karangan tundingan spm 2014 (autosaved).pdf

23
 KARANGAN TUNDINGAN SPM 2 14 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD 1 arangan Tundingan SPM 2 14 Disediakan oleh: En Roslan b. Daud Guru Bahasa Melayu SMK Taman Keramat Gombak Selangor  Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat. Moga kalian memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Amin.  

Upload: zainudin-m-husain

Post on 08-Oct-2015

199 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    1

    Karangan Tundingan SPM 2014

    Disediakan oleh: En Roslan b. Daud

    Guru Bahasa Melayu SMK Taman Keramat

    Gombak, Selangor

    Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat. Moga kalian memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Amin.

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    2

    Cara-cara untuk mengeratkan hubungan kejiranan

    Pendahuluan

    definisi jiran orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita

    hubungan kejiranan pada zaman dahulu amat kuat dan utuh

    disebabkan oleh corak pekerjaan yang menuntut kerjasama ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

    semangat kejiranan masyarakat pada zaman moden semakin luntur

    mereka mementingkan diri sendiri persis peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

    perlu ada usaha yang pragmatik untuk mengeratkan hubungan kejiranan

    persoalannya, apakah ?

    Isi 1

    Ayat Topik : melakukan aktiviti gotong-royong

    Ayat Huraian:

    melakukan pekerjaan bersama-sama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    terdapat pembahagian kerja oleh setiap kumpulan masyarakat

    Ayat Contoh:

    masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan

    masyarakat bergotong-royong memperindah taman permainan

    masyarakat bergotong-royong membantu jiran yang mengadakan majlis keramaian

    Ayat Kesan:

    memupuk semangat kerjasama bagai aur dengan tebing

    memupuk persefahaman sekali gus mengelakkan perbalahan

    Isi 2

    Ayat Topik : menyertai rukun tetangga

    Ayat Huraian :

    kes jenayah seperti rompakan, ragut dan pecah rumah semakin menjadi-jadi

    mengaktifkan penglibatan anggota masyarakat dalam komuniti setempat secara sukarela

    Ayat Contoh:

    masyarakat mengawal dan meronda kawasan perumahan pada waktu malam

    masyarakat melaporkan aduan kepada pihak berkuasa seperti polis

    anggota rukun tetangga melakukan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan

    Ayat Kesan

    menjamin keselamatan penduduk setempat

    menyuburkan sikap prihatin dan saling bertanggungjawab

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    3

    Isi 3

    Ayat Topik : membudayakan amalan kunjung-mengunjungi

    Ayat Huraian :

    dapat bertanya khabar, beramah mesra dan berkongsi kegembiraan

    mengetahui masalah jiran tetangga cubit peha kanan, peha kiri terasa juga / berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

    Ayat Contoh:

    mengunjungi rumah jiran pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali

    memenuhi jemputan rumah terbuka

    menziarahi jiran tetangga yang ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan atau kebakaran

    Ayat Kesan

    mendalami adat resam dan budaya kaum lain

    mempererat hubungan masyarakat berbilang kaum

    Isi 4

    Ayat Topik : menganjurkan aktiviti sukan

    Ayat Huraian :

    menjalin kemesraan antara masyarakat

    mencapai kejayaan berasaskan prinsip penyatuan

    Ayat Contoh :

    menganjurkan Hari Keluarga sebagai aktiviti wajib tahunan

    mengadakan sukaneka memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, lari dalam guni

    diadakan di padang, taman rekreasi atau di pantai

    Ayat Kesan

    meningkatkan persefahaman dan perasaan ingin membantu

    mengikis perasaan prejudis dan syak wasangka terhadap kaum lain

    Kesimpulan :

    terdapat seribu satu cara untuk mengeratkan hubungan kejiranan

    bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    perlu ada kerjasama semua pihak berganding bahu

    Wawasan 2020 tidak akan terlaksana jika masyarakat tidak bersatu padu

    kunci perpaduan ialah hubungan masyarakat yang kukuh

    bersatu teguh, bercerai roboh

    tepuklah dada, tanyalah selera

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    4

    Peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak

    Pendahuluan :

    anak-anak ialah anugerah Allah yang tidak ternilai

    menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang berguna

    ibu bapa ibarat nakhoda di dalam bahtera manakala anak-anak laksana anak-anak kapal

    jika nakhoda pincang dalam mengendalikan kapal, maka karamlah seisi bahtera

    andai nakhoda bijak menangani gelombang ujian yang datang, nescaya selamatlah seisi kapal ke pulau bahagia yang diimpikan

    hubungan kejiranan masyarakat moden semakin renggang

    sikap mementingkan diri sendiri bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

    kajian Jabatan Perpaduan negara mendapati bahawa faktor utama kerenggangan hubungan kejiranan, khususnya masyarakat bandar ialah sikap mementingkan diri sendiri

    tidak dinafikan peranan ibu bapa amat penting dalam soal ini

    persoalannya, apakah ?

    Isi 1

    Ayat Topik : mendidik anak-anak sejak kecil tentang semangat kejiranan

    Ayat Huraian :

    melentur buluh biarlah dari rebungnya didikan perlulah bermula sejak kecil

    hadis anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya

    jika warna yang dipalitkan cerah, maka baiklah peribadi anak-anak sebaliknya jika warna kelam yang dipilih, nescaya suramlah akhlak anak-anak

    anak-anak perlu diasuh sejak umur setahun jagung kerana mereka menurut kata

    hati anak-anak bagai batu, walaupun keras, air didikan yang lembut pasti mampu melekukkannya

    apabila menjelang remaja, anak-anak sukar menerima ajaran bagai mencurahkan air di daun keladi

    Ayat Contoh :

    menasihati anak-anak yang tidak suka bercampur gaul dengan jiran tetangga

    memberikan kata-kata semangat dan pujian kepada anak-anak yang rapat dengan jiran

    menghukum anak-anak yang bersikap biadab dengan jiran tetangga

    menerangkan kepentingan semangat kejiranan kepada anak-anak

    menerapkan nilai-nilai kejiranan seperti tolong-menolong, kerjasama, saling menghormati, tolak ansur dan baik hati

    Ayat Kesan :

    anak-anak mempraktikkan amalan ini apabila mereka dewasa kelak

    menjadi panduan yang berguna dalam meniti kehidupan pada hari muka

    Isi 2

    Ayat Topik : menjadi suri teladan buat anak-anak

    Ayat Huraian :

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    5

    ibu bapa ialah idola yang utama buat anak-anak

    segala perlakuan ibu bapa akan ditiru bulat-bulat oleh anak-anak

    bapa borek, anak rintik / bagaimana acuan, begitulah kuihnya / ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

    ibu bapa menjadi cerminan buat anak-anak

    ahli psikologi berpendapat bahawa ibu bapa yang gagal menunjukkan nilai yang baik di hadapan anak-anak berhadapan dengan risiko anak-anak yang buruk akhlaknya

