kemahiran menulis

23
KEMAHIRAN MENULIS

Upload: cva-raj

Post on 05-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

,,,,,,,,

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MENULIS

KEMAHIRAN MENULIS

PENGENALANSelain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep.

Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

peringkat pratulisan (pramenulis)

peringkat mekanis (mendirikan asas)

peringkat penulisan kreatif (pelahiran)

PERINGKAT PRATULISAN (PRAMENULIS)Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis (Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann ,1991).

Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.Menyambungkan titik-titik di atas kertas.Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.Melukis garis condong.Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, danMengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

PERINGKAT MEKANIS (Mendirikan Asas)Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

PERINGKAT PENULISAN KREATIF (PELAHIRAN)Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betul dan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan perasaan, idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran seperti melengkapkan ayat, menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat daripada perkataan yang diberi, menulis karangan, dan juga menulis surat kiriman.

Masalah biasa pada tulisan mekanis (Kaminsky dan Powers ,1981) Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat bagaimana huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut.Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor tangan atau jari yang sesuai.Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan sukar untuk menulis.Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan maklumat-maklumat motor di dalam otak.Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan tersebut.

Mengesan masalah tulisan.Tingkahlaku yang ditunjukkan knk2 yg mempunyai masalah tulisan:menggenggam pensel;cara memegang pensel yang salah;kedudukan badan yang canggung semasa menulis;mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah;hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan keupayaan bertutur;terlalu kerap memadam;kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf;keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan terlalu rapat atau berjauhan.

Mengesan masalah tulisani. Bentuk huruftidak dapat membentuk huruf dengan betulmenulis dari kanan ke kirimenulis abjad dan ayat terbalikmenulis dengan tiada ketetapan kecondonganmenulis abjad tidak lengkap atau tidak sudahmenulis perkataan terbalik ( bapa ---- baqa )

Mengesan masalah tulisanii. Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;iii. Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;iv. Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidak seragam;v. Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

PUNCA MASALAH TULISAN(1) aspek fizikal (2) aspek pembelajaran(3) aspek pengamatan.

PUNCA MASALAH TULISAN(1) aspek fizikal Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang untuk belajar, keadaan tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru.

PUNCA MASALAH TULISAN(2) aspek pembelajaran Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan guru kurang elok untuk dicontohi murid.

PUNCA MASALAH TULISAN(3) aspek pengamatan.pengamatan dan masalah pendengaran pengamatan dan masalah penglihatankesukaran memahami konsepkesukaran dalam koordinasi mata-tangan

PUNCA MASALAH TULISAN(3) aspek pengamatan.Pengamatan dan masalah pendengaranMasalah utama yang berpunca daripada pengamatan pendengaran adalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti b dan d. Masalah ini bukan disebabkan oleh kecacatan yang dialami oleh pelajar. Selain itu, masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. Antara kerosakan alat pendengaran adalah:pekak konduktif tidak mendengar bunyi yang bernada rendahpekak perseptif tidak mendengar bunyi bernada tinggipekak konduktif dan perseptif masalah bercampur adukpekak rekrutmen mendengar bunyi yang kuat sahajaSecretory otitis Media masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat getaran

PUNCA MASALAH TULISAN(3) aspek pengamatan (ii) Pengamatan dan masalah penglihatanJenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalah pembalikan huruf, keliru dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n u, p q, 6 9 ). Manakala masalah penglihatan pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang jelas terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah penglihatan adalah seperti:hypermetrophia atau rabun jauhmyopi atau rabun dekatastigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelasstrabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan juling

PUNCA MASALAH TULISAN(3) aspek pengamatan.(iii) kesukaran memahami konsepMasalah yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nombor bercetak dengan tulisan tangan.

PUNCA MASALAH TULISAN(3) aspek pengamatan.(iv) kesukaran dalam koordinasi mata-tanganMasalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan adalah seperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran menentukan kedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akan meregang, manakala jika buku terlalu dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.

CARA MENGATASI MASALAH TULISANKaminsky dan Powers (1981) mencadangkan bahawa suatu program pengajaran kemahiran tulisan mekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada ruang yang lebih kecilkelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar menyurih (tracing) model huruf;sediakan banyak sesi latihan menulis;melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan mereka mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; danmenerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses yang sukar dan memerlukan galakan dan sokongan.

PENGAJARAN PEMULIHAN TULISANCadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran pemulihan tulisan pelajar.Latihan memegang pensel dengan betul.Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis.Membuat garis-garis lakaran. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi mata-tangan seperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak, menyambung titik, memadankan, mencari jalan keluar, dan sebagainya.

PENGAJARAN PEMULIHAN TULISANSemasa menjalankan aktiviti pemulihan guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting supaya pengajarannya akan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:

guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu;latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang sesuai dengan pelajar;bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ;langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkan kepada pelajar;pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihan menulis di rumah.