nota sce 3108

59
Rancangan Pelajaran Tujuan Aspek Pertimbangan Membanding beza Rancangan Tahunan Mingguan dan SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN SINOPSIS Tajuk satu menerangkan apakah rancangan pelajaran, tujuan, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan rancangan pelajaran selaras dengan apa yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.. Sub tajuk pertama ialah tujuan rancangan pelajaran, Sub tajuk ke dua ialah aspek yang perlu dipertimbangkan apabila menulis rancangan pelajaran. Sub tajuk ketiga membezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian. HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan tujuan rancangan pelajaran b. Menyenaraikan aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran c. Membanding beza rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian KERANGKA TAJUK-TAJUK

Upload: fahmi-zakaria

Post on 09-Aug-2015

1.173 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota sce 3108

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA SCE 3108

Rancangan Pelajaran

Tujuan Aspek PertimbanganMembanding beza Rancangan Tahunan

Mingguan dan Harian

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN

SINOPSIS

Tajuk satu menerangkan apakah rancangan pelajaran, tujuan, perkara yang

perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan rancangan pelajaran selaras dengan

apa yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah.. Sub tajuk pertama ialah tujuan rancangan pelajaran, Sub

tajuk ke dua ialah aspek yang perlu dipertimbangkan apabila menulis rancangan

pelajaran. Sub tajuk ketiga membezakan rancangan pelajaran tahunan,

mingguan dan harian.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Menyatakan tujuan rancangan pelajaran

b. Menyenaraikan aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran

c. Membanding beza rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Page 2: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

1.1 Tujuan rancangan pelajaran

1.2 Aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran

1.3 Rancangan pelajaran - tahunan, mingguan dan harian

1.1 Tujuan Rancangan Pelajaran

Rancangan pengajaran bermaksud membuat keputusan awal tentang apa,

bagaimana. langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Rancangan pelajaran perlu untuk kedua-dua guru permulaan atau guru yang

berpengalaman.Walau pun persediaan yang baik bukanlah semestinya

membuatkan pengajaran berjaya tetapi jika tidak bersedia langsung

menyebabkan pengajaran terganggu tanpa objektif yang jelas, tidak bermakna

dan tiada pemindahan pembelajaran berlaku. Oleh itu struktur rancangan

pelajaran yang jelas adalah penting

Diantara tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajar

a. Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkan

kurikulum.

b. Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar.

c. Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk

dengan aktiviti pembelajaran yang disediakan bagi memastikan

pemindahan pembelajaran yang bermakna berlaku dan tiada masalah

kawalan kelas.

d. Memastikan penerusan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku walau

dengan guru ganti yang berlainan.

e. Menolong guru menilai pengajaran mereka berdasarkan pencapaian

pelajar.

Aktiviti 1 : Teliti rajah 1a dan 1 b seterusnya lengkapkan latihan 1 .

Page 3: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Rajah 1a : Perkembangan seorang guru

Rajah 1b :Penilaian Dan Pembelajaran

1) To make the teacher aware of the aims and language contents of the lesson.

2) To help the teacher distinguish the various stages of a lesson and to see the relationship

Page 4: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

between them so that the lesson can move smoothly from one stage to another.

3) Proper lesson planning gives the teacher opportunity to anticipate potential problems

that may arise in class so that they can be prepared with some possible solutions or other

options for the lesson.

4) Lesson planning gives teachers, especially novice teachers, confidence in class.

5) The teacher also becomes aware of the teaching aids that are needed for the lesson.

6) Lesson planning helps teachers to think about the relative value of different activities

and how much time should be spent on them. The teacher soon learns to judge lesson

stages and phases with greater accuracy.

7) The plan, with the teacher’s comments and corrections, provides a useful, time-saving

reference when the teacher next plans the same lesson.

8) Lesson planning is a good practice and a sign of professionalism.

Rajah 3 : Faedah Merancang Rancangan Pelajaran

Latihan 1

a. Senaraikan tahap dan tujuan menyediakan rancangan pelajaran anda

sebagai seorang guru sains

Tahap Guru Tujuan Menyediakan Rancangan Pelajaran

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

b. Bagaimanakah menyediakan rancangan pelajaran supaya pembelajaran yang

mendalam berlaku kepada pelajar.

c. Senaraikan 10 kepentingan menyediakann rancangan pelajaran.

Page 5: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

1.2 Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran

Antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan rancangan

pelajaran ialah buku teks atau bahan pengajaran apa yang hendak disampaikan

membentuk matlamat sesuatu rancangan pelajaran Seterusnya bagi pengajaran

dan pembelajaran di sekolah dan di kelas teliti Huraian Sukatan Pelajaran Sains

Lebih spesifik antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam

menyediakan rancangan pelajaran ialah :

a. Tajuk . Butiran lanjut mengenai tajuk dari huraian sukatan pelajaran dan

buku teks.

b. Matlamat ,Objektif dan Hasil Pembelajaran.

