keerja rumah rekreasi

7

Click here to load reader

Upload: michael-l-king

Post on 12-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: keerja rumah rekreasi

1. Pihak sekolah akan mengadakan satu program perkhemahan rekreasi di luar

kawasan sekolah.Anda dikehendaki menubuhkan jawatankuasa kerja dengan

memperincikan tugas ahli jawatankuasa tersebut. Sediakan jawatankuasa dan bidang

tugasan tersebut.

(a) Pengerusi

Mengenal pasti setiap ahli jawatankuasa melaksanakan tugasan masing-masing.

Memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut buku program dan dijalankan

dengan lancar.

Bijak mengambil tindakan apabila menghadapi masalh kecemasan.

(b) Naib Pengerusi

Menjadi pembantu kepada pengerusi.

Sentiasa berbincang perkara dan masalah bersama-sama pengerusi.

Menjadi ketua apabila pengerusi tidak dapat menghadiri sebarang aktiviti.

(c ) Setiausaha

Mencatatkan segala maklumat penting yang dibincang dalam mesyuarat.

Menyediakan kertas kerja yang sepenuh.

Menyediakan laporan selepas sesuatu program tamat.

(d) Bendahari

Mengutip sumber kewangan yang diperlukan dalam sesuatu aktiviti.

Membuat satu bajet bagi setiap aktiviti.

Memastikan segala pembayaran yang ada dalam program dicatat dan disertakan

dengan bukti seperti resit.

(e) Ahli Jawatankuasa Makanan

Memastikan sumber makanan adalah cukup dalam sesuatu program.

Memastikan setiap makanan adalah sesuai bagi setiap kaum.

Mengenalpasti makanan adalah sihat bagi setiap peserta.

(f) Ahli Jawatankuasa Keselamatan

Memastikan keselamatan setiap peserta sepanjang masa perkhemahan.

Page 2: keerja rumah rekreasi

Sesekali melakukan rondaan bagi memastikan setiap dalam keadaan yang baik

Memberi rawatan dengan segera apabila mendapati peserta mengalami

kecederaan.

(g) Ahli Jawatankuasa Pengangkutan

Menyediakan pengangkutan yang cukup untuk sampai ke destinasi.

Memastikan pengangkutan dalam keadaan yang baik.

Menempah pengangkutan dengan lebih awal supaya program dapat dijalankan

dengan lancar.

(h) Ahli Jawatankuasa Peralatan

Menyediakan peralatan yang digunakan sepanjang masa perkhemahan.

Memastikan setiap peralatan adalah selamat digunakan.

Alatan yang digunakan harus cukup bagi setiap aktiviti.

(i) Ahli Jawatankuasa Aktiviti

Memastikan setiap peserta melibatkan diri dalam setiap aktiviti.

Jelas terhadap segala perjalanan dan prosedur.

Memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.

(j) Ahli Jawatakuasa Buku Program

Menyediakan buku program yang jelas tentang setiap aktiviti dalam program

perkhemahan rekreasi

Memastikan setiap peserta menerima sebuah buku program sebelum program

perkhemahan rekreasi dijalankan.

Jelas terhadap segala maklumat yang berkaitan dengan program perkhemahan

rekreasi.

Page 3: keerja rumah rekreasi

2. Pendidikan konservasi membolehkan masyarakat terutamanya peserta yang

menyertai rekreasi menghayati kepentingan alam sekitar. Bincangkan prinsip-prinsip

konservasi dalam pendidikan rekreasi.

Dalam pendidikan rekreasi, prinsip perdana yang harus diamalkan ialah prinsip

rendah diri. Peserta harus tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta

di dalam jiwa. Perasan rendah diri akan mewujudkan perasan bersyukur atas kurniaNya.

Di samping itu, kita boleh menyedari kelemahan diri kita sebagai manusiak kita tidak

mampu mencipta alam semula jadi oleh itu sebagai khalifah kita perlu memelihara alam

sekitar

Selain itu, prinsip bekerjasama juga amatlah penting dalam pendidikan rekreasi.

Prinsip ini sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam

kumpulan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semula jadi dan alam

sekitay dengan jayanya. Kita juga harus merangsang sikap bekerjasama di dalam diri

pelajar agar mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja memlihara dan

memulihkan alam sekitar contohnya aktiviti gotong-royong di kawasan perkhemahan di

akhir program.

