kajian kes pra 3109

23
1.0 PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Tambahan lagi, mengikut Kirk (1993), pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri menta, keupayaan deria, ciri- ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku social ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Manakala mengikut terjemahan Culatta (1999) pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum ataupun perkhidmatan-perkhidmatan persekolahan biasa. Oleh itu, dalam tugasan kali ini, saya mengelaskan beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan juga beberapa pemerhatian yang dilakukan ke atas kanak- kanak berkeperluan khas semasa lawatan saya bersama empat orang rakan saya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1. 2.0 Kategori kanak-kanak berkeperluan khas 2.1. Murid bermasalah Penglihatan Penglihatan merupakan salah satu deria yang penting kerana kanak-kanak mempelajari 80% daripada penglihatan.

Upload: ed-gna

Post on 13-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes PRA 3109

1.0 PENGENALANKanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Tambahan lagi, mengikut Kirk (1993), pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri menta, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku social ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.Manakala mengikut terjemahan Culatta (1999) pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum ataupun perkhidmatan-perkhidmatan persekolahan biasa. Oleh itu, dalam tugasan kali ini, saya mengelaskan beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan juga beberapa pemerhatian yang dilakukan ke atas kanak-kanak berkeperluan khas semasa lawatan saya bersama empat orang rakan saya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

2.0 Kategori kanak-kanak berkeperluan khas 2.1. Murid bermasalah Penglihatan

Penglihatan merupakan salah satu deria yang penting kerana kanak-kanak

mempelajari 80% daripada penglihatan. Oleh itu, masalah penglihatan dianggap

sebagai masalah utama yang mungkin memberi kesan terhadap perkembangan

kognitif kanak-kanak tersebut. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

mendefinisi masalah ini sebagai kebutaan (penglihatan kurang daripada 3/60

pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10O setelah

menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive) dan rabun

(penglihataan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang

terbaik). Hal demikian berpunca daripada baka dan keturunan, komlikasi semasa

hamil dan lahir, rubella, syphilis, kecederaan dan penyakit. Tanda-tanda bagi

masalah penglihatan ini dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu dari segi rupa,

Page 2: Kajian Kes PRA 3109

tingkah laku dan aduan kanak-kanak yang mengalaminya. (Lihat Lampiran A).

Oleh itu, guru perlu memberi keperluan pembelajaran dan latihan yang

sebaiknya kepada kanak-kanak ini. (Lihat Lampiran A)

2.2. Murid bermasalah Pendengaran

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-

bahan ilmu. Oleh itu, kehilangan pendengaran merupakan ancaman utama

bukan sahaja terhadap komunikasi, tetapi juga kepada kehidupan peribadi dan

sosial individu. Menurut Herth (1998), orang yang mengalami masalah

pendengaran atau pekak berasa dirinya terasing dari komuniti. Punca-punca

bagi masalah pendengaran ini ialah sebelum lahir, semasa lahir dan selepas

lahir. Selain itu juga, masalah ini terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap kurang

pendengaran dan tahap pekak. Tahap kurang pendengaran pula terbahagi

kepada tiga iaitu ringan, sederhana dan sederhana teruk. Manakala tahap pekak

pula terbahagi kepada dua iaitu teruk dan sangat teruk. Justeru itu, antara tanda-

tanda yang diperhatikan ialah kanak-kanak kurang member perhatian di dalam

kelas, kelihatan selalu berkhayal, butir-butir percakapan yang tidak jelas dan

janggal, sering bertanya mengenai tugasan dan lain-lain lagi. (Lihat Lampiran A)

2.3. Murid bermasalah Pembelajaran

2.3.1.   Lembam atau slow learner

Lembam atau slow learner merupakan perkembangan bahasa yang lewat.

Di mana mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang kurang,

kurang daya tumpuan terhadap sesuatu dan lain-lain lagi. Justeru itu, bagi

kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti ini banyak masalah

yang akan dihadapi. Misalnya, wujudnya masalah tingkah laku, daya tumpuan

yang singkat dan mereka akan ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, guru perlu memastikan masalah dapat di atasi dengan segera.

