teori jean fousseau dan locke

23
TEORI JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1712-1778) DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1.0 BIODATA TOKOH JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1712-1778) Beliau adalah seorang ahli falsafah Perancis. Dilahirkan di Geneva, merupakan anak kepada Isaac Rousseau iaitu seorang pembuat jam tangan. Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau baru dilahirkan. Pada awal 10 tahun umurnya, dia telah dibesarkan oleh ayahnya seorang. Setelah tahun 1722 beliau dipisahkan dari ayahnya yang keluar dari Geneva untuk mengelakkan diri dari dipenjarakan kerana terlibat dengan pergaduhan. Jean Jacques telah dihantar ke Bossey oleh sepupunya dan 2 tahun selepas itu beliau berpindah semula ke Geneva tinggal bersama bapa saudaranya. (Stangroom, J. & Garvey, J., 2005) Beliau dikenali kerana bukunya Emile yang membincangkan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Emile, seorang kanak-kanak yang digambarkan oleh Rousseau dalam novelnya dibesarkan di sebuah pulau yang tidak dicemari pengaruh persekitaran yang penuh dengan kejahatan. Emile belajar daripada alam semula jadi dengan menggunakan deria di bawah bimbingan ibu dan bapanya dalam suasana yang sangat indah. Beliau menggambarkan Emile sebagai seorang kanak-kanak yang berkebolehan, membesar dan berkembang dalam suasana yang bebas daripada gangguan luar. (Azizah Lebai Nordin, 2002) 1.1 TEORI NATURALISME

Upload: wanabdulmustaqim-wanbuanan

Post on 28-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JEAN

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

TEORI JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1712-1778) DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1.0 BIODATA TOKOH

JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1712-1778)

Beliau adalah seorang ahli falsafah Perancis. Dilahirkan di

Geneva, merupakan anak kepada Isaac Rousseau iaitu seorang

pembuat jam tangan. Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau

baru dilahirkan. Pada awal 10 tahun umurnya, dia telah dibesarkan

oleh ayahnya seorang. Setelah tahun 1722 beliau dipisahkan dari

ayahnya yang keluar dari Geneva untuk mengelakkan diri dari

dipenjarakan kerana terlibat dengan pergaduhan. Jean Jacques telah

dihantar ke Bossey oleh sepupunya dan 2 tahun selepas itu beliau

berpindah semula ke Geneva tinggal bersama bapa saudaranya.

(Stangroom, J. & Garvey, J., 2005)

Beliau dikenali kerana bukunya Emile yang membincangkan asuhan

dan pendidikan awal kanak-kanak. Emile, seorang kanak-kanak yang

digambarkan oleh Rousseau dalam novelnya dibesarkan di sebuah

pulau yang tidak dicemari pengaruh persekitaran yang penuh

dengan kejahatan. Emile belajar daripada alam semula jadi dengan

menggunakan deria di bawah bimbingan ibu dan bapanya dalam

suasana yang sangat indah. Beliau menggambarkan Emile sebagai

seorang kanak-kanak yang berkebolehan, membesar dan

Page 2: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

berkembang dalam suasana yang bebas daripada gangguan luar.

(Azizah Lebai Nordin, 2002)

1.1 TEORI NATURALISME

Pandangan beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak dikenali

sebagai naturalisme. Bagi Rousseau, naturalisme bermakna

meninggalkan pengaruh masyarakat yang penuh dengan kepura-

puraan. Hal ini bermakna, kanak-kanak di ajar tanpa sebarang

pengaruh dari luar iaitu berlaku secara proses semula jadi dalam diri

kanak-kanak. Menurut Rousseau, kanak-kanak dilahirkan tanpa

mewarisi sebarang sikap-sikap yang buruk tetapi semula jadi yang

baik. Alasan beliau pendidikan awal kanak-kanak seharusnya

bertindak balas dengan perkara-perkara yang baik dan memberikan

laluan kepada minat dan aktiviti yang spontan daripada kanak-

kanak.

Menurut Rousseau :

“Let us lay it down as and incontrovertible rule that the first

impulses of nature are always right, there is no original sin in the

human heart... the only natural passion is self-love or selfishness

taken in a wider sense.” (Anne, G. M. & Kathryn, B. W., 2004)

Walaupun beliau bukan seorang pendidik, beliau telah

mencadangkan atmosfera sekolah seharusnya kurang halangan dan

lebih fleksibel untuk memenuhi kehendak kanak-kanak. Beliau

menekankan penggunaan material yang konkrit daripada yang

Page 3: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

abstrak dan bersimbol. Beliau menegaskan naturalisme telah

menggantikan pendidikan di dalam cara yang memerlukan seorang

guru lebih fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak. Menurut

beliau, dalam bukunya, Emile (1761), “pengorbanan sedikit masa

semasa zaman kanak-kanak akan dibalas apabila kanak-kanak itu

dewasa” (Anne, G. M. & Kathryn, B. W., 2004). Hal ini bermakna

semasa zaman kanak-kanak, mereka seharusnya didedahkan

dengan pendidikan yang bercorak naturalisme iaitu membenarkan

perkembangan individu tanpa gangguan dan halangan. Contohnya,

kanak-kanak dibiarkan bebas meneroka persekitaran sekelilingnya

tanpa gangguan dan halangan dari sesiapa. Bagi Rousseau,

pendidikan secara semula jadi dapat mempertingkatkan kualiti

seperti kegembiraan, kespontanan dan inkuisitif.

