contoh tugasan he

57
1 FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN ZZZT1043 HUBUNGAN ETNIK TAJUK : KEFAHAMAN MASYARAKAT MELAYU KEPONG TERHADAP ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA PENSYARAH : DR.NAZRI BIN MUSLIM NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO.MATRIKS: NOORSYAMIMI BT ABDULLAH A132209 TAN YI WEN A132369 NUR AQIDAH NABILAH BT MOHD RADZI A132766 NOR FAEZAH BT ARSHAD A132834 NUR FADZLUN BT.JOHAN A132836 NURUL FAIZAH BT MUSTAFFA A133025

Upload: eika-sufilkawany-ujai

Post on 30-Oct-2014

177 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Tugasan HE

1

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

ZZZT1043

HUBUNGAN ETNIK

TAJUK : KEFAHAMAN MASYARAKAT MELAYU KEPONG TERHADAP ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA

PENSYARAH :

DR.NAZRI BIN MUSLIM

NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO.MATRIKS:

NOORSYAMIMI BT ABDULLAH A132209

TAN YI WEN A132369

NUR AQIDAH NABILAH BT MOHD RADZI A132766

NOR FAEZAH BT ARSHAD A132834

NUR FADZLUN BT.JOHAN A132836

NURUL FAIZAH BT MUSTAFFA A133025

TEN WEI KEAT A133059

Page 2: Contoh Tugasan HE

2

ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN

1.1 Objektif Kajian………………………………………………………….........3

1.2 Penyataan Masalah……………………………………………......................3

1.3 Metodologi Kajian............................................................................................3

1.4 Lokasi Kajian

2 KAJIAN TEORI

2.1 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina

2.1.1 Pengenalan………………………………………………………….4

2.1.2 Adat dan Perjalanan Perkahwinan……………………………….5

2.2 Adat Perkahwinan Cina Moden

2.2.1 Pengenalan………………………………………………………….9

2.2.2 Adat dan Perjalanan Perkahwinan……………………………...12

2.2.3 Kelengkapan Perkahwinan………………………………………14

2.2.4 Pantang Larang Perkahwinan…………………………………...15

2.3 Adat Perkahwinan Tradisional India

2.3.1 Pengenalan………………………………………………………...16

2.3.2 Adat dan Perjalanan Perkahwinan……………………………...16

3 ANALISIS DATA

3.1 (A) Latar Belakang Peribadi……………………………………………….23

3.2 (B) Soal-selidik………………………………………………………………28

4 KESIMPULAN…………………………………………………………………38

5 RUJUKAN……………………………………………………………………....39

6 LAMPIRAN……………………………………………………………………..40

Page 3: Contoh Tugasan HE

3

1.0 PENGENALAN

1.1 Objektif Kajian

1.1.1 Melihat sejauh mana kefahaman masyarakat melayu terhadap adat

perkahwinan cina dan india.

1.1.2 Mengetahui perbezaan antara adat perkahwinan cina dan india.

1.1.3 Menilai penglibatan masyarakat melayu dalam perkahwinan cina dan

india.

1.1.4 Menerima dan menghormati adat perkahwinan etnik lain.

1.2 Penyataan Masalah

1.2.1 Generasi sekarang tidak tahu dan kurang peka terhadap adat perkahwinan

etnik yang lain.

1.2.2 Kurangnya penglibatan masyarakat dari setiap etnik dalam adat

perkahwinan etnik lain.

1.2.3 Hubungan antara etnik dipercayai lebih kukuh jika saling memahami adat

dan budaya masing-masing.

1.3 Metadologi Kajian

1.3.1 Soal selidik terhadap 30 orang responden yang berbangsa melayu.

1.3.2 Temuramah dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan

perkahwinan.

1.4 Lokasi

1.4.1 .Sekitar kawasan bandar Kajang

Page 4: Contoh Tugasan HE

4

2.0 KAJIAN TEORI

2.1 ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

2.1.1 PENGENALAN

Di Malaysia, kaum cina merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini. Secara

teorinya, kaum Cina di Malaysia adalah warisan daripada negara China yang berpegang

kuat dengan ajaran Confuciusnisme. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Cina

mempunyai pelbagai adat resam dan pantang larang dalam setiap aspek kehidupan

mereka termasuklah adat dalam perkahwinan. Hakikatnya perkahwinan itu wujud dalam

setiap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Oleh kerana itu,

perkahwinan berperanan penting bagi mengekalkan institusi keluarga demi meneruskan

warisan dari satu generasi ke generasi yang lain. Perkahwinan Cina menjadi satu adat

resam antara tahun 402-221M. Dalam kajian teori juga, kita ingin melihat sama ada

berlaku perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Cina tradisi seiring dengan

kemajuan zaman sekarang.

Dalam pemikiran Confuciuosnisme, perkahwinan dianggap sebagai satu peristiwa

penting oleh kedua-dua belah pihak keluarga yang menjalinkan ikatan perkahwinan

melalui ikatan anak mereka. Menurut Chambers ( 2007 : 10 ) a Chinese marriage is

considered union between two families as well as two individuals. Menurut Ibrahim

Johari ( 1974 : 9) pula “ an importance matter in a ‘Chinese Wedding’ is the

announcement of the marriage to friends and relatives and the holding of a reception.”

Pengumuman ini penting untuk meraikan pasangan yang bakal berkahwin.

Mengikut kepercayaan masyarakat cina pasangan yang berkahwin tanpa mengikut

peraturan dianggap tidak sah. Selain itu, perempuan tidak dibenarkan memilih bakal

suaminya. Syarat ini telah ditetapkan dan dipilih oleh ahli keluarga pengantin perempuan

untuk memilih bakal pengantin lelaki. Pemilihan ini penting bagi menjaga nama baik

keluarga serta keperluan bapa dan suaminya. Dalam adat perkahwinan masyarakat Cina

Page 5: Contoh Tugasan HE

5

terdapat empat peringkat utama. Antaranya ialah merisik, meminang, bertunang dan

mengadakan majlis perkahwinan.

2.1.2 ADAT DAN PERJALANAN PERKAHWINAN

2.1.2.1 Adat Merisik

Adat merisik merupakan perkara penting dalam proses sesebuah perkahwinan. Adat

merisik wujud dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu dan Cina. Dalam kaum Cina,

adat merisik merupakan perkara penting bagi mengenali latar belakang si gadis yang

dihajati. Ibu bapa yang mahu mengahwinkan anak lelaki mereka akan mengupah seorang

wanita yang dikenali sebagai ‘match-maker’ (Omar Farouk, 1989). Dia akan menziarahi

rumah yang mempunyai anak gadis yang dihajati dengan membawa buah tangan. Wanita

ini akan merisik dengan bertanyakan latar belakang gadis tersebut supaya dapat

disepadankan dengan pasangan yang secocok agar perkahwinan yang bakal dibina nanti

membawa kepada kebahgiaan dan kejayaan.

