kebaikan menerapkan elemen sdp ke dalam pnp sains

4
kebaikan menerapkan elemen SDP ke dalam PnP Sains Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Saya merupakan pelajar PISMP major sains. Antara kebaikan menerapkan elemen SDP dalam pengajaran dan pembelajaran sains ialah pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Saya akan mengaplikasikan seni muzik dalam pengajaran saya. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Sebagai contoh, semasa mengajar tajuk kegigian saya akan menerapkan pengetahuan tentang kesihatan gigi. Selepas mengajar, saya akan memainkan lagu gosok gigi untuk murid. Saya akan mengajar bagaimana untuk menyanyi lagu itu dan meminta murid untuk menyanyi bersama-sama. Penerapan SDP seperti ini, akan menjadikan kelas yang diajar lebih menarik dan murid akan berasa lebih gembira. Semua murid pasti akan terhibur dan

Upload: wee-dong-lau

Post on 14-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Menerapkan Elemen SDP Ke Dalam PnP Sains

kebaikan menerapkan elemen SDP ke dalam PnP Sains

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya

menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual,

seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan

lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam

sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang

terhadap muzik yang didengari.

Saya merupakan pelajar PISMP major sains. Antara kebaikan

menerapkan elemen SDP dalam pengajaran dan pembelajaran sains ialah

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Saya akan

mengaplikasikan seni muzik dalam pengajaran saya. Irama merupakan elemen

yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang

berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita

mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan

mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. 

Sebagai contoh, semasa mengajar tajuk kegigian saya akan menerapkan

pengetahuan tentang kesihatan gigi. Selepas mengajar, saya akan memainkan

lagu gosok gigi untuk murid. Saya akan mengajar bagaimana untuk menyanyi

lagu itu dan meminta murid untuk menyanyi bersama-sama. Penerapan SDP

seperti ini, akan menjadikan kelas yang diajar lebih menarik dan murid akan

berasa lebih gembira. Semua murid pasti akan terhibur dan dapat mengingat isi

pelajaran yang diajar dengan lebih jelas.

Selain itu, penerapan unsur SDP dalam proses pengajaran dan

pembelajaran juga akan dapat menglibatkan pelajar secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Salah satu seni yang perlu diterapkan ialah seni

pergerakan. Aktiviti Seni pergerakan yang terancang dan persekitaran yang

kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan

potensi murid ke tahap optimum. Seni pergerakan juga  bertujuan membantu

murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan

kecergasan. Sebagai contoh, semasa mengajar topic pergerakan haiwan, saya

Page 2: Kebaikan Menerapkan Elemen SDP Ke Dalam PnP Sains

akan meminta pelajar untuk keluar ke depan untuk menunjukkan bagaimana

pergerakan haiwan. Contohnya, apabila saya menyebut nama harimau, murid

perlu merangkak dan berjalan seperti harimau. Saya percaya sekiranya

penerapan unsur SDP dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan,

pelajar akan menglibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Selain itu, penerapan unsur SDP dalam kelas juga dapat meningkatkan

minat pelajar terhadap pembelajaran . Saya percaya bahawa semua kanak-

kanak suka melukis dan mewarna, kerana aktiviti ini merupakan aktiviti yang

digemar oleh saya semasa saya belajar di sekolah rendah. Contohnya, samasa

saya mengajar subjek yang berkaitan dengan haiwan. Saya boleh meminta

pelajar untuk melukis haiwan yang disukainya dan mewarnakan. Pelajar mesti

akan tertarik dengan pengajaran guru dan melaksanakan aktiviti melukis dan

mewarna yang diberi dengan baik kerana mereka mempunyai minat pada aktiviti

tersebut. Justeru itu, saya yakin bahawa penerapan unsur SDP dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat belajar murid-murid.

Di samping itu, kelas kami juga tidak akan membosankan pelajar

sekiranya unsur SDP diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berbanding dengan pengajaran yang lama seperti cara ‘chalk and talk’,

sekiranya saya menerapkan unsur SDP dalam kelas, murid akan menyanyi dan

mendengar lagu, sekiranya saya mengaplikasikan unsur muzik. urid akan dapat

untuk membuat pergerakan ataupun menari, sekiranya saya memilih seni

pergerakan dan murid boleh melukis dan mewarna dengan suka hati kerana seni

visual juga merupakan salah satu unsur dalam SDP. Murid pastinya tidak akan

berasa bosan kerana mereka dapat belajar dengan pelbagai cara dan pelbagai

aktiviti dapat dijalankan dalam kelas.

Penerapan unsur SDP dalam pengajaran saya juga akan

memperkembangkan daya imaginasi pelajar. Subjek sains mempunyai beberapa

tajuk yang memerlukan pelajar untuk berbincang dalam kumpulan dan

membentangkan hasil perbincangan kumpulan sendiri. Sebagai contoh, semasa

Page 3: Kebaikan Menerapkan Elemen SDP Ke Dalam PnP Sains

guru mengajar tajuk sistem pernafasan, guru akan mengajar tentang fungsi

organ. Guru boleh membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk

membincangkan apakah fungsi organ pernafasan. Selepas itu, guru meminta

murid untuk berbincang dalam kumpulan, dan melukiskan rupa organ tersebut.

Murid dalam kumpulan akan bekerjasama dan melukis organ tersebut dan

mewarnakan gambar organ tersebut. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan

daya imaginasi pelajar semasa mereka mewarna dan melukis gambar organ

tersebut.

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni

dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan.

Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan

penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran

yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika

proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.