Misalnya, mengambil tindakan seperti pengajaran dilakukan secara individu,

mendapatkan terapi pertuturan, membina keyakinan diri mereka agar dapat

menonjolkan diri dan lain-lain lagi. (Lihat Lampiran A)

Page 3: Kajian Kes PRA 3109

2.3.2.   Sindrom Down (SD)

Down Sindrome merupakan penyakit keturunan yang disebabkan oleh

kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada kanak-

kanak. Ia juga dikenali sebagai Trisomy 21. Biasanya kanak-kanak SD ini akan

mengalami banyak masalah kesihatan. Misalnya, pertumbuhan yang lambat,

kesukaran untuk belajar dan bertutur, berpenyakit pada jantung congenital,

mudah mendapat jangkitan dan lain-lain lagi. Oleh itu, banyak program

pemulihan bagi mengatasi masalah SD ini. Contohnya, program pemulihan

seperti program interversi, terapi carakerja, terapi pertuturan dan sebagai dapat

membantu kanak-kanak SD mencapai keupayaan dan perkembangan maksima

serta mampu berdikari. (Lihat Lampiran A)

2.3.3.   Autism

Kanak-kanak autism adalah kanak-kanak yang mengalami masalah

komunikasi tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak ini akan

menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai pada peringkat umurnya malah

melakukukan sesuatu perkara diluar jangkaan. Contohnya, kanak-kanak

berumur 11 tahun akan menunjukkan tingkah laku kanak-kanak berumur 3

tahun. Kanak-kanak autism juga didefinisikan  sebagai individu yang tidak

berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran

(menurut Leo Kanner, 1943). Selain itu, kanak-kanak autism mempunyai

persatuannya tersendiri. Misalnya, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia

(NASOM). Justeru itu, kanak-kanak autism akan terjamin masa depannya

dengan adanya persatuan sebegini. (Lihat Lampiran A)

2.3.4.   Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

ADHD juga dikenali sebagai kanak-kanak tanpa hiperaktif dan juga kanak-

kanak hiperaktif. Di mana mereka ini bersifat kurang tumpuan terhadap sesuatu

benda. Lambat menyiapkan sesuatu tugasan, tidak boleh duduk diam, impulsive

dan sebagainya. Banyak juga masalah yag melibatkan ADHD seperti masalah

Page 4: Kajian Kes PRA 3109

sosial dan juga masalah keluarga. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru

perlu tahu apa yang mereka minat. Contohnya, dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, ia mestilah aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik perhatian

murid tersebut. (Lihat Lampiran A)

2.3.5.   Terencat Akal

Kanak-kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya

pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Misalnya,

terencat akal teruk yang dikenali sebagai Mental Retardation. Di mana kanak-

kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang

kurang ataupun tidak lengkap. Biasanya, penyakit ini dilasifikasikan kepada 3

kategori iaitu; ringan (skor IQ: 50-75), sederhana (skor IQ: 30-50) dan teruk (skor

IQ: 30 ke bawah). Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini dan agar murid seperti ini

mendapat pengajaran dan pembelajaran yang baik, guru haruslah memainkan

peranan yang penting. Misalnya, mengajar mereka komunikasi, menerapkan

terapi pertuturan, menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan sebagainya.

2.3.6.   Palsi Serebrum

Palsi Serebrum (Cerebral Palsy) bermaksud kanak-kanak yang

menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan

normal akibat kerosakan dalam otak. Biasanya mereka bersifat seperti

ketegangan pada otot, pergerakan tanpa diarah, gangguan dalam mobaliti dan

sebagainya. Terdapat beberapa jenis serebrum palsi; iaitu palsi serebrum

spastik, athetosis, ataxia, hemiplegia, diplexia dan quadriplegia (Lihat Lampiran

A).

2.3.7.   Pintar cerdas

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar

pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar

cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan

definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami,

Page 5: Kajian Kes PRA 3109

membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916),

pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk

berfikir secara abstrak. (Lihat Lampiran A)

2.4. Disleksia

Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud

“kesukaran” dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa

maksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Menurut Sanders dan Myers

(1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-

kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran

ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali

symbol-simbol, seperti not muzik atau symbol matematik. Manakala menurut

Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalah pembelajaran disleksia

merujuk kepada beberapa ciri, iaitu:

a)    Kesukaran belajar bahasa

b)    Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual

c)    Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak

d)    Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat

e)    Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan

f)     Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak

atau buta.

Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia

tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian-kajian yang telah

dijalankan, secara teorinya disleksia disebabkan oleh keturunan (genetik),

biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999). Oleh itu,

bagi mengatasi masalah disleksia ini, guru perlulah menggunakan pendekatan

yang tertentu. Contohnya, Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory

merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia;

iaitu dengan menggabungkan kesemua sensori (auditori, visual, oral dan

kinestetik) kita. (Lihat Lampiran A)

Page 6: Kajian Kes PRA 3109

3.0  LAPORAN3.1  Perihal penubuhan pusat atau sekolah

Tanggal 8 Mac 2011, saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Kubang

Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan. Tujuan saya pergi ke sekolah ini ialah untuk

melawat dan mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas.

Oleh itu, berikut adalah tugasan saya yang perlu saya buat:

a)   Sejarah

b)    Tujuan

c)    Ahli Jawatankuasa(AJK)          (Lihat Lampiran B)

d)    Program yang disediakan

e)    Objektif yang dapat dicapai

 f) Kejayaan yang diperolehi                          (Lihat Transkrip Temubual)

g)    Kekangan atau masalah yang dihadapi

3.2  Pemerhatian3.2.1     Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas

Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh

pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling,

event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai

semak, rekod anekdot dan sekil kadar. Dalam pemerhatian ini, saya

menggunakan kaedah senarai semak dan menemubual.

3.2.1.1 Senarai semak

Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru

dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil

pembelajaran seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu

senarai pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan

semasa membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran

hendaklah mengambil kira domain afektif, kognitif dan psikomotor. Oleh itu, saya

telah membuat senarai semak beberapa perkara mengenai ciri-ciri kanak-kanak

berkeperluan khas. (Lihat Lampiran C)

3.2.1.2 Temubual

Page 7: Kajian Kes PRA 3109

Temubual juga salah satu kaedah atau teknik bagi pengumpulan data.

Temubual ini boleh direkod mahupun menulis transkrip perbualan. Oleh

disebabkan saya tidak membawa perakam suara pada ketika menemubual ibu

bapa murid, saya hanya mencatat isi-isi penting sahaja. Oleh hal demikian saya

perlu menulis transkrip semasa menemubual itu semula. Saya telah

menemubual guru prasekolah berkeperluan khas SK Kubang Kerian 1, iaitu

Puan Nurul Aini bt Ismail. Berikut adalah transkrip temubual antara saya dan

Puan Nurul Aini Bt Ismail:

TRANSKRIP TEMUBUAL

Pada 8 Mac 2011, saya dan rakan saya seramai empat orang, iaitu Nik Fatin

Amalina binti Ismail, Ainur Nazura binti Mohd Joni dan Mohammad Izam Iznan

bin Jusoh telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1,16150 Kota

Bharu, Kelantan. Tujuan saya dan rakan-rakan pergi ke sekolah itu adalah untuk

melawat Prasekolah Pendidikan Khas di sekolah tersebut dan membuat

pemerhatian dan mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak pendidikan khas serta

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Justeru itu, saya telah

menemubual guru prasekolah pendidikan khas sekolah tersebut bagi

memudahkan untuk berurusan dan menyiap tugasan saya. Berikut ialah transkrip

temubual saya bersama guru Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1,

Pn. Nurul Aini binti Ismail:

Saya              : Assalamualaikum, Cikgu Aini.

Cikgu Aini     : Waalaikumussalam.

Saya               : Apa khabar Cikgu Aini

Cikgu Aini      : Sihat alhamdulillah.

Saya               : Baiklah, Cikgu Aini. Di sini saya beritahu tujuan saya dating melawat

  Prasekolah Pendidikan Khas ini ialah untuk mengumpul sebanyak

  mungkin maklumat mengenai murid-murid berkeperluan khas bagi

  memudahkan tugasan major saya. Bolehkah cikgu membantu?

Cikgu Aini     : Oh, begitu. Boleh apa salahnya.

Page 8: Kajian Kes PRA 3109

Saya               : Terima kasih, cikgu. Pertama, saya ingin bertanya tentang penubuhan

                          Prasekolah Pendidikan Khas di sekolah ini, yakni sejarah, tujuan,

objektif

                          yang dicapai dan Ahli Jawatankuasa bagi penubuhan prasekolah ini?

