modul ppg 2 pkb 3103

102
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. HASIL PEMBELAJARAN i. Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara mendalam. ii. Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta iii. Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid-murid berkeperluan khas. 1

Upload: mrkiwi88

Post on 25-Jul-2015

906 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep

pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku,

kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan

tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara

mendalam.

ii. Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan

menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta

iii. Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada

murid-murid berkeperluan khas.

1

Page 2: Modul Ppg 2 Pkb 3103

Pengenalan Kepada Pengurusan Tingkah

Laku

1.2Konsep pengurusan tingkah laku1.2.1Perspektif sejarah1.2.2Perkembangan masa kini

1.4Kesan salah laku terhadap pembelajaran1.4.1Masalah disiplin1.4.2Keciciran 1.4.3Gejala sosial

1.3Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku1.3.1Keturunan1.3.2Persekitaran1.3.3Pemakanan

1.5.Kepentingan pengurusan tingkah laku dikalangan murid-murid berkeperluan khasPengurusan diriPendtdikanSosialisasi

1.1Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah LakuPengurusan Tingkah lakuPengubahsuaian Tingkah laku

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kerangka Konsep Tajuk

2

Page 3: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, ia

perlu memahami erti tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan

tingkah laku?

1.1.1 Definisi Tingkah Laku

Pelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkah

laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada

keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg

boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968)

.

Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada

umumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan untuk

menggambarkan tingkah laku – ‘aktiviti’, ‘aksi’, ‘perubatan’, ‘bergerak

balas’, dan ‘reaksi’ (Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001),

terdapat beberapa ciri-ciri mengenai tingkah laku:

apa yang seseorang cakapkan dan katakan

ada satu atau lebih dimensi yang boleh diukur

boleh diperhati, diterangkan

member kesan kepada persekitaran

dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran

mungkin overt atau covert

3

Page 4: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Ini bermaksud “Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku.”

(Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya ada

dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah

laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku

covert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain

(Bear, Wolf and Risley, 1968).

1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku

Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? “Pengurusan tingkah laku

adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara

analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif

bagi seorang individu”

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana

pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan

semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy

(1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana,

iaitu:

a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;

b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;

c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan

d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku

semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang

telah dikenal pasti.

1.2 Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara

berikut;

perancangan yang rapi

tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku

4

Page 5: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

teknik intervensi yang berkesan

penialian secara objektif

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas

sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu;

Setiap murid adalah unik

Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid

Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan

keperluan dan kehendak murid. Ini adalah disebabkan bahawa

aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait.

1.2.1 Perspektif Sejarah

Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku

individu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik,

kandungan kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatu

yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.

Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku

menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum

atau selepas sesuatu peristiwa merangsang seseorang individu

mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasil

kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa

“Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. ”

Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bila-

bila masa. Malah, tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka

merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru

yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan

teliti, sesuai dan sistematik.

1.2.2 Perkembangan Masa Kini

5

Page 6: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kajian terkini yang dijalankan terhadap 'challenging behaviour'

menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai

fungsi dan berbentuk komunikatif.

Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu

menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem

komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut

bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada

pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging

behaviour).

Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar.

A. Pengelakan (avoidance)

B. Perhatian (Attention seeking)

C. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour’) dan

D. Rangsangan Diri (Self-stimulation)

1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku

1.3.1 Keturunan

Faktor Psikologi – Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dan

tingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan

tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan

tingkah laku itu diganggu atau dihalang. la dikaitkan dengan tingkah laku

yang berbentuk ritualistik dan obsessif.

a. Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan terhadap

sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa.

Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari

melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri.

b. Perhatian – Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian yang

diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah

6

Page 7: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

lebih baik daripada tiada perhatian langsung. Walau begini,

perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan

mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah

laku mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan

adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak

'misbehave' bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang

diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand).

c. Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh

meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. Conthonya

seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan

berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk

mendapat perhatian. Sikap guru yang memberi peneguhan

positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan

murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat

perhatian. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out’ yang tidak

bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar.

d. Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh

menyebabkan berlaku tingkah laku agresif, mencederakan

diri/tidak mengikut arahan. Bagaimanapun biasanya ketakutan

itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk 'idiosyncratic’ dan

tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang

akal (crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.

1.3.2 Persekitaran

Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satu

masalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran (Setting) itu

terlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain 'misbehave' serta

menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi, murid berkenaan akan

hilang kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak

menyenangkan. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah:

7

Page 8: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a. Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Ada perkaitan

yang jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan,

membuat kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan

masalah tingkah laku yang mencabar. Kajian menunjukkan

bahawa tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri,

agresif dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan

masalah menyelesaikan tugasan.

b. Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan menyebabkan

berlaku 'tantrums'. Guru perlu pandai membuat ramalan

tentang apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan

penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti

yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang

amat sangat.

c. Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu daripada

punca kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan

orang lain. Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu

faham apa yang akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan

kaedah komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks atau

demonstrasi. Komunikasi yang jelas disertai dengan nada

yang positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku

mencabar.

d. Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan

tugasan yang sukar, boleh mengakibatkan rasa kecewa. Dalam

keadaan begini, perkara yang dianggap remeh yang mungkin

berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah

laku yang diluar jangkaan. Terhalang daripada melakukan atau

mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat

besar. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu

aktiviti yang diminati dijalankan boleh mengecewakan,

terutama sekali apabila tiada rutin yang jelas.

8

Page 9: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

e. Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang telah dijalankan

menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa, guru, kakitangan

sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian

kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku

positif. Ini boleh mengakibatkan seseorang itu lebih

mempelajari tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang

mempelajari tingkah laku sebaliknya dalam usaha mendapat

perhatian.

f. Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali tidak konsisten

dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak

sesuai. Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk

bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas

yang sepatutnya diberikan terhadap tingkah laku yang

mencabar. Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan

arahan yang berbeza daripada dua orang dewasa yang

berlainan.

g. Provokasi – Ejekan, campurtangan dari orang lain mungkin

adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar. Ada yang

bertindakbalas secara agresif, ada yang bertindak dengan

mencederakan diri sendiri dll. Walaubagaimana pun,

adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk

mendapat hasil yang positif.

h. 'Limit Testing' - Seseorang murid mungkin akan mengulangi

tingkah laku – tingkah laku yang terdahulu untuk

menguasai/mengawal keadaan. Biasanya jika tiada/kurang

komunikasi di antara guru & ibubapa / 'teamwork,' individu itu

akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan.

