he: tugasan 2 [slide presentation]

10
KUMPULAN 10 KUMPULAN 10 Pengalaman Harian: Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian

Upload: azlin-hazwani

Post on 22-Jun-2015

140 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik: Tugasan Berkumpulan 2, Pengalaman Harian

TRANSCRIPT

Page 1: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

KUMPULAN 10KUMPULAN 10

Pengalaman Harian: Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan

dan Melahirkan Keharmonian

Page 2: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

PENGENALAN Masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan

kepercayaan yang berbeza. Perlakuan saling kebergantungan ini menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam

masyarakat Hubungan baik yang terjalin biasanya berlaku tanpa paksaan dan batasan. Pengalaman harian berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang lingkup yang luas seperti

menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media.

Kepelbagaian Makanan EtnikPemangkin Perpaduan

Page 3: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan Etnik

Memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai.

Nasi lemak - stereotaip telah diketepikan Mi, sup, dim sum dan kuih pau - makanan etnik Cina digemari oleh etnik lain Makanan etnik India, Sabah dan Sarawak.

Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan Etnik

Kesepaduan sosial menerusi makanan ini dapat disaksikan di tempat-tempat makan umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran Mamak (24 jam), restoran Kopitiam milik etnik Cina atau Melayu atau di tempat makan yang eksklusif.

Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara etnik berlaku lalu membentuk kesepaduan sosial yang lestari.

Page 4: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

Ruang Sosial Makanan

Tiada kaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan tetapi

ada kalanya ia boleh dikait dengan acara keraian.

Berkaitan dengan acarakeagamaan atau kepercayaan.

Ruang Bukan AwamRuang Awam

Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial

Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama, kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan

sesuatu bentuk seni itu dijalankan. Kedua, adalah kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni

berkenaan.

Page 5: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

Contoh kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan:

Animasi Upin dan Ipin telah mendapat tempat di hati kanak-kanak di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dengan pelbagai watak yang ditunjukkan yang mewakili masyarakat Malaysia.

Salah satu filem yang bergenre komedi seram, adegan ini adalah sewaktu menceritakan jenis-jenis hantu dari kepercayaan Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Penyanyi Aizat Amdan sewaktu menyanyikan lagu Kau Pergi di Anugerah Juara Lagu. Gaya persembahan yang ditunjukkan berunsur unik dengan wanita bertudung memainkan alat muzik etnik Cina.

Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial

Chuah Thean Teng (1912-2008)Mengubah teknik lukisan dengan menggunakan corak batik (1953)Subjek utama lukisan, "perkambungan orang Melayu".Mendapat julukan sebagai "Bapa Lukisan Batik Moden Malaysia".

Page 6: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial

Sam KarunaTerlibat dalam industri batik sejak tahun 1960Menggunakan teknik dyetik dalam penghasilan lukisanKebanyakkan karya adalah berbentuk abstrakMengajar lebih 12,000 orang mengenai untuk berkongsi teknik tersebut di Batik Fine Art Training Centre.

Media dan Kesepaduan Sosial

Page 7: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

Media dan Kesepaduan SosialPada Malam Wartawan 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

menyatakan bahawa media perlu bekerja dangan dasar yang betul. Antara yang disenaraikan ialah ketelusan dan akauntabiliti, keadilan dan laporan yang

bertanggungjawab.

Kepentingan media Membina kredibiliti negara kerana masyarakat sebenarnya akan lebih cepat terpengaruh dan memberi tindak balas dengan apa yang mereka terima melalui media.

Media berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan, menjadi cermin kepada masyarakat sebagai alat perubahan, alat interaksi. Iklan TM “1Malaysia-As One We Care” menggambarkan situasi:

masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling membantu antara satu sama lain.

mengajar bagaimana semangat setia kawan terjalin menerusi jemputan daripada pelbagai etnik yang sama-sama meraikan sambutan hari lahir kanak-kanak India (Citra) dan kelihatan mereka begitu gembira bergaul antara satu sama lain.

Iklan berteraskan kepaduan sosial sempena perayaan agama, contohnya iklan Petronas.

Page 8: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

“Malaysia You Love Contest” anjuran Malaysia Airlines yang bertujuan mencari idea kreatif orang ramai dalam menzahirkan keunikan Malaysia yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. Para peserta dikehendaki memuat naik imej yang mereka rasa dapat melambangkan Malaysia berserta keterangan gambar tersebut di Malaysia Airlines Facebook Fan.

Bagaimana ICT Membantu Memupuk Kesepaduan Sosial?

Alat komunikasi seperti satelit, mesin faks, telefon, televisyen dan komputer disambungkan kepada sistem internet yang membolehkan maklumat disebarkan ke seluruh dunia dengan pantas. Penyediaan pelbagai ‘menu’ internet seperti email, blog, facebook, twitter, skype, whatsapp dan wechat telah memberikan wadah baharu dalam membina hubungan sesama manusia merentasi sempadan etnik, agama, budaya dan negara.

Page 9: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

Penggunaan telefon bimbit memudahkan lagi manusia mendapatkan maklumat melalui internet dengan hanya menekan hujung jari. Kemudahan Wifi memberikan ruang dan peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dan kerajaan, menyuarakan pendapat tentang kemajuan ekonomi, peluang pekerjaan, keselamatan dan sebagainya.

KesimpulanSemua rakyat mengimpikan sebuah negara yang aman dan bahagia disebabkan itulah perpaduan etnik amat penting bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Ia amat memberikan manfaat dalam kehidupan harian kerana kepelbagaian etnik merupakan pelengkap kepada keharmonian dan kebahagiaan yang dinikmati bersama serta kesepaduan sosial yang terhasil daripada kreativiti seni dan media pula berperanan sebagai penyampai mesej perpaduan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Page 10: HE: Tugasan 2 [Slide Presentation]

PERSOALAN?!

TERIMA KASIH