guru dan cabaran semasa

6
1.0 PENDAHULUAN Pendidikan merupakan asas penting dalam usaha merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020 serta dikenali di seantero dunia. Status Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama menjadi salah satu keunikan dan kekuatan yang sering membanggakan Malaysia di mata dunia. Pendidikan di Malaysia ini seharusnya menjadi satu wadah untuk memupuk, mengekalkan serta memelihara jalinan perpaduan antara kaum di Malaysia. Sejak negara mengecapi kemerdekaan 58 tahun yang lalu, sistem pendidikan negara telah mengalami pelbagai perubahan dan pemantapan bagi memastikan sistem pendidikan negara ini seiring dengan kemajuan negara serta perubahan global. Kini pada abad ke-21, sistem pendidikan negara mengalami pelbagai cabaran dari aspek integrasi nasional, globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya, masalah gejala sosial dan sebagainya.

Upload: solehah-roslan

Post on 25-Jan-2016

7 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1.0 PENDAHULUANPendidikan merupakan asas penting dalam usaha merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020 serta dikenali di seantero dunia. Status Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama menjadi salah satu keunikan dan kekuatan yang sering membanggakan Malaysia di mata dunia. Pendidikan di Malaysia ini seharusnya menjadi satu wadah untuk memupuk, mengekalkan serta memelihara jalinan perpaduan antara kaum di Malaysia. Sejak negara mengecapi kemerdekaan 58 tahun yang lalu, sistem pendidikan negara telah mengalami pelbagai perubahan dan pemantapan bagi memastikan sistem pendidikan negara ini seiring dengan kemajuan negara serta perubahan global. Kini pada abad ke-21, sistem pendidikan negara mengalami pelbagai cabaran dari aspek integrasi nasional, globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya, masalah gejala sosial dan sebagainya.  2.0 DEFINISI KONSEP2.1 ISU DAN CABARAN SEMASAMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, isu didefinisikan sebagai perkara pokok atau persoalan. Isu ini boleh ditakrifkan juga sebagai suatu perkara atau masalah yang boleh dibahaskan, dibincangkan atau dibicarakan. Cabaran pula bermaksud suatu unsur atau faktor yang yang menguji kemampuan dan dan ketabahan seseorang individu atau organisasi terhadap sesuatu perkara. Berdasarkan definisi istilah-istilah di atas, isu dan cabaran semasa dalam pendidikan ini boleh ditafsirkan sebagai perkara atau persoalan yang menjadi perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi memastikan hala tunju pendidikan di Malaysia selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

TRANSCRIPT

Page 1: guru dan cabaran semasa

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan asas penting dalam usaha merealisasikan hasrat negara

untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang Wawasan

2020 serta dikenali di seantero dunia. Status Malaysia sebagai sebuah negara

berbilang kaum dan agama menjadi salah satu keunikan dan kekuatan yang

sering membanggakan Malaysia di mata dunia. Pendidikan di Malaysia ini

seharusnya menjadi satu wadah untuk memupuk, mengekalkan serta memelihara

jalinan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Sejak negara mengecapi kemerdekaan 58 tahun yang lalu, sistem

pendidikan negara telah mengalami pelbagai perubahan dan pemantapan bagi

memastikan sistem pendidikan negara ini seiring dengan kemajuan negara serta

perubahan global. Kini pada abad ke-21, sistem pendidikan negara mengalami

pelbagai cabaran dari aspek integrasi nasional, globalisasi pendidikan,

kepelbagaian budaya, masalah gejala sosial dan sebagainya.

Page 2: guru dan cabaran semasa

2.0 DEFINISI KONSEP

2.1 ISU DAN CABARAN SEMASA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, isu didefinisikan sebagai perkara

pokok atau persoalan. Isu ini boleh ditakrifkan juga sebagai suatu perkara

atau masalah yang boleh dibahaskan, dibincangkan atau dibicarakan.

Cabaran pula bermaksud suatu unsur atau faktor yang yang menguji

kemampuan dan dan ketabahan seseorang individu atau organisasi

terhadap sesuatu perkara. Berdasarkan definisi istilah-istilah di atas, isu dan

cabaran semasa dalam pendidikan ini boleh ditafsirkan sebagai perkara

atau persoalan yang menjadi perkara atau unsur yang mencabar

kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru

khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi memastikan hala tunju

pendidikan di Malaysia selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2.2 PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin negara dan pendidik

selepas negara mencapai kemerdekaan ialah mencari strategi yang

berkesan untuk melahirkan perpaduan yang utuh dalam masyarakat

Malaysia sehingga mampu hidup secara majmuk, mempunyai keazaman,

kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan

damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai

rakyat Malaysia.

Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu

“mampat”, “pejal” dan “padat”. Menurut Kamus Dewan edisi Keempat,

perpaduan boleh didefinisikan sebagai penggabungan yang menjadi satu

atau sepakat. Secara umumnya, perpaduan adalah satu langkah bagi

memastikan kesatuan sesuatu perkara sebagai contohnya kesatuan seluruh

rakyat di Malaysia dalam memastikan keamanan dan kemakmuran negara.

Page 3: guru dan cabaran semasa

Menurut Yahya Don (2005), semangat perpaduan adalah elemen penting

dalam usaha membina negara yang progresif.

Perpaduan dalam pendidikan pula boleh dilihat melalui

penggabungan atau penglibatan murid yang terdiri daripada pelbagai

bangsa, kaum dan agama dalam memacu tahap pendidikan negara ke arah

kemajuan global tanpa dicemari oleh anasir-anasir perkauman. Dalam

konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan salah satu faktor

yang terbaik yang boleh diaplikasikan. Hal ini boleh dilihat melalui matlamat

pendidikan di Malaysia untuk melahirkan rakyat yang memahami serta

mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi

mewujudkan perpaduan. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, “…

rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Matlamat Falsafah Pendidikan

Negara ini menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia mampu melahirkan

masyarakat yang dapat mewujudkan keharmonian dan kemakmuran

negara. Keharmonian dan kemakmuran negara ini boleh dikecapi melalui

perpaduan rakyat yang mengamalkan sifat toleransi, bertimbang rasa,

kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya.

6.0 RUJUKAN

Yahya Don (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS

Professional.

Ayob Jantan (2004). Pengetua Sekolah yang Efektif. Kuala Lumpur: PTS

Professional.

Bryan Coombs (2009). Engajar Secara Efektif. Kuala Lumpur: Institut

Penterjemahan Negara.

Page 4: guru dan cabaran semasa
Page 5: guru dan cabaran semasa

7.0 REFLEKSI

Page 6: guru dan cabaran semasa

8.0 LAMPIRAN