    Ayat Contoh :

    ibu bapa menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh jiran berlainan bangsa

    ibu bapa menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran

    ibu bapa menziarahi jiran tetangga yang ditimpa musibah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya

    ibu bapa dan meringankan mulut untuk menegur jiran

    ibu bapa berbaik-baik dengan jiran walaupun berlainan bangsa

    Ayat Kesan :

    anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa untuk menjalinkan hubungan dalam komuniti

    anak-anak menghormati ibu bapa dan sering menjadikannya sebagai rujukan utama

    Isi 3

    Ayat Topik : membawa anak-anak menyertai aktiviti bersama-sama masyarakat

    Ayat Huraian :

    masyarakat kini, khususnya remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah mahupun di luar kawasan kejiranan seperti menonton televisyen dan membeli-belah di pusat beli-belah

    jarang-jarang ibu bapa membawa anak bergaul dengan jiran khuatir mengganggu majlis

    gaya hidup zaman moden menuntut masyarakat lebih suka menyendiri dan memegang fahaman individualistik

    tanpa disedari, anak-anak semakin menjauh dan merasakan tidak penting dalam komuniti

    aktiviti dengan jiran dapat membantu anak-anak merapatkan hubungan dan mengenali jiran tak kenal maka tak cinta

    Ayat Contoh :

    menyertai aktiviti gotong-royong

    membantu jiran ketika majlis kenduri-kendara

    membawa anak-anak ketika meronda kawasan perumahan pada waktu malam

    menyertai Hari Keluarga dan acara sukaneka

    menghadiri undangan ketika perayaan dan rumah terbuka

    Ayat Kesan :

    anak-anak terdorong untuk bergaul dengan anak-anak jiran tetangga

    memupuk hubungan baik dengan jiran

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    6

    Kesimpulan :

    terdapat seribu satu peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak

    sememangnya peranan ibu bapa tidak dapat dinafikan kepentingannya

    bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing untuk mengeratkan hubungan kejiranan

    pihak kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai program bercorak setempat seperti rumah terbuka

    media massa perlulah menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan

    pihak sekolah hendaklah menekankan kepentingan menjaga hubungan baik dengan jiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    semangat kejiranan yang utuh dapat membina negara bangsa yang teguh bersatu teguh, bercerai roboh

    Wawasan 2020 bukan sekadar mimpi kosong jika hubungan baik dengan jiran dipelihara

    tepuklah dada, tanyalah selera

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    7

    Peranan pelbagai pihak untuk menyuburkan semangat kejiranan

    Pendahuluan :

    slogan Jiran sepakat membawa berkat pernah dilaung-laungkan oleh kerajaan suatu ketika dahulu

    tidak semua masyarakat yang benar-benar menghayati dan mendalami maksud slogan ini slogan tersebut hanyalah menjadi penghias di papan tanda dan kain rentang

    terdapat masyarakat yang masih tidak mengenali jiran, khususnya penduduk di bandar

    mereka lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercampur gaul seperti kera sumbang

    fahaman individualistik dan sikap mementingkan diri sendiri yang bermaharajalela bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

    kajian Jabatan Perpaduan Negara mendapati bahawa faktor utama lunturnya semangat kejiranan adalah disebabkan oleh sikap masyarakat kota khususnya yang mementingkan diri sendiri

    paparan ngeri ini mencetuskan kerisauan yang bukan sedikit, terutamanya kepada pemerintah

    semangat kejiranan menjadi titik tolak kepada kukuhnya perpaduan kaum di negara kita

    setiap penyakit ada penawarnya, sudah pasti setiap masalah pasti ada penyelesaiannya

    persoalannya, apakah ?

    Isi 1

    Ayat Topik : media massa haruslah menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan menyuburkan semangat kejiranan

    Ayat Huraian:

    media massa menjadi wadah terpenting pada era globalisasi ini untuk menyebarkan informasi kepada masyarakat

    masyarakat kini lebih celik maklumat dan celik teknologi mudah memperoleh maklumat kerana segala-galanya berada di hujung jari

    penggunaan media massa secara optimum mampu menghasilkan impak yang luar biasa kepada sesuatu program

    keberkesanan media massa pada hari ini amat terbukti lebih-lebih lagi masyarakat boleh mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

    Ayat Contoh :

    televisyen perlulah menerbitkan program yang berunsurkan kejiranan sama ada dalam bentuk drama, filem atau dokumentari rancangan drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Bersamamu

    radio hendaklah menyiarkan iklan tentang kepentingan semangat kejiranan Hot FM, Era FM

    surat khabar haruslah menerbitkan artikel-artikel berkaitan kejiranan di dalam rubrik-rubrik yang sesuai Berita Harian melalui kolum Rencana, Utusan Malaysia melalui ruangan Gaya Hidup atau Rencana

    Ayat Kesan :

    masyarakat akan disuntik kesedaran tentang kepentingan hubungan kejiranan yang erat

    masyarakat berusaha memupuk nilai-nilai hidup berjiran seperti baik hati, bertolak ansur dan saling menghormati

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    8

    Isi 2

    Ayat Topik : pihak jawatankuasa penduduk hendaklah menganjurkan aktiviti bercorak setempat

    Ayat Huraian :

    jawatankuasa penduduk ialah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi

    pihak jawatankuasa penduduk ditubuhkan adalah untuk merancang pelbagai kegiatan yang memberikan faedah kepada masyarakat

    kebanyakan jawatankuasa penduduk tidak aktif, ibarat hidup segan mati tak mahu

    masyarakat tidak bersedia untuk menjadi sukarelawan kerana jawatankuasa penduduk tidak mendapat sebarang bayaran tetap

    Ayat Contoh :

    menganjurkan rumah terbuka sempena perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas

    menganjurkan Hari Keluarga yang dimeriahkan dengan sukaneka

    menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, taman permainan dan kenduri-kendara

    menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi meronda dan mengawasi kawasan kediaman daripada masalah jenayah

    Ayat Kesan :

    masyarakat saling mengenali dan bekerjasama bagai aur dengan tebing

    menggalakkan masyarakat bermuafakat, semangat kerja sepasukan dan bertanggungjawab Isi 3 Ayat Topik : pihak sekolah menekankan kepentingan semangat kejiranan dalam pembelajaran dan pengajaran Ayat Huraian :

    institusi pendidikan seperti sekolah ialah agen sosialisasi yang paling berkesan

    selain berfungsi sebagai agen penyalur ilmu pengetahuan, sekolah juga ialah wadah pembentukan sahsiah yang unggul

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara

    menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan sumbangan tunas hijau ini dalam kehidupan bermasyarakat

    Ayat Contoh :

    mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menjelaskan kepentingan semangat kejiranan

    subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menekankan tanggungjawab kita kepada jiran walaupun berlainan bangsa

    program kebajikan yang melibatkan masyarakat perlu dijalankan oleh pihak sekolah di kawasan kediaman seperti gotong-royong

    unit beruniform boleh mengadakan program membersihkan kawasan perkuburan Ayat Kesan :

    pelajar akan didedahkan keperluan semangat kejiranan dalam kehidupan sehari-hari sejak awal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya

    pelajar disuntik elemen positif seperti berbaik-baik dan berprasangka baik terhadap jiran

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    9

    Isi 4

    Ayat Topik : ibu bapa membawa anak-anak menyertai aktiviti bersama-sama masyarakat

    Ayat Huraian :

    masyarakat kini, khususnya remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah mahupun di luar kawasan kejiranan seperti menonton televisyen dan membeli-belah di pusat beli-belah

    jarang-jarang ibu bapa membawa anak bergaul dengan jiran khuatir mengganggu majlis

    gaya hidup zaman moden menuntut masyarakat lebih suka menyendiri dan memegang fahaman individualistik

    tanpa disedari, anak-anak semakin menjauh dan merasakan tidak penting dalam komuniti

    aktiviti dengan jiran dapat membantu anak-anak merapatkan hubungan dan mengenali jiran tak kenal maka tak cinta