Falsafah beliau, manusia pada asal kejadiannya adalah baik.

Oleh itu pendidikan haruslah menggalakkan supaya kebaikan itu

dapat berkembang. Dalam novelnya “Emile” beliau menggambarkan

pandangannya terhadap alam seperti berikut “ God makes all things

good, man meddles with them and they become evil.”(Morrison,

2001). Kanak-kanak bagaikan kain putih yang dilahirkan bersih

tanpa sebarang pengaruh yang negatif. Ibu bapa dan persekitaran di

sekelilingnya yang akan menyebabkan bagaimana tingkah laku

kanak-kanak itu terbentuk. Oleh itu, kanak-kanak haruslah diisi,

dididik dan diasuh dengan pelbagai aspek dalam kehidupan dan

Page 4: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

harus diberi peluang untuk merasai pelbagai pengalaman dalam

proses pembelajaran dan menjadi seorang individu yang baik.

Dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak, beliau

menganggap semasa kanak-kanak dilahirkan mereka di dalam

keadaan baik. Mereka harus diberi peluang untuk melahirkan

perasaan dan kecenderungan mereka secara bebas. Rousseau

berpendapat setiap kanak-kanak itu unik dan beliau yakin bahawa

keseimbangan sosial dan emosi itu penting dari pengumpulan

maklumat dan kemahiran. Di dalam falsafahnya, beliau menekankan

empat perkara iaitu, kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.

Proses pendidikan berpusatkan kepada kanak-kanak sangat

menitikberatkan proses perkembangan kanak-kanak secara

spontan. (Azizah Lebai Nordin, 2002)

1.2 SUMBANGAN

Menurut Azizah Lebai Nordin di dalam bukunya Pendidikan

Awal Kanak-kanak Teori dan Amali (2002), sumbangan Rousseau

yang terbesar adalah huraiannya tentang ciri semula jadi kanak-

kanak mengikut peringkat umur yang berbeza. Pandangan

Rousseau tentang pendidikan ini telah membentuk kurikulum yang

disusun mengikut peringkat umur yang berbeza dan berdasarkan

minat dan kecenderungan kanak-kanak. Pendidikan harus

berteraskan pengalaman, kanak-kanak menggunakan objek

Page 5: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

sebelum mengenali sumber, dan mereka diperkenalkan dengan

perkara konkrit sebelum abstrak.

Hal ini sangat berkaitan dengan pembelajaran sains untuk

pendidikan awal kanak-kanak. Semulajadinya kanak-kanak

mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan mereka akan mula

mencari jawapan untuk pertanyaan-pertanyaan mereka. Jika kanak-

kanak itu cenderung dalam perkara bertukang atau membina

sesuatu, dia akan membuat eksperimen ke atas blok-blok kayu

untuk membentuk bangunan atau membina kayu itu tinggi,

kemudian menjatuhkannya semula. Manakala, jika kanak-kanak itu

mempunyai minat atau cenderung pada bunyi-bunyian, dia akan

lebih menumpukan pada bunyi blok-blok kayu apabila jatuh, apabila

diketuk dan apabila dibaling. Hal ini terserah kepada kecenderungan

minat mereka dan kemampuan mereka untuk mengkaji bahan

tersebut tanpa arahan atau halangan dari orang dewasa atau guru.

Dalam matapelajaran sains, kanak-kanak akan didedahkan dengan

perkara konkrit sebelum abstrak sepertimana yang telah disarankan

oleh Rousseau.

Peranan seorang guru adalah menjadi pembimbing dan

membiarkan kanak-kanak meneroka untuk memperoleh

pengetahuan, bukan sekadar mengharapkan pengajaran guru

dengan menggunakan buku teks. Beliau juga mengemukakan teori

pendidikan yang berpendapat bahawa pembelajaran berlaku melalui

Page 6: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

pemerhatian secara langsung terhadap bahan-bahan yang maujud.

Hal ini supaya kanak-kanak boleh memperolehi ilmu yang lebih

berkesan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengaitkan

pembelajaran dengan kehidupan seharian mereka.

Peranan seorang guru sains juga selaras dengan pendapat

Rousseau. Seorang guru sains tidak seharusnya menyekat

pembelajaran kanak-kanak pada buku teks atau kertas-kertas kerja.

Mereka haruslah mendedahkan kanak-kanak pada ilmu sains yang

lebih berkesan. Membiarkan kanak-kanak membuat pemerhatian

dan seterusnya mengkaji pemerhatian mereka bagi mendapat

jawapan. Sains juga sangat menitikberatkan penggunaan bahan-

bahan maujud bagi memberi kanak-kanak mendapat ilmu yang lebih

berkesan.

