teori sosial piaget

109
Bahan 1 Teori Sosial-Interaksi Piaget 1052010 Piaget (ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak- kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. Prinsip penyelidikan biologinya :- (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun. Perkembangan Kebolehan Kognitif (a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep ‘kekal’ (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja. (b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun) Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan

Upload: geoffrey-bali

Post on 26-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

12

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Sosial Piaget

Bahan 1

Teori Sosial-Interaksi Piaget1052010

Piaget (ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

Prinsip penyelidikan biologinya :-

(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.

(b) Refleksi, Skema, Struktur dan HierarkiPiaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun.

Perkembangan Kebolehan Kognitif(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep ‘kekal’ (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.

(b) Peringkat Pra-olahan (2 – 6 Tahun)Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal.

(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 – 11 Tahun)Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.

d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman

Page 2: Teori Sosial Piaget

remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja.

Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.

(b) Peringkat Pengolahan KonkritDi peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.

(c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat.

BAHAN 2PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

DARI PERSPEKTIF TEORI

PENGENALANKebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi

Page 3: Teori Sosial Piaget

proses tumbesaran mereka.

A. Teori Jean Piaget

Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

Rajah 1.1: Jean PiagetSumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif

Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.

Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.

Page 4: Teori Sosial Piaget

Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:

1. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun

2. Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun

3. Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun

4. Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.

Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

Page 5: Teori Sosial Piaget

NOTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL 

Bilakah kali terakhir anda melukis? Apakah bentuk lukisan yang anda hasilkan? Siapakah yang mempengaruhi dan memberikan galakan kepada anda untuk melukis? 

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang

Page 6: Teori Sosial Piaget

bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. 

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. 

Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. 

1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK 

Pada pandangan anda, adakah kebolehan seni seseorang merupakan satu anugerah yang ada sejak lahir, atau ianya dapat dibentuk dan dikembangkan mengikut proses pertumbuhan mental seseorang

Page 7: Teori Sosial Piaget

individu? 

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: 

(a) Aspek KognitifPenganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkankanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampumembuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek FizikalPenggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan senivisual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor)dan koordinasi tangan serta mata. 

(c) Aspek KreativitiLatihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untukmengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikanseni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yangdemikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikansesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan

Page 8: Teori Sosial Piaget

eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luasdalam bidang penghasilan karya.

(d) Aspek PersepsiMelalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkanpengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaituproses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekelilingmereka.

(e) Aspek Sosial dan EmosiPendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi danmeningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktivitipendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Matapelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalamaktiviti berkumpulan yang dibentuk.

1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS 

Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau punkertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah merekaingin berkomunikasi?

Page 9: Teori Sosial Piaget

Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktivitimelukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis,pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukismerupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantumeningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yangmenjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadilebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. 

Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupayamengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepadakanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadipenghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yangunik.

(a) Melukis sebagai Medium KomunikasiLukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupayauntuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikirandan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura

Page 10: Teori Sosial Piaget

manusia, catandan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untukmengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan DiriKanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka, aktiviti bermainmemberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untukmeneroka alam sekeliling. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikankepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkanperasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini jugadapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkanapa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unikmengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampumembentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanakmampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karyamereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk berceritamengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diriuntuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan dayasensitiviti pancaindera.

Page 11: Teori Sosial Piaget

1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Semasa menuntut di sekolah rendah dahulu, pernahkah anda berkongsilukisan yang anda hasilkan dengan rakan sekelas anda?

Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasanamereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting keranapersekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yangpositif. 

Kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak banyak dijalankan bagi melihatpertumbuhan pemikiran kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi. Menurut Light dan Barnes(2003), kajian terawal mengenai perkembangan artistik kanak-kanak yang pernahdirekodkan adalah pada tahun 1887. Corrado Ricci yang berbangsa Itali telahmenghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk The Art of Little Children yangmengkaji beberapa lukisan kanak-kanak. Pada tahun 1910 pula, kajian perkembangankanak-kanak diteruskan oleh Clara dan William Stern di Jerman yang menerbitkan kajianmengenai lukisan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanaktersebut berumur 4 hingga 7 tahun. Pada tahun 1913 di Perancis, Georges-Henri Luquettelah menerbitkan 1,500 keping katalog lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuan

Page 12: Teori Sosial Piaget

beliau, dilukis semasa berumur antara 3 hingga 8 tahun. Kesemua kajian dan penerbitanyang dihasilkan mengenai perkembangan awal artistik kanak-kanak masih lagi menjadirujukan utama kepada kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak pada masasekarang.

1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day

Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanakkepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkatmanipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.

“Stages of artistic development are useful norms that can enlighten theteacher, but they should not be considered as goals for education.”

- Hurwitz dan Day (2001)

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangankerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hinggalima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat didinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan

Page 13: Teori Sosial Piaget

medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. 

Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisangarisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untukmencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkanmelalui pelbagai media. 

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitucontengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawaldan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai dayakawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengangarisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matangdibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawalmemperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginyamengikut kehendak mereka. 

Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupayamengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisanyang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberipeluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. 

Page 14: Teori Sosial Piaget

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegangalatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaancara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantungkepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokusimej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkatmenghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruhdengan keadaan sekelilingnya. 

Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah sepertirumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figuramerupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanakini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluargaterdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yangdihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyaikawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan

Page 15: Teori Sosial Piaget

terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupankanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figurayang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluargayang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketuakeluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saizyang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidakmenjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna keatas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru,warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atautumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang merekatahu.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula muladilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusiamula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuatpenambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional

Page 16: Teori Sosial Piaget

kerana selain daripadakedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yangtepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkanseolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah

perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruangiaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld danBritain

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistikyang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaituperingkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawningrealism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidakterkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkankoordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasaipergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengankepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. 

Page 17: Teori Sosial Piaget

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepadapercubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya denganmenggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat denganmereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olahterapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAYPeringkat Manipulatif (2-5 tahun)Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun) 

(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objekberbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema ataukonsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalamimej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagaicontoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang padakertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. 

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan samamanakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkanadalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiridan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya

Page 18: Teori Sosial Piaget

mereka dangemar untuk berkongsi.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep danskema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukissecara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanakmula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mulamembandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan merekaberhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yangdihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalammenghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasionalimej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objekdi hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yangdihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu danrendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karyaseni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan

Page 19: Teori Sosial Piaget

kematangan di dalammembuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karyaseni.

1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-HenriLuquet

Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermuladaripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikutgaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembanganartistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkatFortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat keduaadalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkatakhir adalah Visual Realism.

(a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cubadihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampirsama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yangdihasilkan adalah secara tidak sengaja. 

(b) Peringkat Failed RealismImej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi

Page 20: Teori Sosial Piaget

bagimendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebutkerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.

(c) Peringkat Intelectual RealismPada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu danapa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisanyang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

(d) Peringkat Visual RealismPeringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yangmempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensidi atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imejsecara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebihcenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripadamenggunakan imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku?

Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi

Page 21: Teori Sosial Piaget

pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. 

(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan DisanjungPujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkanmotivasi kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karyaoleh kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisanyang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataanmurid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan dirimurid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usahamenghasilkan karya. 

(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat dikalangan kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarnasering diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak-kanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi denganrakan sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada merekauntuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka.

(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan PerasaanAktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan dayakreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikanpeluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-

Page 22: Teori Sosial Piaget

bahan lukisanseperti pensil, pen, pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya sukauntuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripadaproses pembelajaran bagi kanak-kanak.

Latihan 1.3

1. Sebagai guru, bagaimanakah pengetahuan tentang perkembanganartistik pelajar dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran?

RUMUSAN

Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa kanakgemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang dihasilkan olehkanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan karya yangdihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakansatu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru dan bolehgunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan perkembanganartistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-kanak untuk berceritadan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan mereka supayapengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada

Page 23: Teori Sosial Piaget

proses pembelajaran. 

TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI 

PENGENALAN

Teori dapatlah diertikan sebagai ‘pendapat’ yang dikemukakan oleh individu-individutertentu untuk memperjelaskan sesuatu perkara. Perkataan teori diambil daripadaperkataan Latin theoria, yang seiras dengan perkataan Greek theOria dan theOrein. Secara umumnya ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada perkara yang sama iaitu untukmelihat atau mempertimbangkan. Md. Nasir dan Iberahim Hassan (2003)mengklasifikasikan teori sebagai asas-asas atau hukum-hukum umum yang menjadi dasarpembentukan kesenian, ilmu pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan.