    Ayat Contoh :

    menyertai aktiviti gotong-royong

    membantu jiran ketika majlis kenduri-kendara

    membawa anak-anak ketika meronda kawasan perumahan pada waktu malam

    menyertai Hari Keluarga dan acara sukaneka

    menghadiri undangan ketika perayaan dan rumah terbuka

    Ayat Kesan :

    anak-anak terdorong untuk bergaul dengan anak-anak jiran tetangga

    memupuk hubungan baik dengan jiran

    Kesimpulan :

    terdapat seribu satu peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak

    bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing untuk mengeratkan hubungan kejiranan

    semangat kejiranan yang utuh dapat membina negara bangsa yang teguh bersatu teguh, bercerai roboh

    gagasan 1 Malaysia hanya sia-sia andai semangat kejiranan tidak dipupuk kerana asas perpaduan ialah masyarakat yang harmoni

    Wawasan 2020 bukan sekadar mimpi kosong jika hubungan baik dengan jiran dipelihara

    keruntuhan benteng perpaduan amat mudah berlaku andai batu-bata kejiranan tidak disusun dengan baik dan kukuh

    setiap anggota masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri tidak boleh berpeluk tubuh ketika orang lain berhempas pulas mencari jalan untuk mengukuhkan semangat kejiranan

    tepuklah dada, tanyalah selera

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    10

    Usaha untuk menggalakkan sektor pelancongan

    Pendahuluan :

    pada zaman prakemerdekaan, sektor pertanian begitu diberikan perhatian kerana menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara

    peningkatan penduduk menjadikan sektor pertanian amat penting berbanding sektor perkhidmatan dan perindustrian lantaran membekalkan sumber makanan

    sekali bah melimpah, sekali pantai berubah zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamed menyaksikan sektor perindustrian diberikan penekanan seiring dengan Wawasan 2020

    sektor pelancongan turut dimajukan dengan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 dengan temanya Mengagumkan Malaysia serta menggunakan maskot Orang Utan yang dikenali sebagai Wira

    semasa Abdullah Ahmad Badawi menerajuk tampuk kepimpinan negara, beliau semakin mengembangkan potensi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia

    keistimewaan yang dimiliki Malaysia menjadikan negara kita amat terkenal dalam kalangan pelancong asing, khususnya dari Eropah, Asia Tengah dan Asia Barat

    perlu ada kerjasama antara semua pihak untuk memastikan bilangan pelancong yang disasarkan pada tahun 2014 sebanyak 36 juta orang pelancong dapat direalisasikan

    persoalannya, apakah ?

    Isi 1

    Ayat Topik : media massa mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dilawati

    Ayat Huraian:

    media massa menjadi wadah terpenting pada era globalisasi ini untuk menyebarkan informasi kepada masyarakat

    masyarakat kini lebih celik maklumat dan celik teknologi mudah memperoleh maklumat kerana segala-galanya berada di hujung jari

    penggunaan media massa secara optimum mampu menghasilkan impak yang luar biasa kepada sesuatu program

    keberkesanan media massa pada hari ini amat terbukti lebih-lebih lagi masyarakat boleh mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

    Ayat Contoh :

    televisyen perlulah menerbitkan program yang memaparkan keistimewaan Malaysia sama ada dalam bentuk drama, filem atau dokumentari rancangan Teganu Kita di TV3 dan Jalan-jalan Cari Makan

    radio hendaklah menyiarkan iklan tentang destinasi menarik di negara kita lagu Cuti-cuti Malaysia

    surat khabar haruslah menerbitkan artikel-artikel yang menulis travelog, pengalaman atau keunikan tempat-tempat di seluruh negara di dalam rubrik-rubrik yang sesuai Berita Harian melalui kolum Rencana, Utusan Malaysia melalui ruangan Gaya Hidup atau Rencana

    Ayat Kesan :

    rakyat akan disuntik kesedaran tentang keindahan Malaysia yang perlu diterokai

    pelancong luar negara akan terpikat dengan keunikan negara kita dan tertarik untuk melawat negara yang permai ini

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    11

    Isi 2 Ayat Topik : kerajaan perlu memperuntukkan dana bagi meningkatkan sektor pelancongan Ayat Huraian :

    saban tahun kerajaan membentangkan pecahan peruntukan bagi setiap sektor untuk projek pembangunan

    dana tersebut boleh digunakan untuk memperindah dan memperbaik kawasan pelancongan

    sudah terbukti bahawa dana tersebut berjaya membangunkan kawasan pelancongan pulangan lumayan

    prasarana yang disediakan lebih baik dan bertaraf lima bintang Ayat Contoh :

    membangunkan dan membaiki infrastruktur seperti jalan raya, lapangan terbang pembinaan lapangan terbang di Kuala Terengganu dan Pulau Langkawi

    memperindah kawasan persekitaran rumah-rumah di sepanjang Sungai Melaka dicat dan dilukis dengan pelbagai lukisan yang menarik

    mengadakan karnival dan ekspo pelancongan Halal Fest, Maha mempromosikan produk pelancongan Malaysia seperti makanan, kraf tangan dan kesenian

    menganjurkan pesta kebudayaan seperti tarian, kesenian dan muzik Citrawarna Malaysia

    memajukan pelancongan terbaharu seperti pelancongan kesihatan, pelancongan akua dan pelancongan pendidikan

    Ayat Kesan :

    menjamin keselesaan pelancong yang bertandang

    mencerminkan kemampuan Malaysia menyediakan kemudahan yang unggul

    Isi 3

    Ayat Topik : agensi pelancongan perlulah membuat promosi yang istimewa

    Ayat Huraian :

    agensi pelancongan bertindak secara langsung untuk menarik kedatangan pelancong domestik mahupun pelancong luar negara

    promosi yang menarik dapat dijadikan umpan buat pelancong

    keberkesanan promosi amat berkait rapat dengan perancangan agensi pelancongan dalam menyusun strategi

    tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata tetapi harus memberikan perkhidmatan yang berkualiti setanding dengan harga yang dibayar oleh pelanggan

    Ayat Contoh :

    menawarkan harga tambang penerbangan yang murah dan berpatutan, tiada caj tersembunyi Air Asia, Firefly

    menawarkan khidmat jurupandu pelancong yang profesional fasih bertutur bahasa asing, sekurang-kurangnya bahasa Inggeris menghantar jurupandu pelancong menghadiri kursus komunikasi yang sesuai

    menyediakan tempat penginapan yang selesa dan unik konsep inap desa yang membolehkan pelancong merasai kehidupan di desa yang indah dan permai inap desa di negeri utara seperti Pulau Langkawi dan Kedah membolehkan pelancong merasai nikmat kehidupan di sawah padi merasai pengalaman menanam padi

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    12

    memasukkan pakej melawat ke tempat-tempat yang menarik dalam promosi melancong ke Pulau Langkawi mesti melawati Tasik Dayang Bunting, Rumah Mahsuri dan Pulau Payar

    Ayat Kesan :

    memancing perhatian dan minat pelancong untuk melawati tempat tersebut

    membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat

    Kesimpulan :

    terdapat seribu satu peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan sektor pelancongan berkembang pesat

    bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri pelancongan

    bidang pelancongan bukan sahaja menjanakan pendapatan kepada negara malah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat

    masyarakat perlu mengikis stigma bahawa negara luar mempunyai pelbagai keistimewaan

