keberkesanan congkak converter dalam...

14
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014 68 KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM PENGENALAN KONSEP PENUKARAN PECAHAN TAK WAJAR KEPADA BENTUK NOMBOR BERCAMPUR DAN SEBALIKNYA BAGI MURID PEMULIHAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH Khoo Chwee Hoon (PhD) ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Congkak Converter dalam memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan Congkak Converter sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Congkak Converter yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan murid pemulihan matematik. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik bagi murid pemulihan matematik terutamanya di institusi pendidikan guru di negeri Sabah, Malaysia. Kata Kunci: Pengenalan konsep pecahan, Congkak Converter, Murid Pemulihan Matematik PENGENALAN Pendidikan Matematik penting dalam membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti murid-murid. Menurut Mok (2004), Sukatan Pelajaran bagi sekolah rendah telah disemak semula pada tahun 1998 yang membolehkan murid-murid sekolah rendah dapat mempelajari kemahiran asas matematik. Salah satu topik yang penting dalam Sukatan Pelajaran 1998 ialah Pecahan. Hal ini menunjukkan topik pecahan ini perlu dikuasai oleh setiap murid. Topik Pecahan ini penting dalam membantu murid menghadapi kehidupan seharian dan menguasai topik-topik lain seperti Nombor Perpuluhan dan Peratusan. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid- murid pemulihan matematik Tahun 5 di dua buah sekolah di daerah Tuaran.

Upload: nguyenthuan

Post on 27-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

68

KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM PENGENALAN KONSEP PENUKARAN PECAHAN TAK WAJAR KEPADA BENTUK

NOMBOR BERCAMPUR DAN SEBALIKNYA BAGI MURID PEMULIHAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

Khoo Chwee Hoon (PhD)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Congkak Converter dalam memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan Congkak Converter sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Congkak Converter yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan murid pemulihan matematik. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik bagi murid pemulihan matematik terutamanya di institusi pendidikan guru di negeri Sabah, Malaysia.

Kata Kunci: Pengenalan konsep pecahan, Congkak Converter, Murid Pemulihan Matematik

PENGENALAN

Pendidikan Matematik penting dalam membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti murid-murid. Menurut Mok (2004), Sukatan Pelajaran bagi sekolah rendah telah disemak semula pada tahun 1998 yang membolehkan murid-murid sekolah rendah dapat mempelajari kemahiran asas matematik. Salah satu topik yang penting dalam Sukatan Pelajaran 1998 ialah Pecahan. Hal ini menunjukkan topik pecahan ini perlu dikuasai oleh setiap murid. Topik Pecahan ini penting dalam membantu murid menghadapi kehidupan seharian dan menguasai topik-topik lain seperti Nombor Perpuluhan dan Peratusan. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5 di dua buah sekolah di daerah Tuaran.

Page 2: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

69

Murid-murid ini mempunyai pelbagai miskonsepsi dalam menukarkan pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya.

Dalam kajian ini, satu bahan bantu belajar (BBB) telah dicadangkan untuk membantu murid menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur iaitu menggunakan bahan konkrit iaitu Congkak Converter. BBB ini digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget (seperti dalam Haliza Hamzah & Samuel, 2009) yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang berumur tujuh hingga sebelas tahun berada pada peringkat operasi konkrit. Oleh yang demikian, kanak-kanak boleh membuat perkaitan secara logik melalui bahan konkrit. Kanak-kanak lebih mudah menguasai proses penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya melalui bahan konkrit. Bah kata Confucius (551 – 479 SM) (seperti dalam Myrko Thum, n. d.), “Saya dengar dan saya lupa. Saya lihat dan saya ingat. Saya lakukan dan saya faham”. Dengan demikian, diharapkan responden dapat menguasai proses penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya dengan berinteraksi pada congkak converter. BBB ini juga dapat diguna pakai untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran murid dalam konsep tambah, tolak, darab dan bahagi.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Bitter, Hatfield, dan Edwards (1989), pecahan adalah sukar untuk difahami. Salah satu sebabnya ialah penggunaan model-model yang tidak diterokai semasa konsep dibina. Nombor pecahan pada mulanya sepatutnya diajar dengan penggunaan pelbagai model dan bentuk. Sekiranya amalan ini tidak diikuti, pecahan akan terus menjadi topik yang sukar untuk dipelajari dan dihayati. Pada kebiasaannya, murid-murid yang lemah atau tercicir kurang berminat untuk belajar Matematik. Mereka tidak memahami apa yang diajar dan menyebabkan mereka melakukan perkara lain dan berbuat bising. Hal ini sering dapat penyelidik perhatikan sepanjang masa penyeliaan praktikum mengajar di sekolah rendah. Berdasarkan analisis Ujian Pra yang ditadbirkan kepada 70 orang murid di dua buah sekolah rendah, didapati bahawa terdapat 35 orang murid mempunyai miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya. Memandangkan tajuk pecahan merupakan salah satu tajuk yang sangat penting dalam pembelajaran matematik. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilaksanakan untuk meninjau miskonspsi-miskonsepsi yang dilakukan oleh murid. Kemudian kajian ini juga perlu mengenal pasti tahap-tahap penguasaan konsep murid-muird dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya sebelum intervensi dilaksanakan. Selepas intervensi dilaksanakan, meninjau semula tahap-tahap penguasaan konsep murid-murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. Akhirnya, meninjau keberkesanan penggunaan Congkak Converter dalam pengenalan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya.

