proposal kaji selidik merokok

Upload: najihah-zakaria

Post on 15-Jul-2015

454 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BANDAR PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

KRISHNA KUMARI A/P LETCHUMANAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

iii

DEDIKASI

ingatan khas untuk

ibubapa, P.Letchumanan dan P.Krishna Veni berkat dan jasa pengorbanan kalian amat kuhargai

adik beradik yang ku sayangi L.Santha Kumari, L.Yogalakshimi, L.Ganeswari teruskan usaha-usaha mu dalam mencapai cita-cita. semoga usaha-usaha aku dan kalian diberkati Tuhan

rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi R.Parveen Gayesthire, S.Thibagaran, V.Vijayashamila, A. Manjula K.Kayalvizi

iv

PENGHARGAAN

Segala kesyukuran diucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana keberkatanNya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan kajian ini.

Jutaan terimakasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Puan Hjh Norani bte Mohd Noor yang telah memberikan saya ilmu, tunjuk ajar serta kekuatan dalam menyempurnakan kajian sebaik yang mungkin. Penghargaan juga diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian in, serta kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana dan Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Abdul Samad dalam memberikan kerjasama disepanjang kajian.

Penghargaan turut ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Mudah-mudahan Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa mereka.

Sekian, terima kasih

Krishna Kumari A/P Letchumanan, 1792 Taman TKK, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

v

ABSTRAK

Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja merokok, terutamanya dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat telah menarik perhatian para penyelidik. Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok. Kajian ini meliputi empat faktor iaitu pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, pengaruh persekitaran dan penguatkusaan disiplin di sekolah. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di daerah Port Dickson. Sampel kajian ialah seramai 262 orang pelajar tingkatan 4 lelaki dan perempuan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebelum soal selidik digunakan ia diuji untuk melihat kebolehpercayaannya dan hasilnya menunjukkan nilai indeks kepercayaan adalah 0.82. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan nilai frekuensi dan nilai min. Seterusnya berdasarkan nilai frekuensi dan peratus akan ditentukan nilai purata peratusan keseluruhan secara manual. Hasil kajian menunjukkan faktor persekitaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar merokok, diikuti dengan faktor ibu bapa dan ketiga pula faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar merokok. Hasil kajian juga menunjukkan penguatkusaan disiplin di sekolah ada di jalankan di setiap sekolah yang dikaji. Berdasarkan kepada dapatan kajian beberapa cadangan telah dibuat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah, ibu bapa, media massa, undang-undang dan pelajar.

vi

ABSTRACT

The factors that influence teenagers to smoke, especially among Form 4 students, have attracted the attention of researchers. This descriptive research is aimed at identifying the factors that influence student to smoke. This research covers four factors which are parental factor, peer influence, influence from surrounding environment and the enforcement of discipline at school. The research was carried out in three secondary schools in Port Dickson. 262 male and female Form 4 student are the sample of this research. Questionnaires were used as the research instrument. Before the questionnaire was distributed, it was tested for reliability. The reliability index obtained was 0.82. all data were analysed using SPSS software to obtain the frequency and mean values. Subsequently, the overage percentage was determined manually based on the frequency and percentage values. The research result shows that influence from the surrounding environment is the main factor contributing towards student smoking, followed by parental factor and thirdly is peer influence. This research also shows that each school researched, has dicipline enforcement. Based on the research outcome, several suggestion have been made to the Ministry of Education, schools, parents, mass media, law and students.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKASURAT

JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

iii

iii iv v vi vii xi xii xiii xiv

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Masalah 1.2 Penyataan Masalah 1.3. Objektif Kajian 1.4. Persoalan Kajian 1.5. Kepentingan Kajian 1.6 Skop Kajian 1.7. Batasan Kajian 1.8. Definisi Istilah 1.9 Kesimpulan

1 2 3 4 4 4 5 5 6 8

viii

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.0. Pengenalan 2.1. Pengenalan Kepada Merokok 2.2 Pengaruh Rakan Sebaya Dengan Pelajar 2.3 Pengaruh Penguatkuasaan Disiplin Sekolah Dengan Pelajar 2.4. Pengaruh Persekitaran Dengan Pelajar 2.5. Pengaruh Ibu Bapa Dengan Pelajar 2.6. Penutup