Menurut J.D.Vaughan (1879 : 23) pula, beliau menyatakan “ the preliminaries are

arranged by a professional bride-seeker or matrimonial agent, who makes enquires and

after finding an unmarried girls.” Wakil ini boleh terdiri daripada lelaki atau wanita yang

dihantar oleh ibu bapa pihak lelaki. Wakil boleh melihat dan meneliti keseluruhan latar

belakang si gadis perempuan untuk dimaklumkan kepada ahli keluarga bagi pihak lelaki.

Menurut (N.J.Ryan, 1962), beliau menjelaskan “a marriage broker is a person skilled in

the art of negotiating on this subject between families who cannot always agree over

terms. Orang tengah ini akan mencari seorang perempuan yang layak untuk dijadikan

sebagai calon isteri walaupun pihak keluarga lelaki sudah pun mempunyai calon yang

lain.

Sebelum pihak keluarga lelaki mula melamar gadis yang dihajati tersebut, anak

mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap kedua ibu bapa mereka

bagi mendapatkan restu daripada ahli keluarga sebelum melangsungkan perkahwinan.

Dalam tradisi masyarakat Cina amat menitikberatkan tentang nama, susur galur ataupun

keturunan, keperibadian, perwatakan dan tingkah laku si gadis. Ini penting bagi

Page 6: Contoh Tugasan HE

6

mengekalkan status dan kebahagiaan sesebuah perkahwinan yang bakal dibina agar terus

kekal. Secara keseluruhannya adat merisik secara tradisi dalam masyarakat Cina

menggunakan orang tengah atau wakil yang biasanya terdiri dari kalangan wakil

perempuan untuk merisik latar belakang gadis tersebut.

2.1.2.2 MEMINANG (WOO)

Selepas adat merisik dijalankan, adat meminang merupakan proses kedua dalam adat

tradisi perkahwinan masyarakat Cina. Meminang merupakan tanda penerimaan oleh

pihak lelaki terhadap pihak perempuan. Ini menjelaskan setelah kedua-dua pihak telah

berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan

dijalankan. Sekali lagi wakil atau orang tengah dipilih untuk berkunjung ke rumah si

gadis dengan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan.

Orang tengah akan dihantar ke rumah keluarga perempuan untuk bertanyakan

persoalan tentang perkahwinan dan memastikan keluarga si gadis bersetuju atau

sebaliknya dengan peminangan tersebut. (N.J.Ryan 1962). Pertanyaan tentang

perkahwinan tadi menjelaskan bahawa ibu bakal pengantin perempuan pula akan

berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja makan

dalam jamuan dan memilih hari yang sesuai.

Apabila proses tawar-menawar dilakukan oleh ibu si gadis, pihak lelaki tidak

boleh tawar-menawar lagi kerana dikhuatiri akan menjatuhkan maruah pihak lelaki. Ini

telah mencapai persetujuan antara kedua ibu bapa pihak bakal pengantin lelaki. Setelah

kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan mencapai persetujuan untuk berkahwin,

barulah adat bertunang dijalankan.

2.1.2.3 ADAT BERTUNANG

Secara tradisi, bakal pengantin perempuan akan meninggalkan keluarganya untuk

menjadi sebahagian daripada keluarga pihak lelaki. Pertunangan  merupakan suatu ikatan

janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh

yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dalam adat tradisi masyarakat Cina, selepas adat

merisik dilaksanakan, adat pertunangan merupakan proses kedua yang dianggap penting

Page 7: Contoh Tugasan HE

7

bagi meneruskan upacara perkahwinan. Menurut Chambers (2007 : 10) “ the marriage

process began with an engagement made by the couple parents”.

Terdapat beberapa perkara penting dalam adat bertunang masyarakat Cina secara

tradisi. Hari pertunangan hendaklah dijalankan berdasarkan takwim tahunan Cina.

Khidmat tukang tilik adalah penting. Khidmat ini digunakan bagi menentukan tarikh yang

sesuai bagi sesuatu perkahwinan itu ditetapkan. Kebiasaannya buku yang digunakan

untuk menentukan tarikh tersebut ialah Toong-Su. Sekiranya penetapan tarikh

perkahwinan dipilih pada waktu yang tidak sesuai, perkahwinan akan ditimpa bencana

dan mengalami kegagalan. Menurut Chambers (2007 lagi, “an astrologer is a person who

tells fortunes by studying the star.” Ini menjelaskan khidmat tukang tilik dalam adat

pertunangan masyarakat Cina adalah penting. Beliau menjelaskan bahawa tukang tilik

merupakan seorang yang menilik nasib yang mempelajari ilmu bintang atau zodiak.

Kebiasaannya tukang tilik akan memberitahu sama ada pasangan itu sepadan atau pun

sebaliknya. Semasa majlis pertunangan berlangsung, ibu bapa kepada bakal pengantin

lelaki tersebut akan memberikan hadiah kepada ibu bapa pihak perempuan.

Menurut (N.J.Ryan, 1962) dalam upacara tersebut, apabila pihak perempuan

bersetuju, orang tengah akan memberikan secebis kertas yang berwarna merah dengan

mengandungi nama pemuda, tarikh, kelahiran dan nama ibu bapa pihak lelaki untuk

diberikan kepada pihak perempuan. Menurut (J.D Vaughan, 1879) pula, secebis kertas

yang berwarna merah itu disertakan sekali dengan tempat tinggal mereka. Setelah

mengesahkan butiran pemuda tersebut, pihak perempuan akan melakukan perkara yang

sama dengan mengemukakan secebis kertas berwarna merah yang serupa kepada orang

tengah untuk diberikan kepada keluarga pihak lelaki. Setelah kedua-dua kertas ini

diterima, set kertas ini akan diberikan kepada tukang tilik yang menilai zodiak pasangan

untuk mengesahkan sama ada perkahwinan mereka sesuai atau tidak.1 Jika tiada bantahan

atau didapati sesuai, pertunangan secara rasmi akan dilakukan oleh ayah pihak

perempuan. Sebagai hadiah atau pertukaran, kebiasaanya sebentuk cincin atau barang

kemas akan diberikan.2 1 The wise man consults the stars and reveals the result. If favorable, presents are exchanged.2 Selain daripada cincin dan barang kemas, ada juga barang lain yang menjadi pertukaran seperti secucuk sanggul emas.

Page 8: Contoh Tugasan HE

8

2.1.2.4 MAJLIS PERKAHWINAN

Proses kemuncak ialah majlis perkahwinan. Kebiasaannya tempoh pertunangan diikat

dalam masa setahun.3 Perkahwinan berlangsung mengikut ketetapan yang dipersetujui

oleh kedua-dua belah pihak. Pada hari tersebut pasangan pengantin akan dihias dengan

pakaian cantik yang berwarna merah. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih,

merah atau kuning. Dalam komuniti kaum Cina, warna merah merupakan warna yang

baik serta melambangkan kebahagiaan. Menurut (Haji Mokhtar, 1977), tetamu yang

menghadiri majlis pada hari perkahwinan itu hendaklah mengelakkan daripada memakai

baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna ini dikaitkan dengan peristiwa

sedih oleh kaum Cina. Tetamu dinasihatkan agar dapat berpakaian sesuai dengan

kehendak majlis. Ibrahim Johari (1974) pula menyatakan para tetamu seharusnya

mengelak daripada mengkhabarkan perkara atau berita yang menyedihkan pihak

pengantin seperti kematian, sakit, kemusnahan atau bencana serta cerita yang berkaitan

dengan roh atau semangat orang yang telah mati apabila bercakap dengan pasangan

pengantin. Sekiranya tetamu membawa hadiah, seharusnya mereka membalut hadiah

tersebut dengan bungkusan berwarna merah.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan

pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.

