karangan (merokok)

3
Kejadian merokok di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan masyarakat khususnya golongan belia dan beliawanis hari ini. Masalah ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat dan sering menjadi hamparan majalah atau menghiasi dada akhbar. Pendedahan demi pendedahan tentang masalah merokok ini dijadikan agenda penting untuk diselesaikan. Fenomena ini dapat memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh, membimbing generasi kita hari ini. Seandainya kes merokok ini masih bermaharajalela di negara kita, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian Malaysia menggapai hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. Kelalaian ibu bapa juga merupakan faktor perdana yang menimbulkan masalah ini. Kini sudah menjadi lumrah ibu bapa pada masa sekarang rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri. Adakah kita ingin melihat generasi hari ini yang akan menjadi nadi negara, menjadi penagih rokok pada masa depan? Ibu bapa masa ini menyerahkan tugas menjaga anak bulat-bulat kepada pembantu rumah. Bertitik tolak dari sinilah, remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka merasakan jiwa mereka kosong akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa. Akibat kekurangan dan ketandusan kasih sayang serta goyah pegangan agama, remaja mudah bergaul dengan kumpulan samseng yang mengheret mereka untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok. Di samping itu, pengaruh media massa turut menyumbang dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari remaja akibat kegiatan penagihan merokok semakin meningkat. Akibat penyelewengn dalam proses penyaluran maklumat, paparan aksi– aksi yang melampau mengenai rokok boleh menarik minat remaja untuk mencuba. Hal ini demikian kerana rancangan tersebut menyelitkan unsur-unsur bercorak negatif yang secara tidak langsung mempengaruhi minda pelajar.

Upload: unaaaa

Post on 06-Jun-2015

13.046 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaRangaN (merokok)

Kejadian merokok di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan masyarakat khususnya golongan belia dan beliawanis hari ini. Masalah ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat dan sering menjadi hamparan majalah atau menghiasi dada akhbar. Pendedahan demi pendedahan tentang masalah merokok ini dijadikan agenda penting untuk diselesaikan. Fenomena ini dapat memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh, membimbing generasi kita hari ini. Seandainya kes merokok ini masih bermaharajalela di negara kita, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian Malaysia menggapai hasrat dan visi kudsi wawasan 2020.

Kelalaian ibu bapa juga merupakan faktor perdana yang menimbulkan masalah ini. Kini sudah menjadi lumrah ibu bapa pada masa sekarang rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri. Adakah kita ingin melihat generasi hari ini yang akan menjadi nadi negara, menjadi penagih rokok pada masa depan? Ibu bapa masa ini menyerahkan tugas menjaga anak bulat-bulat kepada pembantu rumah. Bertitik tolak dari sinilah, remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka merasakan jiwa mereka kosong akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa. Akibat kekurangan dan ketandusan kasih sayang serta goyah pegangan agama, remaja mudah bergaul dengan kumpulan samseng yang mengheret mereka untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok.

Di samping itu, pengaruh media massa turut menyumbang dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari remaja akibat kegiatan penagihan merokok semakin meningkat. Akibat penyelewengn dalam proses penyaluran maklumat, paparan aksi–aksi yang melampau mengenai rokok boleh menarik minat remaja untuk mencuba. Hal ini demikian kerana rancangan tersebut menyelitkan unsur-unsur bercorak negatif yang secara tidak langsung mempengaruhi minda pelajar.

Pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada berlakunya kegiatan penagihan merokok yang berleluasa. Pada peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya amat kuat dan menebal di jiwa mereka. Jika remaja terlibat dalam kumpulan sebaya yang menyimpang, pengaruh rakan sebaya beginilah yang akan mengheret remaja ke lembah penagihan rokok. Pada kebiasaanya, pengaruh negatif yang menonjol akan menjadi ikutan anak remaja. Segala aktiviti yang dipandang tidak baik oleh ibu bapa tidak pula dipandang sedemikian oleh rakan sebaya. Remaja juga akan lebih menurut kata-kata atau ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun , demi menjaga budaya remaja dan rasa ingin diterima oleh rakan sebaya, remaja berkenaan tidak teragak-agak untuk bertindaksebagaimana yang dikehendaki oleh kumpulannya. Tambahan pula, mereka lebih suka memberikan tindak balas kepada soal prestij di dalam kumpulan agar mereka dapat bergaul dan berinteraksi.

Page 2: kaRangaN (merokok)

Oleh itu, siapakah yang harus diperslahkan dalam hal ini? Persoalan mengapakah dan bagaimanakah tentulah tidak mudah untuk dijawab. Jadi masyarakat haruslah berganding bahu dan memainkan peranan yamg penting bagi menangani senerio ini. Ibu bapa haruslah menjadi pendengar setia dan selalu bermusyawarah bersama-sama anak untuk mendengar maslah dan menyedarkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Ibu bapa mestilah melengkapkan remaja hari ini denagn didikan agama yang secukupnya dan sempurna sejak dari kecil lagi. Hal ini bolah diumpamakan seperti ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Konklusinya, remaja sebagai aset penting negara mestilah berjuang untuk membebaskan diri daripada terus dibayangi oleh kegiatan merokok. Natijah daripada senario-senario ini, kerjasama yang erat, dan persefahaman yang wujud adalah penting dalam menentukan kecerahan dan kelengkapan masa depan negara. Ingatlah remaja yang bakal memimpin negara ini merypakan tonggak dan harapan negara bagi mencorakkan haluan negara demi menzahirkan wawasan 2020.