kemahiran menulis

57
Hazean Erdawati Jaffarudin PISMP PJ Jan 2012 IPG Kampus Tawau

Upload: hazell-erdawaty

Post on 21-Jul-2015

81 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Menulis

Hazean Erdawati

Jaffarudin

PISMP PJ Jan 2012

IPG Kampus Tawau

Page 2: Kemahiran Menulis

• Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik

semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau

gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang

bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

• Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

(a) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar,

ditonton dan dibaca.

Page 3: Kemahiran Menulis

• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea

melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

• Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap

penggunaan ayat yang gramatis, tanda

• baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,

cantik dan kemas.

Page 4: Kemahiran Menulis

• Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir,

menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum

dilahirkan dalam bentuk wacana

yang lengkap.

• Murid-murid juga perlu menguasai struktur

karangan seperti tahu menulis panduan,

pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Page 5: Kemahiran Menulis

• Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan

ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis

penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan

pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan

yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka

untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur

pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Page 6: Kemahiran Menulis

• Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu

pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan

berkesan.

• Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.

• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,

pengalaman dan perasaan.

Page 7: Kemahiran Menulis

• Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara

amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat

mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau

tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan

tertentu.

• Melatih murid-murid melahirkan idea.

• Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan

dalam bentuk pemerengganan yang betul

• Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa

yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

Page 8: Kemahiran Menulis

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang

betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam

situasi sebenar sehari-hari

• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.

• Menyuburkan minat

• Meluaskan kosa kata

• Memberikan kepuasan jiwa.

Page 9: Kemahiran Menulis

• Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea

melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah

dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda

baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas,

cantik dan kemas.

• Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka

untuk menghasilkan penulisan imaginatif.

• Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :

Page 10: Kemahiran Menulis

• Peringkat Pramenulis

• Peringkat Mekanis

• Peringkat Pelahiran

Page 11: Kemahiran Menulis

1.Peringkat Pramenulis

• Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum

mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.

• Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan

mata diberikan kepada murid.

• Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas

meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Page 12: Kemahiran Menulis

1.Peringkat Pramenulis

• Menyambung titik

• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan

garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

• Latihan membentuk garisan lurus

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis

lurus dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar

Page 13: Kemahiran Menulis

1. Peringkat Pramenulis

• Strategi Pengajaran Pratulisan

a. Latihan pergerakan tangan

b. Latihan pergerakan mata

c. Latihan kordinasi tangan dan mata

Page 14: Kemahiran Menulis

• 2. Peringkat Mekanis

• Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis,

mereka akan melangkah ke peringkat mekanis.

• Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran

membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad.

Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku

kata, perkataan dan ayat.

• Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran

ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf

mengikut teknik menulis.

• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar

yang

mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

Page 15: Kemahiran Menulis

2. Peringkat Mekanis

• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulisdalam bentuk garis putus-putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan

bergambar.

• Latihan menamakan gambar-gambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku

Page 16: Kemahiran Menulis

• 2. Peringkat Mekanis

• Strategi Pengajaran

• a. Mengajar tulisan tangan

• b. Mengajar ejaan

Page 17: Kemahiran Menulis

3.Peringkat Pelahiran (Mengarang)

• Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai

pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar,

bertutur membaca dan mengeja.

• Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

• Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada

peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal,

berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu.

• Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan

bebas dan kreatif.

Page 18: Kemahiran Menulis

3.Peringkat Pelahiran (Mengarang)

• Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea

dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman

yang telah dilalui.

• Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan

kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka

kuasai.

• Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan

menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah

dipelajari.

Page 19: Kemahiran Menulis

• Ejaan

Imlak / Rencana

• Menulis jawapan pemahaman

• Menulis karangan

• Menulis ayat berdasarkan gambar

• Membina ayat

• Memanjangkan ayat

• Menulis rencana

• Mengisi silang kata

• Melengkapkan ayat

Page 20: Kemahiran Menulis

• Melibatkan proses perkembangan mental dan

pembinaan konsep

• Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan

menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman

makna perkataan dan perbendaharaan kata murid

• Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari

sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan

ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari petikan

Page 21: Kemahiran Menulis

• Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid

• Perkataan itu pernah dipelajari

• Jumlah ejaan tidak terlalu banyak

• Dijalankan selepas aktiviti bacaan

• Guru menyebut murid mengeja

• Disemak bersama

Page 22: Kemahiran Menulis

• Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau

diperdengarkan

• Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf,

mengeja, menggunakan tanda bacaan dan

perbendaharaan kata

• Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa,

kandungan, dan kosa kata

• Pastikan tempat hentian bacaan

• Petikan perlu dibaca dengan jelas

Page 23: Kemahiran Menulis

• Berikan petikan teks dan minta murid baca

• Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan

• Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman

dan murid menulis

• Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan

perkataan, bentuk huruf dan tanda baca

• Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

Page 24: Kemahiran Menulis

• Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu

a. karangan,

b. penulisan ringkas,

c. penulisan untuk majlis rasmi,

d. surat dan

e. penulisan untuk papan kenyataan.

