panduan berhenti merokok oleh neal izham

19
1 Berhenti Merokok. Teknik berhenti merokok dalam seminggu.

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

1.407 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

1

Berhenti Merokok.

Teknik berhenti merokok dalam seminggu.

Page 2: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

2

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

3

Page 4: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

4

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan

di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan

awal di Negeri Johor dan mendapat

peluang melanjutkan pelajaran di MRSM

Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar

Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke

peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh

masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah

menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 5: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

5

KANDUNGAN

Tajuk Muka surat Pengenalan. 3 Kesan Merokok. 4 Maklumat musuh anda iaitu rokok. 5 Bagaimana anda boleh berhenti dari hisap rokok ? 6 Berhenti merokok dalam seminggu. 7 Bagaimana hendak menangani keinginan. 9 Mulakan azam anda untuk berhenti merokok. 10 Bagaimana hendak berhadapan dengan kesan sampingan selepas berhenti merokok?

13

Kesimpulan. 14

Page 6: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

6

Pengenalan.

Ebook ini di tulis untuk membantu anda menjadi seorang yang bebas dari rokok.

Ya! Bebas dari ketagih rokok.Tanpa ragu-ragu, anda boleh berhenti dari merokok

selepas seminggu anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Anda

boleh meletakkan kepercayaan penuh terhadap ebook ini kerana segala

maklumat di dalam ebook ini adalah hasil kajian dari pusat kaunselling bebas

rokok dan beberapa buah organisasi.

Jika anda ingin berhenti dari merokok, adakah anda tahu apa yang perlu anda

lakukan untuk menahan gelora ketagihan merokok? Adakah anda tahu sebab

kenapa anda menyalakan rokok anda? Jika anda masih merokok, anda perlu tanya

pada diri sendiri, “ Adakah saya sudah bersedia untuk berhenti merokok?” Boleh

tak saya berhenti dengan jayanya.

Ada dua faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Faktor tersebut adalah

1. Anda mesti ada keinginan untuk berhenti merokok.

2. Anda mesti yakin bahawa anda boleh.

Bagi saya, semua manusia tiada masalah untuk menghadirkan keyakinan dalam

diri mereka. Seperti merokok, saya percaya anda tiada masalah untuk yakin

bahawa anda boleh berhenti mereka. Dah yakin tetapi kenapa masih gagal ?

Kegagalan selalunya berpunca dari pelbagai sebab yang lain dan jangan biarkan

tahap keyakinan dan keinginan anda jatuh.

Rokok sangat susah untuk di tinggalkan kerana ia selalunya memberi kesan

kepada minda anda. Ketagihan merokok memberi satu cabaran kepada perokok

untuk berhenti merokok. Anda perlu sedar akan perkara ini dan sepatutnya anda

boleh jangka apa yang bakal berlaku nanti. Apabila anda rasa semangat hendak

berhenti, lakukannya dengan bersemangat juga. Apabila anda mula rasa tidak

mampu, relaks dulu. Ia adalah proses biasa seorang perokok untuk berhenti

merokok.

Page 7: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

7

Kesan merokok.

Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko

untuk memperoh kanser paru-paru. Fikirkan perkara ini sejenak, bukankah

penting untuk anda hidup lebih lama supaya anda boleh merasakan kebahagian

hidup lebih lama dan berupaya menjimatkan kos perubatan yang semakin

meningkat.

Bahana merokok :

10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut

12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru

10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks

6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati

2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.

Cukup !!! dari kenyataan di atas, sudah cukup alasan untuk anda berhenti

merokok.

Kewangan sekarang yang semakin meruncing memerlukan anda untuk lebih

berfikir secara rasional seperti adakah anda perlukan rokok untuk hidup?

Jika anda ingin berjaya, anda perlu jawab soalan di bawah dengan jujur :

1. Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan keinginan merokok

setiap kali ia menyerang anda?

2. Apa yang anda lakukan untuk mengatasi ketagihan merokok?

Page 8: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

8

Maklumat musuh anda iaitu rokok

Nikotin dari rokok berkebolehan untuk mencetuskan reaksi biokimia yang

memberi kesan yang cepat pada mood, kebolehan untuk berfikir secara waras

dan metabolism badan. Semakin banyak anda merokok, semakin kuat badan anda

bergantung kepada keperluan nikotin. Akibat dari kekerapan merokok, badan

anda telah menganggap nikotin adalah satu keperluan dalam badan. Hasilnya,

apabila kekurangan nikotin dalam badan, badan anda akan meminta anda untuk

merokok bagi menampung kekurangan nikotin.