    Malaysia mempunyai segala-galanya tidak pernah kalah dengan negara lain

    tak kenal maka tak cinta rakyat belum benar-benar menerokai kelebihan negara kita

    sekiranya industri pelancongan di negara kita dimajukan, maka tidak mustahil kita mampu menjadi destinasi utama pelancongan

    tepuklah dada, tanyalah selera

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    13

    Karangan Gred A+: Ciri-ciri pengguna yang bijak

    (Ayat Rangsangan) Sedar atau tidak, setiap daripada kita, tidak kiralah tua atau muda, kaya atau

    miskin, lelaki atau perempuan, kita ialah pengguna. (Ayat Persoalan) Persoalannya, adakah kita

    benar-benar mengetahui maksud pengguna? (Pentakrifan) Gabungan Persatuan-persatuan

    Pengguna Malaysia (FOMCA) mentakrifkan pengguna sebagai orang yang membeli barang dan

    menggunakan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluannya. (Ayat Huraian) Sering

    kali kita mendengar keluhan, rintihan, rungutan dan aduan daripada pengguna tentang barang

    dan perkhidmatan yang digunakan tidak berkualiti. (Ayat Huraian) Ada pula yang ditipu oleh

    penjual yang tidak bertanggungjawab dan menangguk di air keruh lantaran tidak mempunyai

    ilmu kepenggunaan yang mencukupi. (Ayat Contoh / Fakta Kes) Contohnya, pada tahun 2009

    dilaporkan sejumlah RM210 juta nilai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengguna hasil

    aduan mereka kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (Ayat Huraian)

    Menyedari hakikat ini, FOMCA giat menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat

    melalui edaran risalah dan pelbagai program seperti Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna

    yang dianjurkan pada setiap tahun bagi melahirkan pengguna yang bijak. (Ayat Arah)

    Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?

    (Ayat Topik) Ciri perdana pengguna yang bijak ialah mereka merancang perbelanjaan

    sebelum pergi berbelanja. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, setiap manusia

    dikurniakan dengan keinginan yang berbagai-bagai seperti kata peribahasa Melayu, rambut sama

    hitam, hati lain-lain. (Ayat Huraian) Walaupun begitu, jika kita perhatikan di pasar raya, tidak

    ramai masyarakat Malaysia yang mempraktikkan amalan ini, malah mereka lebih senang

    mencapai apa-apa sahaja barangan yang diingini. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, perancangan

    boleh dilakukan dengan membuat kira-kira pada setiap bulan daripada bahagian pendapatan

    untuk digunakan sebagai perbelanjaan, simpanan hari muka dan kecemasan. (Ayat Contoh)

    Secara tidak langsung, pengguna yang bijak telah membuat perancangan untuk menabung wang

    setiap bulan. (Ayat Contoh) Sebelum pergi berbelanja pula, pengguna yang bijak akan menulis

    senarai barangan yang dikehendaki sebagai panduan semasa membeli-belah. (Ayat Huraian)

    Perlu diingat bahawa senarai itu perlulah disusun mengikut keutamaan dan keperluan bukanlah

    kehendak yang perlu dipenuhi. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna akan dapat menjimatkan wang

    daripada berbelanja pelbagai barangan yang tidak diperlukan. (Ayat Kesan) Bukan itu sahaja,

    pengguna yang bijak akan dapat menjamin masa depan anak-anak jika membuat tabungan dari

    sekarang kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. (Ayat Penegasan) Tuntasnya,

    pengguna yang bijak akan merancang perbelanjaan sebagai rutin sebelum berbelanja.

    (Ayat Topik) Selain merancang perbelanjaan, pengguna yang bijak juga akan membeli

    barangan yang murah berbanding barangan yang mahal. (Ayat Huraian) Umum mengetahui

    bahawa pengguna kini lebih mengejar jenama berbanding kualiti sebenar barangan. (Ayat

    Huraian) Memang diakui bahawa produk berjenama itu lebih berkualiti, namun kita tidak boleh

    menafikan bahawa ada juga produk murah yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan

    produk yang mahal. (Ayat Contoh) Misalnya, pengguna yang bijak sudah tentu membeli

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    14

    barangan buatan Malaysia, selaras dengan seruan kerajaan melalui Kempen Belilah Barangan

    Buatan Malaysia seperti kereta nasional Proton atau Perodua. (Ayat Contoh) Ketika membeli

    barangan dapur pula, pengguna yang bijak akan pergi ke pasar raya atau pasar borong untuk

    membeli barangan atau berbelanja saban bulan berbanding membeli di kedai runcit kerana harga

    yang ditawarkan jauh lebih murah. (Ayat Huraian) Walaupun pakar psikologi mendapati wanita

    bersifat setia kepada sesuatu kedai, sifat ini perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan

    kerugian. (Ayat Contoh) Seperkara lagi, pengguna yang bijak juga akan membeli barangan

    ketika jualan murah atau ada promosi kerana pada masa itu, terdapat potongan harga sehingga 70

    peratus berbanding harga sebenar. (Ayat Kesan) Implikasinya, pengguna bukan sahaja dapat

    menjimatkan wang tetapi juga dapat barangan yang mempunyai kualiti yang sama dengan

    produk luar negara. (Ayat Kesan) Dalam pada itu, kita dapat membantu negara dalam memacu

    ekonomi ke peringkat yang lebih tinggi kerana memilih produk tempatan. (Ayat Penegasan)

    Sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang bijak akan membeli barangan yang murah.

    (Ayat Topik) Di samping membeli barangan yang murah, pengguna yang bijak juga

    sentiasa meneliti maklumat barangan sebelum membelinya. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan

    oleh dewasa ini banyak penjual yang sering menipu maklumat barangan sama ada dari segi

    ketiadaan tarikh luput, kandungan ramuan ataupun harga. (Ayat Huraian) Tidak menghairankan

    apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan

    proaktif dengan mengadakan tinjauan di pasar dan kedai runcit untuk memastikan peniaga

    mempamerkan tanda harga, terutamanya bagi barangan kawalan kerana terdapat aduan pengguna

    berkaitan isu ini. (Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, pengguna yang bijak akan melihat tarikh luput

    sesuatu produk juga keadaan produk terutamanya makanan dalam tin dan bungkusan perlu dalam

    keadaan yang baik dan tidak kemek. (Ayat Contoh) Pengguna yang bijak juga akan memastikan

    produk yang dijual bukanlah tiruan sebaliknya tulen seperti cakera padat, produk kecantikan dan

    barangan elektrik. (Ayat Contoh) Paling penting, pengguna yang bijak harus memastikan harga

    barangan ialah betul, terutamanya bagi barangan kawalan seperti gula, tepung gandum, cili dan

    sebagainya. (Ayat Kesan) Impaknya, pengguna dapat menjamin kesihatan agar terhindar

    daripada kes keracunan makanan sehingga boleh meragut nyawa. (Ayat Kesan) Paling penting,

    pengguna juga dapat mengelakkan penindasan yang sering dilakukan oleh peniaga yang tidak

    bertanggungjawab sekali gus memperjuangkan hak mereka sebagai pengguna. (Ayat Penegasan)

    Pendek kata, pengguna yang bijak akan meneliti maklumat barangan sebelum membelinya.

