he tutorial m7

Upload: kanasurya

Post on 17-Jul-2015

1.699 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENILAI KEPENTINGAN RANCANGAN LIMA TAHUN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIO-EKONOMI MASYARAKAT MAJMUK.

DAN

MENGANALISIS KESAN RANCANGAN LIMA TAHUN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

TUTORIAL M7

Rancangan Malaya Pertama (1956 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh Rancangan Malaya Kedua.

Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama: Memajukan sektor luar bandar Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi. Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu; Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Rancangan Malaya Kedua (RMK) mempunyai matlamat dan tujuan yang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Matlamat RMK adalah: meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar menambah peluang pekerjaan.

SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar.

FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah: FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan. MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah. Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.

Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Msia Penyelidikan baka dan benih pokok

Mengeluarkan benih & penentuan jenis tanah, pembangunan teknologi baru

Mengadakan kemudahan perolehi bahan-bahan baja, racun, jentera kenderaan, mesin memproses dll

MARDI

Jabatan Pertanian

Lembaga Pertubuhan Peladang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Mengelolakan pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan

Bank Pertanian Mengelolakan kemudahan kredit untuk rancangan projek pertanian

Memberi nasihat dan tunjuk ajar ternakan dan perikanan

FAMA

Agrobank

Jabatan Perikanan & Haiwan

RMK1 menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) . Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank. Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayang di Sabah.

Dalam tempoh masa RMP ini, beberapa agensi baru telah ditubuhkan. Di antaranya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA Malaysian Industrial Development Authority, 1967) yang dulunya dikenali sebagai FIDA (Federal Investment Development Authority)

Lembaga Penasihat Tarif, MARA (Majlis Amanah Rakyat, 1966) Bank Bumiputera (1966) PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad, 1969).

MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif dibentuk dengan tujuan membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. MARA, Bank Bumiputera dan PERNAS pula ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan.

PENSTRUKTURAN SEMULA EKONOMIRMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam bidang pengeluaran dan pelombongan. Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan Melayu dan bukan Melayu

Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan di dalam RMK2: Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berperanan memaju industri perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - ditugaskan memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebunpekebun kecil getah.

Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan sebelum pelancaran RMK2 telah meningkatkan penglibatan mereka di dalam ekonomi negara sepanjang perlaksanaan rancangan ini. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perbadanan Nasional (PERNAS) Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah rancangan lima tahun sebelum itu seperti Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya. RMK2 menumpukan kepada usaha mempelbagaikan tanaman di Malaysia. Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka.

Lembaga Pertubuhan Peladangditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara persatuanpersatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan.

RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai pemakanan melalui beberapa program. Program terbabit termasuklah galakan menanam makanan berkhasiat, panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulankumpulan yang kekurangan zat makanan. Pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar Kependudukan Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2100 mencapai 70 juta orang.

Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi, menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan kebangsaan yang sebelum ini berpandukan peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku teks dalam bahasa Melayu diterbitkan.

Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Pusat ini bertindak merombak kurikulam sains dan matematik selain memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains-sains kemasyarakatan. RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikal.

Pada tempoh ini usaha bersungguh-sungguh untuk membawa taraf ekonomi luar bandar dan Bumiputera ke tahap yang lebih selesa telah dilaksanakan.

Pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA (Faermers Organization Authority)

Malah strategi pembangunan bersepadu luar bandar (IRD) dengan pembentukan KESEDAR, KETENGAH, DARA KEJORA

kawasan penanaman padi (IADP) seperti MADA I MADA II KADA I KADA II serta kawasan-kawasan penanaman di Besut, Barat Laut Selangor, Krian-Sungai Manik, Kemasin- Semarak, Trans-Perak dan Balik Pulau-Seberang Perai.

Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. Pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).

Kadar kemiskinan luar bandar telah menurun ke angka 21.6% dan kadar penyertaan Bumiputera dalam sektor bandar mencapai angka 30. Daripada segi pencapaiannya KDNK bagi RMK-2 telah bertambah pada kadar 7.4% setahun.

