ikatan dalam sukan rekreasi

23
ABSEILING Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi. Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah peserta juaga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut. Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik. 16.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING 16.2.1 TALI Tali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua jenis tali yang digunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali dinamik. 1. Tali Dinamik • Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenama seta pengeluarannya • Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan • Saiz – 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm • Tali dinamik standard-tidak mempunyai balutan kalis air tetapi boleh digunakan pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi

Upload: kaihan

Post on 23-Jan-2016

340 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PJM/ GERKO

TRANSCRIPT

Page 1: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

ABSEILING

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah peserta juaga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut.

Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.

16.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING

16.2.1 TALITali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua jenis tali yang digunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali dinamik.

1. Tali Dinamik• Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenama seta pengeluarannya• Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan• Saiz – 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm• Tali dinamik standard-tidak mempunyai balutan kalis air tetapi boleh digunakan pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi• Tali dinamik double dry-lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasi serta keadaan cuaca yang lembap

2. Tali Statik• Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi• Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat• Saiz- 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm• Agak keras dan tidak mudah dibengkokkan

16.3 SAIZ TALI DAN KEGUNAANNYA

Saiz Sheath Jenis Berat /meter Kekuatan Kegunaan7.5 mm Menyelamat. 39 gm 15.6 kN Tali kecemasan

Page 2: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

9 mm Biasa Rekreasi 53 gm 19.3 kN Untuk safety lines. 10 mm Flex Rekreasi 74 gm 23.1 kN Pendidikan outdoor abseiling, top roping10 mm Biasa Rekreasi 74 gm 23.1 kN Caving 11 mm Flex Menyelamat 82 gm 26.9 kN Keselamatan 11mm biasa Rekreasi 82 gm 26.9 kN Aktiviti lasak - caving (fixed ropes)11mm Flex Aktiviti lasak 82 gm 26.7 kN Outdoor, climbing gyms (top-roping)12.5mm Flex Menyelamat 104 gm 40.5 kN Fire Service, rescue teams, height safety

16.4 BAHAN DALAMAN TALI

16.4.1 FIBRE ASLI (Tali Manila)• Hemp (kuat, lembut, senag dibentuk)• Sisal (kembang dan licin bila basah)• Sabut (ringan dan kurang kukuh)• Cotton (lembut dan mudah rosak)

16.4.2 BUATAN MANUSIA (dua kali lebih kuat)• Nylon• Polyester

16.6 PUNCA-PUNCA KEROSAKAN TALI

16.6.1 Geseran• mungkin disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar tali16.6.2 Terluka• belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk kedalam tali, kesan pergeseran yang menyebabkan lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi putus.• Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar

16.6.3 Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena air

16.6.4 Tali tidak terusus dengan baik dan menyebabkan nya bengkok

16.6.5 Tidak sengaja menarik tali di atas tanah

16.6.6 Cuaca terlalu panas• Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat• Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada jangka masa yang lama

16.6.7 Asid / alkali• Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi apbila terkena asid atau pelarut atau sperid yang kuat akan merosakkan tali• Tali manila akan mengalami kerosakan yang teruk apabila terkena bahan kimia terutama asid dan alkali• Sebagai langkah keselamatan,semua tali yang tercemar hendaklah diberhentikan penggunaanya.

Page 3: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

(dihapuskan sama sekali)

16.6.8 Terkena serangan Cendawan @ kulat• Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena cendawan atau kulat• Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa menggunakan haba jika tidak digunakan

16.7 PENJAGAAN TALI

• Elakkan dari memotong tali• Elakkan dari simpulan tetap• Elakkan dari melalui bucu tajam• Elakkan dari tersentap semasa menggunakan nya• Simpan di tempat yang kering dan tinggi• Jika basah jemur di tempat yang redup/teduh• Periksa tali selalu• Di simpan di dalam bekas atau beg kanvas / plastik bagi mengelakan kekotoran serta mudah dibawa.• Di simpan di tempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak atau bahan kimia• Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat• Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan sejarahnya• Apabila membuat ikatan di pokok, tali harus dilapik dengan guni untuk mengelakan daripada tergeser dengan benda tajam.