    (Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kriteria yang

    menentukan seseorang itu sebagai pengguna yang bijak atau tidak. (Ayat Cadangan Umum)

    Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk

    melahirkan pengguna yang bijak agar tidak menjadi mangsa penjual yang mementingkan

    keuntungan. (Ayat Cadangan 1) Oleh hal yang demikian, persatuan pengguna hendaklah

    memainkan peranan dengan menyebarkan risalah kepenggunaan dari rumah ke rumah selain

    mengadakan ceramah dan seminar kepada masyarakat. (Ayat Cadangan 2) Bukan itu sahaja,

    pihak sekolah perlulah memperkasakan penubuhan Kelab Pengguna dengan menganjurkan

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    15

    pelbagai pertandingan seperti menulis esei, kuiz kepenggunaan, melukis poster dan sebagainya.

    (Ayat Cadangan 3) Perkara yang paling penting ialah media massa haruslah menghebahkan

    kempen kesedaran berkaitan kepenggunaan di akhbar, televisyen, radio dan laman sesawang agar

    dapat menyuntik kesedaran dalam diri masyarakat tentang hak-hak sebagai pengguna. (Ayat

    Harapan) Saya cukup optimis sekiranya pengguna yang bijak dapat dilahirkan, maka suasana

    ekonomi di negara kita akan lebih baik dan masalah penipuan tidak lagi menjadi aduan yang

    merimaskan kita. (Ayat Ramalan) Cuba kita fikirkan sejenak, apakah yang akan berlaku

    sekiranya masyarakat masih tidak peka dan memandang enteng hak-hak mereka sebagai

    pengguna? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam

    diri, segala yang direncanakan tidak akan membawa apa-apa makna.

    Karangan Gred A+ : Faedah memajukan bidang pertanian

    (Ayat Rangsangan 1) Seandainya kita menelusuri sejarah, bidang pertanian telah mula

    berkembang sejak zaman Neolitik, iaitu ketika manusia prasejarah mula bercucuk tanam dan

    mula mencipta alatan pertanian. (Ayat Rangsangan 2) Situasi ini terus menunjukkan evolusi

    bidang pertanian sehinggalah wujudnya pelbagai ciptaan seperti pada zaman Tamadun China.

    (Ayat Rangsangan 3) Lebih hebat daripada itu, kebijaksanaan manusia telah mencetuskan

    Revolusi Pertanian di Eropah seiring dengan pertambahan penduduk pada masa itu yang juga

    mengubah sistem ekonomi masyarakat Tanah Melayu daripada sara diri kepada komersial. (Ayat

    Contoh) Contohnya, tanaman seperti kopi, lada hitam, sagu, kelapa dan gambir dikomersialkan

    manakala tanaman baharu seperti getah dan kelapa sawit dimajukan di negara ini. (Ayat

    Rangsangan 4) Kendatipun demikian, semasa pemerintahan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr

    Mahathir Mohamed menyaksikan bidang pertanian tidaklah dimajukan seperti sektor

    perindustrian namun tidak pula dipinggirkan secara total kerana matlamat beliau adalah untuk

    mengejar status negara maju. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah faedah-faedah memajukan

    bidang pertanian kepada masyarakat dan negara dewasa ini?

    (Ayat Topik) Antara faedah perdana memajukan bidang pertanian di negara kita adalah

    dapat menggalakkan pelancongan tani. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana kesuburan

    tanaman dan udaranya yang nyaman dapat menarik kedatangan pelancong pada hujung minggu

    mahupun cuti sekolah. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, Cameron Highland yang terkenal dengan

    tanaman sayur-sayuran dan teh telah menjadi destinasi tumpuan pelancong domestik mahupun

    pelancong asing. (Ayat Contoh) Di Negeri Bawah Bayu, iaitu Sabah pula, Kundasang juga tidak

    kurang hebatnya kerana mempunyai udaranya yang sejuk dan kawasan penanaman sayur-

    sayuran seperti kobis. (Ayat Kesan) Kesannya, kawasan ini mampu menjanakan pendapatan

    negara seterusnya menstabilkan ekonomi Malaysia dalam jangka masa yang panjang. (Ayat

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    16

    Kesan) Bidang pertanian ini juga mampu memajukan pembangunan negara seterusnya

    menggalakkan pelabur asing untuk menanam modal. (Ayat Kesan) Perkara yang paling penting

    ialah kawasan pelancongan tani sudah tentu mampu menjadi identiti kepada sesebuah tempat.

    (Ayat Tegas) Tuntasnya, bidang pertanian dapat menggalakkan pelancongan tani.

    (Ayat Topik) Selain itu, bidang pertanian jika dimajukan juga dapat mengurangkan kadar

    import kepada sesebuah negara. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa Malaysia masih

    mengimport beras dari negara Thailand dan Vietnam sungguhpun sebenarnya negara kita mampu

    untuk mengeluarkan beras kerana Malaysia memiliki tanah yang luas dan subur, tidak kurang

    juga iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun. (Ayat Contoh) Misalnya, jika hasil padi di

    negara kita mampu dituai sebanyak tiga kali setahun, sudah pasti kita tidak perlu lagi

    mengimport beras dari negara tersebut. (Ayat Contoh) Statistik menunjukkan bahawa saban

    tahun kita membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk mengimport hasil tani seperti beras, sayur-

    sayuran dan buah-buahan dari negara luar. (Ayat Kesan) Impaknya, negara dapat menjimatkan

    wang negara daripada mengalir ke luar negara sekali gus dapat menstabilkan nilai mata wang

    Ringgit di pasaran dunia. (Ayat Kesan) Bukan itu sahaja, Malaysia dapat mengelakkan

    kebergantungan pada negara luar seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar

    makanan halal. (Ayat Kesan) Dari sudut yang berbeza, bidang ini dapat menghasilkan produk

    makanan yang beridentitikan nasional di samping membantu penduduk luar bandar

    meningkatkan pendapatan mereka agar tidak hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan

    petang. (Ayat Penegasan) Pendek kata, bidang pertanian dapat mengurangkan kadar import

    negara.

    (Ayat Topik) Di samping itu, sekiranya bidang pertanian di negara kita dimajukan, sudah

    pasti kita dapat memajukan industri kecil dan sederhana yang kini bagai cendawan tumbuh

    selepas hujan. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, industri kecil dan sederhana di

    negara kita seperti perusahaaan kerepek dan jeruk buah-buahan amat memerlukan hasil tani

    untuk diproses menjadi produk. (Ayat Contoh) Umpamanya, jeruk Pak Ali seperti jeruk mangga,

    jeruk asam boi, jeruk betik, jeruk kedondong dan jeruk buah pala yang menjadi kegilaan di Pulau

    Pinang memerlukan buah-buahan tempatan dari ladang untuk dijadikan jeruk yang enak. (Ayat

    Contoh) Sebagai misalan, masyarakat di Banting, Selangor pula amat memerlukan ubi kayu dan

    pisang untuk dijadikan kerepek dan kek. (Ayat Kesan) Implikasinya, bidang ini dapat

    menambahkan pendapaan masyarakat desa sekali gus meningkatkan taraf hidup masyakat luar

    bandar. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, jurang ekonomi antara golongan kaya dengan

    golongan miskin dapat dirapatkan dan tidak akan menjadi semakin lebar sehingga mencetuskan

    rasa iri hati terhadap dua golongan ini. (Ayat Kesan) Dari sudut yang sama, bidang pertanian ini

    sememangnya dapat mengelakkan masalah kemiskinan tegar yang sering dihadapi oleh

    masyarakat luar bandar yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

    seterusnya mengurangkan kadar jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan ragut. (Ayat

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    17

    Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang pertanian sememangnya dapat

    memajukan industri kecil dan sederhana di Malaysia.