Secara formal, perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. (N.J

Ryan,1962). Mengikut adat tradisi, hadiah pada hari perkahwinan akan dihantar oleh

pengantin lelaki terus kepada rumah pengantin perempuan dan sebagai pertukaran barulah

pengantin perempuan menghantar hadiah bagi pihaknya. Seterusnya pengantin lelaki akan

dipimpin ke tempat pemujaan nenek moyang sebagai penghormatan sebelum dia

diperkenalkan kepada pengantin perempuan. Di tempat pemujaan inilah, mereka akan

bertukar cincin dan menandakan upacara perkahwinan telah tamat. Kemudian sebuah

majlis makan akan diadakan dalam rumah bagi mereka yang hadir pada hari itu.

Sepanjang tiga hari majlis perkahwinan berlangsung, rakan taulan yang menghadiri majlis

itu akan membawa hadiah dan wang sebagai hadiah kepada pengantin. Pada hari ketiga

3 Tempoh pertunangan juga kadang-kadang memakan masa sehingga dua tahun.

Page 9: Contoh Tugasan HE

9

pula, pasangan pengantin menyediakan jamuan makan sebagai tanda terima kasih kepada

tetamu dan rakan taulan yang hadir pada majlis perkahwinan mereka.

2.2 ADAT PERKAHWINAN CINA MODEN

2.2.1 Pengenalan

Pada masa kini, kaum cina lebih menumpukan dalam adat perkahwinan berbentuk

moden. Hanya segelintir sahaja yang menumpukan kepada adat perkahwinan tradisional.

Walaupun perkahwinan pada masa kini perlu didaftarkan tetapi upacara dan kenduri

perkahwinan penting untuk mengiktiraf perkahwinan. Mengikut kepercayaan mereka

juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggapkan tidak sah.

Terdapat dua bentuk perkahwinan di kalangan orang Cina, iaitu pasangan dicari

oleh ibu bapa atau saudaramara, atau pasangan hidup yang dipilih sendiri.

Cara pertama tidak begitu diamalkan sebab dianggap kolot. Namun, cara tersebut

merupakan tradisi masyarakat Cina, kata mereka perkahwinan itu "arahan ibu bapa dan

suruhan tukang risik".

Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan

untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya.

Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk membiak dan nama baik keluarga, serta

keperluan bapa dan suaminya. Cara kedua lebih praktikal kerana seseorang diberikan

kebebasan untuk memilih jodoh mereka sendiri. Ibu bapa biasanya akan

menurut kehendak anak mereka zaman sekarang yang mementingkan kebebasan. Unsur

paksaan tidak digalakkan dalam pemilihan kerana hal ini menafikan kematangan dan

kemampuan anak mereka membuat keputusan. Namun begitu, segala upacara

perkahwinan akan diatur oleh ibu bapa atau mereka yang lebih tua supaya segala pantang-

larang tidak dilanggar. Bagi kaum Cina adat dan upacara perkahwinan kekal sejak

turun temurun lagi. Walaupun mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan

geografi yang berbeza, terdapat  beberapa  upacara amal pada umumnya yang secara am

dikenali sebagai tiga askara dan enam etiket.

Page 10: Contoh Tugasan HE

10

Tidak terdapat banyak perubahan yang berlaku terhadap adat dan upacara perkah

winan kaum cina. Namun ada juga perubahan yang kita semua dapat lihat iaitu pakaian

yang dipakai oleh pengantin ada sedikit perbezaan pengantin yang dahulu dengan

pengantin pada zaman sekarang. Memang tidak dinafikan mungkin perkara ini terjadi

adalah disebabkan oleh peredaran zaman yang menuntut kepada perubahan ini berlaku.

Namun adat dan cara perkahwinan tetap lagi sama dan

tidak mempunyai sebarang perubahan yang ketara. Tiada satu had umur yang sesuai

untuk seseorang itu berkahwinan. Semuanya bergantung kepada kesediaan dan

kesanggupan individu untuk hidup berkeluarga. Keseluruhannya, orang Cina

berkahwinan pada umur yang agak lewat kerana terpaksa mengumpul sejumlah wang

yang banyak untuk mengadakan kenduri kahwin. Perkahwinan orang Cina dikatakan

adalah yang termahal untuk menunjukan status dan kedudukan yang tinggi. Di

samping itu, upacara perkahwinan dibuat secara besarbesaran untuk ‘memberi muka’

kepada ibu bapa kedua belah pihak. 

Orang Cina mempunyai suatu perasaan untuk bersaingan menunjukan ego

masingmasing melalui pemaparan kemewahan dan kekayaan. Mengikut adat orang Cina,

perkahwinan anak lelaki sulung perlu dibuat dengan secepat mungkin. Jika tidak, ini akan

memalukan dan merendahkan martabat keluarga serta mendatangkan umpat keji daripada

saudara mara. Perkahwinan kaum cina tidak banyak bezanya dengan perkahwinan kaum

melayu. Antara prosesproses yang terlibat dalam perkahwinan cina ialah adat merisik,

meminang, adat bertunang, menghantar tanda, memberikan mas kahwin, berkahwin dan

seterusnyaupacara minum teh. Biasanya adat ini dilakukan oleh ibu bapa sebelah

pihak lelaki atau saudara yang tua sebelah pihak lelaki. Rancangan mengatur upacara

perkahwinan perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan waktu yang lama,

termasuk melihat hari yang sesuai.Keluarga keduadua pihak akan dimaklumi niat untuk

berkahwin oleh anakanak mereka. Selepas persetujuan diperoleh, barulah diatur

pertemuan antara kedua-dua belah keluarga.

Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan "Hadiah Besar"

kepada pihak keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-dua keluarga

Page 11: Contoh Tugasan HE

11

untuk mengiktiraf secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap

perkahwinan yang bakal berlangsung."Hadiah Besar" yang diberikan ketika lamaran ini

kebiasannya merupakan duit penanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah dan

beberapa barangan lain termasuk teh, "kek menambah kebahagiaan", sepasang binatang

ternakan, manisan dan gula, arak serta tembakau. Duit penanda yang diberikan

kebiasaannya berjumlah $99 atau $999 kerana nombor sembilan pada masyarakat Cina

memberi erti berpanjangan. Teh merupakan hadiah yang paling penting kerana kedua-dua

keluarga mendoakan pasangan terbabit mendapat keturunan yang ramai sebagaimana

daun teh yang diberikan. Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah mempunyai nilai

yang sama. 

Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan "kek menambah kebahagiaan"

kepada saudara-mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman.

