he 1 anita vk

3
ANITA A/P VOODIAYAKUMAR A146428 UKM BANGI PN. ROZMEL BINTI ABDUL LATIFF QUIZ 1. Pedagang-pedagang dari tempat manakah yang tidak disebutkan dalam video ini? - Siam 2. Kenapa Melaka digelar sebagai "venice of the east" -Pusat perdagangan antarabangsa 3. "Melayu di bandar, Cina di lombong dan India di estet" . Ini menggambarkan keadaan _________ - Segregasi 4. Manakah di antara tokoh-tokoh berikut yang muncul di dalam video yang dipaparkan? - Tunku Abdul Rahman

Upload: shaameswary-annadorai

Post on 01-Feb-2016

82 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

aaaaa

TRANSCRIPT

Page 1: HE 1 Anita VK

ANITA A/P VOODIAYAKUMAR

A146428

UKM BANGI

PN. ROZMEL BINTI ABDUL LATIFF

QUIZ

1. Pedagang-pedagang dari tempat manakah yang tidak disebutkan dalam video ini?

    - Siam

2. Kenapa Melaka digelar sebagai "venice of the east"

     -Pusat perdagangan antarabangsa

3. "Melayu di bandar, Cina di lombong dan India di estet" . Ini menggambarkan keadaan _________

  - Segregasi

4. Manakah di antara tokoh-tokoh berikut yang muncul di dalam video yang dipaparkan?

  - Tunku Abdul Rahman

Page 2: HE 1 Anita VK

REFLEKSI PENGALAMAN DIRI

Sebagai rakat Malaysia, sudah tentu kita mengetahui bahawa negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Melayu, CIna dan India merupakan kaum yang terbesar di Malaysia seperti yang kita sedia maklum dan terdapat juga pelabgai bangsa atau etnik di Sabah dan Sarawak. Terdapat banyak pengalaman saya sepanjang hidup bersama dengan etnik atau bangsa-bangsa yang lain dan salah satu pengalaman yang saya tidak dapat lupakan ialah semasa belajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Pada ketika itu, saya berpeluang bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sedikit sebanyak, saya dapat mempelajari atau mengetahui cara hidup atau budaya masyarakat lain dalam tempoh 1 Tahun. Semasa di matrikulasi, saya selaku ketua kelas dan pengerusi kelab rugbi berpeluang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bersama dengan rakan-rakan yang berbilang kaum. Sepanjang bergerak kerja, saya berasa senang dengan kerjasama dan komitmen yang mereka berikan walaupun hanya terdapat 2 orang pelajar India dalam kelas itu. Rakan-rakan Cina biasanya menunjukkan prestasi akademik yang baik dan mereka juga suka berkongsi dan tidak kedekut ilmu untuk mengajar kami. Ini amat terbukti,walaupun berbeza warna kulit,agama dan budaya,jika kita semua bertolak ansur dan saling tolong menolong,ia sangat membantu kita semua untuk hidup aman dan harmoni. Secara ringkasnya, semua bangsa mempunyai budaya yang berbeza, tapi perbezaan itu lah yang menjadikan kita saling melengkapi antara satu sama lain di bawah bumbung 1 Malaysia.

Page 3: HE 1 Anita VK

VIDEO

https://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0

Melalui apa yang saya tonton dari video di atas menceritakan tentang era-era dalam hubungan etnik di Malaysia. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Siapa sangka negara Malaysia yang telah memperolehi kemerdekaan pada suatu ketika dahulu namun pernah juga ditimpa sejarah hitam? Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Rusuhan dan keganasan yang berlaku khususnya diantara kaum Melayu dan Cina ini berpunca kerana tiada nilai persefahaman diantara kedua-dua kaum. Parti Perikatan telah kalah dalam Pilihanraya 1969 kerana hilang majoriti 2/3 kerusi. Manakala pada piliharaya umum pada tahun tersebut, parti pembangkang telah menyentuh perkara 153 dalam perlembagaan yang melibatkan hak asasi iaitu Hak Istimewa Orang Melayu. Penghinaan orang Cina terhadap orang Melayu semasa peristiwa tersebut jelas menunjukkan orang Cina hilang rasa hormat-menghormati diantara kaum. Disebabkan sikap orang Cina yang tidak menghormati orang Melayu maka telah mencetuskan konflik dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Peristiwa daripada pilihanraya ini telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan seterusnya menyebabkan darurat beberapa hari selepas peristiwa itu. Peristiwa berdarah ini seharusnya diambil iktibar dan pengajaran agar perkara yang sama tidak akan berulang. Sebagai sebuah negara majmuk, rakyat haruslah mengamalkan nilai-nilai murni termasuklah menjaga sikap toleransi, hormat-menghormati, berfikiran positif, bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang dan kedaulatan negara agar negara Malaysia sentiasa aman dan hidup harmoni. Malah dengan itu, rakyat juga harus berwaspda dengan anasir-anasir luar yang akan menggugat keharmonian negara. Kesimpulannya, rakyat haruslah menitikberatkan soal tanggungjawab dalam jati diri masing-masing.