    (Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kemaslahatan memajukan

    bidang pertanian di negara ini. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak

    perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memajukan bidang pertanian di negara

    kita agar terus ekonomi negara terus mantap. (Ayat Cadangan 1) Oleh hal yang demikian, pihak

    kerajaan hendaklah menyediakan latihan dan kursus kepada para petani, khususnya kepada

    petani yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. (Ayat Cadangan 2) Bukan itu sahaja, pihak

    bank seperti Agro Bank haruslah menyediakan pinjaman kepada petani dengan memudahkan

    urusan peminjaman modal, memanjangkan tempoh bayaran balik serta merendahkan kadar

    faedah bagi memudahkan petani. (Ayat Cadangan 3) Perkara yang paling penting ialah petani

    haruslah berani mencuba teknologi moden seperti menggunakan kaedah bioteknologi dan jentera

    bagi mendapatkan hasil yang lebih lumayan. (Ayat Harapan) Saya cukup optimis sekiranya

    bidang pertanian diberikan tumpuan yang sewajarnya, negara kita tidak lagi kerugian malah

    mampu menjadi hab makanan utama di dunia. (Ayat Ramalan) Cuba kita fikirkan sejenak,

    apakah yang akan berlaku sekiranya negara Thailand dan Vietnam menghentikan eksport beras

    mereka ke negara ini secara tiba-tiba? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera

    kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala yang direncanakan tidak akan membawa apa-apa

    makna.

    Karangan Gred A+: Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang bahagia

    Pohon kelapa sebelah saga,

    Tempat pekaka melepas penat;

    Ibu bapa tonggak keluarga

    Di bahu mereka terpikul amanat.

    (Ayat Rangsangan 1) Pantun di atas menjelaskan fungsi ibu bapa dalam institusi

    kekeluargaan, iaitu memikul tanggungjawab yang besar. (Ayat Rangsangan 2) Di pundak

    mereka, terbeban seribu satu harapan, juga cabaran yang bakal digalas dan dilunaskan kepada

    anak-anak. (Ayat Rangsangan 3) Tanpa institusi kekeluargaan yang bahagia, akan lahirlah

    masyarakat yang pincang, sekali gus mewujudkan negara yang tidak stabil dari segi pelbagai

    sudut. (Ungkapan Menarik) Orang bijak pandai selalu menamsilkan bahawa ibu bapa ibarat

    nakhoda dalam sebuah bahtera yang besar. (Ayat Rangsangan 4) Mereka perlu mempunyai ilmu

    dan kemahiran untuk mengendalikan kapal kerana perjalanan menuju ke tanah bahagia akan

    sentiasa dibadai ombak dugaan. (Ayat Rangsangan 5) Dalam pada itu, anak-anak kapal juga

    perlu dilatih agar terbiasa dengan kehidupan fatamorgana yang sarat dengan permainan duniawi.

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    18

    (Ayat Rangsangan 6) Oleh itu, amanat yang dipikul oleh ibu bapa amat berat kerana salah

    pencaturannya, maka karamlah bahtera di tengah lautan kehidupan. (Ayat Rangsangan 7) Anak-

    anak bukan sahaja cahaya mata yang menyejukkan hati tetapi mereka ialah amanah yang

    dikurniakan kepada pasangan yang bertuah dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. (Ayat

    Rangsangan 8) Dewasa ini menyaksikan terdapat ibu bapa yang gagal menunaikan

    tanggungjawab mereka kepada anak-anak sehinggalah mencetuskan masalah sosial yang

    semakin membarah. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk

    keluarga yang bahagia?

    (Ayat Topik) Antara peranan perdana yang perlu dimainkan oleh ibu bapa terhadap anak-

    anak untuk membentuk keluarga yang bahagia ialah ibu bapa perlu memberikan didikan kepada

    anak-anak yang mencukupi sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    (Ungkapan Menarik) Hadis ada menyebut bahawa anak-anak ibarat kain putih dan menjadi

    tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya. (Ayat Huraian) Jika putih menjadi pilihan,

    maka eloklah peribadi yang akan dibentuk, tetapi jika hitam diwarnakan dalam diri anak-anak,

    tidak mustahil mendunglah langit kehidupan mereka. (Ayat Contoh) Untuk mencapai hasrat ini,

    maka ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak tentang nilai-nilai murni yang perlu wujud dalam

    sesebuah keluarga, misalnya saling menghormati, bertolak ansur, bantu-membantu dan

    bertimbang rasa. (Ayat Contoh) Perlu diingat bahawa pendidikan agama dan moral jangan

    sesekali diabaikan kerana inilah makanan rohani dan jiwa manusia. (Ayat Huraian) Tanpa

    agama, pasti jalan kehidupan manusia akan tersasar daripada fitrah kerana tiada pedoman yang

    dijadikan pegangan. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, sekiranya terdapat ceramah keluarga

    sakinah, maka seharusnya ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk turut sama terlibat. (Ayat

    Kesan) Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka

    dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka.

    (Ayat Kesan) Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan

    menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam

    pelajaran dengan cemerlang. (Ayat Penegasan) Tuntasnya, ibu bapa perlulah memberikan

    didikan kepada anak-anak.

    (Ayat Topik) Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah memberikan kasih sayang dan

    perhatian kepada anak-anak untuk membentuk keluarga yang bahagia. (Ayat Huraian) Sudah

    menjadi fitrah manusia ialah setiap individu ingin disayangi oleh orang lain dan ingin

    menyayangi orang lain. (Ayat Huraian) Oleh yang demikian, naluri kasih sayang menyebabkan

    insan lebih menghargai kehidupan, diri dan orang sekelilingnya. (Ayat Huraian) Namun begitu,

    disebabkan tuntutan kerja yang membebankan, ibu bapa sering kali mengabaikan anak-anak di

    rumah dan menyerahkan tanggungjawab itu bulat-bulat kepada pengasuh. (Ayat Huraian) Maka,

    mereka akan mencari orang yang boleh memahami mereka, seperti rakan sebaya untuk

    meluahkan masalah. (Fakta Kes) Kajian menunjukkan remaja yang bermasalah berpunca

    daripada kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa. (Ayat Huraian) Seyogianya, anak-anak

    perlu diberikan perhatian dan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. (Ayat Contoh)

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    19

    Sebagai contoh, ibu bapa perlu menyambut hari istimewa seperti hari kelahiran anak-anak

    sebagai tanda penghargaan terhadap kewujudan mereka dalam institusi kekeluargaan. (Ayat

    Contoh) Satu perkara yang tidak boleh dipinggirkan ialah ibu bapa perlu mendengar masalah

    anak-anak dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada mereka kerana ini ibarat bom jangka

    yang akan meletup pada bila-bila masa. (Ayat Contoh) Sementelahan itu, pencaturan masa

    hendaklah dilakukan dengan membawa anak-anak melancong dan beriadah bagi mengeratkan

    hubungan kekeluargaan. (Ayat Kesan) Kesannya, mereka tidak akan melakukan perkara yang

    boleh menconteng arang ke muka ibu bapa kerana penghargaan ibu bapa menyebabkan mereka

    berfikir tidak wajar bunga dibalas tahi. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, hubungan anak-anak

    dengan ibu bapa lebih akrab seterusnya akan lahirlah keluarga yang bahagia tanpa adanya

    perselisihan. (Ayat Penegasan) Pendek kata, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang dan

    perhatian kepada anak-anak.

