kerja kursus he semester 3

41
1.0 PENGENALAN Umumnya, Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian. Menurut J.S.Furnivall (1948), di Burma perkara yang awal menarik hati seorang pelawat ialah campuran kumpulan manusia iaitu terdiri daripada orang Eropah, Cina, India dan bumiputera. Dalam ertikata yang lebih tepat, mereka bergaul tetapi tidak bersatupadu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu, mereka bergaul tetapi hanya di pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan dalam setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidnag ekonomi wujud pembahagian tugas mengikut garis perkauman. Selain itu, ciri dari segi politik Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan tiada azam sosial bersama Pluraliti di Alam Melayu terdiri daripada masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dalam bermasyarakat. Bahkan, Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Namun, ciri pluraliti ini kemudian musnah dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah. Mereka memperkenalkan sistem-sistem kerajaan mereka dan membahagikan wilayah ini kepada satu komuniti masyarakat plural. Pembentukan masyarakat berubah kepada bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yang dipaksa datang dan dipaksa bergaul dengan masyarakat. Masyarakat migran itu pula datang dari pelbagai tamadun iaitu China dan India yang dibawa masuk untuk menjadi buruh. Kemuncak Pluraliti semasa Zaman Kesultanan Melaka kerana Kehebatan Empayar Melaka yang menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia diakui sehingga digelar The Venice of the East . 2.0 PETA MINDA KONSEP MASYARAKAT PLURALISTIK 1

Upload: nur-fateha

Post on 02-Jul-2015

3.045 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kerja kursus hubungan etnik pismp sem 3

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus HE semester 3

1.0 PENGENALAN

Umumnya, Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian.

Menurut J.S.Furnivall (1948), di Burma perkara yang awal menarik hati seorang

pelawat ialah campuran kumpulan manusia iaitu terdiri daripada orang Eropah,

Cina, India dan bumiputera. Dalam ertikata yang lebih tepat, mereka bergaul tetapi

tidak bersatupadu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa,

pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu, mereka bergaul tetapi

hanya di pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang

terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan

dalam setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidnag ekonomi wujud

pembahagian tugas mengikut garis perkauman. Selain itu, ciri dari segi politik

Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan tiada azam sosial

bersama

Pluraliti di Alam Melayu terdiri daripada masyarakat Asia Tenggara secara

semula jadinya hidup dalam bermasyarakat. Bahkan, Asia Tenggara menjadi

tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Namun, ciri pluraliti

ini kemudian musnah dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah.

Mereka memperkenalkan sistem-sistem kerajaan mereka dan membahagikan

wilayah ini kepada satu komuniti masyarakat plural.

Pembentukan masyarakat berubah kepada bercirikan pemaksaan dan

perbezaan. Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yang dipaksa

datang dan dipaksa bergaul dengan masyarakat. Masyarakat migran itu pula datang

dari pelbagai tamadun iaitu China dan India yang dibawa masuk untuk menjadi

buruh. Kemuncak Pluraliti semasa Zaman Kesultanan Melaka kerana Kehebatan

Empayar Melaka yang menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia diakui

sehingga digelar “The Venice of the East’.

1

Page 2: kerja kursus HE semester 3

2.0 PETA MINDA KONSEP MASYARAKAT PLURALISTIK

2

Konsep Masyarakat Pluralistik

Pluralism:

Idealogi yang menyamaratakan

kepercayaan dan pegangan yang

berbeza dalam masyarakat.

Pluraliti :

Wujudnya kepelbagaian bangsa,

agama di suatu tempat pada suatu

masa secara semula jadi.

Pluralistik:

Wujudnya kepelbagaian bangsa,

agama di suatu tempat pada suatu

masa secara terancang dan

dipaksakan oleh orang- orang tertentu

yang berkepentingan.

Masyarakat Plural:

Terbentuk selepas zaman kedatangan

orang-orang Eropah. Penjajah

membawa masuk pendatang asing dari

China dan India ke Asia Tenggara untuk

kepentingan ekonomi. Dasar penjajah

menyebabkan mereka gagal

berasimilasi dengan penduduk, alam

sekitar dan sistem sosial-politik-agama

yang wujud di Asia Tenggara

Kesan:

wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok

yang lain walaupun tinggal di tempat yg sama

Page 3: kerja kursus HE semester 3

3.0 PETA MINDA UNSUR-UNSUR MASYARAKAT PLURALISTIK

3

Politik

Unsur-unsur Masyarakat Pluralistik

Ekonomi

Perlembagaan

Pendidikan

Politik

Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan

raya umum pertama tahun 1955 iaitu tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu,

Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan

kemerdekaan

Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama

parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan

peningkatan keahliannya, cth penubuhan Barisan Nasional 1974.

Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur

telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia

Page 4: kerja kursus HE semester 3

4

Perlembagaan

Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik

dan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara

ini.

Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah

dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik dan “coalition” sebagai model

permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional,

Barisan Alternatif).

Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.

Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling

menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling

menghormati ini diistilahkan sebagai wa’ad.

Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada

syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan

Kontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba

mewakili raja atau pemerintah.

Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah

Melayu:

Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan

Melayu

Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa

orang Melayu

Kontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba

mewakili raja atau pemerintah.

Page 5: kerja kursus HE semester 3

5

. Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah

Melayu:

Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan

Melayu

Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa

orang Melayu

Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai

persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai.

Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liaison Committee/Perhubungan

Antara Kaum) pada tahun 1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.

Pendidikan

Semasa penjajahan dibahagikan kepada 3

peringkat:

Pendidikan British rendah dan menengah

Sekolah Melayu peringkat rendah Terdapat

juga sekolah agama/Quran

Sekolah vernakular Cina dan India.

Sistem pendidikan kebangsaan

telah dibentuk berasaskan

keseragaman kurikulum, sukatan

mata pelajaran dan orientasi.

Laporan Razak 1956

Laporan Rahman Talib

1960.

Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah

untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem

pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal

iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983).

Page 6: kerja kursus HE semester 3

6

Ekonomi

Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai

masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi

negara dibahagikan kepada empat peringkat:

Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan

Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu

Pertama (1956-1960)

Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah

Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia

Pertama (1966-1970)

Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Pembangunan Negara hingga.

Sistem ekonomi dualisme ini

merujuk kepada dua orientasi

dan tumpuan yang berbeza

namun bergerak seiringan

dengan garis etnik

Isu yang berkaitan dengan

ekonomi memerlukan iltizam

yang kuat daripada semua pihak

untuk merapatkan jurang yang

sedia ada.

Keperluan untuk

memperbetulkan kedudukan

dimensi ekonomi ini amat

mendesak kerana ia menjadi

sebagai salah satu asas utama

dalam memupuk kerjasama

antara etnik.

Ketidakseimbangan kedudukan

ekonomi berdasarkan etnik juga

harus diatasi kerana ia dapat

menjadi sumber pencetus konflik

(contoh peristiwa 13 Mei 1969).

Page 7: kerja kursus HE semester 3

4.0 CARTA GARIS MASA PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI

MALAYSIA

Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan

masyarakat plural yang ada pada hari ini. Masyarakat pluralistik terbentuk dengan

bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Ini berbeza engan konsep masyarakat plura

dimana masyarakat pluralistik bermula apabila kuasa penjajah telah membawa masuk

imigran yang hidup berdampingan tetapi berasingan. Ini mewujudkan masalah

polarisasi etnik dan kegagalan asimilasi yang disebabkan oleh politik kolonial Inggeris

yang menjalankan dasar pecah dan perintah. Penjajahan British membawa bersama-

sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu

pengetahuan. Di samping itu, prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam

pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di alam Melayu pada

zaman sebelum kolonialisme. Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi

pemisahan di antara negara dan agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan

negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah

pengawasan sultan Melayu.

Setiap etnik dilayan, dibayar dan diberi kemudahan berasingan dan berbeza.

Sebagai contoh, semasa zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, orang Melayu

diasingkan di kampung-kampung dan mereka hanya dibenarkan menjalankan aktiviti

pertanian, manakala orang Cina memonopoli perniagaan bijih timah di bandar dan

orang India pula ditempatkan di estet dengan menoreh getah dan menguruskan ladang.

Ini terus mewujudkan jurang antara mereka apabila sistem pendidikan juga diasingkan

antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini berlarutan sehinggalah Tanah Melayu

ditadbir sendiri oleh orang Melayu dan seterusnya kemerdekaan dicapai dengan

kejayaan masyarakat Tanah Melayu bersatu padu menegakkan kemerdekaan negara.

Berikut merupakan carta garis masa menunjukkan sejarah pembentukan

masyarakat pluralistik daripada zaman kolonialisme oleh Portugis di Melaka pada 1511

sehingga penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

7

Page 8: kerja kursus HE semester 3

8

1511

- Kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan mengekploitasi hasil bumi dan menyebarkan fahaman serta ideolisme mereka dengan menggunakan slogan Gold, Gospel dan Glory.

- Menawan dan menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun.

- Wujud masyarakat Serani yang beragama Kristian kesan daripada perkahwinan orang Portugis dengan masyarakat tempatan.

1641

1824

- Penguasaan Belanda ke atas Melaka.

- Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda. Negeri-negeri Selat ( Pulau Pinang, Melaka dan Singapura ) menjadi milik Inggeris.

- Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.

1874

1875

1891

- Perjanjian Pangkor - Campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu.

- Pengenalan Sistem Residen di negeri-negeri Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

- Perang Perak 1875- Perang Negeri Sembilan 1875.

- Pemberontakan Pahang 1891.

- Inggeris membawa masuk tentera dari India dan Hong Kong.- Bermula dengan suku-suku Melayu di nusantara, Cina dan India.

Page 9: kerja kursus HE semester 3

9

1891

1880-1914

- Proses penghijrahan disebabkan oleh faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal, kedekatan lokasi, kemiskinan, pengangguran, peluang perdagangan, penindasan, perbalahan, perselisihan, perkhidmatan, rekreasi dan migrasi.- Tertumpu di lombong bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

- Penghijrahan pesat oleh kerana pembukaan lombong-lombong milik pengusaha Eropah atau Cina

- Faktor-faktor penarik : pembukaan ladang dan lombong.- Faktor-faktor penolak : penderitaan atau kemiskinan, kekacauan (pemberontakan), bencana alam, kegiatan jenayah.- Selain daripada sebagai pelombong dan petani, penghijrahan orang Cina telah menukar corak pekerjaan asal mereka dengan menjadi pedagang dan peniaga – kawasan bandar.