Page 3: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

70

OBJEKTIF KAJIAN

(i) Mengenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya yang dilakukan oleh sampel kajian.

(ii) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur sebelum Congkak Converter digunakan;

(iii) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar sebelum Congkak Converter digunakan;

(iv) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur selepas Congkak Converter digunakan;

(v) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar selepas Congkak Converter digunakan; dan

(vi) Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.

SOALAN KAJIAN

(i) Apakah miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya yang dilakukan oleh sampel kajian?

(ii) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur sebelum Congkak Converter digunakan?

(iii) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar sebelum Congkak Converter digunakan?

(iv) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur selepas Congkak Converter digunakan?

(v) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar selepas Congkak Converter digunakan?

(vi) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian ini dibentuk untuk menjawab objektif kajian keenam dan soalan kajian keenam. Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian

pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.

Page 4: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

71

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa batasan kajian yang berikut: (i) Kajian ini terbatas kepada dua konsep penukaran pecahan sahaja iaitu

penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar.

(ii) Sampel kajian ini ditentukan berdasarkan Pencapaian Ujian Pra sampel kajian.

(iii) Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5 khususnya dalam dua konsep penukaran pecahan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan Congkak Converter sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Sampel Kajian Sampel kajian ini dikenalpastikan melalui satu Ujian Pra yang disediakan oleh penyelidik. Murid-murid yang tidak dapat menyelesaikan lima soalan daripada 10 soalan yang diberikan dalam dua kemahiran akan dikategorikan sebagai murid pemulihan matematik. Dapatan analisis data Ujian Pra menunjukkan bahawa sebanyak 35 orang murid pemulihan matematik menjadi sampel kajian ini kerana mereka mempunyai miskonsepsi dalam penukaran kemahiran-kemahiran ini. Pengumpulan Data Pengumpulan data kajian ini mengambil masa selama setengah tahun. Persediaan bermula pada bulan September 2012. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini ialah menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca. Selain itu, penggunaan Congkak Converter diperlukan untuk meninjau keberkesanan bahan intervensi ini pengenalan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. ujian pasca bagi sampel kajian. Instrumentasi Kajian Dalam pengumpulan data kajian ini, sampel kajian perlu menjawab dua set ujian yang berikut: i) Kertas soalan Ujian Pra

Kertas soalan Ujian Pra mengandungi 10 item

Page 5: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

72

Item 1 hingga item 5 berkaitan dengan penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur.

Item 6 hingga item 10 berkaitan dengan penukaran nombor bercampur kepada bentuk pecahan tak wajar.

ii) Kertas soalan Ujian Pasca

Kertas soalan Ujian Pasca mengandungi 10 item

Item 1 hingga item 5 berkaitan dengan penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur.

Item 6 hingga item 10 berkaitan dengan penukaran nombor bercampur kepada bentuk pecahan tak wajar.

iii) 1 set Congkak Converter diberikan mengikut kumpulan

1 set Congkak Converter mengandungi

1 prosedur penggunaan congkak converter

1 batang pen whiteboard

25 biji guli dalam satu mangkuk plastik besar yang bertutup

1 ruangan kosong untuk pecahan tak wajar (dilaminatekan)

1 ruangan kosong untuk nombor bercampur (dilaminatekan)

5 mangkuk plastik kecil (mewakili Nombor Bulat)

1 mangkuk plastik besar (mewakili Pengangka pecahan)

iv) 1 set kertas soalan untuk aktiviti kumpulan Prosedur Pengendalian Kajian National Policy on Education (1992, seperti dalam Manpal Singh 2004) mementingkan penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan teori Jean Piaget (seperti dalam Haliza Hamzah & Samuel, 2009) yang mengklasifikasikan kanak-kanak tujuh hingga sebelas tahun memerlukan bahan konkrit dalam memahami konsep-konsep yang abstrak.

