merokok project

36
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PERLING JOHOR BAHRU MEROKOK LEARNING TO SAY NO GURU PENASIHAT CIK NORFADZILAH BTE HJ SHAFIEE 2009 ***************************************************************** *********************** TINGKATAN : 1 BELIBIS 2 1

Upload: amy-tan

Post on 12-Jun-2015

8.299 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Merokok Project

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PERLING

JOHOR BAHRU

MEROKOKLEARNING TO SAY NO

GURU PENASIHATCIK NORFADZILAH BTE HJ SHAFIEE

2009****************************************************************************************

TINGKATAN : 1 BELIBIS 2

AHLI KUMPULAN PROJEK :

1. BRIAN ONG 2. CHIN SOON YUAN 3. CHEW CHIA SENG

1

Page 2: Merokok Project

2

KANDUNGAN

Muka Halaman 1

Kandungan 2

Pengenalan 3Punca-punca merokok 4-5Rakan SebayaDiri sendiri & Peranan Ibu bapa Penggaruh IklanKesan-kesan merokok 6-8Langkah-langkah atasi masalah merokok di kalangan remaja 9-10

Kajian Kes 11-15Kesimpulan 16

Lampiran 17-24Utusan MalaysiaBerita HarianInstitute Penyelidikan Perubatan

Page 3: Merokok Project

Tebakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barah yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenalpasti di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun dahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruhkepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan seta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

3

PENGENALAN

Page 4: Merokok Project

PUNCA-PUNCA MEROKOK

RAKAN SEBAYASabitha Marican dan Mahmood Nazar Al Haji Mohamad (1994) mengatakan bahawa rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan para remaja yang memberi sokongan moral kepada muda-mudi dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej mereka. Rakan sebaya memberi peluang untuk mengikut standard kumpulan itu daripada aspek-aspek pakaian, pergaulan, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian dan lain-lain. Masalah timbul apabila pendedahan selama ini hanya merangkumi nilai-nilai yang buruk dan bukan yang baik yang seterusnya membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka.

DIRI SENDIRI / PERANAN IBU BAPASelain dari itu, Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dengan anak menyumbang ke arah pembentukan disiplin yang baik. Tanpa hubungan yang baik anak-anak akan merasa diri mereka diberi perhatian, tidak diperlukan dan tidak disayangi. Justeru itu, anak-anak ini kemungkinan akan melibatkan diri dalam masalah disiplin. Selain itu, daripada kajian ini juga mendapati bahawa ibu bapa perlu memberikan perhatian yang lebih dan mengambil berat dari aspek mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa beerti anak-anak kemungkinan besar kurang melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak diingini dan kurang masalah disiplin di kalangan mereka (Siti Nor Yaacob, Abdullah Al Hadi Haji Mohamed et. al 1994).

Bukti ini bertepatan dengan pendapat Hassan Mohd Ali (1997) yang menyatakan bahawa peranan ibu bapa seringkali dikaitkan dengan pembentukan tingkah laku, sahsiah, dan moral anak-anak. Ibu bapa adalah modal terbaik untuk anak-anak. Mereka juga adalah “role model” yang terdekat dengan anak-anak untuk dicontohi. Segala tindak tanduk sama ada yang baik atau buruk akan diperhatikan dan diikuti

4

Page 5: Merokok Project

oleh anak-anak. Malangnya anak-anak akan cepat terikut dengan contoh yang buruk daripada yang baik.

PENGARUH IKLANPengaruh iklan merupakan faktor persekitaran yang mampu menarik minat seseorang itu untuk merokok. Ini disokong oleh Rusli Hashim (2005:46) pengaruh iklan rokok suatu ketika dahulu seperti Dunhill mendapat tajaan bola sepak di bawah Liga Dunhill, Marlboro memaparkan imej “Koboi” dan Salem memaparkan percutian kumpulan muda-mudi di kawasan pergunungan yang dingin. Setiap jenama ini membawa mesej bukan sahaja tentang keenakkan merokok, bahkan ada juga yang menyematkan gambaran kejayaan, kemewahan, keunggulan dan berbagai-bagai lagi. Pengaruh iklan-iklan seumpama ini begitu mendalam, sehingga ramai di kalangan masyarakat cuai akan aspek yang kurang sihat ini.

5

Page 6: Merokok Project

KESAN-KESAN MEROKOK KE ATAS TUBUH BADAN

~PEROKOK~Otak Pembebasan gas karbon monoksida dan

pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Telinga Mengurangkan kadr pengairan darah boleh menyebabkan pekak.