- Para penghijrah baru dinamakan singkeh (selepas bebas dinamakan laukeh).

- Orang Cina ditadbir oleh Kapitan Cina mentadbir hal ehwal ekonomi dan undang-undang di kawasan lombong-lombong di Kuala Lumpur. Mereka juga menjadi pelindung dan penjamin keselamatan ahli-ahlinya.

1877- British menubuhkan Jabatan Perlindungan Cina di Singapura bagi mengawal kegiatan orang Cina secara langsung.

Page 10: kerja kursus HE semester 3

10

1907

- Pada zaman penjajahan kedatangan orang India telah berlaku secara perlahan dan sistematik.

- Daripada Madras, Utara dan Selatan Arcot, Salem, Coimbatore, Trichinopoly, Madura, Ramnadpuram, Chinglepet, Tanjore dan Tinnevelly.

- Bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu

- Berhijrah melalui buruh kontrak, sistem Kangani buruh bebas.

- Tenaga kerja dari India generasi kedua lebih banyak sebagai kerani, pengetua sekolah dan pentadbiran.

- Faktor-faktor kedatangan: adat resam dan kasta, lebihan penduduk, pengangguran dan kemiskinan, cukai tanah tinggi, kebuluran.

- Faktor-faktor penarik : perkembangan perusahaan getah, pembinaan jalan raya dan landasan kereta api.

1900

- Jepun memberi layanan yang baik pada orang India kerana perlukan kerjasama mereka untuk melaksanakan dasarnya memerangi Inggeris di India.

1907

1937 - Pada awalnya, Jepun mengambil sikap yang keras terhadap orang Cina sejak Perang Jepun-China 1937. Kemudian menukar sikap kerana perlukan sokongan ekonomi.

Page 11: kerja kursus HE semester 3

11

- Kedatangan orang Cina ke Sabah didorong oleh galakan yang diberikan oleh syarikat-syarikat tembakau dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British.

- Ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir kesemua tenaga buruh yang digunakan dibawa masuk dari negara China. 

1880an

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Sabah dan Sarawak

1880an

1880an

- Penglibatan orang India dalam aktiviti ekonomi di Sabah lebih tertumpu pada beberapa sektor tertentu seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal. 

- Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Jabatan Pelabuhan, Jabatan Pos dan Telegrafi, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Polis dan Penjara.

- Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun 1871 kepada 123 626 orang pada tahun 1939.

Page 12: kerja kursus HE semester 3

12

- Orang India merupakan kelompok kecil dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera di Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjab yang dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja sebagai anggota polis.

- Di samping orang Sikh dan Punjab terdapat sebilangan kecil orang India berketurunan India-Muslim yang bekerja sebagai peniaga kain dan pedagang.

1880an

Pembentukan Masyarakat Pluralistik Era Kemerdekaan

- Terbentuk Communities Liason Committee (CLC). Setiap kaum yg terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India menghantar wakil masing-masing untuk membincangkan kontrak sosial yang hendak dipersetujui.

- CLC merupakan acuan atau model kepada penggabungan parti-parti politik seterusnya sama ada yang mewakili pemerintah atau pembangkang.

- Kelansungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah secara pakatan dgn parti2 lainIni bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu

1948

Page 13: kerja kursus HE semester 3

13

- Tiga etnik utama Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan.

- Pilihan raya umum pertama diadakan.

- Tiga buah parti politik mewakili bangsa Melayu, Cina dan India bersetuju menubuhkan satu perikatan dan menghadapi pilihan raya .

- Kemerdekaan diperolehi pada 1957 dengan mengkaji beberapa perkara seperti isu status, bahasa, agama dan keistimewaan orang Melayu dan Perlembagaan berlandaskan kontrak sosial antara kaum ditetapkan.

1957 - Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.

– Laporan Razak 1956

– Laporan Rahman Talib 1960.

- Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983).

- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957, Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi.

1955

1957

Page 14: kerja kursus HE semester 3

14

- Sistem ekonomi berasaskan laissez faire iaitu sistem ekonomi pasaran bebas - Rancangan ekonomi yang mempunyai 4 peringkat iaitu Rancangan pramerdeka, Rancangan selepas merdeka, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar-Dasar Pembangunan Negara.

- Pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak serta Singapura. Malangnya pada September 1965 Singapura berpisah daripada Malaysia atas sebab-sebab fahaman politik.

1957

1963

Page 15: kerja kursus HE semester 3

5.0 MASYARAKAT PLURALISTIK

5.1 Definisi Masyarakat Pluralistik

Terlebih dahulu istilah plural itu membawa maksud masyarakat pelbagai bangsa

di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah iaitu Eropah yang terbentuk

melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.

Terdapat perbezaan definisi bagi istilah pluralisme, pluraliti, dan pluralistik. Pluralisme

membawa maksud ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang

berbeza dalam masyarakat manakala pluraliti membawa maksud wujudnya

kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi

contohnya masyarakat Melaka. Pluralistik pula membawa maksud wujudnya

kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang atau

dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan misalnya era penjajah

British. Namun begitu, fokus lebih diberikan kepada masyarakat pluralistik kerana

kesannya terdapat dalam masyarakat Malaysia pada masa kini.