Menurut Petit, Laird, dan Marsden (2010), terdapat tiga jenis model yang boleh digunakan oleh murid untuk menyelesaikan masalah dan memperkenalkan konsep pecahan. Antaranya ialah model luas, model set, dan

Page 6: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

73

garis nombor. Congkak converter adalah berdasarkan model set. Petit et. al. (2010) menjelaskan bahawa model set melibatkan pemikiran tentang bahagian pecahan daripada satu set objek. Model set yang murid akan berinteraksi selalunya berkaitan dengan koleksi objek-objek yang biasa boleh dijumpai di dalam bilik darjah seperti butang, gula-gula, dan guli.

Oleh itu, penyelidik telah menggunakan congkak converter iaitu bahan konkrit yang dekat dengan kanak-kanak agar kanak-kanak dapat menguasai konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya serta melakukan proses-proses tersebut. Kajian ini dilaksanakan melalui 5 fasa seperti berikut: Fasa 1: Tinjauan Awal Dalam Fasa 1 ini, kajian ini dimulakan dengan mentadbir Ujian Pra kepada 70 orang murid di dua buah sekolah rendah. Kemudian hasil Ujian Pra dianalisis secara terperinci untuk mengenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi yang dilakukan oleh murid-murid. Fasa 2: Sesi Input Satu sesi input telah dilaksanakan dalam kajian ini. Satu penerangan ringkas berkaitan prosedur penggunaan Congkak Converter dalam penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya telah dijalankan dalam kelas. Fasa 3: Aktiviti Kumpulan – Penggunaan Congkak Converter Murid-murid menggunakan Congkak converter untuk melaksanakan

aktiviti kumpulan yang diberikan oleh guru.

Guru memberi tunjuk ajar prosedur penggunaan congkak converter kepada sampel kajian.

Sampel kajian menulis hasil jawapan dalam kertas aktiviti kumpulan yang disediakan oleh guru.

Fasa 4: Persediaan sebelum ujian pasca

Guru mengajar murid menukar pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur tanpa menggunakan Congkak Converter.

Fasa 5: Ujian Pasca

Guru mengajar murid menukar pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur tanpa menggunakan Congkak Converter.

Fasa 6: Penyebarluasan Congkak Converter

Penyebarluasan Congkak Converter kepada rakan sekerja dan projek inovasi di sekolah kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5

Penganalisisan Data Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pertama pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Sebelum penganalisisan data dilaksanakan, taburan data telah disemak kenormalan data melalui kepencongan data.

Page 7: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

74

DAPATAN KAJIAN

(i) Miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya yang dilakukan oleh sampel kajian

Secara khususnya miskonsepsi-miskonsepsi yang dilakukan oleh sampel kajian adalah seperti berikut: (A) Penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur melalui kaedah membahagikan penyebut dengan pengangka. Kesilapan-kesilapan itu adalah seperti yang berikut: i. Tidak tahu menyusun pembahagi, hasil bahagi dan baki dengan betul

setelah membahagi penyebut dengan pengangka. Murid menyusun nombor-nombor berikut menjadi nombor bercampur yang baru. a) Menyusun pembahagi sebagai penyebut. b) Menyusun baki sebagai nombor (nombor bulat pada nombor

bercampur). c) Menyusun hasil bahagi sebagai pengangka.

(B) Penukaran nombor bercampur kepada bentuk pecahan tak wajar. Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti adalah seperti berikut: i. Mendarab penyebut dengan nombor (nombor pada nombor bercampur)

untuk dijadikan pengangka baru. ii. Menambah pengangka dengan nombor (nombor pada nombor

bercampur) untuk dijadikan penyebut baru. iii. Menolak penyebut dengan nombor (nombor pada nombor bercampur)

untuk dijadikan penyebut baru. iv. Menambah pengangka dengan nombor (nombor pada nombor

bercampur) untuk dijadikan penyebut baru. v. Menambah penyebut dengan nombor (nombor pada nombor

bercampur). untuk dijadikan pengangka baru. Memandangkan topik Pecahan ini penting dalam membantu sampel kajian menghadapi kehidupan seharian dan menguasai topik-topik lain seperti Nombor Perpuluhan dan Peratusan. Justeru itu, satu intervensi amat perlu dilaksanakan untuk membantu sampel kajian ini. (ii) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak

wajar kepada nombor bercampur sebelum Congkak Converter digunakan

Berdasarkan anlisis keputusan Ujian Pra yang diperolehi daripada sampel kajian, taburan penguasaan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur mengikut frekuensi dan peratusan dapat ditunjukkan dalam Jadual 1 yang berikut.