Di dalam konteks umum, istilah teori digunakan untuk memperjelaskan pendapat,hipotesis ataupun spekulasi. Jika disoroti pengertian ini, teori tidaklah semestinyabertunjangkan fakta; dalam erti kata lain ianya tidak semestinya konsisten denganpengertian sebenar realiti. 

Adakalanya teori diformulasikan untuk memperjelaskan pendapat tertentu dan tidaksemestinya berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Contohnya pada suatu masa dahulu

Page 24: Teori Sosial Piaget

terdapat kebimbangan di kalangan pelayar dan pelaut yang mungkin mengemudi kapalsehingga ke sempadan lautan. Kebimbangan ini berasaskan teori yang berpendapatbahawa dunia ini berbentuk segi empat. Pelayar dan pelaut bimbang sekiranya merekasampai ke penghujung dunia iaitu di bucu segi empat, kapal mereka mungkin terjatuh kebawah. Jelas bahawa teori ini tidak berasaskan realiti sebenar dan lebih menjurus kepadapendapat yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya. Namun teori tetap membantudalam merungkai dan memperjelas sesuatu perkara. 

Bidang pendidikan seni itu sendiri sangat luas, subjektif dan abstraktif. Perkembanganseni seseorang individu melibatkan proses estetik yang rumit dan dengan memahamiteori-teori pendidikan seni yang dikemukakan, guru pendidikan seni visual akan mendapatgambaran yang lebih jelas dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam pendekatanpengajaran mereka. Sebelum merungkai teori-teori terkemuka di dalam pendidikan senivisual, eloklah disingkap terlebih dahulu pengertian seni itu sendiri.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

1. memahami teori-teori pendidikan seni visual;

2. mengenal pasti aplikasi teori-teori pendidikan seni visual; dan

3. mengaplikasi teori-teori ini di dalam konteks sebenar pengajaran seni visual. 

Page 25: Teori Sosial Piaget

2.1 DEFINISI SENI

Apakah pendapat peribadi anda tentang seni dan skop seni? Bagaimanakah pengetahuan tentang definisi seni dapat meningkatkanpemahaman anda tentang seni?

Seni di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang diambil daripada istilah Latin ars,bermaksud penyusunan ataupun untuk menyusun. Dalam konteks ini, interpretasi seniadalah sangat universal yang merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusunmengikut aturan tertentu.

Interpretasi seni yang sangat luas ini menggamit pengamal-pengamal seni untukmenjuruskan skop seni ke atas lensa yang lebih fokus agar dapat memberikan gambaranyang lebih spesifik. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang. Namun,sifat seni yang subjektif dan abstrak menyukarkan untuk memberikan takrifan khususkepada seni mahupun konsep seni itu sendiri. Walaupun sukar untuk diberi definisi khususdan sama sukarnya untuk menilai tahap seni seseorang individu, setiap artis menentukansendiri parameter hasil karya seni mereka. 

Secara amnya, seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan

Page 26: Teori Sosial Piaget

manifestasi kepada ekspresidiri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasilseni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yangdifikirkan paling efektif. Ada juga yang memandang seni sebagai satu hasil aplikasikreativiti yang mempunyai elemen atau nilai apresiasi, berdasarkan nilai estetik dan kesanemosi.

Istilah seni mempunyai konotasi yang amat rapat dengan kemampuan dan penguasaansesuatu medium dalam menyampaikan maksud-maksud tertentu. Menentukan maksudyang ingin disampaikan, medium dan cara berkesan untuk menyampaikan maksudtersebut; memerlukan asas kritis yang baik dalam membuat penilaian.

2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak mulamendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi pada awal1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa prosesperkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. 

Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang-ulangdi dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan denganumur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan

Page 27: Teori Sosial Piaget

kematangan usia mereka.

2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK

Kita sering mengaitkan elemen estetika dengan kreativiti dan artistik. Apakah sebenarnya estetik dan bagaimanakah ianya berbeza dengankonsep kreativiti di dalam seni?

Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri danpergerakan badan mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetikamereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalamperkembangan seni kanak-kanak tersebut, malah amat penting di dalam perkembanganpemikiran dan intelektualiti mereka.

Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Didalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan matadan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepadaisyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanakdan juga jiwa dan pemikiran mereka. 

Page 28: Teori Sosial Piaget

Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat dikenalpasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi kepadaperkembangan estetik kanak-kanak. Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyaikaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarattersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsangemosi. 

Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya mengeluarkan isyarat-isyarat tertentuyang lebih berbaur emosi daripada rasional atau intelektualiti. Isyarat-isyarat biasa sepertitunduk memberi hormat atau pergerakan biasa yang dilakukan ketika beribadatmempunyai implikasi emosi. 

Apabila usia mereka meningkat ke tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi lebihpeka kepada gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten, dayadan juga keintiman. Di usia ini, mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik diatas kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarianyang mudah. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak, atas dan bawah. 

Pada umur 6 tahun, kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga mempunyaielemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan muka atau punmelahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di bawah dagu. Semua

Page 29: Teori Sosial Piaget

pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang dewasa, pemerhatianterhadap pergerakan-pergerakan mereka akan dapat membantu kita menentukan apayang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka.

2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelasperkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model terkemuka telah diformulasikanoleh Lowenfeld (1975), Chapman (1972). Model-model ini secara umumnya berbezanamun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaanyang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representation. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkatawal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapatimelukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.

(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembanganmereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatanini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.

(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidaksemestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja. 

Page 30: Teori Sosial Piaget

Model-model perkembangan artistik kanak-kanak akan dibincangkan dengan lebihterperinci dalam Topik 6.

2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF

Bagaimanakah pengetahuan tentang teori-teori dalam pendidikan dapatmembantu meningkatkan kualiti guru di dalam pengajaran?

Pada dasarnya, istilah kognitif merujuk kepada proses dalaman minda sepertipenyelesaian masalah, ingatan dan juga pembelajaran bahasa. Ahli psikologi kognitifmempunyai minat yang mendalam untuk melihat bagaimana manusia memahami,menganalisa dan menyelesaikan masalah melibatkan proses mental. Teori kognitif secaraumumnya merungkai bagaimana manusia memahami sesuatu objek atau material yangseterusnya mempengaruhi kapasiti mereka untuk mempelajari sesuatu.

Sekiranya diteliti sejarah perkembangan teori, teori-teori kognitif bermula dengan teoriGestalt. Walaupun teori kognitif yang ada pada hari ini mempunyai persamaan yangsangat sedikit dengan teori Gestalt, elemen persepsi, cara minda melihat corak danpersepsi terhadap persekitaran; yang ada pada Gestalt, dapat dikenal pasti dalam banyak

Page 31: Teori Sosial Piaget

teori-teori yang lain. Teori-teori kognitif juga banyak dipengaruhi oleh model Sosial-Interaksi Piaget yang memperjelas proses pertumbuhan kognitif kanak-kanak. Begitu jugadengan pendekatan Konstruktivis yang ketara di dalam perkembangan teori kognitif.

OUMOleh itu topik ini akan memberi tumpuan kepada tiga teori kognitif yang utama iaitu teoriGestalt, teori Sosial-Interaksi Piaget dan teori Konstruktivis. Pemahaman ketiga-tiga teoriini akan dapat membantu dalam pemahaman teori-teori kognitif yang lain kerana ketiga-tiga teori inilah tunjang kepada teori-teori kognitif yang ada pada hari ini.

2.5.1 Teori Gestalt

Teori Gestalt mempunyai sejarah yang panjang. Teori ini bermula di Jerman pada tahun1910 dan diasaskan oleh Max Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka. Walaupunketiga-tiga pengasas Gestalt merupakan ahli psikologi, mereka mempunyai latar belakangyang berbeza, dipisahkan oleh Perang Dunia Pertama dan bertemu kembali pada tahun1920. Kohler merupakan Pengarah di Institut Psikologi di University of Berlin danWertheimer merupakan ahli akademik fakulti tersebut. 

Koffka pula menjadi tenaga pengajar di Frankfurt. Jarak yang jauh tidak menghalangketiga-tiga pengasas ini daripada mengekalkan hubungan yang baik. Bahang daripadaPerang Dunia Pertama serta gerakan anti Yahudi memaksa ketiga-

Page 32: Teori Sosial Piaget

tiga pengasas iniberhijrah ke Amerika Syarikat. Pada kurun ke 20, asas teori Gestalt tidak hanyadiaplikasikan di dalam bidang psikologi tetapi telah menular dan mempengaruhi dipindaiilmu yang lain terutamanya pendidikan.