‘Limit Testing’ sering berlaku di situasi baru atau dengan guru

baru.

9

Page 10: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

i. 'Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu gembira atau

'anxious' dia mungkin perlu melakukan sesuatu untuk

mengurangkan rasa 'stress' dan untuk mendapatkan

keselesaan. Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri seperti

'flapping' 'rocking' boleh menenangkan individu itu.

j. 'Demands’ - Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada

individu boleh menyebabkan kekecewaan, kemarahan atau

kebosanan. Ini disebabkan ‘demands’ itu mungkin akan

mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan

pembetulan yang tidak disukai.

k. 'Behavioural Expectations' - la berkaitan dengan penjaga

kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah

laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku

tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciri-

ciri kanak-kanak itu dan tidak boleh diubah. Untuk mengatasi

masalah ini penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di

tempat awam supaya lebih sensitif kepada tatacara

berkelakuan dalam masyarakat.

Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang

menganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian.

Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan dan

teguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknik

bagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada seseorang itu

boleh menerimanya atau tidak.

1.3.3 Pemakanan

Perubatan dan Rawatan - Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan

dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.menjadikan seseorang

itu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. Mereka

yang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakan

10

Page 11: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

dan memahami keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatan

yang mempengaruhi tingkah laku ialah :

a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid, migraine,

alahan dll.

b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan

c) Pengaruh hormon - 'pre-menstrual', memasuki alam remaja, dll.

d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang dikaitkan

dengan tingkah laku agresif

e) Ketagihan

f) Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia

g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat - rasa kecewa dan

berkelakuan agresif

h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet yang tidak

seimbang, dll,

i) Ezcema/Iain-lain masalah penyakit kulit yang boleh

menyebabkan tingkah laku mencederakan diri.

FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU

11

Page 12: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan

yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang

positif dalam tingkah laku dan kemahiran.

b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara

langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif

c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh

membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah.

d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang

bersifat manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang

stereotaip

e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan

di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang

berlaku akibat dari gangguan, ejekan atau dorongan rakan-

rakan .

f) Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising, cuaca yang

terlalu panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak

autism yang sensitif dan takut.

g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan

rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat

sementara waktu. Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa

kebimbangan dan ketakutan akan berulang semula.

h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan kemahiran ini

seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat

terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat

darinya. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan

menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi

tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan

bahawa lebih ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini

12

Page 13: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

berkelakuan agresif berbanding dengan murid-murid yang ada

kemahirsn sosial dan komunikasi

i) Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti yang berbentuk

konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang sesuai. la

bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi

juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan untuk

menjalankan aktiviti tersebut.

1.4 Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran

Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas,

antaranya adalah:

1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan pengajaran dan

pembelajaran. Tingkah laku agresif, hiperaktif, dan disruptif

sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas.

1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan terhadap

pengajaran guru. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan

menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap

pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya.

Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya

keciciran dari bangku sekolah.

1.4.3 Gejala Sosial – Seseorang pemuda yang masuk bangku

sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial

yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari

dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah masyarakat akan

terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang

pembangunan negara.

1.5 Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku

13

Page 14: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula

jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan

1.5.2 Pendidikan - Membolehkan murid-murid mengikuti

pengajaran dan pembelajaran.

1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak

memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha

mendapatkan perhatian.

Kesimpulan

Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang

dikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya lebih

merupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khusus

yang berasas kepada data khusus. Teknik-teknik pengurusan tingkah laku

senarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan

diterima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.

Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada

masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak.

14

Page 15: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 1 Untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu

penting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor yang

mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku murid-

murid bermasalah pembelajaran. Sediakan senarai semak faktor-faktor

yang mempengaruhi tingkah laku murid-murid berkeperluan

khas.Dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan sila

layari laman web yang berkaitan

Syabas dan Tahniah!

Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya.

15

Page 16: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 2

TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU 2JAM

Sinopsis

Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia memberi

pengetahuan asas tentang teori dan model tingkah laku manusia.

Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan

dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori

Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada

empat model tingkah laku iaitu Model Psikodinamik, Model Biofizikal,

Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral.

Hasil Pembelajaran

i. Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran

Sosial

ii. Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia

iii. Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia

Kerangka Konsep Tajuk

2.1 Teori Tingkah laku

Teori Dan Model Tingkah Laku

2.2. Model –model Tingkah Laku

2.2.1 Model Psikodinamik 2.2.2 Model Biofizikal 2.2.3 Model Persekitaran 2.2.4 Model Tingkah laku

2.1 Teori Tingkah Laku

2.1.1 Teori Pelaziman Operan 2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

16

Page 17: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi dan

konsep pengurusan tingkah laku. Tahukah anda bahawa konsep dan

cara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah didasarkan daripada teori-

teori tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris seperti

Skinner, Pavlov dan Bandura.

2.1.1 Teori Pelaziman Operan

Apakah itu Pelaziman Operant?

Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan

Skinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman Operant ialah satu proses

pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku

ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau

hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '. la

bermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatu

peneguhan. Jika konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akan

menjadi kukuh pada masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskan

maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. Thorndike

menganggap prinsip ' the law of effect 'sebagai prinsip utama pengajaran

dan pembelajaran. Untuk membantu anda, cuba lihat jadual yang

dipaparkan seterusnya.

17

Page 18: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pelaziman

Operant

Konsekuens sesuatu tingkah laku

cenderung untuk mengubahsuai

tingkah laku tersebut di masa hadapan.

Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung

untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang

tidak diberi perhatian atau dihukum

kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi.

Peneguh Apa juga yang mengukuhkan satu

gerak balas atau meningkatkan

sesuatu tingkah laku kemungkinan

ia akan berlaku lagi.

