he soalan 2

24
SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106 2.0 Usaha Kerajaan Dalam Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. 2.1 Peranan Kerajaan Gambar 1 : Peranan Kerjaan 2.2 Rukun Negara Pada tahun 1969 ,Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang merangkumi beberapa prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai- nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan. Penggubalan Peranan Kerajaan Rukun Negara Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Pembanguna n Nasional Dasar Wawasan Negara Wawasan 2020 Dasar Pelajaran Kebangsaan Gagasan 1 Malaysia

Upload: cik-sarimah

Post on 29-Dec-2015

157 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

HUbungan etnikTugasan WAJ3106

TRANSCRIPT

Page 1: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

2.0 Usaha Kerajaan Dalam Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

2.1 Peranan Kerajaan

Gambar 1 : Peranan Kerjaan

2.2 Rukun Negara

Pada tahun 1969 ,Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang merangkumi

beberapa prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma

sosial yang meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan.

Penggubalan Rukun Negara cetusan daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan

kaum yang mengggugat keamanan,keharmonian  dan keutuhan negara ketika kerajaan

berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang

bertujuan untuk memupuk perpaduan, mengembalikan keamanan, mendirikan semula undang-

Peranan Kerajaan

Rukun Negara

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Pembangunan

Nasional

Dasar Wawasan NegaraWawasan 2020

Dasar Pelajaran Kebangsaan

Gagasan 1 Malaysia

Page 2: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat

secara berkekalan.Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China

dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di Bandar.

Aspek utama Rukun Negara diperkenalkan bagi mewujudkan perpaduan kaum adalah

untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan dalam bentuk berbangsa-bangsa, berkaum-

kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenarnya untuk

menambahkan seri kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak

ansur. Namun, manusia akan menggunakan perbezaan antara satu sama lain  untuk

mencetuskan konflik yang berbahaya.

Secara umumnya, prinsip Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia bagi

mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di

negara ini. Oleh itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak mengidentitikan

hak milik sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas,

sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tatasusila, mengendalikan, dan memberi panduan

kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan seperti sosial,ekonomi, dan politik.

Selain itu, Rukun Negara juga dibentuk bagi menentukan bahawa masyarakat  Malaysia

perlu bersatu agar  dapat hidup dengan aman dan sejahtera.Ini ditunjukkan melalui sikap taat

dan setia serta bangga kepada negara.Seterusnya, Malaysia adalah sebuah negara

demokratik. Rukun Negara juga menekankan hal yang penting iaitu rakyat diberi kebebasan

memilih kerajaan yang memerintah untuk kepentingan bahasa dan negara.

Rukun Negara juga menggariskan cita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang

demokratik saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai

ketaktikan dan gaya hidup rakyat yang keturunan yang berbeza. Cita-cita ini akan tercapai

apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi

kepada dua bahagian iaitu :

Bahagian pertama merangkumi objektif masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk oleh

kerajaan sendiri .Antaranya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat

Malaysia. Masyarakat perlu memelihara cara hidup demokratik, seterusnya mencipta satu

masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama. Objektif

seterusnya adalah membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang

Page 3: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

pelbagai dan membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden pada masa akan datang.

Bahagian kedua pula menggariskan  lima prinsip Rukun Negara.Kelima prinsip Rukun Negara

menerangkan mengenai kewajipan ataupun tanggungjawab setiap rakyat  Malaysia yang

sememangya dibendung oleh tuntutan daripada pelbagai tahap autoriti,iaitu daripada Tuhan

pada peringkat alam semesta sehingga peringkat diri sendiri diukir penuh dengan nilai

bertanggungjawab.

pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan

kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang

kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan

bertambah maju ataupun tinggi  di samping mewujudkan suasana politik yang stabil.

Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah

masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu dan berwawasan akan terhasil dan

seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang

dan terbilang .

Rukun Negara telah  menggariskan lima prinsip yang menjadi amalan rakyat Malaysia

bagi memainkan peranan sebagai mekanisme perpaduan etnik di Malaysia.Prinsip-prinsip

tersebut adalah berikut :

1. Prinsip pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan  yang membawa maksud

bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh terhadap Tuhan.

Melalui kepercayaan beragama, inilah  menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari bahawa pentingnya agama dan

kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia seharian. Ketiadaan agama boleh

meruntuhkan keperibadian dan sahsiah seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran

agama masing-masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun

Negara.