Namun, pada hari ini kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama

jemputan perkahwinan. Setelah itu, kedua-dua keluarga akan menumpukan kepada majlis

perkahwinan yang bakal berlangsung. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga

pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepada keluarga pengantin lelaki atau

rumah baru pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentuk keperluan harian untuk

rumah baru pengantin seperti peralatan tempat tidur, kain linen dan set meja makan dan

sebagainya. Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk

menunjukkan kasih sayang dan kekayaan mereka kepada anak mereka. 

Keluarga pengantin lelaki akan menjemput saudara-mara terdekat atau kawan

untuk ke set katil pengantin di rumah baru tersebut. Di sebahagian tempat di China pada

masa dahulu, budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur di atas katil

pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan kepada

pasangan yang baru berkahwin. 

Pada pagi hari perkahwinan, upacara menghias rambut akan dijalankan ke atas

pengantin perempuan. Wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik akan datang

untuk menolong menghias rambut pengantin perempuan bersama-sama wanita yang

masih mempunyai ibubapa, suami isteri dan anak-anak mereka. Wanita-wanita ini akan

Page 12: Contoh Tugasan HE

12

mengucapkan kata-kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan dalam

cara wanita yang sudah berumah tangga.

2.2.2 ADAT DAN PERJALANAN PERKAHWINAN

2.2.2.1 Upacara menutup pengantin lelaki

Upacara menutup pengantin lelaki akan dilakukan di rumah keluarga pengantin lelaki di

mana bapa pengantin akan meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas

kepala pengantin lelaki. Pengantin lelaki tersebut akan membawa tandu yang mana

kebanyakan masyarakat Cina hari ini lebih cenderung untuk memilih kereta mewah

bersama sekumpulan saudara-mara dan kawan untuk menjemput pengantin perempuan.

2.2.2.2 Permainan Pintu

Permainan Pintu berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina yang

menggambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik dan

keluarga serta kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Pengantin lelaki akan

dihalang oleh pintu rumah pengantin perempuan dan kawan pengantin perempuan ini

akan berusaha menghalang pengantin lelaki daripada memasuki rumah dengan

mengajukan beberapa soalan berkenaan pengantin perempuan. Ini bertujuan untuk

menduga sejauh mana pengantin lelaki menyayangi pengantin perempuan tersebut.

Manakala pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan memberikan Li Shi

iaitu duit tanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah untuk mempertemukan

pasangan terbabit.

2.2.2.3 Upacara Minum The

Pengapit perempuan akan membawa payung merah untuk melindungi pengantin

perempuan ke tandu pengantin lelaki. Saudara-mara pengantin akan melontar beras,

kacang merah dan kacang hijau ke arahnya. Payung merah tersebut akan melindunginya

daripada roh jahat, manakala beras dan kacang akan menarik perhatian ayam emas yang

membawa tuah. Setelah pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki, bunga api

dan muzik dengan bunyi gong dan drum akan dimainkan untuk menyambut ketibaannya.

Page 13: Contoh Tugasan HE

13

Pengantin perempuan akan melangkah di atas besen besi yang mempunyai colok yang

menyala. Ia merupakan upacara untuk membawa kebahagiaan dan menjauhkan roh-roh

jahat. Ketika di rumah pihak lelaki, pasangan pengantin tersebut akan melutut sebanyak

tiga kali kepada syurga dan bumi, nenek moyang dan ibubapa mereka. Pasangan terbabit

akan tunduk antara satu sama lain dan selepas itu, pengantin perempuan akan

memberikan minuman teh kepada keluarga dan saudara-mara mengikut pangkat.

Kebiasaanya, mereka yang menerima minuman teh akan memberikan hadiah berbentuk

barang kemas atau Li Shi kepada pengantin perempuan.

2.2.2.4 Makanan Perkahwinan dan kek

Beberapa jenis makanan akan dihidangkan di majlis perkahwinan masyarakat Cina yang

membawa maksud yang tertentu seperti ikan yang melambangkan kekayaan, anak babi

panggang yang melambangkan kesucian, ayam yang dimasak dengan minyak merah

melambangkan kebahagiaan, udang galah bererti keserasian dan juga pau. Manakala "kek

kebahagiaan" yang juga dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix akan diberikan

oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk dipersembahkan beberapa bahagian

daripada kek tersebut untuk tujuan memuja nenek moyang dan diagihkan kepada saudara

dan rakan-rakan.

Pada malam perkahwinan, pasangan pengantin berkenaan akan meminum arak

daripada dua cawan yang diikat bersama oleh tali bewarna merah dan menyilangkan

tangan sesama mereka. Mengikut kebudayaan masyarakat Cina, perbuatan ini merupakan

ikatan janji perkahwinan yang biasa dilakukan ketika perkahwinan. Kemudian, pengantin

perempuan akan diberikan ladu separuh masak dan akan ditanya sama ada ia ladu tersebut

mentah. Pengantin perempuan haruslah menjawab "mentah" melambangkan dia akan

melahirkan anak dan menunjukkan keluarga yang bahagia.

Sehari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan seharusnya bangun lebih

awal dan menyediakan makanan untuk keluarga pengantin lelaki. Ini akan

menggambarkan pengantin berkenaan diasuh dengan baik dan layak untuk menjadi isteri

kepada pengantin lelaki. Tiga hari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan akan

pulang melawat keluarganya bersama-sama suaminya. Pengantin lelaki akan

Page 14: Contoh Tugasan HE

14

mempersembahkan anak babi panggang kepada keluarga pengantin perempuan simbolik

kepada kesucian, menggambarkan kesucian pengantin perempuan. Keluarga pengantin

perempuan akan mengagihkan makanan berkenaan kepada saudara-mara dan jiran-

jirannya.

2.2.3 KELENGKAPAN PERKAHWINAN

2.2.3.1 Baju Pengantin 

Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut

kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada

mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China kebiasaannya berbentuk

jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak.

Pakaian pengantin perempuan di Selatan China pula memakai pakaian dua bahagian yang

dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk

naga dan burung Pheonix. Pada masa dahulu, tudung bewarna merah akan dipakai oleh

pengantin perempuan untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan

berlangsung. Pengantin baru ini hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama

pada malam perkahwinan tersebut.

2.2.3.2 Lilin Naga dan Pheonix 

Lilin bewarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Phoenix digunakan pada

hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada malam

perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat dengan cahayanya. Cahaya lilin ini turut

menambahkan suasana romantik bagi pasangan pengantin berkenaan.

2.2.3.3 Tandatangan Kain

Kain ini akan dibentangkan di atas meja di pintu masuk, di mana tetamu akan

menandatangan nama mereka dan menulis restu mereka. Kain yang disulam ini akan

disimpan oleh pasangan pengantin sebagai kenangan seperti juga bunga dan baju

pengantin.

Page 15: Contoh Tugasan HE

15

2.2.3.4 Tanda Kebahagiaan dan Sampul Merah

Tanda Kebahagian merupakan hiasan paling penting dalam majlis perkahwinan

masyarakat Cina. Kebanyakannya diukir pada serpihan logam atau kertas dan

kemudiannya akan ditampal pada pintu masuk rumah kedua-dua keluarga dan juga

dibahagian meja jemputan. Potongan kecil tanda kebahagian ini turut dilekatkan pada

kenderaan pengantin. Sampul merah akan digunakan pada setiap perayaan masyarakat

Cina seperti majlis perkahwinan, Tahun Baru Cina dan sebagainya.