Mata Mata berair, radang mata yang boleh menggangu daya penglihatan.

Mulut Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak.

Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut. Gigi menjadi kuning. Menyebabkan batuk yang teruk.

Hidung Mengurangkan deria bau.

Kulit Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut.

Paru-paru Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan.

Jantung Membebankan jantung

6

Page 7: Merokok Project

KESAN ASAP ROKOK ~ KEPADA SI PEROKOK DAN

ORANG DISEKELILING ~

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan dimasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu disepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronchitis, penyakit di bahagian paru-paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang baru mati di asbak mengandungi tiga kali lipat bahan pemicu kanser di udara dan 50 kali mengandungi bahan pengeiritasi mata dan pernafasan. Semakin pendek rokok semakin tinggi kadar racun yang siap melayang ke udara. Suatu tempat yang dipenuhi polusi asap rokok adalah tempat yang lebih berbahaya daripada polusi di jalan raya. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki system saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simpton kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan oto kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

7

Page 8: Merokok Project

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

8

Page 9: Merokok Project

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MEROKOK

DI KALANGAN REMAJA

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menolong para perokok untuk berhenti merokok. Antaranya ialah kaunseling dan terapi di klinik, bantuan dan sokongan ahli keluarga dan sahabat handai, azam dan semangat untuk berhenti,menggunakan diari untuk merekodkan hari-hari yang tidak merokok, akupuntur, serta rawatan menggunakan ubatan seperti Nicotine Replacement Therapy dan Bupropion HCL.

Sebagai panduan, langkah -langkah untuk berhenti merokok adalah:

1. Memberi Motivasi untuk membuat keputusan. Tetapkan masa untuk berhenti merokok, contohnya dalam masa 1 minggu akan datang.

2. Beritahu ahli keluarga, sahabat, dan rakan sekerja yang anda ingin berhenti merokok.

3. Buang atau hindari segala benda yang dapat mengingatkan anda untuk merokok seperti kotak rokok, lighter, bekas abu rokok dan sebagainya.

4. Berhenti merokok secara total pada tarikh yang telah ditetapkan.

5. Gunakan pengalaman berhenti merokok yang lalu (walaupun tidak berjaya!) sebagai panduan untuk mengenalpasati strategi yang patut diambil atau diperbaiki untuk cubaan berhenti merokok yang seterusnya.

6. Kenalpasti punca-punca yang boleh menyebabkan keinginan untuk merokok seperti berehat selepas makan, bergaul dengan orang sahabat atau ahli keluarga yang merokok dan stress.

7. Elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi-situasi yang boleh menyebabkan anda ingin merokok (seperti diatas); jika tidak dapat dielakkan, gunakan strategi yang berkesan seperti beredar dari tempat yang

9

Page 10: Merokok Project

ramai perokok, meminta perokok disebelah anda untuk berhenti, elakkan berbaring atau bermalasan selepas makan, ubah cara hidup dan sebaginya.

8. Sibukkan diri anda dengan bersukan dan sebagainya untuk mengelakkan keinginan merokok.

9. Minum air suam dengan kerap dan makan banyak buah-buahan. Ini kerana air dan serat dalam buah-buahan akan menyebabkan anda berasa kenyang @ "full" dan mungkin dapat mengatasi keinginan untuk merokok. Elakkan minuman bergula, kopi dan teh, serta makanan berat kerana karbohidrat dan kafein berpotensi untuk membuatkan anda ingin merokok semula.

10. Selain daripada langkah-langkah diatas,pada masa yang sama gunakan produk Nicotine Replacement Therapy seperti skin patch, buble gum dan sebagainya atas nasihat doktor untuk membantu anda berhenti dengan lebih berkesan.

11. Pada mereka yang beragama Islam, banyakkan solat, membaca al-Quran, berpuasa serta berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berhenti merokok.

Sebagai kesimpulannya, merokok merupakan suatu ketagihan yang serius, kesan daripada nikotin yang terdapat dalam tembakau. Para perokok yang ingin berhenti merokok perlu berazam, berusaha sedaya upaya, meminta bantuan ahli keluarga dan sahabat handai, menggunakan Nicotine Replacement Therapy serta bersedia menghadapi proses withdrawal yang akan berakhir beberapa minggu dari tarikh berhenti merokok.