Pembentukan Secara berperingkat membentuk

satu tingkah laku yang dikehendaki

dengan meneguhkan gerak balas

yang semakin hampir menjadi

tingkah laku yang dikehendaki tersebut.

Successive

Approximations

Satu siri langkah latihan yang

berperingkat dengan setiap langkah

semakin menyerupai gerak

balas yang dikehendaki.

Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001)

18

Page 19: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman

operant? Tiga perkara perlu kita laksanakan:

a) Tingkatkan motivasi klien kita.

b) Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan.

c) Guna successive approximations dalam latihan

pengubahsuaian tingkah laku.

Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata

perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti

mengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita,

menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan

sebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran

yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik

dihapuskan. Ini semua perlu perancangan pengajaran dan

pembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan secara berperingkat-

peringkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku.

2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

Siapakah pelopor teori ini?

Albert Bandura.

Apakah narna lain bagi teori ini?

Pembelajaran Melalui Pemerhatian ( Observationa l learning).

Apakah idea utama teori ini?

Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah laku

orang lain dan konsekuens tingkah lakunya.

Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui?

Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagi

Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu

19

Page 20: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

tingkah laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran Melalui

Pemerhatian.

Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusi

peniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian

tanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan

luaran. Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akan

memerlukan peneguhan. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khas

pemain bola sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana mereka

telah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruan

seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga.

a) Perhatian - Nilai rangsangan dalam model yang

digunakan perlu baik, menarik, pada tahap

pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan

meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai

nilai kepada pelajar.

b) Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku

yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai

imej atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu

tersusun dan diulang-ulangkan.

c) Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai komponen

gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada.

Pelajar itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas

tersebut. Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis, murid

memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal

warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Pelajar juga

perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan

menggunakan maklum balas.

20

Page 21: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

d) Motivasi - Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang

diberikan. la berhubung kait dengan orang yang memberi

motivasi dan sumber peneguhannya.

2.2 Model-model Tingkah laku

Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empat

model tingkah laku.

Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahami

jenis-jenis model tingkah laku berikut:

2.2.1 Model Psikodinamik

Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia

daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan

secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif

psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-

kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual

(oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).

2.2.2 Model Biofizikal

Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah

secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal,

kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

2.2.3 Model Persekitaran

Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada

masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini

menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada

persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu

boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku.

21

Page 22: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2.2.4 Model Behavioral

Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam

persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh

faktor-faktor luaran di sekelilingnya.

Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model

Apakah strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk menangani

tingkah laku mengikut model seperti yang dinyatakan? Strategi

pengurusan tingkah laku juga dilaksanakan berasaskan model

pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal, psikodinamik, behavioral, dan

persekitaran.

a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum

dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi, dan sebagainya.

Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal

tersebut.

b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model

psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan

terapi realiti, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet,

main peranan, pergerakan kreatif, tarian, dan aktiviti fizikal.

Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti tidak

mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang

(planned ignore), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan

sebagainya.

c) Behavioral - Pengurusan tingkah laku berasaskan model

behavioral berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan

rangsangan, ganjaran dan sebagainya.

22

Page 23: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan model

persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak,

berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan

persekitaran dan ”interface-centered”.

Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuat

ulasan.

Dengan sokongan pengurusan grafik, banding Bezakan penekanan

yang diberikan oleh model- model pengurusan Tingkah laku di atas.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat.

Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan

kopi.

TAJUK 3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 2 JAM

23

Page 24: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Sinopsis

Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia memberi

pengetahuan asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam

kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Jenis-jenis tingkah laku yang

akan dibincangkan ialah jenis-jenis tingkah laku positif seperti cepat

belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu, suka bertanya, melibatkan

diri dalam aktiviti dan lain-lain. Jenis-jenis tingkah laku negatif juga

dibincangkan seperti agresif, disruptif, distruktif, temper problems,

withdrawal, non-compliance dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kursus juga

didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang bercorak

Cross-sectional research dan Longitudinal research .

Hasil Pembelajaran

1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak

bermasalah pembelajaran.

2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku negatif.

3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal research dan

cross-sectional research.

Kerangka Konsep Tajuk

Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah

24

Page 25: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

3.1 Tingkah laku Positif

3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah Laku

3.3.1 Cross-sectional research

3.3.2 Longitudinal research

3.2 Tingkah laku Negatif

3.2.1 Hiperaktif3.2.2 Destruktif 3.2.3 Disruptif3.2.4 Agresif3.2.5 Temper tantrums3.2.6 Separation

problems3.2.7 Overdependency3.2.8 Withdrawal3.2.9 Noncompliance

3.1 Tingkah laku Positif

3.1.1 Cepat

belajar3.1.2 Suka

mencuba3.1.3 Ingin tahu3.1.4 Suka

bertanya3.1.5 Melibatkan

diri dalam aktiviti

3.1.6 Tekun

25

Page 26: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengenalan

Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah tingkah

laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun

guru juga perlu sedar bahawa terdapat juga tingkah laku positif yang

ditunjukkan oleh kanak-kanak. Tingkah laku positif ini perlu diberi

pengiktirafan dan perhatian oleh guru supaya tingkah laku ini dapat

ditingkat dan dikekalkan. Aspek ini seringkali diabaikan oleh guru

kerana guru lebih cenderung memberi perhatian yang lebih kepada

tingkah laku negatif.

Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh

kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah

sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh

menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang

berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya

bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif

yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Apakan kaedah dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk

meningkat dan mengekalkan tingkah laku positif ini?

Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah

laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan

istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini

berlaku?

Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku Positif

Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklah

ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang

boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

26

Page 27: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Peneguhan positif

Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini

ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan

lagi,

b) Peneguhan negatif

Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus)

setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan

atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

c) Pembentukan (shaping)

Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang

dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan

perlakuan yang dikehendaki.

d) Kontrak

Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara

lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap

perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid

faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham

akan kesan yang akan berlaku.

e) Ekonomi token

Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau

sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini

ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau

bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

f) Modeling

Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan

dihormati untuk diteladani oleh murid.

