conservation jean piaget

14
CONSERVATION JEAN PIAGET

Upload: nurulirdina-halikulanuar

Post on 25-Jan-2017

165 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

CONSERVATION JEAN PIAGET

CONSERVATION JEAN PIAGET

PENGENALAN Menurut Prof. Dr Madya Rohani Binti Abdullah (2003) berdasarkan buku beliau yang berjudul Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah, kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Hal ini bermaksud , ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

LATAR BELAKANG JEAN PIAGET NAMA : JEAN PIAGETTARIKH LAHIR : 9 OGOS 1896TEMPAT LAHIR : NEUCHOTEL, SWITZERLANDPENDIDIKAN : pHD DALAM BIDANG BIOLOGIANUGERAH: ERASMUS PRIZE, BOLZAN PRIZE OF SOCIAL SCIENCESTARIKH KEMATIAN : 16 SEPTEMBER 1980PELAJARAN: UNIVERSITY OF NEUCHOTEL(1918) UNIVERSITY OF ZURICH

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN MENTALTahap Sensori Motor atau Deria Motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )

EKSPERIMEN CONSERVATION JEAN PIAGETEksperimen pemuliharaan ini atau lebih dikenali sebagai eksperimen conservation Jean Piaget telah dijalankan untuk menguji minda kanak-kanak.

Oleh itu kami juga turut menjalankan eksperimen seperti Jean Piaget untuk menguji minda dua orang kanak-kanak yang telah kami pilih. Kami melakukannya dengan menggunakan 5 bahan iaitu duit syiling , air berwarna , tanah liat atau doh , batang kayu dan akhir sekali biskut atau telur goreng.

LANGKAH-LANGKAH EKSPERIMEN Duit Syiling

Di dalam eksperimen ini kami menggunakan sebanyak 10 keping duit syiling.Pada langkah pertama duit syiling tersebut dibahagikan kepada dua baris dengan jarak yang sama dan setiap satu baris akan mengandungi 5 keping duit syiling.Seterusnya kami bertanya kepada kanak-kanak tersebut sama ada 2 baris duit syiling di hadapan mereka mempunyai kuantiti yang sama atau tidak.Selepas mereka menjawab soalan , kami menyuruh mereka mengira duit syiling itu mengikut urutan.Setelah itu , kami menambahkan lagi jarak sebaris duit syiling supaya ia kelihatan lebih panjang dari baris yang satu lagi.Kemudian kami bertanyakan soalan yang sama dan kali ini mereka akan memberikan jawapan yang berbeza.Akhir sekali kami menyuruh kanak-kanak itu mengira semula kuantiti duit syiling tersebut.

Air Di Dalam Bekas

Di dalam eksperimen ini kami menggunakan 3 bekas air di mana 2 bekas air mempunyai saiz yang sama dan satu bekas lagi mempunyai saiz yang berbeza.Langkah yang pertama , kami meletakkan air berwarna dengan kuantiti yang sama di dalam 2 bekas air yang mempunyai keluasan yang besar dan ketinggian yang rendah.Seterusnya kami bertanyakan soalan kepada kanak-kanak sama ada kuantiti air di dalam kedua-dua bekas ini sama atau tidak.Setelah mereka menjawab soalan , kami memindahkan air berwarna yang berada di bekas tersebut kepada bekas yang tinggi.Paras air akan meningkat kerana bekas yang tinggi itu mempunyai keluasan yang kecil di bawahnya.Akhir sekali kami bertanya lagi soalan yang sama kepada kanak-kanak tersebut.

Doh / Tanah Liat

Pada eksperimen ini , kami menggunakan 2 doh yang mempunyai kuantiti dan saiz yang sama.Pada awalnya kami akan menguli doh itu dan menjadikan doh itu berbentuk bulat.Bentuk bulat yang dibuat haruslah sama supaya tidak mengelirukan kanak-kanak semasa menjalankan eksperimen ini.Seterusnya kami bertanya kepada kanak-kanak sama ada dua doh ini mempunyai kuantiti yang sama atau tidak.Selepas mereka menjawab kami akan mengambil satu doh dan melenyekkannya.Kemudian kami bertanya lagi kepada mereka sama ada dua doh ini mempunyai kuantiti yang banyak atau tidak.Akhir sekali jika jawapan yang diberikan ialah tidak , kami akan menguli bentuk yang sudah dilenyekkan kepada bentuk asal dan bertanya soalan yang sama kepada mereka.

Batang Kayu

Eksperimen ini hanya menggunakan 2 batang kayu yang mempunyai kepanjangan yang sama.Langkah pertama dua batang kayu ini akan diletakkan pada kedudukan yang sama dan secara berhadapan.Soalan akan diajukan kepada kanak-kanak di mana kami bertanya sama ada dua batang kayu ini mempunyai kepanjangan yang sama atau tidak.Seterusnya , kami mengalihkan sedikit satu batang kayu ke tepi dan pada mata kanak-kanak tersebut kayu itu akan menjadi panjang.Akhir sekali kami bertanya soalan mengenai kepanjangan batang kayu tersebut sama ada sama atau tidak.

Biskut / Telur GorengUntuk eksperimen ini , ia memerlukan 3 keping biskut atau apa sahaja makanan yang mempunyai saiz yang sama dan boleh dipatah atau dibahagikan.Langkah pertama kami membahagikan 2 keping biskut untuk pemerhati dan 1 keping biskut untuk kanak-kanak.Kemudian kami bertanyakan soalan kepada kanak-kanak sama ada adil atau tidak cara pembahagian biskut ini.Jika jawapan yang diberikan adalah tidak , kami akan mematahkan biskut yang ada pada mereka kepada dua bahagian.Akhir sekali kami bertanya lagi soalan yang sama kepada mereka.

BIODATA KANAK-KANAK YANG DIPILIH

Nama :Alisya Aliah Binti KamarudinUmur :5 tahunTarikh Lahir :11 Januari 2011Tempat Lahir :Hospital Besar MelakaNama Ayah :Kamarudin Bin AliNama Ibu :Salmah Binti AyobCita - Cita :CikguHobi :Bercakap

Biodata Kanak-Kanak A

Biodata Kanak-Kanak B

Nama :Aribah Adawiyah Binti NornizarUmur :6 tahunTarikh Lahir :6 Oktober 2011Tempat Lahir :Hospital Besar MelakaNama Ayah :Nornizar Bin Haji MahropNama Ibu :Rosnah Binti DaunCita - Cita :DoktorHobi :Main Masak Masak

Kesimpulan Mempunyai cara pemikiran yang berbeza dan perwatakkan mereka juga berbeza. Jadi terbuktilah bahawa walaupun kanak-kanak ini mempunyai umur yang sama itu tidak bererti mereka mempunyai tahap perkembangan kognitif yang sama. Jadi kita sebagai guru dan ibu bapa haruslah prihatin terhadap perkembangan minda kanak-kanak itu sendiri kerana setiap perkembangan kanak-kanak mempunyai pemikiran dan pendapat yang tersendiri. Janganlah kita seringkali berkata salah terhadap pendapat yang diutarakan oleh kanak-kanak tersebut kerana ini boleh mengurangkan keyakinan diri mereka.

SEKIAN TERIMA KASIH