10

Page 11: Merokok Project

KES KAJIAN

Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health And Morbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja berumur 12-18 tahun pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara berasingan prevalen perokok di kalangan remaja lelaki ialah 30 % dan remaja perempuan ialah 5 %. Suatu kajian susulan yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000, menunjukkan prevalen perokok di kalangan remaja ini telah meningkat kepada 18 %. Peningkatan prevalen perokok di kalangan remaja daripada 16.7 % pada tahun 1995 kepada 18 % pada tahun 2000 adalah kerana peningkatan mendadak prevalen perokok di kalangan remaja perempuan daripada 5 % kepada 8 %.

Menurut Julie Rosnani (2003, 37) terdapat kesan buruk yang diperoleh oleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, mandul dan yang jelas sekali merokok membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok - perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikan sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri serta orang lain.

Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen “Anti Merokok Tak Nak” (2004) telah menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada merokok antaranya ialah kanser paru-paru, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong, kanser mulut dan tekak, kanser esophagus, strok, crohn’s disease, penyakit jantung iskemia, kanser pundi kencing, artherosclerosis, ulser pepetik, kanser pancreas dan pneumonia. Selain dari itu, merokok juga mempercepatkan proses penuaan dan memendekkan usia seseorang.

Selain itu, menurut Ahmad (2004) pihak kerajaan juga telah melaksanakan kempen anti merokok dengan lebih hebat di setiap jabatan, daerah, kampung dan sebagainya. Menariknya dalam kempen tersebut ialah golongan yang menjadi sasaran utama ialah remaja yang berumur 13 sehingga 21 tahun. Ini kerana kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah di kalangan remaja.

11

Page 12: Merokok Project

Majalah Dewan Masyarakat (11 Julai 1990) melaporkan seorang rakyat Semenanjung Malaysia puratanya membelanjakan sebanyak RM 1.50 sehari. Jumlah perbelanjaan membeli rokok bagi Semenanjung Malaysia ialah RM 4.6 juta sehari atau RM 1.69 bilion setahun. Jumlah ini adalah hampir dengan perbelanjaan pertanian dan pembangunan luar bandar iaitu sebanyak RM 1,693,000,000. Malah perbelanjaan untuk membeli rokok melebihi sebanyak RM 4,000,000. Kerajaan mengutip RM 337.6 juta hasil duti import dan cukai eksais ke atas tembakau, rokok dan cerut. Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah paru-paru; 90 peratus daripadanya perokok.

Bagi membendung permasalahan ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Peraturan 8 A Kawalan Hasil Tembakau (1997) adalah menjadi satu kesalahan bagi remaja yang berumur 18 tahun ke bawah untuk merokok, membeli atau memiliki sebarang hasil tembakau. Remaja-remaja yang didapati bersalah di bawah peraturan ini, boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1000.00.

Di samping itu juga, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai kawalan dan akta berkaitan dengan iklan rokok bagi mengatasi masalah merokok di kalangan remaja amnya. Di mana iklan dan tajaan rokok tidak lagi dibenarkan bermula dari 23 September 2004. Hanya tajaan bola sepak dan perlumbaan Formula 1 dibenarkan buat sementara waktu. Tajaan bola sepak dibenarkan sehingga akhir tahun 2004, manakala Formula 1 pula sehingga akhir tahun 2005. Di bawah akta yang baru, iklan rokok tidak lagi dibenarkan di tempat-tempat jualan rokok seperti kedai runcit, kedai kopi dan pasar raya. Akta tersebut juga melarang penjualan rokok dengan kotak yang telah dibuka atau secara sebatang dua. Ia hanya boleh dijual di dalam kotak yang mengandungi tidak kurang daripada 20 batang (Rusli Hashim, 2005).

Masalah sosial yang terjadi kebelakangan ini juga adalah akibat kegagalan semua pihak sama ada remaja, ibu bapa dan masyarakat terutamanya yang beragama Islam dalam menghayati ajaran Islam dengan sebenarnya (Dakwah, Mac 1997).

RAMAI berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok.

12

Page 13: Merokok Project

Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat - yang mencacatkan kemanisan senyuman!

Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.

Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!

Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.

Lupus - Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.

13

Page 14: Merokok Project

Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50 peratus) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.

Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju; yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

Risiko mati pucuk - Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok. Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60 peratus mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok. Secara keseluruhan 15 peratus perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12 peratus lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat. Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.

Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25 peratus kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.

Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden

14

Page 15: Merokok Project

mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24 peratus perokok tidur berdengkur berbanding 20 peratus kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14 peratus bagi golongan tidak pernah merokok.

Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20 peratus individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.

Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya lima tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30 peratus dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.

Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok.

15

Page 16: Merokok Project

KESIMPULAN

Jadi dapat disimpulkan bahawa merokok merupakan kegiatan bodoh yang dilakukan manusia yang mengorbankan wang, kesihatan, kehidupan social, pahala, persepsi positif, dan lain sebagainya. Maka bersyukurlah anda jika belum merokok, kerana anda adalah orang yang pandai.

Sebahagian perokok biasanya akan mengajak orang lain yang belum merokok untuk merokok agar merasakan penderitaan yang sama dengannya, iaitu terjebak dalam ketagihan asap rokok yang jahat. Sebahagian perokok juga ada yang secara sengaja merokok di tempat umum agar asap rokok yang dihembuskan dapat terhirup orang lain, sehingga orang lain akan terkena penyakit kanser. Jadi, ketika seseorang menawarkan rokok maka tolak dengan baik. Merasa kesihanlah pada mereka yang merokok. Jangan dengarkan mereka yang menggangap anda lebih rendah dari mereka jika tidak merokok kerana dalam hati dan fikiran mereka yang waras mereka ingin berhenti merokok.

~TERIMA KASIH~

16

Page 17: Merokok Project

BERITA KESIHATAN - NOVEMBER 2000

   

Klinik percuma di USM jika mahu berhenti merokokUtusan Malaysia, Rabu - 30 November 2000

 Pulau Pinang (Malaysia) - Pusat Racun Negara (PRN) akan menganjurkan Klinik Berhenti Merokok pada 7 dan 14 Disember ini. Sesiapa yang berhasrat berhenti merokok boleh datang ke klinik ini yang akan bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di PRN pada 7 atau 14 Disember. Klinik pertama anjuran PRN ini juga diharapkan dapat membantu perokok lama dan baru membuang tabiat buruk itu. Bagi sesiapa yang tidak dapat menghadiri klinik ini boleh juga mendapat khidmat nasihat, galakan dan kaunseling melalui talian bebas tol 1800-88-8099.

Perak tubuh klinik bantu henti tabiat merokokBerita Harian, Isnin - 20 November 2000

 Ipoh, Perak (Malaysia) - Jabatan Kesihatan Perak mengorak langkah proaktif dengan menubuhkan Klinik Quit, bagi membantu perokok menghentikan tabiat merokok. Beberapa klinik Quit sudah beroperasi di hospital kerajaan termasuk di Taiping, Sri Manjung, Pantai Remis dan Hospital Ipoh (HI). Di HI, perokok diberi tempoh enam hingga tujuh minggu untuk berhenti merokok sepenuhnya. Peratus pesakit yang sembuh melalui rawatan dan kaunseling ialah 23 peratus, manakala 90 peratus didapati sudah mengurangkan jumlah rokok.

Kementerian rangka strategi kawal iklan rokokBerita Harian, Khamis - 16 November 2000

 Georgetown, Pulau Pinang (Malaysia) - Kementerian Kesihatan sedang merangka rancangan terperinci untuk mengawal kegiatan pengiklanan rokok menerusi media massa di negara ini. Menurut Pakar Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Beban Impak Tembakau Terhadap Masyarakat" dalam seminar sehari anjuran Jabatan Kesihatan dan Pusat Racun Negara di Dewan Kembara, USM, usaha ini masih lagi di peringkat perbincangan. Selain itu, rawatan untuk individu yang mengalami ketagihan akibat merokok turut disediakan di 150 klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara. 

17

Page 18: Merokok Project

Ramadan dipilih bulan tanpa tembakauUtusan Malaysia, Khamis - 16 November 2000

 Georgetown (Pulau Pinang) - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memilih Ramadan sebagai bulan tanpa tembakau. Pegawai Epidemiologi Jabatan ini ketika membentangkan kertas kerjanya "Strategi Menghadapi Ramadan" pada Seminar Kesan Ketagihan Nikotina - Racun Pembunuh Utama Umat Islam Masa Kini anjuran Pusat Racun Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri berkata, sepanjang bulan Ramadan, kebanyakan perokok beragama Islam akan menahan rasa gian merokok lebih 10 jam dan kesempatan itu patut digunakan mereka untuk berhenti merokok. 