Prinsip ini menekankan  tanggungjawab individu sebagai makhluk Tuhan dan harus

mematuhi dan akur pada agama masing-masing.Seterusnya,walaupun tidak semua agama

di Malysia mempunyai konsep Tuhan dalam doktrinya namun melalui ikatan keagamaan ,

manusia memahami apakah dimaksudkan dengan dosa dan pahala dan akibat jika

melakukannya. Melalui ajaran agama,manusia bertindak sebagai seorang yang

Page 4: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

bertanggungjawab ,dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian Negara Malaysia

ini.Mereka juga berasa bertimbang rasa,bersyukur dalam kehidupannya tanpa sebarang

pergaduhan dan pertelingkahan antara satu sama lain.Prinsip ini juga menitikberatkan sikap

kerjasama antara satu sama lain  tanpa mengira bangsa dan agama dengan  ajaran agama

yang merangkumi beberapa nilai-nilai murni yang bermutu tinggi mengarah kepada

pembentukan kehidupan yang harmoni sejahtera.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua

Negara . selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut

Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri

bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua

Negeri adalah lambang perpaduan rakyat.

2. Prinsip kedua pula Kesetiaan kepada  Raja dan Negara berdefinisi setiap rakyat

hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda

Yang di Pertuan Agong dan juga agama yang dianuti yang menjadi simbol kedaulatan

negara dan lambang tumpuan taat setia. Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang

baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi

memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja

dan negara juga  adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Dengan

memahami prinsip ini rakyat akan menjadi insan yang bertanggungjawab,patriotik dan

sanggup berkorban untuk negara demi mejaga keamanan dan kesejahteraan negara .

3. Prinsip ketiga ialah Keluhuran dan Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali

sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud

ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri.

Prinsip ini yang menekankan tanggungjawab insan masyarakat sebagai warganegara

demokrasi berperlembagaan.Penekanan prinsip ini adalah supaya rakyat dapat menerima,

mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Negara kerana  perlembagaan

berfungsi memberi perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat tanpa mengira

bangsa dan agama. Aspek-aspek utama Perlembagaan yang terkandung dalam prinsip ini

ialah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-

Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa

Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu

Page 5: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sekiranya, semua pihak mematuhi

perlembagaan Negara ini, nescaya masalah hubungan etnik  yang bakal mengancam

ketenteraan negara dapat diselesaikan.

4. Kedaulatan Undang-Undang merupakan prinsip keempat yang terkandung dalam Rukun

Negara. Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada

rakyatnya di sisi undang-undang negara.Setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi

undang-undang dan tertakluk kepadanya. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk

mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur dalam

kehidupan. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat

dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang  kekacauan, di mana semua anggota

masyarakat akan berasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas

asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin

oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah

termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara

yang tidak menurut Perlembagaan. Kedaulatan undang –undang perlu dipertahankan agar

masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu

diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran seluruh rakyat.

5. Prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan telah menitikberatkan

perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk

warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan nilai-

nilai murni. Prinsip ini juga menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa

terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks

perhubungan pelbagai kaum di negara ini.. Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada

tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta

tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni

dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Prinsip ini jika dipraktikkan akan

membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah

masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu .

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah

negara Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah 

Page 6: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

dan sukar untuk dibangunkan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta mudah diancam sama

ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah

tanpa mengira kaum ataupun agama  serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.

Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan

mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem

pemerintahan negara yang demokratik.

2.3 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Pengenalan dasar ekonomi baru (DEB) oleh kerajaan juga memberi tumpuan untuk

menyatupadukan semula masyarakat yang berpecah belah akibat ketidakseimbangan

perolehan dan kekayaan negara. Oleh itu, menurut Mackerras (2003), terdapat dua langkah

yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk

mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan

memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira

kaum. Manakala, langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan

semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak

seimbang supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum

mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Dalam langkah kerajaan ke arah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum di

negara kita, pihak kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-

pekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan dan pesawah. Antara program-program yang

telah dilaksanakan contohnya; melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang

membolehkan penghuni seda menyertai kegiatan pertanian moden,misalnya skim anjuran

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan lain-lain. Manakala langkah kerajaan

dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia ialah pihak kerajaan telah menetapkan

sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti

rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum bumiputera pada tahun 1990. Ini kerana,

jika dilihat pada zaman 90-an, masyarakat Cina menguasai perdagangan dan hidup mewah

sedangkan orang Melayu masih lagi dengan amalan ekonomi tradisional, tinggal di kampung

dan hidup miskin. Secara tidak langsung, orang Melayu akan merasa rendah diri dan orang

