waj 3109 permainan - hoki (semester 2)

58
HOKI 1. SIM SHWU SHIEN 2. STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY

Upload: stephanie-unsil

Post on 22-Jun-2015

1.235 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

  • 1. HOKI 1. SIM SHWU SHIEN 2. STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY

2. 1.0 PENGENALAN HOKI 3. 1.1 SEJARAH HOKI Sejarah menujukkan permainan hoki mula dimainkan di Mesir lebih kurang 4000 tahun yang lalu. Sebelum penemuan ini, hoki dipercayai mula di Parsi sekitar 500 S.M. Pada zaman dahulu, dipercayai orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo. Menurut sejarahwan sukan, hoki adalah keturunan daripada polo dan ia merupakan versi hoki halus yang telah wujud lebih awal. 4. Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley. Di Scotland pula hoki dinamakan Shinty . Di Perancis hoki dipanggil houquet. Orang Inggeris menggunakan nama commock sehingga tahun 1840. Selepas itu, nama hockie digunakan dalam kalangan mereka. 5. 1.2 SEJARAH HOKI MALAYSIA Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India di mana permainan hoki dibawa masuk oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Walaubagaimanapun, hoki pada masa itu masih belum terkenal dalam kalangan rakyat tempatan. Pada tahun 1923, Malaysia berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki. 6. Malaysia telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan India yang baru memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Sejak tahun 1956, pasukan lelaki hoki Malaysia telah layak menyertai Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Pada tahun 1946, Liga hoki telah bermula di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan hoki di Malaysia pada tahun 1948. 7. Kejohanan hoki pertama yang dianjurankan oleh MHF ialah pada tahun 1951 sehingga kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF pada tahun 1957. Pertandingan Piala Razak berjaya dianjurkan pada tahun 1963. Pertandingan Piala Razak (format baru) dua divisyen telah dilancarkan sebagai perkembangan kepada permainan hoki di Malaysia. 8. 2.0 KEMAHIRAN 9. 2.1 JENIS JENIS KEMAHIRAN HOKI Terdapat pelbagai kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain hoki. Antaranya adalah seperti kemahiran menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola. mengelecek memukul menolak menerima menahan 10. 2.1.1 KEMAHIRAN MENOLAK penghantaran yang paling pantas daripada satu pemain kepada pemain yang lain dilakukan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. merupakan penghantaran bola yang paling selamat dan dapat dibuat dengan mudah. 11. Kemahiran ini sangat berguna semasa membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Kemahiran menolak adalah berbeza dengan kemahiran memukul. Kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan tekanan yang dikenakan pada bola adalah tidak sekuat pukulan . Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola. 12. Terdapat beberapa cara menolak iaitu : Gaya bersedia Dua belah kaki dijarakkan dan badan direndahkan. Menolak bola Bahu kiri ke arah sasaran dan berat badan dipindahkan ke kaki depan ketika meleretkan kayu untuk menolak bola. Pergerakan ikut lajak Mata terus mengikut pergerakan bola. Bahu kanan menunjuk ke arah sasaran. 13. TEKNIK-TEKNIK MENOLAK (i) Cara Memegang Kayu: Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas, sementara kedudukan tangan kanan ialah 15 - 30 cm di bawah tangan kiri. 14. (ii) Cara Berdiri: Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target. Kedudukan kaki adalah selesa untuk memberi keseimbangan. Lutut dibengkokkan supaya kayu dapat diletak berhampiran dengan bola. 15. (iii) Bola: Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan atau lebih kurang 30 cm dari kaki kiri atau lebih kurang 40-45 cm apabila kedudukan badan bersudut tepat. (iv) Badan: Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat. 16. Perlaksanaan Kemahiran: 1. Rapatkan permukaan kayu supaya berada di belakang bola. 2. Kayu hoki dipegang dalam keadaan 45 darjah. 3. Bola ditolak dengan tangan kanan sambil tangan kiri menekan kayu ke bawah. 4. Pemain hoki perlu memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri. 17. 5.Siku kanan diluruskan dan kayu dihalakan ke arah sasaran. 6. Bola akan bergerak leret ke arah sasaran. 7.Hayunan kayu mengikut rentak adalah penting kerana ia membantu menyentuh bola seberapa lama yang boleh. 8.Dengan koordinasi dan pergelangan tangan yang kuat penolakan yang kemas dapat dilakukan. 