumat Minggu Pelatih 14.02.11

Page 217: KEMAHIRAN MENULIS

bagi soalan 2 iaitu soalan individu. 3

7 a)    Mengumpul bahan dan

maklumat daripada rakan-rakan

untuk difailkan.

b)    Membuat semakan dan

pembetulan terhadap maklumat

yang telah dikumpulkan.

Minggu

3

Pelatih 16.02.11

8 a)    Melaksanakan tugasan amali

di kelas dengan pemerhatian

daripada pensyarah bersama-sama

rakan-rakan.

b)    Memastikan segala bahan

yang digunakan untuk amali telah

disediakan.

c)    Melengkapkan tugasan yang

hampir siap dan membuat semakan

terakhir bagi sebarang pembetulan

atau penambahbaikan.

Minggu

3

Pelatih 22.02.11

9 a)    Menghantar hasil tugasan Minggu

4

Pelatih 25.02.11

Page 218: KEMAHIRAN MENULIS

BORANG KOLABORASI

Bil Tarikh Perkara PenglibatanNama, cop &

tandtangan

Page 219: KEMAHIRAN MENULIS

Disediakan oleh,                                                               Disahkan oleh,

_______________________                                            ________________________

Nama Pelatih :                                                                          Nama Pensyarah :

Opsyen       :                                                                         Jabatan                 :

RUJUKAN

Chomsky, 1957. On Human Communication. Cambridge, Mass.

Edward de Bono, 1976. CoRT 1 Thinking Skills Programme On Students. New York : Academic

Press.

Hall, 1968. An essay on language. New York, Chilton Books.

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur  :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hornsby B., 1995. Overcoming Dyslexia. London: Vermillon.

Kamarudin Hj. Husin, 1995. Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Longman.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Page 220: KEMAHIRAN MENULIS

Marohaini Yusoff, 2004. Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan :

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nor aina dani, 2007. Penghantar psikolinguistik.sasbad. Pertaling jaya : UG Press Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor

Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan

idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman

peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan

imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada;

 Peringkat Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas

dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.

Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan

Page 221: KEMAHIRAN MENULIS

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis. 

• Menyambung titik

• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

• Latihan membentuk garisan lurus

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar

Peringkat Mekanis

Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat

mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf

besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,

perkataan dan ayat.

Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-

aktiviti yang berikut:

Page 222: KEMAHIRAN MENULIS

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik   menulis.

• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf

tertentu.

• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

• Latihan menamakan gambar-gambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku.

 Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis

karangan.

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan

terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan

dengan penulisan bebas dan kreatif.

Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta

pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran

Page 223: KEMAHIRAN MENULIS

tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka

dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. 

Contoh aktiviti :

KEMAHIRAN MENULIS

• Menulis jawapan pemahaman

• Menulis karangan

• Menulis ayat berdasarkan gambar

• Membina ayat

• Memanjangkan ayat

• Menulis rencana

• Mengisi silang kata

• Melengkapkan ayat.