Matlamat yang jelas, objektif yang spesifik dan hasil pembelajaran yang

eksplisit dan boleh diukur.

c. Isi Kandungan

Isi kandungan dan skop serta kedalamannya serta organisasi urutan isi

yang perlu dicapai.

d. Aktiviti pembelajaran

Aktiviti yang pelbagai, menarik, bermotivasi hands on dan mind on serta

mengambil kira perbezaan pelajar dengan arahan yang jelas. Kaedah,

pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkaitan.

e. Bahan Bantu Mengajar

Senaraikan bahan yang diperlukan untuk guru dan pelajar

f. Penilaian : Kerja rumah, ujian , penulisan jounal atau projek tertentu untuk

menilai pembelajaran pelajar.

g. Masa , tempat dan jenis pembelajaran individu, kumpulan kecil atau

kumpulan besar

Aktiviti 2 : Baca artikel dibawah dan senaraikan kesilapan dan aspek yang perlu

dipertimbangkan apabila merancang rancangan pelajaran dalam jadual dibawah.

Page 6: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

In teaching students how to develop lesson plans, the following are mistakes I have observed that students make most often:

1. The objective of the lesson does not specify what the student will actually do that can be observed. Remember, an objective is a description of what a student does that forms the basis for making an inference about learning. Poorly written objectives lead to faulty inferences.

2. The lesson assessment is disconnected from the behavior indicated in the objective. An assessment in a lesson plan is simply a description of how the teacher will determine whether the objective has been accomplished. It must be based on the same behavior that is incorporated in the objective. Anything else is flawed.

3. The materials specified in the lesson are extraneous to the actual described learning activities. This means keep the list of materials in line with what you actually plan to do. Overkilling with materials is not a virtue!

4. The instruction in which the teacher will engage is not efficient for the level of intended student learning. Efficiency is a measure that means getting more done with the same amount of effort, or the same amount with less effort. With so much to be learned, it should be obvious that instructional efficiency is paramount.

5. The student activities described in the lesson plan do not contribute in a direct and

effective way to the lesson objective. Don't have your students engaged in activities just to keep them busy. Whatever you have your students do should contribute in a direct way to their accomplishing the lesson objective.

A lesson plan that contains one or more of these mistakes needs rethinking and revision.  Below is a rationale and guide to help you develop effective lesson plans and avoid the five common mistakes.

Perkara Kesilapan Aspek Yang Sepatut diPertimbangkan

Objektif

Penilaian Pelajaran

Bahan

Page 7: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Pengajaran

Bahasa Arahan

Aktiviti Pelajar

1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan, Mingguan dan H arian

Terdapat tiga tahap perancangan rancangan pelajaran iaitu rancangan tahunan,

mingguan dan harian

Dalam menyediakan rancangan tahunan , langkah-langkahnya ialah

a. Bahagikan sukatan pelajaran kepada semester 1 dan 2 dan setiap

semester (19 – 23 weeks)

b. Teliti objektif pembelajaran, cadangan aktiviti, hasil pembelajaran dan

rangka masa yang diperuntukkan

c. Rujuk cadangan aktiviti pembelajaran dan tentukan strategi pembelajaran

untuk setiap objektif pembelajaran

d. Gunakan buku teks sebagai panduan untuk memilih kaedah pengajaran

dan pembelajaran.

Rancangan tahunan mengandungi

Semester

Bilangan Minggu

Topik

Objektif Pembelajaran.

Aktiviti Pembelajaran yang dicadangkan

Hasil Pembelajaran

Nota/Catatan

Page 8: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Kosa kata

Contoh Rancangan Tahunan

Weeks LearningObjectives

Suggested Learning Activities Learning Outcomes Notes Vocabulary

1

1.1Understandingthat sciencepart ofeveryday life.

Describe examples of naturalphenomena that students see a round them:a) growth of human from a baby to an adult,b) fall of a ball to the ground,c) melting of ice.

Discuss the uses and benefits ofscience in everyday life.Attend talks on careers in science.

student is able to:list what he sees around himthat is related to science,explain the importance ofscience in everyday life,name some careers in sciencesuch as:a) science teachersb) doctorsc) engineersd) environmental scientists

During learningActivities, bring outthe scienceConcepts andPrinciples students have learned inPrimary school.Talks on careersin science byProfessionals.

benefit –faedahcareer –kerjayadiscuss –bincangkaneducator –pendidikimportance –kepentinganprofessional –profesionalrelated –berkaitanrole play –main peranantalks –ceramahnatural phenomena –fenomena alam

Rancangan Mingguan bertujuan melihat urutan pelajaran selama seminggu dan

jika guru tiada guru ganti boleh mengajar pelajaran pada hari tersebut Ianya

mengandungi

Minggu, mata pelajaran dan kelas

Hari/masa

Tajuk/Objektif pembelajaran

Hasil Pembelajaran/Kemahiran

Strategi

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh rancangan mingguan ringkasMasa/Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis1 Experimen Aktiviti Ujian Latihan Aktiviti luar

kelas

Rancangan Pelajaran Harian ialah rancangan yang terperinci untuk masa

tertentu. Umumnya ia mengandungi

Tarikh

Masa

Kelas

Bilangan Pelajar

Page 9: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Mata Pelajaran

Tajuk/

Hasil Pembelajaran

Pengetahuan Sedia ada

Kemahiran Proses Sains

Nilai Murni

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah

- Set Induksi

- Perkembangan

- Penutup

Aktiviti 3 : Anda memerlukan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah.