16.8 CARA MEMBERSIH TALI

• Bersihkan tali dengan air suam / normal • Jemur tali di bawah bangunan beratap dan mempunyai pengaliran udara yang baik

16.9 CARA MENYIMPAN TALI

• Tali – tali perlu dikemaskan supaya mudah dibawa, tidak berjuntai dan paling penting ia dapat melerai dengan bebas dan tanpa kekusutan ketika dilontarkan• Beberapa teknik menggulung tali ialah : Mountaineers Coil: Butterfly Coil

Page 4: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

JENIS-JENIS IKATAN

Lilit Pemati Biasa

Fungsi:Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.

Teknika) Letakkan tali kecil seperti pada rajahb) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.

Buku Sila

Fungsi~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknika) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.b) Masukkan hujung A dibawah B.c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah

Page 5: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Tindih Kasih

Fungsi :~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik :a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

Bunga Geti

Fungsi :~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.~ Mengikat tali kesuatu tanjul.Teknik :a) Mulakan simpul.b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti rajah (b).c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti rajah (c)

Page 6: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Simpul Manuk

Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silanggunting.Teknik :a) Mulakan simpul pada kayu.b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.c) Tarik hujung tali.

Simpul Pulih

Fungsi :~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.Teknik :a) Mulakan simpul pulih.b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.

Page 7: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Simpul Himpit

Fungsi :~ Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.~ Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.

Teknik :a) Mulakan simpul himpit.b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.c) Kemudian, tarik hujung tali.

Simpul Bunga Geti Ganda

Fungsi :Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburaiTeknik :a) Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).b) Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti pada rajah (a) dan (b).c) Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul seperti rajah (c) dan (d).

Page 8: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Lilit Balak

Fungsi :~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.~ Untuk memulakan ikatan serong.Teknik :a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

Belit Lucut

Fungsi :~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.~ Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.~ Dapat dibuka dengan senang.Teknik :a) Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian, mulakan simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam rajah.b) Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.c) Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti dalamrajah.

Page 9: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Simpul Abah-abah

Fungsi :~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.Teknik :a) Buat satu gelung seperti dalam rajah.b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.

Lilit Pasdul

Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.~ Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.Teknik :a) Mulakan membuat satu gelung.b) Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan seperti dalam rajah.c) Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dankanan.

Page 10: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Lilit Tindih Kejap

Fungsi :~ Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik songsang.~ Juga digunakan untuk menarik tali besar.

Teknik :a) Mulakan simpulan.b) Kemudian, ulang simpulan dan tindih di atas simpulan sebelumnya.

Ikatan Pengail

Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.~ Ikatan ini kuat dan kukuh.~ Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

Teknik :a) Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.b) Lakukan 2 lingkaran tali.c) Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.

Page 11: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Simpul Kerusi

Fungsi :~ Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke atas.

Teknik :a) Buatkan 2 gelung tali.b) Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.c) Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.d) Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.e) Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang lebihkecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.

Simpul Simple Noose

Fungsi :~ Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.~ Sangat berguna dalam kerja- kerja menyelamat.~ Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang. Teknik :a) Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.b) Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.

Page 12: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Ikat Serong

Fungsi :~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.Teknik :a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

Ikat Seraya

Fungsi :~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.Teknik :a) Dimulakan dengan simpul manuk.b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.c) Seterusnya dililit dicelah kayu.d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk

Page 13: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Ikat Silang Gunting

Fungsi :~ Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang.~ Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.~ Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat.Teknik :a) Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.b) Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.c) Belitkan dicelah-celah dengan kuat.d) Matikan dengan simpul manuk.

Ikat Silang Tungku

Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz.Teknik :a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.b) Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.c) Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayutengah.