Page 8: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

75

Jadual 1: Taburan Penguasaan Penukaran Konsep Pecahan Tak Wajar kepada Nombor Bercampur Mengikut Frekuensi dan Peratus (Ujian Pra) N = 35

UJIAN PRA Penukaran Pecahan Tak Wajar kepada

Nombor Bercampur

Penguasaan konsep frekuensi peratus

Tidak ada (0 markah) 13 37.1

lemah (1 – 2 markah) 2 5.7 sederhana ( 3 – 4 markah) 8 22.9 baik (5 markah penuh) 11 31.4

Sebelum Congkak Converter digunakan, hasil analisis keputusan Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat 37.1% sampel kajian belum menguasai konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Didapati bahawa terdapat 5.7 % sampel kajian dan 22.9% sampel kajian berada pada tahap penguasaan yang lemah dan sederhana masing-masing.

Walaupun terdapat 31.4% sampel kajian telah menguasai konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur, tetapi kebanyakan daripada sampel kajian tersebut belum menguasai konsep penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar. (iii) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor

bercampur kepada pecahan tak wajar sebelum Congkak Converter digunakan

Jadual 2: Taburan Penguasaan Penukaran Konsep Nombor Bercampur

kepada Pecahan Tak Wajar Mengikut Frekuensi dan Peratus (Ujian Pra) N = 35

UJIAN PRA Penukaran Nombor Bercampur

kepada Pecahan Tak Wajar

Penguasaan konsep frekuensi peratus

Tidak ada (0 markah) 34 97.1 lemah (1 – 2 markah) 1 2.9 sederhana ( 3 – 4 markah) 0 0.0

baik (5 markah penuh) 0 0.0

Sebelum Congkak Converter digunakan, hasil analisis keputusan Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat 97.1% sampel kajian belum menguasai konsep penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar. Selain itu, terdapat 2.9% sampel kajian berada pada tahap penguasaan yang lemah. Tiada sampel kajian yang berada pada tahap penguasaan yang sederhana dan baik. (iv) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak

wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya sebelum Congkak Converter digunakan

Page 9: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

76

Jadual 3 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus sampel kajian mengikut tahap penguasaan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya sebelum Congkak Converter digunakan. Sebelum Congkak Converter digunakan, didapati sebanyak 34.3% sampel kajian belum menguasai kedua-dua konsep ini. Manakala, 65.7% sampel kajian masih berada dalam tahap penguasaan konsep yang lemah sahaja. Tiada sampel kajian berada pada tahap penguasaan konsep sederhana dan baik. Jadual 3: Taburan frekuensi dan peratus sampel kajian mengikut tahap

penguasaan konsep (Ujian Pra) N = 35

Penguasaan konsep UJIAN PRA

frekuensi peratus

Tidak ada (0 markah) 12 34.3 lemah (1 - 5) 23 65.7 sederhana (6 - 8) 0 0.0 baik (9 - 10) 0 0.0

(v) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak

wajar kepada nombor bercampur selepas Congkak Converter digunakan

Jadual 4: Taburan Penguasaan Konsep Pecahan Tak Wajar kepada

Nombor Bercampur Mengikut Frekuensi dan Peratus (Ujian Pasca) N = 35

UJIAN PASCA Penukaran Pecahan Tak Wajar kepada

Nombor Bercampur

Penguasaan konsep frekuensi peratus

Tidak ada (0 markah) 2 5.7

lemah (1 - 2) 1 2.9

sederhana ( 3 - 4) 10 28.6

baik (5) 22 62.9

Selepas penggunaan Congkak Converter, hasil analisis keputusan Ujian Pasca menunjukkan bahawa terdapat 62.9% sampel kajian menguasai konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan baik. Didapati bahawa hanya terdapat 5.7% dan 2.9% sampel kajian belum menguasai konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan berada pada tahap penguasaan yang lemah masing-masing.