Cikgu Aini     : Sama-sama. Semua yang kamu minta ada di dalam buku Pengurusan

  Pra Intergrasi Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1 2011

  dan juga buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas

  Prasekolah. (Lihat Lampiran C)

Saya               : Baiklah, cikgu. Nanti saya melihat buku tersebut. Seterusnya, saya

mahu

bertanya tentang apakah kejayaan yang diperolehi dan apakah masalah   

atau kengkangan yang dihadapi oleh cikgu selama mengajar?

Cikgu Aini     : Okey. Kejayaan yang diperolehi sepanjang mengajar ialah kami  

  mendapat Naib Juara pada peringkat Negeri Kelantan dalam setiap

  pertandingan sukaneka iaitu yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan

  Daerah (PPD) Kubang Kerian, Kelantan. Selain itu, kejayaan yang paling

  bermakna ialah di mana salah seorang murid saya, iaitu Muhibbuddin bin

  Ahmad Fadhli yang lebih dikenali sebagai Muhib. Beliau merupakan

  seorang kanak-kanak autism. Di mana pada awal kemasukan, dia suka

  menghantukkan kepalanya sehingga mencederakan diri sendiri. Setelah

  saya mempelajari dan mengenalpasti ciri-ciri seorang autisme, saya 

  dapat mengatasi masalah Muhib ini. Dan sekarang Muhib sudah pandai

  melapikkan tangannya apabila dia menghantukkan kepalanya ke lantai.   

  Manakala masalah yang saya hadapi sepanjang mengajar di sini

  antaranya ialah pada tahun lepas, seorang murid yang terlalu hiperaktif

  telah memasuki prasekolah pendidikan khas ini dan suatu ketika dia

  telah menendang perut saya sehingga saya mengalami keguguran. Ia

  disebabkan sifat dia yang terlampau hiperaktif sehingga dia dinasihat

  mengambil ubat bagi mengurangkan keaktifannya.

Saya               : Takziah cikgu. Cikgu, apakah pertandingan yang biasa disertai

oleh

Page 9: Kajian Kes PRA 3109

murid-murid pendidikan khas?

Cikgu Aini     : Terima Kasih. Pertandingan yang biasa disertai oleh murid-murid saya 

                          ini ialah pertandingan sukaneka, merwarna, dan lain-lain lagi.

Saya               : Bagaimanakah cara atau inisiatif cikgu ambil untuk mendalami

lagi

  perasaan murid-murid pendidikan khas ini?

Cikgu Aini     : Caranya ialah pertama sekali, bawa murid tersebut berjumpa

dengan

  doktor untuk mengenal pasti penyakit yang dihidapinya dan jikalau teruk

  dan memerlukan murid tersebut mengambil ubat, murid tersebut perlu

  mengambil ubat tersebut. Tetapi sebelum itu guru hendaklah berbincang

  dengan ibu bapa murid tersebut. Misalnya, pada tahun lepas, seorang

  murid saya disahkan oleh doctor mengidap penyakit hiperaktif yang

  melampau sehingga dia perlu mengambil ubat bagi menenangkan 

  penyakitnya itu. Kedua, guru juga perlu menyertai aktiviti berkaitan anak-

  anak Pendidikan Khas ini dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau

  mana-mana pihak yang menganjurnya. Tambahan lagi, guru boleh juga

  meminta cadangan-cadangan daripada ibu bapa kerana ini untuk 

  kebaikan mereka dan anak-anak mereka juga. Justeru, mungkin

  cadangan yang diberikan oleh ibu bapa mungkin boleh digunapakai.

Saya               : Apakah kategori murid-murid pendidikan khas yang berada di

prasekolah

  cikgu?

Cikgu Aini     : Kategori murid Pendidikan Khas yang ada di prasekolah ini ialah

autism,

  slow learner dan sindrom down. Hal demikian disahkan oleh doktor.

  Tetapi jika kite sebagai guru melihatnya akan menampakkan mereka ini

  ada yang bersifat ‘multiple’, iaitu mempunyai penyakit campur. 