Cina pula merasakan mereka lebih hebat. Inilah keadaan yang cuba dihapuskan oleh kerajaan

Page 7: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

dalam perlaksanaan DEB. Namun begitu, menurut penulis dalam journal Rancangan Malaysia

Kesembilan 2006-2010, setelah tahun 1990 tahun yang dijangka untuk mencapai matlamat

DEB tiba, DEB masih belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti

Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun demikian, kejayaan yang telah

dicapai seperti purata isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat

dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan ekonomi telah berkurangan,

2.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP

1) yang pernah dilaksanakan dalam ekonomi Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang

meliputi tempoh 1971 hingga 1990 telah tamat. Dalam tempoh pelaksanaan DEB, ekonomi

Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan

yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah dicapai. Bagi menyambung dan

memperkukuhkan hasrat ekonomi rakyat, maka satu dasar baru dikenali sebagai Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) bagi tempoh 1990 hingga 2000 telah dibentuk. Pembentukan

dasar baru ini menandakan bermulanya Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2).

Dasar ini telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr. Mahatir

Mohamad.

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang

bersatu padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik serta

mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah

membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari

segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan

pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan

masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Bagi strategi pelaksanaan pula, DPN akan terus

mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula

masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan

dengan ini akan menyumbang ke arah perpaduan negara. Berikut merupakan aspek-aspek

strategi pelaksanaan:

Page 8: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

I.              Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi

dengan pengagihan yang saksama.

II.            Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.

III.           Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara

untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi

daripada pertumbuhan secara adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

IV.          Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang

ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan

bandar dan luar bandar.

V.           Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang

positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

VI.          Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin

dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran

pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat

penyusunan semula masyarakat.

VII.         Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan

pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan

kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan

teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.

VIII.       Memastikan bahawa dengan usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang

sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang

negara dapat dikekalkan secara berterusan.

Dimensi baru DPN adalah seperti berikut:

I.              Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan

menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin (hardcore poor) di samping

mengurangkan kemiskinan relatif. Golongan termiskin adalah keluarga berpendapatan 50%

atau kurang daripada pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis

Page 9: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

Kemiskinan adalah sebanyak RM 370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung

Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM 452 bagi saiz isi rumah 5.2 di

Sarawak. Kira-kira 143, 000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong

sebagai keluarga termiskin.

II.            Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkatkan dan

seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

III.           Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses

penyusunan semula masyarakat.

IV.          Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai

dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Melalui dasar ini, kita dapat melihat kadar kemiskinan di negara Malaysia semakin menurun dan

pertumbuhan ekonomi di Malaysia juga memuaskan- Sumber Utusan Malaysia.

2.5 Dasar Wawasan Negara (DWN)

Dasar Wawasan Negara akan meneruskan usaha yang telah dimulakan di bawah

rancangan pembangunan negara yang lepas dan mengukuhkan asas peralihan Malaysia

kepada sebuah negara maju sepenuhnya sebagaimana yang dihasratkan oleh Wawasan 2020.

Di samping ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan berdaya tahan, matlamat

Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat

yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai moral dan etika yang tinggi serta hidup dalam

masyarakat yang demokratik, berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama serta

progresif dan makmur.

Di samping menggabungkan strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat serta Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan seimbang, DWN juga

memperkenalkan beberapa teras dasar yang baru. Perkembangan dalam negara dan dunia

memerlukan perubahan cara pemikiran di kalangan penggubal dasar, pelaksana dan semua

pihak yang terlibat dalam pembangunan. Ia juga menunjukkan keperluan untuk belajar,

mengenepikan pengetahuan yang tidak sesuai dan mempelajari semula serta melakukan

sesuatu menggunakan cara yang berlainan termasuk memakai kaedah yang inovatif supaya

Page 10: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

menjadi lebih berkesan dan mencapai matlamat pembangunan. Dengan itu, sektor awam perlu

menjadi lebih proaktif dan cekap serta mengambil langkah yang akan meningkatkan lagi daya

saing sektor swasta.

 Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam DWN adalah seperti berikut:

1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat

berasaskan pengetahuan; 

2. Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui

pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping

penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik.

3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui

penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil,

Orang Asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan

pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 peratus terendah.

5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-

kurangnya 30 peratus menjelang 2010.

