kerja kursus guru dan cabaran semasa

27
PENDAHULUAN “Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21” 1. Gangguan emosi pelajar dan tekanan emosi guru. Guru Mencabul Emosi Pelajar? (http://cikgutriple-a.blogspot.com/)(27/8) Artikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau respon dari guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu. Ini suatu kecederaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami konsep kaunseling dalam bilik darjah. Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari Journal Of Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk tahun 2008. Jurnal ini berjilid (Vol) ke-86 dan ia diambil dari sumber Proquest Education Journal yang dilanggan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In Classroom: Implication And Intervention For Counselor (Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah: Implikasi Dan Intervensi Untuk Kaunselor). Artikel ini ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaitu Adriana G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan, Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.

Upload: ashrafalmi

Post on 18-Jan-2016

170 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

PENDAHULUAN

“Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21”

1. Gangguan emosi pelajar dan tekanan emosi guru.

Guru Mencabul Emosi Pelajar? (http://cikgutriple-a.blogspot.com/)(27/8)

Artikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau respon dari guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu.

Ini suatu kecederaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami konsep kaunseling dalam bilik darjah.

Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari Journal Of Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk tahun 2008. Jurnal ini berjilid (Vol) ke-86 dan ia diambil dari sumber Proquest Education Journal yang dilanggan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In Classroom: Implication And Intervention For Counselor (Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah: Implikasi Dan Intervensi Untuk Kaunselor). Artikel ini ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaitu Adriana G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan, Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.

Satu contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang dikemukan dalam atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanak-kanak sindrom down yang berada dalam aliran perdana sepenuhnya. Kes ini di kendalikan oleh seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan Sarah seorang kanak-kanak sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila dia lambat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Page 2: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

Nada suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas menunjukkan tidak suka kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan sekiranya tidak siap dia tidak boleh berehat. Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam mendepani tingkahlaku guru sebegini. Akhirnya Sarah nekad untuk meluahkan kepada guru kaunselor sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat digambarkan perasaan kanak-kanak bila tertekan.

Menurut Conle (1986), bahawa setiap peringkat darjah, pelajar-pelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50-60% pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma (Hyman & Snook, 1999) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, grad pemarkahan latihan, dan layanan tidak suka dari guru.

Artikel ini telah membuktikan bahawasanya memang wujud pencabulan emosi terhadap para pelajar oleh guru dalam bilik darjah. Cuma perkara ini tidak dikaji dengan teliti kerana menjaga kredibiliti guru. Walau bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan emosi para pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara sengaja atau tidak, dan samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian terperinci berkaitan perihal ini telah dilakukan di Negara lain selain Amarika Syarikat.

Antara tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi kepada para pelajar ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi, bias, dan prejudis. Ketiga mendominasi dan mengawal. Keempat, intimidasi dan tidak yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak membina. Keenam, mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan tadi, menghina, melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung (menengking) kepada pelajar, kaedah yang tidak seseuai untuk mengawal bilik darjah, membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar lain (guru tidak endah pun) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu kaedah untuk menghukum para pelajar.

Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah akademik para pelajar kemungkinan merosot. Ini disebabkan emosi para pelajar untuk belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya dalam subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan para pelajar akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat, tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para pelajar semakin celaru. Kesan ini terlalu serius sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh kaunselor.

Kesimpulanya ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik darjah tidak boleh dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar. Saya berkeyakinan "mendewakan guru" atau "guru adalah sempurna" menjadikan perbezaan pendapat tidak boleh berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah betul. Ini adalah sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah, saya merasakan di peringkat universiti juga turut

Page 3: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

berlaku. Biarkan mahasiswa membawa pandangan, pensyarah mahupun guru perlu membimbing bukan mengugut bila ada benda yang tidak dirasakan bertepatan dengan kehendak diri.

Kajian lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak bahawa guru hari ini bukan dilihat sebagai bebas dalam melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku terhadap persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu diberikan supaya mampu memberi penjelasan dan positif dalam persekitaran membina ketika Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

sumber: http://muhammadabduh889.blogspot.com/

2. penyesuaian dan penyediaan guru menghadapi perubahan.

Isu Guru—Pendidik mesti bijak kawal emosi (http://gemeangel889.blogspot.com/2012/09/geraldine-sia-sing-ee-isugurupendidik_7428.html)(27/8)

Tekanan boleh berlaku kepada sesiapapun tanpa mengira masa dan di mana-mana sahaja hatta di bandar mahupun di desa. Namun jika dilihat, tekanan sebenarnya lebih banyak berlaku di kawasan perbandaran terutamanya bandar-bandar besar yang secara kebiasaannya melibatkan penduduk-penduduk yang bekerja, belajar mahupun yang menetap di kawasan tersebut. Walaupun penduduk yang mendiami kawasan perkampungan ataupun desa sekalipun tidak dapat lari daripada tekanan, tetapi punca dan kesan tekanan di kampung tidaklah sehebat seperti mana mereka yang menetap di kawasan bandar. Perkara ini dapat dibuktikan oleh laporan akhbar (Utusan Malaysia, 2007), di mana tekanan hidup di bandar merupakan punca utama yang menyumbang kepada penyakit mental. Perkara ini boleh difahami kerana persekitaran kehidupan di bandar yang serba-serbinya sukar seperti kos hidup yang terlampau tinggi, kesukaran mendapat pekerjaan, kesesakan jalanraya, kadar jenayah yang tinggi, kepadatan penduduk yang tinggi, kawasan penempatan yang terhad, pencemaran alam, tahap hubungan ataupun komunikasi di dalam masyarakat yang rendah, masalah sosial yang kronik dan sebagainya.

Kamus Dewan(1999) mendefinisikan tekanan sebagai satu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Ini bermaksud tekanan adalah suatu keadaan di mana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampau keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang baru mengenai tekanan dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa tekanan boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada tekanan yang berlebihan boleh membawa maut. Situasi yang sama boleh berlaku ke atas manusia. Schafer (1992) pula mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) juga memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda

Page 4: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Sebenarnya tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami tekanan, cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan tekanan di dalam kehidupan seharian seseorang itu. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York, Amerika, didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari. Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi trend semasa.