2.2.4 PANTANG LARANG PERKAHWINAN

Pada pertemuan semasa pertunangan, keluarga pengantin lelaki akan mempersembahkan

seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Walau bagaimanapun,

keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia mewakili

pengantin perempuan berkenaan. Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising

ketika diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa

pengantin lelaki mempunyai personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia

menunjukkan pengantin berkenaan mudah marah. Keluarga perempuan akan membiarkan

angsa tersebut di kawasan tasik atau kolam di mana ia akan membesar dengan

sendirinya. 

Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-

kawan pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik

pengantin pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan yang

dikenali sebagai "Permainan Pintu Perkahwinan". Walau bagaimanapun pihak pengantin

perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana upacara di rumah pengantin

lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan. 

Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan

pihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan

bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun

nasib baik ibu bapanya. Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki,

mentua dan kakak iparnya tidak seharusnya mengadap pintu memerhatikan pengantin

Page 16: Contoh Tugasan HE

16

perempuan masuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarang

pertelingkahan pada masa akan datang. Selain itu, wanita yang mengandung dan orang

yang baru kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan majlis perkahwinan atau

menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut.

Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

2.3 ADAT PERKAHWINAN INDIA TRADISIONAL

2.3.1 Pengenalan

Masyarakat India merupakan antara masyarakat yang kaya dengan ciri-ciri kebudayaan

mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Kebanyakkan adat

istiadat yang diamalkan masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan adat

istiadat masyarakat Melayu terutama sekali dalam adat perkahwinan. Dalam adat tradisi

perkahwinan masyarakat India, terdapat juga peringkat-peringkat dalam melaksanakan

perkahwinan.

2.3.2 ADAT DAN PERJALANAN PERKAHWINAN

2.3.2.1 Adat Merisik

Dalam peringkat merisik , terdapat beberapa aspek perlu diberi perhatian sperti faktor

etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor lain juga diambil semasa merisik

seperti status ekonomi dan status sosial. Antara status sosial yang diambil kira ialah umur,

tahap pendidikan, jenis pekerjaan,etnik dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga.

Maklumat sepeti amat penting dalam melaksanakan peringkat merisik. Selalunya

maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga

secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dalam kerja-kerja merisik. Adakalanya

orang tengah yang dipanggil Tirumana Taraga akan membantu dalam kerja-kerja

merisik.

2.3.2.2 Kunjungan Ke Rumah Pengantin.

Adat ini dilaksanakan selepas adat merisik. Semasa adat kunjungan ini dilaksanakan,

bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat

Page 17: Contoh Tugasan HE

17

sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal

atau dalam bahasa Melayu dipanggil melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki

akan datang dalam bilangan ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Seterusnya ialah

mereka akan mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian

bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam dijalankan terlebih dahulu,

dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep penceraian. Oleh itu, mengkaji kecocokan

antara kedua-dua pengantin amat penting untuk mengelakkan penceraian. Terdapat 21

aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan

cara tilikan Dimanak Hindu. 21 perkara tersebut ialah Tina poruttam, Kana porrutam,

Mahentira porrutam, Pentiikka porrutam, Yooni porrutam, Raasi paati porrutam, Vaiya

porrutam, Racca porrutam dan Veetai porrutam.

2.3.2.3 Ikat Janji

Ikat janji dan Niccayam dilakukan selepas kedua-dua mendapat persetujuan dari kedua-

dua pihak belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam

jumlah yang ganjil dengan membawa beberapa barangan. Antaranya kelapa, sirih pinang,

bunga-bungaan,buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil

perempuan. Sebaik saja sampai di rumah bakal penganting perempuan maka, bapa kedua-

dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya, bapa salah

seorang bakal penganti sudah meninggal dunia, perbincangan tersebut dengan saudara-

maranya. Sekiranya kedua-dua pihak pengantin setuju barulah merekan mengikat janji.

Bakal penganti lelaki akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan menerima

dan mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan

diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan kedua-dua bakal pengantin,

mereka akan menukar sirih pinang yang dinamakan sebagai Taambuulan Marrutl.

Kemudian barulah mereka akan berbincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang

perbelanjaan untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian baru

mereka akan mengadakan upacara Niccayam dan selalunya dijalankan dengn bertukar-

tukar kalungan bunga.

2.3.2.4 Adat Parisam

Page 18: Contoh Tugasan HE

18

Adat ini terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam. Parisam biasa

adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,

manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di

sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India , parisam

umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak lelaki akan menyediakan beberapa jenis

hantaran dalaam jumlah ganjil. Hantaran ini kebiasaannya disediakan oleh wanita yang

sudah bersuaami sahaja dan mereka ini dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal

pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang

sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak

perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang

diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan

bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih

dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang

mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama, pengantin

perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada

tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana

kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai

sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini,

beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga kepada bakal

pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. pengiring

akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

2.3.2.5 Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India.

Kad jemputan dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya berlakunya kesilapan,

bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Tanpa kad jemputan

saudara-mara tidak akan hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Di dalam kad perkahwinan

Page 19: Contoh Tugasan HE

19

tersebut, terdapat dua bahasa iaitu Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Kad jemputan yang

telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Setiap

majlis yang ingin diadakan haruslah dijemput dengan menggunakan kad jemputan yang

berlainan.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke

kuil untuk dibawa bersembahyang. Acara ini dipanggil arccanai. Kad diletakkan di atas

dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang

kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa

ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah

sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan

perkahwinan secara rasmi.

2.3.2.6 Thaali

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan

pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu

dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India

seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat

pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh

atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas,

cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali.Thaali tidak

semestinya diperbuat daripada emas.Ianya bergantung pada kemampuan keluarga

pengantin lelaki.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai

thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah

dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari

perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik

mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang

masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.Adat ini bertujuan

Page 20: Contoh Tugasan HE

20

untuk memberitahu orang ramai bahawa keluarga tersebut akan mengadakan majlis

perkahwinan dan akan menerima menantu.

2.3.2.7 Adat Mendirikan Mukuurtta Kaal

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan

dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan yang digunakan seperti sirih pinang, kum

kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon

pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa sebarang gangguan. Batang

kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah

berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari

pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga

menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan

bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut bagi melambangkan

kekayaan. Kemudian ianya diikuti pula dengan upacara sembahyang yang dilakukan oleh

pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur

pada batang kayu dan lampu minyak akan dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin

akan berikrar untuk menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam

sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin

lelaki.

2.3.2.8 Ikatan Suci

Keluarga pengantin perempuan akan memohon kepada tuhan supaya majlis perkahwinan

dapat dilangsungkan tanpa sebarang gangguan. Batang kayu akan dibersihkan terlebih

dahulu dan kulitnya akan dibuang. Kemudian, batang kayu itu akan dicat dengan warna

merah dan putih secara selang-seli dan dipacakkan sedalam setengah meter. Kesemua

bahan-bahan tadi akan ditanam kedalam lubang sebagai lambang kekayaan.

Perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pendanda akan

memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang.Sembahyang bertujuan untuk

memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan yang diadakan berjalan dengan lancar

Page 21: Contoh Tugasan HE

21

tanpa sebarang halangan. Dulang yang berisi atchatai akan dibawa kepada hadirin.

Atchatai merupakan beras yang dicampur dengan kunyit serta bunga yang ditaburkan

diatasnya.Beras ini akan digunakan untuk merestui pengantin semasa upacara mengikat

thaali berlangsung. Semasa upacara mengikat thaali berlangsung atchatai akan ditaburkan

ke atas pengantin sebagai tanda restu. Kemudian pengantin akan bertukar kalungan bunga

yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu, pengantin lelaki akan memegang tangan

pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tujuh kali yang melambangkan tujuh

kelahiran. Mereka akan saling menyarungkan cincin dijari kaki sebelum kedua-dua

pengantin mendapat restu daripada ibu bapa dan saudara-mara daripada kedua-dua belah

pihak.

Upacara perkahwinan kaum india bermula apabila sami berdoa supaya pengantin

hidup bahagia hingga ke hari tua. Sami akan menabur sembilan jenis bijirin sebaik acara

menyarung cincin selesai. Kemudian pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang

dibuat khas dengan mengikatnya kepada pengantin perempuan hingga keparas dada.

Sesi bertukar dulang diteruskan dengan memilih dua dulang yang mempunyai

keistimewaan. Setiap keluarga akan memilih dulang yang berisi kain sari dan barangan

kemas. Kain sari akan dipilih secara teliti dan harganya memainkan peranan yang

penting. Mereka akan sanggup mengabiskan wang yang banyak hanya untuk sehelai sari.

Selepas acara pertukaran dulang, kedua-dua mempelai pengantin akan memberi

penghormatan kepada ibu bapa mereka dengan bertukar-tukar dulang yang berisi buah-

buahan dan menyapu debu suci didahi pengantin antara satu sama lain. Kedua-dua

pengantin perlu menyembah kaki orang paling tua dalam keluarga iaitu ibu bapa, nenek

atau datuk.

Adat lain yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah

menyerah sebiji buah kelapa yang telah dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air

susu kedalamnya, member sirih, mencium tapak kaki ibu bapa dengan cara membasuh

kaki ibu bapa, memberi hadiah atau dhoti kepada bapa mertua, dan member sari dan wang

kepada ibu mertua. Pada kebiasaanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan

bunga sebanyak tiga kali dan mereka akan berkongsi minum air susu yang bercampur

Page 22: Contoh Tugasan HE

22

pisang dalam sebiji gelas yang sama.Upacara ini menandakan bahawa pasangan

pengantin tersebut secara rasminya telah menjadi suami isteri. Masa merupakan antara

faktor yang perlu diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilagsungkan. Masa yang

ditetapkan perlu dipatuhi kerana waktu yang telah dipilih itu mempunyai pelbagai

kebaikan.

Secara keseluruhannya tidak banyak perubahan yang berlaku dalam adat

perkahwinan masyarakat India. Jika terdapat hanya sedikit sahaja. Ini kerana bagi

masyarakat India adat merupakan perkara yang terpenting dalam kebudayaan mereka

sekaligus mengekalkan kesinambungan adat perkahwinan sejak turun temurun.

Page 23: Contoh Tugasan HE

23

3.0 ANALISIS DATA

3.1 (A) LATAR BELAKANG PERIBADI

Carta di atas menunjukkan umur 20-29 tahun adalah antara responden yang paling banyak

ditemui iaitu 56.66% ataupun 17 orang. Manakala responden yang paling kurang ditemui

adalah mereka di antara 10-19 tahun iaitu hanya mencatat 6.67% ataupun 2 orang sahaja.

Golangan 40-49 tahun adalah kedua tinggi ditemui dalam kajian ini iaitu 16.67% ataupun

5 orang. Manakala golongan 30-39 tahun dan 50-59 tahun masing-masing mencapai 10%

ataupun 3 orang.

Hal ini berlaku kerana waktu para penyelidik mengedar soal-selidik adalah pada

waktu petang di mana kebanyakkan mahasiswa UKM akan mengunjungi Kajang untuk

membeli-belah dan menjamu selera di sekitar Kajang yang jauh lebih banyak pilihan

makanan daripada universiti.

Page 24: Contoh Tugasan HE

24

Carta di atas menunjukkan perbezaan jumlah jantina yang para penyelidik temui dalam

kajian. Lelaki hanya mencatat 33.33% ataupun 10 orang, manakala perempuan pula

mencatat 66.67% ataupun 20 orang.

Hal ini kerana perempuan lebih gemar keluar membeli-belah dalam kumpulan

pada waktu penyelidik mencari responden iaitu pada waktu petang. Manakala lelaki lebih

suka bersenam atau memain bola bersama kawan-kawan, bagi lelaki yang telah bekerja

pula, waktu itu adalah waktu mereka baru pulang daripada bekerja. Oleh itu, responden

banyak terdiri daripada golongan wanita ataupun mahasiswi.

Page 25: Contoh Tugasan HE

25

Carta di atas menunjukkan Status para responden. Kebanyakan responden adalah terdiri

daripada mereka yang bujang iaitu 53.33% ataupun 16 orang. Golongan yang kedua

tinggi adalah terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin iaitu 36.67% ataupun 11

orang. Manakala golongan yang telah bertunang dan telah bercerai adalah antara yang

paling kurang ditemui iaitu masing-masing hanya mencatat 6.67% dan 3.33% ataupun 2

orang dan seorang sahaja.

Hal ini adalah amat jelas apabila kebanyakan responden adalah mahasiswa UKM

yang mengunjungi Kajang untuk menjemu selera. Selain itu, masa itu juga terdapat

banyak wanita yang telah berkahwin keluar membeli-belah dan membungkus makanan.

Page 26: Contoh Tugasan HE

26

Dalam soalan latar belakang peribadi yang ke-empat adalah tentang pekerjaan. Pengkaji

telah menyediakan 4 pilihan kepada responden, iaitu: awam, swasta, sendiri dan lain-lain.

Pengkaji mendapati bahawa golongan lain-lain iaitu mereka yang masih tidak

bekerja ataupun sudah bersara mempunyai bilangan yang tertinggi, iaitu 60% atau 18

orang daripada 30 orang responden di kawasan Kajang. Seterusnya ialah pekerjaan

awam(20%) iaitu hanya 6 orang. Manakala 4 orang (13.33%) responden merupakan

pekerja dalam bidang swasta dan diakhiri oleh pekerjaan sendiri iaitu hanya 6.67% atau 2

orang sahaja.

Hasil kajian ini mungkin disebabkan kawasan kajian kami mempunyai pelbagai

institusi-institusi pengajian tinggi seperti Kolej New Era dan Universiti Kebangsaan

Malaysia. Oleh sebab itu, kebanyakan responden adalah terdiri daripada para pelajar dan

mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Maka itu, golongan “lain-lain” adalah antara

golongan yang terbesar dalam kajian ini.