 Apabila mendalami lebih dalam apakah sebenarnya masyarakat Pluralistik, kita

dapat mengetahui bagaimana ia boleh memberis kesan kepada masyarakat Malaysia

sekarang. Masyarakat pluralistik pula terbentuk selepas zaman kedatangan orang-

orang  Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing  dari China dan India ke

Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan  mereka

gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang

wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok  masyarakat yang hidup

terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama yang

dikenali sebagai masyarakat majmuk. Sememangnya penjajah barat menjadi titik

pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.  Pluraliti alam Melayu boleh dikaji

berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar. Maksud Pluraliti sosial dapat dilihat

berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada. Manakala, Pluraliti alam sekitar

merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah

berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.

15

Page 16: kerja kursus HE semester 3

5.2 Pembentukan Masyarakat Pluralistik

Bagaimanakah pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia? Hubungan

dengan China dan India telah menjadi titik permulaan kepada pembentukan masyarakat

pluralistik. Faktor perdagangan di Tanah Melayu menjadi persinggahan para pedagang

dari kedua-dua benua tersebut. Abad ke-7 Masihi, kewujudan institusi pengajian agama

di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai

pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan. Melalui perdagangan antara Tanah

Melayu dan India-China telah tersebar agama Hinduisme dan Buddhisme. Menurut

salah seorang tokoh ilmuan, Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar

dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam. Buktinya, tidak terdapat

kitab-kitab yang membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dan lain-

lain yang berasaskan Hinduisme dan Buddhisme di alam Melayu, tetapi yang ada cuma

kitab-kitab yang bersifat kesenian. Lagipun, Hinduisme dan Buddhisme diterima baik

dalam kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme

mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan

menerusi candi-candi yang didirikan.

Sesungguhnya masyarakat pluralistik terbentuk daripada penjajahan, terutamanya

penjajahan British. Ia juga berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi

Tanah Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Pihak British telah

menyebabkan migrasi orang Cina ke Tanah Melayu. Mereka berasal dari Kwangtung

dan Fukien dan dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara

berkumpulan dan persendirian. Menurut kajian, pada tahun 1895-1927 lebih daripada 6

juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Manakala, pada tahun 1931, 34% daripada

penduduk Tanah Melayu ialah orang Cina. Di Sarawak pula, org Cina lebih bertumpu di

kawasan bandar Sibu, Miri dan Bintulu. Manakala, di Sabah, Syarikat Borneo Utara

British (SBUB) membawa masuk buruh asing seperti orang Cina, Filipina, Jawa dan

Jepun. Mereka dikerah untuk bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan

dan pemeliharaan mutiara. Migrasi orang India juga turut berlaku pada masa itu.

Mereka dibawa dari India Selatan dan dibawa melalui system Kangani. Situasi ini

bermula pada tahun 1880-an dan berlaku pesat pada abad ke-20. Menurut satu kajian,

16

Page 17: kerja kursus HE semester 3

pada tahun 1911 sebanyak 10% daripada penduduk Tanah Melayu dan meningkat

kepada 15% pada tahun 1921. Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan

dan kerja raya. Tambahan pula, terdapat juga migrasi penduduk Melayu dari Indonesia,

Jawa dan Sumatera. Mereka kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian dan

tinggal di luar bandar. Migrasi lain yang terdapat pada masa itu ialah migrasi penduduk

Arab-Parsi dan Ceylon. Terbuktilah bahawa migrasi menjadi salah satu faktor kepada

terbentuknya masyarakat pluralistik.

5.3 Kesan dan Kepentingan Masyarakat Pluralistik di Malaysia

Salah satu kesan dan kepentingan masyarakat pluralistik dapat dilihat dari segi

aspek politik. Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan

sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar

terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan

etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British

memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selepas era 1960-an perjalanan

politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti

pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, contohnya penubuhan

Barisan Nasional 1974. Tambahan pula, dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan

etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat

di Malaysia.

Seterusnya kesan dan kepentingan terhadap perlembagaan juga turut berlaku

atas nama masyarakat pluralistik. Perlembagaan merupakan panduan asas kepada

perlaksanaan sistem politik di negara ini. Dengan perlembagaan juga dapat

mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini seterusnya

dijadikan sebagai panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini.

Kontrak social ini dibahagikan kepada dua iaitu berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji

taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling

menghormati ini diistilahkan sebagai wa’ad. Satu lagi ialah berlaku dalam konteks

masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan

17

Page 18: kerja kursus HE semester 3

kemerdekaan kepada Malaysia. Ini menunjukkan perlembagaan menjadi asas kepada

masyarakat negara kita Malaysia.

Selain itu, sistem pendidikan juga memberi kesan kepada masyarakat Malaysia.

Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan dibahagikan kepada tiga.

Pertamanyanya ialah pendidikan British rendah dan menengah dikenali sebagai elit

MCI. Keduanya, sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British, untuk

menjadi ‘petani yang pandai sikit’ serta terdapat juga sekolah agama didirikan.

Ketiganya, sekolah vernakular Cina dan India ditubuhkan. Oleh itu, sistem pendidikan

kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata

pelajaran dan orientasi serta Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960

dibentuk. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah

untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem

pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu

bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan

1957, tetapi Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi. Kemudiannya, pucuk pimpinan parti

Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta

Pendidikan 1957 di atas beberapa prinsip. Satunya, sekolah berbagai aliran dibenarkan

dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Kedua, Bahasa

Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib

mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran. Ketiga,

pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain

mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara Cina dan India.