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam masyarakat. Profesion ini juga merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sangat mencabar. Ini kerana guru dianggap pemberi kesan yang besar terhadap perkembangan kognitif (mental), afektif (sikap), kebolehan serta kemahiran fizikal dan sosial para pelajarnya. Oleh yang demikian, seseorang individu yang berhasrat untuk menjadi guru hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal serta terdiri dari mereka yang terbaik dalam masyarakat. Selain itu, individu tersebut juga hendaklah berusaha menjadi seorang pendidik dan pembimbing kepada para pelajarnya supaya mereka berupaya menghasilkan masyarakat yang seimbang seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Bertitik tolak daripada FPN ini juga, adalah menjadi harapan bahawa individu yang terhasil dari sistem pendidikan negara ini nanti berupaya meneruskan warisan dan usaha masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Mereka juga diharap agar mampu bersaing mengikut peredaran zaman seperti bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' jika dibandingkari dengan masyarakat luar.

Sesuai dengan peredaran zaman, tugas dan tangg4g4ungjawab seorang guru juga semakin bertambah, kalau dulu tugas seorang guru hanya terhad kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja, kini selain daripada tugas tersebut, para guru juga mempunyai peranan yang paling besar iaitu terlibat dalam mengawal keseimbangan moral pelajar-pelajar. Mereka juga terlibat dalam mengawasi disiplin pelajar agar pelajar tidak leka dan hanyut dalam arus pemodenan dan pembangunan. Guru pada hari ini juga turut berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar dan selain itu terpaksa melaksanakan tugasan lain yang sudah menjadi rutin pekerjaan mereka. Contohnya para guru terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak kerja bertulis pelajar, membuat kerja-kerja klerikal, menaip soalan ujian dan peperiksaan, menyelia aktiviti kurikulum dan kokurikulum, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar atau bengkel, menyelesaikan masalah disiplin pelajar, mengurus hal-ehwal kebajikan pelajar dan pelbagai lagi tugasan yang lain. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan ini sebenarnya adalah sukar dan meletihkan.

Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah tidak dapat dinafikan ada yang

Page 5: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan adakalanya tugas ini bukan sesuatu yang dirancang tetapi muncul secara situasi yang tidak diduga (Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan demikian dibiarkan berterusan sudah pasti suasana pengajaran dan pembeiajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia berada dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apalagi sifat kasih sayang. Tanda-tanda stres seperti sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum tempoh persaraan mereka akan muncul apabila seseorang mengalami perasaan tertekan.

Memandangkan isu-isu keguruan ataupun isu guru yang sering dipapar melalui surat akhbar, memang tidak dapat dinafikan ramai guru pada masa kini mengalami tekanan yang lebih serius jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang terdahulu. Malahan mengajar itu sendiri disifatkan sebagai pekerjaan yang sering terdedah kepada tahap tekanan yang tinggi dan tekanan berhubung dengan kerja dilaporkan sebagai merangkumi lebih dari separuh daripada pelbagai tekanan yang dihadapi oleh guru. Tambahan pula, guru sering melaporkan tahap tekanan yang mereka alami lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di dalam profesion yang lain. Oleh kerana beban kerja yang banyak, telah menyebabkan sesetengah guru adakalanya kecewa dan bertindak di luar kawal secara spontan.

Seterusnya saya akan membincangkan secara mendalam tentang isu guru yang mengenai gangguan tekanan emosi guru masa kini dengan seseuatu contoh daripada artikel Utusan Malaysia. Isu dalam artikel Utusan Malaysia tersebut telah melaporkan bahawa seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan. Perbuatan di atas menunjukkan guru tersebut sedang mengalami gangguan tekanan emosi dan juga tidak bijak mengawal emosinya dan hal ini telah membawanya kepada berlakunya perkara di atas.

Punca-punca Stres

Masalah disiplin pelajar

Punca-punca tekanan emosi bermaksud sebab yang menjadi asas, asal mula, pokok pangkal terjadinya keadaan menekan. Antara faktor yang menjadi punca tekanan terhadap guru dalam isu di atas adalah masalah disiplin pelajar. Saya amat bersetuju dengan punca yang dikatakan oleh Saporan Sipon dalam isu ini bahawa masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi seseorang guru. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak olep pihak-pihak tertentu. Guru kerapkali berhadapan dengan situasi sebegini dan adalah menyedihkan apabila maslah ini masih lagi belum mampu diselesaikan sepenuhnya. Disiplin bermaksud kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh

Page 6: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

kerana itu apabila terdapat kalangan pelajar yang menghadapi masalah disiplin, ini bermakna mereka tidak lagi mampu untuk mengawal diri apatah lagi patuh kepada peraturan dan pihak yang berkuasa lalu mereka sepatutnya dikenakan hukuman atas segala kesalahan yang mereka lakukan. Perlanggaran disiplin oleh pelajar menunjukkan mereka sedang menghadapi sesuatu masalah dan mereka perlu melakukan sesuatu secara kekerasan untuk menenangkan kembali jiwa mereka. Perkara ini dapat dibuktikan melalui Tattum (1986), apabila terdapat para pelajar yang sengaja melakukan perkara yang tidak baik (devian) sebagai satu bentuk menyemulajadikan semula interaksi mereka. Apa yang cuba diperkatakan oleh Tattum ialah hanya dengan melakukan kesalahan sahaja sebagai satu-satunya alternatif bagi membolehkan pelajar-pelajar ini melepaskan segala perasaan yang terpendam di jiwa. Antara perkara-perkara negatif yang dilakukan mereka termasuklah apa yang telah dilakukan oleh pelajar perempuan SMK Bawang Assan yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan, memaki-hamun orang lain termasuk guru mereka dengan kata-kata kesat, menghisap rokok ataupun dadah, membuli pelajar lain, bergaduh, terlibat dalam kongsi gelap dan sebagainya. Perkara sebegini terjadi mungkin disebabkan oleh percampuran pelbagai jenis pelajar yang berbeza dari segi latar belakang di dalam sebuah sekolah yang sama, di mana ianya akan membawa kepada pertembungan pandangan, pemikiran dan gaya hidup yang ternyata berbeza. Masalah akan mula timbul apabila pelajar-pelajar ini tidak mampu untuk berhubungan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ataupun kelas lalu mereka mula hendak melepaskan diri. Komunikasi yang tidak berkesan akan menimbulkan jurang yang besar di antara manusia. Jurang ini seterusnya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam diri pelajar-pelajar ini, lalu mereka akan melakukan sesuatu untuk melampiaskan perasaan tersebut. Apabila guru berhadapan dengan pelajar yang bermasalah disiplin, maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini sampai guru tersebut berasa tertekan dengan keadaan tersebut dan bertindak dengan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah ini sehingga kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut seperti apa yang telah berlaku oleh guru dalam isu mengarah pelajarnya berendam di dalam kolam ikan.