    (Ayat Topik) Di samping memberikan kasih sayang dan perhatian, ibu bapa juga

    sewajarnya menyediakan nafkah yang secukupnya buat keluarga. (Ayat Huraian) Hal ini

    dikatakan sedemikian kerana nafkah yang mencukupi amat penting dalam membesarkan anak-

    anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. (Ayat Huraian) Oleh itu, keharmonian dan

    keceriaan di rumah menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. (Fakta Kes)

    Banyak kajian yang membuktikan bahawa kemiskinan dan kedaifan hidup menyebabkan anak-

    anak tidak menghargai diri mereka dan ahli keluarga. (Ayat Huraian) Tidak menghairankan

    apabila terdapat anak-anak yang masih bersekolah memilih untuk bekerja sambilan kerana ibu

    bapa tidak berjaya memenuhi tuntutan mereka seperti membayar yuran pelajaran, membeli baju

    baharu dan seribu satu keinginan nafsu. (Ayat Huraian) Perlu diketahui bahawa anak-anak

    sering membandingkan kehidupan mereka dengan rakan-rakan. (Ayat Huraian) Mereka sering

    membayangkan tinggal di rumah yang besar, mempunyai kenderaan yang mewah dan juga

    kehidupan yang selesa sera-serbi. (Ayat Contoh) Umpamanya, bapa selaku ketua keluarga perlu

    bekerja mencari rezeki buat mengisi perut anak-anak dan isteri. (Ayat Huraian) Namun,

    disebabkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang

    tinggal di bandar, si isteri juga terpaksa bekerja untuk membantu suami mencari sesuap nasi.

    (Ayat Kesan) Sumber kewangan yang mencukupi juga dapat menyediakan rumah yang kondusif

    untuk anak-anak belajar, membeli pelbagai alat tulis serta buku rujukan bagi pembelajaran serta

    memberikan wang saku kepada anak-anak untuk perbelanjaan harian. (Ayat Penegasan) Sudah

    terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlu menyediakan nafkah yang secukupnya buat keluarga

    untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

    (Ayat Topik) Selain itu, ibu bapa juga perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai

    suri teladan kepada anak-anak. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan

    entiti mithali yang dapat dijadikan idola kepada anak-anak. (Ayat Huraian) Tambahan pula,

    mereka ialah orang yang paling dekat dengan anak-anak dan lebih memahami sikap serta

    keperluan anak-anak. (Ayat Peribahasa) Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa

    bagaimana acuan, begitulah kuihnya kerana sikap ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak. (Ayat

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    20

    Huraian) Menyedari hakikat ini, ibu bapa sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kepada

    anak-anak yang setahun jagung untuk diikuti kerana anak-anak akan meniru segala bentuk

    perlakuan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. (Ayat Kesan) Lebih malang lagi, dikhuatiri anak-anak

    akan mewarisi sikap ibu bapa sehinggalah mereka dewasa dan berumah tangga kelak. (Ayat

    Contoh) Sebagai tamsilan, ibu bapa hendaklah mencerminkan sikap yang berhemah ketika

    menyelesaikan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi masalah rumah tangga dan hubungan

    suami isteri. (Ayat Contoh) Dalam pada itu, ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif

    seperti merokok, minum alkohol dan berjudi kerana tindakan ini sudah tentu menjadikan bapa

    borek anak rintik. (Ayat Contoh) Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik dan

    bongkak perlu dikikis agar dapat mencanai generasi muda yang berakhlak mulia dan berbudaya

    murni. (Ayat Contoh) Gambaran lainnya, jika ibu bapa menjadikan budaya membaca sebagai

    amalan, maka anak-anak juga akan terdidik dengan budaya sedemikian. (Ungkapan Menarik)

    Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut

    menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. (Ayat

    Penegasan) Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh

    ibu bapa. Pendek kata, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak.

    (Ayat Kesimpulan) Secara keseluruhannya, tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa

    sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk keluarga yang bahagia.

    (Ayat Cadangan Umum) Kendatipun begitu, kehidupan berkeluarga tidak hanya

    memperlihatkan ibu bapa yang memainkan peranan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan

    berbunyi. (Ayat Cadangan 1) Menyedari hakikat ini, anak-anak juga perlu sama-sama

    mengetahui dan memainkan peranan mereka sebagai anak dalam memastikan harapan

    mewujudkan keluarga bahagia benar-benar menjadi kenyataan. (Ayat Cadangan 2) Sebagai

    generasi yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara, anak-anak hendaklah melengkapkan

    diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran bernilai tambah

    seperti teknologi maklumat dan komunikasi. (Ayat Cadangan 3) Dalam pada itu, Jabatan Agama

    Islam setiap negeri perlu mengukuhkan ilmu keibubapaan dalam sesi kursus praperkahwinan

    kepada pasangan yang akan berkahwin agar pembentukan keluarga sakinah menjadi realiti. (Ayat

    Cadangan 4) Hal yang lebih penting lagi ialah anak-anak perlu mengukuhkan jati diri dalam

    mengharungi badai globalisasi yang kian mencabar. (Ayat Harapan) Kita tidak mahu generasi

    pelapis yang lahir nanti kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan jati diri. (Ungkapan Menarik)

    Ingatlah, jatuh bangun dan maju mundur sesebuah negara bergantung pada remaja pada masa ini

    persis kata-kata Nelson Mandela iaitu jika ingin melihat kemajuan sesebuah negara pada masa

    akan datang maka lihatlah kepada generasi muda yang mereka miliki.

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    21

    Karangan Gred A+ : Kepentingan memelihara perpaduan kaum

    (Ayat Rangsangan 1) Seandainya kita menelusuri sejarah pembentukan bangsa Malaysia,

    kepelbagaian kaum di negara ini disebabkan penjajahan British semasa memerintah Tanah

    Melayu. (Ayat Rangsangan 2) Untuk memajukan ekonomi pada zaman itu, penjajah telah

    mengambil buruh asing dari negara China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan

    ladang getah. (Ayat Rangsangan 3) Pembangunan ekonomi yang pesat ketika itu di tanah

    bertuah ini dijadikan sebagai lubuk rezeki. (Ayat Rangsangan 4) Akhirnya persepakatan dicapai

    melalui misi penubuhan Parti Perikatan bagi mendapatkan kemerdekaan daripada British

    walaupun pada mulanya mereka saling tidak mengenali disebabkan oleh pemisahan petempatan.

    (Ayat Contoh) Namun, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan rusuhan kaum di Kampung Medan

    menjadi pengajaran buat masyarakat bahawa ikatan perpaduan kaum di negara ini masih belum

    benar-benar kukuh. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan memupuk

    perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia?

