jawapan tutorial 2 ppg sce 3103

10
1. Jadual 1 menunjukkan pecahan yang terkandung di dalam minyak mentah. Pecahan Anggaran julat takat didih °c Anggaran bilangan atom karbon setiap molekul Kegunaan utama Petroleum Bawah suhu bilik 1-4 Gas untuk memasak Petrol/ gasolin 35 - 75 5-10 Petrol untuk kenderaan (kereta & motor) P 70 - 190 8 - 12 Petrokimia Q 190 - 250 10 -14 Bahan api untuk kapal terbang, untuk lampu dan kegunaan memasak R 250 - 340 15 - 25 Bahan api untuk enjin seperti bas, lori dan keretapi Minyak pelincir 340 - 500 19 - 35 Pelincir enjin untuk kurangkan geseran (biasanya pada suhu tinggi),juga untuk lilin dan pengilat Bitumen ≥500 ≥70 Permukaan jalan raya

Upload: siti-zawiyah-abdul-halim

Post on 11-Aug-2015

91 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1. Jadual 1 menunjukkan pecahan yang terkandung di dalam minyak mentah.

Pecahan Anggaran julat

takat didih °c

Anggaran bilangan

atom karbon setiap

molekul

Kegunaan utama

Petroleum Bawah suhu bilik 1-4 Gas untuk memasak

Petrol/gasolin 35 - 75 5-10 Petrol untuk

kenderaan (kereta &

motor)

P 70 - 190 8 - 12 Petrokimia

Q 190 - 250 10 -14 Bahan api untuk kapal

terbang, untuk lampu

dan kegunaan

memasak

R 250 - 340 15 - 25 Bahan api untuk enjin

seperti bas, lori dan

keretapi

Minyak pelincir 340 - 500 19 - 35 Pelincir enjin untuk

kurangkan geseran

(biasanya pada suhu

tinggi),juga untuk lilin

dan pengilat

Bitumen ≥500 ≥70 Permukaan jalan raya

Jadual 1

a) Namakan proses yang mengasingkan minyak mentah kepada komponen

pecahan-pecahannya yang berlainan.

Proses penyulingan berperingkat

b) Nyatakan sifat fizikal yang digunakan untuk mengasingkan pecahan-pecahan

yang terhasil di dalam proses (a)

Setiap peringkat mempunyai takat didih yang berlainan.

c) Merujuk kepada maklumat dalam Jadual 1, nyatakan perbezaan antara P dan R

(jika ada) berdasarkan sifat-sifat yang berikut :

i. Saiz molekulnya : Saiz molekul R yang lebih besar.

ii. Takat didih : Takat didih R lebih tinggi berbanding dengan takat didih P.

iii. Warna : Warna R lebih gelap.

d) Jika Q ialah kerosin, namakan satu pecahan yang mungkin bagi

i) Pecahan P : Nafta

ii) Pecahan R : Diesel

e) Nyatakan satu isu alam sekitar yang berpunca daripada pembakaran bahan api

fosil?

Pencemaran udara (karbon monoksida)

f) Ahli sains berusaha mencari sumber tenaga alternative untuk menggantikan

bahan api fosil yang merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui

dan terhad bekalannya. Antaranya dengan menggunakan bahan api biodiesel.

i. Apakah yang dimaksudkan dengan biodiesel?

Biodiesel berasal dari minyak sayuran dan lemak haiwan (tumbuhan atau

organisma hidup). Biodiesel dapat digunakan sebagai bahan bakar pada mesin

yang menggunakan diesel sebagai bahan bakarnya. Biodiesel tidak

mengandungi petroleum diesel atau solar. Biodiesel mempunyai sifat kimia yang

serupa dengan petroleum diesel sehingga dapat digunakan secara langsung

untuk mesin diesel.

ii. Nyatakan satu kelebihan menggunakan biodiesel.

Biodiesel boleh diperbaharui kerana ia dihasilkan daripada minyak sayuran dan

lemak haiwan. Ia juga lebih mesra alam daripada diesel kerana mengurangkan

pelepasan karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida.

2. Rajah menunjukkan radas penulingan berperingkat petroleum di dalam makmal.

a) Berdasarkan Rajah i di atas, mengapakah thermometer yang dipasang tidak

boleh tercelup dalam petroleum?