Perubahan

Selari dengan faktor yang ditunjukkan dalam artikel perenggan ketujuh, perubahan dalam sistem pendidikan juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan punca tekanan dalam kalangan guru. Oleh kerana terdapat perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan, maka ini telah memberi kesukaran kepada sebahagian guru untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hingga wujudnya tekanan dalam menjalankan tugas. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikomatik dan fizikal guru. Justeru itu, NUTP telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-guru sendiri (Utusan Malaysia, 21 Jun 2009). Langkah yang diambil ini adalah bertujuan bagi memastikan guru-guru dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugas mengajar. Sehubungan itu, guru-guru tidak terbeban lagi dengan tugas-tugas luar seperti menguruskan hal-hal sosial pelajar yang merangkumi aktiviti ko-kurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas. Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru

Kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar merupakan satu lagi faktor

Page 7: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

yang menjadi punca yang mengakibatkan tekanan emosi guru terganggu. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.

Kekangan masa

kekangan masa turut menyebabkan guru stres. Dipercayai bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif. Bukan itu sahaja, tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas mengajar. Seringkali guru mengalami stres berpunca dari tugasan luar dari pengajaran, penyediaan kertas kerja, menghadiri pelbagai mesyuarat dan tugas berkaitan pengurusan bilik darjah. Namun, tidak dapat dinafikan tugas utama guru yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab utama adalah menyediakan rancangan mengajar, mengajar, menyediakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan menanda buku.

Hubungan interpersonal

Seseorang guru yang mempunyai hubungan interpersonal yang tidak baik turut akan mengakibatkan guru tersebut mengalami tekanan emosi semasa berkerja. Faktor hubungan interpersonal ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati di kalangan guru ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan di kalangan guru-guru.

Faktor Penghargaan

Biasanya pihak pentadbir akan hanya menghargai guru-guru yang prestasi akademiknya meningkat dalam peperiksaan utama. Kemungkinan guru-guru berasa tertekan dan kecewa apabila hasil pengorbanan mereka kurang dihargai oleh pihak pentadbir. Bagi guru-guru lain, mungkin mereka telah mengajar dengan baik tetapi faktor pelajar dan faktor-faktor lain telah menyebabkan mutu mata pelajaran yang guru itu mengajar merosot. Maka perkara ini perlulah diambil kira juga oleh pihak pentadbir. Sebenarnya guru-guru tidak mengharapkan sangat pemberian hadiah atau anugerah khidmat cemerlang, namun ucapan terima kasih dan tahniah sudah cukup memadai sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka. Di samping itu, penghargaan oleh pihak pentadbir terhadap staf bawahannya akan dapat menaikkan motivasi dan semangat guru-guru serta secara langsung dapat mengurangkan tekanan kepada mereka. Faktor kekurangan penghargaan ke atas kerja yang dilakukan oleh guru boleh mempengaruhi tekanan kerja guru.

Page 8: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

Kekangan kekurangan sumber

Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.

Cara Menangani Masalah Tekanan Emosi

Jika tekanan emosi tidak diselesaikan dengan memuaskan, ia boleh menggugat kesejahteraan seseorang guru. Misalnya boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal seperti apa yang dikemukakan dalam artikel. Terdapat banyak cara penyelesaian untuk menangani stres ataupun tekanan emosi di kalangan guru. Antaranya adalah cara yang dikemukakan dalam artikel iaitu kaedah berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial yang selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan.

Selain daripada cara penyelesaian tekanan yang dicadangkan di atas, cara menolak tanggungjawab tambahan juga merupakan salah satu cara penyelesaian masalah. Terdapat beberapa jenis stres yang boleh disingkirkan oleh guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Seorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan “tidak” atau “tidak mahu” sama ada dalam kehidupan peribadi atau profesional. Guru boleh menolak tanggungjawab tambahan jika guru berkenaan tidak dapat menghadapinya atau tidak berkemampuan melaksanakannya kerana menanggung sesuatu tugas tambahan yang tidak terdaya akan menyebabkan stres.

Sehubungan itu, elakkan orang yang menyebabkan stres juga merupakan salah satu cara menangani stres yang baik. Seseorang guru boleh cuba untuk mengelakkan individu yang boleh menyebabkan stres kepadanya. Guru boleh mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang menyebabkannya menghadapi stres. Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan atau jaringan dengan rakan-rakan sekerja atau rakan lain untuk menlindungi guru daripada stres.

Apabila dalam stres, guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Jika punca stres guru disebabkan oleh hubungan sosial dengan rakan sekerja, maka keutaam guru adalah membina perkaitan yang kukuh dan hubungan yang boleh memuaskan hati guru. Antara cara membantu menenangkan stres adalah mengadakan perjumpaan dengan rakan semasa makan tengah hari atau makan malam, menghantar e-mel kepada rakan, membantu rakan secara sukarela dan sebagainya.

Di samping itu, guru juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan dan atau forum. Terdapat banyak forum guru di laman web di mana guru bukan sahaja boleh

Page 9: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

meluahkan perasaan atau kekecewaan tetapi mendapatkan nasihat daripada guru berpengalaman yang mengalami masalah-masalah yang sama.

Salah satu cara lagi demi mengurus stres adalah dengan mengawal cara seseorang memberikan respons terhadap stres yang dihadapi ataupun mengubah perspektif beliau terhadap stres. Menguruskan stres bermaksud seseorang bertindak atas diri dari segi mengambil alih pemikiran, emosi, jadual, persekitaran dan cara menghadapi sesuatu masalah. Pengurusan stres melibatkan perubahan terhadap situasi stres yang dihadapi, mengambil masa untuk berehat dan menenangkan diri.

