jawapan soalan sdp ipt

11
1. Baga imana kah Teori Konstr uktiv isme dapat memban tu perkemb anga n pembelaja ran Seni dalam Pendidikan pada kanak-kanak? a) Hubu ngka it ilmu baru kepada pe ngeta huan sedia ada b) Menyu sun atur makl umat dan peng etahu an c) Meng ekspr esi ilmu baru dalam bentuk baru d) Memberi gamb aran meng enai penge tahuan ba ru deng an berbaga i cara dan ben tuk e) Menya mpaik an penget ahua n baru melalui repres entasi dan perse mbahan f) Men guk uhk an pemaha man de nga n akti vit i lanj utan 2. Nyata kan DUA asp ek penti ng peng urusan bilik dar jah pen didik an seni yan g boleh mempertingkatkan tahap prestasi kanak-kanak. a) Aspek F izikal – Cahaya, P eredaran Udara, Stor, Rak Pameran, Perabot, Kemudahan Asas b) Aspe k Emosi – Hiasan Dalaman, Ru ang, Pe ragaa n Hasil Ke rja. c) Aspe k Sosi al – Inte raksi Murid, Ke muda han Ak tivit i Kumpu lan 3. Namakan EMPAT teknik mengg ambar. a) lukisan b) catan c) Kolaj d) Montaj e) Cetakan f) Resis g) Gosokan h) St ensilan i) Percikan  j) Gurisan k) Capan l) Mozek 4. Sen araikan EMPAT unsur seni visual.  a) Garisan b) Warna c) Jalinan – jalin an ta mpak 2D, ja linan sent uhan 3D d) Rupa – ca ntuma n dua huju ng garis an - rupa org anik, ru pa geo metri e) Bentuk – memepunyai isipadu - bentuk ilusi 2D, ben tuk kon krit 3D f) Rua ng – kawasan di antara atau kawasan di sekeliling 5. Jelask an hasi l kerj a Edwi n Gordon dalam ka edah pengaj ar an dan pembel aj ar an muzik di sekolah. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembel aj aran permai nan muzi k tanpa notasi dahulu sebelum si mbol -simbol muzi k diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai ‘audiation’ iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration).

Upload: thilaa-vathi

Post on 14-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 1/10

1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme dapat membantu perkembangan pembelajaran

Seni dalam Pendidikan pada kanak-kanak?

a) Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada

b) Menyusun atur maklumat dan pengetahuan

c) Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru

d) Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk

e) Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan

f) Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

2. Nyatakan DUA aspek penting pengurusan bilik darjah pendidikan seni yang boleh

mempertingkatkan tahap prestasi kanak-kanak.

a) Aspek Fizikal – Cahaya, Peredaran Udara, Stor, Rak Pameran, Perabot, Kemudahan Asasb) Aspek Emosi – Hiasan Dalaman, Ruang, Peragaan Hasil Kerja.

c) Aspek Sosial – Interaksi Murid, Kemudahan Aktiviti Kumpulan

3. Namakan EMPAT teknik menggambar.

a) lukisan

b) catan

c) Kolaj

d) Montaj

e) Cetakan

f) Resis

g) Gosokan

h) Stensilan

i) Percikan

 j) Gurisan

k) Capan

l) Mozek

 

4. Senaraikan EMPAT unsur seni visual.

 

a) Garisan

b) Warna

c) Jalinan – jalinan tampak 2D, jalinan sentuhan 3D

d) Rupa – cantuman dua hujung garisan - rupa organik, rupa geometrie) Bentuk – memepunyai isipadu - bentuk ilusi 2D, bentuk konkrit 3D

f) Ruang – kawasan di antara atau kawasan di sekeliling

5. Jelaskan hasil kerja Edwin Gordon dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

muzik di sekolah.

Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada

pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik

diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiappelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai ‘audiation’ iaitu satu proses

mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikiran

tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration).

Page 2: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 2/10

6. Berikan pengertian kreativiti berdasarkan kepada teori pelbagai kecerdasan Howard

Gardner (1978).

- Kreativiti

Proses kreativiti boleh melibatkan: Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

7. Berikan DUA bentuk rangsangan untuk gaya pembelajaran kanak-kanak yang dapat

membantu supaya kanak-kanak lebih berekspresif.

a) Perasaan - hasil luahan daripada hati

b) Lisan - Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik

mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan.

c) Reaksi - Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan

yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima.d) Emosi – menggalakan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia

boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan

membina kecekalan dlam menghadapi persaingan dan cabaran.

e) Bukan Lisan- Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran

yang diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan.

f) Idea- Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda ( Kem berfikir ) perlulah

digunakan didalam melaksanakan ekspresi pelajar.

g) Menggambar- Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan pelajar itu

mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti

menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas

kertas.

h) Menghasilkan- Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar,

kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan

ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.