Negeri berkuasa haram merokokBerita Harian, Khamis - 14 November 2000

 Georgetown, Pulau Pinang (Malaysia) - Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1995, mengenai hukum haram bagi tabiat merokok perlu mendapat sokongan kerajaan negeri, sebelum diwarta dan dikuatkuasakan di seluruh negara. Menurut Mufti Kerajaan Pulau Pinang ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kesan Ketagihan Nikotina - Racun Pembunuh Utama Umat Islam Masa Kini berkata, kerajaan negeri ini juga masih dalam proses mengetengahkan isu berkenaan. Seminar sehari itu dihadiri hampir 200 guru agama di sekitar negeri ini. Di majlis berkenaan, akhbar New Straits Times (NST) turut diumumkan sebagai akhbar mesra kesihatan untuk tempoh tiga bulan mulai Mei dan Ogos kerana didapati paling kurang menyiarkan iklan rokok. 

Guru denda murid hisap curutBerita Harian, Selasa - 14 November 2000

 Segamat, Johor (Malaysia) - Lima murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Mensudut Pindah, mukim Gemas mendakwa mereka dipaksa menghisap rokok dan cerut selama hampir dua jam oleh dua orang guru mereka sebagai hukuman selepas ditangkap menghisap rokok daun nipah. Guru terbabit juga turut didakwa mengarahkan mereka menelan semua asap rokok yang dihisap dan menjolok perut murid berkenaan dengan batang rotan. Akibat hukuman itu, beberapa murid mendakwa kemabukan, pening dan muntah-muntah dan ada antara mereka terpaksa dihantar untuk rawatan di Pusat Kesihatan. 

10,000 maut akibat merokokBerita Harian, Rabu - 8 November 2000

 Sitiawan, Perak (Malaysia) - Kira-kira 8,000 hingga 10,000 orang maut setiap tahun di negara ini akibat tabiat merokok. Jumlah ini adalah satu angka yang besar dan membimbangkan, khususnya dalam usaha kerajaan membentuk sebuah negara sihat dan bebas dari rokok. Pengerusi Persatuan Merokok Malaysia (PAMA), ketika merasmikan Larian Kesihatan anjuran PAMA berkata, anggaran kematian itu menunjukkan tindakan segera perlu diambil bagi mengurangkan kematian akibat rokok di negara ini. Larian Kesihatan itu juga bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan hidup sihat tanpa rokok. 

18

Page 19: Merokok Project

'Polis kesihatan' pantau perokok - Berita Harian 4 NOV 2008

  Palladium on Wed 05 Nov 2008, 7:41 am

'Polis kesihatan' pantau perokok

MENTERI Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai minggu lalu mengumumkan semua kaki lima

kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis

sebagai kawasan larangan merokok.

Pengisytiharan itu adalah sebagai tambahan kepada zon

larangan merokok sedia ada. Untuk pengetahuan umum, undang-undang bagi

mengawal berkaitan penggunaan hasilan tembakau seperti rokok, cerut dan

tembakau sedut ialah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PKHT).

Pemakaian PKHT adalah berasaskan kepada induknya iaitu Akta

Makanan 1983. Di dalam Seksyen 36 Akta Makanan 1983, ada peruntukan

untuk perluasan pemakaian akta ini meliputi Peraturan Kawalan Hasil

Tembakau.

Pengisytiharan zon larangan merokok itu adalah

selaras dengan peruntukan Seksyen 34, Akta Makanan 1983 yang memberikan

kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk menetapkan peraturan.

Masyarakat umum sebenarnya tidak mengetahui siapakah

sebenarnya penguat kuasa berkaitan larangan merokok seperti ini.

Memandangkan PKHT tertakluk kepada Akta Makanan 1983, maka Pegawai

Berkuasa (penguat kuasa) untuk PKHT adalah sama seperti yang dinyatakan

dalam Akta Makanan 1983.

Akta Makanan 1983 menyatakan Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran (PPKP) dari Kementerian Kesihatan atau pihak berkuasa

tempatan (PBT) sebagai penguatkuasanya. Selain menguatkuasakan PKHT,

antara tugas rutin lain PPKP ialah apa saja berkaitan dengan kesihatan

awam termasuk keselamatan dan kualiti makanan.

Selain itu kawalan mutu air minum; bekalan air dan kebersihan alam

sekeliling; kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit; rancangan

kawalan penyakit bawaan vektor dan promosi kesihatan.

19

Page 20: Merokok Project

Masyarakat umum mungkin selama ini tidak menyedari kewujudan

PPKP yang suatu ketika dikenali Inspektor Kesihatan sebelum diubah

kepada nama sekarang. PPKP tidak ditempatkan di hospital tetapi di

Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri di bawah Unit

Inspektorat.