  Contohnya, adik Muhammad Risyafiq Daniel bin Mohd Risman adalah

  seorang yang slow learner tetapi jikalau kita melihatnya, ada juga sifat

  hiperaktif. Kalau kamu mahu tahu dengan lebih lanjut lihat dalam buku

Page 10: Kajian Kes PRA 3109

  Intergrasi Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1 tahun 2011.

Saya               : Bagaimanakah cara kemasukan murid-murid prasekolah ini?

Cikgu Aini     : Seperti prasekolah biasa juga, cara kemasukannya sama seperti

mengisi

  borang pendaftaran (Lihat Lampiran D) cuma murid-murid ini perlu

  mendapat pengesahan doktor iaitu dalam bentuk surat menyurat (Lihat

  Lampiran D) apabila memasuki prasekolah ini dan pendapatan ibu bapa

  ialah RM1500 ke bawah. Dan perlu  

Saya               : Pada pendapat cikgu, apakah ciri-ciri yang terdapat pada

seorang guru

  Pendidikan Khas?

Cikgu Aini     : Pendapat saya ialah untuk menjadi seorang guru Pendidikan Khas

ialah

  beliau mestilah mempunyai sifat sabar dalam melayani karenah kanak-

  kanak pendidikan khas ini. Selain itu, seorang guru itu perlu mempunyai

  sifat penyayang kerana kanak-kanak istimewa ini memerlukan kasih

  sayang dan untuk mengetahui lebih lanjut lagi ciri-ciri guru Pendidikan 

  Khas, lihat dalam buku karya R.A. Radziah 

Saya               : Baiklah cikgu, sebelum kami meminta diri, bolehkah cikgu memberi

  sedikit biodata cikgu serta pengalaman cikgu?

Cikgu Aini     : Boleh. Tetapi jika mahu biodata saya, sila lihat dalam buku Pengurusan

  Pra Intergrasi Prasekolah Pendidikan Khas SK Kubang Kerian 1 tahun

  2011. Dan pengalaman yang saya ada ialah saya mempunyai sepupu

  yang sindrom down. Dari situ timbul minat saya mendalami lagi

  Pendidikan Khas ini. Di universiti pula, saya banyak menyertai program-

  program pendidikan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Misalnya,

  suatu ketika dahulu, saya pergi ke salah sebuah sekolah Pendidikan

  Khas di Kuala Lumpur. Tujuan saya pergi ke sekolah itu ialah untuk

  membuat kajian tentang murid-murid slow learner. Di mana seorang 

  murid di sekolah tersebut apabila gurunya memberi satu tugasan dia 

  mengambil 30 minit untuk menyelesaikan tugasannya itu.

Page 11: Kajian Kes PRA 3109

Saya               : Terima kasih cikgu.

Cikgu Aini     : Sama-sama. Lain kali jemput datang lagi!

Saya               : Insya’Allah cikgu.

                        3.2.2 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Dalam tugasan ini, saya juga perlu mengenalpasti  ciri-ciri kanak-kanak

berkeperluan khas dan juga memerhatikan cara-cara bagaimana guru

prasekolah tersebut melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada

kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas. Oleh itu, dalam hal demikian saya

telah merekod video untuk mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak tersebut dan

bagaimana pengajaran dan pembelajaran guru Prasekolah Berkeperluan Khas

SK Kubang Kerian 1. (Lihat lampiran C)

Berdasarkan video tersebut, saya ingin membuat rumusan sedikit

mengenai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah

mengenai Anggota Badan Saya. Di mana pada set induksi, guru atau Cikgu

Nurul Aini menyanyi lagu mengenai Anggota Badan untuk menarik minat

pelajarnya. Bagi saya ia sangat menarik. Walaupun begitu, mendidik kanak-

kanak istimewa ini memerlukan pengorbanan yang besar kerana masa

mengajar, Cikgu Aini banyak bersabar melayan karenah murid-muridnya. Kerana

kebanyak mereka ini mempunyai daya penumpuan yang kurang terhadap

sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. Mereka ini banyak berkhayal terutamanya,

Adik  Haida dan Adik Mirza semasa guru mengajar. Aktiviti seterusnya dilakukan

pula melukis gambar anggota badan seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain.