2.5.1.1 Latar Belakang Teori Gestalt

Pada hujung kurun ke 19, teori behaviorisme merupakan pendekatan popular yangdiamalkan di Amerika Syarikat. Teori ini memberi penekanan kepada produk atau hasildan tidak mementingkan proses pembelajaran itu sendiri. Ukuran tahap pembelajaranseorang pelajar dilihat daripada aspek pencapaian yang selalunya diterjemahkan melaluikeputusan ujian dan peperiksaan Pengamal teori ini percaya bahawa apabila individudiberikan rangsangan tertentu, salah satu daripada dua tindakan boleh dikenakan. Tindakan ini adalah dalam bentuk penguatkuasaan (reinforcement) yang datang dalambentuk positif atau negatif; dan juga hukuman (hukuman). Penguatkuasaan atau hukumanyang dikenakan boleh memodifikasikan tingkah laku seseorang dan bolehlah disimpulkanbahawa individu tersebut telah mempelajari sesuatu. Namun para pengasas teori Gestaltpercaya bahawa proses pembelajaran bukan hanya disebabkan oleh penguatkuasaanatau hukuman tetapi lebih melibatkan proses kognitif.

2.5.1.2 Definisi Teori Gestalt

Tidak ada makna khusus untuk istilah Gestalt di dalam Bahasa Inggeris. Malah perkataan

Page 33: Teori Sosial Piaget

Gestalt bukanlah datangnya daripada nama pengasas teori tersebut, seperti kebanyakannama teori-teori yang lain. Namun, Gestalt dapat dirujuk sebagai bentuk, rupa, kedudukanataupun diletakkan bersama. 

Teori Gestalt melihat kepada struktur menyeluruh dan bukannya membahagikan strukturtersebut kepada entiti atau bahagian-bahagian yang berasingan. Di dalam aspekpembelajaran, Gestalt menekankan cara minda memberi tumpuan corak atau sifatsesuatu dan bagaimana ianya mempengaruhi proses belajar. 

Oleh itu, prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalamerti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberimakna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu (tiang, lantai,

dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif –minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkanmakna daripada pandangan yang menyeluruh.

Teori ini percaya bahawa persepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan akanmempengaruhi tindak balas atau perlakuan individu terbabit. Sekiranya dua individudidedahkan kepada rangsangan yang sama, tindak balas mereka mungkin berbeza,bergantung kepada pengalaman lepas masing-masing. 

Di dalam teori Gestalt, persepsi seseorang terhadap sesuatu memainkan peranan yang

Page 34: Teori Sosial Piaget

amat penting dalam menentukan tingkah laku individu terbabit. Persepsi ini dipengaruhioleh pengalaman, budaya, cara individu tersebut dibesarkan dan firasat. Elemen-elemenini juga mempengaruhi cara seseorang di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

2.5.1.3 Hukum-hukum Teori Gestalt

Pengamal Gestalt percaya bahawa individu akan mengklasifikasikan rangsanganmengikut persepsi mereka terhadap rangsangan tersebut. Proses pengklasifikasian inibergantung kepada beberapa faktor yang dinamakan hukum teori Gestalt. Terdapat enamhukum yang utama iaitu hukum Pragnanz, hukum Persamaan (Similarity), hukumKeintiman (Proximity), hukum Lengkap (Closure), hukum Kesinambungan Positif (GoodContinuation) dan hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character).

(a) Hukum PragnanzHukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan denganpengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. Oleh itu,individu akan cuba mengenakan aturan dalam bentuk yang mudah untuk ditafsirkan.Adalah sukar untuk individu terbabit untuk merubah persekitaran mereka apabilaberhadapan dengan pengalaman atau sesuatu yang baru. Oleh itu, individu akanlebih cenderung untuk merubah persepsi mereka terhadap pengalaman tersebut.

(b) Hukum Persamaan (Similarity)Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.

Page 35: Teori Sosial Piaget

Individu akan lebihcenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan didalam kumpulan yang sama.

(c) Hukum Keintiman (Proximity)Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkanelemen jarak dan hubungan. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kaitdi antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.

(d) Hukum Lengkap (Closure)Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkanrangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.

(e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, danpada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garisyang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidakakan berubah sifatnya.

(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandanganmereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihatsetiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.

2.5.1.4 Pengaruh Teori Gestalt

Banyak teori yang diasaskan selepas kurun ke-20 mengintegrasikan

Page 36: Teori Sosial Piaget

elemen teori Gestalt. Asas bahawa firasat atau insights mempunyai hubungan dengan tindak balaspembelajaran merupakan konsep penting di dalam teori proses kognitif. Teori Gestalt jugamempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyakdiaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. 

2.5.1.5 Pendekatan Teori Gestalt dalam Pembelajaran

Kepentingan teori ini di dalam dunia pembelajaran ialah fokus yang diberikan dalammelihat sesuatu entiti secara keseluruhan. Konsep ini amat signifikan di dalampenyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukansahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggike atas proses penghasilan produk itu sendiri. Di dalam seni visual, elemen ini amatpenting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada penghasilan produkyang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan kepada proses di dalampengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar tidak mementingkan hasil kerjasemata-mata. Penilaian kerja para pelajar juga haruslah dimasukkan elemen proses danbukanlah hanya menilai hasil karya yang telah siap. 

Di dalam konteks pengajaran, guru haruslah sedar bahawa setiap rangsangan yangdiperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para pelajar,terutamanya apabila pelajar berdepan dengan rangsangan baru atau pengalaman baru. 

Page 37: Teori Sosial Piaget

Contohnya, apabila menayangkan rakaman video tentang budaya sesuatu suku kaum,sekiranya budaya kaum tersebut bertentangan dengan budaya yang diamalkan olehpelajar, mereka mungkin mempunyai persepsi negatif terhadap kaum tersebut danmempengaruhi hasil karya yang mungkin dihasilkan rentetan daripada tayangan video.

Latihan 2.1

1. Nyatakan dua ciri utama yang membezakan teori Gestalt denganpendekatan behaviorisma.

2. Teori Gestalt digunakan secara meluas di dalam penyelesaianmasalah. Bagaimanakah teknik melihat sesuatu secara keseluruhandapat membantu di dalam menyelesaikan sesuatu masalah?

Selain daripada aplikasi teori Gestalt di dalam pengajaran seperti yangdicadangkan dalam halaman sebelumnya, cadangkan aplikasi-aplikasi lainyang dapat anda gunakan di dalam kelas dengan bertunjangkanpendekatan Gestalt.

2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget

Jean Piaget (1896-1980) merupakan antara tokoh penyelidik paling

Page 38: Teori Sosial Piaget

berpengaruh di duniadalam bidang perkembangan psikologi. Di peringkat awal, Piaget merupakan ahliepistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah. 

2.5.2.1 Latar Belakang Penglibatan Piaget

Minatnya di dalam mengkaji perkembangan mental kanak-kanak bermula semasa beliaumenjalankan kerja-kerja penyelidikan di makmal ujian di Paris. Piaget mendapati kanak-kanak kecil selalunya mampu memberikan jawapan yang berbeza secara kualitatif jikadibandingkan dengan kanak-kanak yang lebih besar. Daripada pengamatan ini, Piagetmerumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir,cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikirmereka yang berbeza.

2.5.2.2 Proses Perkembangan Kognitif

Sebagai ahli biologi, Piaget berminat untuk mengkaji bagaimana sesuatu organisme dapatmenyesuaikan diri dalam sesuatu persekitaran. Walaupun mengkaji perkembangankognitif kanak-kanak, Piaget masih mengekalkan prinsip penyelidikan biologinya.

(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)

Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalammenyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi

Page 39: Teori Sosial Piaget

(assimilation) danakomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individudan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripadapenyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.

Penyerapan merujuk kepada proses penerimaan rangsangan dari luar dan individumentafsir serta memproses rangsangan ini mengikut pengalaman yang telah sedia ada. Dalam keadaan ini, individu selalunya tidak perlu membuat sebarang modifikasi dirikerana pengalaman yang dimilikinya mampu membantunya menghadapi rangsangantersebut.

Berbeza dengan penyerapan, ubahsuai pula dilihat sebagai penglibatan aktif individudalam membuat modifikasi tertentu pada diri dan perlakuan agar dapat menyesuaikan diridengan persekitaran. Ini adalah kerana, individu tersebut berhadapan dengan sesuatuyang baru yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Ini memaksa individu tersebutmengubahsuaikan diri dan tingkah laku yang sedia ada agar dapat menyesuaikan denganrangsangan tersebut.

(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki

Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsiyang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantumenyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia

Page 40: Teori Sosial Piaget

janin ke duniasebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akandigantikan dengan skema tersusun.