Pilih satu tahun satu hingga 6. Rancang dan tulis satu rancangan tahunan

seterusnya pilih satu rangcangan mingguan. Dari rancangan mingguan tersebut

bincangkan bagaimana anda boleh membina rancangan pelajaran harian.

Latihan 2

Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding

bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian

Levels Goals of Planning Pattern/organized planAnnual Lesson Plan

1. Describe the contents for 38-42 weeks

2. Determent the weekly schedule over the semester/term

1. Clarifying base on one year syllabus

2. Weekly schedule with suggestion of activities strategy and period

Page 10: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Weekly Lesson Plan

1. Arrange activities for once a week.

2. Adjusting due to any others activities base on school calendar.

3. Maintain activities continuity

1. Name the activities and time allocate

2. Teaching & Learning resource needed

Daily Lesson Plan

1. Determent the steps of activities

2. Suggestion time in detail for teaching & learning usage

1. Time allocated due to the step of teaching & Learning.

2. Materials Preparation and evaluating needed

Hantar jawapan anda dengan OLL untuk semakan pensyarah dan simpan

didalam folio anda sebagai bukti

Page 11: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

TAJUK 4 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

SINOPSIS

Tajuk empat mengandungi tiga subtajuk iaitu format rancangan pelajaran harian

umum, model konstruktivis dan model inkuairi. Format umum menstrukturkan

pengajaran dengan urutan yang jelas dengan padanan hasil pembelajaran

dengan aktiviti guru serta sumber yang digunakan.Model konstruktivis menjurus

kepada pelajar sendiri membina pengetahuan manakala model inkuairi

menekankan tentang penyiasatan. Format dan model ini bertujuan

memaksimakan proses pemindahan pembelajaran dari guru kepada murid

HASIL PEMBELAJARAN

a. Menyatakan tujuan merancang rancangan pelajaran harian.

b Menerangkan kebaikan dan keburukan kelima-lima model iaitu Model Lima

Fasa Needham,dan model pengajaran inkuiri (5E, induktif, deduktif dan

penyelesaian masalah

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 12: NOTA SCE 3108

Rancangan Pelajaran Harian

Format umum Model 5 Fasa Needham

Model Pengajaran Inkuairi

- 5E, Induktif, deduktif & masalah

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

KANDUNGAN ISI

4.0 Rancangan Pelajaran Harian

4.1 Format umum

4.2 Model pengajaran konstruktivisme

-Model Lima Fasa Needham

4.3 Model pengajaran inkuiri

4.3.1 - Kitar pembelajaran 5 Es

4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri

4.3.3 - Pengajaran induktif berasaskan inkuiri

4.3.3 - Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah

Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti

Page 13: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

a. Nyatakan 10 peranan penyediakan rancangan pelajaran harian

b. Baca dengan teliti contoh lima model rancangan pelajaran harian dari 4.2 hingga 4.3. Nyatakan kebaikan dan keburukan setiap model

c. Berikan pendapat anda dalam 200 perkataan adakah sepatutnya guru menggunakan adunan (blended) pendekatan atau satu pendekatan atau model sahaja dalam pengajaran mereka.

4.0 Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan pelajaran harian dirangcang secara terperinci dari rancangan

minnguan. Ianya bukan untuk dibaca didalam kelas tetapi distrukturkan untuk

kegunaan guru itu sendiri atau guru ganti.

Langkah dalam merancang rancangan pelajaran harian

a. kenalpasti tajuk dari kurikulum yang hendak diajar,aktiviti dan kerja yang

pelajar perlu lakukan.

b. Kenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar

c. Kenalpasti sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai pelajar

d. Kenal pasti cara untuk mengenalpasti hasil pembelajaran tercapai

4.1 Format umum

Format umum adalah seperti terdapat dalam tajuk 1 iaitu tarikh, masa, kelas,

bilangan pelajar, mata pelajaran, tajuk, hasil pembelajaran, pengetahuan sedia

ada, kemahiran proses sains, nilai murni, sumber pengajaran dan pembelajaran

dan langkah. Seterusnya format umum adalah seperti berikut :

Langkah/Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran &

Pembelajaran

Catatan

Page 14: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Set Induksi/

Orientasi

Perkembangan

Penutup

4.2 Model Pengajaran Konstruktivisme - Model Lima Fasa Needham

Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep

berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak

menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling. Contoh rancangan

pelajaran harian adalah seperti berikut :

Tahun : 4 Bestari (kelas cemerlang)

Page 15: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Masa : 60 minit

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Bidang Pembelajaran (LA) : Sifat Bahan

Objektif Umum(LO) : Memahami sifat bahan

Hasil Pembelajaran(LOT) : Di akhir pengajaran dan

pembelajaran murid dapat:

i. mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Konstruktivisme

Strategi : Aktiviti `Hands-on`

Fasa Pengajaran

Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi(5 minit)

Membina litar elektrik

Jenis Aktiviti : Simulasi

1. Guru memberi gambar bateri, mentol, dan suis – digantungkan kepada murid untuk menghasilkan satu litar .

2. Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar elektrik lengkap.(Murid telah ada pengetahuan membina litar elektrik.)