18. 2.1.2 KEMAHIRAN MENAHAN Kemahiran menahan adalah kemahiran yang mengawal bola dengan memberhentikannya bergerak sama ada dari hantaran sepasukan atau hantaran pihak lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak. 19. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan. 20. Terdapat beberapa cara menyerkap atau menahan. Antaranya ialah : a) Menyerkap dengan gaya dua belah kaki rapat. Pangkal kayu dicondongkan sedikit ke depan. b) Menyerkap dengan sebelah kaki ke depan. 21. c) Menyerkap bola dengan mengilas kayu. Biasanya bagi bola yang bergerak ke sisi kiri pemain. Pemain berdiri dengan mengangkangkan kaki dan tangan kiri mengawal kayu. d) Menyerkap bola dengan meletakkan kayu selari dengan tanah. Satu gaya menyerkap bola untuk dipukul dalam pukulan sudut dekat. Gaya ini dimainkan di atas padang tiruan. e) Menyerkap bola di bahagian tengah kayu yang rata. Tangan kiri lurus. Semasa merendahkan badan untuk menahan bola, buku lima tangan kiri rehat di atas padang. 22. TEKNIK-TEKNIK MANAHAN 1. Cara Memegang Kayu: Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan tangan kiri. 23. 2. Cara Berdiri: Kedudukan kaki adalah kangkang dan lutut bengkok sedikit. Muka kayu yang rata adalah selari dengan bola yang datang. Badan adalah bongkok sedikit agar pemain sentiasa berada dalam keadaan selesa. Keseluruhan anggota pemain hendaklah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan sedikit untuk mengelakkan lantunan bola ke atas. 24. 3. Badan Badan kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arah datangnya bola. Satu langkah ke hadapan diperlukan untuk menyerkap bola. Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah untuk menyerkap bola yang datang dari kedua-dua arah itu. 25. Semua pemain mestilah berat badan berpindah dari kiri ke kanan. Semasa bola bersentuhan dengan kayu hoki, tangan kiri ditegakkan sementara tangan kanan pula dibengkokkan sedikit. Pemain-pemain dilarang membuang kayu ke arah bola. Mereka mesti menerima bola dari beberapa arah tertentu iaitu dari belakang, dari pemain pertahanan, kiri dan kanan. 26. Teknik menahan bola dari arah hadapan Mata sentiasa memandang bola yang datang. Pegang kayu dengan tangan kiri sementara tangan kanan di tengah kayu bagi membantu pergerakan tangan kiri. Muka kayu menghadap ke arah bola yang datang. 27. Kayu dicondongkan ke hadapan sedikit ketika menahan untuk mengelakkan bola daripada melantun ke atas. Bergerak ke hadapan untuk memudahkan menahan atau menyerkap bola apabila perlu. 28. Teknik menahan bola di sisi Mata memandang bola yang datang. Pegangan kayu dari arah hadapan. Badan dibengkokkan dan berpusing ke sisi untuk bergerak ke arah bola datang. Bahu kiri menghadap bola dan lutut dibengkokkan. 29. Kayu hoki digerakkan ke arah bola untuk menahan bola. Kepala kayu berada di tanah di sebelah kaki kanan. Bola melintasi badan dan ditahan di hadapan kaki kanan. Apabila bila menyentuh kayu hoki, tukar posisi untuk tindakan selanjutnya. 30. Teknik menahan bola kilas kayu Mata memandang bola yang datang. Pegangan kayu seperti teknik menahan bola dari arah hadapan . Dalam keadaan diri sedia. Badan dibongkokkan ke kiri dan kilas kayu untuk menahan bola. 31. 3.0 ANSUR MAJU 32. ANSUR MAJU Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalah berdasarkan kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu. 33. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur- ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6hingga 8 minggu. 34. ANSUR MAJU 1 Menolak dan menahan tanpa bola Prosedur : 1. Pemain menolak menggunakan kayu hoki tanpa menggunakan bola. 2. Pastikan pemain memegang kayu hoki dengan betul. 3. Pastikan badan, lutut dan bahu dalam kedudukan yang betul. 4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain melakukan perlakuan yang betul. 35. Pegang kayu hoki dengan betul 36. Gunakan postur badan yang betul. 37. Menolak dan menahan tanpa bola 38. ANSUR MAJU 2 Pergerakan menolak dan menahan dengan bola Prosedur : Pegang kayu hoki dengan cara yang betul. Berdiri dalam keadaan bersedia, badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Bergerak secara selangkah demi selangkah, untuk menolak dan menahan bola dengan mengikut pergerakan bola. Ulang secara berulang kali dengan menambah kelajuan pergerakan menolak dan menahan bola hoki. 39. Menolak bola 40. Menahan bola 41. ANSUR MAJU 3 Latihan Bersama Dinding 3m Prosedur: 1. Pemain menolak bola ke arah dinding dari jarak 3 meter. 