Jika polis adalah agensi yang bertanggungjawab dalam aspek

ketenteraman dan keselamatan awam, PPKP adalah 'polis' dalam memastikan

aspek kesihatan awam terjamin.

Seseorang PPKP perlu menjalani latihan selama tiga tahun

meliputi akademik dan amali sebelum layak dilantik. Kolej Sains

Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh adalah institusi utama yang

melahirkan PPKP di Semenanjung, manakala Kolej Sains Kesihatan

Bersekutu Kuching bagi Sabah dan Sarawak.

Masyarakat tidak seharusnya meragui keupayaan Kementerian Kesihatan

dalam menguatkuasakan larangan merokok ini. Selama ini PPKP menjalankan

tugas mereka cuma kehadiran mereka hanya tidak disedari.

Selepas ini perokok yang menganggap tabiat merokok di

kawasan larangan sebagai perkara biasa perlu lebih berwaspada. PPKP

pastinya menyambut baik pengisytiharan zon larangan merokok terbaru ini

dan akan sentiasa membayangi perokok di zon larangan.

ASRUL AFFANDY MOHD SHUKRI,

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh,

Selangor.

20

Page 21: Merokok Project

Penyampai : DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALITajuk : MAJLIS PEMBUKAAN "BENGKEL MEROKOK ATAU KESIHATAN"Lokasi : INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATANTarikh : 09-10-1983 

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pihak penganjur bengkel ini menjemput saya untuk berucap pada pagi ini. Sebagai seorang yang telah mendapat latihan dan pernah pula berkhidmat dalam bidang kesihatan, saya merasa amat sukacita dan berbesar hati, kerana mendapat kesempatan berada bersama- sama para doktor dan tuan-tuan serta puan- puan, yang sedang berusaha untuk membina masyarakat yang sihat dan bahagia.

2. Tabiat merokok telah dicap sebagai suatu malapetaka terhadap kehidupan manusia. Smoking has been termed "one of the greatest curse ever to have befallen Man". Para peserta yang menghadiri "World Conference on Smoking and Health" yang kelima, sebulat suara berpendapat bahawa "Smoking is the single most preventable man-made epidemic in the world". Saya rasa, tiada siapa pun yang berfikiran waras yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, kerana sesungguhnyalah, merokok adalah suatu penyakit menular yang amat merbahaya, yang dicipta oleh manusia sendiri.

3. Kerajaan sendiri telah menyatakan pendirian yang tegas terhadap tabiat merokok. Syarat, supaya para pengusaha rokok mencetak ungkapan 'Merokok membahayakan kesihatan/ Smoking is hazardous to health' pada setiap bungkus rokok, adalah bukti pengesahan rasmi Kerajaan, bahawa merokok adalah perbuatan yang sangat merbahaya. Di samping itu, pegawai-pegawai Kerajaan telah diarahkan supaya tidak merokok di dalam pejabat dan di dalam bilik-bilik mesyuarat. Adalah menjadi tugas kita semua, untuk memberikan sokongan yang positif, supaya kedua-dua langkah yang telah diambil oleh Kerajaan ini akan membawa hasil yang diharapkan. Kerajaan juga cukup sedar akan hubungan yang erat antara merokok dengan ketagihan dadah. Pihak PEMADAM telah mencapai kesimpulan, bahawa ketagihan dadah di kalangan anak-anak muda adalah bermula dari menghisap rokok.

4. Saya difahamkan bengkel pada hari ini bertujuan untuk merumuskan garis-garis panduan bagi melaksanakan kegiatan ke arah mewujudkan masyarakat yang tidak merokok. Garis-garis panduan ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan orang dari mengamalkan tabiat yang menagih dan bahaya ini, khasnya golongan berumur 15-25 tahun; melengkapkan golongan yang tidak merokok dengan hak-hak yang melindung mereka dalam masyarakat dan akhirnya, menggalakkan golongan yang merokok "long-term" memberhentikan tabiat yang "expensive" dan "not-so-cool" ini.

5. Saudara-saudara sekalian tentu sedia maklum, anak-anak kita yang masih muda dan mentah mudah sekali dipengaruhi oleh berbagai tabiat yang baik dan juga yang tidak baik. Kepercayaan bahawa merokok adalah suatu nikmat, merokok menggambarkan kedewasaan, merokok menjadikan orang lebih bergaya, merokok boleh menimbulkan apa yang disebut sebagai "macho appearance", adalah antara kepercayaan dan gambaran palsu yang mendorong dan merangsang anak-anak remaja kita menghisap rokok. Gambaran dan kepercayaan palsu dan karut ini mestilah dihapuskan.

