habsiah minit mesyuarat pengurusan profesional bil_3_2015

15
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONAL BIL.3/2015 JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI NEGERI SELANGOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tarikh : 09 Mac 2015 (Isnin) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat JNJK Negeri Selangor. HADIR: Bi l. Nama Pegawai Gelaran Jawatan 1. Datin Rohana binti Ismail Ketua Nazir Negeri 2. En. Haron bin Amir Timbalan Ketua Nazir Negeri 3. Pn. Tham Siew Wai Ketua Unit Pengurusan Pejabat 4. Tn. Hj. Ahmad Shukri bin Ghazali Ketua Unit Penyelidikan 5. Pn. Yuhana binti Yaacob Ketua Unit MS ISO 6. Tn. Hj. Yusoff bin Ismail Ketua Unit NKRA 7. En. Zainudin bin Abdullah Ketua Unit Latihan 8. Pn. Norziah Sham binti Ibrahim Ketua Unit Pelaporan 9. Cik Ayu Hanani binti Abd. Karim Ketua Unit Pemeriksaan 10. En. Jayaraj a/l Krishnasamy Ketua Unit Perancangan dan Rekod Pemeriksaan Sekolah 11 Pn. Ruswati binti Osman Nazir Sekolah 12. Pn. Thaniza binti Abdul Rahim Nazir Sekolah 13. Pn. Hjh. Roziyati binti Komar Ketua Unit Data dan Maklumat 14. Pn. Rusita binti Muhammad Nazir Sekolah 15. Tn. Hj. Mohd. Abd. Manaf bin Hj Ali Nazir Sekolah 16. Tn. Hj. Mohd. Fuad bin Razali Nazir Sekolah 17. En. Tan Kin Yet Nazir Sekolah 18. En. Tan Chee Keong Nazir Sekolah 19. Pn. Norhamimi binti Abdul Hamid Nazir Sekolah 20. Pn. Azilazura binti Hj. Abdullah Nazir Sekolah 21. En. Sornadi bin Ismail @ Mansor Nazir Sekolah 22 Pn. Yuslinah binti Adam Setiausaha Pejabat 23. Pn. Roshayati binti Mohd. Razali Pembantu Tadbir 24. Pn. Zaiton binti Abdul Rahman Pembantu Tadbir 1

Upload: ck-tan

Post on 01-Oct-2015

310 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONAL BIL.3/2015JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI NEGERI SELANGORKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh: 09 Mac 2015 (Isnin)Masa: 10.00 pagiTempat: Bilik Mesyuarat JNJK Negeri Selangor.

HADIR:Bil.Nama PegawaiGelaran Jawatan

1.Datin Rohana binti IsmailKetua Nazir Negeri

2.En. Haron bin AmirTimbalan Ketua Nazir Negeri

3.Pn. Tham Siew WaiKetua Unit Pengurusan Pejabat

4.Tn. Hj. Ahmad Shukri bin Ghazali Ketua Unit Penyelidikan

5.Pn. Yuhana binti YaacobKetua Unit MS ISO

6.Tn. Hj. Yusoff bin IsmailKetua Unit NKRA

7.En. Zainudin bin AbdullahKetua Unit Latihan

8.Pn. Norziah Sham binti IbrahimKetua Unit Pelaporan

9.Cik Ayu Hanani binti Abd. KarimKetua Unit Pemeriksaan

10.En. Jayaraj a/l KrishnasamyKetua Unit Perancangan dan Rekod Pemeriksaan Sekolah