8. Senaraikan DUA tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara SatuSama Lain dr segi kemahiran pd setiap mp

b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat – pengurusan grafik

c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif 

d) Pembelajaran Berkesan

9. Nyatakan peluang-peluang yang diperolehi oleh murid-murid dengan

menggunakan pendekatan bertema.

a) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkanm pengalaman

verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop,

bunyi dan muzik berasaslam tema yang diberi

b) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan

kreativiti yang tinggi

Page 3: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 3/10

c) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan

d) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru

e) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

f) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

10.Jelaskan secara ringkas DUA jenis integriti.

a) Penggabungjalinan - proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi

mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.

(b) Penyerapan - proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur 

isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi

sesuatu mata pelajaran yang diajar.

(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan

gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai

kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,

ketuhanan dan sebagainya

(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran

yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.(e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau

pintar cerdas.

1. Proses peniruan merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran dan

pembelajaran seni disekolah rendah.

(a) Nyatakan TIGA bentuk atau konsep peniruan menurut teori pembelajaran Sosial.

i. Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan

memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Di

peringkat permulaan menghasil sesuatu karya, kaedah peniruan langsung ini

dianggap paling baik dan berkesan sehingga murid dapat berdikari dengan

pengkaryaannya.

ii. Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan

sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang

lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi

tidak sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap

suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid

 juga membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru

dalam semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu

yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan

menjadi satu habit dan biasaan.

iii. Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina

kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang

lingkup kehidupannya.

(b) Jelaskan TIGA sebab mengapa peniruan itu merupakan satu perkara yang

penting dalam pembelajaran kanak-kanak disekolah rendah.

(i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan responsif 

deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu. Cara yang

termudah ialah membuat representasi idea yang sedia ada dalam minda murid.

Page 4: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 4/10

(ii) Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam minda atau

ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. Untuk tujuan

mengekspresikan idea, memori ini membantu murid mendapatkan idea sebagai hal subjek

(subject matter )

(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila sesuatu gerak

balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip kendiri dan boleh menjadi

pemerapan idea pada jangka panjang.

(c) Huraikan peranan hemisfera otak dalam mempertingkatkan kefahaman

pembelajaran seni dalam pendidikan.

- Otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk

insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya

tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut

tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi

perhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang

secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid.

Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan

mata muridan disekolah.

2. Subjek seni visual telah pun dimartabatkan sepenuhnya sebagai satu subjek yang

berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran merentasi kurkulum.

(a) Apakah pendidikan seni visual?

- Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan

aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah

rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan danmencorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional.

(b) Bincangkan secara ringkas TIGA bidang pendidikan seni visual yang diamalkan di

sekolah rendah. Berikan contoh-contoh sesuai.

- Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada:

o Melukis dan membuat gambar - Bidang ini menegaskan perkembangan

persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai

media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan

komposisi. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan

berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara

ekspresinya yang tersendiri. Cth teknik, lukisan, gurisan, gosokan

Membuat rekaan corak - Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami

pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan

lain. Corak boleh didapati daripada:

1 - Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

2 - Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting

3 - Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

4 - Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Membentuk dan membuat binaan - Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar 

terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Page 5: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 5/10

Kraf tradisional - Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta

dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Cth:

Batik, Anyaman

(c) Huraikan TIGA cara bagaimana pelukis dapat menampilkan estetika di dalam

sesebuah

karyanya.

(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej

Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai

estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika

yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah

semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan

peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan.

(b) Ekspresi dalam Perasaan dan EmosiPelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goya

sering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang

berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan yang

melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan arca-arca

mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai

estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.

(c) Menggunakan Kaedah Formalistik

Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan

unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan,

warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah

melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian,

pengasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai

prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang,

pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar 

sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agong.

(d) Keaslian

Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis.Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan

dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai

estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.

3. Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh

dipisahkan. Tanpa muzik dunia bagi pelajar itu adalah kosong.

(a) Nyatakan DUA objektif mengajar muzik kepada kanak-kanak.

Dengan memahami muzik pelajar akan dapat;(i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;

(ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri;

(iii) merasai dan mengenal konsep muzik;

(iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;

Page 6: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 6/10

(v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;

(vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan

gerakan dan permainan alat;

(vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;

(viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;

(ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa

yang sesuai;

(x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan

(xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

(b) Pendekatan pengajaran muzik Carl terdiri daripada komponen-komponen berikut:

imitasi, eksplorasi, improvasi, penciptaan dan literasi. Jelaskan secara ringkas TIGA

daripada komponen-komponen tersebut.

Imitasi (Mengajuk Balik)

Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan

pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah

melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dansebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan besama pembelajaran nyanyian dan

bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic

(glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan.

Manakala alat melodi yang utamanya ialah rekoder.

(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)

Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan

membuat gerakan dengan usaha sendiri.