Page 27: Contoh Tugasan HE

27

Bagi soalan latar belakang peribadi yang terakhir dalam soal selidik adalah mengenai

tahap pengajian responden. Dalam soalan ini, 4 pilihan juga disediakan iaitu sekolah

rendah,sekolah menengah,diploma dan universiti.

Majoriti responden iaitu 23 orang atau 76.67% adalah mereka yang sedang belajar

di universiti ataupun graduan universiti. Hal ini mungkin kerana peluang mendapat

pendidikan pada hari ini adalah tinggi dan penerusan pembelajaran di universiti juga amat

digalakkan oleh pihak kerajaan. Selain itu, terdapat juga institusi pengajian tinggi seperti

kolej dan universiti di sekitar Bandar Kajang.

Hasil kajian mendapati bahawa tahap diploma juga mencapai 10%, ini bermakna

ada 3 orang responden merupakan graduan diploma. Selain itu, tahap sekolah rendah dan

sekolah menengah masing-masing hanya mencatat 7% atau 2 orang sahaja. Hal ini

membuktikan lagi peluang untuk mendapat pendidikan pada hari ini adalah begitu mudah.

Page 28: Contoh Tugasan HE

28

3.2 (B) SOAL-SELIDIK

Carta di atas menunjukkan sebanyak 70% iaitu 21 orang responden di kawasan Kajang

tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina, manakala hanya terdapat 9

orang (30%) pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina.

Hasil ini kemungkinan besar disebabkan perbezaan antara agama. Agama antara

kaum Melayu dan kaum Cina mempunyai banyak pantang larang yang berbeza,

contohnya kaum Melayu tidak diizinkan mengambil minuman alkohol tetapi kaum Cina

mempunyai tabiat minum minuman alkohol dalam pelbagai jenis jamuan. Oleh sebab itu,

kebanyakan kaum Melayu tidak sesuai dan juga tidak berani menghadiri majlis

perkahwinan kaum Cina.

9 orang responden yang pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina

mungkin disebabkan telah diberitahu awal bahawa segala makanan dan minuman yang

disediakan adalah halal.

Page 29: Contoh Tugasan HE

29

Rajah di atas menunjukkan hanya 36.67% ataupun 11 orang responden yang pernah

menghadiri majlis perkahwinan kaum India, manakala sebelihnya iaitu 63.33% ataupun

19 orang responden mengakui tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India.

Seperti yang kita ketahui, sikap keterbukaan kaum India adalah satu nilai yang

diwarisi sejak tamadun Indus. Oleh itu, bilangan responden yang pernah menghadiri

majlis perkahwinan kaum India seharusnya lebih tinggi daripada mereka yang menjawab

tidak. Namun begitu, jumlah penduduk orang india di Bandar Kajang tidak sampai 10%

daripada jumlah penduduk. Oleh itu, kemungkinan besar responden yang ditemui tiada

ataupun kurang jiran yang berkaum india. Selain itu, penduduk di Bandar sibuk bekerja

sehingga hubungan jiran tidak sekuat penduduk di kampung. Maka, tidak hairanlah para

pengkaji mendapati keputusan sebegini.

Page 30: Contoh Tugasan HE

30

Berdasarkan dapatan kajian, sebanyak 26 orang responden( 86.67%) tahu bahawa kaum

Cina perlu memilih hari yang bersesuaian mengikut kalender untuk mengadakan majlis

perkahwinan manakala hanya terdapat 4 orang iaitu sebanyak 13.33% responden tidak

tahu sahaja.

Kebanyakan responden mengetahui tradisi ini boleh dikatakan kerana tradisi ini

diberitahu oleh kawan-kawan kaum Cina di sekeliling mereka semasa diberitahu rumah

akan mengadakan majlis perkahwinan dalam masa yang ditentukan. Selain itu, adat

perkahwinan ini juga banyak ditemui dalam etnik yang lain. Walau bagaimanapun, 4

orang responden tidak tahu tradisi ini mungkin mereka tidak pernah membincangkan dan

tidak ingin mengambil tahu tradisi masing-masing dalam kalangan kaum lain.

Page 31: Contoh Tugasan HE

31

21 orang responden( 70%) tidak mengetahui bahawa keluarga pasangan baru kaum Cina

akan memasak bubur manis dalam rumah masing-masing sehari sebelum mereka

berkahwin. Dapatan kajian sedemikian kerana adat ini biasanya dilakukan sebelum

majlis perkahwinan dijalankan. Pada masa itu, hanya saudara dan kawan yang terdekat

dapat menlihat perkara tersebut. Oleh itu, adalah tidak hairan jika kaum lain tidak

mengetahui adat ini. Selain itu, proses urbanisasi di kawasan sekeliling Kajang yang

semakin cepat dan kembang juga menyebabkan responden tidak mengambil berat sangat

tentang adat resam atau tradisi kaum lain.

Walaupun begitu,masih terdapat 9 orang responden( 30%) tahu tentang adat resam

ini. Ini telah menunjukkan bahawa mereka mungkin mempunyai segolongan rakan kaum

Cina dalam lingkungan sosial mereka yang sudi berkongsi adat-adat perkahwinan kaum

Cina kepada mereka.

Page 32: Contoh Tugasan HE

32

Sejumlah 70% atau 21 orang responden tahu bahawa pasangan pengantin baru kaum Cina

tidak dibenarkan berjumpa sehari sebelum mereka berkahwin. Ini menunjukkan bahawa

mungkin dipengaruhi oleh media massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan lain-

lain. Golongan responden yang berumur antara tahun 20-29 akan mengetahui adat ini

melalui drama-drama atau cerita-cerita yang dipaparkan. Oleh sebab itu,media

memainkan peranan yang penting. Selain itu, banyak kaum lain juga mengamalkan adat

tersebut, tetapi mungkin berbeza sedikit daripada jangka masa yang tidak dibenarkan

berjumpa.

Bagi 30% atau 9 orang responden yang tidak mengetahui tentang adat ini pula,

mereka mungkin tidak berminat menonton program televisyen yang berdramatikal serta

tidak minat untuk mengambil tahu adat kaum lain.

Page 33: Contoh Tugasan HE

33

Secara keseluruhan, sejumlah 73.33% atau 22 orang responden tidak tahu ibu bapa pihak

perempuan akan mencurah air semasa anak perempuan mereka berkahwin. Dapatan

kajian ini menunjukkan bahawa mungkin adat resam ini telah kurang diamalkan lagi oleh

kaum Cina pada zaman moden ini. Di samping itu, walaupun masih diamalkan, tetapi

kaum lain selalunya tidak memahami tujuan adat tersebut dilakukan maka mentafsir hal

itu sebagai satu aktiviti yang tidak bermakna ataupun menganggap hal itu hanya satu

kebetulan. Oleh sebab itu,kebanyakan responden juga memberitahu mereka tidak pernah

melihat tentang tradisi tersebut.