6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi; dan 

Dasar ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan, kemampuan dan

keazaman negara bagi menghadapi cabaran yang akan datang. Ia menekankan kepada

perlunya membina keutuhan dan daya saing negara serta sebuah masyarakat yang saksama

bagi menjamin perpaduan dan kestabilan politik. Kecekapan dan produktiviti semua aktiviti

ekonomi akan dipertingkatkan untuk memantapkan daya saing Malaysia. Di samping itu, jurang

ekonomi di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta di antara strata dan wilayah akan

diatasi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan dalam masyarakat Malaysia. Sektor

swasta akan menerajui pertumbuhan ekonomi manakala sektor awam akan menyediakan

persekitaran yang bersesuaian dan memastikan pencapaian matlamat sosioekonomi. 

Page 11: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam menjalin kepelbagaian etnik dan

budayanya untuk melahirkan sebuah masyarakat padu yang menjadi sumber kekuatan,

kedinamikan dan daya cipta. Tugas utama pembangunan adalah untuk meneruskan kewajipan

membina satu bangsa yang bersatu padu berasaskan kesaksamaan dan kemakmuran dengan

mewujudkan peluang yang banyak untuk semua rakyat serta menghapuskan perbezaan

sosioekonomi di kalangan dan di dalam kumpulan etnik menerusi ekonomi yang kukuh dan

berdaya tahan. 

Implikasi daripada DWN ini adalah pemupukan semula perpaduan dan menambahkan

semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk menjadi negara yang berdaya tahan

dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, perpaduan penduduk Malaysia yang berbagai

keturunan merupakan satu pra-syarat yang mesti dipenuhi. Semua dasar, program dan projek

akan berpandu kepada keperluan asas ini memandangkan penyertaan yang aktif dan

sepenuhnya oleh semua kumpulan etnik serta wilayah adalah penting untuk memastikan

kejayaan usaha pembangunan sosioekonomi dan pembinaan bangsa. Ketidaksamaan dan

ketaksaksamaan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah akan diatasi supaya

perpaduan bangsa Malaysia terpelihara. 

Walaupun nilai dan amalan sosial dan budaya menjadi semakin sejagat, rakyat Malaysia

mesti memelihara identiti dan warisan negara. Hanya dengan pemeliharaan identiti ini rakyat

Malaysia akan berupaya menghadapi perubahan pantas dan dapat bertahan daripada kesan

negatif globalisasi. Semangat patriotik akan disemai di kalangan rakyat supaya merasa bangga

menjadi rakyat Malaysia serta megah melaksanakan sesuatu dan mencapai kejayaan sebagai

rakyat Malaysia. Syarikat perniagaan Malaysia yang beroperasi di dalam atau luar negara

perlulah mempunyai amalan perniagaan yang terpuji. Nilai yang sesuai dan selaras dengan

amalan terbaik dan mendorong ke arah kecemerlangan serta pencapaian tatasusila yang

unggul adalah digalakkan.

2.6 Wawasan 2020

Dasar Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28

Februari 1991, sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia di mana beliau telah

membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia-The Way Forward’. Apakah maksud

sebenar wawasan dan bagaimana wawasan dapat membantu dalam pembangunan Malaysia?

Wawasan merupakan satu panduan yang menetapkan satu sasaran negara yang harus dicapai

dalam suatu tempoh masa tertentu. Wawasan yang baik dan adil akan meliputi pelbagai aspek

Page 12: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

berkaitan dengan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi

dunia secara keseluruhannya serta seharusnya jelas dan diterima umum untuk memastikan

negara sentiasa maju ke hadapan. Arah tujuan, matlamat, strategi, jangkamasa dan

pencapaian sesebuah negara akan berlandaskan wawasan yang telah ditetapkan. Negara

tanpa wawasan adalah bagaikan kapal laut yang dibawa belayar tanpa sebarang petunjuk, peta

atau kompas – hanya menunggu masa untuk sesat atau karam.

Matlamat Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan

menjelang tahun 2020. Ini bermaksud bahawa untuk membina langkah bagi mencapai

Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju, seseorang itu harus tahu dan

melengkapi diri dengan pengetahuan mengenai sembilan cabaran Wawasan 2020. Demi

mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan

wawasan tersebut dapat dicapai. Ini termasuklah menyediakan biasiswa pendidikan untuk

menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang saintifik dan

teknikal seperti bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya.

Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan

kepakaran tenaga manusia dan kemudahan R&D (Research and Development-Kajian dan

Penyelidikan). Usaha R&D negara telah banyak memberi sumbangan kepada peningkatan hasil

pengeluaran komoditi, terutamanya kelapa sawit dan getah. Sebagai contoh, institusi

penyelidikan telah banyak menjalankan kajian untuk menghasilkan tenaga atau polimer gantian

seperti biodisel daripada kelapa sawit dan termoplastik getah. Dengan adanya masyarakat yang

berteknologi juga, negara membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA) danPutrajaya yang dilengkapi dengan teknologi komunikasi dan infrastruktur serta

maklumat yang terkini. Selain itu juga pembangunan lain yang wujud berasaskan teknologi

seperti MSC, sistem pengangkutan Komuter, LRT, Monorel dan ERL, MEASAT dan Terowong

SMART merupakan cetusan hasil daripada kemajuan negara dalam sains dan teknologi.

Kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama juga adalah antara langkah bijak

negara untuk menunjukkan keprihatinan Malaysia terhadap kemajuan dunia sains dan

teknologi. Di samping itu, kerajaan dengan kerjasama badan berkanun dan badan bukan

kerajaan telah menjalankan banyak aktiviti kemasyarakatan dan ceramah yang berkisarkan

tentang perpaduan rakyat, kempen budi bahasa termasuk iklan budi bahasa yang disiarkan

melalui media massa. Tujuan program sebegini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai-nilai

Page 13: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

asas kemanusiaan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan kanak-

kanak. Di samping itu, penggunaan Facebook dan Twitter sebagai medium perantaraan untuk

berinteraksi dengan rakyat juga dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan suara masyarakat

serta mengenal pasti masalah mereka secara lansung. Tindakan ini harus dipuji kerana

pemimpin negara berfikir secara moden dan ‘up to date’ dengan arus pembangunan melalui

cara komunikasi yang moden. Tindakan ini disokong lagi dengan kajian kadar penggunaan

Facebook dalam kalangan rakyat yang mencecah hampir 12 juta orang sehingga penghujung

tahun 2011 dan ini menunjukkan bahawa sesuatu pesanan atau mesej dapat disampaikan

dengan cepat melalui Facebook.

Bagi mewujudkan sebuah negara yang makmur dan berdaya saing, pembangunan

dalam bidang ekonomi dan perbendaharaan turut dipertimbangkan. Antaranya adalah dengan

menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar. Selain itu, program

pembangunan sumber manusia dipertingkatkan dengan pesatnya. Masyarakat Bumiputera

digalakkan untuk bersaing serta anjal dalam kegiatan ekonomi supaya setara dengan

masyarakat bukan Bumiputera. Dengan ini maka matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat

akan tercapai di mana konsep pengenalan perniagaan atau status ekonomi tidak lagi

dikelaskan mengikut agama atau kaum. Kerajaan telah banyak menyalurkan sumbangan

kepada rakyat dalam bentuk bonus dan peningkatan gaji. Sementelahan pula, baru-baru ini

bermula dari Januari 2012, semua kakitangan kerajaan telah menerima peratus kenaikan gaji

sebanyak 13% di mana tindakan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah

jumlah pendapatan setiap isi rumah.

Peningkatan gaji akan menjana pendapatan yang lebih kepada setiap masyarakat dan

peningkatan ekonomi keluarga juga akan menjadi lebih kukuh yakni kuasa membeli rakyat akan

meningkat. Kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan kebajikan insan yang kurang bernasib

baik dengan memberi sumbangan kepada insan-insan tersebut. Hal ini terbukti dengan

tertubuhnya persatuan-persatuan kebajikan seperti Majlis Kanser Negara, Persatuan Orang

Buta, Persatuan Orang Cacat, dan sebagainya. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penubuhan

badan-badan amal seperti ini untuk membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.

Pertolongan disalurkan kepada semua yang memerlukan tanpa mengira kaum atau darjat.

Selain itu, kempen derma darah di hospital kerajaan mahupun swasta serta Pengumpulan Dana

untuk Bantuan Mangsa Bencana adalah antara petunjuk bahawa kerajaan sememangnya

prihatin dan sedang berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang serta berbudi

pekerti.

Page 14: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

2.7 Dasar Pelajaran Kebangsaan

Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan

Kebangsaan dan mewujudkan beberapa program yang realistic dan bersesuaian dalam usaha

untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan

para pelajar.

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dihasilkan daripada Akta Pelajaran 1961 yang

berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Pada amnya, dasar ini

bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan

keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar yang itama serta berasakan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan

kokurikulum yang sama. Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata

Fenn-Wu,  Undang-undang Pelajaran 1952,  Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan

Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi

memastikan pengasingan pendidikan yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan

dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk

memantapkan lagi ikatan perpaduan yang wujud selama ini.

