model jean mcniff

14
MODEL JEAN MCNIFF Tajuk: PENYELIDIKAN TINDAKAN I Pensyarah Pembimbing: TUAN HAJI AZHARI BIN MAT SALLEH SJH 3133 KUMPULAN 5

Upload: ryan-curtis

Post on 15-Apr-2016

97 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutorial

TRANSCRIPT

MODEL JEAN MCNIFFTajuk:

PENYELIDIKAN TINDAKAN I

Pensyarah Pembimbing:

TUAN HAJI AZHARI BIN MAT SALLEH

SJH 3133KUMPULAN 5

Disediakan Oleh:

Abdullah Muhaimin

bin Ahamad

Mohammed ‘Izzat Syimir bin Salleh

Mohd Fitri bin Shahruddin Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin

Cornelius bin Gaulus

Menurut McNiff, (1988)

“Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti

pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka

sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia

melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara

bersama.”

Seperti Whitehead, McNiff mengambil langkah-langkah asas proses penyelidikan tindakan seperti yang dinyatakan dalam penulisannya bersama Lomax dan Whitehead, 1996 sebagai berikut:

1. Melihat semula amalan semasa

2. Mengenal pasti aspek yang ingin dikaji

3. Membayangkan langkah-langkah untuk maju ke hadapan

4. Mencuba langkah-langkah tersebut

5. Ambil perhatian apa yang berlaku

6. Membuat modifikasi amalan dan terus mencubanya (cuba lagi dengan yang lain sekiranya cara baru itu tidak memberikan kesan positif)

7. Memantau apa yang dilakukan

8. Melihat semula dan membuat penilaian ke atas tindakan atau amalan yang telah dimodifikasi

9. Dan seterusnya masuk ke lingkaran kedua

Menurut McNiff lagi, terdapat DUA proses yang berlaku iaitu (1) tindakan sistematik

penyelidik semasa melalui langkah-langkah di atas dan (2) proses pembelajaran.

Tindakan merangkumi proses pembelajaran yang berlaku dan

pembelajaran itu pula diperolehi melalui amalan refleksi ke atas tindakan tersebut.

Oleh itu, semasa membuat laporan, kedua-dua proses itu perlu dilaporkan.

Langkah-langkah di atas, telah dirumuskan oleh McNiff (2001) dalam modelnya seperti berikut:

1. Mengenalpasti bidang amalan yang ingin dibuat penyelidikan

2. Membayangkan langkah/jalan penyelesaian (solution)

3. Melaksanakan langkah-langkah penyelesaian4. Menilai penyelesaian yang dibuat

5. Mengubah amalan berdasarkan maklumat penilaian

Kitaran penyelidikan tindakan ini akan membentuk kitaran kedua dan seterusnya

apabila bidang atau masalah baru mula ditemui pada masa yang sama.

Pilin atau kitaran seterusnya terbentuk untuk membolehkan penyelidik mengambil langkah-

langkah penyelesaian yang baru.

Proses ini digambarkan melalui rajah berikut:

Berdasarkan kitar tersebut, proses perhati-refleksi-bertindak-menilai-ubahsuai-pindah dalam arah baru adalah secara umumnya diketahui sebagai tindakan-

refleksi.

Kitar proses ini akan berterusan walaupun proses mencapai satu tahap kejayaan yang

dikatakan sementara, akan tetapi sudah memuaskan (provisional point), pada tahap

tersebut akan terjana lagi soalan-soalan baru dan kitar akan bermula semula.

BIBLIOGRAFI

Bassey, M (1995) Creating Education Through Research, Newark, Kirklington Moor Press/Edinburgh, BERA

Creswell, J. W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall.McNiff, J. ( 1988) Action Research Principles and Practice . London. MacMillan

Madzniyah Md. Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Mohd. Zubir Embong, Aminuddin Mohd. Sani, Zakiah Idris & Kim Phaik Lah (pngr.). 1995. Modul kajian tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berita Harian 19/8/ 2012 - PM lancar rangka tindakan kajian semula Pendidikan Nasional pada 11 September

Kajian Tindakan  Retrieved Oct 14, 2012, from  http://www.slideshare.net/malingall/konsep

dan model-kajian-tindakan

SEKIAN TERIMA KASIH