Maka sistem pendidikan dapat diseimbangkan dengan baik mengikut kepentingan

semua.

Aspek ekonomi juga menjadi salah satu kesan dan memberi kepentingan

daripada masyarakat pluralistik. Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha

untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan

pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat. Pertamanya,

rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah

Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).

18

Page 19: kerja kursus HE semester 3

Kedua, perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah

Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama

(1966-1970). Ketiga, perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru dan keempat Dasar

Pembangunan Negara. Di samping itu juga, sistem ekonomi dualisme merujuk kepada

dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik.

Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi

pengeluaran contohnya getah dan bijih timah. Kedua, sistem ekonomi tradisional yang

diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan

perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah

didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar. Namun begitu, isu yang

berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk

merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan

dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama

dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi

berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik

contohnya peristiwa 13 Mei 1969.

Kesimpulannya, memahami pluraliti adalah asas penting ke arah memahami

pembentukan masyarakat pluralistik. Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu dan

ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu.

Walaubagaimanapun, pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar

negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama.

19

Page 20: kerja kursus HE semester 3

6.0 KONTRAK SOSIAL

Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan

apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang

memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa

parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia

didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut

dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa

daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media. Datuk Seri Lim

Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa

bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun, beliau telah memohon

maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat

mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui

semasa negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga, Kabinet pada

17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut

dihentikan.

6.1 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kontrak Sosial?

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam

kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili,

UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu

persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau

kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana

yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu

memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan

musyawarah. Bagi memahami lebih terperinci tentang kontrak sosial,definisi kedua-dua

istilah tersebut perlu difahami dengan baik.

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti

Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai

20

Page 21: kerja kursus HE semester 3

satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini

bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk

memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-

syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang

mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan

dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan

masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila

diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan

yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di

sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan

ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara

kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat

dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak

sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu

UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan

Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam

sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita

dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan

watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam

perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan

politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu

dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.

Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa

rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang

termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

21

Page 22: kerja kursus HE semester 3

6.2 Elemen-elemen Kontrak Sosial Menurut Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai

antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.

Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah

kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu

bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali

mendapat sesuatu. Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman, “Orang

Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan

Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada

bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi

sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan

hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali

mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai

kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu

masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan

bukan Melayu.”

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa

elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para

penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang

dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara

Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar- menawar

pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan

tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di

Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan

menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam

masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam

Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua

pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada

perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu

merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan

22

Page 23: kerja kursus HE semester 3

bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke

dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka.

6.2.1 Kedudukan raja melayu dalam perlembagaan persekutuan

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan

beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia.

Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya

mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan

British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi

mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka

dipaksa menerima beberapa syarat dengan British untuk menerima penasihat British.

Akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja

diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep

demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri

asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi

sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu

mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan

menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan

sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi

kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda

dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh

jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan

perundangan persekutuan iaitu parlimen. Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan

Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi,

memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan disisi Perlembagaan

bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan

dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung

23

Page 24: kerja kursus HE semester 3

dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan

sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada

undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,

kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Selain itu, Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu

dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong yang dipilih daripada

kalangan Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga

adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak

akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan raja. Perlembagaan

memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa

jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Negara ini masih bernasib baik dengan

mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2)

merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua

agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

6.2.2 Hak keistimewaan orang melayu

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara

153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam

beberapa perlembagaan negeri. Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah

seseorang yang memenuhi tiga syarat asas iaitu menganuti agama Islam, secara lazim

bercakap Melayu dan menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Seseorang yang

mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di

Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa

dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura

sebelum merdeka. Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati

Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang

termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang

di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa

24

Page 25: kerja kursus HE semester 3

menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan

Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,

agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan

oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Selain itu, kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan

Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada

undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada

diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam

Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana

dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada

kedudukan istimewa orang Melayu. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini

seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua

warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum

bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin

mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan

kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang

kemerdekaan. Namun begitu, kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia

diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah

hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan

dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak

untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat

layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini

juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

6.2.3 Kedudukan Islam sebagai agama rasmi

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang

penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoriti penduduk

orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: “Agama

Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

25

Page 26: kerja kursus HE semester 3

dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Orang Melayu

sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara

160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam,

yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Maka

dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan

bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah

dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British

masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama

Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan

Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi

Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama

lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“.

Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak masing-masing.

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka

kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan

untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau

penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan

ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan

untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen

perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran

agama Islam dan undang-undangnya.

6.2.4 Bahasa Melayu

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah

negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan

bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal

keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Isu bahasa merupakan

salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses

26

Page 27: kerja kursus HE semester 3

pembentukannya. Namun, isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara

kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat

diselesaikan, “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan

bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid

sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan

mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Apabila

dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan

eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan

Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Maka bahasa Melayu

diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah

menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa

Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas

berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya

tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu perlembagaan,

kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial

mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British

ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak

kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara

demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.

27

Page 28: kerja kursus HE semester 3

7.0 RUMUSAN

Malaysia sedang menuju ke arah negara maju sebagaimana digariskan oleh

pucuk pimpinan negara. Pada tahun 2020, Malaysia akan muncul berdiri sama tegak

dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Antara elemen utama

mencapai cita-cita tersebut ialah perpaduan di antara bangsa yang terdapat di

Malaysia. Justeru, pemimpin kita ingin mewujudkan konsep satu bangsa satu negara.