Prinsip yang seterusnya ialah prinsip menghormati alam semula jadi yang

terdapat di bumi kita sebagai benda hidup dengan memlihara alam sekitar. Prinsip

kehidupan seimbang sentiasa mengimbang anatara keperluan ekonomi dengan alam

sekitar. Kita harus membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam

sekitar. Dengan ini, barulah alam sekitar ini dapat dijaga dengan baik dan boleh

mewujudkan ekosistem yang seimbang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa prinsip kesederhaan juga merupakan

salah satu prinsip yang penting dalam pendidikan rekreasi. Kita harus sentiasa

bersederhaan dalam menggunakan hasil alam semula jadi tanpa membazir. Jangan

sesekali menebangkan pokok-pokok yang ada dalam hutan kerana pokok boleh

dijadikan salah satu habitat kepada burung. Peserta harus berfikir dengan baik sebelum

melakukan sebarang tindakan. Jika peserta terus menebang pokok-pokok yang ada

dalam hutan, maka bilangan pokok akan menjadi semakin berkurangan dari tahun ke

tahun.

Page 4: keerja rumah rekreasi

Satu lagi prinsip yang tidak boleh dikesampingkan ialah prinsip

bertanggungjawab. Peserta harus sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan alam

sekitar. Ini merupakan satu tanggungjawab yang harus diamalkan oleh setiap peserta.

Peserta tidak harus mementingkan diri sahaja. Jangan sesekali membuang sampah-

sarap di merata-rata tempat. Peserta harus memahami bahawa alam sekita memberi

oksigen yang secukupnya kepada manusia. Jika tiada kemunculan alam sekitar, maka

tiadalah kemunculan flora dan fauna.

Tambahan pula, prinsip menghargai juga amat penting dalam dalam pendidikan

rekreasi. Peserta harus memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan menganggap

sebagai khazanah yang paling berharga. Peserta juga boleh menikmati keindahan alam

sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan alam sekitar. Selain itu, kita harus

sentiasa menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati

keindahan hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ia merupakan

hadiah yang percuma daripada Tuhan. Kita juga harus menghargai hidupan di

persekitaran alam sekitar kerana semua inilah ciptaan tuhan yang begitu unik.

Justeru, prinsip kemampanan alam sekitar amat penting dalam pendidikan

rekreasi. Kita harus mementingkan kemampatan ekosistem dengan tidak mengganggu

sistem ekosisitem semula jadi. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita harus

sentiasa sensitif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan

ekosistem daripada pelbagai pihak. Kita harus menikmati dan menghargai ciptaan

Tuhan yang unik ini. Dengan ini, kita akan berasa senang hati apabila mendapat udara

yang segar dan nyaman dari alam sekitar ini.

Prinsip yang seterusnya ialah prinsip etika. Kita harus menyelesaikan masalah

alam sekitar secara etika dan berdisiplin. Pendidikan konservasi perlu bertujuan

membina bangsa yang beretika dan berdisiplian. Apabila mendapati orang menebang

pokok dalam hutan tanpa rancangan, kita harus melapor kepada pihak tertentu dengan

secepat mungkin supaya boleh memberi hukuman yang berat kepada. Dengan ini,

mereka boleh mengetahui kesalahan sendiri dan boleh memberi pengajaran kepada

mereka.

Di samping itu, prinsip kerosakan minimum juga harus diamalkan oleh setiap

individu. Kita tidak harus merosakkan dan memusnahkan alam sekitar dengan sengaja.

Alam sekitar harus dijaga baik oleh setiap indivudu kerana ia merupakan habitat bagi

Page 5: keerja rumah rekreasi

haiwan di dalam hutan. Apbila habitat dimusnahkan, spesies-spesises haiwan yang unik

akan mengalami kepupusan. Oleh itu, setiap individu harus sentiasa bersedia dengan

langkah-langkah penyelesuai dalam pemulihan alam sekitar yang telah cemar.

Prinsip yang terakhir yang patutu diamalakan oleh setiap individu ialah prinsip

sedar diri. Dalam prinsip ini, kita harus sentiasa mengetahui tindakan yang kita buat itu

sama ada baik atau buruk kepada alam sekitar. Dengan ini, kita boleh mengklasifikasi

perkara-perkara di mana betul atau salah. Kita juga harus mengetahui kepentingan

sumber alam sekitar terhadap manusia. Oleh itu, kita harus menjaga alam sekitar ini

kerana ia telah member banyak faedah kepada manusia dan menjadi habitat flora dan

fauna.