Soalan : Adakah mentol akan menyala?Mengapa?

3. Murid yang memakai

BBM: Gambar mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: Memerhati

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental

Nilai Murni:Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Pelbagai Kecerdasan: Visual dan pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif: Pengetahuan

Page 16: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

gambar suis melepaskan tangan

Soalan:Adakah mentol akan menyala sekarang?Mengapa?

Perkembangan

Langkah 1

5 minit

Mengenalpasti objek yang boleh mengalir arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Jenis Aktiviti : MengelasSoalan Adakah murid-murid membawa objek yang diminta?

1. Murid meletakkan objek-objek yang dibawa di atas meja.

SoalanDaripada pengetahuan kamu, kelaskan objek mengikut kebolehan mengalirkan arus elektrik.

2. Murid mengelas objek kepada boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

BBM: Bahan yang sedia ada dan dibawa oleh murid:Sudu plastik, limau, kunci, sapu tangan, pembaris kayu, gelas, pemadam, syling satu sen, surat khabar, lid pensil, air kopi, gelang getah, klip kertas, dan paku

Kemahiran Proses Sains: MengelasKemahiran Berfikir: menghubungkait dan meramal

Nilai Murni:Sistematik dan berfikir secara rasionalTahap Kognitif: Pengetahuan, pemahaman

1. Rujuk Lampiran 1

Langkah 2

17 minit

Menguji objek yang boleh mengalir arus elektrik

Jenis aktiviti : `Hands-on`

ArahanGuru meminta murid menguji objek yang

BBM: bateri, wayar, mentol, suis, kad manila, dan marker

Kemahiran Proses

Page 17: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

dikelaskan tadi dan merekodkan pemerhatian.

1. Murid menguji objek yang telah dikelaskan dengan menggunakan litar elektrik.

2. Murid merekodkan hasil dapatan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Sains: Memerhati, inferens, mengelas, eksperimen, dan komunikasi

Kemahiran Berfikir: membanding dan membeza, serta mengumpul

Nilai Murni:Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalani sesuatu perkara, kritis dan analitis, serta kerjasama

Pelbagai Kecerdasan: verbal, visual, dan pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif: Pengetahuan

Langkah 3

15 minit

Laporan hasil dapatan murid

Jenis aktiviti : Pembentangan

1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan.

2. Murid membuat perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat.

3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. ( Cara merekod

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Nilai Murni:Berani, yakin dan berdikari

Pelbagai Kecerdasan: interpersonal

Rujuk Lampiran 2

Page 18: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

yang paling sesuai adalah jadual)

Langkah 4

8 minit

Besi dan keluli boleh mengalirkan arus elektrik.Plastik, kain, getah, kayu, kaca tidak boleh mengalirkan arus elektrik.*air limau dan lid pensil (karbon) boleh mengalirkan arus elektrik.

*air paip adalah konduktor elektrik yang lemah

*plastik boleh mengelakkan daripada renjatan elektrik kerana tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Jenis aktiviti : Perbincangan

1. Guru membimbing murid menyenaraikan jenis bahan berdasarkan objek yang telah dikelaskan.

2. Murid mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

Soalan1. Apa akan

berlaku jika kita memegang suis dengan tangan yang basah?

2. Mengapa wayar elektrik disalut dengan bahan plastik?

BBM: mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Kemahiran Berfikir: menilai dan membuat kesimpulan

Nilai Murni:Berfikir secara rasional, berhati-hati semasa mengendalikan alatan elektrik

Tahap Kognitif: aplikasi dan penilaian

Penutup

5 minit

Peneguhan Jenis aktiviti : Nyanyian

1. Murid menyanyi lagu . (Adaptasi lagu Satu Dua Tiga Empat oleh Ariswatan)

Lampiran 3

Refleksi

5 minit

1. Guru menunjukkan 10 objek satu persatu kepada

BBM : botol plastik, majalah, sudu besi, straw, dawai, kertas, cermin,

Page 19: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

murid untuk dikelaskan kepada yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

2. Murid mengangkat kad warna (merah- tidak, hijau – ya)

pembaris keluli, klip rambut besi, dan rod besi.

Lampiran 1

Contoh ramalan murid sebelum eksperimen.

Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus

elektrik

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu sen

Klip kertasPaku

Sudu plastikSapu tangan

*Air limau*Lid pensilPemadam

Surat khabar

Lampiran 2Hasil Dapatan Murid Contoh 1

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu sen

Klip kertasPaku

*Air limau*Lid pensil

Sudu plastikSapu tangan

PemadamSurat khabar

Lampiran 3:

Page 20: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Lagu (Adaptasi lagu satu dua tiga- Ariswatan)

Kunci, klip kertas dan paku

Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik

Pemadam, pembaris kayu,

Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Ingat wahai kawan-kawan

Sifat bahan juga mempengaruhinya

Apa yang dipelajari bahan besi dan keluli

Boleh mengalirkan arus elektrik

Ingat janganlah lupa

Setiap bahan ada cirinya

Pastikan kita mengetahui

Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

4.3 Model pengajaran inkuiri

4.3.1 Kitar pembelajaran 5 Es

Terdapat lima fasa kitar pembelajaran 5Es seperti berikut :

Phase Purpose Teacher action Student action

Engage Elicit prior knowledgeMotivateGet attention

Assesses the learners’ prior knowledge

reads a story, posing questions, does a

demonstration that has a non-intuitive result (a discrepant event),

shows a video clip, or conducting some other short activity that promotes curiosity

Students produce concept maps, do quizzes, discuss their understandings.

Students reveal their understandings of the topic

Page 21: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

and elicits prior knowledge.

Explore to complete activities that help them use prior knowledge to

Designs activities and learning experiences

Provides tasks to explore

Provides resources Monitors

engagement Questions, cues,

encourages thinking

work in collaborative teams or as individuals on a learning task or activity

generate ideas, explore questions and possibilities,

design and conduct a preliminary inquiry.

Explain Knowledge building by sharing explanations

Provides explanations,

explain their current understanding of the main concept.

making presentations, sharing ideas with one another, reviewing

doing posters, listening reading

Elaborate

Applying and adding breadth

Teacher helps students to design new tasks,Identifies or help students identify problems to solve

Learners elaborate their understanding of the concept by conducting additional activities.

Solve problems using their knowledge

Evaluate The evaluation phase helps both learners and

Conduct assessment

Report Do assessment Share

Page 22: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

instructors assess how well the learners understand the concept and whether they have met the learning outcomes.

understandings

4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri

Mengikut David Ausubel, kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk

mengorganisasi maklumat kepada sesuatu yang bermakna secara deduktif ia itu

dari umum kepada spesifik seperti berikut :

Pendekatan Induktif

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian secara deduktif Hari : Selasa

Tarikh : 01 Februari 2010

Masa : 60 minit

Kelas : 4 MAJU

Tema : Menyiasat Alam Kehidupan

Bidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asas

Objektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan

keperluan asas.

Experiences with instances of a concept or

Receiving ideas and explanations of a concept or principle

Page 23: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan.ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan

makanan, air, udara dan tempat berlindung.

Pendekatan P& P : Pembelajaran MasteriKaedah : MengeksperimenKPS Berkomunikasi, Meramal, Menginferens,

Mengeksperimen, Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubahKMS Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan

sains Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat

BBM Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat, akuarium, ikan, tumbuhan air

Perancangan P & P :Fasa Pengajaran

Isi Kandungan Aktiviti Catatan

Orientasi(5 minit)

Menyatakan haiwan peliharaan murid

Guru bersoal-jawab:1. Siapakah yang

memelihara haiwan di rumah?

2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu?

3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan kamu?

Pencetusan idea(15 minit)

Keperluan asas haiwan

Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan.Contoh :Udara, air, makanan, dan tempat berlindung

Soal-jawab:1. Mengapakah

kamu memberikan haiwan peliharaan kamu makanan?

KPS: 1. Berkomunikasi2. Meramal3. Menginferens

KBKK:1. Menghubungk

aitkan2. Mencirikan3. Menginferens

Nilai Murni:1. Minat dan

Page 24: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

2. Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air?

3. Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung?

4. Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat berlindung?

bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

Tahap Kognitif:

1. Pengetahuan2. Kefahaman

Penstrukturan semula idea(25 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

1. Udara2. Air3. Makanan4. Tempat

berlindung

Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen:

1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, dan makanan.a. Murid

memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas.

Stesen 1Bekas A : Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring.

Stesen 2 Bekas B:

Mengandungi air

KPS:1. Mengeksperim

en2. Mengawal

pemboloeh ubah

3. Membuat pemerhatian

KBKK: 1. Membanding

dan membezakan keperluan asas hidupan.

2. Menghubungkait

3. Menjana idea4. Membina

hipotesis

Nilai Murni

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

2. Mempunyai

Page 25: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

tanpa makanan dan ditutup dengan jaring

Stesen 3Bekas C:Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk

Stesen 4Bekas D:Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring

2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan.(Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan:a) Lembaran kerjab) Borang

pemerhatian

sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

3. Baik hati dan penyayang

4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Borang Pemerhatian

Lembaran Kerja

Aplikasi idea(10 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

1. Udara2. Air3. Makanan

Projek memelihara ikan secara kumpulan

1. Murid menyediakan bahan-bahan yang

Nilai murniMenyayangi haiwan

Bekerjasama

Page 26: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

4. Tempat berlindung

diperlukan seperti :a) Akuariumb) Pam udarac) Makanand) Ikane) Tumbuhan airf) Air bersih

Tahap kognitif

Pengetahuan Aplikasi

Refleksi(5 minit)

Peta minda berkaitan dengan keperluan asas hiawan

Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini

Tahap kognitif

Pengetahuan Kefahaman

Borang pemerhatian

Bekas Hari Pertama

Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

A

B

C

D

Keperluan asas haiwan

Air

Tempat berlindung

Makanan

Udara

Page 27: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Lembaran KerjaKumpulan :.................................................................Nama ahli :..................................................................