Page 25: Kemahiran Menulis

• Terkawal

• Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa

dan isi

• yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,

• bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.

• Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa

• diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

• • Contoh :

• (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

dalam

• karangan yang disediakan.

• (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan

supaya

• menjadi sebuah karangan lengkap.

Page 26: Kemahiran Menulis

• Separa Terkawal

• Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang

• disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk

• menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat

• pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang

disediakan.

• • Contoh :

• (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah

• dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah

• disediakan.

Page 27: Kemahiran Menulis

1.Berpandu

• Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan

berdasarkan panduan guru.

• Contoh:

(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan

berurutan mengenai sesuatu tajuk.

(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk

daripada dialog kepada karangan penceritaan atau

sebaliknya.

Page 28: Kemahiran Menulis

2.Separa Berpandu

• Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang

mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.

• Contoh :

(i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.

(ii) Menyudahkan cerita.

(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau

tunggal.

(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi

yang disediakan.

(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang

diberikan.

Page 29: Kemahiran Menulis

3.Bebas

• Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid

untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang

disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri.

Bentuk karangan bebas seperti berikut :

• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.

• Kreatif: puisi, cerpen, drama

• Imaginatif: pengalaman.

Page 30: Kemahiran Menulis

• Pengajaran mengarang memerlukan perancangan

berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

• Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira

aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa

mengarang dan pasca mengarang.

• Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya

sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti

mengarang yang serius.

Page 31: Kemahiran Menulis

• Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat didalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

• Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendakdikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu.

• Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:

•Melatih murid-murid melahirkan idea

• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

•Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentukpemerengganan yang betul

• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-

hari

Page 32: Kemahiran Menulis

• Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

• 1. Pra mengarang

• (i) Berbincang untuk menentukan format

• (ii) Berbincang untuk menentukan isi

• (iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain

• (iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita

• (v) Menentukan watak

• (vi) Menyaring bahan

• (vii) Menulis draf

Page 33: Kemahiran Menulis

2. Semasa mengarang

• (iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentukkarangan

• (ii) Menentukan format

• (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosakata,

• sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasukbentuk

• huruf) dan wacana.

• (iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

• 3. Pasca mengarang

• (i) Menyemak karangan

• (ii) Melakukan pembetulan

• (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu

• (iv) Menghantar karangan

Page 34: Kemahiran Menulis

3. Pasca Mengarang

• (i) Menyemak karangan

• (ii) Melakukan pembetulan

• (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu

• (iv) Menghantar karangan

Page 35: Kemahiran Menulis

• • Bahan sumber daripada internet

• Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahanbahan

• berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh

• dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik

• darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang

• berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

• • Bahan sumber digital

• Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas

• dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada

• cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian

• boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

• • Bahan audio dan audio visual

• Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk

• digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

Page 36: Kemahiran Menulis

• Bahan audio dan audio visual

• Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan

diedit untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan

rangsangan

• Gambar-gambar

• Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri,

atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan

kamera

• Filem

Filem jalur atau filem slaid.

Page 37: Kemahiran Menulis

• • Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas

dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.

• • Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama

yang melibatkan pralatan ICT.

• • Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid

menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya

melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan

elektronik.

Page 38: Kemahiran Menulis

• Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk

mengendalikan

• bahan yang disediakan sendiri.

• • Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu

juga

• diambil faktor keselamatan murid-murid.

• • Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan

• murid-murid yang berbilang bangsa

• • Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah

ditetapkan

• terlebih dahulu oleh guru

• • Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus

dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan

berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang

Page 39: Kemahiran Menulis

• Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat.

• Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakanpendekatan tertentu seperti:

• 1. Terkawal

• 2. Berpandu

• 3. Bebas

• 4. Proses

• 5. Komunikatif

• 6. Pengalaman Bahasa

Page 40: Kemahiran Menulis

• 1. Pendekatan Terkawal

• Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalamanmengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan.

• Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-muriddaripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahupun dari segi isi.

• Murid-murid menulis karangan dengan berpandukansepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.

• Contoh aktiviti:

1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu..