Sebagai guru, penulisan jurnal juga boleh membantu kita untuk mengenalpasti punca stres dan cara menanganinya. Contohnya, dalam jurnal tersebut catatkan punca stres yang dihadapi, bagaimana anda rasa secara fizikal dan emosi dan bagaimana kita bertindak balas terhadap respons dan perkara yang boleh menenangkan kita. Maka jurnal tersebut boleh menjadi bahan rujukan pada masa akan datang jikalau kita menghadapi masalah yang sama.

Mengikut Waxler(2009), guru seharusnya berfikir secara positif dan satu cara terbaik adalah menyebutkan pemikiran-pemikiran yang positif setiap hari. Contohnya, setiap hari guru perlu menyatakan kata-kata positif tentang tugasnya, pelajarnya dan rakan sekerjanya. Seseorang guru akan berasa kagum tentang impaknya kepadanya sepanjang hari bertugas.

Selain itu, cara penyelesaian yang lain yang boleh diambil oleh kita sebagai seorang guru apabila menghadapi stres adalah menguruskan tugas dengan sistematik supaya tidak terlalu terbeban. Jangan cuba mencapai terlalu banyak tugas dalam masa yang singkat. Oleh sebab guru berhasrat mencapat terlalu banyak tugas dalam sehari maka situasi tersebut akan menyebabkan mutu kerja merosot. Kesannya ialah hasil yang dicapai merupakan satu tekanan kepada guru. Maka, guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancang apa yang boleh dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Penutup

Kesimpulannya, tekanan emosi sememangnya berlaku dalam profesion perguruan kerana profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang sering berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru pasti akan menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jadi sebagai seorang pendidik, kita bukan sahaja perlu bersiap sedia dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental. Hal ini adalah kerana dalam abad kini yang ditempuhi pelbagai cabaran dan perubahan, jika seseorang guru tidak dapat mengadaptasi perubahan, menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka pasti akan mengalami tekanan emosi. Jadi, guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan.

Page 10: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

Ramai Guru Sakit Jiwa (http://gemeangel889.blogspot.com/2012/09/ramai-guru-sakit-jiwa.html)

Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan sering dibincang melalui media massa. Melalui pelbagai isu guru dan keguruan yang saya dapati daripada Internet, saya telah memilih satu artikel dari Kosmo yang merupakan laman web rasmi yang bertajuk ‘Ramai guru sakit jiwa’. Isu keguruan tersebut telah menarik perhatian saya, kerana isu tersebut memberi impak yang besar kepada profesion saya sebagai seorang guru pada masa akan datang. Saya mesti mendapat pemahaman yang lebih baik tentang isu tersebut dan mendapatkan inspirasi daripadanya untuk menjadi seorang guru yang berprofesional dalam bidang keguruan.

Daripada artikel yang saya bacakan, dikatakan profesion perguruan telah terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Dengan pemahaman saya mengenai tekanan emosi, tanda-tanda awal tekanan mental akan bermula dengan kemurungan. Kemudian guru akan mula hilang tumpuan mengajar, dia akan berasa bosan dengan berdepan dengan guru dan murid, dia memilih untuk menjadi pendiam, jika berlarutan guru tersebut tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian. Guru yang mengalami tekanan juga kemungkinan besar akan bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan seperti itu boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini. Tindakan yang tidak betul akan memungkinkan rekod bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.

Sebelum berbincang dengan mendalam mengenai isu tekanan emosi yang dihadapi oleh para guru, marilah kita memahami apakah itu tekanan? Perkataan tekanan mula diperkenalkan dalam dunia perubatan oleh Hans Selye pada tahun 1949. Smither (1994), menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, apabila individu telah mendapat permintaan ataupun diberi harapan oleh seseorang maka adalah menjadi tanggungjawab individu tersebut untuk memastikan permintaan dan harapan tersebut tercapai. Dari perspektif yang lain, apabila harapan dan permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi sepenuhnya atas sesuatu sebab atau masalah, individu terbabit akan mula berasa tertekan.

Apakah punca-punca yang menyebabkan ramai guru mengalami tekanan emosi? Punca pertama adalah kerana bebanan kerja yang terlalu banyak dikenakan kepada guru. Isu bebanan tugas guru bukan perkara baru, malah sudah berlarutan sejak sekian lama hingga Menteri

Page 11: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

Pelajaran telah berganti pun, rungutan itu masih kedengaran. Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, menjadi guru bimbingan kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Merujuk kepada artikel tersebut, Zaimah Mishan, 42, yang pernah mengalami sakit jiwa. Beliau katakan dia pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak. Masa untuk bekerja di sekolah lebih banyak berbanding bersama dengan keluarganya. Dari hari Isnin hingga Jumaat, beliau perlu mengajar seperti biasa, kadang-kadang beliau diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan alirannya. Pada hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru perlu terlibat dan hari Ahad pula beliau selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun beliau terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda. Dinampak guru mempunyai bebanan kerja yang banyak sampai tidak ada masa untuk menenangkan emosi, sekiranya guru terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan.

Dengan pengetahuan saya, masalah tersebut bukan sahaja berlaku pada Zaimah sahaja, saya percaya bahawa ramai guru menghadapi masalah yang sama. Semasa internship saya, saya sering mendengar guru-guru di sekolah mengadu bahawa mereka mengalami kekurangan masa, guru terpaksa melaksanakan pelbagai tugasan yang berkaitan dengan akademik, pentadbiran dan kokurikulum menyebabkan masa mereka lebih banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. Mereka bukan sahaja bergelut untuk menyiapkan tugasan masing-masing di sekolah mengikut jadual yang ditetapkan malahan perlu memastikan tugas-tugas di rumah dan tugas-tugas sosial juga berjalan lancar terutamanya bagi yang sudah berkeluarga ataupun yang terlibat dalam aktiviti sosial.

Selain daripada bebanan kerja yang banyak seperti sibuk dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah yang menyebabkan guru berasa tertekan, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain. Punca kedua yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi adalah guru yang terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, rakan sekerja, ibu bapa dan juga pelajar juga akan menyebabkan guru berasa tertekan. Menurut kajian Pratt (1978) menyokong dapatan kajian Borg, Riding dan Fazlon (1991). Kyriacou (1978), Rudd dan Wiseman (1962) yang melaporkan bahawa tekanan kerja yang dialami dalam kerjaya perguruan disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah hubungan antara kakitangan di sekolah dan tidak ada kerjasama dari murid-murid dan ibu bapa yang agresif.