27

Page 28: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

g) Rantaian (chaining)

Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk

rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau

rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan.

h) Pengaburan/pelunturan (fading)

Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara

perlahan- lahan.

3.2 Tingkah laku Negatif

Pengenalan

Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah

laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan

istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini

berlaku?

Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar adalah

tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang

lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti

berikut:

3.2.1 Hiperaktif

Tingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk diam-diam seperti

ada jarum di punggung seseorang individu. Boleh tidak tidur beberapa hari

dan melakukan sesuatu yang disukai tanpa berhenti. Memanjat ke atas

almari dan duduk di atas sambil belajar.

3.2.2 Distruktif

28

Page 29: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan

kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan

sebagainya.

3.2.3 Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

3.2.4 Agresif

Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka

bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya.

3.2.5 Temper Tantrums

Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak menerima

pujukan atau ajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang

diminta.

3.2.6 Seperation Problems

Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di sudut dan

tidak berkerja sama

3.2.7 Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat

berdikari dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

3.2.8 Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah

laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk

mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

29

Page 30: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

3.2.9 Noncompliance

a) Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa

pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti

pusat membeli belah atau taman permainan.

b) Enggan ke sekolah

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu

yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman

emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang.

Contohnya enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap

sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan

keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

c) Mencuri

Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri

barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan

dipulaukan oleh rakan sekelas.

Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar

Ciri-ciri individu yang mengalami

(a) Kecelaruan Tingkah Laku

30

Page 31: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(i) Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap orang lain

(ii) Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut, atau

tingkah laku mengancam.

(iii) Berkemungkinan mendera secara fizikal

(iv) Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin kepada perasaan.

(v) Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang lain, dan

tiada rasa bersalah atau rasa kesal

(b) Kecelaruan Penyesuaian

(i) Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak dapat

menyesuaikan diri pada masa tertentu atau tidak dapat

membuat perubahan dalam hidup.

(ii) Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau bergaduh.

(c) Kurang Tumpuan dan Hiperaktif

(i) Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada

Tahap perkembangan mereka.

(ii) Mudah lupa dengan aktiviti harian.

(iii) Lemah dalam memberi perhatian, lalai dalam kerja sekolah

atau kerja rumah.

(iv) Tidak dapat mengikut arahan dan gagal menyudahkan

kerja sekolah.

(d) Engkar Arahan

(i) Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu

arahan.

(ii) Sering mengabaikan kerja sekolah dan menganggap

tidak penting.

(iii) Kurang bertanggngjawab.

31

Page 32: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(iv) Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.

(e) Tingkah Laku Mengganggu

(i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien, tidak taat, dan

tingkah laku permusuhan terutama terhadap mereka yang

berautoriti.

(ii) Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang ramai

dan kejam terhadap binatang.

(f) Impulsif

(i) Menunjukkan tingkah laku yang abnormal terutama

yang berkaitan dengan interaksi sosial dan komunikasi.

(ii) Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan yang sama

umur dengan mereka.

(g) Agresif

(i) Terdapat beberapa perubahan pada individu seperti

tidak dapat tidur malam, dan mempi ngeri dan perasaan

takut yang amat sangat.

(ii) Cepat naik marah

(iii) Tidak sabar menunggu giliran.

(iv) Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang lain

(v) Sering melawan dan menganggap dirinya yang terbaik.

(h) Mengamuk

(i) Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti

hilang perhubungan dengan persekitaran.

(iii) Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam

32

Page 33: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

menyudahkan tugasan

(iv) Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang tidak

Terurus

(i) Murung

(i) Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui simptom

seperti sakit kepala

atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus sesuatu

tugas.

(ii) Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan emosi

yang tidak menentu seperti ketawa seorang diri atau

menangis.

(j) Stereotaip

(i) Kurang keyakinan diri.

(ii) Menunjukkan pergantungan kepada orang lain.

(iii) Sering was-was apabila menjalankan tugas dan

tanggungjawab.

(iv) Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak puas hati

dalam menyudahkan tugasan tersebut.

Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah laku

mencabar antaranya:

Fungsi dan struktur otak Kecederaan ketika lahir.

Genetik Kesihatan mental ibu

33

Page 34: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Alergi makanan dan pengambilan gula Kurang berat badan sewaktu

dilahirkan

Terdedah kepada persekiaran yang tercemar.

Pengambilan rokok semasa mengandung

Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar

Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan Tingkah

laku Negatif

Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti

yang dinyatakan di atas? Apakah tindakan yang guru lakukan untuk

menangani tingkah laku negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik

yang dinyatakan di bawah yang boleh membantu guru mengurang dan

menghapus tingkah laku negatif yang tidak diingini.

a) Penghapusan (Extinction)

Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus

melakukan

tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan

dengan tingkah laku baru yang positif.

b) Pengasingan (Time-out)

Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik,

bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan,

c) Kejemuan (Satiation)

34

Page 35: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu

melakukannya dan berhenti sendiri. “Over Correction” adalah satu

teknik kejemuan,

d) Hukuman/dendaan

Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik

token yang diberi, menarik balik hak dan keistimewaan,

e) Disensitisasi

Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan

rasa gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan

kelas, fobia).

f) Pembetulan semula (overcorrection)

Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau

kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya.

Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali

- bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi

makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik

itu

g) ’Response cost’

Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara sistematik

terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan murid

kita? Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan kerjasama semua

pihak yang terlibat dengan pendidikan murid-murid. Pihak yang kita

maksudkan ialah ibu bapa, keluarga, pihak pentadbir sekolah, guru,

agensi berkaitan, para pakar, badan bukan kerajaan, komuniti dan

masyarakat. Kerjasama dan kolaborasi pintar kesemua pihak ynag

prihatin dengan perkembanagan dan pendidikan murid-murid akan

memastikan sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku itu 35

Page 36: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

berjaya. Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan hanya strategi bilik

darjah, strategi untuk sekolah dan garis panduan melaksanakan program

mencegah tingkah laku mencabar.