Page 10: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

77

(vi) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar selepas Congkak Converter digunakan

Selepas Congkak Converter digunakan, hasil analisis keputusan Ujian Pasca menunjukkan bahawa terdapat 51.4% dan 28.6% sampel kajian menguasai konsep penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dengan baik dan sederhana masing-masing. Didapati bahawa hanya terdapat 11.4% dan 8.6% sampel kajian berada pada tahap penguasaan belum menguasai dan lemah sahaja. Jadual 5: Taburan Penguasaan Konsep Nombor Bercampur kepada

Pecahan Tak Wajar Mengikut Frekuensi dan Peratus (Ujian Pasca) N = 35

UJIAN PASCA Penukaran Nombor Bercampur

kepada Pecahan Tak Wajar

Penguasaan konsep frekuensi peratus

Tidak ada (0 markah) 4 11.4

lemah (1 - 2) 3 8.6

sederhana ( 3 - 4) 10 28.6 baik (5) 18 51.4

(vii) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak

wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya selepas Congkak Converter digunakan

Jadual 6 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus sampel kajian mengikut tahap penguasaan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya. Selepas Congkak Converter digunakan, didapati tidak ada sampel kajian berada pada tahap belum menguasai kedua-dua konsep ini. Manakala, 54.3% sampel kajian berada pada tahap penguasaan konsep yang baik. 25.7% sampel kajian berada pada tahap penguasaan konsep sederhana. Hanya 20.0% sampel kajian berada pada tahap lemah. Jadual 6: Taburan frekuensi dan peratus murid mengikut tahap

penguasaan konsep (Ujian Pasca) N = 35

Penguasaan konsep UJIAN PASCA

frekuensi peratus

Tidak ada (0 markah) 0 0.0

lemah (1 - 5) 7 20.0

sederhana (6 - 8) 9 25.7

baik (9 - 10) 19 54.3

Page 11: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

78

(viii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian?

Dalam kajian ini, Ujian-t untuk sampel bersandar telah digunakan untuk menguji hipotesis nol pertama pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 7 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra iaitu sebanyak skor 5.66 daripada skor 10 sebagai skor penuh. Jadual 7: Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Min N Sisihan Piawai

Pair 1 PRA 2.43 35 2.223

PASCA 8.09 35 1.944

Jadual 8: Jadual Ujian –t untuk Sampel Bersandar

Paired Differences

Mean Std.

Deviation

Std. Error Mean

95% Confidence Interval of the

Difference

t df Sig.

(2-tailed) Lower Upper

Pair 1 PRA - PASCA

-5.66 2.697 .449 -6.524 -4.699 -12.484 34 .000

Berdasarkan analisis data melalui Ujian-t untuk sampel bersandar (Jadual 8), didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig = .000), justeru Ho1 yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian Berjaya ditolak. Secara rumusan, kajian ini terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian (t = -12.484; sig = .000). Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Justeru, Congkak Converter yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan sampel kajian.

IMPLIKASI KAJIAN

Selepas Congkak Converter digunakan, analisis keputusan Ujian Pasca sangat membanggakan kerana 54.3% sampel kajian dapat menyelesaikan 9 hingga 10 item dalam Ujian Pasca dengan betul dan tepat. Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa Congkak Converter telah memperbaiki miskonsepsi Pecahan dalam kalangan murid.

Melalui penggunaan Congkak Converter, keempat-empat jenis miskonsepsi sampel kajian dalam penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya telah dapat diperbaiki. Akhirnya, penguasaan kemahiran sampel kajian dalam penukaran pecahan tak wajar

Page 12: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

79

kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya telah meningkat. Berdasarkan dapatan Ujian Pasca, didapati bahawa 100% sampel kajian telah menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya.

Congkak Converter ini dapat memanfaatkan kedua-dua pihak murid dan guru. Congkak Converter ini dapat menjimat masa murid mengenali konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya. Ini adalah disebabkan murid telah diperkenalkan teknik dan prosedur penggunaan Congkak Converter dengan betul.

Congkak Converter ini menjimatkan masa murid untuk melaksanakan proses-proses penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya dengan cepat, tepat, dan berkesan. Murid tidak perlu membuang masa membuat pembetulan yang banyak akibat kesilapan yang dihasilkan. Justeru mereka boleh menggunakan masa yang selebihnya untuk aktiviti lain yang berfaedah.