Sumbangan utama terhadap pertumbuhan KDNK ini berpunca daripada Pertanian (25%) Pembuatan (19.3%) Perdagangan (14.4%) Perkhidmatan (10.15%)

Pencapaian lain yang dihasilkan dari tahun 1966 1975 adalah penubuhan Suruhanjaya UNESCO di Malaysia Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia mempelopori penubuhan ASEAN mata wang baru Malaysia digunakan Syarikat Penerbangan Malaysia ditubuhkan

Dasar Ekonomi Baru diumumkan Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya Rancangan Buku Hijau dilancarkan. Rancangan pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA dan KETENGAH dijalankan dengan jaya

PERTANIAN Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan eksport.

RMT (1976-1980) menghasilkan jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai sebanyak RM48,449 juta. Bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (19711980), ekonomi Malaysia telah berkembang pada kadar 7.8% setahun.

Kadar purata ini adalah rendah sedikit daripada matlamat 8% setahun yang telah ditetapkan. Faktor utama menyebabkan kadar pertumbuhan rendah ini ialah kadar pertumbuhan yang lembab dalam sektor pertanian (iaitu pada kadar 4.3% setahun).

Sektor-sektor lain pula kebanyakannya telah mencatatkan kadar pertumbuhan lebih daripada 8% setahun. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perindustrian dalam RMT adalah menggalakkan. Sumbangannya kepada KDNK meningkat lagi, iaitu kepada 20.5 peratus pada 1980.

Sumbangannya kepada guna tenaga dan pendapatan eksport adalah 24.5 peratus dan 25.2 peratus, masing-masingnya (Malaysia 1981). Dalam sektor pertanian pula, walaupun sumbangan terhadap KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian, tetapi merosot kepada 22.8 peratus pada 1980.

Di bawah dorongan RMK-3, pekerjaan di kalangan orang-orang Melayu dalam sektor-sektor ekonomi bertambah baik, walaupun bilangannya masih kurang, terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. Secara keseluruhan, program-program RMT juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.

SEKTOR PERTANIAN

Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya pengeluarannya. Dasar Pertanian Negara (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1984 bermatlamat memaksimumkan pendapatan daripada pertanian dan mempergiatkan semula sumbangan sektor itu kepada pembangunan ekonomi negara keseluruhannya.

Pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman ekspot seperti kelapa sawit, getah dan koko oleh agensi-agensi seperti FELDA dan RISDA serta kerajaankerajaan negeri. Rancangan mini estet tanaman getah yang dikelolakan oleh RISDA di Kg Parit Seraya dan Kg Parit Selangor di Johor.

DASAR-DASAR MESRA PELABUR DAN INDUSTRI

Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia negara diperkenalkan pada tahun 1983. Di bawah Dasar Perindustian Berat, kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada 1980. HICOM ditugaskan untuk mengurus industri berat. Dasar ini membawa kepada penubuhanProton yang memacu industri otomobil negara pada tahun 1983.

PELANCONGAN Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.

PEMBUATAN Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalam negara dan antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON. KAWASAN LUAR BANDAR Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangan digalakkan.

Mempelbagaikan asas perindustrian. Meningkatkan pembangunan sumber manusia. Menggalakkan peningkatan teknologi. Mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan.

Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik untuk melicinkan proses ekspot dalam perdagangan antarabangsa. Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) Mengekalkan kestabilan sosioekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat . Menangani masalah sosial supaya tidak melemahkan moral dan etika masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan.

Sektor pertanian dan penternakan meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam negara Hasil pertanian juga menjana pendapatan negara.

Melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh.

Menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri.ICT dalam semua sektor ekonomi.

berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus setahun antara 1991 dengan 2005. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan Syarikat Multinasional(MNC) terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industri dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan

Merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 20062010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.

Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup masyarakat.

(RMK10) merupakan rancangan lima tahun

pembangunan Malaysia bagi tempoh 20112015.

RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010..

Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.

Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar.

Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.

Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.

Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.

NISBAH HARGA EKSPORT-IMPORT

TENAGA BURUH DAN GUNATENAGA

PERKEMBANGAN HARGA

EKSPORT BARANGAN SEKTOR PEMBUATAN

KEMAJUAN, 1986-90

PEMBANGUNAN TERNAKAN

SUMBER PINJAMAN

KELUARAN DAN PROGRAM-PROGRAM PERIKANAN

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN

PEMBANGUNAN TANAH BARU

SHARMILLA SINIVASHOM REVATHI SANGARAN KANAGESWARI RAGUPATHY