Page 14: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Lilit Kacang

Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet.Teknik :a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.

Ikat Jepun

Fungsi :~ Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.~ Menyambung 2 jenis kayu.

Teknik :a) Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.b) Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar sebanyak 3 lilitan.c) Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.d) Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku sila di antara kayu.

Sambat Balik

Fungsi :~ Untuk mematikan hujung tali.

Teknik :a) Pecahkan hujung tali.b) Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang dihadapannya.c) Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.

Page 15: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

Lilit Dua Simpul

Fungsi :~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.~ Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.

Teknik :a) Mulakan simpul seperti dalam rajah.b) Kemudian lakukan 2 lengkungan.c) Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.

Bil Jenis dan Fungsi Teknik1. Lilit Pemati Biasa• Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.A. Letakkan tali kecil seperti pada rajahB. Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.C. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.D. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.

2. Buku Sila• Menyambung 2 tali yang sama saiz.• Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. A. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.B. Masukkan hujung A dibawah B.C. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah A.

3. Tindih Kasih• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Page 16: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

4. Bunga Geti• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.• Mengikat tali kesuatu tanjul. A. Mulakan simpul.B. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti rajah (b).C. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti rajah (c).

5. Simpul Manuk• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.

6. Simpul Pulih• Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.• Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. A. Mulakan simpul pulih.B. Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.C. Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.

7. Simpul Himpit• Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.• Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail. a) Mulakan simpul himpit.b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.c) Kemudian, tarik hujung tali.

8. Simpul Bunga Geti Ganda• Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburai. A. Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).B. Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti pada rajah (a) dan (b).C. Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul seperti rajah (c) dan (d).

9. Lilit Balak• Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.• Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.• Untuk memulakan ikatan serong. A. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.B. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

10. Belit Lucut• Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.• Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.• Dapat dibuka dengan senang. A. Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian, mulakan simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam rajah.B. Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.C. Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti dalam rajah.

Page 17: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

11. Simpul Abah-abah• Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.• Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat. A. Buat satu gelung seperti dalam rajah.B. Tarik tali bahagian atas melalui gelung.C. Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.D. Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.

12. Lilit Pasdul• Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.• Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah. A. Mulakan membuat satu gelung.B. Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan seperti dalam rajah.C. Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan kanan.

13. Lilit Tindih Kejap.• Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik songsang.• Juga digunakan untuk menarik tali besar.

14. Ikatan Pengail• Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.• Ikatan ini kuat dan kukuh.• Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. A. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.B. Lakukan 2 lingkaran tali.C. Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.

15. Simpul Kerusi• Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke atas. A. Buatkan 2 gelung tali.B. Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.C. Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.D. Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.E. Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang lebih kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.

Page 18: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

16. Simpul Simple Noose• Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.• Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.• Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang. A. Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.B. Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.

17. Ikat Serong• Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.• Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering. A. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.B. Kemudian belitkan membujur dan melintang.C. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.D. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

18. Ikat Seraya.• Diguanakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat. A. Dimulakan dengan simpul manuk.B. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.C. Seterusnya dililit dicelah kayu.D. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

19. Ikat Silang Gunting• Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang.• Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.• Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat. A. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.B. Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.C. Belitkan dicelah-celah dengan kuat.D. Matikan dengan simpul manuk.

20. Ikat Silang Tungku.• Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz. A. Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.B. Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.C. Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu tengah.

21. Lilit Kacang• Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet. A. Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.B. Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.

Page 19: Ikatan Dalam Sukan Rekreasi

22. Ikat Jepun• Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.• Menyambung 2 jenis kayu. A. Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.B. Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar sebanyak 3 lilitan.C. Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.D. Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku sila di antara kayu.

23. Sambat Balik• Untuk mematikan hujung tali.A. Pecahkan hujung tali.B. Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang dihadapannya.C. Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.

24. Lilit Dua Simpul• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.• Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya. A. Mulakan simpul seperti dalam rajah.B. Kemudian lakukan 2 lengkungan.C. Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.