Konflik yang berlaku di tempat kerja akan memberi kesan kepada perhubungan peribadi seseorang di mana ianya akan menyebabkan seseorang berasa tertekan. Tambah pula, kualiti persekitaran sosial di tempat kerja juga akan membawa kepada tekanan. Daripada pengalaman

Page 12: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

saya yang mengajar di sekolah sewaktu internship, saya mendapati ramai guru suka bergosip di bilik guru. Kelakuan buruk ini akan menyebabkan guru yang menjadi buah mulut orang lain berasa malu, kecewa dan muram, guru tersebut yang tidak dapat berfikir secara terbuka lama-kemudian akan mengalami tekanan emosi dan ini mengakibatkan guru tersebut tidak ada semangat untuk mengajar. Menurut kes Noreha daripada artikel tersebut, guru tersebut mengalami tekanan emosi dan hendak mengambil cuti untuk berjumpa doktor. Tetapi rakan sejawatan banyak memberi tekanan kepadanya, yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang. Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti..

Selain itu, guru perlu berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa yang agresif yang akan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius, guru tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadang kala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan munasabah, bersikap biadap dengan guru dan sebagainya. Guru yang mengajar kerap kali berhadapan dengan situasi sebegini dan adalah menyedihkan apabila masalah ini masih lagi belum mampu diselesaikan sepenuhnya. Akhirnya guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Emosi guru yang tidak stabil mengakibatkan tindakan guru menjadi tidak waras telah melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik. Sebagai contoh, 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh Warden Asrama mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 2007).

Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu-bapa pelajar yang memberi harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu-bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu-bapa dipenuhi (Berita Minggu, 2007).

Menurut Burke (1988), keadaan fizikal seperti bunyi bising, keadaan tempat kerja yang sempit dan terlalu ramai orang berada di tempat kerja ataupun kekurangan ruang untuk privasi boleh dihubungkan dengan tekanan. Melalui beberapa kali pengalaman mengajar di beberapa sekolah cina, saya mendapati bahawa tempat kerja guru adalah sangat sempit, tempat duduk guru sering dikelilingi dengan pelbagai buku, tempat duduk antara guru dengan guru lain adalah

Page 13: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

terdekat kerana ruang bilik guru adalah kecil. Disebabkan itu, guru akan berasa amat tertekan dengan ruang yang begitu sempit sampailah tidak boleh bernafas, guru tidak ada ruang yang secukupnya untuk memberi tumpuan ke atas tugasnya.

Keadaan ini menjadi semakin serius yang mampu melanda negara kita jikalau pihak menteri pelajaran tidak memberi perhatian dan mengadakan sebarang perubahan ke atas isu tersebut. Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. Dinampak kesan daripada tekanan emosi yang dialami oleh para guru adalah begitu dibimbangkan.

Semua bentuk kerja merupakan sumber utama yang menyumbang kepada bebanan tugas. Ini mungkin disebabkan kerja yang diberikan kepada guru adalah tidak sesuai ataupun terlampau banyak sehingga menimbulkan beban kepada guru yang terbabit. Bebanan tugas yang melampau dalam sesuatu bidang pekerjaan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja sesebuah organisasi mampu memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap pekerja yang terlibat tetapi juga kepada organisasi itu sendiri (Sanders, 1992). Walaupun seseorang guru itu memang berbakat dan cekap dalam mengajar, dalam masa yang sama bebanan kerja yang melampaui batas akan menyebabkan tekanan emosi dan prestasi kerjanya menurun dengan mendadak akibat kepenatan fizikal dan mental.

Pada pendapat saya, sekiranya guru gagal mempelajari cara-cara untuk menangani tekanan, maka mereka boleh dianggap sebagai gagal di dalam kerjaya mereka kerana mereka tidak mampu untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka dengan berkesan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Overland (2004), bahawa tekanan akan memberi kesan kepada prestasi pengajaran guru, di mana pelajar yang belajar dengan guru yang mengalami tekanan akan mengalami masalah prestasi pembelajaran yang bukan disebabkan oleh salah pelajar itu sendiri. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang guru tersebut untuk mewujudkan sifat peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih sayang. Merujuk kepada artikel yang saya bacakan, kesan negatif yang akan didapati daripada tekanan emosi adalah guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Selain itu, apabila terlalu banyak masa ditumpukan di tempat kerja, maka tugas-tugas di rumah dan di luar rumah tidak berjalan dengan lancar akibat kekangan tadi. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat, ini termasuklah berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama ahli keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan mahupun ahli-ahli bagi

Page 14: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

persatuan ataupun kelab yang disertai mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan menggangu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas di sekolah.

Diakui terdapat segelintir dari guru terlibat dalam gejala ponteng disebabkan sebab-sebab tertentu. Menurut Randolfi (1996), salah satu daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkahlaku dan organisasi di mana salah-satu daripada kesan organisasi ialah ianya membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Disebabkan kerjaya guru yang mencabar sudah pastinya mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di sekolah. Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi. Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh dari sekolah dan segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa.

Ini turut disokong oleh Ho (1997), yang mengatakan tekanan di dalam organisasi semakin merisaukan pengamal pengurusan kerana memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan sesebuah organisasi. Saya berpendapat bahawa punca utama guru bertindak tidak menghadirkan diri ke sekolah adalah disebabkan masalah psikologi akibat tekanan kerja. Ketidakhadiran guru boleh membawa masalah yang serius kepada sekolah lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku secara kerap. Segala aktiviti sekolah akan tergendala kerana mereka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut tidak mampu untuk menyelesaikannya mengikut perancangan yang telah dibuat. Kegagalan guru menyiapkan tugasan mereka mengikut jadual akan turut menggangu kelancaran tugasan guru lain dalam organisasi. Bagi jangka masa panjang, sekolah akan menjadi semakin lemah kerana tidak mempunyai kekuatan untuk membangun serta bersaing angkara sumber manusianya yang kerap ponteng kerja.

Di sekolah, jikalau guru-gurunya sering mengamalkan perlakuan negatif ini. Ketiadaan guru ketika khidmat mereka ditagih akan menjadikan pelajar hilang punca kerana kebergantungan mereka terhadap guru untuk mendapatkan ilmu. Prestasi pelajar dalam peperiksaan juga akan menurun apabila guru gagal untuk menghabiskan silibus pengajaran seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran mereka. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan kelab. Pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana tidak mendapat kerjasama penuh daripada guru yang bertindak “menghilangkan diri” dalam memastikan segala laporan, kertas kerja dan data pelajar dihantar tepat pada waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan tahunan.

