pengaruh ict dalam pnp

38
GURU & CABARAN SEMASA (EDU 3109) Disediakan oleh, AMIRUL ZAIREEN BIN MOHAMAD & WAN ABDUL AZIZ BIN WAN ABDULLAH (PISMP – PK/PJ/PSV SEMESTER 8) Pensyarah Pembimbing: PUAN FADHILAH BINTI ASPAR TAJUK : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA 1)Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat & Komunikasi 2)Gejala Sosial

Upload: syazmeerul

Post on 29-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pengaruh ict dalam pnp

TRANSCRIPT

Page 1: pengaruh ict dalam pnp

GURU & CABARAN SEMASA(EDU 3109)

Disediakan oleh,AMIRUL ZAIREEN BIN MOHAMAD

&WAN ABDUL AZIZ BIN WAN ABDULLAH

(PISMP – PK/PJ/PSV SEMESTER 8)

Pensyarah Pembimbing:PUAN FADHILAH BINTI ASPAR

TAJUK : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA1)Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat & Komunikasi2)Gejala Sosial

Page 2: pengaruh ict dalam pnp

PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Page 3: pengaruh ict dalam pnp

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.

Page 4: pengaruh ict dalam pnp

Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989).

Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Page 5: pengaruh ict dalam pnp

Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah.

Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah.

Page 6: pengaruh ict dalam pnp

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ICT Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi

mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat era utama iaitu Era Penulisan, Era Percetakan, Era Telekomunikasi dan Era Komunikasi Interaktif. Beliau menamakan kesemua ini sebagai evolusi komunikasi manusia.

Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.

Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.

Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.

Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.

Page 7: pengaruh ict dalam pnp

Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet.

Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana.

Page 8: pengaruh ict dalam pnp

Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).

Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Page 9: pengaruh ict dalam pnp

TIGA DASAR UTAMA ICT DALAM PENDIDIKAN – KPM

1. Literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Mengutama peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P & P.

3. Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan.

Page 10: pengaruh ict dalam pnp

ALAT YANG TERLIBAT DALAM ICT IALAH

Page 11: pengaruh ict dalam pnp

Cakera Padat Internet Aplikasi

Perisian Kursus Pendidikan(Teaching & Learning Courseware)

Pencarian Maklumat Search EnginePengkalan DataPembangunan Laman Web / Blog

Pemprosesan DataMS WordMS PublisherPage Maker

Pengkalan Data Komunikasi- Forum- E mel- Chat

Hamparan Elektronik- MS Excel

Ensaiklopedia Muat turun PresentationMS PowerPoint

Page 12: pengaruh ict dalam pnp
Page 13: pengaruh ict dalam pnp
Page 14: pengaruh ict dalam pnp

KOMUNIKASI

Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan dengan meluas.

Melalui penggunaan e-mel juga, guru dengan pelajar - kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan

Page 15: pengaruh ict dalam pnp

PEROLEHAN MAKLUMAT

Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru dan pelajar dalam internet.

Maklumat-maklumat ini sentiasa dikemaskini -maklumat yang dipaparkan sentiasa terkini dan tepat

Maklumat-maklumat yang boleh diakses -memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat

Page 16: pengaruh ict dalam pnp

PENYIARAN MAKLUMAT

Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet.

Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran tradisional.

Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet

Dapat membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan

Page 17: pengaruh ict dalam pnp

PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM TALIAN

E- Learning Satu teknologi yang digunakan secara

meluas dalam pendidikan Adalah pembelajaran jarak jarak jauh

(distance learning) yang memanfaatkan teknologi komputer

E-learning membolehkan pelajar untuk belajar melalui komputer dan juga sebagai suatu bentuk pembelajaran berasaskan web

Page 18: pengaruh ict dalam pnp
Page 19: pengaruh ict dalam pnp

KESAN POSITIF

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat :meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajarantidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran P & P lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkanmempertingkatkan kualiti pengajaranmendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat

Page 20: pengaruh ict dalam pnp

SAMBUNGAN Memudahkan Komunikasi – Kemudahan ini dapat

diukur dari segi kebolehan untuk berkomuniksai pada bila-bila masa.

Meluaskan Pandangan dan Pengetahuan - Seseorang itu boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama ada dari dalam atau luar negara.

Memudahkan Proses Pendidikan – Keupayaan media untuk menggerakkan deria-deria utama manusia menyebabkan proses pembelajaran itu berlaku dengan berkesan.

Membentuk Masyarakat yang Peka kepada Keadaan Semasa – Menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa seperti perpaduan, alam sekitar, golongan kurang bernasib baik, hak mereka sebagai pengguna, dan banyak lagi.

Page 21: pengaruh ict dalam pnp
Page 22: pengaruh ict dalam pnp
Page 23: pengaruh ict dalam pnp

KESAN NEGATIF

Kepakaran guru yang terhad Kekurangan khidmat sokongan Masalah isi kandungan dalam internet Masalah maklumat yang tidak tepat Masalah mencari maklumat Masalah hakcipta Masalah menghasilkan pembelajaran secara

talian Kekurangan peralatan Pelajar menjadi pasif dan kurang

berkomunikasi

Page 24: pengaruh ict dalam pnp

SAMBUNGAN

Pengaruh Budaya Asing – Oleh sebab ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara dimuatkan dalam media tempatan, maka terdapatlah unsur- unsur negatif yang menular masuk ke dalam budaya tempatan.