11Pn. Ruswati binti OsmanNazir Sekolah

12.Pn. Thaniza binti Abdul RahimNazir Sekolah

13.Pn. Hjh. Roziyati binti KomarKetua Unit Data dan Maklumat

14.Pn. Rusita binti MuhammadNazir Sekolah

15.Tn. Hj. Mohd. Abd. Manaf bin Hj AliNazir Sekolah

16.Tn. Hj. Mohd. Fuad bin RazaliNazir Sekolah

17.En. Tan Kin YetNazir Sekolah

18.En. Tan Chee KeongNazir Sekolah

19.Pn. Norhamimi binti Abdul HamidNazir Sekolah

20.Pn. Azilazura binti Hj. AbdullahNazir Sekolah

21.En. Sornadi bin Ismail @ MansorNazir Sekolah

22Pn. Yuslinah binti AdamSetiausaha Pejabat

23.Pn. Roshayati binti Mohd. RazaliPembantu Tadbir

24.Pn. Zaiton binti Abdul RahmanPembantu Tadbir

25.Pn. Siti Halina binti Abu HassanPembantu Tadbir

URUS SETIA

1.Pn. Maradziah binti Abd. JalilNazir Sekolah

2.Pn. Habsiah binti Ab. RazakNazir Sekolah

TIDAK HADIR BERSEBAB

1.Pn. Zarina binti AbdullahKetua Unit Kualiti

2.Cik Goh SuzieNazir Kanan

3.Pn. Jamaliah binti Hj. Mat SomNazir Sekolah

4.Pn. Zarina binti GhazaliPembantu Operasi

1.0PERUTUSAN PENGERUSI

1.1Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas kehadiran warga JNJK Selangor ke mesyuarat kali ini. 1.2 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Nooriah binti Md. Salleh atas sumbangan khidmat beliau selama tiga tahun di JNJK Selangor.1.3 Pengerusi mengucapkan takziah kepada Tn. Hj. Yusoff bin Ismail atas kembalinya bonda beliau ke rahmatullah.

1.2Majlis Tawaran Baharu Guru Besar 2014

1.3Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Tawaran Baharu kepada Guru Besar akan diadakan pada 21 April 2015. JNJK Selangor diberi tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Jamuan. Pada kali ini, atas dasar penjimatan, majlis akan diadakan di premis kerajaan yang belum ditetapkan lagi. Pn. Hjh. Roziyati binti Komar dilantik untuk mengetuai jawatankuasa tersebut untuk mengenal pasti pembekal makanan termasuk menguruskan kerusi meja dan sebagainya. Tindakan: Pn. Hjh. Roziyati binti Komar

Pengerusi mengingatkan agar semua warga JNJK Selangor menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) sebanyak tujuh hari setahun. Walau bagaimanapun bagi pegawai yang tidak memenuhi tujuh hari berkursus hendaklah membaca buku dan menulis sinopsis serta membuat pembentangan mengenai buku tersebut. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

1.4Pengerusi memohon En. Sornadi bin Ismail @ Mansor membandingkan format Borang Tuntutan Perjalanan JNJK Johor dan format Borang Tuntutan Perjalanan JNJK Selangor supaya dapat memilih yang lebih baik untuk diguna pakai oleh pegawai di JNJK Selangor. Tindakan: En. Sornadi bin Ismail @ Mansor

1.5Pengurusan KewanganPengerusi memaklumkan bahawa tuntutan perjalanan diberi perhatian kerana peruntukan kewangan pada tahun 2015 adalah terhad iaitu sebanyak RM860,000 berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Tuntutan perjalanan mengikut Dasar JNJK yang sedia ada pada tahun 2013 ialah RM 2.45 juta dan pada tahun 2014 ialah RM 3.42 juta. Oleh itu, Nazir Sekolah hendaklah membuat perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

1.6Penjimatan1.6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Nazir Sekolah hendaklah berkongsi kereta semasa bertugas di luar pejabat sama ada menghadiri kursus atau untuk melaksanakan pemeriksaan di sekolah. Ketua Nazir Negeri (KNN) dan Timbalan Ketua Nazir Negeri (TKNN) diberi mandat untuk menentukan pemandu dan penumpang kereta. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

1.6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa JNJK tidak lagi memberi bayaran kepada Nazir Sekolah atau penceramah luar yang dijemput untuk memberi ceramah di JNJK Ibu Pejabat, Negeri atau Cawangan. Penceramah jemputan akan diberi sagu hati sebagai cenderahati. Jawatankuasa Latihan hendaklah memaklumkan dan berbincang bersama penceramah berkaitan perkara ini semasa membuat perancangan. Tindakan: Jawatankuasa Latihan

1.7Pengerusi memaklumkan perkara yang dibentangkan oleh Ketua Nazir dalam Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan JNJK Bil.1/2015 bertarikh 23 - 26 Februari 2015:

1.7.1

Mengingatkan ahli mesyuarat agar sentiasa sensitif dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia. Oleh itu, Nazir Sekolah yang terlibat perlu berhati-hati dan bijaksana semasa pemeriksaan sekolah tersebut. Nazir Sekolah juga diingatkan agar menasihati sekolah menyimpan peralatan berharga di tempat yang selamat kerana dikhuatiri akan rosak jika berlaku banjir. Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

1.7.2Memaklumkan mesyuarat bahawa kebocoran maklumat kepada media massa boleh menjatuhkan imej kerajaan. Oleh itu semua pegawai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat terperingkat kerajaan. Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

1.7.3Mengingatkan semua Nazir Sekolah agar memberi komitmen yang tinggi semasa membuat pemeriksaan. Data hendaklah betul dan tepat kerana maklumat dari rumusan data pemeriksaan akan dibentangkan oleh Ketua Nazir kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) atau Menteri Pendidikan Malaysia. Integriti dan Etika Penaziran hendaklah sentiasa diberi perhatian. Tindakan: Semua Nazir Sekolah

1.7.4Mengingatkan Nazir Sekolah yang terlibat yang membuat pembentangan di peringkat negeri atau pihak luar seperti sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengemukakan persembahan slaid yang mantap dan mudah difahami. Nazir Sekolah hendaklah menguasai perkara yang dibentangkan dan tidak membaca dari slaid. Semua warga JNJK juga perlu memahami dan menghayati kerja buat pemeriksaan kerana dapatan pemeriksaan memberi impak kepada sistem pendidikan negara. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

1.7.5Ketua Nazir mengingatkan Nazir Sekolah supaya berintegriti dan mengamalkan Etika Penaziran semasa pemeriksaan untuk menjamin ketepatan data dan maklumat. Setiap Nazir Sekolah hendaklah mempertahankan dapatan masing-masing agar dapatan tersebut menepati dengan apa yang dibentangkan kepada pihak sekolah. Tindakan: Semua Nazir Sekolah

1.7.6Nazir Sekolah diingatkan supaya bersikap profesional semasa berinteraksi dengan pihak sekolah. Nazir Sekolah hendaklah mengamalkan sikap hormat menghormati dan berbudi bahasa terutamanya semasa membentangkan perkara yang sensitif mengenai sekolah. Contohnya, Nazir Sekolah hendaklah menjaga aib pemimpin sekolah di hadapan guru.Makluman: Semua Nazir Sekolah

1.7.7Bilik Pegawai di Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan. Pegawai dipohon untuk sentiasa membuka pintu dan bidai bilik pejabat semasa pegawai berada di pejabat. Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang tohmahan. Cermin tingkap juga perlu bersih daripada sebarang pelekat supaya tidak menghalang pandangan ke dalam bilik berkenaan.Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

1.7.8Program Mentor-Mentee.Nazir Sekolah yang terlibat dengan Program Mentor-Mentee perlu menepati masa dan menyelesaikan tugasan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Nazir yang terlibat sebagai mentor hendaklah mengutamakan Program Mentor-Mentee jika terlibat dengan pemeriksaan lain. Tindakan: Nazir Sekolah yang terlibat

2.0PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit Mesyuarat Pengurusan Profesional JNJK Negeri Selangor Bil. 2/2015 telah dicadang disahkan oleh Puan Norziah Sham binti Ibrahim dan disokong oleh Tuan Hj. Shukri bin Ghazali dengan pindaan.

3.0PERKARA BERBANGKIT

3.1Perkara 3.4 Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)Mesyuarat dimaklumkan bahawa dua kumpulan KIK telah bermesyuarat pada 6 Mac 2015 yang lalu. Keputusan mesyuarat ialah menggabungkan kedua-dua projek daripada kumpulan tersebut untuk menghasilkan satu projek KIK dengan jumlah ahli seramai 10 orang sahaja sebagai peneraju. Semua warga JNJK Selangor terlibat dalam pengoperasian.Tindakan: Penyelaras KIK

3.2Perkara 3.5 Pemeriksaan Kesihatan Wakil Hospital Selayang akan membuat semakan supaya Nazir Sekolah boleh membuat pemeriksaan perubatan di pusat perubatan kerajaan yang terdekat. Tindakan: Pn. Ruswati binti Osman