Apabila bayi meningkat usia dan lebih terdedah kepada persekitaran, skema ini akandigantikan dengan struktur. Struktur bertanggungjawab ke atas tingkah laku kanak-kanakyang lebih kompleks. Dan apabila struktur menjadi lebih matang, ianya akan digantikandengan penyusunan hierarki. 

2.5.2.3 Perkembangan Kebolehan Kognitif

Jean Piaget telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan kognitif yang dilalui olehsetiap individu setelah dilahirkan sehinggalah dewasa. Keempat-empat peringkat inidikenali sebagai Peringkat Deria-Pergerakan (Sensorimotor), Peringkat Pra-olahan (Pre-operational), Peringkat Pengolahan Konkrit (Concrete Operational) dan PeringkatPengolahan Formal (Formal Operation).

Setiap peringkat ini mempunyai ciri-ciri spesifik yang unik yang hanya dimiliki oleh kanak-kanak pada peringkat itu sahaja. Walaupun setiap peringkat diwakili dengan tempoh usiayang tertentu, perlu difahami bahawa setiap kanak-kanak mengalami perkembanganmental pada tahap yang berbeza. Ada kanak-kanak yang mungkin mempunyaipertumbuhan mental yang lebih cepat atau lambat sedikit dibandingkan dengan kanak-kanak lain. 

Page 41: Teori Sosial Piaget

(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai kemampuan yang terbatas. Otaknya masih barudan belum banyak bekerja, oleh itu bayi hanya menyedari persekitarannya dengan kabur. Namun, fungsi deria bayi berkembang dengan cepat dan kanak-kanak dalam peringkat inicepat menjadi pemerhati dan pemerhatian ini akan diikuti pula dengan gerak balas. 

Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakanobjek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesanderia dan gerak-gerinya. Apabila telah menguasai kawalan pergerakan, kanak-kanak mulaberinteraksi dengan cara menggerakkan objek-objek dalam persekitarannya. Apabila umurbayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep ‘kekal’ (permanence) iaitukesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objektersebut tidak ghaib begitu sahaja.

(b) Peringkat Pra-olahan (2 – 6 Tahun)

Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan namauntuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru danterbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapaiperingkat pengolahan formal.

Di waktu inilah mereka mula meneroka alam sekeliling. Penerokaan

Page 42: Teori Sosial Piaget

ini membantu merekamenemui benda-benda baru, justeru meningkatkan rasa ingin tahu kanak-kanak. Jawapan yang sesuai yang diberi untuk soalan-soalan mereka akan menambahkan ilmu,tahap kematangan dan membantu mereka mengaitkan sesuatu kenyataan dengankenyataan yang lain. Hujung peringkat ini menyaksikan kebolehan kanak-kanak untukbertutur dan mereka amat petah bercakap. Ekspresi diri seperti ini harus digalakkan untukmelatih mereka menyatakan sesuatu dengan betul. Peringkat ini jugalah kemuncak bagikebolehan untuk berimaginasi dan mencipta pelbagai benda.

Menurut Piaget, kanak-kanak ini masih belajar untuk menghubungkaitkan simbol danperkataan dengan objek dengan cara intuisi dan bukannya dengan cara penaakulan(reasoning). Mereka masih di permulaan pembinaan konsep iaitu mula mengklasifikasikanobjek dan kejadian, oleh itu konsep yang dikuasai jauh daripada kesempurnaan. Pemikiran kanak-kanak adalah sehala dan cara pemikiran adalah sangat egosentrik iaitusangat mementingkan diri dan merasakan diri mereka sentiasa benar dan betul.

(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 – 11 Tahun)

Pertumbuhan mental adalah berterusan dan penguasaan pengetahuan dan pemikiranbertambah banyak. Perasaan ingin tahu adalah sangat tinggi dengan keinginan belajaryang besar. Kanak-kanak juga mempunyai penguasaan yang baik dalam pertuturan danmereka banyak bercakap untuk melancarkan pertuturan mereka.

Page 43: Teori Sosial Piaget

Peringkat ini juga menyaksikan kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalantentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahamikonsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikutsifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.

Kerana perasaan ingin tahu yang tinggi dalam pelbagai perkara menyebabkan minatmereka sentiasa berubah-ubah. Kanak-kanak juga mempunyai kecenderungan untukmeletakkan matlamat yang tinggi untuk sesuatu perkara dan mengharapkan segala-galanya tercapai dengan sempurna. Oleh itu mereka akan selalu putus asa dan kecewasekiranya tidak mendapat apa yang mereka mahukan.

Kematangan dalam berfikir juga telah mula kelihatan di mana kanak-kanak tidak lagiegosentrik. Malah mereka mula sedar bahawa setiap perkara ada pro dan kontra, burukdan baik dan mereka mula belajar untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelummencapai keputusan.

(d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)

Peringkat ini merupakan peringkat perkembangan kognitif yang tertinggi dan kanak-kanakdalam peringkat ini dapat mengurus dan mengolah persekitaran mereka dengan baik. Mereka juga mampu untuk menerima pelbagai kemungkinan daripada tindakan mereka

Page 44: Teori Sosial Piaget

dan tidak mudah terkeliru dengan hasil yang di luar dugaan. Walaupun begitu, carapemikiran mereka tidak sama dengan corak pemikiran orang dewasa. 

Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zamanremaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehanmereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembanganfizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila merekamula melangkah ke awal alam remaja. 

Di peringkat ini juga mereka mula memahami konsep abstrak dan ini membantu merekamemahami prinsip moral dan etika. Mereka juga mula mempunyai kesedaran tentangkepentingan falsafah hidup, etika, politik dan hal-hal keagamaan.

Latihan 2.2

1. Di peringkat pra-olahan (2-6 tahun), pemikiran kanak-kanakberbentuk sehala. Bagaimanakah pengetahuan ini dapat digunakanoleh guru dalam merancang pengajaran mereka?

2. Apakah implikasi negatif yang mungkin berlaku kepada kanak-kanaksekiranya guru tidak menyediakan jawapan-jawapan yang betul ataubersesuaian kepada soalan-soalan mereka?

2.5.2.4 Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran

Teori ini banyak membantu guru-guru dalam memahami proses mental kanak-kanak; iaitu

Page 45: Teori Sosial Piaget

bagaimana kanak-kanak berfikir dan bagaimana cara pemikiran ini mempengaruhi tingkahlaku mereka. Pemahaman teori ini memberi gambaran kepada guru dalam menyediakanpersekitaran yang sesuai bagi merangsang minat dan proses pertumbuhan mentalmereka.

OUM(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)

Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat pra-olahan, iaitu apabilakanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru pra-sekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secaratidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak. 

Namun, guru-guru perlu sedar kepentingan mengenakan batasan tertentu keranasekiranya kanak-kanak terlalu berimaginasi, mereka mungkin tidak dapat membezakan diantara dunia sebenar dan dunia khayalan. Satu cara menangani perkara ini ialah denganmengadakan sesi bercerita di pra-sekolah atau di rumah dan menggalakkan kanak-kanakmenggunakan daya imaginasi mereka dalam sesi ini sahaja. Kanak-kanak juga perludiberitahu kepentingan menceritakan sesuatu sebagaimana sebenarnya berlaku dan tidakhanya mereka-reka cerita.

Pihak sekolah perlu menyediakan persekitaran yang mampu memupuk perkembangankognitif kanak-kanak. Kanak-kanak perlu disediakan objek-objek konkrit yang mana boleh

Page 46: Teori Sosial Piaget

diaplikasikan dengan menggunakan deria rasa kanak-kanak untuk menyentuh, melihat,mendengar, merasa dan menghidu. Persekitaran kanak-kanak perlulah kaya denganobjek-objek konkrit ini untuk kanak-kanak meneroka dan belajar. Guru-guru kelas jugasepatutnya menyusun ruang kelas dengan cara yang boleh memupuk perkembangankognitif kanak-kanak.

Guru juga perlu memberi penggalakan kepada pelajar untuk meluahkan diri merekasecara verbal dan menyediakan tatabahasa baru kepada pelajar agar dapat merekabertutur dengan cara yang lebih sempurna. 

(b) Peringkat Pengolahan Konkrit

Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dansentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang samamungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif,manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri. 

Guru haruslah bijak merangsang kanak untuk mengambil bahagian di dalam gerak-kerjakelas dan semua kanak-kanak diberi peluang yang sama rata. Guru-guru juga harusmelatih kanak-kanak untuk bercakap hanya apabila diberi peluang agar tumpuan kanak-kanak akan juga diberikan semasa guru mengajar. Cuba ingati kanak-kanak untukmengikut giliran, dan menghormati orang lain dengan cara senyap dan mendengar apabilagiliran orang lain untuk bercakap.