Strategi di bilik darjah

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas dan tingkah

laku murid-muridnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi guru juga

mendidik murid-murid. Guru perlu mengamalkan amalan terbaik (best

practices) dalam kelasnya. Bagi mengamalkan amalan terbaik ini, guru

perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dan mengaplikasikan

cara pengajaran yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada perkara-

perkara berikut:

(a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya secara profesional iaitu

selalu menghadiri kursus, latihan, ceramah terutamanya berkaitan

pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Guru juga mesti

sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa

melalui pembacaan dan pencarian maklumat pelbagai sumber lain

seperti majalah, jurnal dan internet.

(b) Guru perlu tahu mengurus bilik darjah dengan baik.

Penyusunanpersekitaran, ruang, perabot, alatan, alat bantu

mengajar dan bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan

mengambilkira keperluan dan kepelbagaian cara pembelajaran

murid dalam bilik darjah. Pastikan bilik darjah selamat, ceria dan

kondusif untuk pembelajaran murid.

(c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang positif

iaitu dengan membanyakkan motivasi dan memberi ganjaran.

(d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam bilik

darjah.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk 36

Page 37: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

guru, pembantu guru, ibu bapa, tetamu dan sebagainya.

(e) Guru perlu mengamalkan strategi pengubahsuain tingkah laku

dan strategi pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

(f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa berhubung dengan

ibu bapa dan keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah laku

anak-anak mereka.

(g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian terhadap

proses pengajaran-pembelajaran dan program pengubahsuaian

tingkah laku.

Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya sudah

pasti murid kita akan mendapat faedahnya.

Strategi untuk sekolah

Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah tingkah laku kita

perlu mengubah diri kita sendiri dahulu. Kita juga nyatakan bahawa semua

pihak memiankan peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku

mencabar. Pihak sekolah bererti semua warganya terutamanya pihak

pentadbir sekolah iaitu pengetua/guru besar, guru penolong kanak,

penyelia, penyelaras kelas khas bermasalah pembelajaran. Semua pihak

ini perlu prihatin dan bertanggunjawab dalam membantu program

pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolah mereka. Namun

pendekatan 'whole school approach' atau seluruh sekolah perlu diterapkan

iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir, para guru,

kakitangan lain, pengawal keselamatan, pihak kantin sekolah, ibi bapa dan

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masing-

masing. Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah:

a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik.

37

Page 38: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan bertimbang rasa yang

boleh

dilaksanakan.

c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan warga

sekolah

terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan PIBG.

d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif.

e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan.

f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa dan

keluarga.

g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid.

Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah tentu

kejayaan mencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai. Adakah anda

bersetuju ?

3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah laku

3.3.1 ’Cross-sectionall Research’

Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut pada satu

jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan latarbelakang.

Kaedah ini seringkali digunakan di dalam bidang psikologi

perkembangan dan boleh juga digunakan di dalam bidang-bidang

lain seperti sains sosial, pendidikan dan lain-lain bidang sains.

Dalam bidang psikologi perkembangan, pengkaji boleh memilih

beberapa kumpulan subjek yang mempunyai banyak ciri persamaan

tetapi hanya berbeza dari segi umur. Oleh itu ini sekiranya terdapat

sebarang perbezaan di antara kumpulan ini ia diandaikan adalah

kerana faktor perbezaan umur.

3.3.2 ’Longitudinal Research’

38

Page 39: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan bertujuan

untuk melihat perkaitan di antara beberapa pembolehubah. Ia

melibatkan kajian terhadap kumpulan individu yang sama dalam

jangkamasa yang panjang. Data dipungut di peringkat permulaan dan

juga di sepanjang tempoh kajian. Kebaikan kajian ’londitudinal

research’ ialah ia membolehkan pengkaji melihat perubahan yang

berlaku dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk mendapatkan

sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja, pengkaji akan

mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun untuk mendapatkan

faktor utama kepada berlakunya jenayah tersebut.

Latihan 3

3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang hiperaktif. Minta

kanak-kanak tersebut duduk diam. Berapa lama dia boleh duduk diam.

Catatakan masa, dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda.

3.2 Bincangkan kepentingan ‘longitudinal research’ dan ‘cross-sectional

research’ dalam bidang pengurusan tingkah laku kanak-kanak

bermasalah pembelajaran.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :

http://psychology.about.com

http://www.alleydog.com

http://www.enotes.com

http://en.wikipedia.org

39

Page 40: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU)

2JAM

SINOPSIS

Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan, dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku.

HASIL PEMBELAJARAN

40

Page 41: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat:

i. memahami konsep pengurusan peneguhanii. memahami aspek pendokumentasianiii. memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Prinsip Peneguhan

Jadual Peneguhan

Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku

4.0Pengenalan

Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang

khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada

prinsi-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara

yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip

peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan

tingkah laku.

4.1 Prinsip peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau

mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan,

peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.

Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat

meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada 41

Page 42: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada

masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang

disukai oleh murid.

Jenis-jenis peneguh

Terdapat empat jenis peneguh yang boleh diberikan

kepada murid, iaitu:

i. Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu;

a. edible reinforcer- merupakan makan /

minum yang disukai

murid seperti makanan

(gula-gula, biskut, dll)

b. non-edible- merupakan barangan

seperti kereta mainan,

pen, bola dan

sebagainya.

ii. Sensory merupakan sensasi yang disukai atau

dapat menggembirakan murid. Terdapat lima jenis

sensory reinforcers iaitu;

a. Sentuhan (tactile) – sentuhan dari kulit ke kulit

antara guru dan murid yang boleh menyebabkan murid

bertindak balas. Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk

bahu, usap kepala, dsb.

b. Penggetar (vibratory) – merupakan alat

penggetar (vibrator) yang letakkan di bahagian leher,

tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau

yang mengalami pelbagai kecacatan)

42

Page 43: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

c. Wangian (olfactory) – menggunakan bahan-

bahan yang menarik minat murid.

d. visual – menggunakan alat-alat yang dapat

menarik dan menggembirakan murid seperti ”spinning

colour wheel”

e. auditory – bunyi-bunyi yang menarik minat murid

atau disukai murid

iii. sosial – merupakan pujian, senyuman, beri

perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan

tanda- tanda / air muka persahabatan atau kasih sayang

yang dapat menggembirakan murid.

iv. aktiviti – merupakan lawatan, ambil bahagian,

mewarna, menonton televisyen, dll.

