topik 2 potret he terkini
TRANSCRIPT
HASIL PEMBELAJARAN
1. Memahami sejarah pembentukan
masyarakat plural di Malaysia.
2. Mengenal pasti teori-teori hubungan etnik.
3. Menjelaskan konsep-konsep hubungan
etnik dan aplikasinya di Malaysia.
PENGENALAN
Bab ini membincangkan:
Sejarah pembentukan masyarakat berbilang
etnik di Malaysia:
○ Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
○ Zaman kolonial Inggeris.
Teori dan konsep penting dalam memahami
kepelbagaian etnik.
Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam
memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.
ZAMAN GEMILANG MELAYU
MELAKA Empayar Melaka dikenali sebagai ‘Venice of
the East’. Pelabuhan Enterport tumpuan
pelbagai pedagang pelbagai bangsa
Masyarakat plural – terbentuk secara semula
jadi dengan interaksi orang tempatan dan
pedagang-pedagang asing.
Pelabuhan Melaka
sewaktu zaman
kegemilangannya.
Kemuncak pluraliti Empayar Melaka:
Pelabuhan Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari
seluruh dunia.
Sistem pentadbiran yang baik/tersusun
Kehebatan pemerintah/sultan
Hubungan diplomatik yang luas (perkahwinan, perluasan kuasa,
perlindungan)
Jaminan keamanan/keselamatan, sistem perundangan
berasaskan ajaran Islam
Para pegawai istana bukan hanya terdiri daripada orang Melayu
tempatan, tetapi juga orang India.
Berlaku proses asimilasi dan amalgamasi (kahwin campur (Baba
Nyonya, Chettiar, Arab-Melayu) pertembungan pelbagai budaya,
mencorakkan satu masyarakat berbilang budaya, agama dan
bahasa.
Ringkasnya, zaman keagungan Melaka
boleh dilihat dari aspek:
Pemerintahan
Perdagangan
Kependudukan
Kebudayaan
ZAMAN KOLONIAL INGGERIS (1874 hingga
1957) Kedatangan British ke Alam Melayu berlandaskan
serampang tiga mata:
Keagamaan. (gospel, kritianisasi)
Kekayaan. (monopoli ekonomi, getah & bijih
timah)
Kemegahan. (tanah jajahan)
Kolonialisme membawa kepada penaklukan:
Ruang fizikal.
Ruang pemikiran/epistemologi.
Perubahan komposisi penduduk Tanah Melayu:
Sebelum tahun 1848 hampir kesemuanya
orang Melayu.
Kemasukan besar-besaran orang Cina pada
pertengahan abad ke-19 berkerja di lombong
bijih timah.
Kemasukan besar-besaran orang India pada
awal abad ke-20 bekerja di ladang-ladang
getah.
Buruh dari Jawa
MasyarakatMajmuk di Malaysia
Perdagangan
Ekonomi
Faktor Utama Pembentukan Masyarakat Majmuk Di
Malaysia
Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk
bukan Melayu melebihi penduduk Melayu.
○ Kewujudan penduduk pelbagai kaum.
○ Mengekalkan budaya masing-masing.
○ Pengasingan dari segi ruang fizikal dan
ekonomi pengenalan kaum berdasarkan
kegiatan ekonomi masing-masing.
○ Hasilnya masyarakat majmuk (plural
society).
Masyarakat majmuk (plural society) – J.Nagata. 2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social &
Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd.
The idea of the ‘plural society’ was first coined by a British
colonial administrator, Furnivall, on the basis of practical
experience in Southeast Asia, in his classic volume, Colonial
Policy and Practice: A Comparative Study of Burma &
Netherlands India (1939), more as a descriptive device than
as theory.
It reflected the condition, common in colonial and later,
newly independent postcolonial states, of deeply divided
societies, usually along ascriptive lines of ethnicity, or race,
but also of culture, religion, or language.
Zaman Kolonial
Inggeris -
Permulaan era
pembangunan
negara dan
pembentukan
masyarakat
majmuk.
Garis waktu
Sebelum penjajahan –
pluralisme Alam Melayu
Zaman penjajahan –Masyarakat
majmuk (plural society)
Selepas kemerdekaan –
Masyarakat multi-etnik
Te
ori
berk
aitan
Hu
bun
ga
nE
tnik
• Teori Ekologi
• Teori Freudian
• Teori Kelas
• Teori Masyarakat Majmuk
• Teori Pasaran BuruhTerpisah
• Teori Pilihan Rasional
• Teori Pertukaran Sosial
• Teori Sistem EkologikalBronfenbrenner
Teori Kelas Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik (di AS)
berhubung rapat dengan kelas dan sistem kasta yang melibatkan
golongan kapitalis berkulit putih terhadap orang bukan kulit-putih dan
buruh.