Boleh dikatakan, sebab tekanan yang melanda guru pada hari ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan guru di dalam kaedah-kaedah untuk berhadapan dan menangani tekanan yang berlaku di sekolah. Kekurangan pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengurus tekanan telah membawa guru-guru ini berada dalam keadaan yang serba-salah kerana tidak

Page 15: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

mengetahui kaedah apakah yang paling sesuai untuk digunakan bagi meredakan perasaan tertekan. Apabila masalah ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang jalan penyelesaian diambil maka para guru akan mula terfikir untuk melakukan pekerjaan lain yang tidak lagi relevan dengan kerjaya mereka kerana merasakan jawatan sebagai seorang guru adalah memeningkan kepala dan tidak menyeronokkan langsung. Ini selaras dengan saranan Jesus bahawa guru yang tidak bersedia untuk berhadapan dengan tekanan akan bertindak meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru dan melakukan kerja-kerja lain yang tidak berkaitan dengan dunia pendidikan (dipetik dari Jesus & Conboy, 2001).

Menurut penulis yang sama juga, telah mengatakan bahawa dalam kajian yang telah dijalankan di Portugal, lebih daripada 50% daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Oleh sebab itu, adalah penting untuk guru mengetahui dan mempraktikkan kaedah-kaedah menangani tekanan dengan berkesan bagi mengelakkan tekanan tersebut menjadi semakin besar yang akhirnya akan memberi kesan yang negatif terhadap guru tersebut.

Menurut Erkutlu dan Chafra (2006), tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja meletakkan jawatan dan ini akan memberi kesan dari segi peningkatan kos untuk melatih pekerja baru dan dalam masa yang sama cuba mengekalkan kualiti kerja para pekerja sedia ada. Sesungguhnya apabila kebanyakan daripada guru telah mengambil keputusan untuk bersara lebih awal dari jangka masa yang sepatutnya, ianya bukanlah satu perkara yang luar biasa pada hari ini. Pelbagai masalah dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh insan yang bergelar guru pada masa kini, daripada disiplin pelajar yang semakin teruk sehinggalah kepada dasar pendidikan yang terlalu kerap diubah oleh pihak kementerian.

Untuk mengatasi masalah guru yang mengalami tekanan emosi, pihak sekolah boleh mengadakan satu program motivasi untuk mempertingkatkan motivasi. Menurut Jesus dan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy (2000) juga mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalam meningkatkan kembali motivasi para guru. Hal ini telah membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan.

Menurut kajian Kyriacou (1978) yang menunjukkan kepentingan sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling.

Selain itu, seseorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan tidak mahu dalam professional, guru boleh menolak tanggungjawab tambahan jika tidak berkemampuan

Page 16: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

melaksanakannya untuk mengelakkan tekanan. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup. Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan. Guru boleh cuba mengelakkan kakitangan sekolah yang menyebabkan stress kepadanya. Guru boleh mengurangkan masa berhubungan dengan guru yang menghadapi stress dan suka bergosip. Sebaliknya, menjalinkan hubungan yang erat dengan guru yang sentiasa berfikiran positif dan sanggup memberi bantuan kepada orang lain yang menghadapi masalah. Dalam keadaan stress, guru juga boleh berkongsi pandangannya dengan rakan dan ahli keluarga yang boleh dipercayai.

Namun begitu, masalah tekanan mental juga boleh diatasi melalui amalan gaya hidup yang sihat. Salah satu cara adalah membuat senaman yang melibatkan pernafasan seperti tai chi dan yoga boleh membangkitkan rasa tenang dan mengurangkan hormon stres. Bagi guru yang tiada masa untuk mengamalkan senaman, cuba luangkan 5 minit saja sehari untuk tarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan dan lepaskan semula nafas perlahan-lahan. Teknik yoga dapat mengaktifkan gerak balas pengenduran tuuh badan, jika dilakukan secara berkala, ia dapat menguruangkan tahap stress harian dan situasi ini merupakan suatu suntikan perasaan kegembiraan dan ketenangan. Bagi sesetengah orang, perkataan senaman merupakan sesuatu yang formal dan memenatkan sehingga menyebabkan kita menghindarinya. Sebaliknya, cuba fikirkan senaman sebagai aktiviti fizikal atau pergerakan yang menyeronokkan seperti bermain bersukan dan berkebun. Guru boleh melibatkan anak-anak dan suami supaya aktiviti fizikal menjadi lebih bermakna di samping menggalakkan ahli keluarga bersenam.

Tambahan pula, saya berpendapat bahawa cara yang amat berkesan bagi guru untuk mengurangkan stres adalah melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum. Terdapat banyak forum guru di internet dimana guru bukan sahaja boleh meluahkan perasaan maka boleh mendapatkan maklumat atau nasihat daripada guru yang berpengalaman yang pernah mengalami masalah yang serupa. Bagi guru yang tidak suka meluahkan emosi kepada orang lain, menulis jurnal dalam blog sendiri juga merupakan satu laluan untuk melepaskan emosi atau tekanan yang terpendam dalam hati.

Yang paling penting sekali adalah pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Guru jangan melaksanakan terlalu banyak tugas pada masa yang sama dalam tempoh yang singkat. Guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancangkan apa yang boleh dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada kesimpulannya, tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang guru dalam kerjayanya tetapi tekanan mental yang terlampau akan membebankan dirinya. Mengikut Waxler (2009), guru seharusnya berfikir secara positif dan satu cara terbaik adalah menyebutkan pemikiran yang positif setiap hari. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, tekanan mental tidak akan memudaratkan seseorang guru sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks, guru perlu meyukai apa yang dilakukan olehnya dan percaya kerjaya mendidik akan membawa kepuasan yang tinggi kepadanya.