Beliau banyak menekankan kepada pembelajaran kanak-kanak

secara semula jadi. Kandungan kurikulumnya mengandungi aktiviti-

aktiviti yang berdasarkan pengalaman deria kanak-kanak. Rousseau

percaya bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan

penggunaan pelbagai objek dan aktiviti-aktiviti yang meminta

mereka melaluinya sendiri seperti merasai benda yang panas atau

sejuk, membandingkan saiz kecil atau besar dan rasa keras atau

lembut. (Azizah Lebai Nordin, 2002). Proses ini merupakan

pembelajaran dari pengalaman pertama kanak-kanak. Mereka diberi

peluang untuk meneroka dan melalui pengalaman tersebut dengan

Page 7: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

sendiri. Antara contoh-contoh aktiviti sains yang berkaitan dengan

saranan beliau ialah :

· Memerhatikan daun yang berlainan bentuk

· Mendengar bunyi burung

· Menanam pokok

· Melukis bayang-bayang diri sendiri pada masa yang berlainan

· Bermain dengan magnet

· Memerhatikan perubahan cuaca

· Berjalan disekeliling sekolah untuk memerhatikan jenis-jenis binatang

Beliau juga menyarankan ibu bapa dan guru menggunakan

kaedah pengajaran yang semula jadi dalam perkembangan awal

kanak-kanak.

parents and teachers allow children to develop according to their

natural abolities, do not interfere with development by forcing

education, and tend not to overprotect them from the corrupting

influences of society.(Marrison,1995)

Menurut Azizah Lebai Nordin (2002), ibu bapa dan guru perlu

membuat pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dan

menyediakan pengalaman-pengalaman berdasarkan masa yang

sesuai. Pendidikan pada pandangan Rousseau berlaku melalui tiga

punca iaitu semula jadi, manusia dan benda. Semula jadi

merupakan faktor utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Hal

ini kerana faktor ini dapat membantu kanak-kanak lebih memahami

Page 8: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

sesuatu pembelajaran dan penerokaan yang dilakukan oleh mereka.

Kanak-kanak itu secara semula jadinya mempunyai rasa ingin tahu

dan suka meneroka sesuatu bagi mendapat pengetahuan baru. Oleh

itu, guru perlu memerhatikan murid dan menanyakan soalan ke

arah membimbing kanak-kanak lebih memahami perkara yang

mereka sedang terokai. Guru perlu memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk menceritakan apa yang mereka sedang lihat, fikir,

melakukan, akan melakukan atau apa jua persoalan yang berada di

dalam minda mereka. Manusia pula merupakan aspek penting di

dalam pendidikan. Hal ini kerana manusia adalah mereka yang

menerima pembelajaran dan yang memberi pengajaran. Manakala

benda adalah sumber yang membantu manusia lebih memahami

sesuatu pembelajaran. Ketiga-tiga punca pendidikan ini dapat

membantu perkembangan sains dalam diri kanak-kanak dengan

lebih baik.

2.0 PERSEKITARAN AWAL SAINS UNTUK KANAK-KANAK

Dalam pembelajaran sains awal kanak-kanak, proses

pembelajaran harus melalui proses bertindak dan berfikir. Cara yang

terbaik adalah dengan memberi kanak-kanak aktiviti dari

pengalaman sendiri. Seorang guru harus mengetahui bahawa setiap

kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang tersendiri. Rasa ingin

tahu ini akan membuatkan kanak-kanak suka bertanya banyak

soalan. Hal ini kerana pembelajaran dilakukan oleh kanak-kanak itu

Page 9: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

sendiri (orang lain tidak boleh belajar untuknya). Selain itu,

pembelajaran berlaku semasa kanak-kanak cuba memahami alam

persekitaran mereka bersamaan dengan teori Rousseau iaitu

pendidikan berlaku melalui tiga punca iaitu semula jadi, manusia

dan benda. Oleh itu, pembelajaran akan berlaku apabila kanak-

kanak mula membina pengetahuan daripada persekitaran mereka.

Pembelajaran adalah satu proses interaksi kanak-kanak

dengan persekitarannya. Persekitaran ini terdiri daripada rakan

sebaya, orang dewasa dan alam sekitar. Kanak-kanak secara semula

jadinya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Semua objek yang

terdapat di sekeliling mereka boleh menjadi alatan permainan

mereka. Mereka akan berimaginasi dengan objek yang terdapat di

alam sekitar mereka dan bermain secara aktif dengan peralatan

tersebut. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan ahli sains secara

semula jadi, mereka akan menerokai persekitaran melalui

pemerhatian seterusnya melakukan percubaan iaitu bereksperimen.

Pembelajaran ini merupakan salah satu aspek yang telah

dipertengahkan oleh Rousseau di dalam sumbangan beliau untuk

pendidikan awal kanak-kanak.

Di dalam pembelajaran inkuiri, kanak-kanak diberi peluang untuk

belajar tentang persekitaran secara semula jadi. Mereka digalakkan

untuk bertanya pelbagai soalan dan melakukan eksperimen bagi

mencari jawapan untuk soalan yang mereka kemukakan. Perasaan

Page 10: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

ingin tahu kanak-kanak juga diterapkan secara semula jadi dan

dibiarkan agar kanak-kanak lebih bermotivasi untuk mencari

jawapan. Mereka diberi aktiviti-aktiviti berdasarkan pengalaman

sendiri dan memerlukan pemikiran minda yang kreatif. Selain itu,

pembelajaran inkuiri juga memerlukan penglibatan kanak-kanak

secara langsung dan aktif dari segi mental dan fizikal. Aktiviti sains

melalui pembelajaran ini memerlukan kanak-kanak melakukan

eksperimen daripada guru hanya mengajar mata pelajaran sains itu

semata-mata.