Jadual peneguhan

Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut:

i. ’Contigent’ diberi setiap kali tingkah laku yang diingini

(tingkah

laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan

tingkah laku tersebut

43

Page 44: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

ii. ’Continuous’ diberikan kepada setiap tindak balas yang murid

berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk

membentuk / melatih perlakuan baru.

iii. ’Intermitten’ diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan

kepada setiap perlakuan berlaku.

iv. Penjadualan

nisbah (ratio

schedules)

a. ’Fixed ratio’ – penjadualan tetap nisbah

perlakuan (bilangan)

b. ’variable ratio’ – bilangan perlakuan yang

berbeza

dalam tempoh tertentu (masa)

c. ’Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang

tetap (setiap 10 minit)

d. ’Variable interval’ – penentuan jangka masa

yang tidak tetap (5,4,9,15,13 minit)

Jenis-jenis pemerhatian

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu

mengenal pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau

ditingkatkan. Oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan merekodkan

pemerhatiannya secara sistematik.

Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian

langsung (direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang

berkenaan. Melalui pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan

jenis perlakuan yang perlu diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanak-

kanak berkenaan, bila tingkah laku itu terjadi, tempat tingkah laku itu

dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi.

Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek

yang hendak dinilai / diperhati, ia itu:

44

Page 45: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

i. memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran

(interpretation) dan tanggapan (judgement)

Melapor apa yang dilihat sahaja

Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa

tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi

selepas menemubual individu yang berkenaan,

ii. memerhati apa yang telah dirancang dan secara ”open

ended”

Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu ,

pengetahuan, perlakuan, atau sikap yang telah

dikenal pasti, di samping menilai sesuatu yang wujud

tanpa dijangka / di luar perancangan penilai /

pemerhati, tetapi relevan dengan objektif penilaian

tersebut.

iii. memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan

dalam jangka masa yang berperingkat boleh memberi

dapatan yang berkesan dan bermakna tentang

perkembangan proses atau peristiwa atau pendekatan

terhadap sesuatu tugasan dan masalah / kesukaran.

Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan

cara serta kriteria tertentu, antaranya;

i. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang

telah dikenal pasti atau dirancang,

45

Page 46: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

ii. dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti

rekod anekdot.

iii. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik

mengikut objektif atau tujuan pemerhatian,

iv. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan

keadaan dan keperluan,

v. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau

tindak balas murid.

Prinsip pengurusan tingkah laku

Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-

prinsip pengurusan tingkah laku berikut:

Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini bermaksud

semua tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa)

Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj akibat

rangsangan yang diterimanya. Prinsip ini sangat ditekankan dalam

teori behavioris. Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah

laku adalah rangsangan terhadap tingkah laku tersebut.

Tingkah laku boleh diajar dan diubah

Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak mengajar

tingkah laku baru kepada muridnya. Melalui teknik pengurusan

46

Page 47: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

tingkah laku yang sesuai, guru dapat mengubah tingkah laku

bermasalah kepada tingkah laku baru yang diingini.

Matlamat perlu jelas dan khusus

Objektif program pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan

perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus.

Program perlu secara individu

Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi setiap

murid, maka pelaksanaan program intervensi hendaklah dirancang

untuk murid yang berkenaan sahaja.

Program perlu fokus masa kini (semasa)

Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu kepada

masalah tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh murid.

Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di rumah

yang merupakan persekitaran sudah biasa kepada murid-murid.

47

Page 48: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep,

isu-isu penting dengan membut ulasan,

Dengan merujuk bahan bacaan dan multimedia,

huraikan pelbagai jenis peneguhan dan prinsip – prinsip

peneguhan di atas. Layari laman web untuk mendapat

maklumat tambahan

Latihan 2:

Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku

dalam tajuk 4 dan huraikan.

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam

pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran,

mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi

48

TAJUK 5 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU 2JAM

Page 49: Modul Ppg 2 Pkb 3103

Langkah -langkah dalam

5.2 Mengumpul dan merekod data

5.4 Melaksanakan program intervensi

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan peneguhan peneguhan

5.5 Menilai keberkesanan intervensi

5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:

i. mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan

tingkah laku

ii. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salahlaku dan

menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran

Kerangka Model Tajuk

5.0 Pengenalan

Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani

segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai.

Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah

yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul

dan merekod data serta melakdsanakan intervensi.

5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran

49

Page 50: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi

keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.

Panduan memilih tingkah laku sasaran:

i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkah

laku yang

- Membahayakan diri dan orang lain

- Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain

- Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain

- Tidak sesuai dengan umurnya

- Terlalu kerap berlaku

- Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu

- Menyebabkan murid lain menjauhkan diri

(Zirpoli&Mellow, 2001)

ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :

- Jenis tingkah laku

- Kekerapan tingkah laku

- Jangka masa barlaku

- Tahap keterukan (intensiti)

- Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu

meningkat atau menurun

iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian

50

Page 51: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya.Misalnya ” Murid A

bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam

tempoh setengah jam.

vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada

secara lisan atau bertulis.

5.2 Mengumpul dan merekod data

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru

seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di

ubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ” baseline

data”.

Tujuan mengumpul data:

- Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari.

- Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.

- Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola

tertentu.

- Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan

maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:

- Rekod Naratif

- Rekod Anekdot

- Rekod Naratif berterusan

- Rekod Kejadian (Event Recording)

- Rekod Kekerapan

- Rekod jangka masa (Duration)

- Rekod had masa (Interval)

- Rekod Sampel Masa

51

Page 52: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan

5.4 Melaksana Intervensi

Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkah

laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk

mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat

diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu:

i) Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?

ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan?

iii) Bila tingkah laku itu berlaku?

iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku?

v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?

vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?

Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri,

keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat

merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Program intervensi

dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau

mengurangkan tingkah laku sasaran.

Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu:

i) Fasa pra intervensiii) Fasa intervensiiii) Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi:

Dikenali sebagai ”baseline period” iaitu guru akan mengumpul semua

maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang

52

Page 53: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

intervensi. Rekod ”baseline” ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod

baselinedata selepas intervensi.