6. Oleh itu, cita-cita dan usaha untuk mewujudkan "masyarakat yang tidak merokok", terutama sekali perlulah ditujukan kepada generasi muda. Dalam hal ini, saya rasa usaha untuk menerangkan kepada mereka bahawa setiap batang rokok mengandungi "tar" dan "nicotine" yang cukup tinggi dan membahayakan jantung dan paru-paru, adalah kerja yang mudah. Mereka boleh faham.

21

Page 22: Merokok Project

7. Kajian-kajian telah menunjukkan, sekiranya kita dapat menahan anak-anak dan para belia kita dari merokok sehingga mencapai umur antara 25-27 tahun, maka akan kuranglah kemungkinan mereka akan menjadi mangsa rokok, mangsa racun bahaya yang akan membinasakan hidup kita secara beransur-ansur tanpa kita sedari.

8. Memberi fahaman, penerangan dan kawalan kepada generasi muda tidak mencukupi. Sebaliknya, untuk memberikan kesan yang positif, ibubapa dan guru-guru perlu memberikan pengajaran dan asuhan anti-merokok menerusi teladan dari perbuatan sendiri. Perbuatan bukan saja dapat dilihat dengan nyata, tetapi juga - perbuatan ibu-bapa dan guru-guru terutamanya - sangat mudah menjadi ikutan anak-anak kita. Oleh itu, jika ibu-bapa dan guru-guru tidak ingin melihat anak-anak kita merokok, maka ibu-bapa dan guru-guru sendiri, setidak-tidaknya, elakkanlah dari merokok di hadapan mereka.

Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

9. Selain daripada ibubapa dan guru-guru berusaha memandu generasi muda, "civic programmes" untuk mengajar murid-murid, golongan belasan tahun dan belia perlu di atur oleh Kementerian Kesihatan, PEMADAM, badan belia, persatuan pengguna, sekolah-sekolah, kesatuan sekerja, dan amat pent- ing sekali, oleh media massa yang kuat mempengaruhi pembaca-pembacanya.

10. Beberapa tahun dahulu, saya terbaca dalam surat khabar mengenai kebanggaan seorang ibu atas kejayaan anak kecilnya berumur kurang daripada 7 tahun menghisap entah berapa batang rokok sehari. Berita ini disiarkan pula dengan gambar 'johan' kecil ini. Perbuatan ibu itu harus dikutuk. Saya bukan sahaja berasa geram dan marah kepada ibu yang tidak bertanggungjawab itu, tetapi juga kepada surat khabar yang menyiarkan berita dan gambar yang tidak akan mendatangkan faedah sedikitpun kepada orang ramai.

11. Saya percaya wakil-wakil agensi dan badan-badan yang saya sebutkan tadi telahpun atau akan mengaturkan rancangan sivik. Kita semua adalah bertanggungjawab kepada masyarakat. Oleh itu gunakanlah saluran- saluran yang ada untuk mempengaruhi golongan-golongan sasaran (target groups) ini dengan secara positif dan menanamkan amalan baik di kalangan mereka. Do something constructive and start the ball rolling when you return to your respective offices. Let this event, Ladies and Gentlemen, be an encouragement for other bodies to organise more campaigns of a similar na- ture.

12. Kumpulan yang kedua ialah orang-orang yang tidak merokok, dengan tujuan untuk menyedarkan mereka bahawa orang-orang yang tidak merokok mempunyai hak untuk menjaga diri masing-masing, supaya tidak mendapat penyakit yang diakibatkan oleh orang-orang yang merokok. Kita perlulah menyedarkan orang-orang yang tidak merokok, bahawa mereka juga akan mendapat bahaya kiranya mereka berdampingan atau sering berada bersama-sama dengan orang yang merokok.

13. Kajian telah menunjukkan bahawa "passive smokers" diserang oleh masalah kesihatan yang serupa dengan yang didapati oleh orang-orang merokok: penyakit-penyakit seperti bronchitis, athma, dan artheroslcerosis juga menyerang mereka yagn terpaksa menyedut asap rokok yang tebal di sekeliling mereka. Sungguhpun dalam masyarakat kita, jumlah orang yang tidak merokok jauh lebih ramai dari yang merokok, tetapi kehadiran sebilangan kecil penagih rokok adalah cukup untuk membahayakan kesihatan semua orang.