Jika anda bukan perokok tegar, jangan cepat melatah kerana walaupun anda

hanya kadang-kadang menyalakan api rokok, ia tetap memberi kesan kepada

anda dari segi psikologi. Contohnya apabila anda merasa marah, anda perlukan

rokok untuk memberi ketenangan kepada anda. Lama-kelamaan, anda hidup

bergantung kepada nikotin.

Nikotin mengganggu fungsi sistem saraf anda dan seterusnya mengganggu sistem

badan yang lain. Nikotin sangat licik dalam melancarkan serangannya. Ia akan

membantu anda untuk berfikir lebih terang dan mengurangkan tekanan dan

membuatkan anda merasa relaks. Ingat, ia hanyalah nikmat sementara sahaja.

Dengan ini anda sudah tahu bagaimana nikotin memperdaya anda. Bagi saya,

seorang perokok telah di tipu oleh nikotin.

Page 9: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

9

Bagaimana anda boleh berhenti dari hisap

rokok?

Nak berhenti merokok bukan mudah. Ia memerlukan usaha dari anda kerana

serangan dari pihak nikotin sangat kuat. Apabila anda merokok, segala urusan

dalam hidup anda bergantung kepada nikotin. Nikotin akan berusaha untuk

mempengaruhi anda merokok jika kadar nikotin dalam badan berkurangan.

Seorang perokok selalunya ketagih untuk merokok.

Melakukan aktiviti berbentuk fizikal banyak membantu seorang perokok untuk

berhenti dari merokok. Ada banyak perkara yang boleh memperngaruhi anda

ketika anda melakukan aktiviti berbentuk fizikal. Antaranya ialah :-

Apabila kita aktif, kita akan lebih yakin pada keadaan diri kita dan percaya

kita mampu.

Rasa lebih bertenaga dan mampu untuk menangani tekanan tanpa bantuan

nikotin,

Bau rokok akan mula memualkan anda.

Apabila anda rasa untuk merokok, banguna dan lakukan pergerakan. Pergerakan

akan membantu anda untuk meringankan beban yang anda terima dari nikotin.

Page 10: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

10

Berhenti merokok dalam seminggu

Kenapa anda perlu berhenti

Anda akan hidup lebih lama

Anda akan lebih bertenaga

Peluang untuk mendapat serangan sakit jantung akan berkurangan

Anda akan lebih tenang

Semua manusia di sekeliling anda akan hidup dengan selesa.

Jimat wang.

Bagaimana dan bila anda hendak berhenti merokok ?

Ada dua jalan yang sangat efektif untuk berhenti merokok iaitu cara yang cepat

dan cara yang perlahan-lahan. Cara perlahan memerlukan anda untuk mencuba

berbagai cara untuk berhenti merokok. Tidak kisah anda pilih cara yang mana,

asalkan anda selesa dengan pilihan tersebut. Walaubagaimanapun, jangan lupa

akan serangan yang nikotin akan lakukan. Tidak semua manusia mampu untuk

menahannya.

Cuba lalui ujian di bawah untuk mengetahui, teknik mana yang sesuai dengan

anda.

Jawab soalan di bawah.

1. Berhenti merokok adalah perkara yang sangat penting bagi saya sekarang.

Ya tidak tidak pasti.

2. Saya boleh tangani masalah tanpa bantuan rokok.

Ya tidak tidak pasti.

3. Saya perlu berhenti merokok sekarang dan mempunyai sebab yang kukuh

kenapa saya perlu lakukannya.

Ya tidak tidak pasti

4. Jika saya berhenti sekarang, saya tahu saya boleh cara untuk menghalang

saya dari merokok walaupun godaan dari nikotin sangat kuat.

Ya tidak tidak pasti.

Page 11: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

11

Jika anda menjawab semua soalan di atas dengan ‘ya’ anda adalah calon yang

boleh untuk berhenti merokok dengan cepat. Sebelum anda melakukannya,

pastikan anda membaca apa yang anda perlu ada untuk berjaya. Selepas

membaca semua perkara di bawah, pilih satu masa untuk berhenti. Jika bukan

sekarang, esok pun boleh. Yang penting anda kena lakukannya.

Bagaimana dengan perasaan ragu-ragu yang saya miliki sekarang?

