isi laporan pku3143

18
1 1.0 KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan. Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu; “Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.” Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

Upload: mohamad-zaim-faishal

Post on 19-Jan-2016

367 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PKU 3143

TRANSCRIPT

Page 1: Isi Laporan PKU3143

1

1.0 KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah

negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala

aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara”. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan

kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.

Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila

Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan

dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh

dididik, iaitu;

“Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan

orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan,

pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan

Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.”

Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah

di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian

Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber

Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat

fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat.

Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan

mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A

Mohamed, 2006)

Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah

pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan

keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai

Page 2: Isi Laporan PKU3143

2

keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas

mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Page 3: Isi Laporan PKU3143

3

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan

Khas (1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di

sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun

kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai

suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah

pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan

khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-

murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).

Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang

utama iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program

Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah

menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk

ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar

masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di

politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.

Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan

khas sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati

A.Rashid et al. (2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak

istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi).

Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru

menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid

yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia,

lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar

cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996

di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan

keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada

penglihatan, pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed,

2006)

Page 4: Isi Laporan PKU3143

4

2.0 PERANAN PENTADBIR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DI

SEKOLAH

Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar,

pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab

seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap

murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said

(Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi

keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi

menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu “

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu

padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah

S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk

menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah

lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid

istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Ini padan dengan

tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas yang sering berhadapan dengan

cabaran dan rintangan bagi mendidik murid-murid berkerpeluan khas.

Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar

kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu

pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya

menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai

pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu

mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,

melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian

atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat

menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran

yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan

diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan

kritis untuk menarik minat murid berkeperluan khas dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 5: Isi Laporan PKU3143

5

Peranan Guru Pendidikan Khas (Grafik)

Pengurusan Dokumen

- Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari- Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas- Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini- Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain

Pengurusan Hal Ehwal Murid

- Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehatBertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya,

- Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,- Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan

khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,- Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,- Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas.

Pengurusan Data

- Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.

Page 6: Isi Laporan PKU3143

6

Pengurusan Kewangan

- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

Pengurusan Kelas

- Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,- Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,- Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut,- Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas- Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

- Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani.- Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan

yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

Page 7: Isi Laporan PKU3143

7

PERANAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS (GRAFIK)

Pengurusan dan Pentadbiran PKP

Menyediakan takwim PKPMenyediakan senarai tugas guru sepanjang tahunMenghadiri mesyuarat pengurusan kurikulum dan kewangan sekolah dan menghadiri mesyuarat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan NGO’sMewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja guruMembantu dalam Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPMMembantu dalam Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPM

Kurikulum

Menentukan dan menyemak rancangan pelajaran harian dan tahunanMembantu dan membimbing guru dalam penyediaan alatan dan pengajaran dalam kelaMewujudkan pusat sumber dan memantau perkembangannyaMelakukan pencerapan guru dan semakan buku tulis muridMembantu dalam merancang dan menyelaras hal berkaitan dengan ujian dan peperiksaanMemastikan dalam penyediaan laporan kurikulumMenyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah atau Jabatan Pelajaran

Jadual waktu PKP

Merancang jadual waktu kelas dan persendirian serta PPM mengikut kesesuaian opsyen dan keperluanMengedarkan jadual waktu kepada guruMembuat jadual induk bersama jawatankuasa jadualMemastikan jadual ditampal di papan kenyataan

Kewangan PKP

Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (PCG) di awal tahunMenyediakan penyata perbelanjaan setiap 3 bulan sekaliDapatkan kelulusan Guru Besar dalam setiap pembelian alatan/bahan/ penyelenggaraanBerbincang dengan guru mata pelajaran akan keperluan barangan/peralatan yang perlu dibeli dalam tahun semasaMemastikan setiap perbelanjaan mengikut prosedur yang ditetapkan

Page 8: Isi Laporan PKU3143

8

Page 9: Isi Laporan PKU3143

9

Hal Ehwal Murid

Menetapkan peraturan PKP bersama guru disiplinMemantau perkhidmatan berikut dengan kerjasama guru: Bimbingan dan KaunselingKesihatanBiasiswa/kebajikanKeselamatanBiro Pendidikan Khas

Kurikulum

Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat dengan setiap guru penasihat pada setiap awal tahun bagi merangka dan menyediakan jadual rancangan aktiviti tahunan setap gerakerjaMeneliti aktiviti yang dirancangkan oleh setiap gerakerja ko-kurikulum dan memastikan rancangan tersebut dilaksanakanMengumpul laporan aktiviti tahunan dan buku aktiviti ko-kurikulum Memastikan buku rekod kegiatan ko-kurikulum diisi oleh guru-guru penasihat dan disahkanMenyemak borang kelulusan rombongan/lawatan yang dianjurkanMenyelaras aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Jabatan PelajaranMemastikan laporan dibentangkan pada mesyuarat guruMemastikan aktiviti luar/dalaman didokumentasikan

Page 10: Isi Laporan PKU3143

10

Pembantu Pengurusan Murid (Grafik)

Pengurusan Murid Pendidikan Khas

1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.