Page 47: Teori Sosial Piaget

Setiap soalan yang diajukan oleh pelajar perlulah diberi jawapan yang sesuai. Sekiranyaguru tidak mempunyai jawapan terhadap soalan yang dikemukakan, janganlah kanak-kanak tersebut dibohongi. Sebaik-baiknya guru boleh memberi maklum balas kepadakanak-kanak dalam masa sehari dua sambil cuba mencari jawapan yang sesuai. Sekiranya seseorang kanak-kanak didapati mengetahui lebih daripada apa yang guruketahui di dalam sesuatu topik atau bidang, kanak-kanak tersebut patut digalakkan untukberkongsi maklumat dengan rakan kelas yang lain.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai minat yang pelbagai namun ini tidakbermakna mereka tidak mempunyai disiplin mental yang baik. Guru seharusnyamempelbagaikan aktiviti di dalam kelas supaya kanak-kanak dapat mempelajari dengan

pelbagai cara yang berlainan dan baru. Sekiranya mereka dipaksa melakukan perkarayang sama setiap hari, kanak-kanak akan merasa jemu, hilang minat dan lebih bahayalagi, menjadi benci kepada proses belajar itu sendiri.

Di peringkat ini, kanak-kanak juga cenderung meletakkan matlamat yang tidak realistik. Guru boleh melatih kanak-kanak dengan memulakan tugas yang mudah dan secaraberansur-ansur beralih kepada tugas yang lebih kompleks. Dengan cara ini kanak-kanaktidak mudah berputus asa dan lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugas apabila berjayamenyiapkan tugas terdahulu yang dirasakan mampu dilaksanakan.

Page 48: Teori Sosial Piaget

Komunikasi denganibu bapa juga perlu dan ibu bapa perlu diingatkan supaya tidak mendesak anak merekamelakukan sesuatu kerja dengan melampau atau meletakkan harapan yang terlalu tinggike atas anak-anak.

(c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)

Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentukidentiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dankonsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topik-topik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialahmembantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan sertamenetapkan matlamat.

Tugasan di dalam kelas juga seharusnya diolah supaya dapat mencabar minda danimaginasi pelajar. Ini dapat membantu mereka berfikir secara kritikal dan sekiranyatugasan tersebut mencabar, ianya akan merangsang para pelajar untuk lebih komitedmenyiapkan tugasan yang diberikan.

Secara umumnya teori ini memberikan beberapa implikasi penting di dalamperkembangan mental kanak-kanak. Di dalam konteks ini, persekitaran di mana kanak-kanak tersebut membesar amat penting dalam merangsang tumbesaran mereka. Kanak-kanak perlu rasa dihargai dan diterima oleh persekitaran mereka, terutamanya ibu-bapa,

Page 49: Teori Sosial Piaget

guru dan kawan-kawan. Mereka mahu kehendak dan pendapat mereka didengari dandituruti. Walaupun pendapat kanak-kanak mungkin kelihatan tidak bernas dan terlalukebudak-budakan, individu dewasa harus menerima pendapat ini dengan fikiran terbukatanpa ejekan atau cemuhan. 

Amalan menggalakkan kanak-kanak membuat pilihan, diberi kebebasan berfikir sertadigalakkan menyelesaikan masalah harus diteruskan. Oleh kerana tahap pemikiranmereka yang masih terbatas, rangsangan-rangsangan tertentu seperti alatan, cadanganatau petunjuk perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk melatih mereka menyelesaikanmasalah.

2.5.3 Pendekatan Konstruktivis

Satu lagi pendekatan utama yang sangat popular di dalam dunia pendidikan ialahpendekatan konstruktivis yang diasaskan oleh Jerome L. Bruner. Menurut Bruner, prosesbelajar memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam membina idea-idea atau konsep baruberdasarkan pengetahuan sedia ada. Pelajar memilih dan menterjemah maklumat,membuat andaian, membuat keputusan dan proses-proses ini sangat bergantung kepadakebolehan kognitif seseorang. 

Bruner berpendapat bahawa manusia secara lahiriah mampu belajar melalui penemuansendiri dan membuat kaitan di antara pelbagai rangsangan untuk mencapai kepadamaklumat yang bermakna. Pendapat ini bertentangan dengan

Page 50: Teori Sosial Piaget

pendapat yangdikemukakan oleh B.F. Skinner, pengamal teori behaviorisme yang menganjurkan bahawapelajar belajar secara bersendirian.

Pandangan konstruktivis melihat ilmu bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan dunia ataupersekitaran, tetapi terbina daripada dunia dan persekitaran. Ilmu bukanlah sesuatu yangkekal dan jitu malah dibina oleh individu melalui pengalamannya dengan persekitaran. Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu terlibat dengan aktiviti-aktiviti penemuanmelalui cara berinteraksi dengan persekitaran. Pengalaman amat membantu di dalammenterjemah persekitaran ini. Pengalaman ini membantu individu melihat permasalahantertentu daripada perspektif yang berlainan.

2.5.3.1 Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran

Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaranmenggunakan pendekatan konstruktivis.

1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut kontekskesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).

2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajardengan mudah (organisasi).

3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkauimaklumat yang dibekalkan guru).

Page 51: Teori Sosial Piaget

Di dalam proses pengajaran menggunakan pendekatan ini, guru bertindak sebagaipembimbing di dalam memberikan maklumat-maklumat yang terbatas. Guru tidakseharusnya melambakkan segala maklumat kepada pelajar. Sebaliknya guru harus bijakmemilih maklumat yang wajar diketengahkan untuk merangsang pelajar untuk berfikirdengan sendiri dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Tugas guru ialahmenterjemahkan maklumat ke bentuk yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.

1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifatmaklumat yang diterima.

2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami

3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran

4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akandikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.

Di dalam konteks yang lebih luas, pendekatan konstruktivis menyarankan agar pendidikmenimbang terlebih dahulu pengalaman dan tahap ilmu yang dimiliki oleh pelajar, agarpengajaran serta aktiviti dalam kelas dapat disesuaikan dengan tahap pelajar. Kemudiantumpuan diberikan di dalam pembinaan kurikulum sekolah agar pelajar dapat menjalinkanpengetahuan sedia ada dengan ilmu yang baru dipelajari. Bruner

Page 52: Teori Sosial Piaget

juga mengesyorkan agarkurikulum dirangka mengikut aturan spiral supaya pelajar akan terus membina maklumatbaru daripada apa yang mereka pelajari.

Latihan 2.3

1. Dengan menggunakan pendekatan Gestalt, jelaskan bagaimanakahpersepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan dapatmempengaruhi tingkah laku individu tersebut?

2. Mengikut Piaget, kanak-kanak harus digalakkan berinteraksi denganpersekitaran mereka? Kenapa?

3. Pendekatan konstruktivis menggalakkan guru mengehadkanpengetahuan atau maklumat yang disampaikan dalam usaha menjanapemikiran kritikal para pelajar. Huraikan rasional kaedah ini.

RUMUSAN

Melalui topik ini, anda telah didedahkan dengan beberapa teori yang sangat signifikan didalam dunia pendidikan amnya, dan bidang pendidikan seni visual khususnya. Di dalamkonteks pengajaran seni visual kepada kanak-kanak, pengetahuan tentang teori-teori iniamat penting kerana ianya bukan sahaja dapat membantu guru secara langsung di dalampengajaran, tetapi juga membantu guru memahami proses perkembangan kognitif danbagaimanakah maklumat perkembangan di dalam setiap peringkat proses dapat

Page 53: Teori Sosial Piaget

dimanipulasikan oleh guru di dalam pembelajaran secara berkesan. Seterusnya gurudidedahkan dengan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil mengikut teori-teori yangdikemukakan di dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas seni.

TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

PENGENALAN

Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi,ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehanberfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untukmenyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agarproses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasiuntuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru.

Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasikanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya rekacipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek disekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepadapenggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu

Page 54: Teori Sosial Piaget

mereka mencipta imej-imejdi komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik,malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkanmampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebihdahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukankepada hasil seni mereka.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

1. memahami bentuk-bentuk rangsangan yang terdapat di dalam pendidikan senivisual;

2. memahami konteks penggunaan rangsangan; dan

3. mengaplikasi penggunaan rangsangan di dalam proses pengajaran.

46OUM

4.1 PENGALAMAN MELALUI PENGGUNAAN ALAT, MEDIA DAN ALAT BANTU

Namakan lima deria yang ada pada manusia normal, dan bagaimanakahderia-deria ini membantu dalam kehidupan anda sehari-hari?