Manakala pembelajaran secara penerokaan pula memberi kanak-

kanak idea-idea yang menarik. Pembelajaran ini adalah hasil yang

diperolehi daripada pembelajaran inkuiri. Ia memerlukan kanak-

kanak meneroka secara aktif dan membina idea bagi membentuk

konsep-konsep yang baru. Pembelajaran ini juga memerlukan

penglibatan yang aktif dan pengalaman sebenar dalam melakukan

sebarang penerokaan. Penerokaan yang aktif melibatkan kanak-

kanak untuk membuat pemerhatian. Contohnya, kanak-kanak

memerhati perubahan suhu, angin, awan, warna, bentuk, tekstur

dan bau.

Kedua-dua pembelajaran inkuiri dan belajar melalui penerokaan ini

sangat bersesuaian dengan pendapat Rousseau iaitu, ‘parents and

teachers allow children to develop according to their natural

abolities, do not interfere with development by forcing education,

Page 11: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

and tend not to overprotect them from the corrupting influences of

society.’(Marrison,1995)

Kanak-kanak juga digalakkan bertanya soalan dan mencari

jawapan melalui penerokaan dan eksperimen. Hal ini akan

membantu kanak-kanak menjana daya pemikiran yang lebih kreatif

dan inovatif. Selain itu, penerokaan yang aktif melibatkan kanak-

kanak membuat perbandingan contohnya bekas manakah

mempunyai paling banyak air dan bahan apakah dapat tertarik

dengan magnet. Kanak-kanak juga digalakkan untuk melakukan

pengelasan seperti mengumpulkan daun-daun dan

mengasingkannya mengikut warna atau saiz serta mereka juga

sangat digalakkan untuk berkomunikasi untuk pembelajaran aktif.

Penerokaan aktif akan mengembangkan kemahiran pembelajaran

sepanjang hayat kanak-kanak iaitu kebolehan membuat

pemerhatian yang tepat, bertanya soalan, membuat perbandingan,

membuat pengelasan dan berkomunikasi.

Dalam aktiviti sains, guru haruslah menjadi seorang yang fleksibel

dan kreatif. Guru harus bersedia dengan sebarang persoalan

daripada kanak-kanak. Guru juga harus pandai merancang

pembelajaran dan aktiviti yang dapat menggalakkan perasaan ingin

tahu dalam diri setiap kanak-kanak contohnya membekalkan bahan-

bahan yang menarik untuk diterokai dan dimainkan oleh kanak-

kanak. Bagi menjawab soalan kanak-kanak dengan lebih baik, guru

Page 12: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

harus menyediakan persekitaran dan peluang untuk kanak-kanak

meneroka. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk membuat

eksperimen dan menyelesaikan masalah tanpa sebarang pengaruh

daripada guru. Kanak-kanak harus diberi pendedahan dan

kebebasan untuk mencari jawapan melalui pengalaman sendiri.

Tugas guru hanyalah sebagai perangsang dan panduan kepada

kanak-kanak bagi mencapai objektif pembelajaran. Semua ciri-ciri

guru ini sangat berhubung kait dengan teori naturalisme yang di

sarankan oleh Rousseau.

Sebagai fasilitator juga, guru perlu membimbing kanak-kanak untuk

memerhatikan objek, peristiwa dan perlakuan yang biasa. Guru juga

harus menggalakkan kanak-kanak bertanya soalan semasa mereka

memanipulasikan bahan-bahan itu untuk mencari jawapan kepada

soalan yang muncul dalam otak mereka, contohnya semasa kanak-

kanak merasakan jenis pasir yang berbeza, mereka mungkin akan

bertanya kenapa ianya berlainan. Guru juga harus menunjukkan

minat terhadap bahan yang kanak-kanak sedang teroka dengan

memberi reaksi teruja dan positif terhadap mereka. Bagi

menunjukkan bahawa guru berminat terhadap apa yang diterokai

oleh kanak-kanak, guru boleh bertanya pelbagai soalan kepada

kanak-kanak, mempamerkan sikap mari kita cari (let’s find out)

yang merupakan asas dalam pembelajaran sains dan merangsang

kanak-kanak untuk terus meneroka. Perkara ini sangat bertepatan

Page 13: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

dengan teori naturalisme Rousseau iaitu guru perlu menekankan

empat perkara iaitu, kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.

3.0 PERKAITAN ANTARA TEORI DAN KEPENTINGAN AKTIVITI

SAINS

Aktiviti sains menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan

mengenali dunia sekeliling mereka. Sama seperti apa yang telah

diperkatakan oleh Rousseau di dalam teori naturalismenya. Setiap

kanak-kanak mampu belajar secara semula jadi dan meninggalkan

segala pengaruh dan halangan dari masyarakat sekeliling.

Penekanan teori naturalisme Rousseau mempunyai perkaitan

dengan pembelajaran inkuiri dan secara penerokaan. Selain itu,

teori ini juga merupakan asas bagi menggalakkan kanak-kanak

mendapat pembelajaran yang bermakna dalam hidup. Kanak-kanak

juga diberi peluang untuk meneroka persekitaran tanpa syarat,

peraturan dan pengaruh dari orang dewasa. Mereka dapat belajar

secara semula jadi melalui pengalaman sebenar.

