topik 2 potret he baharu

32
BAB 2 - POTRET HUBUNGAN ETNIK

Upload: datoknye

Post on 25-Jun-2015

98 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 2 potret he baharu

BAB 2 - POTRET HUBUNGAN ETNIK

Page 2: Topik 2 potret he baharu

HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami sejarah pembentukan masyarakat plural di Malaysia.

2. Mengenal pasti teori-teori hubungan etnik.

3. Menjelaskan konsep-konsep hubungan etnik dan aplikasinya di Malaysia.

Page 3: Topik 2 potret he baharu

PENGENALAN

Bab ini membincangkan:Sejarah pembentukan masyarakat berbilang

etnik di Malaysia:○ Zaman Kesultanan Melayu Melaka.○ Zaman kolonial Inggeris.

Teori dan konsep penting dalam memahami kepelbagaian etnik.

Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.

Page 4: Topik 2 potret he baharu

ZAMAN GEMILANG MELAYU MELAKA Empayar Melaka dikenali sebagai ‘Venice of

the East’. Pelabuhan Enterport tumpuan pelbagai pedagang pelbagai bangsa

Masyarakat plural – terbentuk secara semula jadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang-pedagang asing.

Pelabuhan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya.

Page 5: Topik 2 potret he baharu

Kemuncak pluraliti Empayar Melaka: Pelabuhan Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari

seluruh dunia. Sistem pentadbiran yang baik/tersusun Kehebatan pemerintah/sultan Hubungan diplomatik yang luas (perkahwinan, perluasan kuasa,

perlindungan) Jaminan keamanan/keselamatan, sistem perundangan berasaskan

ajaran Islam Para pegawai istana bukan hanya terdiri daripada orang Melayu

tempatan, tetapi juga orang India. Berlaku proses asimilasi dan amalgamasi (kahwin campur (Baba

Nyonya, Chettiar, Arab-Melayu) pertembungan pelbagai budaya, mencorakkan satu masyarakat berbilang budaya, agama dan bahasa.

Page 6: Topik 2 potret he baharu

Ringkasnya, zaman keagungan Melaka boleh dilihat dari aspek:PemerintahanPerdaganganKependudukanKebudayaan

Page 7: Topik 2 potret he baharu

ZAMAN KOLONIAL INGGERIS (1874 hingga 1957)

Kedatangan British ke Alam Melayu berlandaskan serampang tiga mata:Keagamaan.Kekayaan. (monopoli ekonomi, getah & bijih

timah)Kemegahan. (tanah jajahan)

Kolonialisme membawa kepada penaklukan:Ruang fizikal.Ruang pemikiran/epistemologi.

Page 8: Topik 2 potret he baharu

Perubahan komposisi penduduk Tanah Melayu:Sebelum tahun 1848 hampir kesemuanya

orang Melayu.Kemasukan besar-besaran orang Cina pada

pertengahan abad ke-19 berkerja di lombong bijih timah.

Kemasukan besar-besaran orang India pada awal abad ke-20 bekerja di ladang-ladang getah.

Buruh dari Jawa

Page 9: Topik 2 potret he baharu

Masyarakat Majmuk di Malaysia

Perdagangan

Ekonomi

Faktor Utama Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Page 10: Topik 2 potret he baharu

Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu.○ Kewujudan penduduk pelbagai kaum.○ Mengekalkan budaya masing-masing.○ Pengasingan dari segi ruang fizikal dan

ekonomi pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi masing-masing.

○ Hasilnya masyarakat majmuk (plural society).

Page 11: Topik 2 potret he baharu

Masyarakat majmuk (plural society) – J.Nagata. 2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd. The idea of the ‘plural society’ was first coined by a British

colonial administrator, Furnivall, on the basis of practical experience in Southeast Asia, in his classic volume, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma & Netherlands India (1939), more as a descriptive device than as theory.

It reflected the condition, common in colonial and later, newly independent postcolonial states, of deeply divided societies, usually along ascriptive lines of ethnicity, or race, but also of culture, religion, or language.

Page 12: Topik 2 potret he baharu

Zaman Kolonial Inggeris -Permulaan era pembangunan negara dan pembentukan masyarakat majmuk.

Page 13: Topik 2 potret he baharu

Garis waktu

Sebelum penjajahan –

pluralisme Alam Melayu

Zaman penjajahan – Masyarakat

majmuk (plural society)

Selepas kemerdekaan – Masyarakat

multi-etnik

Page 14: Topik 2 potret he baharu

Teor

i ber

kaita

n H

ubun

gan

Etn

ik• Teori Ekologi• Teori Freudian • Teori Kelas• Teori Masyarakat Majmuk• Teori Pasaran Buruh Terpisah• Teori Pilihan Rasional • Teori Pertukaran Sosial• Teori Sistem Ekologikal

Bronfenbrenner

Page 15: Topik 2 potret he baharu

Teori Kelas Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik (di AS)

berhubung rapat dengan kelas dan sistem kasta yang melibatkan golongan kapitalis berkulit putih terhadap orang bukan kulit-putih dan buruh.