Rumusan Cox:
keuntungan pihak kapitalis dalam memperoleh sumber menindas
kaum buruh.
Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, wujud sistem yang
mendukung ketidaksamarataan dalam struktur masyarakat yang
memisahkan juga buruh kulit putih daripada kulit hitam.
Kategori ras seterusnya wujud dalam kehidupan sosial masyarakat
kapitalis yang menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan
dengan kelas buruh.
Teori Masyarakat Majmuk
Funivall (1948) & Smith(1965) mengkaji teori ini di
kalangan masyarakat majmuk di A. Tenggara. (menjadi
tumpuan bangsa Eropah, Cina dan India)
Masyarakat (majmuk) saling bergaul tetapi tidak
bergabung dalam satu kumpulan yang sama (di
sebabkan masing-masing mempunyai pegangan agama,
budaya, bahasa, adat dan cara hidup sendiri)
Teori Pilihan RasionalTeori pilihan rasional tentang hubungan etnik:
Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza.
Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial.
Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap
kelompok sebayanya.
Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan
tertutup.
Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat,individu berkenaan akan
mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat.
Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati,maka ia akan mengambil
tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan
konteks sejarah budaya masyarakat tersebut.
Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial
yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan
ketuhanan.
Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan
kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.
Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan
fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.
Konsep Etnik
Berasal dari perkataan ethnos
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit, rambut, rupa bentuk (fizikal dan biologikal, tingkahlaku dan tahap intelektual) e.g (Caucasoid, Mongoloid, Negroid, Australoid)
Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.(Ada persamaa paras rupa, tingkah laku)
Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.
Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.
Konsep Budaya
• Sistem pemahaman dan tingkahlaku yang diwarisi daripada generasi
terdahulu
• Aspek/Ciri budaya – adat, nilai dan tradisi yang dikongsi oleh satu
masyarakat yang sama
• Mempengaruhi kuat kehidupan sesebuah masyarakat dan membentuk
identiti masyarakat tersebut
• Budaya sentiasa berubah menerusi proses migrasi, konvesi, asimilasi
dan agen perubahan lain (interaksi – spt budaya Cina dan India di
Malaysia ada sedikit perubahan dgn orang Cina dan India di negara
asal mereka.
• Ciri-ciri budaya –boleh dipelajari, dikongsi, sejagat, diwarisi, memiliki
simbolik tersendiri
Konsep Tahap Hubungan
Etnik
Segregasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
DEFINISI
SEGREGASI
Segregasi
Pengasingan antara satu kumpulanetnik dengan kumpulan etnik yang lain. (Dasar Aparteid-AfrikaSelatan)
Pengasingan berlaku dalam dalambeberapa keadaan;\:• tempat tinggal• jenis pekerjaan• sistem persekolahan• penerbitan akhbar
AKOMODASI
24
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing
Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai
Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysiakerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)
Hasrat murni bersama – hidup amanharmoni
25
Akulturasi
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
Akulturasi lebih mudah dicapaimelibatkan benda bersifatkebendaan dan yang mendatangkan manfaat.
Contoh: baju kurung, tali leher, angpau, makanan, dan hiburan
26
Amalgamasi Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.
27
Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.
(Contoh: Msy Cina Kelantan)
Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan & identiti
Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:
Etnik yang berbeza budaya.
Individu di dalam atau di antara etnik sering
berinteraksi.
Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
AsimilasiProses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Tahap-tahap Hubungan
Etnik
SEGREGASI
AKOMODASI
AKULTURASI
ASIMILASI
AMALGAMASI
Pemisahan antara etnik.
Dasar apateid
Sedar perbezaan budaya.
Hidup dengan harmoni
Minoriti menerima budaya majoriti,
tanpa ubah budaya asal
Minoriti terima budaya dominan
Percampuran membentuk kelompok baru.
Kahwin campur
Proses Integrasi
Rendah
Segregasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
Tinggi
Dasar Apartheid – pengasingan
orang kulit putih dan kulit hitam di
Afrika Selatan 1948-1994
Segregasi.
Makanan
pelbagai kaum
diterima ramai di
Malaysia
Akulturasi
Angpau Tahun Baru Cina
dan ‘angpau’ Hari Raya
AidilFitri Akulturasi.
Kaum Peranakan
India (Chetty) dan
Peranakan Cina
(Baba & Nyonya)
Amalgamasi.
PENUTUP
Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa
sekarang terbentuk oleh sejarah lampau
serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang
berlaku kini.
Kefahaman tentang konsep-konsep
dan teori-teori berkaitan
hubungan etnik penting
untuk memahami potret
hubungan etnik di
negara ini.