Sains juga boleh membantu kanak-kanak membesar dengan

kepintaran yang semula jadi. Kanak-kanak juga mempunyai

keupayaan untuk menyelesaikan masalah sendiri dan membina

konsep kendiri yang baik. Melalui sains juga, kanak-kanak diberi

pembelajaran yang berpusatkan kepada kanak-kanak dan

mementingkan pengalaman sebenar kanak-kanak dalam

pembelajaran. Rousseau juga bersependapat dengan cara

Page 14: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

pembelajaran berpusatkan pelajar. Beliau juga bersetuju bahawa

setiap kanak-kanak itu belajar dengan semula jadinya. Peluang ini

dapat menggalakkan kanak-kanak lebih aktif dalam kelas. Hal ini

akan membantu perkembangan sosio emosi kanak-kanak dengan

lebih baik. Kanak-kanak yang pasif juga akan turut mengikuti proses

pembelajaran secara aktif. Hal ini kerana Rousseau juga percaya

bahawa setiap kanak-kanak itu unik dan dilahirkan dengan aura-

aura yang positif.

Antara pendekatan yang boleh diambil kira bagi menggalakkan

proses pembelajaran aktif kanak-kanak adalah melalui ‘project

approach’ . Di dalam pendekatan ini, kanak-kanak akan diberi

peluang untuk menjalani aktiviti secara aktif dari fasa pertama

sehinggalah fasa terakhir. Fasa pertama memerlukan kanak-kanak

saling berkongsi idea dengan topik yang telah diutarakan oleh guru.

Kanak-kanak akan diberi galakan untuk memberi pendapat dalam

merangka isi-isi penting dalam topik yang dipilih oleh guru. Mereka

akan didedahkan dengan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan

dalam persekitaran mereka. Hal ini bagi mencari maklumat dari

pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Fasa kedua pula memerlukan kanak-kanak melakukan

eksperimen bagi mendapat lebih banyak maklumat berkenaan topik

yang telah diberikan oleh guru. Mereka akan digalakkan untuk

meramal, membuat hipotesis dan mencari jawapan bagi andaian

Page 15: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

yang telah mereka lakukan. Kanak-kanak juga akan membuat

soalan-soalan baru bagi memenuhi perasaan ingin tahu mereka

dengan topik yang dikemukakan oleh guru. Fasa terakhir

merupakan fasa bagi kanak-kanak berkongsi kefahaman mereka

pada topik yang telah dikemukakan guru. Mereka akan

mempamerkan hasil usaha kajian mereka bagi menunjukkan tahap

pencapaian pembelajaran yang telah dihasilkan oleh mereka.

Pendekatan ini sangat berkait dengan teori naturalisme yang

diutarakan oleh Rousseau.

Di dalam falsafah Rousseau, beliau menekankan empat perkara

iaitu, kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti. Hal ini juga

sangat bersesuaian dengan aktiviti sains di mana kanak-kanak

memerlukan kebebasan untuk meneroka dan seterusnya, dapat

membantu perkembangan mereka dengan baik. Berdasarkan

falsafah ini, kebebasan merupakan bagaimana kanak-kanak itu

diberi peluang untuk belajar dan meneroka dengan pengalaman

sendiri. Pembelajaran ini dapat memberi ingatan yang lebih

bermakna dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Ini juga dapat

membantu perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelektual. Proses ini akan lebih membantu kanak-kanak

membesar dengan lebih sihat dan baik. Kanak-kanak merupakan

individu yang unik kerana mereka mempunyai perbezaan dalam

bakat dan minat. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh guru bagi

Page 16: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

kanak-kanak bebas meneroka sangat penting untuk menggalakkan

minat kanak-kanak secara berterusan. Hal ini juga membantu

perkembangan kanak-kanak secara individu.

Bagi mewujudkan perkembangan yang baik dalam diri setiap

kanak-kanak, penekanan Rousseau tentang aktiviti harus

dititikberatkan lagi. Hal ini kerana aktiviti merupakan tunjang utama

dalam pembelajaran kanak-kanak. Guru seharusnya lebih kreatif

dalam merencanakan aktiviti yang sesuai dan menarik minat semua

kanak-kanak. Guru juga harus bijak mengendalikan keunikan yang

ada dalam diri setiap kanak-kanak bagi merangsang perkembangan

yang menyeluruh. Keempat-empat faktor ini merupakan perkara

penting dalam teori naturalisme Rousseau.

4.0 AKTIVITI SAINS YANG SESUAI DENGAN TEORI

NATURALISME

Berikut merupakan cadangan bagi melakukan aktiviti sains

mengikut teori naturalisme :

1. Eksperimen sains

a) Eksperimen mengenai deria

b) Eksperimen bayang-bayang

c) Eksperimen sifat air

2. Seni

a) Membuat doh

b) Membuat cetakan tapak tangan

Page 17: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

c) Mencampurkan warna

3. Drama

a) Bercerita

b) Melakonkan watak-watak dalam kisah dongeng

c) Berpura-pura berperwatakan seperti orang dewasa

4. Nyanyian dan tarian

a) Menyanyi lagu yang diimprovisasikan sendiri

b) Menari mengikut lagu ‘chicken dance’ dengan membuat pergerakan

sendiri

c) Mencipta alat muzik menggunakan bahan terbuang

5. Aktiviti luar bilik darjah

a) Bermain pasir

b) Bermain air

c) Berkebun

Contoh aktiviti sains yang menggunakan air :

· Memerhati air menyejat

· Membaca buku cerita tentang air

· Menyiram pokok : air diperlukan oleh tumbuhan

· Campurkan air dengan semua jenis cecair : susu, jus limau, minyak,

sabun dan madu

· Perhatikan sama ada air diserap oleh semua bahan

· Perbincangan mengenai “ semasa hujan, ke mana air pergi?”