Page 55: Teori Sosial Piaget

Ekspresi seni memerlukan medium. Seperti mana pelukis memerlukan kanvas, berus danwarna; kanak-kanak juga perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapatmerangsang daya imaginasi mereka. Harga bukanlah menjadi isu kerana kreativiti dapatdihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. Perkara paling mudah ialah denganmenyediakan krayon dan kertas dan kanak-kanak diberi kebebasan untuk berkomunikasidengan kreativiti sendiri. Membekalkan alatan sampingan untuk merangsang mindamampu memberi anjakan motivasi dan membuatkan proses pembelajaran menjadi lebihmenyeronokkan. Untuk menggalakkan perkembangan ini, guru-guru seharusnya tidakterlalu bergantung kepada kreativiti kanak-kanak itu sendiri malah haruslah memikirkan

alatan bersesuaian yang boleh disediakan untuk merangsang daya imaginasi kanak-kanakdi dalam kelas.

4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media

Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakanalatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaranyang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalamproses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak.

(a) Alatan Asas

Walaupun penyediaan peralatan untuk pembelajaran seni visual di sekolah amat berkait

Page 56: Teori Sosial Piaget

rapat dengan peruntukan yang disediakan oleh sekolah yang telah ditetapkan olehkementerian, setiap bilik seni di sekolah pasti menyediakan alatan-alatan asas sepertikertas lukisan, berus, warna dan krayon. Di peringkat permulaan, alatan ini sebenarnyamemadai untuk merangsang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta. Denganbimbingan yang sesuai, terpulanglah kepada para pelajar untuk bermain dengan pelbagaiwarna dalam eksplorasi penghasilan karya kreatif mereka.

(b) Gambar 

Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambar-gambarfoto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yangpelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagailagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalahmenjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun risalah,ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.

Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkangambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranyaguru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalamkarya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak akanmemupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang bolehdidapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi

Page 57: Teori Sosial Piaget

merupakan antara teknik terbaikyang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal, di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namunpengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar inidapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yangserupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkanketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alamkerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

Satu lagi objektif memperkenalkan gambar foto ialah dengan tujuan untukmemperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. Memperluaskan tatabahasa visual dapatmenajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan, sekaligusmeluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut. Bagi mencapai objektif ini,guru-guru digalakkan memprojeksikan gambar tersebut di hadapan kelas agar semuapelajar mendapat gambaran yang jelas. Sekiranya kemudahan projektor, komputer danperisian Microsoft Powerpoint ada disediakan di sekolah, guru bolehlah mengaplikasikanteknologi tersebut untuk tujuan ini. 

Semasa dipaparkan, guru perlu memberi penerangan terperinci mengenai imej terbabit. Contohnya dalam memaparkan imej rumah minangkabau disertakan dengan penjelasanguru, para pelajar bukan sahaja dapat melihat bentuk dan rupa imej

Page 58: Teori Sosial Piaget

tersebut, malahpenguasaan tatabahasa visual mereka dikuatkan lagi dengan pengetahuan berkenaanciri-ciri khas rumah, budaya serta warna yang signifikan dengan rumah tersebut. Maklumat ini seterusnya dapat dipindahkan oleh pelajar ke dalam karya lukisan mereka.

Latihan 4.1

1. Bagaimanakah teknik meniru gambar foto berkemampuan untukmenajamkan daya ingatan para pelajar terhadap imej di dalam foto?

(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT

Penggunaan rakaman video dan teknologi maklumat memberikan nafas baru di dalampembelajaran seni visual di sekolah. Walaupun kemudahan teknologi yang disediakan disekolah mungkin agak terhad, sekurang-kurangnya guru masih boleh menggunakanrakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandangdengar yang terdapat di sekolah-sekolah.

Jadi, rakaman video bagaimanakah yang sesuai untuk ditayangkan kepada para pelajar? Sekali lagi, guru harus memikirkan kesesuaian kandungan video berdasarkan sukatanmata pelajaran pendidikan seni visual. Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajarproses pembuatan sesuatu bahan atau benda, jadi rakaman video tentang proses

Page 59: Teori Sosial Piaget

pembuatan bahan tersebut bolehlah ditayangkan. Contohnya, proses pembuatan batik,pasu tanah liat, wau, dan sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlumendapat penerangan sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-jawab untuk menjawab keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar. 

Walaupun di dalam pendidikan seni visual, guru akan mendemonstrasikan sendiri prosespembuatan sesuatu bahan atau material, namun rakaman video merupakan alternatifterbaik di atas sebab-sebab tertentu. Menayangkan rakaman video memberi penegasanterhadap proses pengeluaran sesuatu objek. Ada kalanya guru ingin mendedahkanpengetahuan tentang proses tertentu yang mungkin tidak dapat di demonstrasikan didalam kelas kerana kos yang mahal dan ketiadaan bahan-bahan. Oleh itu dengantayangan video, proses pembuatan sesuatu bahan masih dapat didedahkan kepada parapelajar.

Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dalam prosespembelajaran seni visual dan ianya memberi pengalaman yang baru dan berbeza kepadapara pelajar dan juga guru. Penggunaan IT dalam pengajaran memberi kesempatankepada kanak-kanak untuk meneroka benda. Menggunakan komputer memangmenyeronokkan, tetapi kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran untuk mengendalikankomputer terlebih dahulu sebelum mereka dapat memanipulasikan perisian-perisian yang

Page 60: Teori Sosial Piaget

ada. Di dalam pendidikan seni visual, penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital,pencetak dan Internet mencabar guru untuk memikirkan alternatif kepada suasanapembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. 

4.2 PENGALAMAN DERIA

Apakah penggunaan deria terhad kepada untuk melihat, menyentuh,mendengar, merasa dan menghidu sahaja? Pada pendapat anda,mampukah deria mempengaruhi cara dan gaya anda belajar?

Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanak-kanakmempelajari sesuatu. Seni memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan hubunganintim dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk memahami persekitaran, kanak-kanakperlu lebih peka dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap deriayang dimiliki – deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh.

Umum mengetahui bahawa setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa,deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Kelima-lima deria ini memainkanperanan yang amat penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari, dan sangat-sangatdiperlukan untuk proses pembelajaran. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, guruharuslah bijak mengasuh kanak-kanak menggunakan deria mereka.

Page 61: Teori Sosial Piaget

Penggunaan deriayang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatiansecara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alatdan bahan. Pelbagai pendekatan boleh diambil oleh guru untuk merangsang penggunaanpancaindera kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran, pendekatan mengadakanperbincangan dan lawatan boleh menajamkan deria para pelajar. 

4.2.1 Cara Belajar

Deria memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Namun perlu disedari bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza,oleh itu tahap penggunaan serta kecenderungan mereka di dalam penggunaan deriaadalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain. Kecenderungan inimempengaruhi minat kanak-kanak, cara mereka memproses dan menterjemah maklumatserta medium terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Kajian-kajian yangdijalankan mendapati bahawa terdapat tiga jenis kecenderungan utama di dalam belajaratau tiga cara belajar: visual, auditori dan kinestetik.

4.2.1.1 Belajar Secara Visual

Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemarmenggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkanmaklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih

Page 62: Teori Sosial Piaget

cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar. Semasa sesuatu

pembentangan dilakukan atau semasa guru sedang mengajar, pelajar ini suka menyalinnota dengan terperinci. Ada kalanya pelajar visual hanya dapat belajar dengan efektifsekiranya mereka dapat melihat maklumat di dalam format bertulis.

Berhadapan dengan pelajar visual, adalah lebih berkesan sekiranya guru dapatmemastikan bahawa memek muka serta isyarat-isyarat bukan verbal dapat dilihat denganjelas oleh pelajar-pelajar ini. Guru juga perlu membanyakkan paparan visual di dalampengajaran seperti diagram, video, carta dan pemilihan material pembacaan sekiranyamampu biarlah mempunyai ilustrasi menarik. Guru juga seharusnya memberi masa yangsecukupnya kepada pelajar-pelajar ini untuk menyalin informasi pengajaran dengan carayang terperinci agar mereka dapat memahami dan menyerap maklumat yangdisampaikan.

4.2.1.2 Belajar Secara Auditori

Pelajar auditori menggunakan deria mendengar lebih daripada yang lain semasa prosespembelajaran. Mereka lebih terangsang untuk belajar dengan medium verbal. Semasa didalam kelas, pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan prosesmenulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumatbertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.