Fasa intervensi:

Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa

pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang

dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku

tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi)

ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini

dijalankansekurang-sekurang selama dua minggu.

Fasa selepas intervensi:

Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah

laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah

laku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf

fasa selepas intervensi.

5.5. Menilai keberkesanan intervensi

Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf

sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan

pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data

yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan

program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah

laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan

intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik

pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

53

Page 54: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia, huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan di atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. Bentangkan untuk perbincangan dalam kelas.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara rekod naratif dengan rekod anekdot.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2 JAM

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk

meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini

atau tidak diingini.

54

Page 55: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:

i. mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku

yang diingini.

ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau

menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.

Kerangka Model Tajuk

Strategi Pengurusan Tingkah laku

-Peningkatan tingkah laku

-Pengurangan Tingkah laku

6.0 Pengenalan

Dalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk mengekal atau

meningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid.

Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan.

Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu.

6.1 Meningkatkan Tingkah Laku

Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh murid

hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara

teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

Peneguhan Positif:

55

Page 56: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang

diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau

ditingkatkan.

Peneguhan Negatif:

Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus)

setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan

mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

Pembentukan: (Shaping)

Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang

dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan

perlakuan yang dikehendaki.

Kontrak:

Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid)

secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan

terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan

berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak

diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

Ekonomi Token:

Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker

(pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk

ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

Modeling :

Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan

56

Page 57: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

dihormati untuk diteladani oleh murid.

Rantaian (Chaining):

Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk

rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau

rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.

Pengaburan/Pelunturan (Fading): Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara

perlahan-perlahan.

6.2 Mengurangkan Tingkah Laku

Penghapusan ( Extinction): Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus melakukan

tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan

tingkah laku baru yang positif.

”Time-Out” :

Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas,

atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.

Kejemuan (Satiation):

Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya

dan berhenti sendiri. ”Over-correction” adalah satu teknik kejemuan

yang tidak digalakkan.

Hukuman/ Dendaan:

Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan fizikal,

”response cost” iaitu menarik balik hak atau keistimewaan.

57

Page 58: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Disensitisasi:

Tindakan – tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan

rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan

kelas atau fobia).

”Overcorrection”:

Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau

kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya. Contoh

- membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali.

- menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin

seratus kali.

”Response cost ”:

Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik

terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

58

Page 59: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

SELAMAT MENCUBA!

TAJUK 7 ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM

Sinopsih

Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini menyediakan

perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat

dalam program Pendidikan Khas.

Hasil Pembelajaran

59

Page 60: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

i) Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi,

keadilan dan penghormatan.

ii) Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa dan

kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah.

iii) Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan

khas

Kerangka Tajuk

7.0 Pengenalan

Bagi meningkatkan pengetahuan anda tentang mobul ini,

disediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu, dan etika

yang terdapat dalam pengurusan program pendidikan khas.

Sebenarnya dalam melaksanakan program pengurusan tingkah

laku, terdapat bayak isu yang mungkin timbul. Di antara yang

diperkatakan ialah:

Sulit (confidential)

Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit.

Hak asasi kanak-

kanak

Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku

Isu dan Etika

Pengurusan Tingkah

Laku

Penglibatan Komuniti

60

Page 61: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

”Zero reject” ( education for all )

Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percuma

Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation).

Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan

latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam

program pendidikan khas.

Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized Educational

Plan)

Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan

secara individu yang mencatatkan pecapaian semasa, matlamat,

perkhidmatan khusus, prosedur dan hasil (out come).

Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment)

Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelas

yang paling tidak terhad.

Due Proses

Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat

keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab

dipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa.

Penglibatan dan persetujuan ibu bapa

Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat

juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod

berkaitan pendidikan anaknya.

7.1 Hak Asasi Kanak-kanak

Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga

prinsip sebagai panduan:

i) Normalisasi

Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang

berkeperluan khas merasa kehadiran mereka

61

Page 62: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu

diberikan perhatian:

-Persekitaran sebenar kanak-kanak

-Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai

kumpulan dalam masyarakat

-Pengetahuan tentang pertumbuhan dan

perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan

dan ketidakupayaan kanak-kanak.

ii) Keadilan

Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang

menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada

kebajikan kanak-kanak.Di antara contoh tindakan

yang tidak adil:

-Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara

sistematik.

-Menempatkan murid secara sembarangan tanpa

usaha membantu.

-Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan

yang diperlukan.

iii) Penghormatan

Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak

seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang

bermaruah dan bukan dilayan seperti

haiwan.Contoh tindakan yang salah:

-Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-ketampi)

-Hukuman psikologi (menyindir, memarahi dan

memberi gelaran)

-pengabaian - (menyekat kanak-kanak daripada

62

Page 63: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Peluang untuk berjaya)

-Pemisah - (salah penempatan dikelas khas)

-pengasingan - (pengguanaan ’time out’ secara

tidak konsistem dan lama)

-Pengubatan- (salah guna ubatan)

-Hukuman kejam - (sekatan, renjatan elektrik)

7.2 Penglibatan ibu bapa

a) Peranan ibu bapa

-Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan,

pengujian(assessment), membina program, mengajar

dan penilaian (evaluation) (e.g.keberkesanan program).

-harapan ibu bapa dan juga harapan profesional.

b) Bentuk penglibatan

-mengenalpasti dan merujuk

-diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa

untuk membina program

-temuduga sejarah hidup murid

-pengujian secara formal

-memerhati dan membuat carta

-melibatkan murid dalam pengujian (assessment)

c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa

(conferencing)

- persediaaan untuk perjumpaan

-cara komunikasi

-melaporkan keputusan

-membentuk matalamat (goals) program

63

Page 64: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

-kelulusan untuk penempatan

d) Due Process

Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap

ibubapa diperjelaskan.

e) Memantau perlaksanaan.