Konsep satu bangsa satu negara bermakna semua bangsa yang terdapat di negara ini

hanya dikenali sebagai bangsa. Konsep Satu Malaysia telah digagaskan oleh Perdana

Menteri yang keenam iaitu Dato Sri Najib Tun Abd Razak yang mahu melihat rakyat

berada dalam satu negara yang saling memerlukan dan membantu. Tanpa mengubah

anutan atau kepercayaan, bangsa Malaysia diharapkan menjadi lambang kepada

negara Malaysia yang bersatu. Apabila ini menjadi kenyataan diharapkan tiada lagi

masalah perkauman yang timbul. Semua warga Malaysia merasakan diri mereka sama

dari segala segi tanpa melihat setiap kaum dengan pandangan yang pelbagai.

Pada awalnya, pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme,

Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) telah berinteraksi di

antara mereka sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-

budaya besar tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam

Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya.

Secara tuntasnya, dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan

ciri Alam Melayu ialah Pluralisme dan masyarakat pluralistik. Kedua-dua konsep ini

merupakan konstruksi saintifik sosial yang terhasil daripada kajian empirikal yang

dilakukan di wilayah ini. Pluralisme bererti suatu kerangka interaksi yg mana setiap

kelompok menampilkan rasa hormat dan toleransi diantara satu sama lain dan

berinteraksi tanpa konflik. Masyarakat pluralistik pula adalah masyarakat yang berbilang

kaum yang hidup saling kerjasama diantara satu sama lain.

28

Page 29: kerja kursus HE semester 3

8.0 REFLEKSI KENDIRI

Nama : Muhammad Shafiq bin Mohhammad Azmi

No Kad Pengenalan : 900507-07-5567

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan

keredhaan-Nya dapat saya siapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pelbagai

impak positif mahupun negatif yang diperolehi sepanjang melakukan kerja kursus ini.

Tidak terkecuali pelbagai rintangan dan halangan terpaksa saya lalui dalam

menyiapkan tugasan ini. Kerja kursus ini memberi 1001 makna dalam melangkah untuk

menjadi seorang bakal guru nanti. InsyaAllah.

Ketika diberi kertas tugasan ini, saya dan bersama-sama rakan saya iaitu

Naikhalik bin Mohd Yaacob serta Nur Fateha binti Abd Jalil telah membahagikan tugas

dalam tugaan ini. Pada mulanya kami tidak memahami lagi arahan tugasan. Selepas

diberi penerangan, barulah saya faham apa yang dikehendaki kertas projek ini. Apabila

saya faham barulah saya dapat mengambil langkah seterusnya iaitu mengumpul

bahan.

Umumnya, sebelum menyiapkan tugasan ini, saya perlu mengetahui dan

menguasai bidang pluralistik dalam Hubungan Etnik. Masalah utama yang dihadapi

ialah kekurangan sumber rujukan. Perkhidmatan di perpustakaan dalam penyediaan

29

Page 30: kerja kursus HE semester 3

buku ilmiah amatlah terhad. Trend ‘siapa cepat dia dapat’ amatlah merungsingkan.

Kerungsingan ini ditambah lagi dengan kemudahan ‘wireless’ yang lambat dan sering

putus perkhidmatannya. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyulitkan proses

pencarian maklumat. Masalah ini akhirnya dapat diatasi setelah mendapat inisiatif

untuk merizab dulu buku-buku yang berkaitan daripada teman sekelas yang

membelinya. Manfaat ini kami sesama rakan tidak sia-siakan.

Saya terus mencari maklumat di perpustakaan mengenai tajuk yang diberikan.

Mencari buku-buku mengenai konsep masyarakat pluralistik. Kami juga telah

berbincang untuk peta minda untuk konsep dan unsur-unsur masyarakat pluralistik.

Dalam membuat tugasan Hubungan Etnik , saya meneliti dan bertanya kepada rakan

tentang maklumat yang saya tidak faham. Seterusnya membuat draf, tajuk carta garis

masa yang saya perlu cari ialah sejarah pembentukan masyarakat pluralistik sehingga

penubuhan Malaysia. Maklumat yang telah diperolehi, hendaklah dihuraikan dalam

bentuk esei. Saya tidak menangguhkan kerja tersebut kerana merasakan banyak lagi

tugasan mata pelajaran lain yang diberikan sama waktunya dengan mata pelajaran ini.

Saya terpaksa menyediakan jadual bagi menyelesaikan semua tugasan yang telah

diberikan.

Masalah lain adalah dari segi masa. Wujudnya lambakan kerja kursus dalam

satu masa sekaligus amatlah memenatkan. Tarikh hantar kerja-kerja kursus tersebut

juga berdekatan. Masalah ini dapat diatasi dengan menyiapkan kerja yang tarikhnya

perlu dihantar dahulu kemudian barulah diikuti dengan kerja kursus lain. Proses

menyiapkan setiap tugasan dilakukan secara beransur-ansur. Alhamdulillah akhirnya,

tugasan ini terhasil jua dalam masa yang ditetapkan.