Congkak Converter ini juga berjimat masa guru kerana tidak perlu membetulkan kesilapan yang banyak dilakukan oleh murid. Congkak Converter ini mengurangkan kesilapan umum yang dihasilkan oleh murid. Justeru, masa untuk guru menerang, menjelas dan mengajar kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid dapat dijimatkan kerana murid dapat menyelesaikan masalah berkaitan kemahiran begini melalui Congkak Converter. Apabila membuat perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca, keputusan analisis data menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, terdapat 54.3% sampel kajian telah menguasai sepenuhnya bagi kedua-dua konsep ini. Selepas Congkak Converter digunakan, didapati pengajaran guru menjadi lebih menarik, mudah, dan penguasaan murid lebih menyeluruh. Ini adalah disebabkan ia melibatkan “hand-on” murid dalam sesuatu topik. Selain itu, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria dan menyeronokkan semasa aktiviti memperkenalkan kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya diperkenalkan kepada sampel kajian. Diperhatikan sampel kajian berasa sangat gembira dan selalu meminta guru untuk memperkenalkan bahan inovasi lain lagi untuk kemahiran-kemahiran yang lain. Diperhatikan bahawa tumpuan sampel kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru adalah sepenuhnya kepada pembelajaran berbentuk „hand-on‟. Sampel kajian terlibat secara aktif dan menyeluruh (Semua murid mengambil bahagian).

Minat dan motivasi sampel kajian meningkat selepas Congkak Converter dilaksanakan. Mereka tidak menakutkan tajuk Pecahan lagi. Mereka berasa minat dan bermotivasi untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik yang seterusnya disampaikan oleh guru.

Semua sampel kajian telah disemai minat untuk menyelesaikan masalah penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya dengan menggunakan Congkak Converter. Kefahaman konsep kemahiran ini dapat membantu sampel kajian mengaplikasikannya dalam menyelesaikan soalan-soalan berkaitan kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya tanpa menggunakan Congkak Converter lagi.

Page 13: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

80

Selepas penggunaan Congkak Converter ini, keyakinan sampel kajian terhadap kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya telah meningkat. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis data–data Ujian Pasca. Hasil analisis Ujian Pasca menunjukkan bahawa semua murid dapat menyelesaikan Ujian Pasca dengan 100% betul, cepat, dan tepat. Sampel kajian berasa seronok untuk menyelesaikan item-item yang berkaitan dengan penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya dengan menggunakan Congkak Converter. Selepas sampel kajian diperkenalkan prosedur penggunaan Congkak Converter, mereka berasa bahan inovasi ini sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Guru berpuas hati dengan pencapaian sampel kajian kerana 100% sampel kajian telah menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya dengan sepenuhnya.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, maka sewajarnya bahan inovasi seperti ini harus diperluaskan lagi supaya murid dapat belajar melalui penggunaan Congkak Converter. Ini adalah disebabkan secara keseluruhan Congkak Converter ini mampu menarik minat serta mempunyai unsur-unsur pembelajaran yang sangat berguna kepada sampel kajian. Akhirnya, diharapkan bahan inovasi “Congkak Converter” ini dapat diketengahkan untuk menjadi satu trend penyampaian ilmu secara hand-on selain ia mempraktikkan pedagogi pembelajaran aktif yang diwawarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Secara keseluruhannya, Congkak Converter ini berjaya menghasilkan intervensi yang memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang dipelajari. Tidak dapat dinafikan pengenalan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya dengan menggunakan Congkak Converter dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional (Chalk and talk). Program ini juga berjaya menerapkan tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif di samping membentuk sahsiah dan keperibadian unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya merealisasikan PIPP membangunan modal insan kelas pertama. Oleh yang demikian, dicadangkan penggunaan “Congkak Converter” dapat digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya dalam tajuk pecahan.

BIBLIOGRAFI

Bitter, G. G., Hatfield, M. M., & Edwards, N. T. (1989). Mathematics methods for

the elementary and middle school: A comprehensive approach. United State of America: Ally and Bacon.

Haliza Hamzah & Samuel. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Selangor Darul

Ehsan: UG Press.

Page 14: KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/6.pdf · digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget ... kanak-kanak

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

81

Manpal Singh. (2004). Modern teaching of mathematics. New Delhi: Anmol Publications.

Mok, S. S. (2004). A prymary education course in mathematics for post

graduate diploma (K. P. L. I.). Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Myrko Thum. (n. d.). Confucius says: The top 10 wise confucius quotes. Dilayari

Pada 12 Februari 2013 di URL http://www.myrkothum.com/confucius-says-the-top-10-quotes-by-confucius/

Petit, M. M., Laird, R. E., & Marsden, E. L. (2010). A focus on fractions: Bringing

research to the classroom. New York: Rautledge.