tabiat merokok

Upload: mizta-karan

Post on 03-Apr-2018

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    1/18

    1 | Mukasurat

    1.0) Pengenalan

    Masalah gejala sosial bukanlah masalah baru bagi negara kita malahan

    masalah gejala sosial sudah wujud sejak dulu lagi. Gejala sosial ini sukar untuk

    ditangani oleh mana-mana pihak sebab itu masalah ini semakin meningkat dari tahun

    ke tahun. Oleh kerana penggunaan teknologi pada masa sekarang semakin meluas

    dan canggih, jadi negara kita tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi ini.

    Para remaja menyalahgunakan keistimewaan yang diberikan. Dari situ para remaja ini

    mula terpengaruh dengan gaya pergaulan orang Barat. Ini antara sebab bagaimana

    gejala sosial itu timbul, contoh masalah sosial ialah merokok, penyalahgunaan dadah,

    minum minuman keras, ponteng sekolah, berjudi, meragut, membuli, menghidu gam,

    pergaulan bebas dan sebagainya.

    Gambar 1: menunjukkan orang yang merokok termasuk pelajar lelaki dan perempuan.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    2/18

    2 | Mukasurat

    2.0) Definisi Tabiat Merokok

    Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi

    oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah

    tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun

    pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini.

    Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah

    dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus

    saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama golongan

    remaja termasuklah pelajar.

    Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan

    nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya

    kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat

    sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan

    kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.

    Gambar 2: menunjukkan logo kempen katakan tak nak kepada rokok, diisytiharkan

    pada tahun 2008.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    3/18

    3 | Mukasurat

    3.0 Bahan Bahan kimia dalam rokok dan

    kesannya kepada kesihatan manusia.

    Pelbagai pendapat membuktikan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan

    manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan

    kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan

    asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang

    digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene),

    racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang

    digunakan di kamar gas maut bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan

    banyak lagi. Walau bagaimanapun, racun paling penting atau yang paling merbahaya

    adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

    Gambar 3: menunjukkan bahan bahan kimia yang beracun yang terkandung dalam

    sebatang rokok.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    4/18

    4 | Mukasurat

    Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi

    penyebab kanser (karsinogen). Nikotin pula seperti dadah, heroin, amfetamin dan

    kokain yang bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem

    mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan.

    Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian,

    tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding dadah. Seseorang yang

    kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam

    keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang ketagihan

    dengan merokok meninggalkan tabiat itu untuk selamanya. Selain memberi sifat

    ketagihan, bahan nikotin juga turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit

    jantung, strok, urat saraf, mengecutkan saluran darah yang menyebabkan tekanantinggi darah, simptom kebas kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati dan

    kekejangan otot.

    Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh

    ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ia menjadi

    terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di

    dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun

    haiwan, ia akan membawa kerosakkan pada setiap organ di sepanjang laluannya, iaitu

    bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran

    penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran

    kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan

    dari badan. Oleh itu, karbon monoksida boleh mengakibatkan sakit jantung, barah paru-

    paru, sakit tenggorok dan kembang paru-paru.

    Racun rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan

    melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian

    kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga

    menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan

    tindak balas terhadap ubat-ubatan yang ditelan. Secara umum diketahui merokok boleh

    menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    5/18

    5 | Mukasurat

    memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. Merokok juga membolehkan

    seseorang lelaki itu mati pucuk.

    Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya

    juga membahayakan kerana ia akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui

    kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di

    sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut,

    kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam

    paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di

    bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli)

    dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui

    saluran penghadaman dan pencernaan dan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit

    di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

    Gambar 4: menunjukkan penyakit penyakit yang dialami oleh perokok.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    6/18

    6 | Mukasurat

    Kesan asap rokok terhadap ibu mengandung pula ialah seperti melahirkan bayi

    yang kurang berat badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, ibu itu lebih

    terdedah kepada kanser, mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala

    kesannya terhadap anak yang masih kecil ialah anak itu lebih mudah mendapat lelah,

    mendapat jangkitan paru-paru, pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu dan

    mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.

    Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk

    dikalangan wanita. Perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser

    paru-paru, payu dara, barah rahim, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus

    lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok. Bagi wanita yang merokok pula

    rook itu akan merosakkan kulit mereka yang halus bukan seperti yang mereka

    harapkan iaitu mengurangkan berat badan mereka.

    Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayikemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko

    mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan

    juga berkurangan jika bakal-bakal ibu itu mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

    Selain itu, juga boleh menyebabkan mereka keguguran.

    Gambar 5: menunjukkan seorang wanita yang mengandung sedang merokok.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    7/18

    7 | Mukasurat

    Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dan

    jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang

    satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak

    dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang

    mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat

    penyakit yang diundang. Berbanding dengan mereka yang

    tidak merokok akan lebih panjang umur mereka.

    Harga rokok sekarang semakin mahal dan seseorang itu sanggup mengeluarkan

    wang yang banyak hanya untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai. Ini

    bermakna seseorang itu akan membazirkan wangnya seperti pelajar membelanjakan

    wang perbelanjaan sekolah yang diberikan oleh ibu bapanya untuk membeli rokok,sedangkan wang itu untuk perbelanjaannya membeli makanan di sekolah.

    Oleh itu, dari bahaya rokok atau bahan-bahan dalam rokok itu dapat

    meninggalkan kesan yang buruk kepada pengamal tabiat merokok itu seperti yang

    dinyatakan di atas pelbagai jenis penyakit yang boleh dihidapi oleh perokok. Antara

    jenis penyakit itu ialah janutng, barah paru-paru, barah rahim, mati pucuk dan

    sebagainya. selain itu, rokok itu juga membahayakan kepada ibu mengandung kerana

    bayi yang dilahirkan akan mendapat lelah, berat badannya lebih rendah dari bayi yang

    normal dan berkemungkinan mendapat penyakit, mati pada tahun pertama

    kehidupannya dan sebagainya.

    Gambar 6: mengibaratkan kehidupan seorang perokok hancur seperti putung rokok

    yang bakar.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    8/18

    8 | Mukasurat

    4.0 Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok

    Dan Orang Disekeliling

    Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut

    bertanggungjawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap

    rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan

    memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap

    rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh

    menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan

    melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,

    menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru-paru. Ia juga akan merosakkan

    pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

    Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan

    pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut

    dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran

    darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat

    ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga

    merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam

    jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit

    Gambar 7: menunjukkan perokok yang merokok di tempat awam yang menyebabkan

    orang di sekelilingnya tidak selesa dan membahayakan mereka.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    9/18

    9 | Mukasurat

    kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan

    sebagainya.

    Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan

    melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian

    kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga

    menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan

    tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan

    fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan

    kesan sampingan sesuatu ubat itu.

    Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah:

    - Melahirkan bayi yang kurang berat badan

    - Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

    - Lebih terdedah kepada kanser

    - Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

    Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok:

    - Lebih mudah mendapat lelah

    - Mendapat jangkitan paru-paru- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu

    - Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

    5.0 Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

    Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus

    daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak,

    pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian

    berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

    Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di

    seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik

    (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun

    bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    10/18

    10 | Mukasurat

    6.0 Punca Kegiatan Merokok

    Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak

    mengendahkan tentang bahayanya merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga

    golongan wanita juga ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini.

    Terdapat pelbagai punca atau faktor seseorang itu menghisap rokok antaranya,

    6.1 KURANG IKATAN KEKELUARGAAN

    Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting

    dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang

    sering berlaku pada anak remaja sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang

    ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada

    anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal

    ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa

    sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang

    melarang perbuatannya itu.

    6.2 TERLALU BEBAS

    Punca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai

    umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak

    remaja terlalu diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap

    aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu

    bapa.

    6.3 IBU BAPA MENGHISAP ROKOK

    Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan

    saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-

    anak mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga

    melakukan hal yang sama.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    11/18

    11 | Mukasurat

    6.4 PERGAULAN DAN PENGARUH RAKAN-RAKAN

    Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor

    penggalak bagi remaja untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok,

    mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani.

    6.5 INGIN MENCUBA DAN BERSERONOK

    Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu

    kerana golongan remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu

    yang baru. Bagi remaja khususnya lelaki menganggap dengan merokok dapat

    menunjukkan kedewasaan atau kematangan mereka sebab itulah mereka merasa

    bangga apabila menghisap rokok. Ada juga remaja lelaki yang beranggapan mereka

    merokok sekadar untuk berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat

    merokok. Manakala lelaki dewasa merokok kerana sifat ketagihan mereka sehingga

    ada yang berpendapat rokok sahabat atau kekasih kedua mereka.