2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusunayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap…

3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi danbahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur…

Page 41: Kemahiran Menulis

2. Pendekatan Berpandu

• Isi karangan telah diberikan oleh guru

• Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang

telah diberikan oleh guru.

• Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan

perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan.

• Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-

murid.

• Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran

cerita yang telah diberikan oleh guru

• Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh

murid

• Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada

murid

• Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih

mencabar.

• Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum

ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

Page 42: Kemahiran Menulis

3. Pendekatan Bebas

• Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai

aspek penulisan dengan baik.

• Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang

diberikan

oleh guru

• Murid-murid mencari isi karangan sendiri

• Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka

karangan

• Guru memberikan beberapa perkataan ataua rangkai

kata

• tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi

pengolahan.

• Penggunaan peribahasa digalakkan.

Page 43: Kemahiran Menulis

4. Pendekatan Proses

• Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang

dilalui oleh murid-murid.

• Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang

diberikan oleh guru

• Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu

• Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam

folio

• Bahan daripada folio disaring untuk menentukan

kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan

• Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah

sangat digalakkan.

Page 44: Kemahiran Menulis

• 4. Pendekatan Proses

• •Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain.

• Aktiviti Pengajaran:

• Murid-murid menyusun isi

• Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincangdengan guru.

• Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangkakarangan

• Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.

• • Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkandan melakukan pembetulan.

• • Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepadaguru untuk dinilai.

Page 45: Kemahiran Menulis

• 4. Pendekatan Proses

• Peringkat Pengajaran

• a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat

• b. Penulisan draf

• c. Penyemakan pertama

• d. Penyemakan kedua

• e. Penulisan draf akhir

• f. Persembahan

Page 46: Kemahiran Menulis

• 5. Pendekatan Komunikatif

• • Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat

• perhubungan

• • Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan

• dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspekpenstrukturan karangan

• • Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka

• tentang sesuatu idea.

• • Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks

• perbincangan yang autentik

• • Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan

• sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.

• • Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat

• membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

Page 47: Kemahiran Menulis

• 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa

• • Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk

• yang dipilih

• • Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk

• membina cerita

• • Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan

• dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru

• • Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan

• berdasarkan idea yang mereka berikan

• • Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk

• cerita

Page 48: Kemahiran Menulis

6. Pendekatan Pengalaman Bahasa

• Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis

• Setelah cerita selesai…

• Guru membaca secara nyaring, murid mendengar

• Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru

• Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu

• Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan

yang mereka tahu dalam situasi

Page 49: Kemahiran Menulis

• Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan

• pengajaran menulis di sekolah di negara ini.

• Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa

• dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah /tempatan

dan

• inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya

• kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu

• Standard (BMS) dengan betul.

Page 50: Kemahiran Menulis

• 1. Peringkat Pramenulis

• Penilaian secara tidak formal

• Melalui pemerhatian terhadap gerak balas murid dalam

aktiviti pramenulis

• Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi tangan dan mata

sama atas kertas atau udara, pasir membentuk bulatan,

garisan, awan larat, huruf.

Page 51: Kemahiran Menulis

• 2. Peringkat Penulisan Mekanis

• Teknik yang boleh digunakan ialah;

• Menekan dan menyambung garis

• Memadankan

• Menyalin

• Mengisi ruang atau petak kosong

• Melabel dan menamakan gambar

• Membetuk perkataan daripada suku kata

Page 52: Kemahiran Menulis

• 3. Peringkat Mengarang (Aspek Teknikal)

• Teknik yang boleh dilakukan ialah;

• Menyalin

• Ujian Imlak

• Menulis semula petikan

Page 53: Kemahiran Menulis

• Menyambungkan beberapa ayat untuk membentuk satu

ayat kompleks

• Meluaskan ayat dengan menambah keterangan

• Melengkapkan ayat

• Membina ayat daripada perkataan

• Menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat

• Menulis cerita

Page 54: Kemahiran Menulis

Aspek yang dinilai:

• Isi

• Ejaan

• Bahasa

• Kosa kata

• Kelancaran

• Pengolahan isi

• Ketepatan dengan tajuk

• Format (sekiranya karangan berformat)

Page 55: Kemahiran Menulis

1.Penilaian Secara Holistik atau Global

• Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-

kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan

kepesongan

• Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara

keseluruhan

• Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan

format

• Berikan markah akhir.

Page 56: Kemahiran Menulis

2.Penilaian Secara Analitikal

• Menilai mengikut aspek/ bidang yang ditetapkan dalam

pemarkahan

• Contoh aspek ejaan, bahasa, isi, gaya penyampaian,

tanda bacaan

• Markah keseluruhan berdasarkan campuran keseluruhan

aspek yang dinilai

Page 57: Kemahiran Menulis

SEKIAN. TERIMA KASIH