Dalam aktiviti ini saya melihat Adik Mirza walaupun dalam beliau berkhayal,

beliau cepat menangkap apa yang Cikgu Nurul Aini mengajarnya. Misalnya,

beliau akan melukis apa yang guru memintanya lukis. Pada akhir pembelajaran,

iaitu penutup, guru memasang lagu bentuk (shape). Di dalam aktiviti ini, murid-

murid lain hanya duduk mendengar lagu tersebut. Tetapi Adik Mirza akan

melakukan aktiviti mengikut apa yang video lagu tersebut buat. Misalnya, dalam

video lagu ‘shape’ tersebut, aktiviti yang dijalankan ialah mencari bentuk bulat. Di

Page 12: Kajian Kes PRA 3109

sini, Adik Mirza akan mancari akan mencari alatan permainan yang berbentuk

bulat. Dengan itu, apa yang saya perhatikan di sini, tidak semua murid akan

lemah dalam sesuatu pelajaran yang mereka pelajari.

4.0  Rumusan

Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dikenalpasti dan keistimewaan yang

ada pada setiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas ini. Dapatan kajian

menunjukkan guru-guru Pendidikan Khas memerlukan latihan yang mendalam

untuk bertindak professional bagi menangani  permasalah kanak-kanak istimewa

ini dan juga penerimaan ibu bapa mereka terhadap anak-anak seperti ini. Selain

itu, saya juga ingin memberi sedikit sebanyak cadangan untuk membina atau

membantu guru-guru agar terus mencapai kegemilangan. Pertama, guru perlu

menyediakan lebih banyak program-program berbentuk motivasi seperti program

inklusif di mana program ini banyak menyedarkan kanak-kanak normal tentang

kanak-kanak berkeperluan khas juga adalah sebahagian daripada masyarakat

juga. Di samping itu, ia memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk

menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang

disediakan untuk mereka. Mereka juga manusia biasa yang mempunyai

keinginan untuk bermain. Oleh itu, guru juga perlu berfikir permainan yang

sesuai bagi setiap kategori kanak-kanak istimewa ini. Misalnya, terapi pasir,

terapi air dan sebagainya sesuai digunakan untuk kanak-kanak istimewa ini.

5.0  Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan pemberianNya. Semoga selawat

dan salam bagi Rasulullah, serta para keluarga, sahabat dan pengikut-pengikut

baginda yang meneruskan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Syukur

ke hadrat ilahi dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus projek major

saya iaitu Kanak-Kanak Prasekolah Berkeperluan Khas (PRA 3109) saya pada

masa yang telah ditetapkan, iaitu lebih kurang 8 minggu.

Page 13: Kajian Kes PRA 3109

Selain itu, di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

pensyarah-pensyarah, rakan-rakan dan tokoh-tokoh yang terlibat dalam

membantu saya sepanjang menjalankan tugasan projek ini. Tugasan projek ini

telah diberikan kepada saya pada 06 Februari 2011  dan telah diberi taklimat

oleh En. Wan Ahmad Jazlan bin Wan Abd. Rahman. Tugasan projek ini

dikehendaki dilaksanakan sebelum atau semasa menjalankan Praktikum Fasa 1.

Sebelum menjalankan tugasan ini, saya telah berkolaborasi dengan En. Wan

Ahmad Jazlan sebelum membuat tugasan ini kerana ada sedikit ketidakfahaman

saya mengenai skop tugasan yang perlu dibuat dan bagaimana membuatnya.

Misalnya, membuat soalan nombor satu, di mana ia dikehendaki membina

pengurusan grafik kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Di mana saya tidak

faham adakah kategori kanak-kanak berkeperluan khas terbahagi kepada tiga

atau empat kategori? Dan adakah sekarang disleksia telah berpecah daripada

golongan kanak-kanak berkeperluan bermasalah pembelajaran?  Setelah

mendapat penerangan daripada En. Wan Ahmad Jazlan, kategori kanak-kanak

berkeperluan khas memang terbahagi kepada empat dan disleksia sekarang

telah berpecah daripada golongan kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah

pembelajaran. Sebelum menyelesaikan tugasan ini, saya dan rakan-rakan saya

juga perlu memilih sekolah-sekolah di sekitar Kelantan ini yang mempunyai

prasekolah berkeperluan khas. Di mana saya mendapat tahu sekolah di sekitar

Kelantan hanya terdapat 7 buah sekolah sahaja yang mempunyai prasekolah

berkeperluan khas. Oleh itu, saya dan rakan saya berbincang pergi secara

berkumpulan ke setiap sekolah yang dipilih. Di mana empat orang setiap

kumpulan. Setelah dibahagi-bahagikan kumpulan saya ialah saya sendiri; Nurulk

Fatihah binti Hashim @ Abdullah, Nik Fatin Amalina binti Ismail, Ainur Nazura

binti Mohd Joni dan Mohammad Izam Iznan bin Jusoh serta kami telah memilih

Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

 Tugasan projek bagi subjek kali ini tidak memerlukan saya mengajar. Di

mana saya dikehendaki memilih sebuah sekolah yang mempunyai prasekolah

berkeperluan khas dan mengenalpasti ciri-ciri setiap murid prasekolah tersebut

dan perhatikan juga cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

Page 14: Kajian Kes PRA 3109

oleh guru prasekolah tersebut. Sewaktu menjalani program ini saya menghadapi

sedikit masalah kerana kamera digital saya tertinggal di rumah tetapi saya

bernasib baik kerana kawan saya mempunyai handphone yang berteknologi

tinggi iaitu boleh merakam video tingkah laku kanak-kanak istimewa tersebut.

Selain itu, saya juga keliru mahu membuat kaedah ape yang diperlukan

semasa kajian tugasan ini dilaksanakan. Oleh itu, saya meminta pendapat rakan-

rakan saya dan kami bersama menyelesaikannya. Misalnya, membuat kaedah

pemerhatian, membuat boring senarai semak, temubual dan rakaman suara dan

laian-lain. Selain masalah ini, kengkangan masa juga mencemburui saya apabila

tugasan projek ini bertembung dengan tugasan projek major saya satu lagi, iaitu

Pengurusan Prasekolah (PRA3110) dan juga Praktikum Fasa 1. Di mana, kedua-

duanya perlu dihantar pada tarikh yang sama setelah mendapat budi bicara

pensyarah subjek-subjek tersebut, iaitu pada 31 Mac 2011.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya memperolehi banyak faedah

dan manfaat di mana saya dapat mempelajari bagaimana menafsir tingkah laku

murid dengan kaedah penilain seperti rekod anekdot, rekod berterusan, dan lain-

lain lagi. Di samping itu juga saya dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri

saya sepanjang membuat kajian tugasan ini. Dari segi sumber maklumat pula,

saya dapat merujuk di pelbagai sumber. Misalnya, rujukan di Perpustakaan di

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Perpustakaan Negeri Terengganu,

buku-buku, rujukan para pensyarah dan sebagainya. Sewaktu menjalankan

kajian mengenai tugasan projek ini, saya berasa sangat seronok kerana dapat

pengalaman menafsir diri murid-murid ini sebelum kita menafsir murid-murid kita

sendiri kelak. Selain itu, saya dapat mengenalpasti ciri-ciri yang kita lihat secara

realiti seorang kanak-kanak berkeperluan khas. Di mana selama ini saya hanya

didedahkan dengan teori sahaja mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya amat bergembira

menemui kanak-kanak istimewa ini; iaitu adik Hajar, adik Mirza, adik Muhib, adik

Anam, adik Haida dan seorang lagi tidak datang, iaitu adik Syafiq. Walaupun

mereka ini kanak-kanak istimewa mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan

masing-masing. Saya juga berasa sedih melihat mereka ini. Bagaimanakah

Page 15: Kajian Kes PRA 3109

kehidupan mereka di masa hadapan jika kita tidak memberi pendidikan mereka?

Dan bagaimakah jika ibu bapa mereka ini tidak sedar akan pentingnya

menghantar kanak-kanak seperti ini ke sekolah?

 Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

kerana memberi kerjasama yang baik dan para pensyarah yang terlibat,

terutamanya En. Wan Ahmad Jazlan yang banyak memberi input, tips-tips yang

berguna supaya tugasan saya ini tidak terpesong daripada sebetulnya serta

sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung serta

saya juga berharap tugasan yang saya buat ini bertepatan dengan kehendak

soalan yang diberikan.