    6.6 ROKOK MUDAH DIPEROLEHI

    Ada juga berpendapat rokok mudah dibeli disebabkan itu remaja mula dan meneruskan

    tabiat merokok setiap hari dan juga rokok itu mudah diperolehi dari rakan-rakan yang

    merokok.

    6.7 TERTEKAN

    Tabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja di pejabat atau

    sekolah, mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri terhadap sesuatu perkara.

    6.8 PENGARUH MEDIA MASSA DAN GOLONGAN BERPENGARUH

    Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting

    seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan remaja ini

    mudah terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan

    berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    12/18

    12 | Mukasurat

    merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan

    golongan remaja semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-

    tempat awam.

    6.9 GALAKAN PENJUAL ROKOK

    Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada

    remaja bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin

    mengaut keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan remaja

    menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi

    galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu

    pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa

    menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada remaja

    bawah 18 tahun.

    6.10 MEMBERONTAK ATAU MARAH

    Ada juga remaja atau pelajar yang memberontak seperti marah atau tidak puas hati

    terhadap guru dan sebagainya akan menghisap rokok kerana bagi mereka rokok itu

    dapat menghilangkan tekanan.

    6.11 MENGURANGKAN BERAT BADAN

    Manakala, bagi golongan remaja wanita merokok dapat mengurangkan berat badan

    bagi yang mementingkan penampilan mereka. Oleh yang demikian, mereka percaya

    bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan mereka. Hal ini disebabkan bagi

    mereka merokok dapat mengawal selera makan jadi bentuk dan berat badan mereka

    dapat dikekalkan. Selain itu, golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan

    persamaan taraf. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan

    lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki.

    Menjadi kebanggaan golongan wanita jika mereka dapat melakukan apa saja yang

    dilakukan oleh lelaki. Walaupun golongan wanita ini tahu perkara merokok itu

    merosakkan kesihatan atau tubuh badan mereka.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    13/18

    13 | Mukasurat

    7.0 Langkah-Langkah Mengatasi

    Kegiatan Merokok

    Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada

    mereka yang merokok atau masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup

    untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan

    tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah

    langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka

    masa panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu terpaksa berusaha lebih gigih

    untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat terutama golongan remajatermasuklah pelajar supaya berhenti merokok.

    Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan ialah:-

    1. KEMPEN

    Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan

    mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti

    merokok melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam

    televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah

    mahupun di pejabat dan sebagainya.

    2. CERAMAH

    Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya

    merokok, kesan merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau

    berhenti merokok seperti hidup lebih lama, dapat menghindari racun yang

    terkandung dalam rokok, dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada

    bahaya merokok, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, dapat

    meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria

    rasa dan bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat mengelakkan

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    14/18

    14 | Mukasurat

    budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan

    yang lebih baik dan bermanfaat.

    3. KUAT SEMANGAT DAN BERDISIPLIN

    Seseorang itu mestilah kuat semangat dan mendisiplinkan diri untuk berhenti

    merokok seperti tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, yakinkan diri, buat nota

    peringatan, katakan pada diri anda, Aku bukan perokok, tumpukan pada hari ini

    jangan dulu fikirkan hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif, dapatkan sokongan

    daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya, ibu bapa atau keluarga, lawan

    keinginan atau perasaan untuk merokok dan gunakan Terapi atau rawatan yang

    sesuai.

    4. BERPUASA

    Amalan berpuasa dari pandangan Islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan

    maksiat. Apabila berpuasa seseorang itu tidak dapat merokok sekurang-kurangnya

    13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpeluang untuk

    merokok pada waktu malam jika selalu berpuasa.

    5. HADIAH ATAU HABUAN

    Seseorang itu hendaklah beri hadiah atau habuan kepada diri sendiri sekiranya dia

    tidak lagi merokok. Ini untuk mendapatkan kepuasan hasil dari memberhentikannya

    merokok.

    6. BERSUKAN ATAU AKTIVITI BERFAEDAH

    Selain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuhbadan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti merokok.

    Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah

    keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan

    ini kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat merokok.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    15/18

    15 | Mukasurat

    7. SERTAI PROGRAM SUKARELA

    Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk

    melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan

    kesihatan diri kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang

    dilakukannya, dia akan lupa untuk menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk

    menghisap rokok. Bagi ibu yang mengandung pula hendaklah didedahkan kepada

    iklan-iklan tentang pentingnya menjaga bayi yang dikandungnya dan dedahkan

    perkara-perkara yang boleh memudaratkan keadaan bayinya mahupun kesihatan

    dirinya sendiri.

    8. PELAJAR DIKENAKAN DENDA

    Manakala, bagi pelajar di sekolah pula hendaklah dikenakan dendaan yang setimpal

    kepada mereka yang didapati merokok seperti pelajar yang merokok itu akan

    diadukan kepada pihak polis dan pihak polis akan mendenda mereka. Ini adalah

    kerana pihak polis bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah

    disiplin pelajar. Ibu bapa juga akan dipanggil untuk memberitahu perihal anak

    mereka yang merokok. Pelajar yang merokok itu juga akan dirujuk kepada guru

    kaunseling untuk menanyakan kenapa dia merokok.

    9. KUATKUASA UNDANG-UNDANG

    Di negara kita, kerajaan telah pun menetapkan undang-undang iaitu tidak

    membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu seperti

    dalam panggung wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan awam yang

    tertentu. Denda akan dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar undang-

    undang tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak menjual rokok kepada remaja

    yang berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah

    lapan belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang

    berkenaan juga diharap akan dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat

    merokok ini, dengan tidak menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan

    hanya memikirkan keuntungan saja.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    16/18

    16 | Mukasurat

    8.0 Kawasan kawasan Larangan

    Merokok.

    Di bawah peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (pindaan 1997) telah

    ditetapkan tempat-tempat larangan (pindaan 1997) merokok.

    1. Tadika asuhan

    2. Taman kanak-kanak

    3. Dewan- Dewan

    4. Kenderaan - Kenderaan awam

    5. Tempat makan berhawa dingin

    6. Lif awam

    7. Hentian pengangkutan awam

    8. Hospital dan klinik

    9. Institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Pos Malaysia

    10. Lapangan terbang

    11. Pusat membeli belah

    12. Pusat-pusat hiburan

    13. Kompleks sukan- Kompleks sukan

    14. Institut pendidikan tinggi

    15. Sekolah- Sekolah

    16. Pejabat - Pejabat Kerajaan

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    17/18

    17 | Mukasurat

    9.0 Kesimpulan

    Merokok merupakan satu kegiatan yang sukar untuk dibanteras. Walaupun

    bahaya merokok amat ketara dan besar pengaruhnya terhadap masyarakat, dari segi

    kesihatan, ekonomi dan sosial tetapi merokok masih tetap menjadi satu amalan

    masyarakat yang sukar untuk di atasi. Oleh itu, berbagai-bagai langkah atau cara telah

    dilakukan untuk mengatasi masalah merokok ini. Semua pihak diharapkan memberikan

    kerjasama untuk menjayakan langkah-langkah yang telah disediakan oleh pihak-pihak

    tertentu.

  • 7/28/2019 Tabiat Merokok

    18/18

    18 | Mukasurat

    Rujukan

    Majalah Juara, Mei-Jun 2008.

    Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, 2004. Rokok dan Merokok. Bandar Seri

    Begawan: Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

    Ahmad Redzwan Mohd Yunus, 2003. Gejala Sosial Dalam masyarakat Islam Puncadan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    http://bahayarokok.blogspot.com, diambil pada 13hb mac, 2012.

    http://eprints.utm.my/2226/1/2_8.pdf, diambil pada 13hb mac, 2012.

    http://keajaibanpenjimatan.com/blog/faktor-penyebab-dan-kesan-kesan-merokok/,diambil pada 13hb mac, 2012

    http://www.facebook.com/topic.php?uid=21253528324&topic=6762, diambil pada 13hbmac, 2012

    http://jomberhentimerokok2010.wordpress.com/category/jom-berhenti-rokok/, diambilpada 13hb mac, 2012

    http://www.muslimsocial.com/blogs/blog_messages?blog_id=3852220, diambil pada13hb mac, 2012