3.3Perkara 3.10 Penukaran Nombor Pin Pintu Keselamatan Mesyuarat dimaklumkan bahawa pembekal telah dihubungi berkaitan penambahan kad dan nombor pin pintu keselamatan. Sebanyak 30 keping kad akan ditambah untuk kegunaan semua warga JNJK. Satu nombor pin sahaja akan di programkan untuk kegunaan semasa kecemasan.Tindakan : Tn. Hj. Mohd. Abd. Manaf bin Ali

3.4Perkara 4.1.3 Penulisan Dapatan Berkualiti dan Berkesan. Mesyuarat memutuskankan bahawa satu kursus penulisan dapatan berkualiti dan berkesan akan dirancang untuk semua nazir sekolah. Tindakan: Ketua Unit Latihan

3.5Perkara 4.2 Pemeriksaan Khas Tawaran Baharu Guru Besar 2014Mesyuarat dimaklumkan bahawa 58 buah sekolah telah diperiksa di Selangor. Semua maklumat dalam bentuk hardcopy dan softcopy telah diterima. Jika terdapat Nazir Sekolah yang ingin mengemukakan sebarang isu berkaitan TBGB hendaklah di e-mel terus kepada Penyelaras TBGB.Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

3.6Perkara 4.3 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010)Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengisian PKS-SKPM bagi semua sekolah menengah sehingga 12 April 2015. Semua Penyelaras Daerah perlu peka tentang status pengisian tersebut. Jika terdapat banyak sekolah yang belum mengisi data ke dalam portal tersebut, Penyelaras Daerah perlu menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkenaan. Tindakan: Semua Penyelaras Daerah

3.7Perkara 4.4 Ketua Unit Data dan Maklumat

3.7.1Mesyuarat dimaklumkan tentang gangguan capaian e-mel pada 13-16 Mac 2015 yang melibatkan portal seperti e-Guru dan e-Pangkat. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

3.7.2Semua nazir hendaklah peka tentang pengisian data yang diisi dalam e-Nazir seperti maklumat sekolah, tarikh pemeriksaan, nazir terlibat dan pengisian dalam QP2 kerana masih terdapat kesalahan sama yang masih berulang. Pengisian tersebut juga perlu disemak semula dalam masa lima hari bekerja. Jika terdapat kesilapan hendaklah menghubungi terus pegawai Unit Data dan Teknologi Maklumat (UDTM) untuk tindakan segera sebelum memo dikeluarkan.Tindakan: Semua Nazir Sekolah

3.7.3Data Pemeriksaan sekolah dari bulan Januari hingga awal Mac di JNJK Selangor menunjukkan jumlah pemeriksaan melibatkan 110 sekolah iaitu PPSAT (37 sekolah), Mentor Mentee (11 sekolah) dan Siasatan Aduan (4 sekolah) dan TBGB (58 sekolah). Bilangan guru dicerap ialah 238 orang dan rekod pemeriksaan Nazir Sekolah ialah 246.Makluman: Semua Nazir Sekolah

3.8Perkara 5.1 Penyelenggaraan Komputer Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua urusan penyelenggaraan komputer pejabat dan notebook akan diurus oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Walau bagaimanapun, JNJK Selangor akan menerima pelawaan sekiranya JPN menawarkan khidmat penyelenggaraan peralatan tersebut.Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.0PERKARA BAHARU

4.1Perkongsian Maklumat dari Mesyuarat Penyelarasan bersama JPN pada 26 Februari 2015.