.....................................................................

...................................................................

..................................................................

........................................................................

Arahan : Jawab semua soalanTujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan.

1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah)

............................................................................................................

................................................................................................ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)

............................................................................................................

...............................................................................................iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan)

............................................................................................................

..................................................................................................

4.3.2 Pengajaran induktif berasaskan inkuiri

Jerome Bruner`s menyatakan guru perlu menyediakan pelajar dengan aktiviti berpengalaman untuk menolong mereka mengenalpasti konsep dari spesifik kepada umum seperti berikut :

Pendekatan Induktif

Experiences with instances of a concept or principle

Page 28: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Contoh rancangan pelajaran harian mengikut pendekatan induktif

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk : Sifat-sifat Bahan

Sub Topik : Sifat Bahan

Tempoh : 60 minit

Tahun : 4

Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;

Mengenalpasti bahan

konduktor/penebat elektrik

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi :Pendekatan - Inkuri – penemuan

Strategi – Mengeksperimen dan Perbincangan

Fasa(Masa)

Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan

Set Induksi Mengapa terdapat Jenis aktiviti : Bercerita

Discovering and forming a concept or principle

Page 29: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

(5 minit) jenis bahan dalam satu alat elektrik - Guru menceritakan

tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil.- Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid.

Kemahiran saintifik:Komunikasi

Nilai murni :Berhati-hati

MeramalIdea

(10 minit)

Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.

1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid,Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca.

2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik.

Kemahiran saintifik:Meramal,Mengelas

Nilai murni :Kerjasama,berani

Pemerhatian (25 minit)

Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.

1. Murid membina litar lengkap.

2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap.

3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap.

4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi.

Kemahiran saintifik:Mengeksperimen,Pemerhatian

Nilai Murni :BerkerjasamaJujur

Penjelasan(15 minit)

- Bahan konduktor (pengalir elektrik)

- Bahan penebat (bukan pengalir elektrik)

1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen.

2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi)

3. Guru mengukuhkan

Page 30: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.

Refleksi(5 minit)

Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik

1.Murid membuat peta minda.

i)Bahan konduktor

ii)Bahan penebat

2.(Lampiran kerja disediakan)

Lampiran 1

Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan.Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat

Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

OBJEKKEADAAN MENTOL SELEPAS

DISAMBUNGKAN OBJEK

MENYALA TIDAK MENYALA

Getah Pemadam

Pensil kayu

Pembaris plastic

Karbon pensil

Duit Syiling 10 sen

Page 31: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Sudu plastic

Rod Kaca

Paku

Kertas buku

4.4.3 Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah – Contoh Rancangan Pelajaran Harian.

TAHUN : 4 BestariMASA : 60 MinitTEMA : Menyiasat Alam KehidupanBIDANG PEMBELAJARAN : Proses HidupOBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Berwaspada mengenai tabiat yang menganggu proses hidup

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran murid akan dapat :1. Memberi contoh tabiat yang membawa

keburukan kepada kehidupan manusia

2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru

Fasa(Masa)

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi(5 minit)

Tabiat buruk manusia

Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia

Guru memilih 3 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen.

KPS-Memerhati-Berkomunikasi

KBKK-Menjana idea-Membandingkan

Page 32: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

(Skrip berita)

Guru bertanya soalan-soalan berkaitanContoh

Soalan 1:Mengapakah murid itu dibuang sekolah?

Soalan 2:Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya?

Soalan 3:Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

dan membezakan

Nilai Murni-Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

BBMTeks berita

Langkah 1(10 minit)

Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia

Jenis aktiviti Soal-JawabPeta minda1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.Guru menyoal murid:

a) Berdasarkan berita-berita yang dibacakan adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk.

JawapanYa buruk

b) Bina Peta Minda

Tabiat-tabiat buruk

Minum arak

2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.

KBKK-mengumpul-mengelas

KPS-berkomunikasi-pemerhatian

Nilai Murni-berfikir secara rasional

BBMSlide gambar-gambardari internet

Langkah 2 Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis aktiviti : ‘hands-on’ aktiviti

Langkah-langkah1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral.2. Menutup tutup botol dengan plastisin3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil.

KPS-berkomunikasi

KBKK-mengikut urutan-menganalisis-membanding dan

Merokok

Mengambil dadah

Page 33: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan.5. Nyalakan rokok tersebut.6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas7.Keluarkan plastisin dan rokok .8. Buat pemerhatian terhadap kapas.

Dapatan1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen.(contoh catatan eksperimen di bawah)

membeza

Nilai Murni-berkerjasama-sistematik

BBM-botol plastik-kapas-rokokGambarajah di ‘powerpoint’

Langkah 3(10 minit)

Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis Aktiviti : Gambar

1. Guru menunjukkan gambar menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru

2. Guru menyoal murid:(a)Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan?

Jawapan:Paru-paru elok dan rosak

(b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut terhadap manusia?