26.67% atau 8 orang responden yang tahu mengenai adat ini kerana mereka

pernah lihat adat ini diamalkan oleh kaum Cina di kawasan kampung yang pernah mereka

tinggal.

Page 34: Contoh Tugasan HE

34

Rajah di atas menunjukkan majoriti responden iaitu 90% ataupun 27 orang mengetahui

Thaali merupakan lambing suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua

pengantin kaum India. Manakala hanya 10% ataupun 3 orang yang tidak tahu adat

tersebut.

Hal ini demikian kerana adat ini merupakan satu lambang yang penting dalam

perkahwinan kaum India dan adat ini bersifat visual di mana kita semua dapat melihat

Thaali secara terus. Selain itu, Thaali juga sentiasa ditayangkan dalam drama India. Oleh

itu, benda ini telah lama ditanam dalam minda warga Malaysia. Mungkin segelintir yang

tidak ketahui itu adalah disebabkan tidak pernah mendengar nama Thaali, tetapi mereka

mesti pernah lihat benda ini dengan kacar mata sendiri.

Page 35: Contoh Tugasan HE

35

Bedasarkan graf di atas, hanya 23.33% ataupun 7 orang responden yang mengetahui adat

Parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam, selebihnya iaitu

76.67% ataupun 23 orang tidak ketahui perkara tersebut.

Berdasarkan pendapatan para penyelidik, majoriti responden tahu adat Parisam

atau adat pemberian hadiah, tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah adat ini terbahagi

kepada dua jenis lagi. Tambahan pula, apa yang masyarakat selalu dapat perhatikan

adalah pemberian hadiah, tetapi mereka tidak tahu adat pemberian hadiah itu sebenarnya

ada dua jenis. Tanpa penjelasan kaum India, orang ramai jarang sekali akan mengetahui

perkara tersebut. Namun begitu, masih terdapat sekumpulan orang yang mengetahui

perkara ini. Hal ini mungkin kerana mereka terdapat kawan india yang erat dan sudi

berkongsi perkara tersebut dengan mereka.

Page 36: Contoh Tugasan HE

36

Seramai 70% ataupun 21 orang responden mengetahui adat perkahwinan india yang

menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke

dalamnya, dan memberi sirih untuk mendapat restu. Hal ini adalah kerana perkara ini

merupakan satu lambang atau prosidur yang penting dalam perkahwinan kaum India.

Adat ini dilakukan selepas para tetamu dijemput, oleh itu mereka yang pernah menghadiri

majlis perkahwinan kaum India mesti pernah melihat perkara ini. Selain itu, adat ini juga

sentiasa ditayangkan dalam pelbagai program televisyen seperti drama India, wayang

India, ataupun program yang khas untuk mengkaji adat perkahwinan berbilang kaum.

Namun, masih terdapat 30% ataupun 9 orang responden yang tidak mengetahui

adat tersebut. Mereka besar kemungkinan tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan

kaum India atau tidak mempunyai jiran India di kawasan tempat tinggal mereka.

Page 37: Contoh Tugasan HE

37

Graf di atas menunjukkan seramai 70% ataupun 21 orang responden mengetahui adat

perkahwinan India yang pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin

lelaki sebagai tanda menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami

isteri, dan kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin

perempuan selama tiga hari. Hal ini kerana terdapat kaum lain juga mempunyai adat

sebegini dalam prosidur perkahwinan mereka. Oleh itu, para responden sudah tahu

bahawa mengunjungi rumah masing-masing adalah sesuatu yang mesti dilakukan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat 30% ataupun 9 orang responden yang tidak

tahu tentang adat ini. Hal ini mungkin disebabkan perkara ini merupakan adat selepas

perkahwinan di mana para tetamu telah pun kembali ke rumah selepas majlis

perkahwinan, maka tidak dapat peluang untuk melihat perjalanan adat ini dengan kacar

mata mereka.

Page 38: Contoh Tugasan HE

38

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, masyarakat melayu Kajang mempunyai pengetahuan yang

sederhana terhadap adat perkahwinan bangsa cina dan india. Hal ini boleh dilihat bahawa

kebanyakan yang menjawab “ya” bagi soalan adat yang lebih popular ataupun masih

dipraktik sampai sekarang serta adat yang mempunyai serba sedikit persamaan antara

bangsa berlainan, manakala kebanyakan responden menjawab “tidak” bagi soalan adat

yang lebih mendalam dan kurang disaksi oleh masyarakat seperti sesetengah adat yang

unik bagi bangsa tersebut sahaja. Oleh itu, pihak tertentu seperti kerajaan dan masyarakat

harus berusaha untuk mengurangkan jurang kefahaman antara etnik terbesar di negara

kita iaitu melayu, cina, india dan bumiputera sedangkan kita sudah lama hidup bersama di

tanah air tercinta ini.

Sesungguhnya, keunikan dalam adat perkahwinan yang diamalkan oleh

masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia sejak zaman-berzaman masih kekal menjadi

warisan budaya dan tradisi sehingga ke hari ini. Hai ini amat besesuaian dengan negara

kita yang kaya dengan pelbagai bangsa, kaum, agama dan budaya. Setiap peringkat

upacara perkahwinan dalam pelbagai etnik di negara ini juga telah menerapkan nilai-nilai

falsafahnya tersendiri. Dengan adanya kajian ini, sedikit sebanyak kami dapat mengetahui

tahap kefahaman masyarakat melayu terhadap adat perkahwinan pelbagai etnik di negara

Malaysia iaitu masyarakat Cina dan India. Seterusnya dapat menyuntik semangat

perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Oleh itu, janganlah kita sesekali membiarkan budaya kita hilang ditelan dek

zaman, bak kata pepatah “biar mati anak,jangan mati adat”. Sedarlah bahawa usaha

memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana matlamat

negara dalam menjayakan misi serta visi 1 Malaysia amat memerlukan kerjasama

daripada semua pihak. Justeru, marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya budaya

perkahwinan ini "tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan".

RUJUKAN

Page 39: Contoh Tugasan HE

39

Abdul Aziz Bari 2001.  Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Abdul Samat Musa (2006), Islam dalam perlembagaan dan kebebasan beragama. Kertas kerja   dibentangkan   di   Seminar   Pertukaran  Agama   dan   Kesan   dari   Perspektif Syariah dan Perundangan anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 15 Julai, Bangi. 

Anon (2000), Jurang profesional melebar. Utusan Melayu. 21 Ogos. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, http://www.mohe.gov.my/web_statistik.Lee Hock Guan (2006), Globalisation and ethnic integration in Malaysian education. In 

Saw Swee Hock  and K.  Kesavapany.  Malaysia: Recent Trends and Challenges. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. 

Malaysia   (2006),  Rancangan Malaysia Kesembilan.   Kuala   Lumpur:  Unit   Perancangan Ekonomi. 

Nazri Muslim (2011). Islam dan Orang Melayu Menurut Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik: Kajian Ke Atas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tesis PhD, Universiti Malaya.

Zainal   Abidin   Abdul   Wahid   (2001),  Bahasa, Pendidikan dan Pembangunan.   Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  

LAMPIRAN

Page 40: Contoh Tugasan HE

40