9 9 15

18 21 25 27

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Kawasan Kajian 3.3. Sampel dan Populasi 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Pembinaan Soal Selidik 3.6 Kajian Rintis 3.7. Prosedur Kajian 3.8. Analisa Data 3.9 Penutup

29 29 30 30 32 32 35 36 37 39

BAB 4

ANALISIS DATA

4.0 Pendahuluan 4.1 Bahagian A: Analisis Biodata Responden 4.1.1 Jantina 4.1.2 Bilangan Adik-Beradik

39

39 40 40

ix

4.1.3 Tempat Tinggal Responden Semasa Persekolahan 4.2 Bahagian A: Latar Belakang Keluarga Responden 4.2.1 Pekerjaan Bapa/Penjaga 4.2.2 Pendapatan Bapa/Penjaga 4.2.3 Pekerjaan Ibu 4.2.4 Pendapatan Ibu 4.2.5 Hubungan Responden dengan Penjaga 4.2.6 Hubungan Ibu Bapa/Penjaga 4.3. Bahagian B: Analisis Item Soalan 4.3.1 Faktor Rakan Sebaya yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.3.2 Faktor Ibu Bapa Yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.3.3 Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Pelajar Merokok 4.3.4 Faktor Penguatkuasaan Disiplin Merokok Di Sekolah 4.4 Kesimpulan 56 58 53 50 47 42 42 43 43 44 45 46 46 41

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 5.1 Perbincangan 5.2 Kesimpulan 5.3. Cadangan 5.3.1 Ibu Bapa 5.3.2 Sekolah 5.3.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 5.3.4 Media Massa 5.3.5 Undang-Undang

59 59 72 73 74 75 76 76 77

x

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 5.5 Penutup

78 79

BIBLIOGRAFI

80

LAMPIRAN

85

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

PERKARA

MUKA SURAT

3.1

Pemilihan Sampel Mengikut Sekolah-Sekolah yang Dikaji

31

3.2: 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3

Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah Skala Likert Pekali Alpha Conbach Analisis Keseluruhan Mengikut Aspek Tahap Pengaruh Setiap Faktor Tahap Purata Min Respon Pelajar Mengikut Jantina Respon Pelajar Mengikut Bilangan Adik-Beradik Respon Pelajar Mengikut Tempat Tinggal Semasa Persekolahan.

34 35 36 38 38 38 40 41

41 42 43 44 45

4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13

Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Bapa/Penjaga Respon Pelajar Mengikut Pekerjaan Ibu Respon Pelajar Mengikut Pendapatan Ibu

Respon Pelajar Mengikut Hubungan Responden dengan Penjaga. 45 Respon Pelajar Mengikut Hubungan Ibu Bapa/ Penjaga Respon Pelajar Mengenai Faktor Rakan Sebaya Respon Pelajar Mengenai Faktor Ibu Bapa Respon Pelajar Mengenai Faktor Persekitaran Respon Pelajar Mengenai Faktor Penguatkuasaan Disiplin Sekolah 56 46 47 50 53

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

PERKARA

MUKA SURAT

5.1

Fasa Perkembangan Am Merokok

71

xiii

SENARAI SINGKATAN

KPM SPM SPSS SMK WHO

: : : : :

Kementerian Pendidikan Malaysia Sijil Pendidikan Malaysia Statistical Packages for Social Sciences Sekolah Menengah Kebangsaan World Health Organization

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

PERKARA

A B

Soal Selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

C

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

D

Jadual Penentuan Saiz Sampel

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Pada era teknologi maklumat yang semakin berkembang sekarang, semua sekolah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi menggantikan Akta Pendidikan 1961. Walaupun akta pendidikan berubah tetapi pendidikan di Malaysia sekarang adalah tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam falsafah ini disebutkan dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab (Mohd Salleh, 2000).

Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah adalah untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu yang ada. Melalui pendidikan segala tingkah laku dapat berubah dan terbentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku dan pengamalan akhlak yang baik sangat diharapkan oleh ibu bapa dan juga seluruh masyarakat terhadap generasi pelajar sekarang. Matlamat pendidikan pada masa sekarang juga adalah melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran disamping menerapkan aspek nilai seperti yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Aspek nilai ini akan diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung secara bersepadu dan dilaksanakan merentasi kurikulum selain diajar melalui pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi bukan Islam (Dewan Siswa, Februari 1999).