Seterusnya saya dan beberapa rakan membincang kontrak sosial kerana perlu

diteliti dan difahami sebelum membuat draf yang terdapat dalam buku yang telah kami

perolehi. Saya mula menaip apa yang dikehendaki menurut kertas tugasan. Setiap

pekerjaan pasti ada masalahnya yang tersendiri. Antara masalah yang kami hadapi

ialah kekurangan sumber bahan. Tetapi segala masalah dapat kami atasinya dengan

baik.

30

Page 31: kerja kursus HE semester 3

Kerja kursus ini telah menambah pengetahuan saya dalam Hubungan Etnik.

Kekecualian yang wujud juga telah menarik minat saya untuk mengkaji dengan lebih

mendalam tentang pengelasannya. Tugasan ini juga menjadikan saya lebih berdisiplin

dan berdikari dalam memantapkan pengetahuan yang sedia ada. Peruntukan masa

yang terhad membuatkan saya lebih akur dan patuh dalam menyiapkan tugasan.

Secara tuntas, terdapat pelbagai impak positif yang saya dapat sepanjang

menyiapkan tugasan ini. Masalah-masalah yang timbul hanyalah sekadar ujian

mahupun dugaan yang harus ditempuh oleh setiap manusia yang bergelar pelajar.

Ibarat ungkapan sebuah kata-kata hikmat ‘bukan senang hendak senang, bukan susah

hendak senang.’

31

Page 32: kerja kursus HE semester 3

Nama : Nur Fateha bt Ab Jalil

No Kad Pengenalan : 901102-06-5402

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah subjek Hubungan Etnik

(WAJ 3106) kerana telah memberikan tugasan ini dan Alhamdulillah sejuta kesyukuran

kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Tugasan

pada kali ini adalah tugasan berkumpulan dan saya bersama rakan-rakan yang lain iaitu

Naikhalik bin Mohd Yaacob dan Muhammad Shafiq bin Mohhammad Azmi bekerjasama

bagi memastikan tugasan ini dapat dilakukan dengan baik.

Sebaik sahaja saya menerima tugasan ini, saya cuba meneliti serta memahami

kehendak soalan agar mudah untuk saya memulakan tugasan ini. Setelah itu saya cuba

mencari bahan-bahan berkaitan dengan tugasan ini seperti yang diminta sama ada

melalui internet, majalah, dan bahan-bahan bacaan yang lain. Memandangkan tugasan

ini adalah tugasan berkumpulan, kami telah membahagikan tugasan kepada tiga.

Walaupun tugasan ini memakan masa yang lama untuk disiapkan tapi saya bersyukur

juga kerana berkat dan bantuan daripada semua pihak yang membantu akhirnya

tugasan ini dapat diselesaikan juga.

Walaupun tugasan ini tampak sukar, namun, dengan bimbingan pensyarah kami,

Tuan Hj Megat S’adan bin Megat Salleh memberi peluang kepada kami menyediakan

32

Page 33: kerja kursus HE semester 3

tugasan dengan penuh informasi-informasi berguna. Sekalung budi saya dan rakan-

rakan zahirkan kepada beliau.

Selain itu, tugasan ini membolehkan saya untuk memahami secara menyeluruh

berkaitan dengan konsep, unsur-unsur dan sejarah pembentukan masyarakat pluralistik

daripada zaman kolonialisme lampau sehinggalah pembentukan masyarakat majmuk

pada hari ini. Di samping itu, topik menarik ini memberi pengajaran berguna buat saya

untuk saya kenangi bagaimana nenek moyang kita pada masa dahulu menjalani

kehidupan dalam era kolonialisme.

Ini juga dapat membantu saya dalam proses mengulangkaji sebagai persediaan

awal untuk menghadapi peperiksaan. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati

ianya agak mudah untuk disiapkan. Lebih-lebih lagi banyak sumber yang boleh saya

gunakan sebagai bahan rujukan.

Saya berharap agar pada masa hadapan tugasan sebegini dapat diberikan lagi

supaya saya dapat meluaskan pengetahuan dan belajar lebih terperinci berkaitan mata

pelajaran ini.

33

Page 34: kerja kursus HE semester 3

Nama : Naikhalik bin Mohd Yaacob

No Kad Pengenalan : 890911-03-5819

Sebelum 1 April 2011 saya dan rakan sekumpulan telah membuat tugasan salah

satu topik dalam subjek Pendidikan Hubungan Etnik (WAJ 3106). Topik yang kami perlu

lakukan ialah masyarakat Pluralistik dan Kontrak Sosial negara Malaysia. Sebelum itu,

saya ingin kenalkan rakan kumpulan saya. Kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri

iaitu Naikhalik Bin Mohd Yaacob, Muhammad Shafiq Bin Mohammad Azmi dan Nur

Fateha Binti Abd Jalil. Dalam menyiapkan tugasan tersebut, kami berkerjasama dengan

jayanya.

Tugasan pada kali ini memerlukan kami membina peta minda, membuat carta

garis dan menghuraikan tentang topik tersebut. Pertama sekali, kami telah

membahagikan tugasan masing-masing sebelum membuat tugasan tersebut. Setelah

dibahagikan tugasan-tugasan, saya dikehendaki membuat esei tentang topik tersebut.