Page 63: Teori Sosial Piaget

Untuk mengajar pelajar auditori dengan lebih berkesan, ada beberapa teknik yang bolehdiaplikasikan oleh guru. Sekiranya ingin memberitahu sesuatu maklumat, pastikanmaklumat tersebut tidak hanya dicetak di atas kertas (yang hanya menguntungkan pelajarvisual), tetapi hendaklah dibaca dengan kuat. Galakkan perbincangan di dalam kelas,sebarang masalah boleh dibincang dan dihuraikan dengan jelas dan belajar untukmendengar pendapat pelajar-pelajar. Kerja-kerja kumpulan juga hendaklah digalakkandijalankan melalui aktiviti-aktiviti perbincangan. Guru juga haruslah lebih peka denganisyarat verbal mereka semasa mengajar kerana pelajar auditori juga mempunyaikecenderungan untuk menterjemah maksud tersembunyi melalui ton suara guru,kepantasan dan nada yang digunakan.

4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik

Pelajar kinestetik mendapatkan kemahiran melalui imitasi dan latihan. Pelajar golongan inidapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. Malangnya bukanlahsatu kelaziman untuk guru-guru di sekolah mengajar dengan menggunakan pendekatanini. Ketidakserasian cara belajar dengan teknik pengajaran guru membuatkan pelajarkinestetik tidak dapat memproses maklumat dengan baik dan impaknya mengakibatkanmereka selalu ketinggalan di dalam kelas.

Untuk pengajaran yang lebih berkesan, golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih

Page 64: Teori Sosial Piaget

berbentuk hands-on. Guru juga seharusnya menganjurkan aktiviti-aktiviti yangmemerlukan penglibatan langsung para pelajar atau tugasan yang berbentuk praktikal,pengajaran juga lebih kepada demonstrasi dan bukan sekadar hanya penerangan. Sekiranya guru merasakan demonstrasi merupakan cara terbaik untuk menyampaikansesuatu maklumat, pilihlah pelajar kinestetik untuk melakukan demonstrasi tersebut.

TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

PENGENALAN

Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yangkreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikanpenekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatifbagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan denganaspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yangmembolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidakjumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnyadijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkankreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran inibanyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi danpercubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan

Page 65: Teori Sosial Piaget

pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan senivisual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini pelajar seharusnya dapat:

1. memahami definisi kreativiti;

2. mengetahui tahap kreativiti; dan

3. mengetahui ciri-ciri kreativiti.

5.1 KREATIVITI

Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada gurupendidikan seni visual? 

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan inidisokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuhdengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikanseni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim &Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektualyang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif(cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesanmaklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data,

Page 66: Teori Sosial Piaget

pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan

pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus,pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiranyang bersifat pelbagai dan bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepadapenilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapatdiklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikirankreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru,adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corakpemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu. 

5.2 PENGERTIAN KREATIVITI

Sebelum meneruskan pembacaan dalam bab ini, berikan takrifan andasendiri tentang kreativiti. Bagaimana dapat kita menilai tahap kreativitiseseorang individu?

Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalahberpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian danpandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasaldaripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala

Page 67: Teori Sosial Piaget

daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002)mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini,ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yangkreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagaipenghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. 

Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru,kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikankemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individuyang mempunyai kebolehan ‘kreatif’ biasanya mempunyai perasaan istimewa daneksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (MdNasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). 

5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAIKREATIVITI

5.3.1 E. Paul Torrance

Rajah 5.1: Ellis Paul TorranceSumber: http://www.faculty.de.gcsu.edu/~cbader/Torrance.html

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance

Page 68: Teori Sosial Piaget

merupakan penyelidik danahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalammendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telahdiiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia,Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidangpsikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya menciptakaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliaumengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untukmengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya ‘Torrence Test ofCreative Thinking’. 

Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebihdaripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku, monograf, artikel, ujian, manual danmaterial pengajaran. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia danpsikologi, pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrance Centre ofCreativity and Talent Development. 

5.3.2 June King McFee

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang menciptasesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk

Page 69: Teori Sosial Piaget

mengolah idea. Ringkasnya,Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaanmenyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada ideayang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee melihat bahawa ideaboleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah. 

Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafanyang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa seni tidakseharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika didalam semua objek di persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasiyang dipengaruhi oleh konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni perludikaji di dalam konteks budaya serta komuniti; melihat bagaimana manusia di dalamsesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuanmereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu,usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi.

5.3.3 Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakananak keempat daripada enam orang adik beradik. Bapanya merupakan seorang juruterasivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa. 

Page 70: Teori Sosial Piaget

Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dankemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama.

Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yangterkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy. Ini kerana beliau telah bertukarbidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkatdoktor falsafah.

Rajah 5.2: Carl RogersSumber: http://www.ship.edu/~cgboeree/rogers.html

Di dalam teori terapinya, Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asaskepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmatikehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan danakhirnya menjadi individu kreatif. 

Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individuyang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insanserta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentukkreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan sertamelakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini

Page 71: Teori Sosial Piaget

mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemukateori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial.

Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabilaseseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan danmenampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat sertakemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atasperkara tersebut.

5.3.4 Victor Lowenfeld 

Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori LowenfeldStages of Artistic Development yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnyadi dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan dan penerangan untukmenerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektiflukisan. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya inteletualitidan kreativiti. 

Menurutnya lagi, galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanakperlu dilakukan secara berterusan. 

ASAS INDIVIDUYANG SIHAT

Page 72: Teori Sosial Piaget

Keterbukaan kepada pengalamanMenikmati kehidupan yang dialamiMengamalkan kebebasanIndividu yang kreatifMenghargai diri sendiri

Di dalam teori perkembangannya, sekatan dan halangan terhadap pengembangankreativiti adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu halangan bersifat psikologi atauemosi, dan halangan persekitaran atau budaya. Halangan bersifat psikologi merujukkepada tekanan di mana murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dankemusykilan yang sememangnya telah wujud di dalam diri mereka. Ibu bapa sering kalicepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikanmereka serik untuk bertanya. 

Selain itu, faktor persekitaran dan budaya juga menjadi halangan kerana persekitarantidak kondusif dan membina daya kreativiti murid. Sistem persekitaran di sekolah tidakmenggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Kebiasaannya guru lebih banyakmenyoal berbanding murid. 

Ini menurut Lowenfeld membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Justerupembentukan falsafah pendidikan perlu fokus terhadap melahirkan individu yangmempunyai sifat kritikal dan analitikal dengan memberi peluang kepada murid untukmenyoal dan guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Secara ringkasnya,Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh

Page 73: Teori Sosial Piaget

diukur melalui empatkomponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.

(a) Kelancaran (Fluency)Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini,murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkarayang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut.Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepadapenyediaan masalah.

(b) Fleksibel (Flexibility)Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolakansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasiselain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggupmenerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut denganfikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaransebagai satu proses pembelajaran.

(d) Keaslian (Originality)Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luarbiasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dankelaziman yang berlainan.

(d) Kepekaan (Sensitivity)Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi

Page 74: Teori Sosial Piaget

terhadap aspekkeperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilaiestetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekananterhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi prosespengamatan dan merekod.

5.4 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITIKreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Adalah penting bagi guru-gurupendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supayapengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti senivisual. Aktiviti yang dirancang menjadikan aktiviti tersebut lebih tersusun dan menjaminproses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan berkesan. 

5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher

Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu:

(a) Peringkat RangsanganPada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagaibentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlumembantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingintahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan

Page 75: Teori Sosial Piaget

pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat PenerokaanPeringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran kehadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusahamenjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihanmenyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikirankreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagaicara, gaya dan teknik.

(c) Peringkat PerancanganPeringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakansemua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akandilakukan melalui 3 cara iaitu:

Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,pemerhatian, interaksi dan sebagainya.Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dansebagainya.

(d) Peringkat AktivitiPemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatifmelalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segalaperancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti “Bagaimana harus kita

Page 76: Teori Sosial Piaget

mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’ 

(e) Kajian SemulaPeringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi prosespenambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini,pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkaratidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikanpendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksidiri.

5.4.2 Laura H. Chapman

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978)menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampirsama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Prosesartistik ini, menurut beliau, digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Prosesartistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah danberulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkanobjektif menghasilkan karya seni tercapai. 

Dalam konteks ini, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa prosespenghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja dan pemahaman iniperlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan

Page 77: Teori Sosial Piaget

kaedah bolehdiketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepadamurid. 

Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlumempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan danpanduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalamanguru itu sendiri. Namun demikian, di dalam proses ini guru mungkin mempunyaikecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasamenghasilkan karya terdahulu, namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikanseni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluardaripada objektif asal pendidikan seni di sekolah. 

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni:

(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuanpenghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluanpenghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa. 

Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbingpelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah

Page 78: Teori Sosial Piaget

menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampumenghasilkan karya.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visualyang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagimemastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengantema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak,proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanyadiulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkankepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatanmendalam terhadap ketelitian.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihanyang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakanbahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemarmembuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Yang jelas, pemilihanbahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkansesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. 

Di dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan

Page 79: Teori Sosial Piaget

terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskanmelalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyaimakna dan nilai tersendiri.

5.4.3 Calvin W. Taylor 

Calvin W. Taylor (1915-2000) merupakan seorang ahli psikologi yang menjelaskanbahawa tidak semua manusia lahir dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Taylorpercaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsangpemikiran mereka. Melalui teorinya Multiple Creative Talent, beliau percayapembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor(1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu:

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini bolehdilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan. Lukisan yangdihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini misalnya dihasilkan secara bebasmengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yangbelum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melaluigarisan dan contengan mudah. Ekspresi ini bersifat bebas; di mana kemahiran,keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses menghasilkankarya. 

Page 80: Teori Sosial Piaget

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan Kreativiti melalui penghasilan merujuk kepada keupayaan dan kecekapan muridmenghasilkan sesuatu karya dan rekaan. Pada peringkat ini, guru membantu muriduntuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematikdan tersusun. Peranan guru menjadi penting kerana murid memerlukan bimbinganuntuk mengenal pasti kaedah yang betul dan sesuai di dalam penghasilan karyaselain memperbaiki teknik.

(c) Kreativiti Bersifat InventifKreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objekmelalui proses eksprimentasi. Peringkat ini menekan faktor-faktor penemuan danpenciptaan. Peringkat ini juga melibatkan banyak percubaan bagi menghasilkan teoridan kesimpulan terhadap sesuatu eksperimen yang dilakukan. Peranan guru padaperingkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepatbosan dan putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat InovatifPeringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepadaidea baru yang lebih bermakna. Pada peringkat ini, murid mula melakukanpembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Guru pendidikan seni visualboleh membantu murid untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan yang betul. Pada peringkat ini juga pelajar mula bertindak luar dari kaedah

Page 81: Teori Sosial Piaget

konvensional danmenghasilkan alternatif bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat EmergenIni merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formalditerjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh,figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentukasalnya oleh kanak-kanak apabila melukis.

5.5 CIRI-CIRI KREATIVITI

Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni untuk mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifatkreativiti. Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman.Bagi memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti, berikut merupakan ciri-ciriindividu kreatif.

(a) Bersifat FleksibelSeseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagaikeadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Sebagai contoh,sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni mereka tidakcepat panik malahan cepat bertindak meredakan keadaan dan cubamenyelesaikannya secepat yang boleh mengikut keadaan dan kesesuaian.

(b) Sensitif dan PekaIndividu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap

Page 82: Teori Sosial Piaget

keadaan sekelilingnyatermasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. Antara ciri lain adalah kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deriadalaman yang sangat sensitif terhadap persepsi estetik.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan TulenSeseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dangagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripadamana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan jugatidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikutcetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yangbiasa. 

(d) Bersifat TerbukaMempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat oranglain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas sertademokratik.

(e) LogikMurid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahumembezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangatmenghormati masa.

(f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-

Page 83: Teori Sosial Piaget

satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek danperkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka inisangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Bagaimana kaedah sumbangsaran (brainstorming) dapat menjana kreativitipara pelajar?

5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedahsumbangsaran boleh digunakan. Asas sumbangsaran ialah mengasingkan prosespenghasilan idea daripada proses menilai. Aktiviti sumbangsaran perlu fokus kepadakuantiti idea dan saranan yang disampaikan melalui interaksi sesama murid. 

Dalam proses ini, apabila menjalankan kaedah sumbangsaran guru perlu bijakmengendalikan sesi dan pendekatan agar idea dan penyelesaian masalah yangdikemukakan oleh murid tidak terbantut kerana adakalanya penyelesaian yang diberikanmungkin tidak logik dan relevan. Proses menilai, perbincangan dan kritikan perludikemudiankan agar proses sumbangsaran berjalan lancar.

Page 84: Teori Sosial Piaget

Kecenderungan untuk menilaisama ada saranan tersebut sesuai ataupun tidak akan mengganggu keseluruhan prosestersebut. John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankansesi sumbangsaran.

(a) Kaedah PertamaElakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini bolehmembantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yangdiberikan tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kedah KeduaElakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dansaranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkanperasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan inibiasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankanidea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki ideatersebut. 

(c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam ideadan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah KeempatMenggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masukakal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar

Page 85: Teori Sosial Piaget

daripadakemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional danbersifat biasa sahaja.

5.6.2 Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

E. Paul Torrance juga telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantumenjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan seni visual di dalamproses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.

(a) PenyoalanRangsangan melalui proses penyoalan. Guru pendidikan seni visual boleh menyoalmurid bagi menggalakkan daya fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukansemasa proses penghasilan sesuatu karya. Perasaan ingin tahu atau curiosity bolehdiwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab di dibantu dengan contoh-contohyang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktivitipendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni.

(b) PenemuanProses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan danrangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuanterbaru melalui penyelidikan dan kajian. Dalam konteks ini, murid digalakkanmembuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak

Page 86: Teori Sosial Piaget

seperti mewarna, melukis dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan akademikmampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikanmotivasi dan rangsangan penemuan-penemuan baru.

(c) PemerhatianPemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria. Sebagaicontoh, deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan. Di dalam kontekspendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deriapengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yanglain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

(d) PercubaanPercubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan danhasil yang dikehendaki. Sebagai contoh, penghasilan karya yang dihasilkanberkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki, namun percubaandemi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi. Secaratidak langsung, percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa daneksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalammenghasilkan karya yang lain.

(e) PenerokaanPenerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai

Page 87: Teori Sosial Piaget

barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. Bagi tujuan ini, guru-guru pendidikanseni boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai atau bahankitar semula bagi tujuan penghasilan karya. Ini secara tidak langsung membimbingmurid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaansekelilingnya.

(f) Memanipulasi Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampubertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada. Maksudnya murid mampumenggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilanseni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebihberjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/BermainKreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermainmerupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru,rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagaicontoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

Latihan 5.5

1. Apakah perbezaan di antara penerokaan dan manipulasi di dalamTeori Perkembangan Kreativiti Torrance?

Page 88: Teori Sosial Piaget

5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI

Proses menjurus ke arah pemikiran kreatif perlu mengambil kira faktor keperluan murid itusendiri. Terdapat pelbagai cadangan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsangpemikiran kreatif murid, namun guru perlu melihat faktor murid sebagai faktor utamakerana proses memupuk kreativiti memerlukan keinginan dan kerjasama murid. Penganjuran aktiviti perlu melihat minat, keinginan dan semangat ingin tahu semula jadimurid. Berikut adalah beberapa strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagimenyuburkan proses kreativiti.

(a) Memilih Bahan dan AlatMurid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang bolehdigunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Dengan memberikan peluang kepadamurid untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ianya memberikan peluang kepadamurid untuk menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secaratidak langsung, ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur danmenetapkan gaya hasil karya mereka.

(b) MasaRancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yangcukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan memberitekanan yang melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual

Page 89: Teori Sosial Piaget

mereka kerana ianya boleh membunuh minat murid terhadap seni visual.

(c) RangsanganPamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameranhasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasilkarya seni visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yangdipamerkan turut diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru. Selain hasilkarya, bahan pameran seperi objek sejarah dan poster alam semula jadi bolehdiletakkan sebagai satu rangsangan dari sudut artistik dan kronologi masa dalamseni. 

(d) Pengajaran dan Pembelajaran FleksibelGuru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnyabersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangandaripada murid.

(e) Hormat-menghormatiGuru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid danmenghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalammenghasilkan karya seni visual.

(f) Memberikan Galakan dan MotivasiKanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu gurupendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi. 

Page 90: Teori Sosial Piaget

Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidakberminat untuk meneruskan penghasilan karya. Jangan sekali-kali memperlekehkanhasil karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dangangguan yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya seni.

(g) PenghargaanGalakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yangmereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama didalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yangbaik. 

RUMUSAN 

Di dalam topik ini, anda telah mempelajari kreativiti dan kepentingan merangsangpemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak selain mempelajari tingkatan kreativiti Aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif perlu diterapkan semasa melaksanakan aktivitipendidikan seni visual. Guru pendidikan seni visual juga perlu turut kreatif menjalankanproses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.