2. Pemain bebas menolak bola tetapi dalam cara yang betul. 3. Pemain boleh mensasarkan tolakan ke arah yang dikehendakinya. 4. Pemain menahan balik bola, hasil lantunan daripada dinding. 5. Bagi permulaan, pemain hendaklah berdiri statik dan kemudiannya bergerak mengikut bola. 42. Bermain dengan dinding 3m 43. ANSUR MAJU 4 Latihan Bersama Dinding 5m Prosedur: 1.Pemain menolak bola ke arah dinding dari jarak 5 meter. 2.Pemain bebas menolak bola tetapi dalam cara yang betul. 3.Pemain boleh mensasarkan tolakan ke arah yang dikehendakinya. 4.Pemain menahan balik bola, hasil lantunan daripada dinding. 5.Bagi permulaan, pemain hendaklah berdiri statik dan kemudiannya bergerak mengikut bola. 44. Bermain dengan dinding 5m 45. ANSUR MAJU 5 Latihan Bersama Dinding 10m Prosedur : 1.Pemain menolak bola ke arah dinding dari jarak 10meter. 2.Pemain bebas menolak bola tetapi dalam cara yang betul. 3.Pemain boleh mensasarkan tolakan kea rah yang dikehendakinya. 4.Pemain menahan balik bola, hasil lantunan daripada dinding. 5.Bagi permulaan, pemain hendaklah berdiri statik dan kemudiannya bergerak mengikut bola. 46. Bermain dengan dinding 10m 47. ANSUR MAJU 6 Menolak Secara Berpasangan Prosedur : 1. Pemain akan menolak bola kepada pasangan secara berhadapan. 2. A akan menolak kepada B dan sebaliknya. 3. Pastikan mekanik menolak dilakukan dengan betul. 4. Ulang aktiviti ini beberapa kali. 48. Menolak dan menahan bola bersama pasangan 49. ANSUR MAJU 7 Menolak dan Menahan dalam Dua Baris Prosedur : 1.Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawannya. 2. Seorang pemain menolak dan kawannya menahan bola dan menolak balik kepada pasangan berulang- ulang. 50. ANSUR MAJU 8 Latihan Dinding Dengan Pasangan Prosedur : 1.Pemain A menolak bola ke arah dinding dari jarak yang diingini. 2.Pemain B bebas bergerak untuk menahan lantunan bola dari dinding. 3.Pemain B membalas balik perlakuan pemain A dengan menolak bola ke arah dinding. 4.Pemain A bebas bergerak dan menahan lantunan bola yang ditolak oleh pemain B ke arah dinding tadi. 5.Ulang semua langkah 1 4. 51. Menolak bola ke dinding dalam pasangan 52. ANSUR MAJU 9 Menolak dan Menahan Mengikut Arah Secara Berpasangan Prosedur : 1. A akan menolak bola ke hadapan, kiri dan kanan. 2. B akan bergerak ke kiri dan kanan untuk menerima tolakkan A. 3. B akan menolak semula ke arah A. 4. Tukar giliran menolak. 5. Ulang aktiviti ini. 53. ANSUR MAJU 10 Menolak dan Menahan Secara Berpasangan -5m Prosedur : 1.Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 5 meter. 2.Pemain menolak bola ke arah pasangannya dan pasangannya menahan bola. 3.Lakukan secara berbalas tolakkan bola dengan pasangan secara berulang kali. 54. ANSUR MAJU 11 Menolak dan Menahan Secara Berpasangan-10m Prosedur: 1.Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. 2.Pemain menolak bola ke arah pasangannya dan pasangannya menahan bola. 3.Lakukan secara berbalas tolakkan bola dengan pasangan secara berulang kali. 55. ANSUR MAJU 12 Menolak dan Menahan Bola Secara Bergerak Prosedur: 1.Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawannya. 2. Seorang pemain menolak dan kawannya menahan bola dan menolak balik kepada pasangan berulang-ulang. 3. Mulakan menolak bola secara berjalan atau berjoging sebelum menolak bola. 56. ANSUR MAJU 13 Menolak dan Menahan Bola Secara Bertiga Prosedur : 1.Pemain A akan menolak bola kepada pemain B. 2.Pemain B menahan bola, hasil tolakan pemain A dan menolak kembali kepada pemain A. 3.Pemain A menahan bola daripada pemain B dan menolak bola tersebut ke arah pemain C. 4.Pemain C akan menahan bola daripada pemain A dan menolak kembali bola itu kepada pemain A. 5.Ulang semula langkah 1 5 sehingga ketiga tiga pemain mampu mengawal bola. 57. ANSUR MAJU 14 Menolak dan Menahan secara Berkumpulan Prosedur : 1. A akan menolak bola kepada X. 2. X perlu menerima bola yang ditolak, pusing dan hantar kepada B. X akan berlari dan menerima bola dari B dan menolaknya pula kepada C. 3. C pula menolak bola kepada X di tempat X1. Kemudian menolak semula kepada A. 58. ANSUR MAJU 15 Menolak dan Menahan secara 4 Orang Satu Kumpulan Prosedur : 1.Tolakkan berganti-ganti secara berterusan dan bergerak ke tempat baru.( 4 orang satu kumpulan ). 2. Pemain A dan D berada di tempat yang sama. 3. Pemain A menolak bola kepada pemain B dan menahannya. Pemain A akan bergerak menuju ke tempat pemain B. 4. Pemain B pula akan menolak bola kepada pemain C dan bergerak ke tempat pemain tersebut. 5. Arah tolakan juga boleh ditukarkan.