22

Page 23: Merokok Project

14. Kumpulan yang ketiga, iaitu kumpulan yang paling sukar hendak dihadapi iaitu orang-orang yang menjadikan merokok sebagai suatu tabiat atau suatu kemestian dalam kehidupan mereka sehari-hari. Untuk meminta golongan ini berhenti dari merokok amatlah sulit. Ada saja alasan yang mereka berikan, walaupun alasan-alasan itu tidak munasabah atau tidak benar. Masih ada di antara golongan yang sudah ditawan oleh rokok ini, yang tidak begitu percaya bahawa merokok adalah merbahaya kepada kesihatan manusia.

15. Saya amat risau dan kesal atas bilangan ibu-ibu dan wanita yang merokok. Ada sebilangan besar yang sedar bahayanya merokok dan telah cuba melawan tabiat ini dengan mengurangkan dan akhirnya memberhentikan merokok. Sebahagiannya masih lagi mempertahankan dengan bersungguh-sungguh bahawa merokok tidak membahayakan kesihatan mereka dan kandungan mereka, biarpun bertahun-tahun merokok.

16. Kumpulan sasaran yang ketiga ini perlulah kita hadapi dengan sungguh-sungguh dan bijaksana, kerana merekalah yang membawa dan yang mengembangkan tabiat yang buruk dan merbahaya ini.

17. Mungkin kita perlu berkempen supaya orang-orang yang menagih dan menghisap rokok, merokok di tempat yang "pri- vate". Semua kawasan am sepatutnya dijadikan kawasan larangan merokok dan undang-undang diadakan untuk mengenakan denda atas sesiapa yang melanggar undang-undang itu. Banyak lagi "decentives" boleh dikenakan supaya orang ramai sedar bahawa merokok pada akhirnya merugikan mereka sendiri.

18. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Action On Smoking Or Health yang telah mengambil dayausaha menyelenggarakan bengkel ini. Ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada Environment Protection Society of Malaysia, Federation of Malaysian Consumers Asso- ciation, Public Health Society, National Cancer Society, Adventist Health Education Service dan National Heart Asso- ciation yang ikut sama menjayakan bengkel yang penting ini.

19. Saya benar-benar berharap, "Bengkel Merokok atau Kesihatan" ini, akan merupakan satu lagi titik permulaan ke arah tindakan yang lebih teratur, terancang dan berterusan. Cita-cita "ke arah masyarakat yang tidak merokok" tidak seharusnya menjadi tema bengkel ini saja; tetapi ia perlu menjadi matlamat dan komitmen kepada seluruh angggota masyarat yang tidak merokok. Kita mesti bergerak dan bekerja terus menerus. Kita mesti menarik lebih banyak persatuan dan institusi sosial untuk bergerak bersama-sama kita, demi untuk kesejahteraan kita bersama. Usaha menyedarkan masyarakat bahawa merokok adalah merbahaya, dan usaha menghalang anak-anak kita supaya tidak terjerumus kepada perbuatan yang merbahaya ini, mestilah berjalan bukan untuk satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan atau satu tahun sahaja, tetapi untuk sepanjang masa.

20. Kita perlulah berusaha menanam sikap supaya orang ramai benci kepada rokok. Dan usaha ini perlulah bermula dari rumahtangga kita sendiri, bermula dari tempat kerja kita sendiri, dengan menjadikan perbuatan tidak merokok suatu amalan yang mulia dan membanggakan. Usaha ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dan juga keberanian hati untuk menegur dan menasihati rakan-rakan sejawat, rakan-rakan sosial dan keluarga sendiri. Kerapkali kerana ingin berbahasa dan tidak mahu mengecilkan hati orang, kita membiarkan atau sanggup berkata "tidak mengapa merokok" sungguhpun kita benci merokok dan tidak mahu asap rokok itu dekat kepada kita.

23

Page 24: Merokok Project

21. Usaha-usaha mencegah masyarakat merokok amat sulit dan sukar. Tetapi jika kita semua ikut memainkan peranan masing-masing, Insya-Allah peratus orang yang menghisap rokok akan bertambah kurang dari semasa kesemasa.

22. Bagi mengakhiri ucapan ini, saya doakan semoga bengkel ini berjaya merumuskan garis-garis panduan, yang sesuai digunakan oleh semua pihak, dalam usaha mewujudkan masyarakat yang tidak merokok, iaitu masyarakat yang sihat dan bahagia. Dengan doa ini saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan "Bengkel Merokok atau Kesihatan" ini.

Terima kasih.

24