Bukan itu sahaja, seperti yang kita ketahui juga, Bahasa Melayu merupakan bahasa

kebangsaan negara kita. Jika dilihat dari pelembangaan ada menyatakan bahawa kedudukan

Bahasa Melayu berada di tempat yang paling penting. Hal ini bermaksud bahasa Melayu telah

berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan untuk bangsa Melayu kepada bahasa

kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang

sangat luas. Salah satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang berfungsi

sebagai alat perpaduan utama masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan Bahasa Melayu

dalam interaksi seharian antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan sesuatu

hubungan itu., dan ini secara tidak langsung dapat memupuk semagat perpaduan antara

pelbagai etnik. Contohnya kaum lain yang bukan orang Melayu seperti Cina, Tamil, Iban,

Kadazandusun dan lain-lain ingin berkomunikasi sesama mereka namun menggunakan bahasa

melayu sebagai alat perhubungan mereka jelas menunjukkan bahasa penggunaan bahasa ini

boleh digunakan untuk semua.

Page 15: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

Penerangan kedua dari usaha kerajaan dalam sistem pendidikan di Malaysia, seperti

yang diungkapkan oleh wakil Angkatan Muda Keadilan, Yusmadi Yusuf berkata, “AMK

berpandangan agenda pendidikan ini mestilah pertamanya menyatupadukan masyarakat

berbilang bangsa, kedua menterjemahkan muafakat pendidikan dalam masyarakat, ketiga mesti

mampu memerdekan jiwa dan memerdekakan umat dalam membasmi kemiskinan,”ujarnya. “

Oleh hal demikian, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program seperti program

sekolah wawasan dan program pendemokrasian pendidikan. Sekolah wawasan merupakan

sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama

tanpa mengira kaum dan agama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan

perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga adalah

untuk melahirkan sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi

yang maksimun antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan

perlaksanaan aktiviti. Konsep sekolah wawasan kini dipraktikkan sebagai satu usaha untuk

melahirkan anak bangsa yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Manakala

untuk program pendemokrasian pendidikan, ia juga sama seperti sekolah wawasan dimana

ainya dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah

diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau

etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang

bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Oleh hal demikian, usaha-usaha diatas oenting

untuk memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa

curiga antara satu sama lain.,

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara”.

Jika diteliti falsafah pendidikan negara diatas, nyata bahawa dasar pendidikan negara

adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara

simboliknya menuntut usaha kearah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar

kisah 13 Mei 1969 tifak akan berulang.

Page 16: he soalan 2

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

2.8 Gagasan 1 Malaysia

Seterusnya, implementasi konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri

kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan kata “rakyat didahulukan pencapaikan

diutamankan”, menjadi asas kepada semua iaitu prinsip keadilan untuk semua kaum yang

membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan

dipinggirkan.Menurut laman web rasmi “Konsep 1 Malaysia”, konsep ini merupakan penerusan

agenda membina negara dimana, untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu

dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara

kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Selain itu juga, konsep ini bertujuan untuk

melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran

yang dibawa oleh arus globalisasi. Sungguhpun demikian, konsep ini belum tentu mencapai

matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya.

Menurut Mohd Aizat Hassan (2011), usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari

golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama dapat

mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat lain. Di samping itu, tindakan kerajaan dalam

menggunakan arus media elektronik dan media massa dilihat tidak efektif dan efisien kerana

walaupun maklumat dan informasi berjaya disebarkan, meskipun tidak semua yang menonton,

melihat dan membacanya, namun ia hanya akan mendatangkan kesan positif jangka pendek

sahaja dan ini akan menyukarkan pengetahuan serta pemahaman mengenai konsep 1Malaysia

dicapai. Akan tetapi, implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep

1Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi

dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan kerana bukan mudah untuk mendidik

masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Ini kerana golongan

masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal fikiran yang berlanan, malah, memiliki hati

dan perasaan juga. Mereka bukanlah robot yang sewenang-wenangnya diprogramkan untuk

mencapai sesuatu matlamat. Setelah gagasan ini diperkenalkan, kini dapat dilihat rakyat

Malaysia hidup dalam keadaan aman dan tenteram walaupun terdapat ketidak sefahaman

rakyat terhadap beberapa sebab yang boleh membuatkan sentiment perkauman wujud.