4.1.1

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Selangor (KPM) akan menubuhkan Sekolah Transformasi. Namun pemilihan sekolah di Selangor belum diputuskan. Kriteria sekolah tersebut ialah: - Sekolah mempunyai murid kurang 1000 orang; - Satu sesi persekolahan; - Mempunyai prasarana teknologi yang baik; dan - Mempunyai Program Pembangunan Organisasi. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.1.2Pelaksanaan j-QAFPelaksanaan j-QAF sejak 2005 dengan objektif; semua murid dapat khatam Al-Quran setelah tamat Tahun 6. Walau bagaimanapun memandangkan objektif tersebut tidak tercapai, satu Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dikeluarkan iaitu SPI KPM Bil.2/2015: Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia memansuhkan gelaran jawatan bagi guru yang mengajar Pendidikan Islam seperti Guru Penolong Agama (GPA), Guru Pendidikan Islam Khas (GPIK), Guru j-QAF (GJQ), Guru j-QAF Khas (GJQK), Guru Tambahan Pendidikan Islam(GTPI) dan diganti dengan gelaran jawatan iaitu Guru Pendidikan Islam (GPI). Keperluan guru dikira berasaskan bilangan murid Islam. Pelaksanaan dua waktu Tasmik diambil kira dalam waktu mengajar guru. Dengan berkuatkuasanya siaran ini akan memastikan setiap sekolah layak menerima sekurang-kurangnya seorang GPI bagi sekolah mempunyai murid Islam walaupun seorang. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.1.3Selangor mendapat tambahan 18 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.1.4JPN Selangor telah mengenal pasti 161 orang guru yang mempunyai prestasi PdP yang rendah. Oleh itu, guru-guru tersebut akan diberi latihan dalam PdP untuk meningkatkan prestasi PdP mereka.Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.1.5Pembelajaran Abad 21.Terdapat Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang mengarahkan guru-guru membuat persediaan mengajar yang sama terperinci seperti persediaan semasa praktikal. Walau bagaimanapun, Nazir hendaklah berpegang kepada SPI Bil.3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.2Pemeriksaan

4.2.1Pemeriksaan Linus2.0 Pemeriksaan LINUS akan diadakan sebanyak tiga siri:Siri 1 : 22 - 27 Mac 2015Siri 2 : 17 - 22 Mei 2015Siri 3 : 05 - 10 Julai 2015 Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.2.2Pemeriksaan PenuhTaklimat Pemeriksaan Penuh akan disampaikan oleh KNN pada 17 Mac 2015. Semua bahan berkaitan dengan Pemeriksaan Penuh akan dimuat naik di Safesync pada atau sebelum 13 Mac 2015. Pegawai IT di pohon untuk memberi bengkel berkaitan cara penggunaan Safesync pada 13 Mac 2015. Tindakan : Pegawai IT

4.2.3Pengerusi mengingatkan Nazir Sekolah yang akan melaksanakan pemeriksaan supaya membaca dan memahami Kertas Konsep bagi mengelakkan kesilapan dan salah faham. Tindakan: Semua Nazir Sekolah

4.2.4Pemeriksaan Biasa boleh dilaksanakan jika tidak melibatkan kos sama ada sekolah berdekatan dengan rumah atau pejabat atau menggunakan kenderaan pejabat. Walau bagaimanapun, jika ada agensi yang memohon agar sekolah diperiksa, pihak tersebut akan menanggung kos pemeriksaan. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.3

Mesyuarat dimaklumkan bahawa keputusan KPPM mengenai Peperiksaan Amali Sains pada Tahun 2015 ditangguhkan. Surat akan dikeluarkan kemudian. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.4Dasar-dasar KPMPengerusi menasihati ahli mesyuarat supaya memahami dan menghayati Dasar-dasar KPM. Beliau memutuskan untuk mengadakan LADAP bagi membugarkan Nazir Sekolah pengetahuan tentang Dasardasar KPM yang lama dan baharu terutamanya mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM 2013-2025) yang akan memasuki Gelombang Kedua pada tahun 2016.Tindakan: Penyelaras Unit Latihan

4.5Pengisian Modul Pengisytiharan HartaMesyuarat dimaklumkan bahawa semua warga JNJK wajib mengisi Modul Pengisytiharan Harta. Bengkel bagi Pentadbir Sistem JNJK Negeri dan Cawangan akan bermula pada bulan Mac 2015. Tindakan: Pn. Roshayati binti Razali

4.6Kenaikan PangkatMesyuarat mengambil maklum bahawa semua warga JNJK perlu melayari portal e-Pangkat untuk melihat peluang kenaikan pangkat dan mengisi jawatan yang ditawarkan jika berkelayakan. Sila maklumkan kepada Ketua Nazir untuk pengesahan.Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.7Audit

4.7.1

Audit Dalaman akan diadakan pada minggu ketiga bulan Mac 2015. Audit SIRIM untuk pensijilan semula pula akan diadakan pada 20-22 April 2015 kerana Sijil SIRIM MS ISO 9001:2008 untuk JNJK akan tamat tempoh pada 18 Mei 2015.Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.7.2MS ISO