-merupakan proses yang berterusan

f) kerjasama ibu bapa

Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat

menjamin kejayaan program.

g) Pendidikan ibu bapa

-Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas,

keperluan khas anak

-latihan berkomunikasi, terapi, kaunseling, perundangan

-membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu

bapa.

h) Reaksi ibu bapa

Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk, iaitu

- Redha dan bersyukur

- Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi

-salahkan diri

-tidak gembira/murung

-rasa bersalah

-penafian

-menyalahkan orang lain

-menarik diri

-mengelak diri

-Pemarah dan memencilkan diri

64

Page 65: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

-bermusuhan

-terlalu mengharap

-kecewa

-Tidak terima sama sekali

i) Keperluan Latihan

Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa

depan anak-anak mereka, oleh itu merek perlu diberi

pendedahan berikut:

-sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya

-penerangan pakar perubatan/psikologi/kaunseling dan

sebagainya

-perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya

-Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan

pendidikan, latihan dan sebagainya.

j). Hubungan rumah dengan sekolah

Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk

melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham

dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti

yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.

7.3 Penglibatan Komuniti

i) Agensi kerajaan dan swasta

a)Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah

pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-

murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah

65

Page 66: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah

harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh

Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas

bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar

dan pengisiannya.

Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di

sekolah- sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi

ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan

Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas

mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard

Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia,

dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan

Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

b)Jabatan Kebajikan Masyarakat

i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk

mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan /

program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi

awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan

kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan

mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

66

Page 67: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU

membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota

tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan

adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti

kehidupan harian.

iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan

dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan

bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian.

Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700.

iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU

terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau

orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi

keperluan asas kehidupan.

v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang

pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel

Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di

13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.

vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan

MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada

OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-

kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus

ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan

fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian

lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.

Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) -Latihan

Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga

ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. 67

Page 68: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami

kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan

harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan

agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam

pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam

keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU

menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan

berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran

motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa,

perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan

rekreasi.

c)Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan

carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan,

Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan

Rawatan Psikologi.

i) Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,

persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan

Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations),

ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata

tempat di negara kita. Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-

orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak

terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi

68

Page 69: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal

berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas

tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang

berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah

bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak

terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara

Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan

pendidikan khas ialah:

i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s

Assocation)

Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan

mental di antara umur 2-16 tahun.

ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup

serta kemahiran sosial

iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa

Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di

antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak- kanak

diantara umur 6-16 tahun.

iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down

Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-

kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di

bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat

pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat

dalam Malaysia

69

Page 70: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :

http://psychology.about.com

http://www.alleydog.com

http://www.enotes.com

http://en.wikipedia.org

Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

JAWAB SOALAN BERIKUT:1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa dalam program kanak-kanak khas.

2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas.

SELAMAT MENCUBA!

70

Page 71: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

RUJUKAN :

Axelrod, S. 1983. Behavior Modification for the Classroom Teacher, New York: McGraw-Hill Book Company.

Hamilton, K. R. 2001. http://webhome.idirect.com/~kehamilt/psy4.html Jun 18, 2007.

Harrop, A. 1987. Behavior Modification in the Classroom, London: Hodder & Stoughton Ltd.

Martin, G. & Pear, J. 1993. Behavior Modification-What Is It and How to Do It 4th ed. New Jersey: Prentice Hall.

Myint S. K.; Lourdusamy, A.,.Lang, Q. C. and Wong, A. F.L. 2005. Classroom Management: Facilitating Teaching and Learning. Singapore: Pearson.

71

Page 72: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Sulzer, B. & Mayer, G. R. 1972. Behavior Modification Procedures for School Personnel. Illinois: The Dryden Press Inc.

Walker, J. E. & Shea, T. M. 1995, Behavior Management:- A Practical Approach for Educators 6* ecf. New Jersey: Simon & Schuster Company.

Wielkiewicz, R. M.. 1995. Behavior Management In The Schools: Principles and Procedure. Boston: Allyn and Bacon.

Zirpoli, T. J. and Melloy, K. J. 1993. Behavior Management: Applications for Teachers and Parents. New York: Macmillan Publishing Company.

Greene, R.W. (2001). The explosive child: A new approach for understanding and parenting easily frustrated chronically inflexible children. New York: Harper Collins

Kazdin, A.E. (2002). Behavior Modification : Applications for teachers. (6th. ed.). Belmont C.A.: Wadsworth.

Martin, G. & Pear, J. (2003). Behavior modifications : What it is and how to do it. (7th. Ed.). New Jersey : Prentice-Hall

Jordan, D. (2001). A guidebook for parents of children with emotional or behavior disorders (3rd ed.). Minneapolis, MN: PACER.

Miltenberger, R.G. (2001). Behavior modification : Principles and procedures (2nd. Ed.). Belmont, C.A. : Wadsworth

Papolos, D., & Papolos, J. (2002). The bipolar child. New York: Broadway

Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002). Behavior management: A practical approach for educators (8th. Ed.). New Jersey : Merrill Prentice-Hall.

Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (2001). Behavior management : Applications for teachers (3rd. ed.). New Jersey : Merrill Prentice Hall

72

Page 73: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PANEL PENULISAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

( PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA KELAYAKAN

EN.RAYMOND MOHANRAJ PAUL

PensyarahPenyelaras Pendidikan KhasJabatan Ilmu PendidikanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

[email protected]

Kelulusan:

Sarjana Pendidikan Khas (UM) B.ED. Hons.Pendidikan Khas ( UKM)Diploma Pendidikan (TESOL),IPG Mohamad Khalid

PengalamanPensyarah (8 Tahun)

73

Page 74: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

NAMA KELAYAKAN

Cr.ZULKIFLY BIN HUSSIN

PensyarahJabatan Ilmu PendidikanInstitut Pendidikan Guru Kampus BahasaMelayu

[email protected]

Kelulusan:Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UM)B.AC (Hons) Bimbingan dan kaunseling (UPM)Diploma Pendidikan Sains (IPG KRM)

Pengalaman:Pensyarah (5 tahun)

PN. NOR LAINI BT CHE MAT

PensyarahJabatan Pendidikan KhasInstitut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

[email protected]

Kelulusan:Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UKM)B.ED. Hons. Pendidikan Khas (UKM)Diploma Pendidikan IPG KIK

Pengalaman:Pensyarah (3 tahun)

PANEL PEMURNIAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA KELAYAKAN

74

Page 75: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

NAMA KELAYAKAN

IKON

Rehat

Perbincangan

75

Page 76: Modul Ppg 2 Pkb 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

76