Kebanyakan perokok akan merasa ragu-ragu ketika membaca empat soalan di

atas kerana anda tidak yakin akan kebolehan anda dan ragu-ragu sama ada anda

patut berhenti atau tidalk. Untuk memberi keyakinan kepada anda, anda:

1. Cari jalan alternatif untuk menangani keinginan merokok.

2. Cipta satu cara untuk menangani kenapa anda merokok?

Dengan menggabungkan kedua-dua perkara di atas, anda boleh lakukannya

apabila tiba masa anda rasa anda mempunyai keyakinan untuk berhenti.

Page 12: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

12

Bagaimana hendak menangani keinginan ?

Ada beberapa senjata yang boleh anda gunakan untuk membantu anda berhenti

merokok.

Untuk pengetahuan anda, semua senjata atau teknik ini telah terbukti

keberkesanannya.

Anda boleh guna kesemua teknik ini atau gabungkan beberapa teknik untuk

membantu anda berhenti dari merokok. Semoga semua teknik di bawah mampu

membantu anda untuk berhenti merokok.

1. Tarik nafas dengan dalam, tahan ia untuk beberapa saat dan lepaskan nafas

anda seperti anda melepaskan asap rokok. Teknik ini membantu anda

untuk lebih tenang dan secara tidak langsung anda tahu bahawa perasaan

yang anda capai ketika merokok adalah sama sahaja dengan perasaan

ketika anda menarik nafas sedalam-dalamnya. Perbezaannya adalah anda

menyedut oksigen dan ketika merokok anda menyedut nikotin.

2. Ambil masa lima minit dalam sejam untuk melakukan perkara ini iaitu

minum air dengan banyak. Ia boleh membantu anda untuk menyingkirkan

perasaan ingin merokok dalam diri anda. Air lebihan juga membantu anda

untuk menyingkirkan nikotin dalam badan. Lakukan perkara ini ketika anda

rasa ingin merokok adalah di galakkan.

3. Letakkan sesuatu yang tidak mempunyai kalori di dalam mulut anda. Ia

boleh jadi pencungki l gigi atau apa sahaja yang anda rasa sesuai.

4. Sibukkan diri untuk melakukan sesuatu setiap kali anda rasa ingin merokok.

Anda rasa sahaja ingin merokok, sibukkan diri dengan memanjat tangga,

mengemas rumah atau apa sahaja yang mampu anda lakukan.

5. Selagi tidak merosakkan gigi anda, kunyah gula-gula getah atau gula-gula.

Jika ada kencing manis, jangan lakukannya.

6. Bangun dan jalan dalam bulatan. Ia akan membantu anda untuk

menghilangkan keinginan merokok anda.

7. Gunakan nikotin patch sebagai pengganti rokok anda.

Page 13: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

13

Mulakan azam anda untuk berhenti merokok.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah tentukan bila anda ingin

bermula untuk berhenti merokok. Jika tiada idea, apa kata anda bermula tepat 7

hari selepas anda membaca ebook ini. Sepanjang 7 hari ini, cuba semua kaedah

yang anda rasa sesuai untuk diri anda. Pada minggu hadapan bermulalah misi

anda untuk berhenti merokok.

Hari pertama dan kedua anda bermula misi berhenti merokok.

Periksa kenapa anda merokok. Ketika merokok, tanya pada diri sendiri soalan

berikut

1. Kenapa saya merokok ?

2. Adakah saya mampu untuk berhenti merokok ?

3. Jika saya tidak merokok, apa yang saya akan lakukan ?

Hari ketiga

Pada hari ketiga, anda boleh mula melancarkan serangan ke atas pengaruh

nikotin.

Setiap kali anda ingin merokok, gunakan salah satu teknik yang dicadangkan

sebelum ini untuk mengatasinya. Jika perasaan keinginan tersebut tidak hilang,

cuba pula teknik yang lain atau gabungkan kesemuannya.

Hari keempat

Pilih waktu atau keadaan yang paling susah untuk anda bertahan dari tidak

merokok. Apa yang perlu anda lakukan adalah menahan diri anda dari

menyalakan api rokok tersebut ketika waktu tersebut muncul. Contohnya kasim

suka merokok selepas makan dan beliau memang tidak dapat tahan dari

merokok. Untuk menahan diri dari merokok, kasim telah mencuba teknik

meminum air.