Jawatankuasa MS ISO telah membuat semakan ke atas 26 fail PPSAT, 12 daripadanya diperiksa oleh Nazir Sekolah dari negeri lain. Banyak maklumat yang telah dibetulkan tetapi masih terdapat kesilapan seperti berikut: Borang QP1 : - Jawatan Pengetua sama ada Hakiki atau KUP tidak diisi,- Jumlah murid dan nama Nazir Sekolah tidak dicatatkan; dan- Cap sekolah tiada Borang QP2 : - Jawatan, kelayakan ikhtisas dan skor PdP tidak lengkap. Borang Perjumpaan Pembukaan dan Perjumpaan Penutupan: - Ruangan jawatan dijadikan ruang tandatangan.Semua Nazir Sekolah harus peka dengan maklumat yang di isi dalamborang tersebut bagi mengelakkan perkara berkenaan berulang.Tindakan: Semua Nazir Sekolah

4.8Unit NKRA

4.8.1Mesyuarat mengambil maklum bilangan terkini Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi di Negeri Selangor. Bilangan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) : tiga puluh sekolah rendah dan empat sekolah menengah, manakala Sekolah Berprestasi Tinggi : tujuh sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.8.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa Taklimat Pemeriksaan Bertema Pendidikan Prasekolah Tahun 2015 akan dihadiri oleh Tn. Hj. Mohd Fuad bin Razali dan Pn. Rusita binti Muhammad yang akan diadakan pada 18-22 Mac 2015 di Hotel Concorde Inn, KLIA Sepang. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.9Unit Latihan dan Penyelidikan

4.9.1Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu temu bual telah dilaksanakan kepada lapan orang nazir mengenai keperluan kajian penilaian prasarana sekolah yang tidak mencukupi di sekolah Negeri Selangor. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.9.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa Dr. Mahanom binti Mat Sam akan menyampaikan ceramah mengenai Analisis Data Kualitatif pada 31 Mac 2015. Unit Latihan diminta untuk membuat persediaan. Tindakan: Ketua Unit Latihan

4.10Unit Pelaporan

Ketua Unit Pelaporan memohon supaya bahan dan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan di JNJK Selangor dimuat naik di Charlie Server untuk memudahkan unit tersebut menulis Laporan Akhir Tahun. Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

4.11Pengurusan Pejabat

4.11.1Pembantu Tadbir memaklumkan bahawa terdapat kerosakan sensor di loceng pintu pejabat. Loceng tersebut berbunyi walaupun tiada orang di luar pintu. Pengerusi meminta loceng pintu pejabat diganti dengan yang baharu. Tindakan: Tn. Hj. Mohd. Abd. Manaf bin Ali

4.11.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa untuk menggunakan pencetak di Bilik Server, komputer hendaklah diset A4 sebelum mencetak dokumen. Bagi mengelakkan gangguan bunyi pencetak pengguna hendaklah menekan butang cancel job selepas mencetak bahan. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

4.11.3Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebanyak 74 batang lampu didapati rosak dan perlu dibaiki di seluruh ruang Pejabat JNJK Selangor. Pihak JNJK perlu menulis surat kepada Pengurusan PKNS untuk membaiki lampu tersebut. Tindakan: Pn. Roshayati binti Mohd Razali

4.11.4Mesyuarat diberitahu supaya mengurangkan penggunaan komputer dan pencetak di tempat Pn. Zaiton binti Abdul Rahman. Pegawai digalakkan untuk menggunakan komputer dan pencetak di Bilik Komputer dan di Bilik Server. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

5.0HAL- HAL LAIN

Pn. Yuhana binti Yaacob memohon penjelasan mengenai pakaian semasa bertugas di pejabat dan di sekolah. Pengerusi memaklumkan bahawa pemakaian jubah diberi kelonggaran semasa bertugas di pejabat. Walau bagaimanapun, pemakaian skirt dan blouse hendaklah dipakai bersama jaket. Baju kurung sesuai dipakai semasa bertugas. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.07 tengahari. Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................ .................................................(Pn. Maradziah binti Abd. Jalil)(Datin Hjh. Rohana binti Ismail) Ketua Nazir Negeri Selangor Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Selangor.............................................. (Pn. Habsiah binti Ab. Razak)

Bertarikh : 20 Mac 2015

14