Menerapkan Amalan Kebendaan – Oleh sebab ICT digunakan sepenuhnya untuk menyokong kegiatan perdagangan, maka timbul pula keinginan pada pihak orang ramai untuk berbelanja bagi mendapatkan atau memiliki barangan yang mungkin tidak begitu diperlukan.

Menjejaskan Kesihatan – Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat bahan ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kandungan.

Salah Guna oleh Pihak Tertentu – ICT juga digunakan oleh pihak tertentu untuk menabur mesej palsu untuk mencapai hasrat mereka.

Page 25: pengaruh ict dalam pnp

GEJALA SOSIAL

Page 26: pengaruh ict dalam pnp

Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu;

a) Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.

b) Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit ‘pau’ daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.

c) Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.

Page 27: pengaruh ict dalam pnp

PUNCA GEJALA SOSIAL1) Globalisasi dan modenisasi

Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentas ke arah budaya dan pemikiran.

Pembudayaan kota (city culture) menurut landasan barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia.

Golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka.

Masyarakat mementingkan kemewahan. Masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi dan tidak

menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan.

Page 28: pengaruh ict dalam pnp

2) Keruntuhan institusi keluarga Kekurangan kasih-sayang, perhatian, asuhan dan

didikan daripada ibu bapa kepada anak-anak. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya dan kebendaan

– mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak sejak kecil

lagi. Komitmen ibu bapa terhadap kerjaya – anak-anak

mencari alternatif untuk mengisi kegersangan kasih sayang.

Perceraian dan pergaduhan – mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat.

Page 29: pengaruh ict dalam pnp

3) Media-massa Filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan

agama, akhlak, budaya timur dan wawasan negara, Terpengaruh apa yang dilihat melalui media massa.

4) ICT Masyarakat yang berfikiran kurang matang dengan

mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Golongan muda mudah terpengaruh – mewarna rambut, membuat tattoo, memakai pakaian yang merosak akidah dan sebagainya.

Page 30: pengaruh ict dalam pnp

5) Sikap remaja Tidak dapat mengawat nafsu diri – terdorong kepada

kegiatan jahat dan hidup berfoya-foya yang hanya dikejar ialah keseronokan dan kemewahan tanpa memikirkan masa depan.

Tidak mendengar nasihat orang tua Ingin mencuba dan ingin tahu

6) Sikap ibu bapa Kesibukan ibu bapa yang bekerja dari pagi sampai ke

petang – tiada masa bersama anak-anak Sukar mengungkapkan perasaan sayang terhadap anak-

anak.

Page 31: pengaruh ict dalam pnp

KESAN NEGATIF

1) Kepada individu sendiriKehidupan remaja dipersiakan begitu sahaja

Mengalami kemunduran dalam pelajaran (mereka yang selalu ponteng kelas)

Mudah terpengaruh dengan kegiatan negatif

Pergaulan bebas – anak luar nikah – pembuangan bayi – lari dari rumah

Page 32: pengaruh ict dalam pnp

2) Kesan ke atas masyarakatMemandang rendah kepada golongan remajaKehidupan masyarakat tidak lagi aman – banyak kes sosial remaja

seperti merompak, mencuri, meragut dan sebagainya.Sentiasa hidup dalam ketakutan, sentiasa berwaspada dan berjaga-

jaga.

3) Menjejaskan negaraRemaja yang mencorakkan identiti dan mentadbir negara kelakJika tidak dibendung, negara akan hilang tenaga mudaDipandang serong oleh negara lain disebabkan kelemahan dalam

pentadbiran.Merugikan negara dari segi kos perbelanjaan untuk membaiki harta

awam yang rosak.

Page 33: pengaruh ict dalam pnp

TANGANI GEJALA SOSIAL

1) Peranan ibu bapaIbu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini

sebagai “sahabat” untuk cuba menyelami pandangan dan masalah mereka.

Memperhatikan setiap pergerakan anak-anakSanggup meluangkan masa dengan anak-anak.Mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan.Tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama,

nilai-nilai murni, melatih anak-anak bersopan

Page 34: pengaruh ict dalam pnp

2) Peruntukan undang-undang• Peruntukan undang-undang di sekolah boleh

menimbulkan rasa takut dalam kalangan murid sekolah.• Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa

seperti polis.

3) Pendekatan akademik• Menambahkan aktiviti berteraskan akademik dan

separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum.• Perubahan teknik pengajaran seperti penggunaan

komputer, video, dan teknik pengajaran luar kelas.

Page 35: pengaruh ict dalam pnp

4) Didikan agama• Menjadikan agama sebagai sumber penjana remaja

cemerlang• Pegangan agama yang kukuh dan berkesan perlu bagi

menimbulkan keinsafan dan kesdaran supaya remaja memanfaatkan masa remaja dengan menimba ilmu.

5) Peranan ahli masyarakat• Melalui PIBG, pertemuan yang lebih kerao antara ibu bapa,

penjaga dan guru diadakan khasnya bafi murid yan bermasalah.

• Menerima teguran guru dengan sikap terbuka dan positif.

Page 36: pengaruh ict dalam pnp
Page 37: pengaruh ict dalam pnp
Page 38: pengaruh ict dalam pnp