Termometer itu digunakan untuk menyukat wap air/gas hasil pembakaran

petroleum itu dan bukannya cecair petroleum itu.

b) Nyatakan satu sebab mengapa air tidak disalur masuk melalui X dan keluar

melalui Y?

Hasil penyulingan akan menyejuk secara berperingkat.

c) Tiga pecahan petroleum iaitu bahan P, Q dan R diperoleh berdasarkan kepada

peningkatan suhu eksperimen.

i. Ramalkan kejelagaan pembakaran

bahan P : sangat kurang berjelaga

bahan Q : banyak berjelaga

bahan R : sangat banyak jelaga

ii. Jelaskan ramalan anda.

Semakin tinggi takat didih pecahan itu, semakin likat pecahan tersebut kerana

saiz molekul pecahan semakin besar.

d) Salah satu pecahan petroleum yang dihasilkan dalam industri mempunyai julat

takat didih di bawah suhu bilik, ialah gas butana, C4H10.

i. Nyatakan satu kegunaan gas ini.

Gas untuk memasak

ii. Pembakaran tidak lengkap gas ini akan menghasilkan bahan

pencemaran udara. Nyatakan bahan pencemar tersebut.

Karbon monoksida

iii. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas pembakaran

tidak lengkap gas ini yang menghasilkan bahan pencemaran

beracun.

2 C4H10 + 7 O2 2 C2H2(CO)2O + 8H2O

3.a) Etanol dihasilkan apabila glukosa, C6H12O6 dicampurkan dengan yis dalam

keadaan panas.

i. Namakan tindak balas yang berlaku.

Penapaian karbohidrat

ii. Tuliskan satu persamaan kimia seimbang yang menunjukkan tindak balas

yang telah menghasilkan etanol.

Zimase dari yis

C6H12O6 (ak) 2C2H5OH(ak) + 2CO2(g)

iii. Berikan satu kelebihan dan satu kelemahan apabila menggunakan

etanol sebagai bahan api kenderaan.

Kelebihan : mengurangkan pencemaran udara

Kelemahan : pemprosesan etanol sebagai bahan bakar menggunakan

kos yang tinggi.

b. Sebatian Z yang mempunyai formula empirik, C3H8O adalah lengai di dalam

reagen biasa, larut di dalam asid sulfurik pekat, terurai oleh hydrogen iodide

pekat, HI, dan tidak larut campur dengan air.

i. Namakan sebatian Z : propanol

ii. Tuliskan persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas antara Z dan

hydrogen iodide, HI.

Suhu bilik

C3H8O + HI C3H8I + H2O

iii. Berikan satu contoh kegunaan eter dan amina dalam kehidupan seharian.

Eter : sebagai bius umum dalam pembedahan

Amina : industri bahan pewarna

4. Rajah di bawah menunjukkan skema tindak balas yang melibatkan alkohol.

a. i. Namakan tindak balas X untuk perubahan daripada propanol kepasa

bahan A.

Tindak balas pembakaran

ii. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi menghasilkan bahan A

C3 H7 OH(ce) +

92 O2 (g) 3CO2 + 4H2O(ce)

b. i. Namakan bahan yang digunakan dalam tindak balas untuk mengubah

propanal kepada asid karboksilik.

Larutan kalium manganat (VII) berasid atau larutan kalium dikromat (VI)

berasid.

ii. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi menghasilkan asid karboksilik

yang dinyatakan dalam b(i)

C3 H7 OH(ce) + 2(O) CH3 CH2COOH(ce) + H2O(ce)

c. i Namakan bahan ester yang terhasil daripada tindak balas pengesteran

di antara propanol dengan asid karboksilik yang dihasilkan melalui

tindak balas Y.

propil propanoat

ii. Nyatakan satu kegunaan utama ester

Sebagai perisa dalam makanan dan untuk membuat minyak wangi

d. Alkohol boleh bertindak dengan alkena untuk membentuk eter seperti

yang ditunjukkan oleh contoh persamaan dibawah:

Berikan satu persamaan dan satu perbezaan sifat fizik antara ester dan

eter.

Persamaan : Mudah meruap dan takat didih yang rendah

Perbezaan : Ester menghasilkan bau beraroma manakala eter

menghasilkan bau yang tengit