Untuk menyiapkan tugasan tersebut, saya banyak membuat rujukan di internet dan

buku. Di dalam internet terdapat banyak maklumat berkaitan tugasan yang saya

lakukan. Namun begitu, saya perlu memilih dan meneliti terlebih dahulu maklumat-

maklumat sama ada berkaitan ataupun tidak. Buku juga menjadi rujukan saya dalam

menyiapkan tugasan tersebut. Sememanynya buku ini lengkap dengan maklumat-

maklumat yang diperlukan. Banyak maklumat yang saya perolehi daripada buku

tersebut.

34

Page 35: kerja kursus HE semester 3

Namun begitu, saya tidak nafikan bahawa banyak juga maklumat yang saya

perolehi daripada internet. Sememangnya penggunaan internet boleh membantu saya

menyelesaikan tugasan tersebut. Terdapat banyak maklumat semasa saya melayari

internet. Ini menyebabkan saya terpaksa memilih maklumat-maklumat yang berkaitan

sahaja. Kelebihan menggunakan internet yang saya dapat rasai ialah mencari

maklumat hanya di hujung jari saya. Tambahan pula, ia dapat menjimatkan masa dan

tenaga. Tanpa internet amatlah sukar bagi saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa

juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kumpulan saya yang banyak

membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Kami saling berbincang jika terdapat

sebarang keraguan semasa menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan rakan-rakan

sememangnya dapat menghasilkan satu tugasan yang kemas dan baik untuk

dihasilkan.

Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi sedikit masalah dalam

memahami pengertian sebenar perkataan pluralistik dan kontrak sosial. Ini

membuatkan keraguan dalam diri saya. Oleh yang demikian, cara untuk menyelesaikan

masalah tersebut ialah dengan membuat rujukan di dalam buku dan internet.

Tambahan rujukan yang saya lakukan ialah menanyakan kepada pensyarah

pembimbing. Setelah membuat rujukan, saya telah memahami dengan baik berkenaan

masalah tersebut serta dapat menanganinya. Pengajaran yang saya dapat ketika ini

ialah kita mestilah membuat rujukan ataupun bertanyakan kepada orang yang lebih

mengetahui. Nescaya, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sempurna.

Bak kata pepatah “malu bertanya sesat jalan”.

Seterusnya, masalah lain yang saya hadapi ialah untuk memahami hubungan

etnik masyarakat dengan kontrak sosial. Untuk memahami dan menyelesaikan masalah

itu, saya dan rakan kumpulan berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apabila berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut, barulah mudah untuk saya

sediakan tugasan ini. Dengan ini memudahkan lagi saya untuk menyediakan satu

tugasan yang baik. Terbuktilah bahawa teknik perbincangan amat penting dalam

membuat sebarang keputusan. Dengan perbincangan juga kita dapat mengenal pasti

kelemahan-kelemahan yang ada semasa melakukan sesuatu kerja.

35

Page 36: kerja kursus HE semester 3

Setelah tugasan yang diberikan siap saya lakukan, maka proses

menggabungkan tugasan dibuat. Tugasan dijalankan dengan lancar dan tiada masalah

daripada kami mahupun teknikal. Semasa saya menjalankan tugasan yang diberi, saya

berasa berbesar hati kerana dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Rakan kumpulan

juga memberi komitmen yang baik semasa tugasan dijalankan. Saya menyediakan

tugasan ini dengan sebaik mungkin agar rakan kumpulan dapat memahami dan

menerima input yang berguna daripada tugasan itu. Selepas menyiapkan tugasan itu,

sesi moderasi diadakan bersama rakan kumpulan. Beberapa soalan diajukan kepada

saya berkaitan tugasan yang saya sediakan. Dengan maklumat yang diperolehi, saya

dapat menjawab dengan baik dan jelas agar dapat menyelesaikan persoalan yang

timbul dalam kalangan rakan kumpulan. Rakan sekumpulan yang lain juga mengalami

situasi yang sama seperti saya. Setelah tugasan digabungkan, kami membuat semakan

balik jikalau terdapat sebarang kesalahan. Apabila semakan dibuat, kesalahan ketara

tidak dijumpai tetapi kesalahan biasa misalnya ejaan telah kami perbetulkan. Untuk

tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan menyediakan satu tugasan yang terbaik.

Terdapat banyak input dan pengajaran yang saya perolehi daripada hasil

tugasan yang dilakukan. Salah satunya saya dapat mendalami ilmu tentang sejarah

pembentukan negara Malaysia dengan baik. Sedikit sebanyak saya dapat menguasai

topik berkenaan. Saya juga dapat belajar bagaimana untuk mencari sesuatu maklumat

jika ingin melakukan sesuatu kerja. Sememangnya maklumat dapat diperolehi dimana

sahaja asalkan kita berusaha mencarinya. Teknik perbincangan dalam kumpulan juga

sangat penting kerana kita dapat menggunakan banyak idea apabila melakukan

sesuatu tugasan. Melalui memahami definisi pluralistik dan kontrak sosial pula, saya

dapat melatih untuk lebih kritis dan dapat menyampaikan input ini kepada orang lain.

Dengan ini secara automatiknya keyakinan dalam diri saya tersemai dan membantu

saya untuk kristis dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan yang saya sediakan ini

banyak memberi manfaat dan input yang berguna kepada saya. Malah, dapat

menambahkan keyakinan dalam diri saya untuk melakukan tugasan yang lain pada

masa akan datang dengan daya fikiran yang lebih kritis dan inovatif.

36