Jawapan:Kanser paru-paru

KPS-pemerhatian-berkomunikasi-meramal

KBKK-Membanding dan membeza-menjana idea

Nilai Murni-Berfikiran kritikal dan analitis

BBMGambar dari ‘powerpoint’

Langkah 4(10 minit)

Kesimpulan Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran

1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan.

Jawapan :Merokok membahayakan kesihatanMerosakkan gigiBau nafas dan badanMencemarkan udaraMenjejaskan kesihatan orang sekeliling

KPS-membuat inferens

KBKK-menjana idea

Nilai Murni-Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling

Page 34: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut.

- Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok

Langkah 5(10 minit)

Refleksi Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur

1. Guru meminta murid melukis kartun “Kempen anti merokok”

BBMKertas lukisanPensil warna

Catatan eksperimen

Warna kapas sebelum eksperimen Warna kapas selepas eksperimen

a) Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ?

………………………………………………………………………………………

b) Kenapakah kapas itu bertukar warna?

………………………………………………………………………………………

Page 35: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

c) Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru-paru?

………………………………………………………………………………………

Page 36: NOTA SCE 3108

Kemahiran Pengajaran

Mikro

Orientasi/Set Induksi

Teknik Penyoalan

Perbincangan Hasil Eksperimen

Variasi Rangsang

anPeneguhan

Menerang

Sumber P & P

Penutup

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

TAJUK 7 KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO

SINOPSIS

Terdapat 8 senarai semak kemahiran pengajaran mikro

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Akan disambung kemudian

Topik 7 : Kemahiran Pengajaran Mikro

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO(SET INDUKSI)

Nama Pengajar :Unit :Tarikh :

Kategori Pemerhatian( ) UlasanSekali Banyak

KaliTiada

Teknik Khusus

1. Peristiwa berselisih

Page 37: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

2. Perbincangan secara Lisan

3. Penyampaian Masalah

4. Konflik Pendapat

Cara Dan Objektif1. Menggunakan suara, gerak isyarat, kontak mata.

2. Menggunakan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

3. Meningkatkan minat & sifat ingin tahun di kalangan murid4. Memperkenalkan tujuan pelajaran dengan jelas

5. Memberi arahan dan tugasan dengan jelas

6. Mengenal pasti idea murid yang sedia ada.

Lain-lain

1.

2.

Pemerhati : …………………………………………………….. T. T …………………………

Page 38: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Kemahiran Peneguhan Peneguhan(Reinforcement)

Peneguhan(Positif)

Peneguhan(Negatif)

Menggunakan Jawapan Murid

1. Mengulangi jawapan murid.

2. Mengaitkan jawapan murid

3. Menggunakan jawapan murid untuk perkembangan pelajaran

1. Secara Lisan(a) Kata Pujian

seperti “Baik”, “tepat”, dll

(b) Kata-kata Galakan seperti “Cuba lagi”, dll

(c) Kata-kata seperti “ya”, “ok”, “mmm”, dsb.

2. Secara gerak isyarat/gerak geri. Seperti angguk, ‘eye Contact”, dekati Murid, tepuk bahu murid dan sebagainya

1. Secara Lisan(d) Kata-kata

marah seperti “Bodoh”, “tepat”, dll

(e) Kata-kata seperti “tidak betul”, “salah” dsb.

(f) Kata-mendenda seperti suruh berdiri.

2. Secara gerak isyarat/gerak geri. Seperti:

(a) menggeleng kepala.

(b) Tidak memandang murid

(c) Memukul dll.

Memberi Ganjaran(Token Reinforcement)

1. Hadiah2. Sijil3. Dan Lain-lain

Page 39: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Senarai Semak

Nama Guru Pelatih: ………………………… … Kumpulan: ………………..

Tarikh; …………………………… masa : ………….Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan mengikut pemerhatian yang dibuat ke atas pelatih yang terlibat, merujuk kepada Kemahiran Peneguhan

Aspek Peneguhan Tiada Kurang Kadang kala

Selalu

1. Memberi Peneguhan Secara Positif(a) Secara Lisan(b) Secara Gerakisyarat/G.Geri

2 Memberi Peneguhan Secara negatif(a) Secara Lisan(b) Secara Gerakisyarat/Gerak Geri

3 Menggunakan Jawapan Murid4 Memberi Ganjaran

Catatan / Ulasan :

………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tarikh: Nama Pemerhati

Page 40: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

BORANG ANALISIS KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO 3PERBINCANGAN HASIL EKSPERIMEN

Pengajar :Penilai :Unit : Tarikh:

PEMERHATIAN - Tiada - Sekali - Banyak Kali

ULASAN -Tiada Berkesan - Berkesan-Sangat Berkesan

KATEGORITeknik Memproses Maklumat1. Membuat kiraan berasakan data yang dikumpul

2. Mewakili data dalam bentuk yang berlainan, seperti jadual

3. Menggunakan graf dan carta

4. Mentafsir graf dan carta5.

5. Mencari pola atau perhubungan yang terdapat dalam data.

6. Mengelas Data

Teknik Melapor maklumat1. Mentafsir perhubungan antara

keputusan, Hipotesis & Ramalan2.3. Memberi Penjelasan kepada

keputusan eksperimen4.5. Membuat Laporan secara Lisan

atau bertulis6.7. Memberi cadangan untuk

membaiki atau melanjutkan eksperimen.