(iii) Improvisasi

Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulandengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik disyorkan. Ia

dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yang

berpic seperti xylofon dan metalofon. Cuma memainkan not tonik “do” dan not yang

kelima “soh” kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya

menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh “ti” dan not keempat

“fah”.

(iv) Creation (Mencipta)

Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas

dari fasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan

theme and variation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan

muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan,

nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

(v) Literasi

Pada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti ‘sight

singing’, menulis corak irama dan skor muzik.

(c) Muzik merangkumi konsep-konsep berikut: melodi, irama, harmoni, warna ton,

tekstur, bentuk dan ekspresi. Huraikan dengan memberi contoh, TIGA daripada

konsep-konsep muzik berkenaan.

Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang’.

Page 7: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 7/10

Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau

serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk

mengiringi melodi

Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama

yang berbeza.

Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atauinstrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri

muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.

Bentuk : Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai

struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.

Warna Ton

- Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam

muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:o Suara lelaki dengan suara perempuan;

o Suara perempuan dengan suara pelajar;

Jalinan

- Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar 

menjadi lebih menarik dan diminati ramai.

- Jalinan boleh dibahagikan kepada;

o Monofoni

o Homofoni

o Polifoni

4. Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pelbagai

sudut pembelajaran.

(a) Jelaskan maksud penerokaan dalam konteks seni dalam pendidikan.

- menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu

melaksanakannya dengan cara menjelajah

- guru sebagai pembimbing

(b) Huraikan TIGA cara bagaimana pelajar menjalankan aktiviti penerokaan dalam

pembelajaran pergerakan.

a) Meneroka Alat dan Bahan –

- peringkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan

disepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja

yang rendah, bergayut pada tali panjat, atau bergerak disepanjang rangka panjat.

- tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan

peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak diatas palang, bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi,

ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat.

- tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu

ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan

menggunakan anggota-anggota semasa beraksi.

Page 8: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 8/10

b) Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi

- pelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba

memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau

pergerakan dengan lebih mencabar lagi spt Dirian tangan, Roda kereta, Gulingan,

Imbangan dan sebagainya.

c) Meneroka Idea dan Isi Kandungan.

- Aktiviti Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian

anggota yang lain disekeliling sesuatu paksi. menggabungkan lakuan-lakuan

mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-

lakuan menangkap dan mengguling

(c) Bincangkan bagaimana guru dapat membantu pelajar memperolehi pengalaman

melalui aktiviti permainan.

i. Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar dengan tujuan

mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada pengembangan dan

pengawalan otot dengan baikii. Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, mula dan berhenti.

iii. Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam keadaan

tertekan.

iv. Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi permainan.

v. Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan arahan-arahan.

vi. Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut peraturan dan

tingkahlaku yang positif seperti tidak bergaduh.

vii. Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan yang terpuji.viii. Memahami diri sendiri dan diri orang lain.

ix. Kebanyakan aktiviti-aktiviti didalam permainan dapat memberi kesan yang positif 

kepada perkembangan asas kemahiran motor yang berpadanan di samping dapat

menyediakan asas untuk perkembangan dan pengekalan kecergasan fizikal.

5. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun

di sekitar sesuatu konsep atau tema yang dipilh.

(a) Nyatakan TIGA kekuatan pendekatan bertema dalam pengajaran danpembelajaran.

Kekuatan

- pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan

bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik

berasaslam tema yang diberi

- persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang

tinggi

- pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan- berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru

- dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

- dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

Page 9: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 9/10

(b) Huraikan TIGA aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tema untuk

pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:

i. Boleh merentas semua matapelajaran

- Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua matapelajaran.

Contoh: Tema Pokok. Untuk itu semua mata pelajaran boleh menggunakan tema ini.

Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira

beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran

muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti

pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

ii. Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar 

- Pastikan tema yang dipilh ada kaitannya dengan pengalaman dengan kehidupan diri

pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam

pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.

iii. Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa

- Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan

peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsungan dapat memudahkan

pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang

sebenar.

iv. Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran

- Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari

segi penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar 

dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan ’hands on’ tidak kepada guru

Cuma bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

v. Guru berminat terhadap tema yang dipilih

- Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat

memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang

dijalankan.

vi. Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar 

- Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran

mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang

lebih mencabar.

(c) Jelaskan bagaimana muzik, seni visual dan pergerakan boleh diintegrasi untukmengajar tema ‘persekitaran’ seperti hutan.

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.

Tema persekitaran : Hutan

Page 10: Jawapan Soalan Sdp Ipt

7/27/2019 Jawapan Soalan Sdp Ipt

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-soalan-sdp-ipt 10/10

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar,

rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan

pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat

perkusi.

Pergerakan:

- Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,

- Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah,berterbangan.

Muzik :

- Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

- Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual :

- Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan

menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.