· Air dalam bekas yang berlainan bentuk

Page 18: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

· Memerhatikan paras air setelah mendapat pengganti air

· Benda yang tenggelam dan timbul di dalam air

· Bermain dengan air

· Membandingkan paras air dalam bekas yang berlainan bentuk dan

saiz

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Jean Jacques Rousseau telah mengukuhkan

lagi bahawa sains sangat penting di dalam pendidikan awal kanak-

kanak. Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan

eksperimen dan subjek-subjek sains, tetapi secara semula jadinya

kanak-kanak telah belajar mengenali dunia sekeliling mereka tanpa

pengaruh dan halangan luar.

Teori naturalisme juga telah mengukuhkan bahawa pembelajaran

sains yang berpusatkan kanak-kanak dapat membantu mereka lebih

berminat untuk belajar dengan berkesan. Kanak-kanak mempunyai

rasa ingin tahu yang tersendiri. Mereka sangat unik dan mampu

belajar secara semula jadi. Aktiviti sains adalah salah satu cabang

bagi mereka mencuba dan belajar menyelesaikan masalah di

samping diberi peluang untuk meneroka.

Ibu bapa dan orang dewasa di sekeliling kanak-kanak harus

memberi peluang kepada mereka untuk meneroka persekitaran

mereka tanpa sebarang sekatan. Namun, ibu bapa dan orang

dewasa haruslah memberi garis panduan bagi mengelakkan

Page 19: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

sebarang kecederaan atau kekeliruan dalam diri kanak-kanak.

Mereka harus memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam

memastikan perkembangan yang berterusan dalam diri kanak-

kanak. Selain itu, perkara ini dapat mengelakkan kerencatan rasa

ingin tahu dan minat kanak-kanak.

Seorang guru sains juga harus kreatif dalam menyediakan aktiviti

sains agar kanak-kanak tidak terpengaruh dengan halangan dan

terbantut di dalam satu perkembangan tertentu. Guru yang kreatif

harus bersedia dalam membantu dan membuka peluang kepada

kanak-kanak untuk bebas meneroka.

Kami sangat bersetuju dengan teori naturalisme yang ditekankan

oleh Rousseau dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia sangat

berkaitan dengan aktiviti sains yang memerlukan kanak-kanak

meneroka tanpa pengaruh dari guru dan orang dewasa. Teori ini

juga menekankan aspek sifat-sifat semula jadi dalam diri kanak-

kanak iaitu aktif dalam melakukan sesuatu, rasa ingin tahu yang

tinggi dan suka mencuba sesuatu yang baru. Ia juga sangat

berkaitan dengan pembelajaran inkuiri, pembelajaran secara

meneroka dan ‘project approach’.

Page 20: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

Siapakah John Locke ( 1632-1704 )

John Locke

John Locke mendapat pendidikan di University of Oxford, England dalam bidang falsafah,

sains tabie dan perubatan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Ketika berumur 34 tahun, Locke telah bertemu dengan Lord Ashley yang kemudiannya Lord

ini bergelar Earl of Shartesbury. Pada tahun berikutnya, Locke telah dilantik sebagai doktor

peribadi kepada Earl of Shartesbury di samping menjadi sahabat dan setiausaha kepada Earl.

Pada ketika itu, Earl merupakan individu yang berpengaruh di dalam kancah politik. Namun

begitu Earl of Shatesbury dan Locke telah dibuang negeri ke Netherland akibat Earl yang

menggunakan pengaruh raja dan istana di dalam politiknya. Kemudiannya, beliau kembali

semula ke England pada tahun 1699.

Ketika di dalam buangan tersebut Locke telah menerbitkan dua buah buku iaitu Two

Treatises on Goverment dan Essays Corncerning Human Understanding. Kedua-dua

tulisannya ini diterbitkan pada tahun 1690. Kedua-dua karyanya inilah yang telah

Page 21: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

mengangkat nama Locke dalam alam falsafah moden. Seterusnya, ketika masa tua Locke

banyak dihabiskan dengan menumpukan hidup kepada agama. Beberapa tahun sebelum

meninggal dunia Locke juga telah mempelajari agama di Epistles of St. Paul. Beliau

meninggal dunia pada tahun 1704 ketika berusia 72 tahun.

Falsafah John Locke merangkumi ilmu pengetahuan iaitu mengenai sekitar persoalan

epistemologi. Locke amat berminat membincangkan tentang asal usul ilmu pengetahuan dan

kesahihannya. Namun begitu, Locke menolak pendapat yang diutarakan oleh golongan

Rationalisme. Hal ini adalah kerana pemikir golongan rationalisme mengemukakan konsep

innate ideas yang amat ditentang oleh Locke. Innate ideas dapat ditafsirkan sebagai sumber

atau alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Locke amat menentang

konsep innate ideas ini adalah kerana Locke beranggapan adalah mustahil bagi suatu benda

itu ada dan tiada pada waktu yang sama. Locke juga beranggapan kebenaran seperti itu

bukanlah berbentuk innate kerana idea sedemikian bukan diberikan kepada seseorang ketika

dilahirkan.