2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.

3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.

Pengurusan Murid Di Asrama

1. Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid peringkat sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan diri di asrama.

2. Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.

3. Mengawasi keselamatan murid.

4. Menjadi pengantara dengan ibu/bapa murid.

Page 11: Isi Laporan PKU3143

11

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Program Pendidikan Khas (Grafik)

Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid

Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah

Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat

Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Page 12: Isi Laporan PKU3143

12

4.0 PELAKSANAA PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Pelan tindakan Pendidkan Khas adalah satu pelan khas yang disusun secara teliti

untuk mencapai objektif jangka masa yang telah ditetapkan. Jangka masa yang dibuat

bergantung kepada keperluan murid PPKIBP di sekolah berkenaan dan jenis masalah murid

hadapi.

Pelan tindakan pendidikan khas berasaskan Pelan Pembanguanan Malaysia yang

merangkumi bidang-bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi,

Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni serta Sosial, Riadah Dan Kreativiti. Kesemua nilai ini

terkandung dalam 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Satu Jawatankuasa

Perancangan Pelan Tindakan Pendidkan Khas haruslah terdiri daripada guru-guru PPKIBP

dan Guru Besar sekolah. Jawatankuasa Perancangan Pelan Tindakan Pendidikan Khas ini

perlulah bijak memberi idea untuk aktiviti atau program yang boleh dijadikan hala tuju serta

boleh dilaksanakan bagi mencapai matlamat perancangan tersebut. Perancangan Pelan

Tindakan Pendidikan Khas adalah ekspektasi daripada guru, ibu bapa dan murid. Melalui

perincian Pelan Tindakan Pendidikan Khas, aktiviti atau program dan kaedah serta taktikal

boleh ditentukan bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan mengikut 11 anjakan.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Meningkatkan kecekapan guru dalam pengurusan dan pengajaran kelas

ProgramPendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran(PPKIBP)

Meningkatkan kualiti P&P PPKIBP.

Ibu bapa murid akan memperolehi gambaran lebih awal tentang kemahiran-

kemahiran yang akan dikuasai oleh anak mereka dalam tempoh persekolahan.

Menggalakan guru sentiasa membuat kajian dari masa ke semasa tentang P&P bagi

meningkatkan pencapaian murid berkerpeluan khas.

Bagi mencapat matlamat yang ditetapkan oleh Pelan Pembangunan Malaysia.

Murid berkerpeluan khas sememangnya memerlukan tumpuan lebih dari biasa.

Page 13: Isi Laporan PKU3143

13

KEPENTINGAN PELAKSANAA PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Masalah bagi mencapai sesuatu objektif program dapat diatasi kerana Pelan

TIndakan telah dirancang.

Guru PPKIBP dapat mengenalpasti kelemahan, kekuatan, cabaran dan peluang

terhadap sesuatu pengurusan, P&P serta kemahiran khusus untuk murid PPKIBP.

Segala perancangan yang bekaitan dapat dilaksanakan secara tersusun dan

sistematik.

Memberi peluang kepada guru untuk mengurus sesuatu program atau aktiviti dengan

matlamat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, Pelan TIndakan Pendidikan Khas perlulah dirangka bagi memastikan terdapat

matlamat yang perlu dicapai oleh seorang guru kepada pencapaian murid pendidikan khas

mereka. Ini bagi meningkatkan pencapaian mereka dengan lebih berkesan lagi agar murid-

murid pendidikan khas dapat ditingkatkan kemahiran mereka dengan berkersan.

11 Anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembanguanan Malaysia.

Page 14: Isi Laporan PKU3143

14

3.0 PENUTUP

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini adalah guru dan pentadbiran sekolah

merupakan peranan yang paling utama dalam meningkatkan pencapaian murid

berkeperluan khas. Ini kerana kedua pihak ini harus berganding bahu dalam menjayakan

setiap program yang dijalankan oleh mereka.

Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting dalam meningkatkan

pencapaian murid bekerpeluan khas ini kerena merekalah yang mengajar dan mendidik

murid-murid mereka. Guru pendidikan perlu sentiasa meningkatkan kaedah pengajaran dan

pembelajaran mereka agar dapat meningkatkan keberkersanan sekaligus meningkatkan

pencapaian murid pendidikan khas.

Walaupun perana guru pendidikan khas itu penting, pihak pentadbiran juga

merupakan asset yang besar dalam usaha meningkatkan pencapaian murid pendidikan

khas. Ini kerana pihak pentadbiran sekolah lah yang menguruskan peruntukan wang dan

meluluskan segala program yang dirancangkan oleh guru-guru pendidikan khas. Dengan

sokongan penuh pihak pentadbiran, maka pencapaian murid pendidikan khas dapat di

tingkatkan dengan lebih berkesan lagi.

Oleh yang demikian, kedua-dua pihak guru dan pentadbiran sekolah perlulah

berkerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid pendidikan khas agar mereka dapat

menjadi insan yang Berjaya seperti insan-insan lain.

Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi murid Pendidikan

Khas mereka.