Rumusan Cox: keuntungan pihak kapitalis dalam memperoleh sumber menindas

kaum buruh. Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, wujud sistem yang

mendukung ketidaksamarataan dalam struktur masyarakat yang memisahkan juga buruh kulit putih daripada kulit hitam.

Kategori ras seterusnya wujud dalam kehidupan sosial masyarakat kapitalis yang menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan dengan kelas buruh.

Page 16: Topik 2 potret he baharu

Teori Masyarakat Majmuk

Funivall (1948) & Smith(1965) mengkaji teori ini di kalangan masyarakat majmuk di A. Tenggara. (menjadi tumpuan bangsa Eropah, China dan India)

Masyarakat (majmuk) saling bergaul tetapi tidak bergabung dalam satu kumpulan yang sama (di sebabkan masing-masing mempunyai pegangan agama, budaya, bahasa, adat dan cara hidup sendiri)

Page 17: Topik 2 potret he baharu

Teori Pilihan Rasional Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik: Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza. Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap

kelompok sebayanya. Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan

tertutup. Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat,individu berkenaan akan

mewujudkan ikatan sosial yang lebih eratdengan individu lain yang terlibat. Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati,maka ia akan mengambil

tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut.

Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan.

Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.

Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.

Page 18: Topik 2 potret he baharu

Konsep Etnik Berasal dari perkataan ethnos

Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit, rambut, rupa bentuk (fizikal dan biologikal, tingkahlaku dan tahap intelektual) e.g (Caucasoid, Mongoloid, Negroid, Australoid)

Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.(Ada persamaa paras rupa, tingkah laku)

Page 19: Topik 2 potret he baharu

Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.

Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

Page 20: Topik 2 potret he baharu

Konsep Budaya

• Sistem pemahaman dan tingkahlaku yang diwarisi daripada generasi terdahulu

• Aspek/Ciri budaya – adat, nilai dan tradisi yang dikongsi oleh satu masyarakat yang sama

• Mempengaruhi kuat kehidupan sesebuah masyarakat dan membentuk identiti masyarakat tersebut

• Budaya sentiasa berubah menerusi proses migrasi, konvesi, asimilasi dan agen perubahan lain (interaksi – spt budaya Cina dan India di Malaysia ada sedikit perubahan dgn orang Cina dan India di negara asal mereka.

• Ciri-ciri budaya –boleh dipelajari, dikongsi, sejagat, diwarisi, memiliki simbolik tersendiri

Page 21: Topik 2 potret he baharu
Page 22: Topik 2 potret he baharu

Konsep Tahap Hubungan Etnik

Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Page 23: Topik 2 potret he baharu

DEFINISISEGREGASI

Segregasi

Pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain. (Dasar Aparteid-AfrikaSelatan)

Pengasingan berlaku dalam dalam beberapa keadaan;\:• tempat tinggal• jenis pekerjaan• sistem persekolahan• penerbitan akhbar

Page 24: Topik 2 potret he baharu

24

AKOMODASISatu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)

Hasrat murni bersama – hidup aman harmoni

Page 25: Topik 2 potret he baharu

25

AkulturasiSatu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.

Contoh: baju kurung, tali leher, angpau, makanan, dan hiburan

Page 26: Topik 2 potret he baharu

26

Amalgamasi

Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Diwakili oleh formula : A+B+C=D

Page 27: Topik 2 potret he baharu

27

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi

kebudayaan & identiti

Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:Etnik yang berbeza

budaya.

Individu di dalam atau di antara etnik sering

berinteraksi.

Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

AsimilasiProses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk

satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Page 28: Topik 2 potret he baharu

Tahap-tahap Hubungan Etnik

SEGREGASI

AKOMODASI

AKULTURASI

ASIMILASI

AMALGAMASI

Pemisahan antara etnik.Dasar apateid

Sedar perbezaan budaya.Hidup dengan harmoni

Minoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asal

Minoriti terima budaya dominan

Percampuran membentuk kelompok baru.Kahwin campur

Page 29: Topik 2 potret he baharu

Proses Integrasi

Rendah

Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Tinggi

Page 30: Topik 2 potret he baharu

Dasar Apartheid – pengasingan orang kulit putih dan kulit hitam di Afrika Selatan 1948-1994 Segregasi.

Makanan pelbagai kaum diterima ramai di Malaysia Akulturasi

Page 31: Topik 2 potret he baharu

Angpau Tahun Baru Cina dan ‘angpau’ Hari Raya AidilFitri Akulturasi.

Kaum Peranakan India (Chetty) dan Peranakan Cina (Baba & Nyonya) Amalgamasi.

Page 32: Topik 2 potret he baharu

PENUTUP Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa

sekarang terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku kini.

Kefahaman tentang konsep-konsep

dan teori-teori berkaitan

hubungan etnik penting

untuk memahami potret

hubungan etnik di

negara ini.