Locke turut menegaskan bahawa untuk memastikan sesuatu fakta itu adalah tepat dan benar,

seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mengkaji asal-usul idea tersebut. Hal ini juga boleh

menentukan had pengetahuan kita. Menurut Locke lagi, hanya mental fakulti atau kuasa

sahaja yang dianggap innate (semula jadi) dalam proses mendapatkan dan mencari ilmu

pengetahuan, sedangkan ilmu pengetahuan yang aktual itu sendiri diperoleh melalui

pancaindera dan pengalaman. Minda (mind) pula mendapatkan ilmu pengetahuan daripada

kelima-lima pancaindera dan kemudiannya mencetak semua ilmu pengetahuan pada fikiran

seolah-olah minda sebelumnya hanya merupakan tabula rasa (black tablet) atau umpama

sekeping kertas yang tidak mempunyai apa-apa tulisan di atasnya dan tanpa sebarang idea.

Oleh yang demikian, semua bahan yang digunakan untuk berhujah dan untuk mendapatkan

Page 22: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

ilmu pengetahuan datangnya daripada pengalaman. Justeru itu, falsafah John Locke telah

dipanggil sebagai Empericisme.

Selain itu, Locke di dalam hujahnya juga menolak adanya innate idea. Hal ini adalah kerana

Locke menyatakan bahawa sekiranya sesuatu prinsip atau sesuatu ilmu pengetahuan itu

dicetak dalam fikiran sebelum ia diketahui melalui pengalaman, maka ia sesuatu yang sukar

untuk menentukan kesemulajadian (innateness) ilmu pengetahuan tersebut. Oleh itu, adalah

salah untuk mendakwa bahawa kita mula menyedari kebenaran apabila kita mula

menggunakan kerja-kerja akal (reason) sebelum ia mengetahui sesuatu. Tambahan lagi, oleh

kerana sesuatu itu belum dialaminya maka ia bukan merupakan satu ilmu baginya sebab

belum menjadi suatu pengalaman bagi dirinya. Undang-undang moral contohnya tidak boleh

dilabelkan sebagai innate kerana undang-undang demikian tidak bersifat terbukti sendiri dan

tidak juga bersifat penerimaan sejagat.

Di samping itu, Locke juga turut meyatakan bahawa apa yang dianggap sebagai suatu dosa

kepada seseorang itu mungkin juga perkara itu merupakan tanggungjawab bagi seseorang

yang lain. Oleh itu, hal seperti itu bukanlah semula jadi kerana ia masih memerlukan

pertimbangan akal bagi menentukan kebenarannya (validity). Locke turut menganggap apa

yang dimaksudkan dengan innate idea itu hendaklah meliputi ilmu pengetahuan yang

diperoleh atau dipunyai oleh kanak-kanak atau uncultured people serta uneducated people.

Beliau turut menyatakan apa yang dikatakan oleh Decrates berhubung dengan the idea of

God sebagai innate itu sebenarnya adalah tidak benar. Hal ini adalah kerana banyak lagi

kaum-kaum yang sama kurang mempunyai idea of God tersebut ataupun kurangnya the

knowledge of God. Tambahan lagi, menurut Locke sekalipun manusia itu mempunyai

kefahaman ketuhanan dalam dirinya, tidaklah juga bererti bahawa idea tersebut merupakan

idea yang innate. Locke turut berhujah dengan memberikan contoh kepanasan, api, matahari,

dan bilangan juga tidak dianggap sebagai innate sungguhpun ia diterima sejagat (universally

Page 23: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

recognised) dan diketahui oleh semua orang tentang hakikat benda tersebut. Justeru itu, John

Locke menganggap minda yang dimiliki seseorang itu adalah seperti tabula rasa atau a dark

chamber, atau an empty cabinet, atau a white paper void of all characters without any ideas.

Sehubungan dengan itu, Locke menyatakan bahawa minda itu mula dilengkapi dengan ilmu

pengetahuan apabila bersumberkan pengalaman pancaindera. Locke turut membahagikan

pengalaman pancaindera kepada dua jenis iaitu dalaman dan luaran. Hal ini membawa erti

terdapat dua cara bagaimana pengalaman boleh diperolehi seseorang. Pertamanya, melalui

sensasi. Melalui sensasi ini minda seorang akan dilengkapi dengan nilai-nilai sensasi. Sensasi

inilah yang akan menyediakan apa sahaja idea yang terpancar dari pengalaman luaran, iaitu

dari objek luaran manusia. Keduanya, pengalaman diperoleh daripada refleksi atau pantulan

atau juga pancaindera dalaman. Refleksi inilah yang akan membekalkan minda seseorang

dengan idea-idea yang dihasilkan oleh kerja-kerja refleksi itu seperti berfikir, meragui,

percaya, mengetahui, berkehendak dan sebagainya. Locke menyifatkan idea itu adalah apa-

apa sahaja yang dapat difahami atau dapat dimengertikan oleh minda secara langsung

ataupun sesuatu yang menjadi objek kepada persepsi, pemikiran atau kefahaman. Hal ini

bermakna bahawa refleksi menyediakan idea yang menjadi sebahagian dari alam dalam tubuh

badan.