Page 14: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

14

Ingat, ini adalah latihan sahaja. Jika anda gagal, jangan kecewa, teruskan

perjuangan. Jika anda gagal, anda mungkin mahu mencari jalan kenapa anda

gagal.

Selalunya anda gagal kerana

Ketagihan melampau.

Seorang perokok yang tegar mempunyai kandungan nikotin yang banyak dalam

badannya. Sangat sukar untuk anda melawan berjuta-juta askar nikotin. Anda

boleh cuba minum air atau gunakan nikotin patch.

1. Tekanan sosial

Bagaimana anda mula merokok? 90 % dari perokok biasanya mula merokok

disebabkan pengaruh rakan-rakan. Ia sangat susah jika anda ingin berhenti

merokok tetapi rakan-rakan anda semuanya hisap rokok. Pastikan rakan anda

faham akan niat anda. Jika mereka masih memaksa anda untuk merokok,

tinggalkan mereka sementara anda boleh menahan diri anda dari merokok.

Jangan ragu-ragu kerana anda berhenti merokok adalah untuk diri anda sendiri.

2. Tekanan dan perasaan negatif.

Anda mempunyai tugas dan kerja yang sukar. Kebanyakan manusia yang berada

dalam situasi anda akan merokok untuk menghilangkan tekanan. Seperti yang

saya nyatakan sebelum ini, nikotin telah memperdayakan anda. Anda boleh

mencuba teknik pernafasan untuk meringankan tekanan.

Hari kelima, keenam dan ketujuh.

Matlamat anda ketika ini adalah untuk mengurangkan bilangan rokok yang anda

hisap. Katakan anda menghisap 20 batang rokok sehari, anda perlu kurangkan

bilangan rokok yang anda hisap sedikit demi sedikit. Jika boleh, setkan pada hari

kelapan, anda tidak merokok lagi. Jika anda tidak mampu, anda boleh cuba

kurangkan sebatang demi sebatang.

Jika anda serius untuk berhenti merokok tetapi tidak mampu untuk bertahan,

saya nasihatkan anda untuk menggunakan patch nikotin dan gula-gula getah yang

Page 15: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

15

mengandungi nikotin. Ia hanya sementara tetapi boleh membantu anda. Ingat!

Ketika anda menggunakan patch nikotin, anda tidak boleh merokok kerana ia

akan menyebabkan badan anda menerima nikotin yang berlebihan.

Saya harap anda boleh amalkan kesemua teknik yang telah di huraikan di dalam

ebook ini. Jika anda menghidap kesan sampingan, Saya ada penyelesaian untuk

anda.

Page 16: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

16

Bagaimana hendak berhadapan kesan

sampingan selepas berhenti merokok.

Pening kepala – Jika kepala anda pening-pening, anda perlu rehat sementara. Ia

adalah proses biasa badan anda untuk tidak lagi menerima nikotin. Jalan-jalan di

sekeliling rumah turut boleh membantu.

Keletihan – Selalunya akan berlaku pada bulan pertama. Anda akan sentiasa rasa

keletihan. Jangan risau, kalau letih berehat, kalau ngantuk tidur. Jangan paksa diri

dan beri diri anda masa untuk membuang semua nikotin dalam badan.

Sakit dada- Selalunya ia akan berlaku dalam beberapa hari awal. Rehat dan

bernafas dengan tenang. Ia akan hilang selepas itu.

Masalah untuk tidur – Boleh berlaku untuk beberapa hari awal- elakkan dari

meminum minuman bercaffeine dan melakukan senaman sebelum tidur. Mandi

air panas sebelum tidur boleh membantu anda merehatkan diri.

Sembelit – Boleh berlaku pada bulan pertama – Jika perkara ini berlaku, anda

perlu makan makanan yang mempunyai banyak fiber.

Daya tumpuan – anda mungkin akan sedikit lalok dalam 2 3 minggu pertama-

jangan panik, banyakkan minum air dan lakukan senaman secara konsisten.

Page 17: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

17

Kesimpulan.

Jika anda tidak yakin, anda perlu bertenang dan lakukannya dengan perlahan-

lahan. Tiada teknik hebat di perlukan untuk berhenti merokok. Anda hanya perlu

ikut semua saranan saya dan anda akan bebas dari rokok. Selamat mencuba dan

jangan biarkan rokok menentukan hidup anda.

Page 18: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

18

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 19: Panduan Berhenti Merokok oleh Neal Izham

19

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com