2 Sehubungan dengan itu sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu sehaluan dan bergabung tenaga dalam menangani masalah disiplin dan akhlak pelajar. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir, 1991). Wawasan murni yang diharapkan kelak hanya dapat dilihat kepada keratan-keratan akhbar sahaja tanpa berlaku perubahan pada masyarakat jika sekiranya masalah sosial ini tidak diatasi dengan segera dan ditangani dengan sebaik mungkin.

1.1

Latar Belakang Masalah

Masalah disiplin dan keruntuhan moral remaja pada hari ini menjadi satu isu yang sering diperkatakan pada hari ini. Isu kemerosotan moral ini meresahkan ibu bapa yang mempunyai anak serta pihak sekolah yang melaksanakan disiplin. Remaja didedahkan dengan pelbagai perkara negatif sama ada melalui media massa, rakan sebaya, alam sekitar serta masyarakat sendiri. Maka terjadilah pelbagai masalah seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok, melepak, gangsterisme, vandalisme, melarikan diri dari rumah, penagihan najis dadah, bohsia dan bohjan, mencuri, berjudi, peras ugut serta pergaduhan sama ada secara individu atau berkumpulan.

Kegiatan merokok adalah merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Berdasarkan catatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara 80,000 dan 100,000 kanak-kanak mula merokok setiap hari yang mana separuh daripadanya adalah dari Asia. Menurut Mohamed Idris, di negara ini terdapat kira-kira 10,000 kematian yang dikaitkan dengan amalan merokok setiap tahun dan kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan kepada kita terdapat 38 kematian sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada perbuatan merokok (Utusan

3 Malaysia, 11 Februari 2004). Tabiat buruk merokok dalam kalangan remaja perlu dikekang dari sekarang kerana amalan itu didapati ketara meresap kuat dalam jiwa generasi muda di negara ini. Perangkaan menunjukkan antara 50 hingga 60 remaja mula merokok setiap hari dan golongan pelajar merangkumi kira-kira lapan peratus daripada 4.6 juta perokok di Malaysia (Berita Harian, 31 Mei 2004).

Menurut Dewan Masyarakat (Ogos 1997), pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja dari merokok dan penyingkiran pelajar dari sekolah setelah diberi amaran bukanlah tindakan baru oleh Kementerian Pendidikan. Kempen juga dijalankan sama ada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster ke sekolah-sekolah. Inilah menunjukkan seriusnya masalah merokok dalam kalangan pelajar sekarang. Tindakan pelajar yang merokok tanpa menghiraukan papan-papan tanda larangan merokok sama ada di dalam kawasan sekolah atau di tempat-tempat awam amatlah ketara ketika ini. Perbuatan ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

1.2

Pernyataan Masalah

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok dalam kalangan pelajar?. Remaja khususnya pelajar pada hari ini sering dikaitkan dengan masalah rokok. Mereka tidak takut untuk mengisap rokok terutamanya ketika berada di luar kawasan sekolah serta tempat awam. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pelajar menjadikan rokok sebagai pengamalan mereka setiap masa.

4 1.3 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk: (i) Mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap masalah merokok di kalangan pelajar. (ii) Mengenal pasti pengaruh keluarga terhadap masalah merokok di kalangan pelajar. (iii) Mengenal pasti pengaruh persekitaran terhadap masalah merokok di kalangan pelajar. (iv) Mengenal pasti penguatkuasaan disiplin terhadap masalah merokok di sekolah.

1.4

Persoalan Kajian

Berdasarkan dari objektif kajian di atas, beberapa persoalan dapat ditentukan seperti: (i) (ii) (iii) (iv) Bagaiamanakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah keluarga mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah persekitaran mempengaruhi pelajar untuk merokok? Bagaimanakah penguatkuasaan disiplin merokok dijalankan di sekolah?

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat mengesan punca-punca yang menyebabkan pelajar merokok. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini dapat: (i) Membantu pihak pentadbir sekolah menangani masalah merokok di kalangan pelajar sekolah.