Page 17: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

Pengenalan (http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kerja-kursus-edu-3109-guru-dan-cabaran.html)(27/8/14)

“Murid pecah gegendang telinga ditampar guru”, begitulah tajuk berita akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mei 2010 iaitu sepuluh hari selepas menyambut Hari Guru pada tahun tersebut. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat, pelbagai andaian, tomahan dan tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan komuniti guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangkan di kedai-kedai kopi atau tempat-tempat rehat adalah “kenapa guru tersebut melakukan sedemikian rupa?” dan “guru tersebut gila atau sewel?”. Jarang sekali kita mendengar pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut umpama “digantung tidak bertali” oleh lapisan masyarakat yang cetek pemikiran dan nipis ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan daripada guru tersebut. Adakah guru tersebut benar-benar gagal mengawal emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai rasional dalam dirinya? Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi yang dilakukan oleh murid tersebut dan rakan-rakannya? Persoalan ini telahpun dijawab oleh masyarakat yang saya percaya rata-rata akan menyalahkan guru tersebut kerana tindakannya dan melupakan semua jasa guru tersebut mendidik anak-anak muridnya sebelum ini.

Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama.

Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain. Lambakan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk membantu pelajar mendapat pencapaian akademik yang baik dan membantu mereka mempunyai nilai-nilai mumi. (Koch, et al. 1982 ). Guru juga diminta menanamkan kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee, 1999).

Peningkatan ketidakhadiran kerja, pusing ganti yang tinggi dan persaraan awal merupakan antara sebab mengapa banyak kajian dijalankan di kalangan guru berkaitan dengan tekanan emosi, stres dan “burnout”. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dan fizikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie, 1999). Stres juga menyumbang kepada penurunan tahap tenaga guru dan

Page 18: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

penglibatan tugas yang semakin berkurangan. (Lewis, 1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal akan menyebabkan “burnout” di kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih memudaratkan daripada kesan stres seperti kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang renggang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru dalam memenuhi matlamat pendidikan.

“Stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid dimana ia boleh menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan baik” (Nelson et al 2001).

Stress Dan “Burnout”

Sistem pendidikan yang pesat berubah dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan keinginan untuk bersaing dengan negara-negara lain amat memberi kesan yang besar kepada para guru. Guru berdepan dengan pelbagai cabaran semasa yang memerlukan mereka untuk bekerja lebih produktif dan melakukan tugas dengan lebih berkualiti. Cabaran yang tidak dapat ditangani oleh guru akan menyebabkan stres dan menganggu kualiti kerja guru. Stres di kalangan guru merupakan satu halangan kepada produktivi kerja yang baik dan memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal guru ( Payne & Firth,1987). Stres akan menyebabkan pelbagai kesan yang negatif seperti hilang fokus, cepat marah, hilang rasa ingin bekerja dan boleh menyebabkan gangguan emosi. Stres juga dilihat sebagai punca kepada penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan (Barling, 1990). Stres juga boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja dan keberkesanan ke atas produktiviti guru (Grififth & Steptoe, 1999).

Perkataan Stres mengundang pelbagai definisi dan pemahaman secara global. Ramai cendiakawan dan pengkaji telah mengutarakan definisi dan pemahanan mereka terhadap stres. Menurut Wangsa ( 2010), istilah stres berasal dari kata “stringere “ yang mempunyai erti ketegangan dan tekanan. Hardjana (1994) pula mendefinisikan stres sebagai suatu keadaan yang tercipta dalam proses transaksi orang yang mengalami stres dan hal yang dianggap yang mendatangkan stres sehingga membuat orang yang bersangkutan melihat ketidaksepadanan yang bersifat nyata ataupun tidak nyata, antara keadaan dan sistem sumber daya biologi, psikologi, dan sosial yang ada padanya.

Definisi Konseptual terhadap stress yang dikemukakan oleh Sarafino (1994).

Istilah “burnout” menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan sebagai suatu bentuk kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu intensif, berdedikasi dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta melihat keperluan dan keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan Himle (1991), Perlman dan Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur tentang “burnout” antara tahun 1974 hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan suara yang dipersetujui tentang definisi “burnout”. Mereka mendefinisikan “burnout” sebagai respon kepada stress emosi yang kronik kepda tiga komponen utama iaitu;

a) Ketandusan fizikal dan emosi

Page 19: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

b) Produktiviti kerja yang rendah

c) Personalisasi yang berlebihan

"... a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward." (Freudenberger, 1980).

Maslach dan Pines pula telah mengkaji “burnout” daripada perspektif psikologikal. Kajian mereka berjaya menghasikan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventory. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk mentaksirkan tiga factor dalam mengukur “burnout” terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah daripada segi keletihan emosi (emotional exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization), dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Di samping itu, Maslach dan pines percaya bahawa ciri-ciri kerja dalam sesebuah organisasi adalah factor penentu utama kebarangkalian seseorang itu akan mengalami “burnout”. (Gold & Ruth, 1993).

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru.

Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang kurang kondusif dan ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam ragam, guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid. Greenberg dan Baron (2000) menyifatkan tekanan di tempat kerja sebagai “stressor”. Tekanan di tempat kerja yang tinggi boleh menyumbang kepada perletakan jawatan (Erkutlu & Chafra, 2006). Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jesus di Portugal pada tahun 2000, antara sebab guru-guru di Portugal mahu meletak jawatan adalah kerana persekitaran kerja yang tidak kondusif dan tidak memberi semangat untuk bekerja. Apabila melihat konteksnya di Malaysia, adalah menjadi kerugian andainya guru-guru berhenti berkhidmat kerana guru merupakan tunjang utama kepada matlamat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020. Selain daripada itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Masalah-masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.

Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru

Page 20: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar,urusan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang berkerja.

“semua jenis dan bentuk kerja merupakan sumber utama yang menyumbang kepada bebanan tugas” (Cooper,1988).

Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Menurut Nelson dan Burke (2000), faktor-faktor peranan seperti kekurangan kuasa, kabur dengan peranan dan tanggungjawab kerja yang sebenar dan peranan di dalam konflik akan memberi tekanan di tempat kerja. Ini akan menyebabkan kerja menjadi semakin banyak dan semakin membebankan. Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tinggi darah.

“Bebanan tugas yang melampau dalam sesuatu bidang pekerjaan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja sesebuah organisasi mampu memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap pekerja yang terlibat tetapi juga kepada organisasi itu sendiri” (Sanders, 1992).

Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk mengutamakan tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan kehendak untuk menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan bukan itu sahaja, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan komitmen terhadap aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi tuntutan tugasan di sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah untuk memenuhi tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah itu akan dibawa pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di sekolah.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah, perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold Yvonne dan A. Roth Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa keluarga pergi bermain boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa dibatalkan. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana ketidakstabilan emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga melakukan aktiviti riadah yang dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila

Page 21: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

mereka terlalu memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah.

Faktor keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa menganggap sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak langsung telah menanggap pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya ianya adalah sesuatu yang benar.

Menurut Nogueira (dipetik dari Jesus & Conboy, 2001), kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk ke kelas yang bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru untuk berhadapan dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami tekanan emosi yang berpanjangan di sekolah.

Punca kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah tekanan daripada pihak atasan. Menurut Ramaiah (1999), kepimpinan adalah satu fenomena yang melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik. Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan.

“etika kepimpinan ini kepada penjagaan hubungan sesama manusia iaitu sentiasa berbaik sangka dan mengelak dari berkonfrontasi sesama sendiri kerana ianya akan membawa kepada perpecahan dalam sesuatu hubungan “(Noddings,1984).

kepimpinan seseorang pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya beliau tidak menjaga hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti kata lain, pekerja-pekerja beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang pemimpin. Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak mentadbirurus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi mangsa. Lambakan

Page 22: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi serta stres. Menurut Carlopio et al. (1997), perlakuan sesetengah pemimpin organisasi juga boleh mendorong kepada tekanan di tempat kerja. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi yang berlebihan di sekolah. Ini akan menyebabkan guru-guru merasa tidak mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah apabila mahu melakukan sesuatu perkara. Perkara ini juga akan menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan lama-kelamaan, ini akan menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat terhadap pemimpin. Komunikasi antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut terjejas kerana sudah wujud jurang yang besar dan perasaan yang tidak enak di kalangan mereka.

Tindakan yang perlu diambil oleh bakal guru untuk mengelak tekanan emosi

Pengurusan tekanan emosi di kalangan bakal guru adalah amat penting untuk menyiapkan diri untuk berdepan cabaran sebenar alam pekerjaan sebagai seorang guru. Sebagai salah seorang bakal guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah. Namun, mahu atau tidak mahu, langkah perlu diteruskan dan untuk berada di sekolah sebagai seorang guru permulaan, langkah-langkah yang betul perlu diambil untuk mengelakkan mengalami kejutan budaya dan tekanan emosi di sekolah nanti. Apakah tindakan yang akan saya lakukan?

Pertama, mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya. Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang disentuh dalam kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui tanda-tanda awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal, saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson (1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif. Bagi saya, dengan menguasai teknik ini, saya akan mampu untuk melakukannya di mana-mana sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri saya bahawa sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan sesuatu.

Kedua, saya akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Masalah yang kebiasaannya akan timbul di golongan guru baharu ialah merasa terbeban dengan tugas yang diberikan apabila tiba di sekolah. Dengan sentiasa berfikiran negatif, ianya tidak akan membantu apa-apa sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan tekanan emosi apabila terpaksa menyiapkan sesuatu kerja. Berfikiran positif mengikut pandangan Jesus dan Conboy (2001), akan membuatkan saya lebih

Page 23: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

redha menerima apa sahaja tugas yang diberi dan pada masa yang sama, saya akan belajar sesuatu daripada tugas yang diamanahkan kepada saya.

Ketiga dan terakhir, saya akan mendapatkan sokongan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan bagi saya, saya lebih selesa melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan di gereja. Kajian Kyriacou (1978) menunjukkan kepentingan sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru. Melibatkan diri dengan aktiviti sosial di gereja akan membuatkan saya melupakan seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang berbentuk keagamaan akan mendekatkan saya dengan Tuhan dan akan membantu saya mengawal tekanan emosi apabila berhadapan dengan tugas.

Kesimpulan

Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap individu normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan pastinya dirasakan di dalam dunia pendidikan yang sedang dan akan terus mengalami perubahan daripada semasa ke semasa. Tekanan emosi kerana tugas yang membebankan jika tidak diurus dengan baik akan menyumbang kepada stress dan “burnout” yang mempunyai kesan yang buruk.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti bagi memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti kepimpinan di sekolah dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan medium yang betul tanpa perlu tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara pengurusan tekanan emosi yang betul turut perlu diberikan perhatian kerana apabila mempunyai ilmu pengetahuan dalam cara mengatasi tekanan emosi, tekanan emosi yang dirasai dapat diurus dengan cara yang betul. Persediaan awal dan kesedaran kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi akan membuatkan guru lebih bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi dalam jangka masa panjang.

Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diuruskan, sebaliknya ianya memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya. Tekanan emosi yang diurus dengan baik tidak akan menganggu produktiviti kerja dan prestasi semasa sebaliknya hanya akan

Page 24: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

mengganggu prestasi kerja dalam masa yang singkat sahaja kerana apabila sudah dicegah dan diatasi, prestasi kerja bukan hanya akan meningkat tetapi kepuasan kendiri akan turut meningkat.

Rujukan / Bibliografi

De Jesus, Saul Neves & Conboy, Joseph (2001). A Stress Management Course to Prevent Teacher Distress. International Journal of Educational Management, 15 (3).

Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power Bases And Job Stress Of Subordinates : Example From Boutique Hotels. Journal Management Research News, 29 (5), ms 4-5.

Gold, Y, Roth, R (1993), Teachers Managing Stress and Preventing Burnout: The

Professional Health Solution. Falmer Press, London.

Greenberg, J. & Baron, A. (2000), Behaviour in Organizations. Prentice Hall

International Edition: New Jersey

Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur : Leeds Publications

Noddings, N. (1984), Caring: A Feminine Approach to Ethics and Moral Education,

University of California Press, Berkeley.

Kyriacou, C. (1987). “Teacher Stress and Burnout : an International Educational

Research”. Educational Research. 29 (2) : 146-152.

Maslach C. ( 1982 ). “Burnout : The Cost of Caring.” Engelwood Cliffs.NJ :

Prentice-hall.

Page 25: Kerja Kursus Guru DaN CaBaRaN SeMaSa

Pines, A & Aronson E. ( 1988 ). Career Burnout : Causes and Cures, New York :

McMillan Inc.

3. Pelan tindakan untuk mengurus perubahan tersebut.