Lain-lain

Page 41: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO(TEKNIK PENYOALAAN)

Nama Pengajar :Unit :Tarikh :Kategori Pemerhatian( ) Ulasan

Sekali Banyak Kali

Tiada

Aras Soalan1. TR- Mengingat dan mengenali masalah

2. TT- Menunjukkan Pemahaman

3. CR- Berfikir secara kritis

4. CT- Berfikir secara kritis & menilai

Teknik Menanya Soalan1. Guru tanya soalan yang jelas, tepatdan fokus pada satu idea2 Guru mengubah suai semula mengikut kebolehan murid.3. Guru meningkatkan peningkatan penglibatan yang lebih ramai.4. Guru gunakan masa hentian selepas menyoal & murid menjawab. 5. Guru terus mencungkil idea murid selepas murid menjawab 6. Guru menggalakkan murid menanya soalan yang berkaitan.Lain-lain

1.

Page 42: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Senarai SemakKemahiran Menerang 1( Struktur )

Nama Guru Pelatih: ………………………… … Kumpulan: ………………..

Tarikh; …………………………… masa : ………….

Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan mengikut pemerhatian yang dibuat ke atas pelatih yang terlibat, merujuk kepada

Ya - Kemahiran yang dilaksanaan dengan memuaskanTidak - Kemahiran yang tidak dilaksanakan dengan memuaskanTidak Kelihatan - Kemahiran yang sepatutnya dilaksanakan tetapi tidak.

Komponen Kemahiran Ya Tidak Tidak Kelihatan

1. Permulaan penerangan menarik dan mengekalkan tumpuan pelajar

2 Permulaan mewujudkan pelaporan

3 Permulaan penerangan meletakkan topik dalam konteks

4 Aspek-aspek penting dinyatakan dengan ringkas dan tepat

5 Contoh-contoh yang diberikan senang difahami.

6 Contoh-contoh yang diberi adalah munasabah(relavan)

7 Contoh-contoh yang diberi menarik

8 Sumber/media pengajaran yang digunakan sesuai dan menarik

9 Pelajaran dirumuskan dengan mengaitkan semua isi penting

10 Rumusan/Kesimpulan dinyatakan dengan jelas

Catatan / Ulasan :

………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………Tarikh: Nama Pemerhati

Page 43: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Senarai Semak Pengajaran MIKRO

Kemahiran Pelbagai Ransangan

Nama Guru Pelatih: ………………………… … Kumpulan: ………………..

Tarikh; …………………………… masa : ………

Bulatkan nombor yang paling jelas sekali menyatakan pandangan anda tentang prestasi guru dalam Kemahiran Pelbagai Situasi Ransangan.

Senarai SemakKemahiran Penutup

Nama Guru Pelatih: ………………………… … Kumpulan: ………………..

Tarikh; …………………………… masa : ………….

Tandakan ( ) pada ruangan taburan yang disediakan setiap kali komponen kemahiran dapat dikesani.

Komponen Kemahiran Taburan1. Guru Mengulangi Isi Penting dengan - - - - -

(a) membantu pelajar dengan mengingat semula(b) membantu pelajar melihat semula(c) menegaskan isi sekali lagi(d) merumuskan sendiri secara lisan atau bertulis

2 Guru mengaitkan aspek penting dengan perkara yang diketahui pelajar dengan pengalaman mereka.

3 Guru menggunakan teknik variasi ransangan bagi mengekalkan minat.

4 Guru menilai fahaman pelajar melalui aktiviti-aktiviti:

- - - - -

(a) mendemonstrasi kemahiran(b) mengaplikasikan pengetahuan(c) memberi pendapat/menganalisis(d) menjawab soalan-soalan formal

5 Guru mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan6 Guru mengakhiri pelajaran secara ternyata

melalui:- - - - -

Page 44: NOTA SCE 3108

SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

(a) tandasaran verbal(b)perlakuan/gerak isyarat

Catatan / Ulasan :

………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tarikh: Nama Pemerhati

………………………………….

Key:5 - Prestasi yang Amat baik4 - Prestasi yang Baik3 - Prestasi Yang Sederhana2 - Prestasi Yang Lemah1 - Prestasi Yang Amat Lemah

Bil Aspek Kepelbagaian1. Gerakerja/pergerakan guru 1 2 3 4 52 Gerakisyarat/Pergerakan anggota

guru1 2 3 4 5

3 Suara/corak pertuturan Guru 1 2 3 4 54 Hentian 1 2 3 4 55 Pemusatan lisan/bukan lisan 1 2 3 4 56 Saluran Deria/perubahan focus deria 1 2 3 4 57 Pola Interaksi

(a) Guru dengan kumpulan 1 2 3 4 5(b) Guru dengan individu 1 2 3 4 5(c) Murid dengan guru 1 2 3 4 5

Catatan / Ulasan :

………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tarikh: Nama Pemerhati