jean piaget

35
TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Upload: izny-atikah

Post on 14-Jun-2015

13.000 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jean piaget

TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Page 2: Jean piaget

• Seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak

• Dilahirkan pada 9th Ogos 1896 di Neuchâtel, Switzerland.

• Banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.

• Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan

melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina

ilmu.

• Mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak-kanak

yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi

kesemua budaya dan masyarakat.

• Meninggal pada 17th September 1980 di Geneva.

SIAPAKAH JEAN PIAGET

Page 3: Jean piaget

• Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara

menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai

kematangan.

• Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan

mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di

persekitaran mereka.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Page 4: Jean piaget

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PROSES PEMIKIRAN INDIVIDU

KEMATANGAN BIOLOGI

INTERAKSI NDIVIDU DENGAN PERSEKITARAN

PENGALAMAN SOSIAL

KESEIMBANGAN

Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor genetik

Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati

Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru.

Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami

Page 5: Jean piaget

• Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami

persekitaran mereka.

• Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi,

menyelesaikan sesuatu kekusutan.

• Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman,

mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut

dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil

SKEMA.

PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN

Page 6: Jean piaget

• Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil ORGANISASI dan bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan.

• Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.Contoh : 1. Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, 2. Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu

benda/skema untuk mengenal huruf. 3. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak

• Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru.Contoh : 1. Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk

menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. 2. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu

sekiranya diminta memasak nasi tomato.

SKEMA

Page 7: Jean piaget

• ADAPTASI adalah Proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema baru dimana melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI.

ADAPTASI

ASIMILASI AKOMODASIBerlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada.

Berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dengan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.

Contoh :Dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan “d” sebagai “b”apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema lama yang telah ada.

Contoh :Dalam contoh asimilasi, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan “d” daripada “b”

Page 8: Jean piaget

• Menurut Jean Piaget, proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan dimana individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

• KESIMPULAN : Jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi / pengalaman yang baru dan ianya berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.

KESIMPULAN

Page 9: Jean piaget

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

TEORI KOGNITIF JEAN

PIAGET

PERINGKAT SENSORIMOTOR (SEJAK LAHIR ~ 2 TAHUN)

PERINGKAT PRA OPERASI (2 ~ 7 TAHUN)

PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 ~ 11 TAHUN)

PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)

Page 10: Jean piaget

PERINGKAT SENSORIMOTOR

(0 – 2 TAHUN)

Page 11: Jean piaget

• Peringkat permulaan (0 ~ 2 TAHUN) dalam perkembangan kognitif dimana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya.

PERINGKAT SENSORIMOTOR

PERKEMBANGAN KOGNITIF CONTOH

Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitaran.

Menggunakan mulut untuk merasa objek, mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.

• Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap dan juga berminat dengan objek yang berada di persekitarannya.• Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya mengenakan tindakan terhadap objek dan menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut berulang-ulang.

Menghisap ibu jari, memasukkan objek kedalam mulut, mencapai objek yang berbunyi,bunyi yang dihasilkan akan mendatangkan kepuasan yang menyebabkan kanak-kanak mengulang perbuatan tersebut.

Selain itu, mereka juga mula menunjukkan permulaan pemikiran logik dimana aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah.

Kanak-kanak yang telah mencapai tahap ini dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.

Page 12: Jean piaget

• Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan melambaikan tangan,memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan.

• Semakin kanak-kanak ini membesar, tindakan perlakuan ini akan menjadi semakin tepat.

• Kanak-kanak akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori.

• Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada dipenglihatan mereka “out of sight, out of mind”

PERINGKAT SENSORIMOTOR

Page 13: Jean piaget

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT SENSORIMOTOR

PERINGKAT SENSORIMOTOR

FIZIKAL KOGNITIF

Daripada aksi refleks kepada aktiviti bermatlamat.

Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor.

Saiz dan komposisi otak bertambah Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek

Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan (6-8 bulan)

Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah

Mula perkembangan otot halus: menggenggam dan mengkoordinasi antara tangan dan mata.

Mula menggunakan imitasi,memori dan pemikiran

Menunjukkan autonomi dan kekuatan pergerakan

Konsep pengekalan objek

Page 14: Jean piaget

PERINGKAT PRA - OPERASI(2 – 7 TAHUN)

Page 15: Jean piaget

• Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka

mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru.

• Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti

dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema dan

perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan

simbol mental.

• Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat,gambar dan digunakan

untuk menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-

kanak.

PERINGKAT PRA - OPERASI

Page 16: Jean piaget

KEBOLEHAN YANG DIPEROLEH PADA PERINGKAT PRA - OPERASI

PERINGKAT PRA - OPERASI

Mewakili imej sebenar buku dengan perkataan “buku” atau dengan menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik dimana perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat

Permainan membayangkan (pretend play) seperti mengambil watak kartun/karektor kegemaran (boboiboy,upin & ipin) atau menjadi ibu,ayah atau doktor.

Memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup (animisme) seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum apabila menuang minyak.

Page 17: Jean piaget

• Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif

iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung

pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata dimana mereka

masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.

• Ciri-ciri ini dikatakan sebagai “centered”/permusatan. Oleh

itu, mereka masih tidak dapat menguasai proses

transformasi,keterbalikan dan penaakulan.

PERINGKAT PRA - OPERASI

Page 18: Jean piaget

• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik dimana bermaksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.

• Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.

• Contoh : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun (boboiboy) beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

PERINGKAT PRA - OPERASI

SIKAP EGOSENTRIK

Page 19: Jean piaget

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT PRA - OPERASI

PERINGKAT PRA - OPERASI

FIZIKAL KOGNITIF

Memegang objek-objek besar dan memanipulasi objek-objek kecil Mula menggambarkan dan merancang skema

Menunggang basikal roda tiga Mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu dengan bahasa, gambar / isyarat

Melompat dan berlariBerupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding 2 peristiwa yang berlaku

Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan mudah Permainan membayangkan (pretend play)

Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak yang jelas dan nyata

Page 20: Jean piaget

PERINGKAT OPERASI KONKRIT

(7 – 11 TAHUN)

Page 21: Jean piaget

• Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik

walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan

situasi yang konkrit

• Mereka sepatutnya memahami proses transformasi,

keterbalikan dan penaakulan.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT

Page 22: Jean piaget

• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation).

PERINGKAT OPERASI KONKRIT

PRINSIP ASAS

PRINSIP IDENTITI

PRINSIP GANTI RUGI (COMPENSATION)

PRINSIP KETERBALIKAN

Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah / dikurangkan, bilangan /amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah

Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain

Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada asal semula

Page 23: Jean piaget

PERINGKAT OPERASI KONKRITPROSES CONTOH

PROSES PENGELASAN :Mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.

Pengelasan mengikut ciri warna, saiz & bentuk.

PROSES MENYUSUN SECARA BERSIRI :Mengatur atau menyusun mengikut susunan menaik dan menurun.

Membuatsusunan logik seperti A<B<C , 1<2<3<4

• Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan,pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkanpelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik.

• Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulsi dalam situasi yang berbentuk konkrit.

Page 24: Jean piaget

• Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered / objektif .

• Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka.

• Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama.

• Pada peringkat ini, masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak / masalah yang melibatkan gabungan faktor yang kompleks.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT

Page 25: Jean piaget

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT

PERINGKAT OPERASI KONKRIT

FIZIKAL KOGNITIF

Pertumbuhan dan perkembangan kemahiran-kemahiran psikomotor.

Berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit

Psikomotor halus lebih baik. Sudah boleh menguasai konseppengekalan (conservation)

Psikomotor kasar lebih cekap Kanak-kanak pada peringkat ini juga menguasaiproses pengelasan

Pertumbuhan gigi kekal bermula Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun.

Kanak-kanak menghampiri akil baligh Mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama

Page 26: Jean piaget

PERINGKAT OPERASI FORMAL

(12 TAHUN KE ATAS)

Page 27: Jean piaget

• Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan / andaian berdasarkan fakta.

• Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit dan mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.

• Contoh : Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di dunia /apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun2020.

• Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.

PERINGKAT OPERASI FORMAL

Page 28: Jean piaget

CIRI-CIRI PEMIKIRAN FORMAL

BERFIKIR SECARA ABSTRAK

BERFIKIR SECARA SISTEMATIK

BOLEH MEMBUAT HIPOTESIS

PERINGKAT OPERASI FORMAL

Kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak.Contoh : 4x+x=10. Apakah nilai x?

Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Contoh : Sekiranya anda pergi bercuti dengan hanya membawa 3 helai kemeja-T, 3 helai blaus dan 3 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang anda boleh dapat dari set ini?

Mereka juga boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah.Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada khusus.

Page 29: Jean piaget

• Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.Ianya

berlainan dengan egosentrik di peringkat pra-operasi

• Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka

sendiri, susah untuk menerima pandangan dan pendapat

orang lain serta mempunyai perasaan seperti perbuatan

mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

PERINGKAT OPERASI FORMAL

Page 30: Jean piaget

KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL

PERINGKAT OPERASI FORMAL

FIZIKAL KOGNITIF

Kadar perkembangan dan perkembangan pesat. Perubahan fizikal mula ke arah dewasa.

Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian

Mencapai Akil Baligh Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.

Perubahan dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhanl elaki semasa akil baligh lebih lama.

Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif.

Page 31: Jean piaget

PRA OPERASI (2-7 TAHUN)• i)Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit.

Contoh : Kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti guli, batu, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambah dan menolak.

• ii)Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh.Contoh : Arahan untuk beratur diluar kelas/bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi cara melakukan sesuatu dan menyatakan mengikut langkah yang sistematik dan teratur.

IMPLIKASI TERHADAP P&P

Page 32: Jean piaget

• iii) Mereka susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain.Contoh :Penjelasan tentang nilai/nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak tersebut.

• iv) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan “hands-on” terhadap sesuatu kemahiran.Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka. Contoh : Membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf.

IMPLIKASI TERHADAP P&P

Page 33: Jean piaget

OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)• i) Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan

menguji objek-objek yang diajar.Bimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contoh : Membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

• ii) Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks.Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemari/pengalaman seharian mereka dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks.

IMPLIKASI TERHADAP P&P

Page 34: Jean piaget

• iii) Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik.

IMPLIKASI TERHADAP P&P

Page 35: Jean piaget

OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)• i) Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan

konsep yang lebih kompleks.Contoh : penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.

• ii)Beri peluangkepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Suruh pelajar bentangkan idea dankritik idea yang dikemukakan.

• iii) Kemukakan konsep yangluas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta.Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.

IMPLIKASI TERHADAP P&P