Locke juga menggambarkan cara bagaimana idea itu dapat diterima seseorang dengan

menggambarkannya seperti sebuah papan hitam yang menerima coretan tulisan kapur yang

dituliskan di atasnya. Pengalaman pancaindera memberi nilai-nilai sensasi kepada minda

seperti kekuningan, panas, lembut, manis, dan sebagainya. Kemudiannya pula, minda akan

membuat refleksi keatas aktiviti-aktiviti dan keadaan-keadaan tersebut, menyediakan atau

menerima pula idea-idea set kedua seperti dalam persepsi, berfikir, meragu, percaya,

mengetahui dan berkehendak. Semua aktiviti refleksi dan idea itu hanya akan dibawa kepada

operasi-operasi sensori dalaman setelah minda menerima pengalaman pancaindera. Hal ini

Page 24: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

bermaksud sebelum pengalaman pancaindera memaklumkan sesuatu kepada minda, maka

kerja-kerja refleksi tidak dapat dilaksanakan oleh sensa dalaman.

John Locke juga telah membezakan antara idea-idea mudah (simple) dan idea-idea sukar

(complex). Menurut Locke, idea-idea sukar ini adalah intipati (abstraction) atau gabungan

daripada beberapa idea mudah. Idea-idea yang diterima oleh seseorang itu merupakan idea-

idea mudah. Hal ini disebabkan minda mempunyai kebolehan untuk mengulangkannya,

membandingkannya, menggabungkannya dengan apa sahaja maklumat supaya ia menjadi

satu idea yang sukar. Idea-idea mudah yang datang kepada kita sama ada melalui pengalaman

pancaindera ataupun melalui refleksi yang terdiri daripada empat jenis. Jenis refleksi yang

pertama merupakan idea yang kita terima dari satu deria sahaja seperti idea-idea tentang

warna, suara, rasa, dan bau. Keduanya pula, refleksi idea yang didapati melalui dua atau lebih

deria yang digabungkan secara serentak seperti idea yang berhubungkait dengan ruang,

pengembangan, bentuk, diam dan gerak. Ketiganya pula, idea yang diperolehi dari refleksi

semata-mata iaitu terdiri daripada idea yang dibentuk oleh kekuatan berfikir iaitu yang

disebut sebagai kefahaman serta kuasa untuk berkehendak. Hal ini umpamanya mengingati,

berkehendak, menilai, mengetahui dan mempercayai. Keempatnya pula, idea yang didapati

melalui kedua-dua sekali iaitu sensasi dan refleksi seperti idea berhubung dengan kelazatan,

kesakitan, kekuasaan, kewujudan dan kesatuan.

Seperti yang diketahui, gabungan beberapa idea yang mudah akan membentuk idea yang

sukar. Tuhan sebagai contoh merupakan sebuah idea yang sukar. Hal ini adalah kerana idea

tentang tuhan merupakan gabungan beberapa idea mudah seperti kewujudan, masa,

pengetahuan, kuasa dan lain-lain. Fikiran seseorang mempunyai kekuatan untuk mengetahui

beberapa perkara dan kemudiannya menggabungkannya hingga menjadi tiada kesudahan

(infinity). Oleh kerana Locke mendapatkan idea sukar atau abstrak daripada sensasi maka

Page 25: TEORI JEAN Fousseau Dan Locke

beliau telah diselar sebagai Norminalist dan kebanyakan ahli-ahli falsafah Inggeris adalah

terpengaruh dengan pendapat beliau.

John Locke turut membezakan idea-idea sama ada sukar atau mudah dengan hakikat yang

objektif iaitu benda atau alam nyata yang dinamakan atau digelar oleh idea tersebut. Menurut

apa yang disebut sebagai idea tersebut sebenarnya berada di luar daripada kita. Benda sebenar

tersebut mempunyai kualiti tertentu atau mempunyai kuasa tertentu. Kuasa atau nilai yang

dimaksudkan itu meliputi dua jenis iaitu prima dan nilai yang sekunder. Kualiti prima

menurut Locke merupakan kualiti yang dimiliki oleh objek itu sendiri dan ia tidak boleh

dipisahkan atau tidak boleh diceraikan dari benda yang sebenar. Contoh-contoh yang

terlingkup di dalam golongan kualiti prima ialah kepadatan, pengembangan, bentuk, gerak

dan diam. Apabila kita mengatakan bahawa kita sedang mengalami atau merasai kualiti-

kualiti primer, maka idea kita sebenarnya hanyalah merupakan salinan daripada kualiti itu

sendiri, juga sebagai bentuk-bentuk mental atau gambaran kepada hakikat benda itu semata-

mata seperti mana benda itu sendiri. Kualiti sekunder pula menurut Locke ialah kualiti yang

bukanlah sebahagian dari objek tersebut. Kita boleh sahaja menggantikannya serta-merta

dengan kualiti sekunder yang lain pula tanpa melibatkan objek itu sendiri dari segi

kewujudannya. Sebagai contoh, kualiti sekunder ialah warna, bunyi, bau dan rasa.

Umpamanya seketul batu merah itu memang ada dan mengambil ruang tertentu untuk wujud,

tetapi warna merah yang dilihat itu hanyalah kualiti sekunder sahaja kerana kemerahan warna

itu hanya melalui deria penglihatan kita dan kualiti ini tidak menjadi sebahagian dari objek

batu itu sendiri.

Demikianlah beberapa teori John Locke yang mana teori-teori daripada beliau telah menjadi

teras bagi teori-teori aliran empericisme dan juga teori-teori pendidikan oleh tokoh-tokoh

pendidikan kemudiannya.