    (Ayat Topik) Antara kepentingan perdana memupuk perpaduan dalam kalangan

    masyarakat di Malaysia adalah dapat mewujudkan suasana yang aman dan damai. (Ayat

    Huraian) Hal ini demikian kerana, dengan adanya ikatan yang kukuh dalam hubungan, sudah

    tentu tiada perbalahan antara masyarakat. (Ayat Peribahasa) Memang benar peribahasa ada

    mengungkapkan bahawa berkata pelihara lidah kerana percakapan boleh mencetuskan

    permusuhan. (Ayat Kesan) Dalam nada yang sama, akan wujudlah negara yang harmoni. (Ayat

    Contoh) Sebagai contoh, pada tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-13 negara yang

    selamat dan aman menerusi Indeks Keamanan Global. (Ayat Kesan) Sudah tentu dengan

    pengiktifaran ini, masyarakat luar akan memandang tinggi Malaysia kerana mampu

    menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang berbeza dari segi agama, kepercayaan, bahasa

    dan budaya. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan imej negara dengan

    segala cerminan sikap perpaduan dalam masyarakat, ibarat bulat air kerana pembentung, bulat

    manusia kerana muafakat. (Ayat Penegasan) Pendek kata, perpaduan kaum dapat mewujudkan

    suasana yang aman di Malaysia.

    (Ayat Topik) Selain itu, dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

    yang berbilang bangsa, kita dapat meningkatkan ekonomi negara ke satu tahap yang lebih tinggi.

    (Ayat Huraian) Untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020, kekukuhan ekonomi

    menjadi agenda penting selain pembangunan sosial secara menyeluruh. (Ayat Contoh) Misalnya,

    FDI telah menyenaraikan Malaysia di tempat yang ke-10 sebagai destinasi pelaburan asing

    terbaik dunia. (Ayat Kesan) Keadaan ini sudah tentu meningkatkan kadar pelaburan asing kerana

    pelabur berminat untuk menanam modal. (Ayat Kesan) Selari dengan itu, bilangan pelancong

    juga akan bertambah sekali gus memacu sektor pelancongan. (Ayat Kesan) Oleh itu,

    pembangunan negara dan infrastruktur dapat ditingkatkan agar setanding dengan negara maju di

    dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura. (Ayat Peribahasa) Situasi ini amat persis

    dengan peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi yang membawa maksud kedudukan

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    22

    yang setaraf. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, integrasi nasional yang utuh dapat

    menjanakan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.

    (Ayat Topik) Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat mengukuhkan semangat

    patriotik dalam sanubari setiap strata masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh rakyat

    menjadikan sejarah lampau sebagai pedoman yang amat berguna dalam meniti kehidupan yang

    penuh pancaroba. (Ayat Huraian) Kepayahan, penderitaan dan pahit getir nenek moyang dalam

    menuntut kemerdekaan sehingga mengikis keegoan juga telah menyebabkan mereka lebih

    menghargai nikmat yang dikecapi pada hari ini. (Ayat Contoh) Umpamanya, sukan seperti

    badminton telah menyebabkan masyarakat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada

    Datuk Lee Chong Wei tanpa mengira bangsa. (Ayat Kesan) Ekoran daripada itu, rakyat sudah

    tentu lebih bersemangat untuk mempertahankan kemerdekaan dan perpaduan daripada diganggu

    gugat oleh anasir-anasir negatif yang boleh meruntuhkannya. (Ayat Kesan) Lebih

    membanggakan lagi ialah mereka sanggup berkorban nyawa demi negara yang tercinta daripada

    berputih tulang apabila anugerah keharmonian ini diragut oleh pihak yang tidak

    bertanggungjawab. (Ayat Kesan) Lebih penting lagi, negara akan bebas daripada cengkaman

    penjajah yang sebenarnya menangguk di air keruh. (Ayat Penegasan) Secara ringkasnya,

    perpaduan kaum yang disuburkan dapat mengukuhkan semangat cinta akan negara dalam jiwa

    masyarakat.

    (Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan memupuk

    perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini. (Ayat Cadangan Umum)

    Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu komited dan bersikap proaktif dalam menjalinkan

    kerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengekalkan semangat muhibah sedia ada. (Ayat

    Cadangan 1) Oleh itu, media massa seharusnya menjadi wadah perpaduan nasional dengan

    menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan perpaduan melalui televisyen, radio dan

    akhbar. (Ayat Cadangan 2) Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah menggalakkan murid

    berbilang bangsa bergaul mesra sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah seperti

    aktiviti kokurikulum. (Ayat Cadangan 3) Langkah yang paling mustahak ialah ibu bapa perlulah

    mendidik anak-anak tentang nilai-nilai perpaduan seperti saling menghormati dan saling bertolak

    ansur sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ayat Ramalan) Cuba kita

    fikirkan sejenak, adakah kita mampu membangunkan negara jika ikatan masyarakat masih

    longgar dan sering bertikam lidah? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuklah dada, tanyalah selera

    kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala yang direncanakan tidak ada maknanya.

  • KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014 Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

    23

    KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

    Pendahuluan: jiran ialah orang yang tinggal berhadapan dengan rumah kita hubungan kejiranan pada zaman dahulu rapat pekerjaan dilakukan bersama-sama ke bukit sama didaki, ke lurah masa dituruni semangat kejiranan kini semakin lemah masyarakat mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kajian Jabatan Perpaduan Masyarakat mendapati bahawa sikap individualistik menjadi faktor

    utama kelunturan semangat kejiranan kepentingan semangat kejiranan

    Isi 1 mudah mendapatkan bantuan

    AH: jiran ialah orang paling dekat dengan kita sanggup menghulurkan bantuan jika diperlukan ringan tulang

    AC: membantu jiran dalam kesusahan seperti kemalangan menjaga rumah apabila terpaksa pulang ke kampung secara mengejut - menghantar ahli keluarga yang sakit ke hospital

    AK: dapat dilakukan dengan cepat dan menjimatkan masa dapat menjimatkan kos dan tenaga melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin dengan persekitaran cubit peha kiri, peha kanan terasa juga melaksanakan sesuatu tanpa ada masalah

    Isi 2 mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat

    AH: penganjuran aktiviti gotong-royong masyarakat bekerjasama

    AC: membersihkan kawasan perumahan dan taman permainan mengadakan rondaan pada setiap malam melalui rukun tetangga

    AK: menyuburkan semangat kerjasama bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat mengelakkan berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan ragut mengurangkan risiko kematian diiktiraf sebagai negara paling selamat didiami di dunia nama Malaysia harum di segenap pelosok dunia

    Isi 3 mengukuhkan semangat perpaduan

    AH: masyarakat bekerjasama menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka sesama jiran menyuburkan nilai hormat-menghormati

    AC: menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh kaum lain budaya kunjung-mengunjungi berpeluang mempelajari budaya dan adat resam kaum lain tak kenal maka tak cinta

    AK: mengelakkan perselisihan dan pertelingkahan seperti rusuhan kaum mewujudkan suasana yang harmoni dan aman damai menjayakan gagasan 1Malaysia memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling dan pelancong meningkatkan ekonomi masyarakat serta negara

    Kesimpulan: 1001 kepentingan semangat kejiranan semua pihak perlu berganding bahu

    bagai aur dengan tebing media massa menghebahkan kempen kesedaran pihak sekolah

    menekankan kepentingan hidup berjiran melalui pengajaran dan pembelajaran ibu bapa

    membawa anak-anak bergaul dengan jiran tetangga sejak kecil melentur buluh biarlah dari

    rebungnya tepuk dada tanyalah selera